"Siapa yang jaga dia sekarang?" Tanya Rayyan mendatar. Sudah dua minggu berlalu sejak dia sedar dari komanya. Namun keadaan Keith masih lagi sama. Ingatannya masih tidak kembali. Hampir beberapa kali jugaklah Rayyan ingin memukul kepala lelaki itu. Nasib sempat ditahan oleh Luiz dan Zariq.
"Bella dengan Avery" jawab Luiz juga mendatar. Tangannya sibuk membelek belek telefon.
"Kau? Apahal kau tak jaga si bongok tu?" Tanya Rayyan kembali.
"Baik aku jaga kau daripada aku jaga dia. Bukan dia ingat aku pun. Bernanah telinga aku dengar hari hari dia kutuk aku tau tak" balas Luiz tak puas hati.
Ray dan yang lain baru sahaja pulang ke rumah. Yang tinggal cumalah Zariq dan Luiz yang menjaga Rayyan di hospital. Mereka menjaga Rayyan dan Keith secara bergilir gilir. Keith pula dijaga oleh Bella dan Avery.
Lagipun kondisi Rayyan tidaklah seteruk Keith. Petang nanti mereka berdua sudah boleh dibawa pulang ke rumah. Di sambung jaga oleh Xavier pula.
Manakala Luiz sudah baik sepenuhnya.
"Zariq kau dah dapat tangkap belum, siapa pemandu yang bawak lori macam sial masa aku accident haritu?" Tanya Rayyan kepada Zariq yang tekun mengadap laptopnya.
"Tak dapat lagi. Dulu Faiq je yang buat kerja kerja hack ni. Aku manalah reti sangat" balas Zariq sedikit kesal.
Rayyan menghela nafas panjang.
"Tapi kan wey..." sambung Zariq kembali.
Rayyan dan Luiz menoleh kearah lelaki itu.
"Masa korang keluar rumah sebulan yang lepas. Sebelum accident tu. Aku ada jumpa satu kad hitam. Tulisan atas kad tu kata first attempt. Betul betul lepas korang keluar, aku jumpa dekat lantai depan pintu rumah" bersungguh sungguh Zariq bercerita.
"Kad hitam?" Dahi Rayyan berkerut.
"Eres?" Tanya Luiz dan Rayyan serentak.
"Aah aku rasa ya. Sebab bawah ayat tu dia ada tulis huruf E. Kalau kau tak percaya cuba kau panggil tunang kau. Masa tu Bella dengan Avery pun nampak kad hitam tu" kata Zariq kepada Luiz pula.
"Bella...Bella datang sini kejap" panggil Luiz mendatar. Tak terlalu kuat tak terlalu perlahan.
"Kau ni agak agaklah. Aku tahulah telinga tunang kau tu power tapi takkanla-"
Pintu bilik terbuka.
"Dia betul betul datang lah sial!" Jerit Zariq terkejut. Terbeliak mata dia memandang Bella yang sudah berdiri depan pintu.
"Hah kenapa?" Tanya Bella yang elok sedang menyandar tepi pintu.
"Sial! Power sial kau punya telinga!" Kata Zariq masih lagi terkejut.
"Betul ke yang Zariq cerita tadi? Korang jumpa kad hitam lepas daripada kitaorang keluar rumah" tanya Luiz kepada Bella.
"Aah betul. Dan memang betul yang hantar kad tu Eriyan. Sebab muka dia tertangkap dekat kamera CCTV" Bella melangkah dekat ke arah katil Rayyan.
"Jadi yang rancang kemalangan kitaorang bertiga ni Eriyan?" Tanya Rayyan pula.
"Tu aku tak tahu. Tak semestinya dia yang rancang. Dan kita sendiri tak tahu apa maksud kad yang dia bagi tu" balas Bella. Dia kemudian dengan selambanya duduk atas peha Luiz.
"Habis kalau bukan dia siapa lagi? Dia je yang tengah bermusuh dengan kita sekarang ni" Tanya Rayyan semula.
Bella pandang muka Luiz yang begitu hampir dengannya sebelum dia menoleh pula ke arah Rayyan yang sedang elok merenung mukanya.
Nafas keluh dilepas panjang.
"Rayyan... dalam dunia ni, kau kena tahu. Orang yang baik tak semestinya akan sentiasa jadi baik. Dan orang yang jahat tak akan selamanya jadi jahat" kata Bella tiba-tiba.
"Apa maksud kau...?"
"Kau rasa antara kita semua siapa yang berpotensi rancang kemalangan tu?" Tanya Bella kembali.
"Kau nak kata ada pembelot dalam keluarga kita ke?" Tanya Zariq dari meja kecil yang terdapat dalam bilik wad itu.
Bella hela nafas panjang lagi.
"Aku tak kata ada pembelot. Cuma..."
"Cuma apa Bella" Rayyan mencelah laju. Dadanya berdetak kuat. Kenapa ayat Bella seolah olah ada penghianat dalam kalangan keluarganya.
"Cuma aku tak rasa ni kerja Eriyan" kata Bella semula.
"Habis kalau bukan dia siapa? Siapa yang rancang semua ni? Takkan lah Keith sengaja nak buat diri dia kemalangan sampai hilang ingatan. Aku yakin ni kerja Eriyan" kata Rayyan lagi.
Luiz hanya diam. Tangannya sibuk melingkar gatal di pinggang tunangnya.
"Rayyan look, cuba kau berfikir di luar kotak. Siapa yang dapat manfaat lepas semua ni jadi?" Tanya Bella lagi.
"Eriyan..."
"Eriyan dan siapa?"
Dahi mula berkerut. Siapa lagi yang dapat faedah dari semua ni kalau Keith mati? Orang yang sukakan Avery... Eriyan dan,
Wajah Bella dipandang seakan tidak percaya. Rayyan menggeleng perlahan.
"No! Aku tahu kawan aku takkan buat benda macam ni! Lucas takkan sakiti aku! Aku tahu. Korang mungkin tak kenal dia tapi aku kenal dia!" Jawab Rayyan laju.
"Rayyan, i'm not talking about Lucas" pintas Bella semula.
"Then who!"
"Khai! I'm talking about him"
"What?" Kata Zariq dan Rayyan serentak.
"Kau biar betul Bella?" Tanya Zariq lagi.
"Tak, apa kaitan dia dengan benda ni. Apa yang dia dapat kalau dia bunuh Keith dengan aku semua" tanya Rayyan tak percaya.
"Macam mana kalau dia memang nak bunuh Keith sahaja? Macam mana kalau kau dengan Luiz cuma berada di tempat yang salah masa tu. Lagipun lori tu hentam Keith sorang kan?" Bella angkat kening sebelah.
"Tak aku tak percaya. Apa motif dia buat semua ni?" Kata Rayyan menggeleng kepalanya laju.
"Kau sedar tak Lucas tu penyelamat dia masa dia hampir mati dulu? Jadi mungkin dia dah anggap Lucas segalanya dalam hidup dia. Mungkin dia taknak tengok Lucas sedih bila lamaran Lucas kena tolak dengan Avery. Sebab tu dia rancang semua ni"
Masing masing terkedu. Memang betul ada kemungkinan apa yang Bella cakap itu boleh berlaku. Tapi hati mereka seolah olah tak boleh nak telan kenyataan itu. Takkanlah Khai sanggup buat semua ni? Sanggup bunuh Keith.
"Berapa peratus kemungkinan yang kau cakap ni betul?" Tanya Rayyan.
"50 50" jawab Bella ringkas.
"Tapi kenapa kau tak syak Eriyan yang buat?" Giliran Zariq pula menyoal.
"Hmmm.... balik nanti cuba kau tanya pada anak kembar Ray. Rachel dengan Alicia"
Jawapan Bella mengundang kerutan dahi mereka yang lain.
"Apa kena mengena budak berdua tu dengan Eriyan?" Tanya Rayyan kembali.
"Tanya je. Aku tak paksa korang percaya. Tapi korang dengar sendiri apa yang keluar dari mulut budak berdua tu" Bella sudah bangun semula dari peha Luiz.
"Okaylah, i nak balik bilik sebelah" kata Bella sebelum kaki mula melangkah ke arah pintu bilik.
"Bella" panggil Rayyan sedikit kuat.
Kaki Bella berhenti melangkah namun badannya tidak menoleh.
"Keith masih tak ingat sesiapa ke?" Tanya Rayyan semula.
"Tak" dingin Bella menjawab sebelum dia terus keluar daripada bilik wad Rayyan.
Masing masing menghela nafas panjang.
     "Bonjour Sir, Madame" sambut pembantu rumah apabila Keith dan yang lain menjejakkan kaki ke dalam rumah.
"Aku naik bilik dulu, cau" kata Rayyan sebelum dia terus meninggalkan yang lain.
Zariq pula hanya mengekor langkah Rayyan.
Kini tinggallah Keith, Luiz, Bella dan Avery yang masih berdiri tercegat depan pintu rumah.
Keith melihat sekeliling ruang tamu rumah itu.
"Rumah pembunuh pun boleh mewah macam ni sekali" bisiknya perlahan namun dapat didengar oleh Bella.
Keith masih menggunakan kerusi roda memandangkan kakinya belum baik sepenuhnya. Luiz pula setelah dipaksa dengan Rayyan, dia kembali melekat semula di sisi Keith seperti sedia kala.
"Keith, you nak masuk bilik dulu ke?" Tanya Avery lembut sahaja.
Keith hanya diam tak membalas. Muka Avery langsung tidak dipandang.
"Bawak jelah dia masuk bilik" cadang Bella pula. Avery hanya pasrah. Lelaki tu kini lebih dingin dengannya berbanding dahulu.
Luiz hanya menurut. Kerusi roda Keith ditolak ke arah lift rumah.
    "Kenapa kau duduk sebilik dengan aku?" Tanya Keith sebaik sahaja dia dan Luiz masuk kedalam bilik tidurnya.
"Sebab aku bodyguard kau" jawab Luiz ringkas.
"Bodyguard? Siapa yang upah kau?"
"Pembunuh yang kau kata jijik nak tengok muka dia tiga minggu lepas" selamba Luiz menjawab.
Keith terdiam. Entah kenapa hatinya sedikit kecewa mendengar ayat Luiz. Dulu dia rapat kah dengan lelaki ini? Kenapa dia sakit hati bila lelaki ini layannya dingin sebegini.
"Luiz kan nama kau?" Keith cuba ajak berbual.
"Tak lah. Nama aku pembunuh" jawab Luiz masih lagi tak serius. Selepas menolak Keith ke katil dia kemudian terus melangkah ke arah katilnya yang berada di sudut kanan sebelum menghempas badannya atas tilam. Matanya ditutup.
Sekali lagi Keith ketap gigi. Apa masalah dia ni? Menyebalkan sungguh!
Keith tolak kerusi rodanya mendekati katil dengan lebih dekat.
"Ni katil aku ke?" Tanya Keith.
"Taklah, tu katil bekas pembunuh" jawab Luiz mendatar.
"Stop it! Apa masalah kau ni?" Keith mula naik berang mendengar jawapan Luiz.
Luiz pantas bangun semula sebelum wajah Keith direnung.
"Kau tanya apa masalah aku? Masalah aku tu kau! Kita dah hidup 2 tahun sama sama. Aku tak pernah jauh dengan kau selama 2 tahun tu kau tahu tak. Even abang kandung aku sendiri aku tak selalu melekat dengan dia berbanding dengan kau. Pastu kau mudah mudahnya nak hilang ingatan menyusahkan semua orang. Kutuk hina kitaorang semua. Kau tu apa masalah kau!" Tajam matanya melihat wajah Keith.
"Fine! Aku minta maaf! Aku janji tak kutuk korang semua lagi" balas Keith serba salah.
"Peduli apa aku" Luiz baring semula atas tilamnya.
Keith ketap gigi makin kuat. Apa masalah dia ni! Semua orang dalam rumah ni memang suka buat orang sakit hati ke?
"Luiz..."
Luiz hanya diam.
"Luiz..." panggil Keith lagi.
"Apa?" Jawab Luiz mendatar.
Keith menundukkan pandangannya. Wajahnya bertukar sayu.
"Boleh tak kau cerita kan dekat aku yang aku ni dulu macam mana? Aku....aku nak ingat korang semua balik" kata Keith perlahan.
Serta merta muka Luiz berubah ceria sebelum dia pantas bangun dan melangkah mendekati Keith.
"Aku akan cerita semuanya tanpa satu pun yang tertinggal" kata Luiz sambil mulut yang tersengih lebar.
Keith telan air liur. Apasal dia ni macam nak tipu aku je?
Share this novel