Bab 37

Action Series 25520

"Uncle Hanz!" Panggil Alicia sebaik sahaja mereka selesai makan. Yang lain sudah bergerak meninggalkan meja makan.

"Ye?" Hanz datang makin dekat.

"Nak dukung" Alicia hulur tangan ke arah Hanz meminta untuk lelaki itu mendukungnya.

"Aik tiba tiba je nak manja dengan uncle ni. Ada apa apa ke?" Kata Hanz sambil tersengih. Alicia didukung. Budak ni kecik lagi jadi takdalah berat mana pun.

"Uncle, uncle tahu tak siapa Abang Luiz?" Tanya Alicia mendatar. Manakala Rachel berjalan di sebelah mereka. Tangan kecilnya elok memegang hujung baju Hanz. Dia memang daripada kecik lagi sudah manja dengan Hanz. Kerana lelaki itu rajin melayannya.

"Ermm bodyguard Uncle Keith lah kenapa?" Jawab Hanz yang sudah melangkah ke arah ruang tamu.

Senyuman di bibir Alicia terus mati. Jelas wajahnya kelihatan kecewa.

"Uncle, Alic nak jalanlah. Turunkan" pintanya mendatar. Hanz yang pelik dengan sikap kanak kanak itu hanya turutkan sahaja. Alicia diturunkan ke bawah sebelum dia terus melangkah ke arah lift untuk ke tingkat atas.

"Tak boleh lah, Uncle Hanz pun bodoh jugak. Abang Luiz tu adik dia pun dia tak tahu lagi" bisik Alicia di telinga Rachel.

"Kan adik dah kata. Uncle uncle dalam rumah ni semua tak boleh nak pakai. Apa kata kalau kita bagi tahu Papa Louis je terus?" Cadang Rachel semula. Mereka berdua sudah sampai di ruang tamu.

"Alah, Papa Louis garang sangat lah. Akak takut" balas Alicia sebelum mengambil tempat di depan tv. Athanasia dan Emiel sememangnya sudah berada di ruang tamu.

"Papa, papa" ajuk Athanasia yang duduk di sebelah mereka berdua.

"Eh kau ni. Diamlah. Jangan bocor rahsia" Rachel menutup mulut adiknya.

"Rahsia apa?" Tanya Rayyan yang baru melangkah ke arah tiga beradik itu.

"Yang semua manusia dalam rumah ni tak boleh pakai" jawab Rachel selamba.

"Hahahaha itu bukan rahsia. Itu semua orang dah tahu" kata Rayyan sebelum dia mengambil handphonenya yang berada atas meja. Sempat dahi Emiel dikucup olehnya.

"Korang berempat duduk sini tau, uncle ada hal nak bincang dengan yang lain" kata Rayyan mendatar. Dia kemudian terus melangkah ke arah lift rumah.

"Taknak cuba cakap dekat Uncle Rayyan?" Bisik Alicia kepada Rachel.

"Dah kalau Uncle Keith bodoh, Uncle Rayyan tiga kali ganda bodoh. Percayalah" balas Rachel juga dalam keadaan berbisik.

Jauh di sebelah lift, Bella tergelak mendengar perbualan dua kanak kanak itu daripada tadi.

"Kenapa you gelak?" Tanya Avery berkerut.

"Entah kau, dah ikut gila macam adik aku ke?" Sampuk Rayyan yang baru menyertai.

"Hah? Hahaha Takde apalah" pintu lift terbuka sebelum mereka bertiga masuk ke dalam.

Lucas, Khai, Keith, Luiz, Zen dan Xavier memang sudah berada di dalam bilik meeting. Selesai sahaja makan tadi mereka terus datang bilik ini.

Hanz dengan Ray tidak menyertai mereka.

Manakala Lucia dan Khayra pula sudah masuk ke bilik masing-masing.

Rayyan, Avery dan Bella mula mengambil tempat.

"Jadi sekarang ni macam mana? Keluarga kita selamat ke tak selamat" tanya Rayyan yang sudah memandang muka Lucas.

"Yang tu aku tak pasti, dua minggu lepas Eriyan ada cari aku. Tapi aku larikan diri"

"Kenapa kau larikan diri?" Tanya Rayyan lagi.

"Kalau dia bunuh aku macam mana? Aku bukan tahu pun niat dia nak apa" kata Lucas.

"Ye kalau dibunuh, mati. Tamatlah riwayat Elrick yang tak seberapa nak hensem ni" Rayyan membalas sambil mengangkat bahunya.

"Pak hang" Lucas tayang jari tengah ke Rayyan.

"So boleh tak kita assume yang sekarang ni dia bukan ancaman dekat keluarga kita?" Xavier mencelah.

"Kenapa pulak?" Balas Keith.

"Well dia buat apa je? Seperti yang Lucas kata semua benda yang jadi dekat keluarga kita bukan dari dia tapi dari Haider dengan Sofia" kata Xavier mendatar.

"Tapi dia tu anak diaorang..." balas Keith.

"Bapak jahat tak semestinya anak jahat" Luiz yang diam daripada tadi mula mencelah.

Rayyan tayang thumb up dekat Luiz. Boek ah member psiko backup member.

"Tapi mesti ada jugak yang dia buat senyap senyap" pintas Bella.

"Aah kalau tak, takkan dia tiba tiba kata dia dah dapat Av. Apa dia pun dah gila jugak ke apa? Halusinasi?" Kata Keith mendatar.

Semua memandang wajah Avery. Bella di sebelahnya hanya tanya muka selamba. Tangannya sibuk memutarkan sebatang pen.

"Sumpah Av kata Av tak tahu. Sebab sebelum ni Av memang tak terfikir pun Eriyan tu Eres. Selama ni Av ingatkan Elrick dengan Enver musuh kita"

"Hahaha tak pasal-pasal aku pegang watak jahat" Lucas mencelah.

"Itulah, jadi bila you kata yang Eriyan tu sebenarnya Eres. I macam blank. Sejak bila pulak dia ada minat dekat i. Takkan sebab masa kecik dulu. Lama betul. Tapi itu je kali terakhir Av nampak dia. Lepas lepas daripada tu Av memang dah busy dengan hal sekolah"

"Bukan kau sorang je blur. Aku pun jem. Otak aku jatuh. Bila aku nak kutip, hilang! Hilang otak aku tu" Rayyan tiba-tiba menyampuk.

Krik krik krik krik

"Jadi sekarang ni orang suruhan Sofia memang semua dah takde kan?" Keith ubah topik.

"Aku rasa macam tu" balas Lucas.

Wajah Zariq dipandang. Lelaki itu daripada tadi mendiamkan diri. Mungkin kehilangan abang kembarnya memberi impak besar dalam hidup dia.

"I'm sorry for your loss"

"Sokay" balas Zariq perlahan. Mulut tersenyum paksa. Dia tahu ajal maut semua di tangan tuhan. Lagi lagi mereka yang bekerja dalam suasana maut seperti ini. Bila bila masa sahaja nyawa boleh jadi taruhan.

"Tak sekarang ni, sebenarnya ada benda lagi penting dari Si Eriyan yang tak kacak tu" kata Rayyan mendatar.

"Apa dia?" Tanya Keith.

"Kau tahu tak syarikat kau, kau, dan syarikat aku hampir bankrup" Rayyan menunjuk ke arah Zariq dan Keith. Akhir sekali jari menunjuk kepada dirinya sendiri.

"Aku tahu..." balas Zariq perlahan.

Sejak kematian Faiq. Mereka semua seakan terganggu. Masing masing tidak fokus membuat kerja. Pulak tu dengan macam macam lagi kejadian yang menimpa. Kini ditambah pula dengan kematian Zen.

Cuma tak tahulah kenapa syarikat Rayyan juga hampir bankrup. Padahal dia takde kena mengena pun dengan hal ini.

"Tak yang syarikat kau pehal?" Tanya Xavier kepada Rayyan.

"Kau tak tahu ke ada virus tengah melanda bumi. Jadi hampir semua syarikat penerbangan dibatalkan sekarang. Company aku tanggung rugi hampir 590 billion" bicara Rayyan tenang. Seolah olah 590 billion itu 590 sen.

"Ouh," balas Xavier ringkas.

"Jadi aku nak tanya" wajah Lucas dan Khai dipandang.

"Korang kerja apa?" Tanya Rayyan mendatar.

"Aku? Aku pembantu Lucas" jawab Khai laju.

"Yang kau pulak?" Tanya Rayyan lagi. Matanya sudah memandang ke arah Lucas.

Tiba tiba Avery tergelak kecil di tempat duduknya.

"Abang seriuslah tak tahu apa kerja abang Lucas? "

"Kenapa?" Kening Rayyan bertaut.

"Syarikat FD kenal?" Tanya Avery kembali.

"Force Drive? Saingan syarikat aku tu? Apasal?" Pantas Rayyan memandang muka Lucas seakan tak percaya.

"Jangan kata tu syarikat kau"

"Memang tu syarikat aku pun" balas Lucas bersahaja.

"Eh babi! Kau rupanya sebab syarikat aku kena tolak tiap kali nak beli saham dekat Spain"

Lucas sudah tergelak besar.

"Saja, aku ingatkan kau tahu tu aku. Kan dulu aku pernah kata aku akan jadi saingan terbesar kau satu hari nanti"

"Eh bonggok aku manalah tahu yang kau hidup lagi. Takkan aku nak pikir hantu kau menjelma jadi manusia balas dendam dekat aku" balas Rayyan mula merepek.

Mereka yang lain hanya memerhati.

"So sekarang siapa handle syarikat tu?" Tanya Xavier mendatar.

"Orang lain. Aku kira pemilik je, aku dah lepas tangan dari buat kerja"

Laju Rayyan capai tangan Lucas.

"Wey kerja dengan aku jom" katanya tiba-tiba.

"Eh kau. Kau sedar tak aku ni musuh syarikat kau. Buat apa aku nak tolong musuh sendiri" Lucas tergelak.

Rayyan mencebik.

"Habis tu kau datang sini sebab apa. Baik tak payah datang kalau taknak tolong"

"Betul ni taknak aku datang?" Lucas angkat kening sebelah.

"Fine! Fine! Aku suka kau datang"

"Hahaha. Aku datang ni sebab nak tolong keluarga korang lah. Keluarga ni kan keluarga aku jugak"

"Bila masa kau keluarga aku?" Tanya Rayyan mendatar.

"Hello, bini kau tu adik aku tau. Konon dulu kata tak suka Lucia. Last-last kahwin jugak dengan dia. Dulu kema-pfffpftff"

Mulut Lucas pantas ditekup oleh Rayyan.

"Yelah babi! Ye! Takpayahlah ungkit kisah lama!" Jerit Rayyan.

Mereka yang lain sudah tergelak melihat dua kawan itu.

Hanya Keith sahaja yang tampak lain. Gelaknya seperti terpaksa. Kenapa dia rasa cemburu melihat keakraban Rayyan dan Lucas?

"Kau okay beb?" Tanya Luiz yang berada di sebelah Keith. Hanya mereka berdua sahaja yang masih berada dalam bilik meeting itu. Yang lain sudah keluar 10 minit yang lepas.

"Hmm, okay je" balas Keith acuh tak acuh. Kepalanya disandar pada kerusi.

"Yelah tu"

Tiba-tiba Keith pandang Luiz secara mengejut.

"Kejap, yang kau ni jadi bodyguard aku sampai bila?" Tanya Keith mendatar. Wajah beku Luiz dipandang.

"Bila tugas aku selesai lah" balas Luiz mendatar.

"Tugas kau tu apa? Sampai bila?" Tanya Keith lagi.

"Mana boleh aku bagi tahu. Selagi tak selesai selagi tu aku dekat dengan kau"

"Sampai aku mati ke?" Teka Keith.

Luiz diam.

"Hah? Kau biar betul sampai aku mati!" Kata Keith sedikit terkejut. Matanya terbuntang.

"Taklah bodoh! Aku mana boleh bagi tahu. Dah, jangan tanya aku!" Luiz pusing kerusi rodanya ke arah lain.

"Hmm. Yelah semua orang nak berahsia dengan aku" guman Keith perlahan. Sejak akhir akhir ni dia asyik mudah terasa hati. Dah nak mampus agaknya.

Luiz pusing semula kerusinya menghadap Keith.

"Tak yang kau ni nak emo kenapa?"

"Aku jealous" jujur Keith mendatar.

"Jealous? Dekat siapa?" Tanya Luiz semula.

"Dekat Lucas" jawab Keith ringkas.

"Kenapa pulak kau nak jealous dekat dia?" Tanya Luiz lagi.

"Sebab dia ada semua yang aku takda"

"Maksud kau?"

"Dia ada life yang normal. Bukan life pembunuh macam aku. Dia ada kerjaya yang normal bukan kerja macam aku. Hidup dia tak macam hidup aku. Dia ada ciri ciri lelaki yang Av suka. Lepas tu dia lebih rapat dengan Rayyan berbanding aku. Aku rasa macam semua yang aku punya semuanya dia ambik" kata Keith perlahan.

Luiz hanya diam mendengar.

"Av suka dia ke?" Kening Luiz berkerut.

"Aku tak tahulah Av suka dia ke tak. Tapi Av pernah cakap dulu yang dia nak suami yang normal, normal macam Lucas. Bukan macam aku yang sentiasa diselubung dengan dunia mafia" kata Keith mendatar.

"Lagipun dulu, cinta pertama dia memang Lucas. Bukan aku" sambungnya lagi.

Luiz pandang wajah kecewa Keith. Dia ni bodoh ke bangang? Dah terang terang Avery memang dah lama tahu kewujudan Lucas. Lebih 10 tahun. Kalau betul dia masih suka Lucas dah lama dia kahwin dengan lelaki tu. Tapi dia tetap juga pilih Keith. Sampai sekarang tak kahwin kahwin.

Eh orang dalam rumah ni memang bodoh bodoh belaka ke?

Ah lantaklah.

Akhirnya Luiz hanya diam tanpa berkata apa apa. Biarlah diaorang selesaikan masalah sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience