Bab 11

Action Series 25520

Rayyan memandang Bella serentak dengan Luiz. Sebelah kening diangkat tinggi.

"Tak mungkin kau ada kena mengena dengan aku... Aku takda abang atau adik dalam dunia ni. Aku anak tunggal" jawab Luiz sungguh mendatar dan dingin.

Hanz mengela nafas pasrah. Bukan itu jawapan yang dia nak dengar dari mulut lelaki itu. Entah kenapa dia mengharapkan jawapan yang lain. Mungkin sangkaannya salah.

"End of discussion..." kata Rayyan.

Masing masing mula beredar dari bilik itu. Kini hanya tinggal Keith, Avery, Bella dan Luiz sahaja yang masih kekal ditempat duduk mereka.

Masing masing hanya merenung wajah antara satu sama lain.

"Hi Keith, Hi Avery... I hope we can be a GOOD friends" kata Bella sambil menekan ayat good. Tangan kecilnya dihulur keluar.

Avery menyambut huluran itu. Senyuman kekok terlakar dibibirnya.

"Yeah me too..." balas Avery.

Tiba tiba Keith bangun daripada kerusinya tanpa sepatah kata dan terus melangkah keluar dari bilik itu.

Luiz melihat jam tangan yang tersarung pada tangan kanannya.

"So, i guess my job start now ..." katanya sebelum dia turut bangun dan mengikuti langkah Keith dari belakang.

Avery dan Bella hanya memerhatikan mereka berdua sehingga hilang dari pandangan.

"Bella..." panggil Avery perlahan. Kepala menoleh ke arah kanannya.

"Yes?" soal Bella bersama senyuman.

"You tahu ke apa sebab Rayyan suruh you dengan Luiz jadi bodyguard kitaorang?" tanya Avery mendatar.

Bella mengangguk kecil.

"Tahu..." jawabnya sepatah.

Avery menghela nafas panjang.

"Kenapa tiba-tiba? Ada apa apa yang terjadi ke? Kenapa tiba-tiba Rayyan panggil korang berdua? Dan kenapa tiba-tiba dia kena balik Malaysia?" Soal Avery bertubi-tubi.

"Hurmm... It's a client secret~" jawab Bella bersama gelakan kecil.

Avery menghela nafas lagi. Tetapi kali ini lebih panjang. Dia sangat kenal bagaimana keturunan Rose berurusan. Rahsia rahsia client mereka memang akan disimpan kemas dan sangat rapi.

Dan kalini Avery yakin Rayyan adalah client Bella. Tetapi kenapa dia perlu mengupah orang lain? Bukankah ahli keluarganya sendiri semua pembunuh elit yang terlatih? Xavier, Zen, Zariq. Mereka semua pembunuh handal.

Jadi mengapa Rayyan sampai perlu mengupah bodyguard untuk menjaga dia dan Keith. Apa yang sebenarnya sedang bermain difikiran Rayyan. Apa yang abangnya itu sudah tahu? Avery yakin tiada sesiapa mengetahui rancangan dan mimpinya itu kecuali Louis.

Malaysia?

Ada apa dekat Malaysia?

Wajah manis Bella dipandang sekali lagi.

"Bella... Ada apa dekat Malaysia?" soal Avery berkias.

Bella tersenyum makin lebar. Lebih kepada menyeringai.

"Your bête noire(black beast)" jawab Bella mendatar.

"... And also our accomplice" sambungnya.

"Huh? Accomplice? Apa maksud you?" dahi Avery berkerut.

"I also wonder what my word means~" jawab Bella main main. Kuku jarinya ditiup tiup lembut sambil memusing-musingkan kerusi beroda yang sedang diduduki.

Avery pasrah. Dia yakin gadis itu takkan memberikan jawapan yang dia hendak dengar.

"Bella..." Avery bangun daripada tempat duduknya.

"Yes?" jawab Bella.

"Kalau you jadi bodyguard i, you kena setia dengan i. You kena ikut apa arahan i. And if someone shoot me, you have to take that bullet for me. Die for me. Can you? " kata Avery mendatar. Mukanya berubah serius dan dingin. Berbeza dengan air muka tenangnya beberapa saat yang lepas.

Bella tersengih sinis sebelum dia juga turut bangun dari kerusi. Satu kakinya dijatuhkan ke lantai. Manakala tangan kanannya diletakkan diatas sebelah kakinya yang lagi satu.

"From today, this night, at this moment. Me, Bella Lavender Rose. Will be your guard, your friend, and your shield until you kill your enemy with your own hand. You will not die before you see me dying in front of you" kata Bella mendatar sambil memandang lantai. Kemudian kepalanya diangkat memandang Avery. Bibirnya tersenyum senget.

"Don't worry... I'm strong like you. You can depends on me" kata Bella lagi.

Avery tersenyum lega.

"Jom i tunjukkan you sekeliling rumah ni" Avery menarik lembut tangan Bella membantunya untuk berdiri semula.

"Jap yang kau ni pulak pehal ikut aku sampai masuk bilik ni? Bilik tetamu banyak. Pergilah masuk bilik lain" kata Keith mendatar kepada Luiz.

"Aku punya arahan, jadi bodyguard kau... 24/7" kata Luiz dingin sambil menekan perkataan 24/7. Mukanya masih dikekalkan beku.

"What the hell..." Keith hilang kata kata.

"Are you fucking serious right now? Takkan aku nak kena tidur sebilik dengan kau pulak!" Kata Keith kuat.

"I guess so" balas Luiz cukup selamba. Ruangan bilik Keith diperhatikan.

"Nice room..." komennya mendatar.

Keith sudah menepuk dahinya sendiri. Dah kenapa si Rayyan ni. Siap nak suruh ada bodyguard 24 jam.

"Aku rasa tak perlu kut, kau jaga aku sampai kena tidur sebilik. Aku pandai jaga diri. Lagipun rumah ni selamat. Siapa je yang terlalu gila nak serang rumah penuh dengan pembunuh..." kata Keith sambil mengibas- ngibas bantal tidurnya.

"Are you sure?" sindir Luiz sinis.

Perbuatan Keith terhenti. Telinganya dapat menangkap bunyi peluru pistol diisi masuk kedalam satu pistol sejenis revolver. Perlahan lahan dia memusing menghadap kebelakang.

"What are you doing?" soal Keith mendatar. Kedua tangannya diangkat separas dada.

Wajah Luiz masih kekal dingin sambil tangan mengacu revolver itu tepat kearah Keith yang berada disebelah katil.

"Doing my job obviously..." kata Luiz mendatar.

Bang!

Rayyan menumbuk lembut tangan Hanz.

"Jaga diri Hanz... Jaga elok elok company aku. Kalau dah rasa stress sangat tu, kau jual je pejabat tu dekat orang lain. Tak payah nak susah susah hadap kerja yang tak mengenal erti penghujung"

Hanz hanya tersenyum mendengar kata kata dusta yang keluar dari mulut Rayyan.

"Suka lah kau eh aku takda. Takda siapa nak buli kau..." sambung Rayyan lagi.

Masing-masing hanya diam. Termasuk Hanz. Entah kenapa pemergian Rayyan kali ini serupa dengan pemergiannya 3 tahun lepas. Di mana dia masuk ke dalam markas Tyler dan dikurung selama 6 bulan.

Cuma bezanya kali ini. Dia pergi bersama isterinya, Lucia.

Nothing gonna happen right?

"Bella... Jaga adik aku elok elok tau. Pastikan bila aku balik sini nanti adik aku masih bernyawa. Kalau kau yang tak bernyawa aku tak kisah sangat tapi jangan adik aku" pesan Rayyan mendatar.

"Aip aip sir!" Balas Bella laju.

Wajah Luiz pula dipandang. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

"Errr... Lantak lah kau nak buat apa apa pun, asalkan Keith selamat" pesan Rayyan kepada Luiz.

Luiz hanya mengangguk kecil.

Lama Khayra dan Lucia berpelukan. Kemudian giliran Avery pula memeluk akak iparnya itu.

"Akak hati hati tau dekat Malaysia. Kalau ada apa apa mesej kitaorang terus dekat sini" pesan Avery sayu. Berat sungguh hatinya untuk melepaskan abang dan akak iparnya itu pergi.

"Iya. Jangan risau, kumpulan akak akan jaga akak dengan abang Rayyan dekat Malaysia nanti. Lagipun anak anak buah Rayyan pun ada sekali. Av jangan risau okay" rambut gadis kecil itu diusap perlahan.

"Hurm..."

Rayyan menoleh pula ke arah wajah satu satunya abang kandung dia, Ray. Atau lebih tepat lagi, kini dia sedang memandang Louis. Kerana iris yang sepatutnya berwarna purple cair itu kini bewarna merah gelap.

Ahh, mesti abangnya masih terasa dengan kehilangan Faiq.

Huhuhu.

"Louis, jaga diri. Jaga adik kita elok elok..." kepalanya dirapatkan ke telinga Louis.

"Jaga anak anak kau sekali. Musuh kita kalini, bukan sorang" bisik Rayyan perlahan.

Bola mata Louis membulat besar sesaat sebelum wajah Avery dipandang laju.

Apa maksud Rayyan bukan seorang? Bukankah hanya Eres sahaja musuh yang menjadi ancaman mereka kalini?

"Okay anak anak ayam semua, jaga diri" Kata Rayyan sambil membuat bump fist kepada Xavier, Zariq dan Zen. Hanya Keith sahaja yang memalaukan bump fist Rayyan.

"Bro..." panggil Keith mendatar.

"Awat?" Tanya Rayyan sambil mengangkat tinggi sebelah keningnya.

Tiba-tiba kedua bahu Rayyan dipegang kuat oleh Keith.

"Bro, kenapa bodyguard aku psiko? Dia tu tak normal tahu tak!" Kata Keith dengan muka yang jelas tampak ketakutan.

Terletus gelak tawa Rayyan. Dia juga mendengar bunyi tembakan yang datang dari dalam bilik Keith pada malam tadi. Dan dia pasti tembakan itu terhasil dari pistol Luiz.

"Hahaha, relax lah. Dia psiko sikit je tu" kata Rayyan dengan sisa tawanya.

"Sikit kepala bana kau! Aku hampir mati malam tadi tahu tak!" Makin kuat cengkaman di bahu Rayyan.

"Tapi tak mati pun kan?"

"Kalau aku mati macam mana!" Marah Keith semula.

Rayyan tergelak lagi sebelum mulutnya didekatkan separas telinga Keith.

"Hati hati tau...Luiz tu pesakit DID jugak. Kalau Ray ada Louis. Luiz ada setan dia jugak. Nama dia Jay. Dan aku yakin Jay tu sama taraf gila dengan Louis. Atau lebih tepat lebih gila dari Louis yang sekarang... So, jaga jaga sikit kepala tu. Takut hilang pulak nanti... " bisik Rayyan perlahan.

"Fuck you Ayyan" bisik Keith marah.

"Hahahahaha!" Kuat Rayyan menggelakkan lelaki itu. Sudah jelas Keith memang takut dengan Louis. Sebab itulah dia makin suka menyakat.

"Bye Athy sayang, uncle pergi dulu. Athy jaga diri okay, uncle balik nanti uncle hadiahkan kepala manusia" sempat lagi Rayyan mencium pipi anak Louis berkali kali.

"Kepala otak dia hadiahkan kepala manusia dekat anak aku" bisik Louis perlahan. Hanya celah celah gigi sahaja suaranya namun masih boleh didengar oleh yang lain.

"Hahaha okaylah guys... Got to go.. See you in hell" kata Rayyan sebelum masuk ke dalam pesawat peribadinya yang terletak di belakang rumah agam.

Mereka semua hanya memerhatikan sahaja pemergian Rayyan dan Lucia dengan perasaan yang bercampur baur.

"Dah jom balik rumah" arah Louis mendatar.

Kembali sahaja mereka semua ke rumah agam, Bella terlebih dahulu masuk ke dalam bilik yang didiami oleh dirinya dan Avery.

"You cari apa?" Soal Avery pelik yang berada dimuka pintu.

Habis setiap sudut bilik itu digeledah oleh Bella. Bawah katil, luar beranda, siling rumah, bawah pasu bunga semua diperiksa. Matanya tajam seperti mencari sesuatu.

"No, actually daripada malam tadi i ada dengar something" jawab Bella tanpa memandang kearah Avery. Bilik air dan bilik pakaian juga digeledah satu persatu.

Avery pula hanya mengekori gadis itu dari belakang.

"Dengar something? Like what?" Doal Avery musykil melihat perbuatan Bella.

"Shuusshhh..... Can't you hear that?" Tanya Bella perlahan.

Kemudian mereka berdua senyap. Namun Avery tidak mendengar apa apa pun bunyi yang dimaksudkan oleh Bella.

"Hurmm nope..." kata Avery sambil menggeleng kecil.

Bella meneruskan lagi pencariannya. Dia yakin malam tadi dia ada mendengar bunyi itu. Dan ia akan lebih kedengaran jelas apabila dalam keadaan sunyi sepi.

"Bunyi apa yang you cari ni? I tak dengar apa apa pun... " tanya Avery lagi. Kedua tangannya disilang separas dada.

"Ticking sound...." jawab Bella sambil meneruskan pencariannya.

"Like what? Clock?" Tanya Avery lagi.

"No, like a Bomb"

Avery jelas terkejut mendengar balasan Bella. Benarlah khabar angin yang selama ini diceritakan oleh dunia gelap. Keturunan Rose ada satu kelebihan yang sangat mengagumkan, deria pendengaran mereka sangat cekap berbanding manusia lain.

"I rasa i tahu bunyi apa yang you cari tu..." kata Avery mendatar.

Automatik Bella berhenti mengeledah almari kasut Avery. Gadis yang berambut perang itu dilihat dengan pandangan tertanya-tanya.

"Bunyi apa?" Soal Bella dengan sebelah kening yang diangkat sedikit.

Avery tidak berkata apa apa, malah hanya kakinya sahaja yang melangkah mendekati gadis itu.

"Apa?"

Tanpa banyak bunyi Avery terus memeluk gadis itu rapat.

Bella jelas kebingungan ditempatnya. Tetapi sesaat selepas itu barulah dia faham kenapa dirinya dipeluk oleh Avery.

"Now you know why you should take the bullet for me.. Right?" Soal Avery mendatar.

Dalam pelukan gadis itu, perlahan lahan Bella mengangguk kecil. 'Wow Rayyan, your sister is the most dangerous girl in this world. Hahaha..' Guman Bella dalam hati bersama senyuman sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience