Avery melangkah dahulu mendekati tubuh Zen. Perlahan-lahan tangannya naik memegang bahu lelaki itu. Penglihatannya menjadi kabur akibat mutiara jenih yang mula berkumpul ditubir mata.
"Abang Zen..." panggilnya. Nafasnya ditarik sakit. Dadanya terasa bagaikan disiat siat melihat tubuh kaku di hadapannya itu. Kepala digeleng serentak air mata jatuh setitik demi setitik.
"Tak, ni tipu je kan?" Katanya. Bahu Zen digoyangkan sedikit.
"Zen! Kau tipu aku kan! Bangunlah! Kau sengaja nak tipu aku kan? Kau nak prank aku kan? Zen!" Jerit Avery. "Bangunlah!"
"Jangan buat aku macam ni, jangan buat aku macam ni, Zen"
"Kenapa mesti kau? Kenapa mesti kau yang mati? Kenapa bukan aku" Avery menumbuk dadanya sendiri. Rasa sakit, rasa serba salah, semua menjadi satu.
Kalau lah dia tak lari dua tahun lalu. Kalau lah dia tak babitkan ahli keluarganya yang lain. Kalau lah dia sedar lebih awal siapa musuh sebenar dia. Semua ni takkan jadi. Faiq, Zen mereka mungkin takkan jadi mangsa keadaan.
Khayra memeluk anak anaknya. Begitu juga dengan Lucia. Tidak sanggup mereka melihat situasi yang sama saat Rayyan bertemu dengan mereka beberapa minit lepas.
"Av," panggil Xavier perlahan. "Dia dah tak ada, kau kena redha,"
"No!" Wajah Xavier dipandang. "You doktor! Do something please! Do something!" Pujuk Avery sambil memegang lengan Xavier.
"Please Xavier, do something...."
Yang lain hanya mampu diam. Menahan air mata sendiri daripada jatuh tumpah.
"Memang betul aku doktor, tapi aku bukan tuhan. Masa aku bangun, Zen dah lama hembuskan nafas terakhir dia. Jantung dia dah berhenti berdegup. Aku tak boleh nak selamatkan dia. Aku tak boleh nak buat apa apa" katanya cukup kesal.
"No no no no please don't say that... please. Please do something" Avery jatuh melutut. Memang betul abang kandungnya cuma ada dua. Tapi bagi Avery, mereka yang lain juga sudah dia anggap seperti abang kandung. Kehilangan Faiq sudah perit baginya, ini pula ditambah dengan kehilangan Zen.
"Zen please, please wake up. Please open your eyes, please I'm begging you" rayu Avery bersama esakan. Yang lain hanya mampu menahan air mata melihat situasi itu.
Xavier menahan bahu Avery.
"Dia dah tak ada Av, jangan buat dia macam ni"
Keith dan Hanz melangkah mendekati. Masing-masing tidak mengeluarkan sepatah kata.
Mata Hanz bergenang lebat. Hatinya remuk. Walaupun baru beberapa tahun dia masuk keluarga ini. Tapi ini sahajalah keluarga yang dia ada sekarang. Yang sanggup terima dia.
Keith memeluk Zariq. Air matanya menitik tanpa bunyi.
"Siapa yang bunuh abang kau" tanya Keith perlahan.
"Criz, butler tingkat 3" jawab Zariq perlahan. "Dia nak bunuh aku, tapi Zen halang guna badan dia sendiri. Aku tak sempat nak buat apa-apa. Aku tak sempat nak buat apa-apa langsung, Keith... Xavier belum sedar waktu tu. Hanz tak ada. Aku tak tahu nak minta tolong siapa. Tak ada siapa boleh selamatkan abang aku sampailah dia hembuskan nafas terakhir dia" sambung Zariq lagi.
Keith memejam matanya rapat, perit. Kenyataan perit yang harus dia telan saat ini. Air mata mengalir jatuh semakin deras. Tangan digenggam sekuat hati.
"Rayyan dengan Ray? Mana dia orang? Rayyan dah tahu belum?" Soal Hanz kepada mereka yang lain. Wajah Lucia dan Khayra dipandang.
"Rayyan dah datang sini tadi. Dia.... " Lucia terdiam. Ingatannya terulang kembali reaksi muka Rayyan sewaktu dia melihat mayat Zen. Dia yakin suaminya itu tertekan dengan situasi sekarang.
"Dia kenapa?" Soal Hanz kembali.
"Lepas dia datang dia terus keluar semula dengan Louis" balas Lucia mendatar.
"Diaorang tengah buru Criz dengan Fox" sambung Xavier pula.
Mereka diam. Pasti Rayyan tengah mengamuk.
"Fox? Tukang masak tu ke? Kenapa dia pun kena buru?" Celah Luiz tiba-tiba.
"Kau kenal ke dia siapa?" Pintas Keith.
"Apasal pulak tak kenal, semua nama pembantu rumah ni aku ingat tau" balas Luiz kembali.
"Tapi dalam rumah ni lebih 100 orang pembantu rumah" kata Keith pula.
"Dah tu kau panggil diorang guna apa? Hey Hoi?" Mereka terdiam. Memang kenyataan pun. Tak ada kerja nak ingat semua nama pembantu rumah mereka ni. Dahlah ramai. Sebab itu jugalah masing-masing memakai tag nama supaya senang mereka panggil.
"Why Fox kena buru jugak?" Soal Bella kepada Khayra semula.
"Sebab Fox yang pukul kepala i" Khayra menunjukkan kepala dia yang sudah berbalut.
"Pembelotnya Criz dengan Fox" kata Hanz mendatar.
"Kau yakin?" Tanya Luiz.
"Kita sendiri tak tahu berapa ramai sebenarnya yang dah belot keluarga ni sekarang" jawab Keith pula. Keith ambil tempat di sebelah Zariq. Kemudian dia menutup badan Zen menggunakan kain putih.
"Semoga kau tenang dekat sana Zen" katanya perlahan.
"Kita nak buat apa? Takkan kita nak lepaskan je bangsat tu lari?" Tanya Luiz semula. Wajah mereka dipandang satu persatu.
"Louis tak bagi," jawab Xavier mendatar.
"Dia tak bagi kitaorang keluar selangkah pun dari bilik ni" katanya lagi.
"Dah tu kau nak ikut je arahan dia?" Tanya Luiz kembali.
"Tu bukan arahan, tu amaran" balas Xavier semula. Tangannya digengam. Kalau ikutkan hati, dia sendiri ingin membunuh si celaka yang dah bunuh Zen. Tapi arahan ketuanya, dia tetap kena patuh.
"Mengarut! kau tahu berapa ramai orang yang kita orang kutip dekat bawah tadi?" Wajah mereka dilihat.
"Tak sampai separuh der, selebihnya masih bebas. Takkan kau nak suruh Ray dengan Rayyan settelkan semua tu. Emosi dia dengan Ray tengah kacau sekarang ni. Banyak benda tengah jadi dalam keluarga kau. Tak mustahil dia boleh buat kerja gila" kata Luiz membantah.
"Betul tu, well dia kata korang yang tak boleh masuk campur. Dia tak kata aku. Aku tak nak duduk sini macam orang bebal tak buat apa-apa. Aku nak pergi cari Rayyan" balas Bella pula.
Keith dan Hanz hanya diam. Macam mana ni? Perlukah dia ingkar arahan ketua mereka?
Avery seka air matanya. "Av nak ikut Bella, Av tak kira," namun baru sahaja dia ingin bangun tangannya ditarik oleh Xavier di sebelahnya.
"Av, kau sakit ke? Kenapa kau nampak lain? Badan kau nampak kurus"
Keith melihat gadis itu. Baru dia sedar, mereka yang lain tiada seorang pun yang menyoalkan kenapa gadis yang sepatutnya sudah meninggal dua tahun lalu berada di hadapan mata mereka sekarang ini.
Adakah mereka tidak sedar? Atau sebenarnya hanya Hanz dan dia sahaja yang masih belum mengetahui hal itu.
"No! Kau stay dekat sini, Xavier dah sedar, kau patut dapatkan rawatan" bantah Hanz.
"Rawatan?" Dahi Xavier bertaut.
"Dia kena drugged sama dengan jenis dadah yang kau kena" jawab Keith bagi pihak Hanz.
"Kau pun patut stay, tolong Xavier" kata Keith kepada Hanz pula.
"Tapi Zen mati sebab musuh i, dia mati disebabkan i" katanya sayu. Wajah Keith dipandang.
"Kau sakit Av! Aku taknak kau keruhkan lagi keadaan. Cukup lah cuma seorang sahaja yang hilang nyawa harini. Aku tak nak kau pun sama" marah Keith.
Avery terdiam.
Bella menyentuh lembut bahu Avery. "Listen to him. You should rest"
Lucia dan Khayra melangkah mendekati gadis itu sebelum badannya dipeluk erat.
"Akak lega Av selamat," ucap Khayra.
"Welcome home Av," kata Lucia pula.
Lama, Avery terkaku sebelum dia juga membalas pelukan mereka. Tangannya jelas sedikit menggigil. Senyuman paksa diukir walaupun tampak perit.
"I miss you"
Dia kemudian memeluk pula anak buahnya yang lain.
"Lama tak nampak akak" ujar Alicia dalam pelukan.
"Rindu akak cantik" sambung kembarnya pula. Mata mereka masing-masing nampak sedikit bengkak. Mungkin mereka juga baru sahaja lepas menangis.
"Akak miss you too" ujar Avery perlahan, air mata dikesat lagi. Tidak lupa juga dengan Athanasia dan juga Emiel. Mereka juga sama sama memeluk Avery.
Bella yang berada di belakang Avery hanya tersenyum manis sebelum dia memandang ke arah Luiz.
"Jom" ajaknya.
"Aku pergi dulu" kata Keith kepada mereka yang lain.
Mereka menghantar pemergian Bella, Luiz dan Keith hanya dengan lirikan mata.
"Hati-hati Keith" kata Avery mendatar.
"I will"
Pintu ditutup kembali.
Mereka bertiga memeriksa tingkat itu. Senjata masing-masing sudah siap sedia di tangan. Mata tajam memerhati setiap sudut ruang.
"Kosong wey, aku rasa diaorang dekat tingkat atas" kata Keith mendatar.
"Kenapa?"
"Tu" Tangan Keith menunjuk ke atas. Ada satu lampu merah kecil berkelip di hujung sudut dinding.
"Lampu tu kalau menyala maksudnya ada orang bunyikan alarm. Dan semua pembantu kena berkumpul dekat dua tempat je. Tingkat paling bawah dengan tingkat paling atas. Sebab antara tingkat ground dengan tingkat satu ada grill besi yang Av letupkan tadi. Aku rasa ni Louis yang bunyikan alarm" terang Keith mendatar.
"Dah jomlah kita naik atas terus" ajak Bella.
Mereka bertiga melangkah ke arah tangga rumah.
Sampai sahaja di tingkat paling atas senjata masing masing terturun ke bawah. Masing-masing tidak mengeluarkan sepatah kata.
"Keith," panggil Bella sedikit perlahan.
Keith menelan air liurnya yang terasa kelat. Dahinya muncul butir butir cecair jernih.
"Wow, aku ingatkan aku seorang je yang gila dalam dunia ni. Rupanya ada yang lagi gila daripada aku" selamba Luiz berkata sebelum dia tergelak sinis.
Keith pantas menekup mulutnya sendiri. Tekaknya terasa mual. Makanan yang dimakan pagi tadi seperti berlumba-lumba ingin keluar dari perut.
Tingkat itu seolah olah baru sahaja dikunjung dengan malaikat maut.
Sunyi
Sepi
Ngeri
Ya ngeri, sangat ngeri dengan serpihan daging daging manusia. Kepala yang sudah terputus dari badan. Bola bola mata manusia yang seolah olah macam guli di atas lantai. Anggota badan seperti tangan dan kaki yang sudah terlerai dari tuannya.
Isi isi perut merata. Kelonsong peluru bersepah. Darah jangan cakap lah. Setiap langkah yang mereka buat seolah olah mereka memijak lopak air tetapi lopak air ini berwarna merah.
"Aku nak munta-" belum sempat Keith habis berkata dia terus mengeluarkan isi perutnya.
"Berani betul korang semua duduk satu rumah dengan orang gila macam ni" komen Bella di sisi Keith. Mulutnya disengetkan. Mata melihat kearah Keith.
Keith mengesat mulutnya menggunakan belakang tapak tangan. Sisa muntah dalam mulutnya diludah keluar.
"Jom cari Rayyan," kata Keith laju. Tidak sanggup dia ingin berlama-lama di tingkat itu. Walaupun dia pembunuh dia juga tidak sanggup melihat keadaan tingkat itu.
Spleshh
"Keith kau pijak mata orang" kata Bella cukup selamba.
Bulu roma Keith menegak. Sial punya Bella. Tak payah lah cakap kuat kuat.
Scesshhh
"Eh, Keith kau pijak lidah orang tu"
Keith gigit bibir sendiri. Sedikit pun dia tidak memandang apa yang dipijaknya sebentar tadi. Macam mana nak elak dah kalau tingkat tu memang penuh dengan cebisan cebisan manusia.
Bella tersengih melihat reaksi Keith yang seperti kanak kanak kecil yang dipaksa memijak lopak kotor.
Kasut masing-masing sudah bercorakkan dengan darah. Bau jangan cakaplah. Hanyir habis.
Mata Luiz tajam memerhati keadaan tingkat itu. Tidak sangka semua ini hanya dilakukan oleh dua orang sahaja. Kalau macam ni lah gayanya, mana satu pembelotnya mana satu bukan pun dah susah nak kenal. Yang pasti semua mati.
Mereka tiba dihujung tingkat.
Louis yang sedang memandang ke arah luar tingkap terus menoleh ke arah mereka bertiga. Tangannya yang berada dalam kocek seluar dikeluarkan.
"Sorry, rumah kotor sikit" katanya mendatar sebelum mulut mengukir senyuman.
Keith menelan air liur lagi. Sikit kepala otak dia. Dah macam tempat perang dah aku tengok.
"M-mana Rayyan?" Soal Keith lagi. Kelibat lelaki itu tidak dijumpai. Hanya Louis sahaja yang berada di tingkat itu.
"Rayyan? Haha entahlah, mungkin dekat tingkat 1" jawab Louis sambil tergelak. Gelak yang terdengar sangat seram. Dengan keadaan rumah yang macam ni kalau kau ikut sama gelak, sah kau pun dah gila. Ada masalah mental.
"Louis? Kau Louis kan?" Soal Keith kembali. Tangan Bella di sebelahnya dicapai. Gigil.
Bella tergelak halus dalam diam. Comel betullah lelaki ni.
"Keith, kau tolong aku pergi cari Rayyan boleh?" Pinta Louis kembali. Mulut tetap tersenyum namun nampak menyeringai.
"O-okay okay" tanpa berkata banyak Keith segera meninggalkan tempat itu. Lantak kau lah Bella, Luiz pandai pandailah kau nak borak dengan si gila tu.
"Louis, apa jadi?" Tanya Bella sebaik sahaja Keith meninggalkan mereka.
Lelaki itu tidak berkata apa-apa. Kakinya mula melangkah mendekati Bella dan Luiz.
Senyuman di wajahnya mati. Tangannya naik meraup muka. Keluhan nafas panjang terlepas dari mulutnya.
"Aku bukan Louis, aku Ray..."
"Hah?"
"Habis tu kau ke yang buat semua ni?" Tanya Luiz pula.
"Tak, bukan aku. Aku sedar sedar je tingkat ni memang dah jadi macam ni. Aku tak sangka Louis akan bertindak sampai macam ni sekali" jawab Ray masih lagi menutup mukanya sendiri.
Luiz memeluk bahu Ray sebelum belakang badan lelaki itu ditepuk tepuk.
"Dah dah, semua dah settel"
"Aku dah bunuh semua orang" kata Ray perlahan.
"Aku dah bunuh semua... diorang tak bersalah tapi aku bunuh semua sekali dengan kejam"
"Tak lah, tak semua mati"
Ray terus pandang muka Luiz dan Bella.
"Kitaorang tak bunuh pun pembantu rumah kau yang ada dekat tingkat bawah. Avery tak bagi" kata Bella mendatar.
Ray melepaskan nafas lega.
"Keluarga aku? Keluarga aku yang lain? Dia orang dekat mana?"
"Keluarga kau selamat, semua ada dekat tingkat 3 cuma..."
Wajah Ray berkerut.
"Cuma?"
"Kau tahu tak Zen dah takde?"
Share this novel