Bab 32

Action Series 25520

Dua kereta yang nampak mewah masuk di perkarangan rumah agam Mikayla.

"Sekarang kita nak buat apa?" Tanya Hanz yang sudah melangkah keluar dari dalam kereta.

"Takkan kita nak terjah masuk macam tu je?" Balas Keith pula. Dia juga sudah keluar dari dalam kereta.

"Sekarang ni musuh pun kita tak tahu siapa, dah tu apa? Takkan kita nak bunuh semua orang macam tu je?" Celah Avery pula yang sudah berdiri di sebelah Keith.

Bella dan Luiz melangkah mendekati mereka. Tangan masing masing elok diletak dalam kocek seluar. Nampak sungguh bergaya.

"So nak buat apa sekarang? Nak redah je ke?" Soal Luiz sebaik sahaja menyertai mereka bertiga.

Tiba-tiba telefon Avery berbunyi nyaring meminta untuk diangkat. Butang loudspeaker ditekan agar yang lain turut mendengar.

"Av," panggil Louis di hujung panggilan.

"Abang, abang okay? Yang lain okay tak?" Balas Avery prihatin.

"Bella dengan Luiz ada dekat situ?" Soal Louis kembali.

Avery pandang pasangan itu serentak sebelum skrin telefonnya dipandang semula.

"Ada, kenapa?" Jawabnya laju.

"Bella, Luiz, aku nak, bila kau masuk rumah agam ni nanti, kau bunuh sesiapa sahaja yang kau nampak. Semua sekali, tanpa tinggal seorang pun. Jangan bagi seorang pun terlepas. Aku dah lock lift dengan tangga untuk naik tingkat atas. Pastikan bila kau dah selesai, tak akan ada satu nyawa pun yang tersisa. Kau anggap semua tu musuh korang" arah Louis dingin.

Hanz, Keith dan Avery jelas terkejut mendengar arahan ketua mereka itu. Louis sudah gila kah? Pembantu pembantu rumah mereka ramai, lebih 100 orang. Takkan mereka perlu membunuh semua nyawa yang tak bersalah itu?

Luiz dan Bella hanya tayang muka selamba mendengar arahan Louis. Sudah mereka jangka yang mereka akan terima arahan itu.

"Louis! Takkan kau nak suruh Luiz dengan Bella bunuh semua pembantu rumah kita? Diorang tu keluarga kita! Mungkin yang belot cuma satu dua je, kenapa sampai semua kita kena bunuh?!" Celah Keith laju.

"Keith, dengar arahan aku" balas Louis semula. Suaranya dingin sahaja.

"Louis, apa salah yang lain sampai nak bunuh semua sekali?" Celah Hanz pula.

"Dengar arahan aku, aku tak kira nyawa siapa yang melayang, yang pasti bukan nyawa keluarga aku. Aku buat ni bersebab" balas Louis kembali.

"Bersebab? Bunuh diorang semua tu bersebab?" Soal Keith.

Louis tidak menjawab soalan Keith.

"Abang Louis, yang lain selamatkan?" tanya Avery sedikit perlahan. Hatinya tidak tenteram saat ini. Penuh dengan gelisah.

"I'm sorry, aku tak boleh nak tolong korang untuk kalini. Banyak nyawa yang aku tengah jaga. Dan ada nyawa ahli keluarga kita yang dah hilang. Lepas habis semua call aku semula" telefon dimatikan.

Keith dan Hanz saling berpandangan antara satu sama lain. Ada nyawa yang sudah hilang?!

Louis, bergurau je kan?

Masing masing sudah tidak senang duduk mendengar ayat Louis. Nyawa siapa yang hilang?

Luiz dan Bella membuka bonet kereta Ferrari Luiz. Senjatanya diperiksa. Dua pucuk pistol diselit belakang seluar. Bella mencapai satu Rifle berwarna putih sebelum diletakkan atas bahu. Manakala Luiz mengambil Rifle berwarna hitam. Tidak lupa juga dengan pisau spiral milik pasangan itu yang sudah siap sedia diselit pada pinggang. Setelah selesai, bonet kereta ditutup kembali sebelum dia melangkah kearah mereka yang lain.

"So macam mana ni guys? Nak buat plan atau nak redah macam tu je?" celah Luiz yang sudah siap dengan senjatanya.

"Jom redah je! Cepat sikit settel" cadang Bella pula.

"Hurm aku tak kisah," balas Hanz. Hatinya masih lagi risau memikirkan ayat Louis tadi. Nyawa siapa yang terkorban?

"Aku boleh backup, Hanz kau ada bawak senjata tak dalam kereta?" Tanya Keith kepada Hanz.

"Ada, bonet aku memang penuh dengan senjata"

"Kau jaga Av jelah Keith, takyah masuk campur" celah Bella pula.

"Tak nak, i nak ikut you guys. Ini keluarga i, dan musuh tu musuh i. I punca semua ni jadi, jadi biar i ikut lawan" bantah Avery pula.

"Tapi kau sakit" kata Keith kembali.

"Sakit je, belum mati lagi" jawab Avery degil.

Keith menghela nafas panjang. Mengalah. Nak cakap banyak banyak dia kenal sangat dengan baka baka keluarga Rayyan, jenis degil semangkuk.

Mereka berlima mula melangkah ke arah pintu utama rumah. Mata Avery di-scan pada bahagian sekuriti. Pintu terbuka.

"Kejap," tahan Avery. Tangan menghalang daripada yang lain melangkah masuk.

Avery menyeluk kocek seluarnya sebelum membawa keluar satu kotak kecil besi yang berwarna hitam.

Pintu rumah dibuka sedikit, kemudian kotak itu dibaling masuk ke dalam sebelum Avery menutup semula pintu rapat.

"What the, kau baling bom?!" Tanya Hanz cuak.

"Seriously?" Celah Keith pula. Masing-masing tayang wajah panik. Gila tak panik, mereka yang lain ada di tingkat atas. Kalau meletup rumah ni roboh lah jadinya! Tak pasal -pasal semua mati katak.

"Tak bukan, i baling bom asap" jawab Avery mendatar. 

Mereka menarik nafas lega. Luiz dan Bella pula elok menyandar pada tepi dinding.

"So ni plan you? Tidurkan diorang semua then tangkap semua sekali tanpa membunuh?" Tanya Bella mendatar. Nafas bosan dilepas. Rifflenya diturunkan dari atas bahu.

"I tak suka cadangan Abang Louis, kita tak perlu bunuh semua sekali. Mungkin ada satu dua yang jadi pembelot, tapi yang lain tu tak, diorang dah lama setia dengan keluarga i. Nyawa mereka tak patut hilang macam tu je," kata Avery sambil melihat ke arah Bella.

"Good choice" sampuk Luiz pula.

Keith dan Hanz hanya diam. Masing-masing duduk mencangkuk. Tidak mahu masuk campur.

Selepas 10 minit berlalu Avery membuka pintu rumah itu semula.

"Okay dah clear. Bella, Luiz you pergi bawak semua yang ada dekat bahagian belakang ke depan. Pastikan tangan diorang kena ikat tau. Kalau ada ternampak yang masih belum pengsan, you cuma pengsankan je, jangan sampai bunuh" arah Avery.

Bella dan Luiz hanya patuh. Avery memandang pula Keith dan Hanz .

"Korang berdua tolong i dekat bahagian depan" tutur Avery lagi.

Hanz dan Keith menangguk serentak. Mereka semua mula jalankan misi masing-masing.

Setelah 25 minit berlalu, mereka berjaya mengumpulkan kesemua pembantu yang dijumpai di bahagian tingkat itu.

"67?" kata Avery sebaik sahaja mengira jumlah manusia yang berada di hadapannya.

"67? Bukan ke kita ada 100 lebih pembantu rumah?" kata Keith pula. Tangannya dicekak ke pinggang penat mengheret mereka semua ke ruang tamu utama. Dahlah berat!

"Betul ke semua tempat dah cari?" Tanya Avery semula kepada Bella dan juga Luiz.

"Yup, bahagian belakang clean" jawab Bella bagi pihak Luiz sekali.

"Tapi tak semestinya semua dekat tingkat bawah kan? Mana tahu yang lebih tu dekat tingkat atas?" Celah Hanz pula.

"Aah betul juga" sokong Keith.

"I call abang Louis kejap" Avery pantas mendail nombor Louis. Selepas beberapa deringan panggilan itu diangkat.

"Abang Louis..."

"He-hello Av, Av ke ni? Av tolong akak, Av" Suara gigil Lucia menyebabkan hati Avery makin gelisah. Keningnya berkerut. Lucia? kenapa dia angkat telefon Louis.

"Akak kenapa ni?! Akak dekat mana? Abang Louis mana?"

"Tolong akak, Av. Abang Rayyan dengan Louis mengamuk teruk. Akak tak boleh nak halang diaorang. Tolong naik atas sekarang! Tolong diaorang, akak takut ada benda buruk jadi," rayu Lucia berselang esakan pilu.

"Akak dekat mana ni!"

"Akak dekat bilik medic tingkat 3, Kak Khayra, Alicia, Rachel, anak akak semua ada dekat bilik ni" balas Lucia semula.

"Kitaorang akan naik sana, akak tolong bukakkan suis lift boleh?" pinta Avery semula.

"Tak boleh Av, Akak tak boleh keluar langsung dari bilik ni. Louis rosakkan suis pintu ni supaya tak ada siapapun dapat keluar. Akak tak reti nak bukak cara manual" jawab Lucia semula.

"Okay, okay. Akak tunggu situ. Kejap lagi kitaorang datang" Avery matikan panggilan.

"Apa dah jadi?" Tanya Keith laju.

"I tak tahu, Kak Lucia yang jawab telefon Abang Louis, Kak Lucia kata suruh naik atas cepat . Abang Rayyan dengan Abang Louis tengah mengamuk teruk"

Masing-masing terkelu lidah. Louis dengan Rayyan mengamuk? Mengamuk dekat siapa?

"Ada musuh ke dekat atas?" Soal Hanz kembali.

"Hmm tapi diam je tingkat atas. I tak dengar apa apa bunyi peluru pun" kata Bella pula.

"Rumah ni kalis bunyi kalis peluru, i rasa telinga you pun takkan boleh dapat dengar apa yang jadi dekat atas" balas Avery pula.

"Jadi kita nak naik macam mana sekarang ni?" Soal Luiz kembali.

"Aah, macam mana nak naik atas, lift dah tak function, dekat tangga ade gril besi" kata Hanz.

"Kita letupkan" cadang Keith.

"Kau gila? Ngamuk Rayyan dengan Ray nanti" pintas Hanz laju.

"Nak tengok dia ngamuk ke nak tengok nyawa keluarga kita melayang?" Soal Keith kembali. Hanz terdiam. Betul jugak. Rambutnya dikusutkan sehingga serabai. Arghh tapi Ray marah betul kalau ada orang rosakkan rumah ni. Dahlah mahal. 

Keith pandang ke arah Avery yang berdiri di sebelahnya.

"Kau ada bawak bom saiz kecik sikit tak?" Soal Keith mendatar.

"Kau ni agak agak ler tanya dia, takkan nak bawak bom sana sini" celah Hanz pula.

"Ada"

"HAH?" Jerit Hanz terkejut.

Avery menyelak sedikit jaket kulit baju yang dipakai. Tersusun pelbagai jenis kerongsang mengikut saiz pada jaket itu.

"Jangan cakap yang tu..."

"Kau ni macam baru sehari kenal dia" Luiz tepuk bahu Hanz.

"Kau gila ke! Kalau meletup masa dalam kereta tadi macam mana!"

Bella sudah tergelak-gelak di tempatnya.

"Meletup mati, simple," jawab Avery mudah sebelum dia melangkah ke arah gril besi yang menutupi tangga rumah untuk naik ke tingkat atas. Mereka yang lain mengekor di belakang.

Satu kerongkang paling kecil dicapai sebelum dilekatkan pada gril besi itu. Avery sempat menoleh ke arah yang lain. Butang merah kecil belakang kerongsang itu ditekan.

"Now Run!!!" cepat cepat mereka berlari menjauhi tempat itu. Masing-masing sudah siap sedia menutup telinga.

BOMMM!!!!

"Woi seriuslah ni bom paling kecik?" Tanya Hanz yang sudah memandang Avery dengan muka panik. Asap asap putih yang menampar wajahnya dikibas-kibas.

"Aah, dah tak payah nak banyak bunyi, jom naik atas" selamba Avery berkata sebelum dia melangkah mendahului yang lain.

"Ni paling kecik?!"

Hanz pandang semula gril besi yang sudah mencair di hadapannya.

"Gila punya pompuan..." komen Hanz perlahan.

"Hahahaha kan" kata Bella sambil memaut leher Hanz.

"Kau pun sama jelah, takpayah cakap orang" Hanz tolak tangan Bella. Luiz yang berada di sebelah gadis itu hanya tersenyum simpul.

Mereka berlima terus mendaki ke tingkat 3. Bilik medic dituju.

Bam! Bam! Bam!

Kuat cermin pintu bilik itu diketuk.

"Kak Lucia! Akak dekat dalam ke?" Kaca pintu diintai.

Mereka yang lain memerhati sekitar tingkat itu sambil berjaga-jaga.

Sesaat selepas itu gerangan Lucia muncul di hadapan pintu. Mulutnya bergerak gerak sambil menunjuk pada dinding tepi. Avery melihat ke tepi, ada kotak kecil yang berfungsi untuk membuka pintu itu telah hancur berkecai. Pasti kerja Si Louis.

"Memang dalam rumah ni semua kalis bunyi ke?" Soal Bella mendatar. Dinding rumah itu diketuk ketuk. Dulu dia sempat duduk sekejap sahaja sebelum dia berpindah ke rumah Avery selama dua tahun untuk menjaga gadis itu.

"Aah, hampir keseluruhan rumah menggunakan bahan kalis bunyi dan kalis peluru" jawab Hanz.

Avery mencapai telefon bimbitnya sebelum nombor Louis didail lagi. Lucia yang berada di dalam mengangkat panggilan itu.

"Pintu ni boleh bukak secara manual. Akak tunduk , dekat bahagian bawah pintu ni sebelah hujung kanan cuba akak sentuh. Ada rasa butang tak?" Arah Avery.

Lucia hanya menurut seperti yang diarahkan.

"Hah, ada" jawabnya.

"Tekan butang tu 10 saat" arah Avery lagi.

Lucia terus menekan butang itu, tepat sepuluh saat pintu itu terbuka seperti yang dikatakan oleh Avery.

"Macam mana dia tahu?" Soal Hanz dengan dahi yang bekerut.

"Kau lupa? Dulu rumah ni siapa yang design kan?" Balas Keith pula.

Mereka mula melangkah masuk.

"Av!" Gadis itu dipeluk erat.

"Kenapa ni akak? Apa yang dah jadi? Cuba akak cerita dari awal" belakang badan Lucia diusap lembut.

Lucia melepaskan pelukan. Air mata yang mengalir dikesat sebelum wajah Hanz dan Keith pula dipandang. Lucia tarik nafas dalam sebelum dilepaskan perlahan.

"Akak harap korang bertiga tabah ya, jom ikut akak masuk" Lucia melangkah mendahuli mereka.

Yang lain sudah berkerut. Tabah? Sebab apa?

Mereka mengekor langkah Lucia sehingga tiba betul betul di hadapan pintu bilik lain yang ada di dalam bilik medic itu.

Khayra membuka pintu bilik itu dari dalam.

"Hi semua" sapanya perlahan sahaja, matanya nampak sedikit bengkak. Di belakangnya ada Alicia, Rachel, Emiel dan Athanasia yang sedang berpeganggan tangan. Hati Avery mula rasa tidak sedap. Apa yang dah berlaku ni?

"Masuklah" pelawa Khayra lembut. Dia kebelakang sikit memberi ruang untuk mereka yang lain.

Mereka berenam melangkah masuk bersama.

Baru sahaja beberapa langkah masuk ke dalam, Keith, Hanz dan Avery terkaku apabila terpandangkan satu katil yang berada di hadapan mereka. Kesedihan yang pernah mereka rasakan saat kehilangan Faiq dahulu, kini berulang semula.

Xavier dan Zariq yang sedang duduk di hadapan satu badan yang kini sudah tiada nyawa, menoleh ke arah mereka bertiga.

"Korang," panggil Zariq perlahan. "Abang aku dah tak ada"

Avery hampir terjatuh mendengar ayat Zariq namun pantas dipegang oleh Bella di sebelahnya.

"He's gone..." kata Zariq lagi bersama esakan. Xavier hanya mampu menundukkan pandangannya.

Keith dan Hanz masih seperti tadi. Lidah mereka terkelu mendengar kata-kata Zariq. Atau mungkin mereka sedang cuba hadam kenyataan yang salah satu ahli keluarga mereka kini telah pergi buat selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience