Bab 41

Action Series 25520

Tangan Avery jelas kelihatan menggigil. Sudah 5 minit dia hanya berdiri kaku di luar. Hatinya masih tidak dapat untuk menerima kenyataan ini.

Pandangannya menjadi kabur sebelum satu persatu air matanya turun ke pipi. Kepalanya menunduk pandang lantai hospital.

Setelah yakin diri sudah bersedia. Air matanya yang mengalir diseka.

Segala kekuatan yang ada dalam dirinya dikumpul sebelum palang pintu diseret ke tepi.

Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik wad VVIP itu.

Mata Avery memandang ke arah seorang lelaki yang kini terbaring kaku di atas katil. Di sebelah katilnya itu ada alat bantuan penafasan yang disambung ke mulutnya.

Hampir 80 peratus badan lelaki itu berbalut. Tangan kirinya patah. Kaki kanannya pula cedera teruk dan ada koyakan besar yang memerlukan hampir 15 jahitan.

Kepalanya terhentak kuat semasa pelanggaran berlaku mengakibatkan darah beku terkumpul di dalam otaknya. Dua kali lelaki itu terpaksa menjalani pembedahan besar.

"Keith...." panggil Avery lemah. Selangkah demi selangkah dia mendekati. Matanya kembali berkaca.

"Kenapa boleh jadi macam ni?" Palang besi katil dipegang. Sekali lagi empangan air mata Avery berderai hancur.

Kakinya yang menggigil kini tidak dapat menampung lagi badannya. Akhirnya dia terduduk ke atas lantai hospital itu sebelum dia menangis semahu mahunya.

"Keith I'm sorry.... I'm sorry " esakan Avery mula berlagu.

"I tak berniat pun nak buat you macam ni. Tapi kenapa? Kenapa you tak pernah percayakan i? Kenapa you tak pernah percaya pada janji i? Kenapa? I kan dah janji nak kahwin dengan you. I dah janji untuk pilih you! Kenapa Keith?" Air mata turun semakin lebat. Avery bangun semula sebelum wajah lelaki itu disentuh dengan penuh berhati hati. Jarinya jelas kelihatan menggigil.

"Keith please wake up... I'm begging you. Jangan buat i macam ni.... Please jangan buat i macam ni..." rayu Avery perlahan.

       Rayyan membuka matanya perlahan-lahan. Wajah Lucia yang jelas nampak bengkak di bahagian mata itu dipandang sebelum mulut tersengih nipis.

"Hey..." panggil Rayyan lemah. Senyuman paksa terukir dibibirnya.

"Sekali lagi you buat i macam ni! Me-" Lucia tak sempat menghabiskan ayatnya, badan Rayyan terus dipeluk sebelum air matanya jatuh membasahi mukanya yang putih pucat.

"Don't scare me like this Rayyan. Please..." tangis Lucia lagi sambil memeluk suaminya.

Rambut Lucia diusap lembut.

"Sorry sayang" kata Rayyan sebelum terbatuk kecil. Seluruh badannya terasa kebas dan perit. Badan Lucia dipeluk sebelum matanya teralih pula pada tangannya yang kini penuh dengan calar balar.

Dahi Rayyan berkerut. Rasanya dia accident tidak lah teruk mana pun. Kenapa boleh jadi sampai macam ni sekali.

"Yang lain? Mana yang lain? Emiel pada siapa?" Tanya Rayyan kepada Lucia semula.

Lucia meleraikan pelukannya sebelum mata Rayyan dipandang redup.

"Emiel pada Hanz. Dia dengan yang lain baru je turun pergi kafe. Beli makanan. Kejap lagi diaorang naik semula" jawab Lucia sebelum mengesat air matanya sehingga kering.

Rayyan tersenyum lagi. Dia cuba bangun sebelum dibantu oleh Lucia. Badan di sandar pada kepala katil

"Sorry sayang, mesti aku dah buat kau risau kan?" Tanya Rayyan perlahan.

"I hampir mati sebab sakit jantung tahu tak! Sekali lagi you buat macam ni memang i langgar you guna kereta i pulak" ugut Lucia.

Rayyan tergelak halus. Bini siapalah ni. Ganas betul.

Tiba-tiba Rayyan teringatkan sesuatu sebelum matanya membulat besar. Wajah Lucia dipandang.

"Luiz dengan Keith! Diaorang macam mana! Diaorang selamat kan?" Tanya Rayyan panik.

Lucia tidak membalas. Wajahnya berubah sayu sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Kenapa ni? Kenapa diam? Sayang... Sayang jawab lah! Diaorang tak apa apa kan? Diaorang dekat mana?" Tangan Lucia dipegang, memaksa.

Tiba tiba pintu bilik VVIP itu dibuka oleh seseorang.

"Yow! Wahhhh hidup lagi kau" selamba Luiz menegur dari pintu. Kepalanya berbalut dengan kain putih. Di sebelahnya pula ada Bella yang sedang memapah lelaki itu.

Rayyan tarik nafas lega melihat Luiz yang masih bernyawa. Nasib si sial ni hidup lagi.

Luiz dipapah ke katil Rayyan.

"Pergh aku ingatkan kau dah nak mampus. Risau aku tau, nanti gaji aku siapa nak bayar" kata Luiz selamba sebaik sahaja mengambil tempat di kerusi sebelah katil Rayyan.

"Hah?" Rayyan tayang muka blur.

"Kau tahu tak kau dah koma dekat tiga minggu?" Kata Luiz mendatar.

Rayyan hampir ternganga sebelum wajah isterinya dipandang semula.

"Be-betul ke sayang?" Tanya Rayyan kembali.

Lucia tidak menjawab. Hanya tangan Rayyan sahaja yang digenggam semakin erat. Kepalanya diangguk perlahan.

Antara Rayyan, Luiz dan Keith. Luiz lah yang paling bernasib baik sekali, kerana kecederaannya tidak seteruk Rayyan dan Keith. Akibat hentakan kuat pada kepala Rayyan semasa pelanggaran berlaku, Rayyan masuk ke stage koma selama tiga minggu. Luiz pula hanya tercedera sedikit di bahagian kepala dan juga kaki kanannya.

"Keith? Macam mana dengan Keith?" Tanya Rayyan kepada Luiz dan Bella semula.

Mereka bertiga kembali diam. Masing masing tidak berani ingin membuka mulut.

Pintu bilik itu terbuka sekali lagi.

Air pada tangan Ray terlepas ke lantai melihat adiknya yang sudah bangun daripada koma. Pantas dia melangkah mendekati katil Rayyan sebelum badannya dipeluk.

"Kau ni daripada dulu sampai sekarang, suka menyusahkan aku" kata Ray perlahan. Belakang rambut Rayyan diusap.

"Aku risau tahu tak..." katanya lagi.

Rayyan tergelak kecil. Ada ada saja abangnya ini. Bukannya dia mati pun.

Kemudian Hanz, Zariq dan yang lain juga masuk ke dalam bilik itu.

"Fuh, lega aku tengok kau masih bernyawa" komen Zariq selamba.

Hanz yang sedang memimpin Emiel datang mendekat.

"Wah, anak daddy ni makin gemuk" pipi Emiel dicubit lembut. Anaknya pula hanya tersengih apabila diusik oleh Rayyan.

"Bini kau mana long?" Tanya Rayyan apabila dia tidak melihat kelibat akak iparnya.

"Dekat rumah, Xavier, Lucas dengan Khai jaga. Anak anak aku meragam taknak pergi hospital. Dia kata kalau kau dah sedar sampaikan salam dia pada kau" jawab Ray sebelum dia mengambil tempat di atas kerusi.

"Avery?" Tanya Rayyan kembali.

Sekali lagi mereka semua terdiam. Wajah masing masing berubah kendur.

"Mana dia?" Soal Rayyan lagi.

"Luiz, Bella" wajah dua orang itu pula dipandang.

"That its, kalau korang taknak bagi tahu aku, biar aku sendiri yang pergi cari babun tu" sebaik sahaja berkata sedemikian Rayyan terus mencabut iv drip pada tangan kanannya kasar. Tangannya berdarah sedikit.

"Sayang, jangan macam ni. You tak sihat lagi" larang Lucia, tangannya menghalang Rayyan yang ingin turun daripada katil.

"Mana anak buah aku?" Keras Rayyan menyoal. Nadanya berubah dingin.

Masing-masing tak berani nak bukak suara.  Mereka tahu Keith ialah satu satunya anak buah Rayyan yang diambil olehnya secara personal. Dan mereka juga tahu yang Rayyan lebih rapat dengan Keith berbanding yang lain.

"Lucia, aku tanya kau ni"

Melihat adiknya yang seperti mahu mengamuk, Ray cepat cepat membuat isyarat agar mereka yang lain meninggalkan bilik itu.

Kini tinggallah Ray dan Lucia sahaja yang berada di dalam.

"Sebenarnya..."

           "Kau rasa kenapa keluarga kita ni macam tak pernah nak aman?" Soal Zariq yang berada di luar bilik.

"Entahlah. Mana aku tahu" jawab Hanz yang sedang memangku Emiel.

Luiz dan Bella pula elok sedang menyandar di tepi dinding.

Zariq pandang wajah Hanz yang duduk di sebelahnya.

"Sebab muka kau tak hensem" katanya mendatar sebelum tergelak kecil di hujung ayat.

Serentak Hanz dan Luiz memandang Zariq dengan pandangan membunuh.

"Eh babi kau. Apa kena mengena" latah Hanz tak puas hati.

Zariq galak menggelakkan jejaka itu.

"Habis tu kau nak kata aku pun sama lah?" Dingin Luiz menyoal.

Serta merta Zariq berhenti gelak. Air liurnya ditelan. Takut takut dia memandang mata Luiz yang sudah menikam mukanya. Dia terlupa pula yang Luiz itu adik kembar Hanz. Wajah mereka hampir sama pulak tu.

"Huhu takdelah aku gurau je. Kau terasa apahal" kata Zariq mendatar.

"Yang kau, kenapa kau dekat sini? Bukan ke kau patutnya jaga Av 24jam?" Tanya Zariq kepada Bella pula. Saja tukar topik.

"Alah dia dekat bilik sebelah ni je pun. Kalau apa apa jadi i dengar" balas Bella mendatar.

"Kalau kau taknak bagi tahu, aku akan cari tahu sendiri" telinga Bella menangkap suara Rayyan yang berada dalam bilik. Nafasnya dihela panjang.

"Luiz!!" Panggil Rayyan kuat dari dalam biliknya.

"Hah apahal pulak tu?" Tanya Zariq cuak.

"Pergi masuk, dia panggil you" kata Bella di sebelah Luiz.

Luiz terus masuk semula ke dalam bilik wad Rayyan. Kakinya terhincut sedikit.

"Apahal?" Tanya Luiz sebaik sahaja pintu ditutup. Lucia dan Ray sudah memandang ke arah jejaka itu.

"Apa yang kau nampak sebelum kita semua accident? Kenapa kau suruh aku brek kereta aku?" Tajam anak mata Rayyan melihat muka Luiz.

Luiz mengerling wajah Ray sesaat.

"Keith anak buah aku! Aku berhak tahu" celah Rayyan dingin.

"Fine...."

Luiz hembus nafas panjang sebelum dia langkah mendekat, mengambil tempat di sebelah Ray.

"Aku nampak tayar lori yang dari lane sebelah nak pusing ke arah kita" jawab Luiz mendatar.

"Keith? Apa jadi dengan dia?" Soal Rayyan semula.

"Dia tak sempat elak. Kereta dia hentam badan lori tu. Dia dengan kau kritikal. Tapi dia lebih teruk sebab kereta dia terbalik lepas terkena hentakan dari badan lori tu. Kau pulak cuma terlanggar penghadang jalan je. Mungkin sebab kereta kita masing masing tengah laju. Tu yang effect hentakan tu teruk"

"Habis tu kau?"

"Sebelum aku jerit dekat kau suruh berhenti kaki aku dah awal dulu tekan brek. Sebab kalau aku dengan kau berhenti serentak. Keadaan kita berdua sekarang mungkin lebih teruk berbanding Keith. Sebab kereta kita berdua tengah laju, rapat pulak tu. Boleh melambung tau kalau kita dua terlanggar" jawab Luiz.

Rayyan terkedu. Tak sangka yang perkara itu terjadi kepada mereka bertiga. Lucia di sebelah memegang tangan Rayyan lembut. Cuba menenangkan suaminya itu.

"Habis tu Keith macam mana sekarang?" Tanya Rayyan semula.

"Dia ada dekat bilik sebelah dengan Av. Keadaan dia lebih kritikal berbanding kita berdua. Otak dia kena buat dua kali pembedahan besar. Doktor tak bagi ramai ramai masuk bilik dia. Jadi cuma Av sorang je yang jaga dia daripada dua minggu lepas" jawab Luiz lagi.

Wajah Ray dipandang sekilas. Lelaki itu mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia sendiri tak sanggup memberitahu adiknya tentang kondisi Keith.

"Dan dia dah sedar semalam. Cuma..." Luiz diam. Nafasnya ditarik sebelum dilepas kasar.

"Cuma?" Dahi Rayyan berkerut.

"Cuma apa?" Tanya Rayyan lagi.

"Kau boleh jalan tak ni?" Luiz menyoal Rayyan kembali.

"Kenapa?"

"Jom aku bawak kau pergi bilik sebelah. Kau tengok sendiri keadaan dia" Luiz membantu Rayyan untuk bangun.

"Luiz..." panggil Ray dan Lucia serentak.

"Dia patut tahu. Itu kawan dia" balas Luiz semula.

       Pintu bilik Keith dibuka. Luiz masuk ke dalam bersama dengan Rayyan di sisinya.

"Av..." panggil Rayyan perlahan.

Avery yang sedang terlelap di sofa bilik itu terus terjaga apabila namanya dipanggil. Matanya digosok gosok sebelum dia memandang ke arah Rayyan.

"Abang!" Laju dia melangkah ke arah Rayyan sebelum badan lelaki itu dipeluk erat. Rindu.

"Bila abang sedar?" Tanya Avery kembali.

"Baru je tadi" jawab Rayyan. Wajah adiknya yang nampak sedikit cengkung itu dilihat sebelum matanya menoleh pula pada katil bilik itu.

"Keith, tidur ke?" Soal Rayyan perlahan.

Senyuman Avery serta merta berubah kendur sebelum wajah Luiz di sebelah pula dipandang.

"Kejut je. Biar dia jumpa Rayyan" kata Luiz, wajahnya menunduk pandang lantai.

Bibir Avery terukir senyuman sayu sebelum dia melangkah ke arah katil Keith. Rayyan dan Luiz juga melangkah dekat.

"Keith...Keith bangun. Rayyan nak jumpa you" lembut sahaja Avery menyentuh bahu lelaki itu.

Rayyan melihat wayar wayar yang berselirat di badan Keith. Betullah kata mereka. Keadaan lelaki itu tampak kritikal.

Perlahan lahan mata Keith terbuka. Dia menoleh ke arah Avery sesaat sebelum dia memandang pula ke arah Rayyan dan Luiz.

"Keith, kau okay?" Tanya Rayyan perlahan.

Dahi Keith berkerut.

"Kau siapa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience