"Ra-Rayyan? Nama kau Rayyan Mikayla?" soal salah seorang lelaki yang sedang melutut betul betul di hadapan Rayyan sambil menekup mulutnya yang tidak henti henti mengalirkan cecair merah.
Rayyan mengangkat kakinya tinggi sebelum dengan selambanya memijak wajah lelaki itu dengan penuh kebencian.
"Yas that me bitch, konichiwa and sayonara. Mereput lah kamu di dalam neraka ke tujuh" satu pucuk pistol disumbat masuk dalam mulut lelaki tadi. Pemicu pistol ditarik.
Bang!
"Eeyuwww, sekeleh lah kau ni. Kesian anak kau tengok semua benda ni tahu tak" celah Faiq yang berada di sebelah Rayyan sambil membuat muka jijiknya.
Rayyan menoleh ke arah belakang sebelum tersenyum manis kearah Lucia yang sedang mendukung anaknya Emiel.
Pistol putihnya yang kini sudah diselaputi darah itu dikibas kibas ke udara. Kemudian dia menyimpan kembali ke dalam kocek seluar.
Rayyan melangkah semakin dekat.
"Aip, jangan pegang Emi dengan tangan penuh darah tu" larang Lucia laju sebaik sahaja Rayyan ingin mendukung anaknya.
"Alaa, biarlah... Nanti dia dah besar dia mesti dah biasa dengan darah darah ni" balas Rayyan semula.
"Tu bila dia dah besar. Sekarang dia kecik lagi. So nope" kata Lucia mendatar sambil menjauhkan anaknya itu daripada Rayyan. Rayyan pula terus berlari anak mengejar mereka dari belakang.
"Alaaa sayang...." laung Rayyan kuat.
"No is a no.." kata Lucia sambil tergelak. Langkah kakinya semakin dilajukan.
"Sayang..." panggil Rayyan lagi sambil membuat wajah cemberutnya.
Faiq dibelakang hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Beberapa saat kemudian dia menoleh pula ke belakang.
"Cuba korang bagi tahu dekat aku? Ada ke seorang ayah yang waras pergi bawak anak dia ikut sekali bila nak berperang? Takda kan? Tapi kenapa diorang takda rasa takut langsung? Siap gelak gelak pulak tu? Apa dia pikir ni taman tema? Aku yang dah gila atau diorang berdua yang dah gila?" soal Faiq kepada berpuluh. Tidak. Mungkin juga cecah ratusan mayat yang kini sudah terbaring kaku di hadapannya. Mereka semua adalah mangsa yang dibunuh oleh Rayyan baru sahaja sebentar tadi.
Lucia dan Faiq langsung tidak masuk campur, mereka berdua hanya berdiri dari sudut tepi melihat adik ketua Mafia France itu beraksi.
"Tengok? Aku dah start bercakap dengan mayat. Sah aku yang dah gila" kata Faiq sebelum dia turut mengejar langkah Rayyan dan Lucia yang sudah semakin menjauh ke hadapan.
"Lepas ni mana lagi nak pergi?" soal Faiq sebaik sahaja mereka semua sudah masuk ke dalam kereta.
"Hurm, tukar lampin anak aku dulu, aku pun nak tukar baju. Baju ni dah penuh dengan darah kering. Anak bini aku taknak dekat dengan aku nanti" balas Rayyan mendatar sebelum menghidupkan enjin keretanya.
"Sedar pun diri tu busuk" komen Lucia selamba. Emiel ditangannya diagah agah manja.
Rayyan hanya tergelak kecil mendengar komen isterinya itu. Laju keretanya itu membelah jalan raya.
Faiq dibelakang hanya mengeluh panjang. Badannya disandarkan pada kerusi. Dah tahu nak pergi membunuh pakai baju terang terang buat apa. Pastu asyik kerja nak tukar baju je. Dasar bebal.
"Ayyan..." panggil Faiq perlahan.
"Hmm?" soal Rayyan sambil mengangkat keningnya sebelah. Cermin belakang dilihat sekilas.
"Kau rasa diorang yang lain dekat France selamat tak sekarang ni?" soal Faiq mendatar.
Rayyan tersenyum nipis. Sempat matanya memandang sesaat wajah isteri dan anaknya yang duduk disebelah. Kemudian tangannya naik mengusap pipi Lucia lembut.
"Jangan risau, aku pasti diorang okay. Keluarga kita semua pandai jaga diri. Lagipun Bella dengan Luiz kan ada dekat sana" balas Rayyan mendatar.
"Apa je diorang boleh buat?" soal Faiq kembali.
"Buat onar..." balas Rayyan laju sebelum tersengih.
Faiq hanya mengeluh panjang. Yang selalu buat onar tu kau. Dasar tak sedar diri.
"Next destination?" soal Rayyan.
"Johor Bahru" jawab Faiq mendatar.
"Berapa orang?"
"Dua geng, dalam 5 ribu orang..." balas Faiq.
"Hurmm dua geng eh..." wajah Lucia di tempat duduk penumpang sebelah dipandang sekilas.
"Kalini sayang nak tolong aku tak?" soal Rayyan mendatar.
"Lagi sayang suka..." balas Lucia bersama senyuman lebarnya. Rayyan hanya tersenyum melihat respon isterinya.
Sudah 12 geng Mafia yang dia musnahkan dalam masa 2 minggu ini. Dan kesemua geng itu dihapuskan oleh dirinya seorang diri. Lucia dan Faiq pula hanya menjadi pemerhati dan menjadi pelindung Emiel, memandangkan dia turut mengheret anaknya itu mengikutinya kemana mana dia pergi.
"Lepas Johor, dekat mana lagi geng si babi tu ada?" soal Rayyan semula kepada Faiq.
"Ayyan..." panggil Faiq sedikit perlahan.
"Hmm?"
"Kau tak penat ke? Dah dua minggu kau bunuh orang sana sini,"
"Hahaha kau risaukan aku ke?" soal Rayyan semula.
"Aku tahu kau nak cepat... Tapi kesihatan kau kenalah jaga. Nak aku panggilkan kembar datang sini tolong kita tak?" soal Faiq mendatar.
"Takperlu. Aku okay, lagipun aku ada bini aku. Aku tak perlukan yang lain. Biar diorang duduk sana jaga adik aku. Lagipun aku taknak anak babi tu dapat kesan kegiatan kita sekarang ni. Biar diorang settelkan Eres, kita settelkan anak babi ni" balas Rayyan mendatar.
"Haih...yang kau sebut anak babi daripada tadi tu pakcik kau tahu tak..."
"Like I'm fucking care dude... Pakcik tak pakcik, dia tetap nampak macam babi hutan dekat mata aku" balas Rayyan sebelum tergelak halus. Lucia di sebelah juga turut tergelak sama.
Faiq pula hanya pasrah. Nak cakap lebih lebih pun, bukan dia yang lalui semua yang keluarga Mikayla ini lalui.
"Lepas Johor?" soal Rayyan menggulang pertanyaannya.
"Singapore," balas Faiq sepatah. Dia berhenti sejenak sambil memeriksa ipad di tangannya. Sesaat selepas itu dia mengeluh panjang.
"... 5 gangs" sambungnya semula.
"Hahaha, Tak sabar aku nak bunuh anjing anjing tu semua" balas Rayyan sambil tersenyum lebar. Pedel minyaknya ditekan semakin laju.
"BELLA!!" laung Avery kuat. Matanya ligat mencari kelibat keberadaan gadis itu. Asap tebal mula mengaburi penglihatan. Ada dua bangkai helicopter yang sudah terbakar ditengah tengah laman. Beberapa mayat anak buah Enver yang sudah rentung juga bersepah di laman rumah mereka itu.
"Yow wassup" tegur seseorang dari belakang.
Kepala Avery pantas menoleh kebelakang.
"Bella! Ada cedera mana mana ke?" soal Avery cemas. Satu badan Bella ditilik.
"Totally nope" jawab Bella sambil tersenyum manis.
Avery menarik nafas lega.
Sesaat selepas itu mereka yang lain juga keluar melihat apa yang telah terjadi.
"Fuh gila lah perempuan ni" kata Zariq setelah melihat persekitaran laman rumah mereka.
"Macam mana dengan Elrick?" soal Hanz tiba-tiba.
Riak wajah Avery serta merta berubah. Elrick telah diculik oleh Enver.
"Elrick...." Avery terduduk sambil menekup mukanya.
Mereka yang lain sudah terdiam.
"Apa kita nak buat ni? Diaorang dah tangkap Elrick...." soal Avery cemas dengan linangan air matanya.
Keith yang berada di sebelah Avery hanya menahan kecewa melihat gadis itu menangis kerana Elrick .
"Elrick ada dalam satu lagi Heli yang terlepas tu. Sorry Av. I tak boleh nak letupkan yang heli lagi satu sebab Boyfriend you ada dalam tu jugak" kata Bella perlahan.
Avery sudah tersedu sedu menangis, sedikit pun dia tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya.
Xavier yang dari tadi hanya mendiamkan diri terus melangkah masuk ke pintu rumah dengan tangan yang dimasukkan kedalam kocek. Bukan masalah dia pun kalau si patrick tu kena culik. Mati lagi bagus. Buat masalah je datang sini.
Kemudian diikuti pula dengan yang lain seorang demi seorang.
Apabila Keith mula melangkah pergi Luiz juga turut ikut masuk memandangkan keselamatan lelaki itu adalah keutamaannya.
Kini tinggalah hanya Bella, Avery dan Ray yang kini sudah menjadi Louis berada di luar laman.
"Semuanya berjalan seperti apa yang dirancang" kata Bella mendatar.
"Perlu ke tipu diorang yang lain?" soal Louis pula dengan mukanya yang dingin. Darah yang mengalir di tepi dahinya dilap dengan kasar.
"Hah..." Avery menghembuskan nafasnya kuat sebelum dia berhenti daripada menangis. Air mata palsunya tadi dilap sehingga kering. Kemudian dia bangun dan menepuk sedikit seluarnya yang sedikit kotor.
"Haha.... Yang pasti nampak real macam pelakon bollywood kan... " kata Avery sedikit tergelak.
Kepalanya memandang kearah langit sebelum memandang pula dua bangkai helicopter yang sedang terbakar di laman rumahnya.
"Jadi maknanya mimpi adik tetap akan terjadi. Cuma adik boleh ubah siapa mangsanya dan tempat kejadian selagi mana adik tak ubah sepenuhnya... That bullshit damn dream" kata Avery cukup mendatar dan dingin.
"Ya abang pun rasa macam tu... Jadi macam mana dengan Elrick? Adik nak pergi cari dia ke?" soal Louis mendatar.
Avery hanya diam beberapa saat sebelum wajah Louis dipandang. Mulutnya tersenyum sinis.
"Should i?" soalnya sungguh sarkastik.
"Should what?" soal Louis pula.
Satu butang warna merah dibawa keluar dari dalam poket seluarnya.
"Should i kill him now ..." jari kecilnya sudah diletakkan pada permukaan butang itu.
"It's up to you, Av...." balas Louis tanpa perasaan.
"Av i rasa better you jangan bunuh dia dulu" halang Bella laju. Sniper yang digunakan tadi disandarkan pada bahu kiri.
Avery menoleh sekilas kearah gadis itu.
"... Sebab tadi bukan musuh sebenar you. Tadi tu cuma orang suruhan dia. Kalau you bunuh dia sekarang, yang jadi mangsa cuma Elrick. Enver sebenar kita masih belum tahu lagi dekat mana" jelas Bella mendatar.
"Cleaver... Yah i tahu. I saja je tadi. Kalau boleh i taknak pun bagi Elrick tu mati sekarang. He is... What should i say? Hmmm a little cute... So sayanglah kalau watak cute mati awal. Betul tak? Hahaha" kata Avery sebelum dia terus melangkah pergi kearah pintu rumah.
Laman rumah mereka yang masih lagi ada kesan kebakaran itu diabaikan 100 peratus. Peduli apa, lantak lah dia nak terbakar ke nak terbasah ke.
Bella dan Louis pula hanya memerhatikan gadis itu yang semakin hilang dari pandangan.
"Family kau pelik...." komen Bella mendatar dengan muka bekunya.
"Apa maksud kau pelik?" soal Louis semula.
"I mean her personality... She can be a warmest person in the world. But in another minute, she turn into the most dangerous human being..." kata Bella.
Louis tergelak halus.
"Aku berani sumpah, kalau kau nak tahu dalam keluarga aku ni, takde seorang pun yang normal... Kau pun apa kurangnya. Walaupun aku stay France, tapi mata mata aku ramai dekat Malaysia tu. Bukannya aku tak tahu apa jadi kes kau dengan Luiz" balas Louis pula.
Bella hanya tergelak kuat mendengar ayat Louis kemudian dia juga turut melangkah masuk kedalam rumah.
Tinggallah Louis seorang diri di luar. Sesaat kemudian, dia mendekati salah satu mayat yang berdekatan dengannya.
Kepala mayat itu dipijak tanpa rasa belas kasihan.
"Kesian... Dah mati ke tu? Hahahaha" gelak Louis psiko.
Share this novel