Bab 31

Action Series 25520

Kalau apa yang selama ini kita fikirkan adalah satu imaginasi yang nyata, mampukah kita menerima kenyataan yang sepatutnya?

"Avery? Macam mana kau boleh hidup lagi? Bukan kau sepatutnya dah mati ke dua tahun lepas?" Hanz melihat gadis itu atas bawah. Betul ke gadis di hadapannya ini Avery? Kenapa nampak macam orang lain? Nampak macam orang sakit. Cengkung dan pucat.

Matanya sedikit digosok. Hampir tidak percaya apa yang terhidang di depan matanya.

"Yah, itu semua rancangan daripada i. Sebab i sendiri nak jauhkan diri daripada korang semua. Tak, i terpaksa jauhkan diri demi keselamatan yang lain. I minta maaf" jawab Avery mendatar. Kepalanya menunduk pandang lantai.

Hanz tersenyum.

"I'm glad to see you're still alive"

Keith dan Avery naik kereta Hanz manakala Luiz dan Bella naik kereta Ferrari hitam Luiz.

"Kita jumpa dekat rumah" kata Luiz sebelum memandu keretanya.

"Okay" balas Keith sepatah sebelum masuk ke dalam kereta Hanz. Beg beg Avery sudah diletakkan di bonet belakang.

"Wey apa sebenarnya yang dah jadi ni? Macam mana korang berdua boleh jumpa? Kereta yang meletup tadi kereta siapa?" Tanya Hanz sebaik sahaja dia memulakan pemanduan.

"Entahlah Hanz, aku pun sama jugak macam kau. Baru semalam aku tahu yang Av hidup lagi. Tadi yang terbakar tu kereta kitaorang, ada musuh entah datang dari mana serang kitaorang" jawab Keith mendatar.

Avery yang duduk di seat belakang hanya mendiamkan diri.

"Serius aku terkejut masa sampai tadi, aku ingatkan otak aku berhalusinasi sampai nampak Av diri sebelah kau hahaha" kata Hanz lagi.

Halusinasi...

Avery pandang Hanz yang sedang fokus memandu.

"Hanz, betul ke Enver dah mati?" Soal Avery mendatar.

"Eh kau tak tahu ke? Takkan Bella tak ada cerita dekat kau? Tak silap aku, Enver dah lama mati. Daripada zaman kau masuk University, masa kau belasan tahun " Hanz tayang muka terkejut. Cermin belakang dikerling.

"Bila korang semua dapat tahu?"

"Dua tahun lepas, tak silap aku seminggu lepas majlis pengebumian kau, Louis dengan Rayyan bagi tahu kitaorang yang Enver sebenarnya dah mati, kitaorang selama ni kejar bayang bayang dia je..."

"Louis? Betul ke dia kata Enver dah mati? Bukannya Elrick?" Soal Avery lagi.

Keith dan Hanz pandang wajah Avery pelik.

"Siapa yang cakap dekat kau yang Elrick dah mati?" Soal Hanz semula.

Avery terdiam. Kenapa memorinya seperti berbeza dengan mereka?

"Mungkin i tersalah kut" sofa kereta disandar. Kata kata Keith tadi terngiang semula difikirannya. Dadah yang dia ambik tu boleh buat dia berhalusinasi? Jadi sampai tahap mana memorinya sudah menipu dirinya sendiri.

"Hanz, actually i have been drugged , agak lama. Daripada dekat Sweden lagi... jadi sekarang ni apa yang i ingat macam tak sama dengan apa yang korang semua cakap. I rasa i dah start berhalusinasi daripada i duduk dengan korang semua lagi..."

"Sebab tu ke badan kau nampak kurus? Muka kau pun nampak pucat serius macam orang sakit" balas Hanz jelas nampak terkejut.

Avery angguk kepala.

"Siapa yang drugged kau?" Soal Hanz semula.

"Maid i sendiri , tapi dia dah mati. Keith yang bunuh"

"Halah memang patut pun kena bunuh. Dia bagi kau dadah jenis apa?"

"Amphetamine" jawab Keith mendatar.

"Huh? Amphetamine?" Balas Hanz jelas seperti terkejut.

"Kenapa?" Soal Avery.

"Dadah tu bahaya tau kalau overdose, patutlah badan kau jadi macam ni. Paling teruk, sampai boleh mati kalau ambik dos sebarangan. Ni kau dah telan hampir 2 tahun pulak tu, macam satu keajaiban yang kau masih hidup," tutur Hanz jujur.

Keith dan Avery hanya diam. Nasib baik Luiz membawa Keith berjumpa dengan gadis itu. Kalau tidak mungkin nyawa Avery sudah melayang.

"Actually Xavier pun kena benda sama" celah Hanz kembali.

"Apa maksud kau sama" soal Keith dengan dahi yang berkerut.

"Xavier pengsan semalam sebab overdose, bila aku check rupanya ada orang cuba bunuh dia guna dadah yang sama dengan Av, Amphetamine,"

"Orang cuba bunuh dia?" Soal Avery dan Keith serentak.

Hanz angguk kepala.

"Dah tu korang diamkan je?" Soal Keith lagi.

"Kenapa?" Soal Hanz semula, masih lagi blur.

"Kalau ada orang cuba bunuh dia maksudnya dalam rumah tu ada penghianatlah bingai! Macam mana dia kena drugged sedangkan kita tak kerja semalam!" Kata Keith tinggi.

Hanz menepuk dahi sendiri. Macam mana dia boleh tak terfikir benda tu?

Keith pantas mengeluarkan telefonnya dari dalam kocek seluar sebelum pantas nombor Rayyan didail.

"Hello Rayyan kau dekat mana! Dekat rumah ke?" Tanya Keith sebaik sahaja panggilan itu diangkat.

"Keith? Ni aku Ray ? Kenapa cari Rayyan?"

"Ray! Rayyan mana? Dia hidup lagi tak?"

"Hah? Mestilah dia hidup lagi, kau dah kenapa tanya soalan macam tu"

"Dah tu kenapa kau yang jawab telefon dia?" Soal Keith semula.

"Errr... dia pengsan tadi"

"Pengsan? Pengsan sebab apa! Ada musuh serang ke?"

"Eh tak lah... dia pengsan sebab terlampau tertekan. Jap, yang kau ni dah kenapa tanya macam tak boleh nak relax?" Soal Ray semula.

"Ray, Ray kau dengar cakap aku elok elok. Sekarang ni anak anak kau dekat mana? Ada dekat kau tak?"

"Kembar ada dengan aku ni, Athy dengan Khayra. Kenapa?"

"Kau dekat mana?"

"Dalam bilik Rayyan dengan Lucia"

"Okay, kau dengar apa aku nak cakap ... Av kena drugged dengan musuh. Aku syak daripada dia duduk Sweden lagi. Xavier pengsan sebab overdose Amphetamine kan?" Soal Keith.

"Aah,"

"Av pun kena dengan jenis dadah yang sama! Maid dia sendiri yang letak dadah tu dalam air dia hari hari. Jadi aku rasa dalam rumah kita tu dah tak selamat sekarang. Ada musuh dalam selimut. Aku rasa yang drugged Xavier salah seorang dalam rumah tu"

Jeda. Tiada balasan.

"Hello? Ray? Kau dengar tak ni?" Kening Keith bertaut. Kenapa Ray macam tenang je dengar apa dia cakap.

"Ray? Hello..." Panggil Keith lagi apabila tiada sahutan.

"Ni aku, Louis..."

Keith terdiam. Air liurnya yang terasa pahit ditelan. Bulu roma tangannya automatik naik menegak apabila mendengar suara garau Louis.

"Okay, okay. Louis bagus kau ada. Kita ada masalah sekarang. Anak kembar kau ada dengan kau kan sekarang ni?"

"Aah kembar ada depan aku ni, Athy aku tak tahu dekat mana" jawab Louis tenang.

"Ray cakap dengan aku tadi, Athy ada dengan Khayra. Tapi aku tak tahu bini kau dekat mana"

"Terangkan balik situasi kita sekarang," arah Louis suaranya mula kedengaran dingin. Kaki mula melangkah ke arah bilik tidurnya.

"Okay okay" Keith tarik nafas dalam dalam. 

"Sekarang ni aku nak kau bawak anak anak kau dengan anak Rayyan sekali pergi ke tempat selamat. Suruh Zariq atau Zen jaga dia orang, semua pembantu dalam rumah tu kau kumpulkan dekat ruang tamu. Louis, sekarang ni kita jangan percaya sorang pun pembantu dalam rumah tu. Aku syak ada penghianat di antara pembantu rumah. Sebab Av sendiri kena khianat dengan pembantu peribadi dia. Dan dadah yang diaorang guna jenis dadah yang sama, Amphetamine..."

"Kau dekat mana ni?" tanya Louis kembali.

"Aku dah on the way balik dengan A-" belum sempat Keith menghabiskan ayat, telinganya menangkap seperti bunyi satu benda terhentak. Seperti bunyi telefon terlepas ke lantai.

"KHAYRA!! KHAYRA APASAL NI , SIAPA BUAT KAU MACAM NI?!"

Suara Louis sayup sayup kedengaran di hujung telefon.

"Louis! Kau okay tak? Apa yang dah jadi? Hello? Hello?!" Keith mula panik. Namun tiada lagi bunyi kedengaran. Skrin telefon dilihat. Panggilannya sudah pun terputus.

"Kenapa Keith?"

"Kenapa wey? Apa yang jadi?"

Tanya Avery dan Hanz serentak. Masing masing memandang wajah Keith yang jelas nampak cuak.

"Aku tak tahu, aku rasa something tengah jadi dekat rumah" jawab Keith sebelum dia memandang wajah Hanz di sebelahnya.

Hanz telan air liur. "Eyy tak kan lah, apa je yang boleh jadi. Rumah tu penuh dengan pembunuh kut. Siapa je berani serang sana" tutur Hanz semula.

"Kau yakin?" Giliran Keith pula bertanya.

Masing-masing terkelu lidah. Tidak. Walaupun rumah itu penuh dengan pembunuh, namun melihat daripada keadaan mereka sekarang, dengan Rayyan dan Xavier yang masih tak sedarkan diri, anak-anak Louis dan anak Rayyan pula dirumah, mereka tidak yakin yang musuh takkan berani serang mereka. Malah ini jadi situasi yang paling sesuai untuk mereka bertindak.

"Hanz boleh kau speed sikit tak?" Tutur Keith risau. Dadanya berdebar. Dia yakin sesuatu terjadi dekat Khayra. Suara Louis tadi jelas menunjukkan sesuatu yang buruk telah berlaku.

Hanz hanya menurut. Pedal minyak kereta ditekan sehingga habis.

Keith mendail nombor Luiz pula. Tidak ambil masa yang lama untuk panggilan itu diangkat.

"Luiz kau dengan Bella prepare something. Ada benda tengah jadi dekat rumah agam. Aku dapat rasakan ada musuh tengah serang sana" arah Keith mendatar.

"Okay" jawab Luiz sepatah.

"Apa yang abang Louis cakap tadi?" Tanya Avery sebaik Keith meletakkan telefonnya.

"Aku tak tahu, aku dengar Louis jerit nama Khayra. Rayyan pengsan sekarang ni. Tu pun aku tak tahu sebab apa," Keith gigit kuku jarinya. Hatinya tidak tenang memikirkan apa yang sebenarnya sedang berlaku.

"Fuck?!" Dashboard depannya dihentak kuat.

"Wey sabar wey" tegur Hanz pula. Seriau melihat lelaki itu marah.

"Masa kau keluar rumah tak ada benda yang pelik jadi ke?" Tanya Keith kepada Hanz.

"Tak adalah pulak. Aku nampak Rayyan dengan anak kembar Ray dekat ruang tamu tengah tengok Tv. Zariq dengan Zen dekat atas teman Xavier. Itu jelah. Tak ada pulak benda pelik jadi" jawab Hanz kembali.

"Apa yang tengah jadi ni? Kenapa Rayyan boleh pengsan pulak tiba-tiba?" Keith raup mukanya kasar.

Tiba-tiba telefon Avery berbunyi. Masing-masing terdiam. Avery melihat skrin telefonnya. Nombor tak dikenali.

"Siapa?" Tanya Keith.

"Tak tahu, tak ada nama" jawab Avery.

"Kenapa tak jawab?" Tanya Keith lagi.

Avery telan air liur. Kenapa dia rasa tak sedap hati untuk menjawab panggilan itu. Seolah -olah ada berita buruk yang akan didengar.

Perlahan-lahan butang hijau diseret ketepi.

"Hello Av!"

Kening Avery berkerut.

"El? El ke ni?"

Keith dan Hanz sudah memandang muka masing masing. Elrick call?

"Av dekat mana sekarang ni? Rumah ke? Rayyan ada tak? Ray?" Tanya Elrick bertubi-tubi.

"Hold on, hold on. El dekat mana? Dah dua tahun El menghilang tiba-tiba call tanya macam ni. Kenapa?"

"Av dengar baik baik cakap El, keluarga kau dalam bahaya sekarang ni! Musuh dah tahu yang Av masih hidup. Now dia tengah buru kita semua. Av dekat luar ke? Dekat rumah ada sesiapa tak?"

"Apa maksud El dalam bahaya hah?"

"El tak ada masa nak terangkan. Cukuplah Av tahu yang El bukan musuh keluarga Av selama ni. Musuh sebenar dah bertindak. Kalau Av tak ada dekat rumah agam, baik Av balik sekarang jugak. Keluarga Av dalam bahaya!"

"Apa maksud El? Kenapa Av kena balik?"

"Sebab musuh tu nakkan Av, dia mungkin akan cederakan orang lain selagi dia tak dapat Av,"

"Hah?!" Avery sudah memicit kepala sendiri. Pening memikirkan situasinya sekarang.

"Mungkin Av rasa El main main sekarang ni. Tapi tolonglah percayakan El untuk kali ni sahaja. El tak boleh nak terangkan panjang panjang sebab musuh tu tengah kejar El jugak. Sebelum Av balik, pastikan Av bawak backup sekali, ingat tau! El kena pergi..."

"Elrick wait! Siapa musuh yang tengah serang keluarga Av ni?" Tanya Avery semula.

"Av tak ingat ke? Nama dia -" belum sempat Elrick menghabiskan ayat, panggilan telahpun terputus.

Avery pandang skrin telefonnya yang kini sudah berubah hitam.

"Terputus..."

"Serius, sumpah serius, apa yang tengah jadi sekarang ni?" Soal Hanz kepada mereka berdua.

"I tak tahu..." Avery terdiam. Kedua tangannya naik menekup muka sendiri. Kata kata Elrick sebentar tadi bermain di fikirannya. Elrick bukan musuh mereka? Musuh sebenar dia tengah serang keluarga dia dan juga Elrick. Jadi Elrick kenal ke musuh yang tengah buru keluarganya sekarang ni?

Siapa? Dan apa motif musuh buat macam tu? Apa kena mengena Elrick dengan keluarga dia sampaikan dia juga turut diburu?

Elrick tu siapa?

Sementara itu Bella yang berada dalam kereta Luiz hanya membuang pandangannya ke luar tingkap.

"Luiz," panggilnya mendatar.

"Hmm?" sahut Luiz tanpa menoleh.

"You rasa kenapa Rayyan cakap macam tu dekat kita berdua dua tahun lepas?" Tanya Bella tiba-tiba.

Tawa halus terlepas, Luiz pandang Bella yang berada di sebelahnya sekilas.

"Kenapa tanya macam tu tiba-tiba?"

"Saja," Bella hembus nafas pada cermin tingkap, haba yang terhasil dari nafasnya menyebabkan tingkap itu berwap. Jari kecilnya sibuk melukis gambar berbentuk hati, nama dia dan juga Luiz berada di dalam bentuk hati itu. 

"I rasa Rayyan macam dah dapat agak musuh dia siapa, tapi tulah dia ragu-ragu dengan diri sendiri" sambung Bella lagi.

"Kenapa pulak kau cakap macam tu?" Tanya Louis kembali.

Bella tidak menjawab. Fikiriannya melayang sewaktu mereka berdua dipanggil dalam bilik meeting dua tahun lepas.

"Hmm you sayang abang you tak?" Bella pandang Luiz yang sedang fokus memandu.

"Sayang kut, tapi aku lebih sayangkan kau" jawab Luiz mendatar, mulut tersenyum manis.

"Eleh..." Bella senyum meleret. Hatinya berbunga.

"Tapi kan Luiz" sambung gadis itu lagi.

"Hmm?"

Bella terdiam semula.

"Hmm tak ada apalah"

Louis terkejut melihat isterinya yang sudah terbaring atas lantai, menahan sakit. Telefonnya terlepas ke lantai. Laju dia menerpa kearah Khayra.

"Hey sayang, what happen?" kepala Khayra diangkat dan diletakkan atas peha.

Mata Louis tajam memerhatikan sekeliling bilik tidurnya itu.

"Louis?" Khayra berkerut menahan sakit. Kepalanya terasa berdenyut-denyut.

"Mana Athy? Mana anak kita?" soal Louis panik kerana tidak melihat kelibat anak perempuannya yang berusia 3 tahun itu.

"Athy selamat," jawab Khayra lemah dan separa sedar. Matanya hampir tertutup.

"Papa" panggil satu suara kecil.

Louis pantas menoleh. Pintu almari pakaian ditolak dari dalam dengan penuh bersunguh-sungguh.

"Athy! Come here" panggil Louis.

Anak perempuannya itu berjalan mendekati Louis. Kepala dipeluk erat sebelum dikucup dahinya berkali-kali oleh ayahnya. Sebaik sahaja Khayra melihat anaknya berada dalam pelukan Louis, matanya terus terpejam rapat.

"Khayra! Khayra!" Panggil Louis panik.

"Siapa buat mama? Kenapa mama macam ni?" Tanya Louis kepada anaknya pula.

"Untel Fox" jawab Athanasia sebelum kepala Louis dipaut. "Athy tatut, tepala mama kena putul" terang gadis kecil itu bersama pelatnya.

Dahi Louis berkerut. Uncle Fox? Siapa tu? Kepala Khayra diperiksa. Ada sedikit kesan darah dirambutnya. Tetapi lukanya tidak terlalu dalam.

"Jom ikut papa" Louis terus dukung badan Khayra sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidurnya. Athanasia pula hanya mengekor di belakang ayahnya.

Pintu bilik Rayyan dibuka, Louis masuk ke dalam sebelum meletakkan Khayra perlahan-lahan di atas katil bersebelahan dengan Rayyan.

"Abang Louis? Apa dah jadi?" soal Lucia yang jelas terkejut melihat kedatangan Louis bersama Athanasia.

"Mummy!" jerit Rachel dan Alicia serentak sebelum menghampiri sebelah katil ibunya.

"Aku tak ada masa nak cerita sekarang ni. Something happen. Aku nak pergi tengok budak budak lain kejap. Kau tunggu sini jaga anak anak aku dengan isteri aku boleh?" tanya Louis mendatar. Pistol belakang seluarnya diperiksa sebelum diselitkan semula dalam kocek.

Lucia hanya mengangguk laju. Walaupun dia sendiri tidak faham apa yang sedang terjadi saat ini. Anaknya, Emiel terus menghampiri Athanasia yang sedang berdiri di tepi katil Khayra.

"Lepas aku keluar. Lock bilik ni, jangan bagi sesiapapun masuk kecuali aku. Faham?" arah Louis sebelum melangkah pergi.

"Abang!" Panggil Lucia. Louis yang sudah berada dipintu berhenti melangkah namun kepala tidak menoleh.

"Hati-hati" pesan Lucia mendatar.

Louis angguk kepala sebelum dia terus keluar dari bilik itu.

Louis pantas berlari ke arah bilik medic yang terletak di tingkat 3. Hatinya gelisah. Dia yakin ada sesuatu yang sedang berlaku saat ini. Dia harus pastikan kembar dan Xavier dalam keadaan selamat.

Uncle Fox? Siapa tu? Macam mana anaknya boleh kenal. Pembantu rumah ke?

Namun sebaik sahaja pintu bilik Medic terbuka, Louis tahu yang dia sudah terlambat.

Kakinya terkaku. Mata teralih ke arah Xavier yang masih tak sedarkan diri diatas katil sesaat, kemudian matanya teralih pula kearah dua kembar yang berada dilantai.

Keadaan bilik itu kucar kacir. Darah terpercik di merata-rata tempat. Peralatan dan pelbagai jenis ubatan bersepah di atas lantai. Seolah olah baru sahaja terjadinya gempa bumi di dalam bilik itu.

Zariq memegang kepala abangnya yang kini sudah berdarah.

"K-kau, kau... bodoh ke?" suaranya terketar. Bukan setakat suara. Tangan dan jarinya juga jelas tampak mengigil. Bukan kerana takut, tetapi melihat daripada peluru yang menembus pada badan dan kepala abang kembarnya itu dia yakin tidak mungkin nyawa abangnya masih boleh diselamatkan lagi.

"K-kenapa kau selamatkan aku? Kenapa kau selamatkan aku?" Rintih Zariq.

Perlahan-lahan Louis melangkah mendekati dua kembar itu.

Keadaan mereka nampak teruk. Bibir Zariq berdarah dan bengkak. Manakala Zen...

"Abang bangunlah, jangan tinggalkan aku," setitik demi setitik air mata Zariq mengalir ke pipi.

Pipi sejuk Zen dihelus lembut.

"Abang, jangan tinggalkan aku macam ni, kau je keluarga yang aku ada" rayu Zariq pilu.

"Siapa yang bunuh Zen?" Tanya Louis yang berdiri di hadapan mereka berdua.

"Tak! Abang aku tak mati lagi" balas Zariq, menjerit. Kepala digeleng. "Abang aku belum mati!"

"Aku tanya siapa yang bunuh dialah, sial!!" Suara Louis mula meninggi.

Zariq masih tidak menjawab. Badan Zen yang sudah berlumuran dengan darah itu dipeluk rapat ke dada.

Louis pantas menerpa ke arah Zariq sebelum koler baju lelaki itu ditarik kasar.

"Dengar sini tak guna! Kau dah buta ke?! Otak kau dah tak boleh nak fikir?! Kau fikir ada ke manusia yang boleh selamat lepas kena tembak dekat kepala hah?!" Tengking Louis.

"Aku tanya siapa yang bunuh dia?!"

Zariq memejam kepalanya rapat. Dia tahu yang berada di hadapannya sekarang adalah Louis dan bukannya Ray.

"Griz, tukang masak dapur utama" jawab Zariq dalam keadaan gigil.

Louis lepas cengkaman koler baju Zariq.

Tak guna! Apa yang Keith cakap tadi memang betul. Ada pembelot antara pembantu rumah mereka.

Louis pantas keluar dari bilik itu. Kakinya laju melangkah ke arah bilik sistem kawalan utama yang juga berada ditingkat 3.

Bilik itu dipenuhi dengan sistem utama dan kamera kawalan rumah agam.

Mata Louis tajam memerhatikan butang butang yang penuh diatas meja di hadapannya. Masuk kalini sudah dua kali dia terpaksa masuk ke dalam bilik ini.

Satu batang besi yang berbentuk silinder ditarik ke bawah. Kemudian Louis buka kotak kecil yang berada paling hujung kiri. Dalam kotak itu ada satu butang besar bewarna merah pekat.

"Maafkan aku, tapi ini cara aku berurusan. Nyawa akan dibalas dengan nyawa, darah dibalas dengan darah. Kau cari pasal dengan keluarga aku dulu. Sekarang, giliran aku" sebaik sahaja Louis berkata, butang itu terus ditekan.

Bunyi sistem amaran bergema kuat di seluruh ruangan rumah agam itu.

"System alert! System alert! Intruders detected ! Intruders detected! All elevators will be shut down right away. All power source in first ground will be shut off. Please remain safe and good luck. For the indruders . WELCOME TO HELL"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience