Bab 39

Action Series 25520

"Done, akak dah cakap dah dengan akak Av" Alicia berkata sambil menayang thumb ups dekat adik kembarnya.

"Yelah tu..." Rachel hanya tersengih simpul.

Mereka sama sama berjalan ke arah bilik tidur mereka yang terletak di sebelah bilik Xavier.

"Tapi kan kak, kau rasa setiap manusia ada hak tak untuk pentingkan diri sendiri?" Tanya Rachel yang sudah menghempaskan badannya separuh atas katil. Kaki kecilnya terjuntai ke bawah. Manakala katil Alicia berada di sebelah katilnya.

"Entahlah, kita hidup memang untuk diri sendiri. Jadi akak rasa tak salah untuk kita hidup demi kepuasan diri sendiri. Cuma..." wajahnya berpaling menghadap Rachel di sebelah.

"Akak taknak keluarga kita ada yang hilang nyawa lagi hanya kerana nak memenuhi  kepuasan hati seseorang" sambung Alicia. Kemudian mereka sama sama senyap buat seketika.

"Adik rindu Uncle Zen" kata Rachel perlahan.

"Akak rindu Uncle Faiq" balas Alicia pula.

Masing masing sudah berbaring sambil memandang atap bilik mereka. Air mata Alicia bertakung di bahagian hujung mata sebelum satu garisan cecair membuat laluan dan jatuh menitis atas katil.

Tidak dinafikan. Dia rindu dengan lelaki yang telah dia anggap seperti keluarga sendiri itu. Melayan dia dan kembarnya seperti seorang abang daripada kecik. Bukan mudah untuk Alicia dan Rachel menerima kenyataan yang mereka telah pergi buat selamanya.

"Mummy dengan daddy mana?" Tanya Alicia setelah beberapa minit mereka menyepi. Tangisnya disorok.

"Entah, tengah buat anak lain kut" selamba Rachel menjawab.

         Lucas memerhati segenap tingkat itu. Tadi ceritanya dia daripada library rumah, tapi entah macam mana dia boleh tersesat hingga ke tempat lain.

"Peningnya aku rumah Rayyan ni. Apasallah dia pergi buat besar besar" guman Lucas sendiri.

Kakinya melangkah seolah-olah tiada hala tujuan. Lift di tingkat itu pun dia sudah lupa dimana terletak.

Lintas sahaja satu ruangan, telinga Lucas menangkap ada satu bunyi tangisan yang jelas mendayu dayu. Halus sahaja bunyi suara itu. Macam dekat tetapi macam jauh. Manusia ke? Ke....

Serta merta bulu roma Lucas berdiri tegak.

"Tulah buat rumah besar besar lagi, kan dah berhantu!" Marah Lucas sendiri. Sudahlah dia berseorangan saat ini. Pulak tu macam tiba tiba tak wujud semua pembantu dalam rumah ni. Daripada tadi tak ada sorang pun yang berselisih dengannya.

Lucas peluk badannya sendiri sambil telinga tajam mencari punca arah bunyi tangisan itu.

'Hampir separuh kena bunuh dengan kejam. Louis dengan Rayyan bunuh.  Kalau kau tengok mayat diaorang semua haritu. Aku konfirm kau tak tidur 4 hari 4 malam. Ada yang hilang mata, putus lidah...'

Zap!

Kata kata Hanz tempoh hari tiba tiba ter-refresh dalam kepalanya. Eh bodoh time time ni jugak kau nak ingat balik cerita tu kenapa!

"Hiks....hiks..." tangisan itu semakin jelas kedengaran.

Lucas telan air liur yang kini sudah terasa berpasir. Walaupun takut dia gagahkan juga kakinya melangkah. Kita lelaki harus gentlemen!

Kaki Lucas kini berdiri tegak di hadapan satu pintu. Papan besi berukiran emas yang tergantung pada pintu itu dibaca.

~Stargazing Room~

Lucas telan lagi air liurnya. Rasanya bunyi tu datang dari dalam bilik ni. Segala kekuatan dikumpul sebelum perlahan lahan pintu itu ditolak ke dalam.

"Damn! Av!" Panggil Lucas apabila dia ternampak kelibat gadis itu sedang elok melihat bintang menggunakan telescope.

"Terkejut i tau, i ingatkan hantu mana lah tadi" Lucas tarik nafas lega.

Avery berpaling sekilas ke arah Lucas.

"Eh you buat apa dekat sini?" Tanya Avery mendatar sebelum matanya melihat kembali kanta telescope pada tangannya.

Dahi Lucas mula berkerut. Muka gadis itu seolah olah tidak seperti orang yang baru lepas menangis. Habis tu kalau bukan Avery, tadi dia dengar suara siapa?

Bulu roma Lucas meremang lagi sekali. Jangan cakap yang rumah ni betul betul berhantu?

"Av, tadi you baru lepas menangis ke?" Tanya Lucas yang sudah melangkah masuk dalam bilik itu. Cahaya dalam bilik itu sedikit malap. Hanya diterangi dengan bantuan cahaya bintang dan bulan di luar.

"Hahaha kenapa? You dengar ada suara perempuan menangis ke?" Gelak gadis itu halus. Muka Lucas dipandang semula dengan senyuman yang agak menyeringai.

Lucas mula naik seram. Woi buku ni genre apa! Horror ke?

"You dengar suara siapa menangis?" Tanya Avery kembali.

"Errr bukan you ke?" Lucas sudah menggosok sedikit lengannya yang terasa seram sejuk.

"Hati hati tau. Dalam rumah ni dah banyak nyawa yang hilang. Manalah tahu ada roh yang tak aman" makin galak Avery menyakat apabila melihat wajah cuak Lucas.

"Av... jangan lah buat cerita seram" kata Lucas sedikit perlahan. Dia ingin menapak ke hadapan. Namun tiba tiba otaknya memikirkan sesuatu. Jam sudah mencecah ke angka 11 malam. Jadi apa Avery buat dekat sini?

Wajah putih gadis itu dipandang lama. Avery masih lagi tersenyum memandang ke arahnya. Badan Lucas automatik terkaku seperti tiang. Macam mana kalau ni bukan Av? Ah sudah.

Air liurnya ditelan lagi.

Tiba tiba telinga mereka menangkap lagi bunyi suara orang menangis. Sangat perlahan dan mendayu.

"Hiks..huuuuu hiks..."

"You dengar suara tu ke?" Tanya Avery bersama senyuman yang nampak menyeramkan.

"Av stop it!" Lucas mula tak sedap hati.

"Tapi tu bukan suara i" balas Avery kembali.

Mata Lucas meliar kekiri dan kanan. Sumpah dia rasa cuak sekarang. Ni Avery ke bukan? Entah entah ni hantu? Wey janganlah!

"Hiks....hiks..." suara itu terdengar semakin dekat.

Lucas sudah tidak senang duduk. Kakinya seolah olah tergam ke lantai.

"Av...you dengar tak tu? Tu suara siapa?" Suara Lucas mula bergetar.

"Suara roh jahat" jawab Avery selamba.

Zap!

Sekali lagi bulu roma Lucas menegak.

"Lucas..." Tiba tiba Avery memanggilnya dengan wajah yang sudah berubah ketakutan.

"Hah? Ke-kenapa apa?"

Jari telunjuk Avery menunjuk ke arah Lucas. Atau lebih tepat ke arah di belakang Lucas.

"Si-siapa yang berdiri belakang you tu?"

Lucas toleh kepala.

"Arghhhhhhhhhh!!" Kuat Lucas menjerit apabila melihat seorang perempuan bermuka pucat dengan rambut yang panjang menutupi sebahagian muka.

"HAHAAHAHAHAHAHAHA" Avery dan Bella serentak menggelakkan Lucas yang sudah mencangkung sambil tangan memeluk melindungi dirinya sendiri.

Sumpah comel! Patutnya rakam tadi.

"Hahaha you should see your own face" kata Avery bersama tawanya.

"Bella! Tak lawak okay!" Lucas sudah bangun semula daripada mencangkung. Matanya tajam memandang Bella yang sedang asyik menggelakkan dirinya.

"You takut hantu ke?" Tanya Bella yang sudah berhenti daripada ketawa.

"Siapa je yang tak takut!" Marah Lucas semula.

"Hahaha eleh relax lah. Lelaki kena kental. Cuba tengok tunang i. Kalau ada pocong, pocong pun lari tengok dia" kata Bella selamba sebelum melangkah ke arah sofa panjang ada dalam bilik itu. Badannya dihempas atas sofa.

"Korang berdua memang nak kenakan i ke?" Tanya Lucas semula. Mukanya tayang wajah tak puas hati.

"Aah, Bella dengar you jalan sorang sorang dekat tingkat ni. Tu yang kitaorang pakat nak takutkan you" jawab Avery yang masih lagi dengan sisa gelaknya.

"Bukan ke setiap bilik dalam rumah ni kedap bunyi?" Tanya Lucas semula. Dia juga sudah mengambil tempat di atas sofa.

"Bella special case" jawab Avery semula.

Lucas tarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan. Dadanya yang tadi mengepam laju kini sudah normal semula. Fuh nasib baik bukan hantu.

"By the way kenapa you tak tidur lagi?" Soal Avery kembali.

"I sesat. Korang lah! Buat rumah besar besar. Sampaikan i dekat tingkat berapa pun i dah lupa" kata Lucas mendatar.

"Rumah ni ada 4 tingkat je pun belum 60 tingkat..." kata Bella perlahan.

"Hahaha you sesat? Macam mana boleh sesat?" Avery yang sedang melihat bintang itu terus memandang wajah kacak Lucas.

"Tadi i pergi library. Library rumah ni kan sambung dua tingkat. I masuk ikut tingkat 2 tapi tadi masa keluar i keluar ikut tingkat 3 tu yang blank sampai boleh sesat. Pulak tu tiba tiba sunyi je rumah ni. Satu manusia pun i tak nampak" jelas Lucas mendatar.

"Ouh memang lah sunyi. Ni dah pukul 11, semua pembantu dah masuk bilik sendiri" jawab Avery mendatar.

Kemudian masing masing terdiam. Suasana menjadi sunyi.

"Bella tinggalkan i dengan Lucas kejap. Ada benda i nak bincang dengan dia" pinta Avery tiba-tiba.

Bella tidak membalas apa-apa, dia terus sahaja bangun sebelum melangkah ke arah pintu.

"Pintu jangan tutup rapat" sempat Avery berpesan sebelum Bella keluar. Risau pula kalau jadi apa apa. Sudahlah mereka bukan mahram.

"You nak cakap pasal apa?" Tanya Lucas sebaik sahaja Bella sudah pergi meninggalkan mereka berdua.

Avery melangkah ke arah sofa sebelum punggungnya dilabuhkan atas sofa yang berada di hadapan Lucas.

"Lucas, actually..." Avery tarik nafas panjang sebelum tangannya mencari sesuatu dalam jaket baju yang dipakai. Satu kotak kecil berwarna hitam dikeluarkan dan diletakkan atas meja.

"I minta maaf Lucas. Tapi i terpaksa tolak lamaran you" kata Avery mendatar. Mata mereka bertentangan.

Bella yang sedang bersandar di luar sudah tersengih. Namun sengihannya itu tak lama sebelum matanya memandang Keith yang sedang melangkah ke arahnya bersama dengan Luiz.

Woi salah timing woi!

"Sayang!" Sapa Luiz yang dari jauh.

Sayang otak kau! Pusing! Jangan datang sekarang! Bella buat isyarat tangan agar mereka pergi dari situ.

"Wey apasal tunang kau panggil tu" Keith menyoal Luiz di sebelahnya.

"Entah, dia kata apa? Aku mana dengar, jauh sangat..." jawab Luiz pula.

Bella sudah menepuk dahinya sendiri. Mukanya pasrah apabila melihat Luiz dan Keith yang sudah semakin datang mendekat.

"Say-"

"Av, its okay. I love you dan itu tak mengubah apa apa pun. I tak paksa you"

Luiz dan Keith serta merta terdiam apabila mendengar suara Lucas yang berada di dalam.

"Lucas dengan Av ke?" Tanya Keith kepada Bella.

Bella tayang senyum kekok. Sekarang nak buat apa? Nak halang Keith ke macam mana ni? Tapi Avery tengah bincang pasal tolak lamaran Lucas kan? Ah bagi jelah dia dengar. Biar dia faham sendiri.

Mereka bertiga mula pasang telinga.

"Lucas i love you too. Daripada dulu, sampai sekarang tak berubah. You adalah orang pertama yang kenalkan i pasal cinta. Yang ajar i erti sayang kepada seseorang. Yang sanggup tunggu i bertahun tahun. You sanggup tolong i tak kira apa pun yang i minta. I love you too, Lucas. Tak dinafikan i memang cintakan you..."

Wajah Keith serta merta berubah. Jelas dia terkejut mendengar ayat Avery. Jadi betullah tanggapannya selama ini. Avery masih cintakan Lucas. Lucas adalah cinta pertamanya.

Mulut Keith terukir senyuman sayu. Avery mahu hidup bersama Lucas dan bukannya dia.

"Aku- a- aku pergi dulu" tanpa mendengar apa apa lagi. Keith terus laju meninggalkan mereka berdua. Matanya sudah berkaca kaca. Ayat Avery tadi kembali terngiang.

'Lucas i love you too'

Air mata yang tadinya bergenang di tubir mata kini sudah jatuh mengalir ke bawah. Ah betapa bodohnya dia kerana menyangka gadis itu tetap akan memilih dirinya berbanding dengan Lucas.

Luiz dan Bella masih lagi ditempat tadi. Masing masing sudah tercengang. Eh, bodoh apa yang dia tengah dengar ni?

Mereka mengintai semula ke dalam bilik itu.

"Tapi I cintakan Keith lebih daripada you. Memang betul you cinta pertama i, Lucas. Tapi i nak Keith jadi cinta terakhir i. I minta maaf sangat sangat, but i terpaksa tolak lamaran you. I dah terima lamaran Keith and i nak dia jadi pasangan hidup i sampai i hembuskan nafas terakhir i..."

"I love you, but i love him more. I love Keith more than anything. And i know my heart will stay the same. I'm so sorry Lucas. I hope you understand me" Avery pandang mata redup Lucas.

"It's okay Avery. Like i said. Apa pun pilihan you. I akan terima dengan hati yang terbuka. Maybe dah sampai masa i patut lepaskan you dari hati i. I hope you're happy with him, Av. Even when you're not with me. I will always love you from my side of story"

Mata Avery bergenang.

"I'm sorry Lucas. And thank you...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience