Keith melangkah ke arah ruang tamu rumah. Sudah dua minggu berlalu sejak majlis pengebumian arwah. Rumah itu pula makin lama makin sunyi dengan ketiadaan Faiq dan Zen. Tiada lagi gelak tawa atau lawak lawak yang dibuat oleh mereka yang lain. Masing-masing masih dalam mood sendu.
"Papa?"
"Daddy lah, daddy" sebut Alicia pula cuba membetulkan ayat adik bongsunya.
"Daddy? Bukan papa?" Athanasia meneleng kepala ke tepi.
"Da-ddy Ray" sebut Alicia lagi.
"Papa?" Balas Athanasia kembali.
"Kenapa dia macam bodoh sikit eh? Tak macam kita" kata Rachel yang berada di sebelah sambil mengusap kepala Johnny, binatang peliharaan Rayyan.
"Tak baiklah cakap macam tu, nanti daddy marah kalau dengar" tegur Alicia pula.
"Rac cakap benda betul je" balas kanak kanak lelaki itu semula.
"Ehem, korang buat apa tu" kata Keith yang sudah melangkah kearah mereka bertiga.
"Tengah main masak masak" jawab Alicia.
"Masak alah" sambung Rachel pula.
Keith hanya mampu tersenyum hambar. Sejak bila lah perangai kembar yang comel ni bertukar sial macam Rayyan. Huhu.
Keith mengusap kepala Athanasia sebelum dia mengambil tempat di sebelah kanak kanak kecil itu.
"Uncle, mana yang lain?" Soal Alicia mendatar.
"Yang lain tengah buat kerja dekat tingkat atas. Daddy korang dekat mana? Ada nampak tak?" Soal Keith semula.
"Tu belakang uncle" balas Alicia sambil jari menunjuk ke arah belakang badan Keith.
"Apasal cari aku" tegur satu suara dingin.
Keith menoleh ke belakang. Rayyan dan Ray elok sedang berdiri betul betul di belakangnya. Entah sejak bila mereka berdua sampai pun tak tahulah. Tiada langsung bunyi tapak kaki.
Rayyan terus mengambil tempat di sebelah Alicia dan Athanasia.
"Err, Xavier panggil korang berdua dekat bilik medic" jawab Keith mendatar. Kepalanya digaru sedikit. Entah mengapa sejak akhir-akhir ni dia agak takut bila berdepan dengan ketuanya itu. Lagi-lagi sejak dia melihat macam mana perangai mereka berdua masa dua minggu lepas.
"Sekarang ke?" Ray berjalan ke arah Rachel sebelum dia menghulurkan satu buku tulis kepada anak lelakinya itu.
Rachel pantas sahaja mengambil buku itu dan terus menulis sesuatu diatasnya.
"Rasanya ya" jawab Keith kembali.
"Alaaa aku pun kena pergi jugak ke?" Kata Rayyan mencebik. Rambutnya elok diikat tongcang oleh Alicia dan Athy.
"Dua pokok kelapa hehehe" gelak Alicia bersama adiknya.
"Jom Rayyan" kata Ray yang sudah melangkah pergi.
"Yelah yelah" lambat lambat Rayyan bangun semula. Sempat lagi dia mencium pipi Alicia dan Athy.
"Bye bye, Keith jagakan diaorang tau" sempat lagi dia berpesan sebelum hilang di sebalik pintu lift.
"Uncle, nak tanya sikit boleh?" Soal Alicia sebaik sahaja ayahnya telah hilang dari pandangan.
"Tanya apa?" Balas Keith kembali.
"Uncle Zen dengan Uncle Faiq siapa yang bunuh diaorang?" Soal Alicia mendatar dan cukup dingin.
"Hah? Err musuh kitaorang, kenapa?" Balas Keith sedikit tergagap apabila ditanya soalan itu tiba-tiba.
Alicia terdiam. Matanya teralih pada lantai.
"Tak ada apa, Alic rindu dekat Uncle Faiq" bisiknya perlahan.
"Uncle, betul ke keluarga kita ni dulu ada bela setan?" Tanya Rachel pula. Tangannya sudah berhenti menulis. Buku tadi ditutup semula.
"Hah?! Siapa pulak yang cakap macam tu?" Laju Keith pandang ke arah Rachel.
"Uncle Rayyan" jawab dua kembar itu serentak. Buku tadi Rachel letakkan di atas meja kopi di sebelahnya.
Keith menepuk dahi sendiri. Apa benda yang kau ajar budak budak ni Rayyan!
"Oi Keith kau pehal lari dari bilik meeting!" Tanya Zariq yang baru sahaja melangkah ke arah ruang tamu itu. Leher Keith dipaut dari belakang.
"Entah kau ni habis kitaorang kena hentam macam macam dengan Lucia, itu salah ini salah, itu tak kena ini tak kena" bebel Hanz pula sebelum dia mengambil tempat di sebelah Keith.
Semenjak Zen tiada, Lucia telah kembali masuk kerja semula seperti sedia kala. Katanya ingin meringankan beban mereka sedikit. Memandangkan syarikat mereka hampir tenggelam kerana mereka semua sibuk menguruskan hal lain.
Lagi lagi syarikat Si Rayyan, kalau tiada Hanz yang membantu rasanya dah lama bankrupt.
"Mana ada aku lari, Xavier suruh aku panggilkan bapak budak budak ni pergi bilik Medic" balas Keith mendatar.
"Ah ye aku dengar cerita Avery dah sihat" kata Zariq semula sebelum mengambil tempat atas sofa.
"Iya lah tu kut" bisik Keith perlahan. Sejak dua minggu lalu dia tiada langsung bercakap dengan gadis itu. Masing-masing membuat hal sendiri.
"Hey budak budak comel!" Pipi Alicia dipicit oleh Hanz.
"Ni apa?" Tanya Hanz sebelum menunjukkan tiga jari ke arah kanak- kanak itu.
"Kulit, jari, 3, tulang, tangan, kuku, 3 kuku, jari manusia" jawab Alicia monotone seolah olah sedang membaca buku teks.
Hanz tergelak halus. Makin lama makin pandai budak ni. Susah nak kenakan.
"Bella dengan Luiz mana? Aku tak nampak pun diaorang berdua dari pagi tadi" tanya Keith kepada Hanz yang duduk di hadapannya.
"Entah" Hanz angkat bahu.
"Pagi-pagi tadi aku nampak diaorang berdua keluar dari rumah, tak tahulah nak pergi mana. Muka masing-masing tak boleh nak relax" kata Zariq pula.
Kening Keith berkerut. Keluar? Rayyan suruh ke?
"Eh korang dah ada dekat bawah? Aku baru nak panggil" tegur Rayyan yang baru sahaja melangkah keluar dari dalam perut lift.
Mereka bertiga memandang ke arah Lift. Rayyan, Ray, Khayra, Lucia yang sedang memimpin anaknya Emiel, Xavier dan juga Avery sedang melangkah ke arah mereka bertiga.
"Apahal ni?" Tanya Keith yang bingung melihat semua berkumpul.
"Ada benda nak bincang satu family. Dan nak selesaikan salah faham" jawab Ray mendatar sebelum dia mengambil tempat di sebelah Rachel.
Yang lain juga turut mengambil tempat di atas sofa.
"Salah faham?" Mata Keith melirik ke arah Avery. Gadis itu sudah kelihatan sihat seperti dahulu. Tidak pucat macam dua minggu yang lepas.
"Dah kau diam, biar adik aku sorang bercakap" kata Rayyan tiba-tiba. Tangan memaut leher Lucia yang duduk di sebelahnya sebelum sempat dia mencium pipi gadis itu.
Semua mata sudah terarah pada Avery.
Avery menghirup nafas panjang beberapa kali.
"First of all, Av harap semua yang Av cakap dekat korang semua daripada dua tahun lepas, abaikan, abaikan je semua dan lupakan 100 peratus. Semua tu tak betul"
"Tak betul?"
"Ye semua tu tak betul. Av pun tak tahulah kenapa Av cakap semua benda tu dekat korang. Yang pasti fikiran Av masa tu dalam kawalan dadah dan apa yang Av cakapkan tu, semuanya benda yang salah"
Keith hanya diam. Adakah itu termasuk lamarannya dua minggu lalu? Maknanya yang itu juga perlu dilupakan?
"Okay pertama sekali Av nak jelaskan dekat sini. Musuh kita bukan Elrick,
tapi Eres. Haider dan Sofia juga adalah dalang utama di sebalik semua kacau bilau keluarga kita sekarang ni"
"Av tahu ada yang dah tahu tapi ada juga yang belum, jadi Av nak jelaskan semula. Elrick tu bukan musuh kita. Dia sebenarnya kawan lama kita, keluarga kita, nama sebenar dia Lucas Natalie abang kepada akak Lucia.
Masing masing tayang muka terkejut. Kecuali Rayyan, Keith dan Lucia. Memandangkan mereka sudah tahu mengenai itu lebih awal.
"Lucas?! Lucas hidup lagi?!" Tanya Zariq sebelum wajah Rayyan dipandang.
"Kau dah tahu belum Rayyan!"
Rayyan angguk perlahan.
"What the hell" bisik Xavier perlahan. Tangannya meraup muka sendiri. Terkejut mendengar kenyataan itu. Dia tahu Elrick bukan musuh mereka semua tapi tidak sangka pula Elrick tu sebenarnya Lucas.
Ray dan Khayra hanya beriak selamba. Dia sudah dapat menjangkakan semua itu.
"Ye Elrick tu Lucas. Dua tahun lepas Av sendiri yang minta tolong dia datang sini tolong Av memandangkan masa tu Av terasa terdesak dengan keadaan Av sendiri"
"Kejap! Dua tahun lepas? Maknanya sebelum dari tu pun kau memang tahu yang Lucas hidup lagi?" Tanya Rayyan mendatar.
Perlahan-lahan Avery mengangguk kepala. Sudah sampai masa mereka tahu cerita sebenar.
"Kenapa kau tak bagi tahu kitaorang!" Bentak Rayyan. "Kenapa kau simpan benda penting macam ni! Kau tahu tak apa aku dah buat pada Elrick!" Dia sudah berdiri sambil mata memandang tajam wajah serba salah adiknya.
"Rayyan sit down! Let her speak" Kata Ray mendatar namun cukup kedengaran tegas.
"Ya Av tahu Av salah sebab rahsiakan benda ni dari semua orang. Tapi tu semua kehendak Abang Lucas sendiri" kata Avery cuba mempertahankan dirinya.
"Bullshit?!"
"Rayyan! No swearing in front of our son" marah Lucia geram. Telinga anaknya ditutup.
Avery sudah menundukkan kepala memandang lantai.
Suasana ruang tamu mula menjadi tegang. Serentak itu, lonceng rumah mereka berbunyi.
Masing-masing hanya memandang antara satu sama lain. Ray melangkah ke arah pintu. Suis pintu utama dibuka.
"Apa yang korang gaduhkan ni? Daripada luar boleh dengar" kata Bella yang sudah melangkah masuk ke dalam bersama dengan Luiz.
Dibelakangnya pula ada dua orang lelaki yang sangat mereka kenali.
Mata masing-masing terpaku pada dua lelaki itu.
"Lucas..." panggil Rayyan perlahan.
"Abang..."
"Khai..."
Bella, Luiz , Lucas dan Khai berjalan ke arah mereka yang lain.
"Yow Rayyan! Kau dah ingat aku ke?" Lucas angkat sebelah tangan tinggi sambil mulut menayang sengih.
Rayyan melangkah mendekati lelaki itu sebelum pantas bahu Lucas dipeluk.
"Lucas, aku minta maaf. Aku minta maaf. Aku banyak salah dengan kau. Aku buli kau. Aku sakitkan kau. Aku lupakan kau. Aku hampir bunuh kau. Aku minta maaf Lucas. Aku tak sengaja. Aku betul betul tak sengaja. Aku tak tahu yang tu kau. Kalau aku tahu aku tak buat semua tu..." kata Rayyan perlahan. Tubir matanya mula bergenang lebat.
Lucas tergelak halus sebelum bahu Rayyan ditepuk lembut. Matanya memandang atas cuba menghalang air mata yang bila bila masa sahaja akan gugur.
"Tak macho siot nangis," kata Lucas sebelum dia menyeka air matanya yang jatuh ke pipi. Tipu lah kalau kata dia tidak sebak mendengar kata maaf dari Rayyan.
"Lucas maafkan aku, aku betul betul menyesal..." kata Rayyan lagi.
"Aku dah lama maafkan kau Rayyan. Aku dah lama maafkan kau..." kata Lucas cuba menahan rasa sedih. Pelukan dilerai.
Lucas memandang pula wajah adiknya yang sudah banjir dengan air mata.
"Abang..." Lucia memeluk Lucas erat. Masing-masing melepaskan rasa rindu yang sudah bertahun menggunung dalam hati masing-masing.
Lucas memandang pula ke arah mereka yang lain.
"Sorry sebab tipu korang semua" kata Lucas sebelum dia tergelak halus.
Ray menghulurkan tangan untuk bersalam. Lama Lucas merenung tangan itu sebelum akhirnya disambut bersama senyuman.
"Welcome home" kata Ray mendatar.
Lucas memandang Avery pula.
"Av dah sihat? Dah ingat aku siapa?" Tanya Lucas mendatar.
Avery angguk kepala. "Dah" balasnya perlahan. Matanya mula berkaca-kaca. Serba salah apabila teringat semua yang terpaksa dilalui oleh Lucas sepanjang dirinya dibawa masuk ke dalam keluarga ini.
Lucas dan Khai duduk menghadap yang lain.
"Kita cut dulu sesi jejak kasih kita. Sekarang ada benda lebih penting yang aku kena bagi tahu korang semua" kata Lucas mula serius.
Masing-masing tekun mendengar ayat seterus lelaki itu.
"Korang semua dah tahu siapa Eres?" Tanya Lucas kepada mereka yang lain.
Avery menggeleng. Mereka yang lain juga ikut sama. Kalau dah Avery pun tak tahu yang lain lagilah pulak.
Lucas pandang Khai di sebelah sebelum lelaki itu menghulurkan satu kertas kepada Lucas.
Lucas meletakkan kertas itu diatas meja.
"Korang kenal tak ni siapa?" Tanya Lucas mendatar.
Semua melihat kertas itu sebelum masing-masing jelas menunjukkan riak muka terkejut.
"Tengok dari reaksi korang semua, aku tahu korang mesti dah kenal siapa mamat tu kan"
"Tak, aku tak kenal" celah Hanz tiba-tiba.
"Aku kenalkan, Ni lah dia Eres yang sebenar. Musuh korang semua, secret admirer Avery, atau lebih tepat sekali, anak kepada Haider dan Sofia"
Share this novel