Bab 45

Action Series 25520

Bella berjalan senyap senyap ke arah bilik movie. Tadi semasa melihat di skrin CCTV dia melihat Khai dan Lucas berada di situ dengan keadaan yang sangat mencurigakan.

"Kenapa kau buat macam ni Khai! Rayyan tu kawan aku kau tahu tak!" Jerit Lucas jelas suaranya kedengaran marah.

"Aku tak berniat nak bunuh kawan kau sekali. Aku tak tahu pun yang dia akan ikut accident" selamba Khai berkata.

"No! My point is. Apa yang kau cuba lakukan! Kenapa kau cuba bunuh Keith! Apa salah dia? Aku tak pernah arahkan kau buat semua tu!" Tengking Lucas semula.

"Tapi kalau dia mati kau akan dapat perempuan yang kau sayang"

Pang!

Pipi Khai ditampar kuat sehingga terteleng kepalanya ketepi.

"Memang betul aku sayangkan Av, tapi aku takkan tergamak sampai nak buat macam ni tahu tak" keras suara Lucas menutur.

"Sebab tu aku buatkan untuk kau"

Pang!

Sekali lagi pipi Khai ditampar.

Lucas meraup mukanya kasar. Kesal dengan tindakan anak buahnya itu.

"Kau betul betul dah kecewa kan aku Khai. Sekarang aku malu nak jumpa dengan diaorang semua. Aku malu tahu tak!"

Bella tolak pintu bilik itu sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam.

"Well well well, tak salah rupanya apa yang aku fikir selama ni" kata Bella cukup sinis.

Lucas dan Khai jelas terkejut dengan kedatangan Bella. Kalau ada Bella maksudnya ada Avery.

Mata Lucas melihat ke arah belakang Bella. Namun hanya gadis itu sorang sahaja yang berada di pintu. Adakah Bella mendengar semua perbualannya dengan Khai tadi?

"Bella...." panggil Lucas perlahan.

"Hahaha siapa sangka orang yang aku bawak masuk dalam rumah ni akan jadi gunting dalam lipatan. Sanggup bunuh keluarga sendiri hanya kerana cinta tak terbalas" sinis Bella berkata. Matanya tajam menikam wajah Lucas dan Khai bersilih ganti.

"Bella no...let me explain. I'm sorry about Keith and the others. But... " Lucas sedikit tergagap.

"Tapi apa?" Bella menyoal kembali.

Lucas ketip bibir. Dia tersekat diantara tengah. Khai adalah pengikut yang setia dengannya. Khai satu satunya manusia yang ada bersama dengannya saat dia jatuh dan bangun. Tetapi Rayyan juga adalah kawan baik dia.

"Bella please... aku"

"AKU APA!" Tengking Bella laju.

Avery yang berada di luar bilik itu sudah menekup mulut sendiri. Tangisannya ditahan. Tak sangka dia adalah punca semua ini terjadi. Hanya kerana dia tolak lamaran Lucas tiga nyawa keluarganya menjadi taruhan.

"Kau tahu tak tunang aku pun hampir mati dalam accident tu?" Bella ketap gigi menahan marah.

Lucas sudah menundukkan wajahnya. Dia tahu dia juga salah dalam hal ini. Kalaulah dahulu dia tidak pernah muncul kembali dalam keluarga Rayyan. Pasti semua ini tidak akan terjadi.

"Aku nak kau tinggalkan keluarga ni. Tinggalkan seperti sedia kala. Tolong jangan jadi sebab nyawa keluarga ni melayang. Hidup mereka tak perlukan kau. Diaorang tak perlukan orang toksik macam korang dalam keluarga ni" tajam dan dingin kata kata Bella menyapa pendengaran mereka.

"Aku akan pergi..." kata Lucas perlahan.

"Lucas!"

"Diam Khai!" Tengking Lucas semula.

"Aku akan pergi Bella... malam ni jugak aku akan pergi. Maafkan aku sebab buat kekacauan dalam keluarga ni. Aku betul betul minta maaf" kata Lucas perlahan sebelum badannya menunduk separuh.

Khai yang melihat sudah mengetap gigi kuat. Tangannya jelas tampak menggigil marah.

Keith tersedar dari pengsannya. Laju matanya mencari kelibat Luiz. Luiz yang baru sahaja meneguk air coke, tersembur keluar air itu semula apabila melihat lelaki itu bangun secara mengejut.

"Wey kau dah okay ke?" Tanya Luiz sambil mengesat sisa air di mulut menggunakan lengan baju.

Luiz mengambil tempat di sebelah katil Keith.

"Kau kenapa tiba-tiba pengsan?" Tanya Luiz semula apabila Keith hanya merenungnya tanpa suara.

"Luiz tolong bawak aku jumpa Rayyan kejap boleh tak?" Pinta Keith tiba tiba.

"Sekarang?"

"Sekarang lah nak bila lagi" kata Keith semula.

Dahi Luiz berkerut. Ingatan dia ni dah pulih ke? Kenapa perangai dia makin sial macam dulu.

Malas nak betah banyak banyak Luiz terus membantu Keith duduk atas kerusi rodanya.

"Hello Rayyan kau dekat mana?"

"Ruang tamu. Kenapa?"

"Okay" panggilan dimatikan.

"Dia dekat ruang tamu bawah" kata Lucas kepada Keith sambil menolak kerusi roda lelaki itu perlahan.

"Sekarang pukul berapa? Kenapa dia masih dekat ruang tamu?" Tanya Keith semula.

"Pukul 11:50 malam. Tadi kau pengsan sekejap je. Lepas Xavier check keadaan kau dua tiga minit lepas dia keluar gitu kau dah bangun dah" terang Luiz tanpa disuruh.

"Ouh"

Kemudian mereka sama sama menyepi. Mereka sudah pun sampai di hadapan pintu lift.

"Luiz, aku ada benda nak bagi tahu korang berdua" kata Keith kembali.

Pintu lift terbuka sebelum mereka berdua masuk kedalam.

"Berdua? Aku dengan Rayyan?" Tanya Luiz semula.

"Aah"

"Pasal apa?"

"Nanti, tunggu ada Rayyan sekali" balas Keith semula.

Lift turun ke tingkat bawah. Luiz kemudian terus menolak Keith ke arah ruang tamu utama.

"Yow" sapa Rayyan yang berada di sofa depan tv.

"Kau sorang sorang je ke?" Tanya Luiz kembali. Matanya teralih pula pada kaca tv. Animal Planet. Jadah kau tengok animal planet malam malam!

Kerusi roda ditolak makin dekat.

"Taklah tadi aku dengan Alic. Tapi dia dah naik tidur. Aku sambung jelah tengok tv" jawab Rayyan mendatar.

Wajah Keith dan Luiz dipandang bergilir.

"Kenapa korang cari aku?" Tanya Rayyan kembali. Rayyan memandang kaca tv. Tidak mengendahkan Keith. Entahlah, dia masih sakit hati dengan perangai jejaka itu sejak dia keluar hospital.

Keith melihat Rayyan sebelum matanya tertumpu pula pada pistol yang elok berada pada tangan Rayyan.

"Ayyan, kenapa kau pegang pistol dalam rumah" soal Keith mendatar.

Terbuntang luas mata Rayyan sebelum laju kepalanya menoleh ke arah Keith. Cepat cepat dia bangun dan melangkah dekat lelaki itu.

"Kau dah ingat aku siapa kan!" Tanya Rayyan kuat. Kedua bahu Keith dipegang.

"Hah?" Luiz masih blur ditempatnya.

"Kau panggil aku Ayyan!" Kata Rayyan lagi.

Keith tersengih sebelum kepalanya diangguk.

"Aku dah ingat" katanya mendatar.

Rayyan terus memeluk badan Keith.

"Kau dah ingat pastu kau diam je? Babi betul" celah Luiz tak puas hati.

"Hahaha sorry lah, aku nak bagi suprise dekat Rayyan dulu" kata Keith kembali.

Rayyan melepaskan pelukannya.

"Kau ni suka buat aku risau. Aku dah fikir fikir nak buang kau dekat pusat jagaan anak yatim kalau kau tak ingat ingat aku lagi seminggu" selamba Rayyan berkata.

"Sial punya member" kata Keith mendatar.

Luiz pula sudah tergelak di sebelah.

"Pistol ni kenapa?" Tanya Keith kembali sambil mulut memuncungkan ke arah tangan Rayyan.

"Ouh ni" Rayyan garu kepala yang tidak gatal.

"Ni Alic suruh aku pegang. Entahlah dia. Tiba tiba je dia bagi aku tadi. Dia kata aku perlukan benda ni malam ni" jawab Rayyan.

"Hah? Perlukan malam ni? Apa maksud dia?" Soal Keith kembali.

"Entahlah, aku mana tahu. Untuk ketuk kepala kau kut" seloroh Rayyan.

"Otak kau!" Marah Keith.

Manakala Luiz di sebelah sudah berkerut. Perlukan malam ni? Apa maksud budak tu?

"Alah tak payah risaulah. Anak sedara aku tu memang macam tu. Dia aneh aneh sikit" kata Rayyan sebelum menyelitkan semula pistol tadi kedalam jaket baju yang dipakai.

"Ni sejak bila kau dah ingat aku?" Soal Rayyan semula.

"Baru je kejap" balas Keith mendatar.

Mereka bertiga mengambil tempat di sofa.

"Pastu apahal kau nak jumpa aku ni? Sebab nak bagi suprise ni je?"

"Tak, aku nak cakap pasal hari kemalangan kita" Muka Keith berubah serius.

Luiz dan Rayyan memandang Keith tak berkelip.

"Kenapa?" Tanya Luiz sepatah.

"Aku dah ingat dah macam mana kita semua boleh accident malam tu" kata Keith semula.

"Kau kena langgar lori kan?" Soal Rayyan pula.

"Ye tapi aku nampak siapa yang bawak lori tu" jawab Keith.

Serentak Luiz dan Rayyan membulatkan mata mereka.

"Kau biar betul?" Tanya Luiz kembali.

"Jadi siapa yang kau nampak masa tu?" Celah Rayyan.

Belum sempat Keith membuka mulut lift tingkat itu berbunyi sekali lagi. Avery, Bella, Khai dan Lucas keluar dari dalam lift.

Mereka bertiga terus menoleh ke arah mereka.

"Kau pehal bawak beg macam nak lari rumah?" Tanya Rayyan kepada Lucas. Badan Lucas dipandang atas bawah. Dengan beg segala malam malam ni. Nak pergi mana?

Lucas datang dekat ke arah mereka bertiga.

"Aku nak minta maaf dekat korang semua. Aku banyak susahkan korang" kata Lucas perlahan.

Luiz dan Rayyan tayang muka keliru manakala Keith hanya beriak selamba. Dia sudah tahu kenapa Lucas berkata sedemikian.

"Kau kenapa?" Tanya Rayyan kembali. Jelas dia tak mengerti apa apa.

Tiba tiba Lucas memeluk Rayyan erat.

"Rayyan aku minta maaf sebab kacau bilaukan keluarga kau. Kau kawan aku dunia akhirat. Aku gembira dapat jumpa kau balik tapi aku terpaksa pergi. Sekali lagi aku terpaksa pergi dari hidup korang. Maafkan aku Rayyan. Terima kasih sebab dah jagakan adik aku. Terima kasih sebab jadi adik ipar aku" kata Lucas sayu. Matanya berair.

"Wey, kau kenapa? Kau nak pergi mana" Tanya Rayyan lagi. Masih keliru melihat Lucas yang tiba tiba meminta maaf itu.

Bella dan Avery hanya melihat dari jauh. Avery daripada tadi lagi sudah banjir dengan air mata. Manakala Bella masih lagi kekal berwajah tenang. Emosi masing masing tengah kacau bilau.

Bella melihat Khai yang berdiri tidak jauh daripadanya. Lelaki itu masih lagi dengan pandangannya yang tajam. Bella melihat pula siapa yang Khai sedang lihat dengan tatapan membunuh itu.

"Lucas kau nak pergi mana?" Tanya Rayyan jelas keliru dengan lelaki itu.

"Aku kena pergi. Aku taknak hanya disebabkan aku, keluarga ni hilang kebahagian. Aku kena pergi Rayyan" balas Lucas semula.

"Tapi kenapa?" Soal Rayyan. Wajah Lucas yang sudah basah itu direnung.

Luiz dan Keith hanya melihat dari tepi.

"Sebab aku hanya bawak sengsara. Dan aku tak sanggup pikul sengsara tu lagi" kata Lucas perlahan.

"Lucas kau tak pernah..."

"KEITH! WATCH OUT!!!" Jerit Bella tiba tiba.

BANG!

Melihat tembakan itu dilepaskan Rayyan pantas mencapai pistol dalam jaketnya pula. Refleksnya yang pantas menyebabkan dia melepaskan tembakan tepat di dahi manusia yang menembak ke arah Keith tadi.

Khai jatuh menyembah bumi.

Semuanya berlaku dengan pantas.

Perlahan lahan Rayyan menoleh ke arah sebelahnya.

"LUCAS!!!" Jerit mereka serentak.

Keith memandang wajah Lucas yang sedang menahan kesakitan.

Lucas terduduk betul betul depan Keith dengan dada yang kini sudah mengalirkan darah.

Tangan Keith dipegang menggigil.

"Keith, aku minta maaf" Lucas terbatuk darah. Darah itu terkena tangan Keith yang masih digenggam.

"Someone call Xavier right now!!!" Jerit Rayyan kuat. Badan Lucas dipangku atas pehanya.

Bella pantas mendail nombor Xavier.

Avery menekan luka tembakan di dada Lucas agar darah yang keluar tidak terlalu banyak.

"Please, call my sister..." pinta Lucas lemah.

Air mata Rayyan jatuh. Tangan Lucas digenggam erat sekuat hati.

"Bella, call isteri aku jugak... call her now..." kata Rayyan semula. Giginya diketap. Dia tahu apa maksud Lucas. Lelaki itu tahu yang hayatnya tak lama.

"Apa kau buat ni bodoh! Apa kau buat ni!" Kata Rayyan kesal.

"Aku...buat apa yang aku perlu buat" jawab Lucas lemah.

Luiz dan Keith sudah terkaku ditempatnya. Kejadian tadi bagaikan satu kejutan. Dan semuanya berlaku dengan pantas. Lucas menghalang tembakan Khai yang sepatutnya mengena pada Keith.

"Lucas.... I'm sorry ...I'm sorry" tangis Avery di sebelah.

"You tak salah Av, yang salah i.... sebab bawa sengsara dalam keluarga ni..." Lucas terbatuk lagi. Darah keluar makin banyak dari mulutnya.

"Don't talk! Please don't talk...." rayu Rayyan. Tangan Lucas ditekap ke dahi.

"Rayyan... jaga adik aku baik baik" kata Lucas lemah.

"Lucas please! Please don't die! Please! Jangan buat aku macam ni!" Kata Rayyan kuat.

Lucas melihat luka di dadanya sendiri sebelum mulutnya tersenyum sakit.

"Tak...aku tahu aku dah tak boleh di selamatkan..."

"Jangan mengarut! Bella mana Xavier! Panggil dia cepat!" Jerit Rayyan lagi.

Perlahan lahan tangan Lucas yang penuh darah itu menyentuh lembut tangan Avery.

"Aku minta maaf Av..." Lucas tarik nafas perlahan.

"Maaf sebab singgah dalam hidup kau.... yang sepatutnya tiada aku" Lucas cuba untuk tersenyum. Namun darah yang mengalir keluar dari mulutnya semakin banyak.

"Lucas ....don't say that" kata Avery bersama linangan air mata.

Mata masing masing sudah basah. Hanya Luiz dan Bella sahaja yang masih berwajah datar. Namun tidak dalam hati mereka. Mereka sekuat boleh cuba mengawal perasaan sendiri saat ini.

Lucas menoleh pula ke arah Keith.

"Keith, jaga Av bagi pihak aku" kata Lucas lagi.

Keith terdiam sebelum mulutnya mengukir senyuman sayu. Suaranya seperti tersekat. Akhirnya hanya anggukan kepala sahaja menjadi balasan.

Lucas tersenyum nipis.

"Ha... nampaknya aku tak sempat nak tengok muka adik aku....Rayyan...cakap dekat adik aku yang aku sayang dia"

"Tak! Kejap lagi dia datang! Jangan mati macam ni! Kau kena jumpa dengan dia dulu. Nanti dia sedih kalau kau pergi tanpa jumpa dia!" Kata Rayyan lagi.

"Aku...aku sayang korang semua" serentak itu mata Lucas tertutup. Tangan yang tadinya masih memegang tangan Avery terjatuh ke lantai.

"No no no no Lucas! Please ...." tangis Avery.

"Lucas! Jangan please.... jangan pergi macam ni" kata Rayyan perlahan.

"Arghhhhhh jangan tinggalkan aku macam ni!!!" Jerit Rayyan.

Tangisan Avery semakin berlagu.

Beberapa saat selepas itu pintu lift terbuka.

Lucia dan Xavier pantas melangkah ke arah mereka namun semuanya sudah terlambat.

"Abang Lu...cas..." mata Lucia berkaca kaca sebelum laju air jernih turun dari kelopak matanya. Melihat daripada raungan Avery dan Rayyan, Lucia tahu yang dia sudah terlambat.

Serentak itu satu mesej masuk ke dalam telefon masing masing.

-Second Attempt (FAILED)-

          "Adik akan rindukan Uncle Lucas..." kata Rachel yang sedang berbaring di sebelah akak kembarnya.

Alicia melihat ke arah jam dinding bilik.

12:34 am

Kepala Rachel dipeluk erat dalam dakapan.

"Sekurang kurangnya kita dapat kurangkan kematian dalam keluarga kita" kata Alicia perlahan sebelum air matanya turun mengalir keluar bersama kembarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience