"So siapa mamat muka tak siap ni? Apahal sampai bawak masuk dalam rumah? " soal Rayyan setelah Elrick dan Avery mengambil tempat di atas sofa.
"Abang jaga sikit mulut tu eh, tampar karang" tegur Avery dingin.
"Mulut aku memang tak boleh nak di jaga dah, bukannya dia budak budak nak kena jaga bagai" balas Rayyan laju.
Avery hanya mengeluh perlahan sebelum wajah Elrick di sebelahnya di toleh sekilas.
"Kenalkan nama dia Elrick Raihan, kawan lama Av, merangkap business partner abang" kata Avery mendatar.
Dengan pantas Rayyan memandang ke arah Hanz.
"Dia ni ke yang susah kan kau?" Tanya Rayyan mendatar.
Hanz hanya tersenyum kekok sebelum lambat lambat kepala mengangguk ke bawah. Rayyan pandang muka Elrick semula.
"Tahniah Mr Elrick, malam ni jugak aku batalkan persetujuan kau untuk menjadi business partner aku. Kirim salam tok anjang kau, cau" kata Rayyan selamba sebelum dia bangun daripada kerusi. Kakinya diatur melangkah ke arah lift rumah.
Hanz dan Keith sudah ternganga di tempatnya. Avery pula hanya mampu mengelengkan kepala.
"Aduh aduh aduh, sakit lah sayang!" jerit Rayyan apabila Lucia menarik telinganya. Tidak jadi dia hendak masuk ke dalam lift.
"Tetamu tu hormat sikit eh, perangai jangan nak biadap sangat" terus Lucia mengheret Rayyan kembali ke sofa ruang tamu. Telinga Rayyan dilepas.
Elrick hanya tersengih dalam diam.
"Aduh sakit lah! Sampai hati awak piat telinga saya gara gara si muka tak siap ni" ngadu Rayyan sambil menggosok gosok telinganya yang mula memerah. Ganas betul, bini siapa lah ni?
Lucia hanya menjulingkan mata ke atas.
"Noah, tolong buatkan air untuk kitaorang" pinta Lucia kepada salah seorang pembantu rumah yang ada di situ.
Selang beberapa saat Noah datang semula dengan air panas di dalam teko sebelum di hidangkan kepada mereka berenam.
"Ouh jadi inilah dia Elrick eh? Abang Ray ada call tadi kata Av datang dengan dia. Av baru sampai ke ni?" soal Lucia ramah.
Rayyan, Keith dan Hanz pula hanya mendiamkan diri.
"Aah, baru je sampai. Av sebenarnya daripada Japan ni, dah habis meeting terus je fly ke sini. Tiket flight habis pulak, tu yang guna plane abang Ayyan je" balas Avery mendatar.
"Sebab tu ke kau bawak dia ni masuk dalam rumah kita? Kau tahu tak dia ni orang luar. Dan orang luar tak dibenarkan masuk dalam rumah ni. Kau dah lupa?" celah Rayyan tiba-tiba. Matanya tajam merenung mata Elrick yang hanya tersengih ke arahnya.
Rayyan pula, tiada nafsu langsung ingin menghadiahkan senyumannya.
"Av dah minta izin abang Ray... " bidas Avery laju.
"Binatang ni karang..." laju Rayyan membawa keluar iphonenya dari dalam kocek sebelum mendail nombor Ray.
"Woi beruk, kau apahal bagi orang luar masuk rumah ni? Sesuka hati nenek kau je kan tak cakap dengan aku dulu?" tanya Rayyan sebaik sahaja Ray mengangkat panggilan.
"Ouh Av dah sampai ke?" balas Ray mendatar.
"Kau tak payah nak ouh ouh lah cetan. Kau jawab dulu soalan aku" marah Rayyan.
"Orang luar? Siapa? Elrick ke?"
"Yelah, si patrick, siapa lagi. Takkan spongebob pula"
Ray hanya tergelak halus mendengar bebelan Rayyan.
"Jaga adab sikit eh. Si Patrick tu bakal adik ipar kita tahu tak... "
Serta merta telefon itu dibaling kuat ke arah dinding. Habis hancur berkecai iphone yang mencecah ribuan ringgit itu.
Yang lain jelas terkejut dengan tindakan Rayyan.
"Kau dah kenapa?" soal Keith dengan kening yang berkerut.
Hanz pula hanya tergamam ditempatnya.
"Aku rasa aku dengar benda syirik tadi. Bernanah telinga aku" jawab Rayyan mendatar. Dia kemudian memandang pula wajah Elrick yang seakan tersenyum sinis kepadanya.
"Kau, jangan nak buat perangai eh sepanjang duduk sini" sambung Rayyan sambil menekan perkataan 'kau'. Tepat jari telunjuknya dihala kepada Elrick sebelum Rayyan terus sahaja melangkah pergi meninggalkan mereka semua dalam keadaan terpinga pinga.
Avery pula hanya melepaskan nafas panjang melihat perangai abangnya itu.
"Errr, kenapa? Apa yang tengah jadi sekarang ni?" tanya Hanz mencecahkan suasana yang agak tegang tadi.
"Takda apa Hanz. Suami i period lah tu kut, abaikan je dia" balas Lucia yang sememangnya jelas sudah mengetahui tentang perkara yang menyebabkan Rayyan mengamuk.
"So, pasal business partner tu. Hanz, you takyah susah susah, sebab Elrick akan stay lama dekat sini. So take your time, no need to rush" celah Avery mendatar. Sempat dia memandang muka Keith beberapa saat sebelum mengalih pandangannya ke arah lain.
Keith hanya menghela nafas panjang sebelum dia turut berdiri.
"I nak pergi tengok Rayyan kejap, korang bincanglah apa yang patut" kata Keith mendatar sebelum kaki mengatur pergi. Sempat juga dia melihat ke arah Avery yang langsung tidak memandang ke arahnya. Nafas kecewa dilepas. Entah mengapa hati dia kuat mengatakan bahawa Elrick datang bukan hanya sebagai business partner kepada syarikat Rayyan.
Mereka yang lain hanya diam tak bersuara. Masing masing hanya melihat Keith yang semakin hilang dari pandangan.
"Akak..." kata Avery perlahan.
"Takpa akak faham. Biar je mangkuk dua orang tu. Diorang memang perangai sikit" balas Lucia lembut sambil tersenyum.
Hanz pula masih seperti budak bodoh di tempatnya. Tak tahu hendak buat apa.
Keith membuka pintu bilik. Ada seseorang sedang berdiri di balkoni luar biliknya. Keith terus sahaja melangkah ke arah jejaka yang sedang menunggunya itu.
"Apahal kau ni? Tiba tiba je emo semacam?" Tanya Keith sebelum badannya disandarkan pada palang besi sambil kepala menghadap ke atas. Beribu bintang bersepah dekat langit yang gelap pada malam ni.
"Kau tahu anjing tu kata apa tadi?" kata Rayyan setelah agak lama mendiamkan diri.
"Siapa, Ray? Dia kata apa?" soal Keith semula. Wajah Rayyan dipandang sekilas.
"Dia kata Elrick tu..." ayat Rayyan tergantung. Wajah Keith pula dipandang.
"Elrick tu apa?" soal Keith apabila Rayyan tidak menghabiskan kata katanya.
"Ish, takda apalah" balas Rayyan laju.
"Dah kenapa kau ni?" tanya Keith dengan kening yang berkerut.
"Kau pernah tengok muka Lucas tak?" soal Rayyan tiba-tiba.
"Lucas? Pernah rasanya, masa majlis kebumi dia, aku sempat tengok sekali" jawab Keith.
"Kau perasan tak muka Patrick dekat bawah tu macam muka siapa?" Soal Rayyan lagi.
"Elrick? Kenapa? Muka dia macam muka siapa?"
Lama mereka berdua terdiam.
"Macam muka sampah!" kata Rayyan tiba-tiba sebelum dia tergelak kuat.
Keith pula sudah bingung di sebelahnya. Apahal dia ni? Gila ke apa? Apa yang kelakarnya.
"Dahlah, aku cau dulu. Malas nak duduk lama lama dengan kau. Bukan ada faedah pun" kata Rayyan sebelum dia terus sahaja melangkah pergi meninggalkan Keith sendirian di balkoni.
"The fuck? Dah tu apa function dia masuk bilik aku?"
Rayyan yang baru sahaja keluar dari bilik Keith tidak masuk ke biliknya. Sebaliknya dia masuk ke dalam salah satu bilik tetamu yang berada di sebelah bilik Faiq.
Kakinya melangkah mendekati katil yang kelihatan bersih suci berwarna biru gelap di tengah tengah bilik. Poket seluarnya diseluk sebelum dibawa keluar satu kotak kecil berwarna hitam.
Kotak itu dilekatkan di salah satu kayu katil di bahagian bawah. Kemudian Rayyan terus keluar dari bilik itu dengan mulut yang bersiul perlahan. Dia menuju pula ke arah lift rumah, namun baru sahaja jari ingin memicit butang lift. Pintu lift itu sudah terbuka.
Rayyan hanya tersenyum sinis melihat Avery dan Elrick yang berada di dalam lift.
"Tu, bilik kau yang sebelah bilik Faiq tu" kata Rayyan kepada Elrick dingin.
"Ouh okay..." jawab Elrick sambil tersenyum.
Rayyan lalu disebelah Elrick untuk masuk ke dalam perut lift.
"... Bakal abang ipar ku sayang "
Sempat telinga Rayyan menangkap apa yang lelaki bermata hitam itu berbisik kepadanya. Kemudian pintu lift tertutup rapat.
"Bullshit!" Rayyan menumbuk kuat dinding lift berkali-kali. Nafasnya laju turun naik. Jelas mukanya nampak marah.
Tingkat - 3 ditekan dan discan jarinya di atas lambang rose pada skrin.
Sebelum ada kepala yang bersepai malam ni baik dia pergi turun latihan.
Pintu lift terbuka apabila sudah sampai ke tingkat - 3.
"Aik jarang aku nampak kau dekat sini. Mana kembar kau lagi sekor" tanya Rayyan apabila ternampak Zen juga berada di tingkat itu.
Zen yang nampak termengah-mengah dan berpeluh itu terus sahaja menoleh ke arah Rayyan. Pedangnya diturunkan ke bawah.
"Zariq dekat bilik. Kenapa?" soal Zen tercungap cungap. Peluh yang menjejeh di mukanya dilap menggunakan lengan baju.
"Takda apa. Aku saja je tanya. Ouh yah dalam rumah ni ada parasit baru tau. Baru je sampai tadi..." kata Rayyan selamba. Dia melangkah ke arah almari kaca yang tersimpan pelbagai alatan tajam seperti pedang, kunai, belati dan lain lain.
"Siapa? Macam mana dia boleh masuk dalam rumah ni pulak" soal Zen dengan sebelah kening yang diangkat tinggi.
"Baru je kejap dia sampai. Av bawak. Nama dia ralick? Weltik? Karik? Ah entahlah patrick kut" satu pedang yang agak berkilat dan berwarna hitam dicapai. Pintu almari itu ditutup semula. Dia kemudian melangkah ke arah ruang tengah yang terletak patung patung besi latihan.
"Kenapa dengan dia?" soal Zen semula sebelum meneguk air mineral yang sememangnya tersedia dalam bilik itu.
"Jaga jaga sikit dengan dia tu, aku rasa tak sedap hati" kata Rayyan mendatar sebelum dia mula merenggangkan badan.
"Tak sedap hati? Kenapa? Musuh kau ke? "
"Bukan musuh aku, tapi entahlah, aku pun tak tahu kenapa. Aku dapat rasakan niat tak baik daripada muka dia yang tak hensem tu" balas Rayyan selamba. Setelah selesai memanaskan badan Rayyan mula berlatih dengan pedangnya itu. Laju tangannya menghayun dan memukul 5 patung besi latihan dihadapannya. Walaupun patung itu diperbuat daripada besi namun tetap sahaja terhasil kesan belahan dan lekukan disetiap hayunan pedang Rayyan.
"Ray dah tahu ke belum pasal hal ni?" soal Zen semula.
Automatik Rayyan berhenti berlatih. Wajah Zen di pandang tak puas hati.
"Si bangkai tu lah yang izinkan si patrick tu masuk rumah kita tahu tak! Dia tak ingat ke kes siapa tu? Si setan yang jadi bodyguard parents aku tu. Ah siapa tah nama dia, aku dah lupa. Pastu boleh lagi senang senang nak bawak masuk orang lain dalam rumah ni. Kepala hotak dia lah! Dia pikir ni tempat asuhan kanak kanak terbiar ke apa?" kata Rayyan laju dan senafas.
"Kenapa pulak Ray bagi dia masuk?" soal Zen mendatar.
"Kau jangan bagi tahu Keith tau, aku taknak dia patah hati pulak"
Zen hanya mengangguk walaupun tidak faham.
"Abang aku kata Patrick tu bakal adik ipar aku. Av nak kahwin dengan dia. So Av nak suruh dia sesuaikan diri dengan keluarga kita sebelum dia masuk keluarga ni. Sebab tu Ray bagi dia duduk sini" kata Rayyan mendatar.
"Hah? Habis tu Keith macam mana? Aik. Kenapa macam tiba tiba je? Bukan ke Av suka Keith ke dulu? Diorang kan bercinta? Takkan dah putus?" soal Zen semula.
"Itulah yang aku tak faham. Aku pulak serba salah nak tanya mat saleh tu. Tapi yang pasti sekarang ni kau jangan bagi tahu Keith dulu... Biarlah nanti Av sendiri yang bagi tahu. Aku malas nak masuk campur" kata Rayyan sebelum dia terus sambung latihannya semula.
Beberapa saat Zen hanya diam di tempatnya sebelum kepalanya mengangguk.
"Okay" balas Zen sepatah.
Share this novel