"Akhirnya! kau datang juga hahaha" suara itu bergema. Suara yang paling dibenci oleh Avery. Suara yang menghantuinya siang malam selama 25 tahun dalam hidupnya.
"Kau nak apa?" soal Avery dingin.
"Jumpa aku, dekat bilik paling hujung tingkat ni..."
"Buat apa aku nak dengar cakap kau?"
"Janganlah kasar sangat bahasa, saya kan pakcik kamu"
Tangan Avery jelas mengigil. Dadanya berombak laju. Lepas semua yang kau dah buat pada aku?! Baru sekarang kau nak mengaku yang kau tu pakcik aku?
"Mana Rayyan?" soalnya dingin.
"Aah eh, mana Rayyan? Ada nampak dia tak? Hidup lagi ke dah mati?"
Avery mengigit bibir bawahnya sehingga mengalir darah. Dasar lelaki bangsat!
"Datang sini, jumpa pakcik" kemudian suara itu menghilang.
Tanpa banyak bunyi Avery terus menuju kearah bilik yang disebutkan oleh Haider.
Luiz dan Keith yang berada di belakangnya pula hanya mengekor. Takut untuk membuka suara.
"Takpa ke kita ikut je cakap si gila tu?" bisik Keith kepada Luiz.
"Habis tu kau nak suruh Av pergi sana sorang?" balas Luiz juga dengan nada yang perlahan.
"Tak... Tapi aku takut nak tegur dia..."
"Aku pun tak berani nak tegur dia, so kita ikut je. At least kalau ada apa apa jadi kita boleh bantu" kata Luiz semula.
"Muka dia tadi nampak macam..."
"Aku tahu" potong Luiz laju. Dia menoleh ke hadapan. Atau lebih tepat ke arah Avery yang sedang berjalan di hadapan mereka. Luiz menarik nafas panjang. Tidak pernah lagi dalam hidupnya melihat muka seseorang yang sedang marah lebih daripada apa yang dia lihat sebentar tadi.
Sampai sahaja di hadapan pintu bilik yang dimaksudkan Haider, Luiz pantas menarik lengan Avery.
"Betul ke kau nak masuk? Rayyan pun kita tak jumpa lagi. Macam mana kalau ni satu perangkap?" soal Luiz sedikit risau.
"Nasib baik satu je tak dua" pintu bilik itu ditendang kuat oleh Avery sehingga hampir tertanggal.
Bamm!
Luiz sudah menggelengkan kepala. Abang adik sama je. Masing masing kepala batu.
"Aku dah datang apa lagi yang kau nak?" Kata Avery sebaik sahaja dia melangkah masuk. Keith dan Luiz pula hanya mengekor daripada belakang.
"Hi Av, " sapa Haider.
"Family reunion i guess?" Kemudian dia tergelak kecil.
Avery melihat sekeliling bilik itu. Begitu juga dengan yang lain. Automatik mereka bertiga terdiam.
"Wey aku nak tanya , apasal Rayyan tengah peluk perempuan tu? Dia tu siapa? Kau kenal ke? Lucia pula tengah dengan siapa tu? Dan yang paling penting sekali, kenapa pulak macam Haider yang tengah kena ancam ni?" soal Keith kepada Luiz perlahan.
"Seriously kau tanya aku?" balas Luiz dengan muka annoyingnya.
"Habis tu aku nak tanya siapa?"
"Please jangan jadi bodoh, aku kan baru masuk tadi dengan kau. Pergi lah tanya Rayyan , aku mana tahu apa apa!"
Keith mengangguk beberapa kali. Ouh tanya Rayyan. Lelaki itu menoleh pula kehadapan .
"Err Rayyan siapa yang kau tengah peluk tu? Bini kau dekat sana tu lah. Aku rasa kau dah salah bini ni" bicara Keith cukup selamba.
Luiz memandangnya tidak percaya , kau pergi tanya betul betul tu dah kenapa bodoh!
"Ni bini kedua" balas Rayyan mendatar namun cukup dingin. Tangan kanannya sedang memeluk seorang perempuan manakala tangan kirinya berada dimata perempuan itu.
Luiz memandang Rayyan pula. Ini lagi sorang bodoh. Jawab tak pernah nak serius.
Keith mengangguk kepalanya beberapa kali. Ouhh bini kedua. Eh betul ke?
"What going on here?" Akhirnya Avery membuahkan soalan. Matanya meliar sebelum berakhir pada akak iparnya yang sedang dipapah oleh seseorang lelaki yang tidak dikenalinya.
"Berani kau sentuh dia? Let her go now!" ugutnya keras. Pistolnya dibawa keluar dari dalam poket sebelum diacu tepat kearah lelaki itu.
"Av... jangan... dia di pihak kita" jawab Lucia sedikit termengah. Kondisi badannya nampak teruk. Darah kering merata rata penuh diseluruh badanya. Bibirnya pecah . Sebelah matanya juga tidak boleh buka sepenuhnya akibat terlampau bengkak. Entah apa seksaan yang dilalui sepanjang seminggu dia menjadi tahanan Haider.
"Bella, mind to share what happen here" soal Luiz mendatar kepada tunangnya yang kini sedang mengacukan sniper tepat di kepala Haider.
"I jumpa Rayyan tadi, Then this happen" jawab Bella sungguh ringkas. Ringkas sangat tu sampaikan ternganga mulut Keith mendengar ceritanya.
"Kau ni mesti tak pernah masuk pertandingan bercerita masa kecik kecik dulu kan? Bagilah detail sikit" pintas Keith.
Laju Luiz memukul kepala Keith. "Kau siapa nak kutuk tunang aku" marahnya berang.
Bella mengeluh nafas. "I cari Rayyan but at the same time i terjumpa bilik ni. And Rayyan already in here, in this situation" terangnya yang nampak sangat terpaksa.
Avery yang seperti sudah faham keadaan mereka terus menoleh kearah abangnya pula.
"Abang, apa abang nak buat dekat auntie? Takkan abang nak balas dendam dekat dia. Auntie Sofia tak ada kena mengena pun dalam hal ni..." suaranya sedikit merayu.
Luiz dan Keith saling memandang antara satu sama lain. Auntie? Patutlah . Eh jap. Auntie!?
"Kau tanya bangsat tu apa dia dah buat pada bini aku" balas Rayyan dingin.
"Aku buat apa?" Tanya Haider tanpa rasa serba salah.
"Kau gugurkan kandungan bini aku lah SIAL!!!"
Avery jelas terkejut mendengar kenyataan itu. Pandangannya teralih semula kepada Auntie Sofia yang berada dalam pelukan Rayyan. Raut wajah wanita itu sedikit sebanyak meraih simpati Avery. Dia tahu isteri Haider bukanlah orang yang jahat. Tetapi...
"Its okay Av, Auntie tak kisah" bicara wanita itu sayu. Memek mukanya seolah olah meminta simpati.
"Abang, kita boleh bincang. We can talk right?" Pujuk Avery berharap agar Rayyan mendengar kata katanya. Memang benar dia marahkan Haider tetapi dia tahu Auntie Sofia tak bersalah dalam hal ini. Salah dia hanyalah memiliki suami seperti Haider.
"Tak ada istilah berbincang dalam hidup aku. Darah dibalas dengan darah. Nyawa dibalas dengan nyawa. Tapi cukup untung aku hanya balas dengan ni..." tangan yang sememangnya berada di mata kanan Sofia selamba ditekan masuk kedalam.
"Arghhhhhh"
"Rayyan!" jerit Avery.
"Arghhhhhhhh"
Avery menutup matanya rapat. Tidak sanggup untuk melihat manusia yang pernah menolongnya suatu ketika dahulu diperlakukan sedemikian rupa.
Luiz dan Keith yang berada disitu juga terkejut dengan apa yang mereka sedang saksikan. Bella pula hanya diam tanpa reaksi.
Wanita itu terjelopok kebawah sambil meraung tak henti henti. Tangannya menekup pada matanya yang kini mengalir keluar laju cecair merah. Melihat keadaan itu Luiz pantas mendekatinya. Satu kain putih dibawa keluar sebelum ditekap kuat pada wajah Sofia.
"Nah mata bini kau" kata Rayyan tanpa perasaan. Biji mata Sofia dibaling ke Haider.
"Hahahaha dasar gila! Kau lelaki gila! Kau memang gila! Abang adik sama je satu keluarga gila!"
Rayyan naik berang mendengar ayat Haider, laju dia menerpa kearah lelaki itu sebelum koler lehernya dicengkam kuat.
"Kau kurung bini aku! Kau seksa dia! Kau bunuh anak dalam kandungan bini aku! Siapa yang gila sekarang ni hah?! Siapa yang mulakan dulu permainan gila ni!" tengking Rayyan.
"Kau" balas Haider bersama sisa gelaknya.
Rayyan menumbuk wajah lelaki itu kuat. Namun akibat koler bajunya masih lagi dicengkam, hanya wajah Haider sahaja yang terteleng ke tepi.
Haider masih lagi tidak berhenti ketawa.
"Kau pikir dengan cara macam ni kau dapat balas dendam dekat aku? Kau silap Rayyan. Kau silap. Kau buta kan mata bini aku, tapi aku dah bunuh kandungan bini kau. HAHAHA eh kejap. Entah entah lepas ni bini kau terus tak boleh nak mengandung lagi hahaha kesian kau dapat bini mandul" provok Haider.
"KAU MEMANG BANGSAT! " wajah Haider ditumbuk berkali kali sehingga lelaki itu terjatuh kebawah. Darah mengalir keluar daripada mulut Haider. Tidak cukup dengan itu perutnya pula disepak dan dipijak. Raungan Haider diabaikan langsung.
Setelah puas , Rayyan memijak pula kedua dua buku lali Haider sehingga kedengaran bunyi tulang patah.
"KENAPA KAU BUAT AKU MACAM NI HAH? KENAPA!!!" rambut Haider ditarik kasar sebelum wajahnya ditampar kuat beberapa kali. Berdesing. Boleh pekak telinga kalau kena tamparan Rayyan.
"APA SALAH AKU PADA KAU? APA SALAH ADIK AKU PADA KAU? APA SALAH BINI AKU PADA KAU? APA SALAH FAIQ PADA KAU?" Rahang Haider pula ditumbuk kuat sehingga tercabut beberapa batang gigi. Andai ditakdirkan Haider hidup selepas ini, pasti dia sudah cacat dan rongak.
Mereka yang lain jelas tidak berani ingin masuk campur. Hanya mampu memerhati sahaja Rayyan melepaskan amarahnya. Begitu juga dengan Bella yang masih lagi dengan posisinya tadi , langsung tidak beranjak.
Dalam suasana yang huru-hara itu Avery bagaikan tersedar sesuatu. Sesuatu yang sangat penting. Anak buahnya! Emiel tiada di dalam bilik itu. Langkahnya diatur laju ke arah Lucia.
"Akak... mana Emiel? Kenapa Emiel tak ada dengan akak?"
"Emiel... tak ada dengan korang ke?" soal Lucia lemah.
Rayyan yang sedang membelasah Haider juga terus terkaku mendengar ayat isterinya. Koler Haider dilepas sebelum wajah isterinya dipandang dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
Lucia memandang wajah suaminya .
"Emiel... tak ada dengan sayang ke?" soal Lucia semula.
Jeda. Mereka semua hanya mampu terdiam memandang wajah antara satu sama lain.
Tanpa banyak bunyi Rayyan terus memijak leher Haider dengan kuat.
"MANA KAU SIMPAN ANAK AKU HAH?!"
Namun wajah keliru Haider sudah cukup untuk memberitahu Rayyan bahawa Emiel tidak ada dengannya.
"Shit!" leher Haider dilepas. Rayyan melangkah laju kearah isterinya sebelum badan Lucia dirangkul erat. Khai yang tadinya memapah Lucia hanya membatu ditempatnya.
"Jom kita balik" kata Rayyan.
"E..emiel? M-macam mana dengan Emiel?" mata Lucia mula berkaca-kaca mengaburkan pandangannya. Melihat daripada amarah Rayyan, dia yakin anaknya tidak ada bersama suaminya. Jadi dimana Emiel?
"Kita balik dulu" jawab Rayyan sedikit sayu. Tidak sanggup dia hendak melihat kondisi Lucia saat ini. Lagipun kalau Emiel tidak ada dengan Haider tiada gunanya dia berlama lama disini . Dia pasti anaknya itu berada dalam genggaman musuh lain. Tetapi siapa? dengan siapa lagi dia bermusuh sekarang ni? Lagipun anaknya itu hilang ketika di Malaysia. Musuhnya di Malaysia tidak setanding dengan musuhnya di France. Jadi bagaimana anaknya itu boleh hilang tanpa jejak.
"How about him?" soal Bella kepada Rayyan. Hujung mata snipernya sudah berada betul betul di dahi Haider. Tinggal untuk ditarik sahaja pemicu, dan... BANG! mampus.
"Bakar dia hidup hidup" tanpa menoleh Rayyan terus melangkah pergi membawa isterinya.
"As you wish..." kata Bella.
Avery membantu Luiz memapah Auntie Sofia keluar daripada bilik. Namun sebaik sahaja mereka berdua keluar, Haider yang masih lagi berada di atas lantai melepaskan tawanya terbahak-bahak.
"Aku rasa kematian bukanlah satu benda yang kelakar" bicara Bella sinis.
Haider berhenti gelak kemudian dia menoleh kearah Keith yang masih lagi berada di dalam bilik itu bersama Bella.
"I know you love her..."
Bella dan Keith hanya diam. Keith tahu 'her' yang dimaksudkan Haider ialah Avery.
"Tapi dia terlahir bukan untuk dicintai . Dia terlahir bukan untuk menjadi manusia bodoh. Dia adalah senjata aku. Dia ciptaan aku yang sempurna HAHAHA tiada sesiapa pun yang boleh dapatkan dia! Dia tu milik aku sorang!!" Haider sambung ketawa seperti orang gila.
"Apa maksud kau?" Keith kembali menyoal.
Setelah puas gelak . Haider menatap siling dengan tatapan kosong. Nafasnya ditarik kasar.
"Kau tak patut cintai dia Keith... Dalam badan dia ada bom yang aku letakkan masa dia umur 4 tahun. Bom tu tak boleh dikeluarkan. Bom tu tak boleh dimatikan. Hidup dia sentiasa diambang maut. Tapi sekali jantung dia berhenti berdetak...." Haider memandang Keith.
"BOOOMMM!! HAHAHAHA"
Keith terpempan. Jelas dia terkejut . Adakah sebab ini Avery jauhkan diri daripadanya?
"Kenapa? Kenapa kau buat semua tu?"
"Kenapa? Sebab adik aku dah langgar peraturan keturunan Mikayla. Orang yang degil memang patut dihukum. Jadi itu hukuman untuk dia"
"Kenapa Avery dan Rayyan? Apa salah diorang" soal Keith semula. Dia tahu Haider juga adalah manusia yang bertanggungjawab menukar kedudukan jantung Rayyan.
"Isteri aku, Sofia. Aku perlu selamatkan isteri aku masa tu. Rayyan memang tak salah langsung dalam hal ni. Tapi apa salahnya dia bantu ahli keluarga sendiri, kan? hahahahahahahaha"
"Dan Rayyan tu sebagai sampel eksperimen sebelum dia lakukan pembedahan betul pada Sofia" guman Bella perlahan.
Haider tersengih. "Bijaknya kau... "
"Kau tak takut ke kalau Rayyan bunuh isteri kau lepas ni? Kalau betul kau sayang isteri kau kenapa kau tak selamatkan dia tadi?" soal Bella semula.
"Dia..." Haider terdiam.
"Aku tahu dia akan selamat dalam keluarga kau..." sambungnya sebelum tergelak kecil.
"Yakinnya kau..." sindir Bella.
"Aku yakin, Avery takkan berani untuk bunuh penyelamat dia. Kalau tak kerana isteri aku yang selamatkan diorang 25 tahun dulu. Entah entah diorang tu dah mati dekat tangan aku. Dan kalau betul Rayyan nak bunuh isteri aku, daripada tadi dia dah bunuh. Tak perlu nak butakan mata dia" Haider mengambil biji mata Sofia yang diberikan oleh Rayyan tadi. Mulutnya tersengih sakit sebelum mata itu dicium lama.
Keith meramas rambutnya kasar. Tak sangka Haider sekejam ini terhadap ahli keluarganya sendiri. Kenapa keluarga Rayyan semua psiko psiko ni? Dulu keluarga Clara, ni keluarga Haider pulak.
"Avery boleh diselamatkan. Aku akan keluarkan bom tu daripada jantung dia. Aku akan selamatkan dia" kata keith
Haider menoleh.
"How?" sindir Haider.
"Aku akan selamatkan dia! Aku tak kira!" tengking Keith.
"Hahahahahahaha terima lah kenyataan Keith. Kau tak boleh selamatkan dia . Dah memang nasib dia untuk mati dengan cara yang menyedihkan" provok Haider.
"Kau bukan tuhan nak tentukan ajal seseorang" Bella menunjal kepala Haider menggunakan hujung snipernya.
Haider tersengih lagi. "Memang aku bukan tuhan. Tapi aku yang tentukan ajal dia hahaha kau tak percaya? Samada harini aku mati atau tak, hidup dia akan tetap dikejar oleh seseorang" satu bilah pisau ditarik keluar daripada poket seluarnya kemudian pisau itu ditusuk kedadanya sendiri.
Terbuntang luas mata Bella melihat perbuatan Haider, cepat cepat dia menarik tangan Keith ke arah tingkap bilik.
"Kenapa?"
"Kita kena pergi sekarang!" Jawab Bella cemas.
Snipernya dilepas. Pistol yang terselit dibelakang seluar dibawa keluar sebelum dia menembak tingkap kaca yang berada di hadapannya.
Bella melihat kebawah. Avery, Luiz, Sofia, Rayyan, Lucia.
Bagus, mereka yang lain sudah keluar daripada bangunan ini.
Kain langsir ditarik sebelum dia membalut leher dan kaki Keith kemas. Baju jaketnya pula dizip sampai keatas. Satu lagi kain langsir diikat pada tombol pintu kemudian dijatuhkan ke luar tingkap .
"Apa kau buat ni?" Soal Keith panik.
"Kita kena terjun.." jawab Bella selamba.
"Kau gila? Ni tingkat 3 tahu tak!? Gunalah lift tadi"
"Tak sempat. Jangan risau paling kurang patah kaki je ni..." jawab Bella selamba.
"HAH!?"
"Aku tak ada masa nak terang. Kau ikut je cakap aku"
Haider tergelak perlahan.
"Kau memang bijak, Eva mesti bangga ada anak macam kau"
Untuk sesaat Bella tersentak mendengar nama itu disebut. Eva? Haider kenal Eva?
Namun pantas tangan Keith ditarik sebelum dia melompat keluar daripada tingkap menggunakan kain langsir yang diikat tadi. Impak graviti yang dikurangkan menyebabkan mereka hanya mendapat luka luka kecil sahaja.
"Haaa... Tak sangka macam ni pengakhiran hidu..p ...a...ku" guman Haider perlahan. Tak sangka orang suruhannya sendiri akan membelot dirinya.
Keith melihat lengannya yang penuh dengan luka luka.
"Aduh...Kau dah kenapa tiba tiba...."
"Shushh... aku dah selamatkan nyawa kita berdua" jawab Bella tenang.
"Apa maksud k-..."
BOOOMMMM!!!
Keith tercengang melihat gedung itu meletup dihadapan matanya. Andai beberapa saat dia lambat tadi pasti dirinya sudah menjadi satay pangang.
"Apa dah jadi?" Soal Avery kepada Keith dan Bella.
Setelah memapah Sofia masuk ke dalam kereta Luiz pantas mendapatkan tunangnya pula.
"You okay?" soal Luiz prihatin.
Bella hanya mengangguk sambil menepuk nepuk bajunya yang sedikit berhabuk. Matanya teralih kepada mereka yang lain. Otak ligat berfikir. Bangunan yang sudah marak dengan api di hadapannya dipandang semula. Dia seakan lupa sesuatu. Apa benda yang dia lupa?
Hah ya agak agak apa yang Bella lupa ya?
Share this novel