Bab 16

Action Series 25520

"Rayyan... Dah lama kita tak berjumpa..." ucap satu suara yang sedang elok duduk diatas kerusi beroda. Mulutnya kekal tersenyum sinis memandang Rayyan.

Rayyan masuk tanpa rasa gentar sebelum menarik kerusi yang berada betul betul dihadapan meja Haider.

Bukan untuk diduduk malah kerusi itu ditendang kekiri. Takda masa dia nak duduk semeja dengan si anjing ni.

"Bagi tahu aku, kenapa kau racun anak buah aku? Apa masalah kau eh? Tak cukup ke dengan apa yang kau dah buat dekat aku dengan adik aku dulu?" kata Rayyan cukup dingin.

"Hahaha, Rayyan Rayyan Rayyan. Kau dah besar sekarang. Kau ke yang hapuskan semua geng aku dekat sini?" soal Haider.

"Dan kalau aku kata ya?" provok Rayyan.

"Kau kena tahu satu benda Rayyan. Sekuat mana pun kau sekarang. Seteguh mana pun geng kau sekarang..." Haider bangun daripada kerusinya sebelum menghadap keluar tingkap. Matanya tepat memandang sebuah kereta hitam yang memakir tidak jauh daripada bangunannya itu.

"... Aku tetap takda kelemahan seperti mana yang kau ada" sambung Haider sebelum tersenyum sinis.

"Apa maksud kau hah?" marah Rayyan.

"Kalau kau bunuh aku sekarang, tetap akan ada anak buah aku yang terlatih memburu keluarga kau. Kalau kau tak bunuh aku sekarang, ahli keluarga kau tetap akan mati juga. Dan kalau kau tak mampu nak halang aku. Terimalah kenyataan yang korang semua tetap akan mati ditangan aku"

"Sialan! Kau ni memang anjing daripada dulu lagi! Kau memang patut mati lah bangkai!" riffle hitamnya dihala tepat pada dahi Haider.

"Tapi aku masih hidup.... Hahaha dan harini bukan masanya untuk aku mati" habis sahaja Haider berkata sedemikian tiba tiba satu bom asap dibaling masuk ke dalam bilik pejabat itu.

Pandangan Rayyan terhalang.

"Mana kau tak guna!"

Bang! bang! bang! bang!

Peluru rifflenya dilepaskan secara rawak.

Namun satu pun tidak ada yang mengena pada lelaki itu malah bayang Haider juga sudah tidak kelihatan.

Sesaat kemudian terdengar bunyi beberapa letupan bom dibahagian bawah atau lebih tepat bahagian dimana terletaknya kereta yang dihuni oleh Faiq dan Isterinya. Kemudian diselang seli dengan bunyi tembakan daripada pelbagai jenis senjata api.

"Lucia!"

Cepat cepat Rayyan keluar daripada bilik itu dan menuju kearah lift. Fikirannya bercelaru.

Butang paling bawah ditekan kuat beberapa kali. Baru sesaat pintu lift itu terbuka ada tiga bunyi tembakan sniper kedengaran dibahagian luar syarikat yang diselangkan dengan suara yang tidak asing menyapa ditelinga Rayyan.

"RAYYAN! THIS IS YOUR FATE HAHAHAHA ACCEPT IT" suara milik Haider kedengaran. Kemudian diselang pula dengan suara isterinya.

"FAIQ NOOOO!!!"

Hati Rayyan semakin berdebar. Adakah mereka baik baik sahaja.

Langkah kakinya dipercepatkan. Pintu utama syarikat itu dituju.

Namun selangkah sahaja kakinya keluar daripada bangunan itu. Badannya sudah terpaku melihat ribuan mayat milik anak buahnya sudah tidak bernyawa. Mungkin akibat daripada letupan dan tembakan yang didengari sebentar tadi . Kelibat Haider juga sudah tidak kelihatan.

Perlahan lahan dia mula melangkah kehadapan sebelum matanya tertancap pada satu tubuh.

Dengan pantas dia berlari mendapatkan tubuh seorang lelaki yang amat dikenalinya, terbaring diatas jalan berlumuran darah.

"Faiq! Faiq! Apa dah jadi ni!" laju tubuh lelaki itu dipangkukan atas pehanya.

"Koff!" batuk yang keluar dari mulut Faiq ditemani dengan lelehan darah merah yang pekat.

Sebelah tangan lagi memegang perutnya kesan daripada ditembak oleh orang suruhan Haider.

"Rayyan.... belakang kau...." ucap Faiq lemah.

Tiba tiba Rayyan dipukul menggunakan batang besi paip oleh dua orang suruhan Haider. Tetapi dia tidak melawan sebaliknya dia melindungi Faiq yang berada dalam pelukannya.

Tangan yang melindungi kepala Faiq dipukul kuat.

Sesaat kemudian pistol yang berada dikocek belakangnya dibawa keluar sebelum diacu tepat kearah orang suruhan Haider.

Bang! Bang! Bang!

Kepalanya yang dipukul menggunakan besi tadi mula mengalirkan cecair darah.

Pistol yang digunakan dicampak jauh ketepi.

"Faiq! Mana bini aku!" soal Rayyan cemss. Matanya meliar mencari kelibat Lucia. Namun kelibatnya tidak kelihatan.

"Aku tak tahu... Tadi dia kena tangkap dengan musuh... Tapi Lucia masih hidup" balas Faiq lemah.

Hujan mula turun setitik demi setitik sebelum menjadi lebat. Kesan kesan api kebakaran akibat letupan tadi mula terhapus.

"Rayyan... Aku minta maaf" kata Faiq lemah.

"Faiq! Please kau kuat aku tahu kau kuat. Aku pun pernah kena tembak. Tak sakit pun lah. Bertahan please. Aku nak kau bertahan!" kata Rayyan laju. Luka Faiq ditekan kuat menggunakan tangannya agar dapat menghalang darah yang keluar daripada luka tembakan itu.

Faiq menggeleng lemah.

"Aku tahu masa aku dah tak lama..." Faiq gagahkan juga dirinya untuk bercakap walaupun setiap inci tubuh badannya kini sudah terasa bagai dikoyakkan menggunakan kaca.

Rayyan melihat luka tembakan Faiq. Ada tiga kesan tembakan. Dia menutup kembali menggunakan tangannya sambil memandang kearah lain. Air matanya ditahan. Giginya diketap kuat.

"Aku taknak dengar Faiq! Kau kena bertahan jugak! Aku tak izinkan kau mati dekat tangan aku!" Telefonnya dibawa keluar namun belum sempat dia mendail nombor kecemasan, Faiq terlebih dahulu menghalangnya.

"Rayyan... Dengar... Untuk kali terakhir. Aku nak kau dengar cakap aku..." kata Faiq lagi.

Rayyan menggeleng laju. Air hujan juga semakin lebat turun seperti menangisi nasib mereka berdua pada waktu senja itu.

"Aku dengar... Aku dengar" Rayyan akhirnya pasrah. Dia tahu bahawa lelaki itu sudah sampai masa.

"Aku minta maaf tak dapat nak jaga Lucia..." kata Faiq lemah.

"Takpa Faiq... Aku maafkan... aku maafkan kau" balas Rayyan sayu.

Faiq terbatuk lagi. Tetapi kalini lebih banyak darah yang mengalir keluar.

"Rayyan... Selama ni aku anggap kau sebagai keluarga aku... Aku sayang korang semua... Sampaikan salam aku pada yang lain.... Aku minta maaf kalau aku ada buat salah dekat korang" ucap Faiq lagi.

Rayyan sedaya upaya menahan air matanya daripada gugur. Namun apakan daya dia juga seorang manusia yang masih mempunyai seketul daging yang bernama hati.

"Faiq... Kau tak pernah buat salah dengan aku..." kata Rayyan lagi nada suaranya mengigil hebat.

"Rayyan... Bagi tahu dekat yang lain jangan hidup dengan dendam... Dendam tak pernah bagi kita kebahagiaan...." nafas Faiq semakin lama semakin lemah.

"Aku tahu Faiq aku tahu... Tapi..."

"Aku... taknak kau mati... sama macam aku..." Faiq tersenyum sakit.

"Hah...tak sangka aku tak sempat kahwin sebelum mati..." tiba tiba tangan yang terletak atas perutnya itu jatuh terkulai ke bawah. Senyuman dimulutnya juga perlahan mengendur sebelum menghilang.

"Faiq! Faiq! Tolong bangun Faiq! Jangan tinggalkan aku! Aku tahu kau kuat. Faiq! " pipi Faiq ditepuk lembut beberapa kali. Namun tiada respon daripada lelaki itu.

Rayyan merapatkan telinganya ke dada Faiq sebelum tangisannya menjadi semakin kuat.

"Faiq... Sampai hati kau tinggalkan aku"

Tangisan Rayyan semakin berlagu diiringin dengan hujan yang semakin lebat menimpa bumi. Dimanakah dia ingin mencari isterinya. Dia pasti anaknya juga kini sudah berada dalam genggaman Haider. Fikirannya buntu.

Kesemua anak buahnya yang lain diperhatikan. Mereka semua juga turut terkorban angkara Haider.

Tidak

Mereka terkorban angkara kebodohan dirinya. Kalau lah dia mendengar nasihat Faiq untuk mendapatkan pertolongan daripada ahli keluarganya yang lain pasti ini semua takkan terjadi. Pasti Kematian Faiq dapat dielakkan.

Bodoh. Dia yang sebenarnya punca semua ini terjadi. Dia yang membunuh Faiq.

Setelah 20 minit tiba tiba telefonnya berbunyi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience