Bab 24

Action Series 25520

DUA TAHUN KEMUDIAN....

"Kau tengok apa?" tanya Rayyan kepada Keith yang seperti mengelamun dalam dunianya sendiri. 

"Tadi aku macam ternampak..."

"Apa? Kau nampak perempuan yang macam Av?" Pintas Rayyan laju. Kepalanya digeleng.

"Sudah sudah lah Keith, lepaskan jelah dia. Dah dua tahun dia meninggal, takkan selama dua tahun tu kau masih tak dapat lupakan dia? Ramai lagi perempuan lain dalam dunia ni Keith" Rayyan membuka pintu keretanya sebelum memboloskan dirinya masuk ke dalam.

Wajah Keith berubah murung. Sudah dua tahun semenjak kejadian itu berlaku. Kejadian dimana Av cuba selamatkan Emiel yang disimpan dalam sebuah rumah usang, namun nasib tidak menyebelahi gadis itu. Sebaik sahaja Emiel diselamatkan, rumah itu meletup sekaligus meragut nyawa Avery yang masih lagi terperangkap dalam rumah itu.

Ya, sudah dua tahun kejadian itu berlaku.

"Kau tunggu apa lagi. Masuk lah. Kejap lagi aku ada meeting dengan Ray. Bebel nanti orang tua tu" Rayyan yang berada dalam kereta menjengah sedikit keluar.

Nafas dilepas panjang sebelum Keith masuk ke dalam kereta. Betul kata Rayyan, dia patut melepaskan Av pergi. Atau lebih tepat, lenyapkan gadis itu dari fikirannya.

Tapi, betul ke apa yang dia lakukan ini? Melupakan gadis yang dia cintai.

Pintu bilik meeting terbuka sebelum Rayyan melangkah masuk. Keith pula hanya mengekor dibelakang.

"Perangai kau memang susah nak berubah kan? Tak pernah nak masuk meeting awal" sindir Ray pedas melihat Rayyan yang hanya menayang wajah selamba. Padahal dia sudah lewat 1 jam.

"Jangan salahkan aku lah, aku pun baru balik daripada meeting dengan Jacob" tali lehernya ditarik sedikit longgar sebelum dia terus mengambil tempat di sebelah Ray. Keith pula duduk di sebelah Xavier.

"Meeting sana meeting sini, duit dah berlambak pun sibuk nak meeting sana sini. Entah apa dia nak beli agaknya sampai duit tak cukup cukup" bebel Rayyan tanpa mempedulikan ahli mesyuarat yang lain. Muka jangan cakap lah. Memang dia tayang menyampah habis. Nasib baik ahli mesyuarat yang lain tidak faham bahasa melayu. Keith pula yang rasa serba salah.

Ray teruskan sahaja mesyuarat itu tanpa mempedulikan perangai Rayyan. 

Habis sahaja mesyuarat itu, ahli mesyuarat yang lain mula beredar seorang demi seorang.

"Kau nak pergi mana?" Rayyan menyoal kepada Keith yang nampak tergesa gesa ingin keluar.

"Aku ada hal kejap" pintu bilik terus ditolak keluar.

Rayyan hanya mengeluh panjang, bukannya dia tak tahu Keith nak pergi mana. Dah lali dah dengan perangai Keith sejak Av meninggal. Wajah abangnya dipandang.

"Kau tengok lah tu anak buah kau. Macam mati bini... Tu tak lain tak bukan nak pergi lawat kubur Av lah tu" bebel Rayyan mendatar. Badannya disandar pada kerusi. 

Ray hanya diam. Pintu yang Keith baru sahaja keluar tadi dipandang semula. 

"Kesian dia..." celah Hanz.

"Aah, sejak Av dah tak ada dia dah banyak berubah" sambung Zariq pula.

"At least dia berubah menjadi lebih baik" komen Zen mendatar. Zariq dan Hanz mengangguk serentak.

Sejak Avery tiada, Keith telah memeluk agama islam. Tiba-tiba hatinya terbuka untuk menerima kebenaran agama itu. Paling tidak pun dia dapat mendoakan bekas kekasihnya itu setiap hari. Bukan itu sahaja, separuh daripada kekayaannya juga disedekahkan ke rumah anak anak yatim atas nama Avery. 

"Nak buat macam mana. Tu semua kesilapan kita. Setiap kesilapan datang dengan bayaran. Dan kita kena redha ini bayaran kesilapan kita untuk kali ini" Ray mengemas file file nya yang sedikit berselerak atas meja.

"Xavier nanti datang bilik aku lepas ni" pesannya kepada Xavier. Lelaki itu hanya angguk tanpa banyak bunyi. Kemudian mereka berdua melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Banyak lagi perkara lain yang perlu diuruskan. 

"Tapi kan Ayyan. Kenapa Luiz dengan Bella masih duduk dengan kita? Bukan ke tugas diorang berdua dah habis?" tanya Zariq kepada Rayyan sebaik sahaja Ray dan Xavier keluar.

Rayyan memusing-musingkan pen yang berada ditangannya. Kepalanya sibuk memikirkan sesuatu. "Belum lagi" gumannya perlahan.

"Hah?" 

Rayyan mengukir senyuman. "Dia akan adik baru aku, aku mestilah nak kena jaga dia" cepat-cepat Rayyan menukar topik. Hanz hanya diam. Iyalah tu, entah entah ada sebab lain. 

"Dahlah , aku nak gi masuk bilik. Hanz belikan aku air dekat starbuck bawah. Venti ice chai latte. Nah duit, belikan sekali untuk korang yang lain" satu kad berwarna hitam dibaling kepada lelaki itu. Sebaik sahaja Rayyan pergi, mereka mula memandang antara satu sama lain.

"Seriuslah! Sejak bila dia pandai share duit dia ni?" soal Zariq dengan muka terperanjat.

"Dah nak matilah tu" komen Zen selamba. Hanz pula hanya tersenyum lebar.

Batu nisan yang berwarna silver itu ditatap lama. Selama dua tahun , Keith tidak pernah jemu melawati tempat ini. Kadang kadang dia berborak dengan batu kosong itu. Kadang-kadang dia menangis sehingga berjam-jam. 

Selama dua tahun, Itulah rutin hariannya. Tidak pernah tinggal walau sehari sekalipun.

"Assalammualaikum..." satu kain warna putih dibentangkan atas tanah, sebagai alas tempat duduk. Keith memandang batu nisan silver di hadapannya dengan pandangan sayu.

"Sorry harini aku datang lambat. Tadi ada meeting dengan Ray..." tangan Keith mula membuang daun daun kering yang menutupi permukaan kubur Avery. Setelah selesai, dia menyiram pula pusara itu dengan air wangian Rose.

"Kau nak tahu tak? harini Alicia dengan Rachel masuk pertandingan memanah. Kau rasa diorang dapat nombor berapa? Aku rasa mesti diorang dapat nombor satu. Haha tengok lah siapa yang ajar diaorang. Kau kan jurulatih yang paling hebat. Juara antarabangasa 4 tahun berturut-turut" Keith tergelak halus, namun kedengaran cukup pedih. 

"Sekejap je rasa masa berjalan kan? tengok-tengok diorang dah 8 tahun, tak lama lagi Athy dengan Emiel pun dah nak masuk 3 tahun. Kecoh betul lah si Emiel tu. Macam bapak dia pok pek pok pek tak berhenti hahahaha" mulut Keith mengukir senyuman. Nafasnya ditarik dalam.

"Dah dua tahun kau pergi tinggalkan aku, Av..." Keith tunduk pandang tanah.

"Dua tahun.... aku masih tak dapat nak lupakan kau" sambungnya. Pandangnya mula berkaca-kaca. 

"Av , aku...." Keith diam sesaat.

"Aku tak boleh nak lupakan kau" sambungnya semula.

Air mata ditahan sebaik mungkin.

"Av dua tahun kau tinggalkan aku, aku merana. Aku merana Av..."

Tangannya digenggam sekuat mungkin. Nafasnya ditarik dalam-dalam.

"Av, aku.... aku masih sayangkan kau. Aku sayangkan kau, Av..."

Akhirnya empangan air matanya pecah. Bibir Keith menggeletar ingin mengungkapkan ayat seterusnya.

"Av, aku rindu kau..."

"Aku rindu kau sangat sangat"

"Do you still love me, Keith?"  kata-kata Avery dua tahun lalu kembali terlayar difikirannya.

"I still love you, Av" jawab Keith walaupun tiada siapa pun yang menyoal. "I love you...so much"

"Don't wait for me, but find me and take me home..."

"How" tanya Keith dengan esakannya. "Macam mana aku nak cari kau?"

"Promise me , one day you will come and save me?"

"How?" air mata Keith semakin lebat. "HOW!!" tanya Keith kuat. Tangannya menumbuk kuat permukaan tanah.

"How!" nada suaranya kedengaran kesal.

"How am i supposed to do that..." tanya Keith lagi. Batu nisan dipandang semula.

"Can you answer me please?" lama batu itu direnung seolah -olah dia sedang merenung seseorang. 

"Kalau kau nak tahu sepanjang aku hidup, tak ada lagi aku nampak batu boleh bercakap" celah seseorang.

Keith pantas menoleh belakang. Air matanya dikesat kasar.

"Kenapa kau dekat sini?"

"Sebab kau dekat sini..." jawab Luiz mendatar.

"Bukan ke tugas kau dah habis?"

"Selagi kau hidup...selagi tu tugas aku belum habis" jawab Luiz. Satu bunga Rose putih diletakkan atas pusara Avery.

Keith menghela nafas panjang.

"Mana tunang kau?" 

Luiz diam. Matanya sibuk acah-acah tengok kiri kanan.

"Entahlah eh, dia sorok dalam hati aku kut" Luiz cuba bawa gurau. Tangan dia simpan masuk kocek. Mulutnya tersengih sehingga nampak baris giginya yang putih. 

Keith menjulingkan matanya. Menyampah betul tengok dia ni. Perangai dia makin lama makin serupa dengan Rayyan. Menjengkelkan pun ada kadang-kadang. 

Luiz tergelak kuat melihat reaksi Keith. Suka dapat sakat lelaki itu. 

Keith masih lagi tidak lepas pandang Luiz. Jelas terbentuk garisan di dahinya.

"Apasal?" Tanya Luiz acah gangster.

Jari Keith menunjuk pada telinga Luiz.

"Tu, kau memang pakai benda tu sentiasa ke? Sepanjang dua tahun aku tengok kau tak pernah lepas benda tu. Kau telefon siapa sampai 24 jam tak berhenti?" 

"Dan sepanjang dua tahun tu, baru sekarang kau nak tanya aku?" Kening Luiz diangkat sedikit.

"Sebelum-sebelum ni aku tak kisah" jawab Keith.

"Habis tu sekarang?"

"Sekarang aku kisah, sebab tu aku tanya..." guman Keith perlahan. Mukanya dialih kearah lain.

"Hahahahahahaha..." lepas puas Luiz gelak wajah Keith dipandang semula. Telinganya disentuh.

"Ini bukan earpiece untuk call call orang tu..."

"Habis tu?"

"Ni alat bantu pendengaran..." 

Keith pandang Luiz semula dengan muka yang sedikit terperanjat.

"Terkejutkan?" Tanya Luiz selamba. 

"Macam mana boleh pekak" soal Keith tanpa tapis.

"Woi, woi suka hati kau je cakap aku pekak" marah Luiz.

"Habis tu tak pekak apa?" kening Keith berkerut.

"Tuli..."

"Kau ni annoyinglah. Sumpah"

Sekali lagi tawa Luiz terletus. "Iya ke? tapi kau bosan kan kalau aku tak ada?" kening Luiz diangkat beberapa kali memandang Keith.

"Siapa kata?"

"Aku lah, kan aku baru je cakap" balas Luiz laju.

"Anoyying brat..."

"Heh, heh, heh aku lagi tua daripada kau tahu tak" balas Luiz.

"Aku tahulah" Keith bangun dari duduknya. Belakang seluarnya ditepuk-tepuk sebelum kaki mula mengatur langkah.

"Nak pergi mana pulak ni?" kejar Luiz daripada belakang.

"Takkan nak duduk sini sampai malam... Lepas ni aku dengan Hanz ada perjumpaan dengan client" Keith terus berlalu pergi meninggalkan Luiz di belakang.

Bibir Luiz mengukir senyuman. 

~ You make me glow....~

Luiz pandang skrin telefonnya yang berbunyi. Butang hijau diseret ketepi.

"So?" Tanya Luiz mendatar.

"After this..."

"Good, See you later sweetheart...love you" 

"Love you too" butang merah ditekan. Telefon dimasukkan semula ke dalam poket seluar. 

Keith mengetuk pintu bilik Hanz dengan agak kuat. "Masuk" arah Hanz dari dalam. Pintu ditolak. Keith menjengah sedikit kepalanya.

"Cepat lah Hanz dah pukul berapa dah ni. pengetua tu dah dekat bilik meeting" bebel Keith dengan wajah cemberutnya.

"Iya iya kejaplah" cepat-cepat Hanz mengutip segala kertas dan file yang penting untuk mesyuaratnya lepas ini. Laju kakinya melangkah keluar.

"Siapa yang sepatutnya jumpa pengetua ni? kenapa tiba-tiba last minit bagi kita berdua handle" tanya Keith sebaik sahaja Hanz berjalan disebelahnya.

"Sepatutnya Rayyan, tapi dia ada hal lain . So nak taknak kitalah yang kena handle" balas Hanz mendatar.

"Aku dah agak dah dia tu, suka bagi orang lain kerja dia... Aku pun tak faham apasal tiba tiba dia nak bukak sekolah sendiri. Masalahnya kalau reti handle tak apa. Ni balik balik tolak ke orang lain" marah Keith tak puas hati. 

Sampai sahaja di bilik mesyuarat, mereka berdua masuk secara serentak. Tanpa melihat muka tetamunya, Keith terlebih dahulu mengambil tempat duduk di kerusi. Selang beberapa saat Hanz pula duduk di sebelah. Keith terus sahaja membuka file tanpa mempedulikan manusia yang sedang duduk dimeja hadapannya.

"Apa khabar Mr Keith?" sapa salah seorang manusia yang duduk di hadapan Keith.

Keith tersentak. File yang berada ditangannya hampir terlepas ke meja. Dia kenal suara itu.

Laju Keith mengangkat wajah, melihat kearah lelaki yang menyapanya.

Mata Keith terbeliak besar. 

Tak mungkin...

Keith menggosok sedikit matanya. Takut takut matanya bermain ilusi. Namun tidak. Lelaki itu masih kekal dihadapannya.

Mustahil...

Keith menoleh kekanan. Reaksi Hanz juga tidak kurang sama dengan reaksinya sebentar tadi.

Kepala ditoleh semula...

Perlahan-lahan tangannya mencapai pistol yang berada di dalam poket bajunya di bahagian dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience