Bab 4

Action Series 25595

Mereka semua berada di dalam bilik meeting tingkat 3. Hanya Khayra, Lucia dan Elrick sahaja yang tidak menyertai perbincangan ahli keluarga itu.

Khayra kerana sedang menjaga anak bongsunya, manakala Lucia pula sedang menjaga Emiel di ruang tamu bawah.

Elrick, memang awal awal lagi dihalau dari bilik meeting oleh Rayyan.

"Betul ke apa yang Av cakap ni? Sejak bila Av kenal dengan dia? Selama ni tak pernah cerita pun pasal Elrick tu. Tiba tiba je datang bawak balik kata nak kahwin" kata Ray cukup tenang.

"Entahnya, kau dengan Keith bukan ke bercinta ke sebelum ni?" celah Rayyan pula.

Yang lain hanya diam memerhati. Termasuk juga Keith, dia hanya diam sahaja tanpa bicara.

Avery pandang Keith sekilas sebelum dia memandang Rayyan kembali.

"Cinta kami cinta yang merbahaya, Av nakkan cinta normal daripada lelaki biasa, bukan cinta yang dikejar bahaya sentiasa. Av taknak sentiasa hidup dalam situasi yang memperjudikan nyawa sendiri. Av nak ada keluarga yang normal. Suami yang normal. Anak yang normal" kata Avery mendatar.

"Normal kau kata? Kau tak nampak ke dia tu abnormal!" celah Rayyan sedikit kuat.

Mereka yang lain sudah memandang ke arah jejaka itu.

"Kenapa pulak?" soal Ray dengan dahi yang berkerut.

"Dia tak hensem macam kitaorang semua!" sambung Rayyan lagi.

Pantas Ray menghala jari tengahnya betul betul di hadapan muka Rayyan.

"Terpulang lah kepada adik untuk membuat keputusan, Av dah besar, dah boleh fikir sendiri. Abang taknak memaksa, tapi apa apa pun keputusan Av, jangan sampai Av menyesal dikemudian hari nanti. Jangan sampai pada akhirnya orang yang Av pilih ni akan menjadi sengsara kepada diri Av sendiri" nasihat Ray lembut.

"Cinta tu kan buta.." kata Avery perlahan.

"Hah betul lah tu. Cinta tu buta. Kau nampak tak selama ni aku dah buta gara-gara cinta? Elok elok jadi manusia. Tiba tiba jadi anjing" celah Rayyan selamba. Dia kemudian menyandar badannya ke kerusi. Wajah Keith di sebelah di pandang.

"Kau, apahal diam je. Pertahankan lah sikit cinta kau ni. Takkan kau tak sayang Av langsung" kata Rayyan lagi.

"Tu keputusan dia..." mudah sahaja Keith menjawab.

"Bodoh.... sukahati korang lah" jawab Rayyan pasrah.

Habis sahaja perbincangan itu Avery orang pertama yang melangkah keluar dari bilik meeting. Yang lain masih kekal di kerusi masing-masing.

" Kau? Taknak kahwin? Umur dah tua, dah nak kerepot dah. Kubur pun dah macam panggil panggil je dekat telinga tu" tanya Rayyan kepada Xavier.

"Kahwin? Aku bahagia dengan hidup aku sekarang" balas Xavier mendatar.

Rayyan memandang pula ke arah Faiq dengan sebelah kening dinaikkan tinggi.

"Kalaulah sistem hati tu boleh di hack, dah lama akulah orang yang paling awal sekali kahwin" balas Faiq.

"Aku tahu menembak je, mana tahu nak cinta-cinta ni" celah Zariq pula.

"Aku taknak masuk campur" balas Zen mendatar.

"Masing masing bebal" kata Rayyan sebelum dia menghela nafas panjang.

Tak lama lepas tu mereka semua meninggalkan bilik itu. Kini hanya tinggal Rayyan dan Keith sahaja yang masih di situ.

"Bro," panggil Rayyan sedikit perlahan.

"Hmm?"

"Do you love her? " tanya Rayyan serius.

"Yes" jawab Keith sayu.

Rayyan memandang wajah Keith.

"How much?" tanya Rayyan lagi.

"Does it matter?" soal Keith kembali.

"Why does it not?".

"Because it wasn't enough to make her stay. Aku tahu, apa pun jawapan aku tadi. Ia takkan mampu untuk mengubah keadaan ni. Av tetap akan pilih Elrick. Haha. Aku ni siapalah kan?" balas Keith sambil tergelak hambar.

"Fight for your love dude, takkan kau nak biar je Elrick rampas adik aku dari kau? Selama ni susah senang adik aku kau yang tanggung. Dia sedih cari kau. Dah dating sana sini. Last last kau biar je orang lain rampas dia" kata Rayyan lagi.

Agak lama Keith diam. Hanya nafas sahaja yang kedengaran.

"I love her. But i will not fight over her. Kalau dah dia sendiri kata dia pilih Elrick. Dia sendiri kata dia bahagia dengan lelaki tu. Apa aku nak buat? Takkan nak aku meroyan pulak. Aku rela biarkan dia bahagia dengan lelaki yang dia pilih walaupun aku terpaksa merana sorang sorang" balas Keith perlahan.

Rayyan kembali menyandarkan badannya pada kerusi.

"Kau nampak dia bahagia ke setan? Yang aku nampak muka dia terpaksa adalah" bebel Rayyan mendatar.

"Aku nampak dia bahagia je..."

"Aku abang dia aku tahulah. 28 tahun dia tu membesar dengan aku. Aku boleh beza macam mana dia bahagia betul atau dia tipu. Dia bahagia bila dengan kau je bro. Dengan Elrick tu dia nampak macam terpaksa" kata Rayyan.

"Tapi dia pilih Elrick...".

"Eh susahlah cakap dengan orang bodoh ni. Dah ah aku cau dulu" Rayyan bangun daripada kerusinya sebelum kaki terus melangkah ke arah pintu bilik.

"Better kau face to face dengan dia. Tanya apa sebab sebenar dia minta putus dengan kau" nasihat Rayyan sebelum dia hilang dari pandangan.

Keith hanya mengeluh. Pelipis matanya di urut perlahan.

"Kau tak faham, Rayyan. Kitaorang lain agama. Mungkin sebab tu dia pilih Elrick berbanding aku" Keith berbicara sendiri, cukup untuk dia seorang sahaja yang mendengar.

Tiba tiba telefonnya berdering kuat.

Keith menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil.

"Keith, its me Av..."

Mata Keith terus terbuka luas.

"Yes? Ada apa?" tanya Keith mendatar.

"Av nak jumpa kejap boleh?".

Keith melihat jam tangannya.

11 pm.

"Jumpa dekat mana? Aku dekat bilik meeting ni" kata Keith mendatar.

"Kita jumpa dekat tingkat 4, Stargazing room".

"Okay 5 minutes, I'll be there".

"Come alone. Jangan bagi tahu sesiapa tau"

Dahi Keith berkerut.

"Okay" balas Keith laju sebelum panggilan itu dimatikan.

Keith melangkah keluar dari bilik meeting. Lift rumah dituju sebelum tingkat 4 ditekan. Kakinya terus sahaja mengatur ke arah satu bilik untuk melihat bintang pada waktu malam.

Bilik itu beratapkan kaca. Sesuai untuk stargazing semasa bintang penuh di atas langit. Ataupun semasa bulan sedang mengambang cantik seperti malam ini.

Avery yang sedang menggunakan telescope, terus menoleh ke arah Keith apabila lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik.

"Hi," kata Keith bersama senyuman hambar.

"Hi," Avery membalas sebelum dia mengambil tempat diatas satu sofa panjang yang tersedia dalam bilik itu.

Keith juga duduk di atas sofa itu. Tetapi jauh sedikit daripada Avery.

"Av nak cakap apa?" soal Keith memulakan bicara.

Avery mengambil masa senggang yang agak lama untuk menjawab soalan Keith.

"Av sebenarnya saja panggil Keith ke sini. Av nak minta maaf berdepan" kata Avery mendatar. Dia kemudian menoleh ke arah Keith.

"Keith, Av sebenarnya bukan minta berpisah sebab kita tak sama agama..." Avery memalingkan wajahnya semula. Matanya merenung ke arah bintang yang tergantung cantik disetiap inci langit.

"Av, risau kalau kita bersama akhirnya salah seorang terpaksa pergi. Sejak akhir akhir ni Av selalu mimpi buruk. Av mimpi benda yang sedih. Terlalu sedih. Sampaikan bila dah bangun daripada mimpi tu pun Av masih lagi mengalirkan air mata..."

"Let me guess, i died in your dream right?" soal Keith lembut.

Lambat lambat Avery mengangguk.

"Sebab tu ke Av minta kita putus?" soal Keith lagi.

"Bukan sebab tu je...Av memang nak kahwin dengan lelaki yang takda langsung terlibat dengan dunia mafia. Av nak rasa ada keluarga yang bahagia. Jauh daripada bahaya" tipu Avery tenang.

"Ray dengan Rayyan bahagia je...".

"Sebab isteri diorang rela. Dan Av tak rela. Av taknak hidup macam tu. And..." Avery terdiam.

Dia cuba mengumpul segala kekuatan dalam diri untuk membicarakan ayat seterusnya.

"Av rasa Av dah cintakan Elrick. I love him. I can't love you Keith. I'm sure that i still like you but i dont like us anymore. I promise you that I'll stay, but not being your lover. Just as family. Let's just pretend that we never happened" kata Avery senafas tanpa memandang wajah Keith di sebelahnya. Dia tidak sanggup untuk melihat wajah Keith. Atau lebih tepat dia tidak sanggup untuk melihat riak wajah yang Keith tunjuk semasa dia menyebut ayat tadi.

"Av..." panggil Keith perlahan.

"Can i still wait for you..." tanya Keith lagi.

"I'm sorry Keith, please don't put any hope on me. You'll only hurt yourself. Go find someone else. Don't wait for me. I can't love you anymore" balas Avery perlahan.

Kemudian mereka sama sama terdiam. Hanya bunyi nafas sahaja yang memenuhi ruang.

"Okay Av. Harap Av bahagia dengan Elrick. Jangan risau. Aku reti move on..." habis sahaja Keith berkata, Avery pantas bangun daripada duduknya. Bulan yang sedang mengambang penuh di lihat.

Tetapi Keith tidak melihat bulan itu. Matanya ralit merenung Avery yang sedang memandang ke atas.

"The moon is beautiful isn't it?" soal Avery sayu.

Keith menoleh ke arah bulan yang dimaksudkan oleh Avery. Namun belum sempat dia membalas Avery sudah melangkah pergi. Akhirnya hanya suasana sepi yang menemani Keith.

Bulan itu dipandang semula.

"But you're the most beautiful in my eyes" kata Keith perlahan.

Keith bangun daripada duduknya. Kaki melangkah ke arah pintu. Palang pintu dipegang tetapi tidak dibuka. Dia hanya statik sahaja di hadapan pintu itu.

Tanpa sedar setitik demi setitik air matanya keluar.

Cepat cepat Keith mengelap air matanya itu sebelum pintu ditolak.

"Yow" sapa seseorang yang sedang elok menyandar di dinding luar bilik.

"Jangan lah nangis bro. Tak macho" usik Rayyan.

"Mana ada aku nangis anjing!" balas Keith laju.

Rayyan memeluk leher Keith.

"Mata merah cakap tak nangis. Apahal? Nak guna alasan bodoh kata masuk habuk ke?".

Keith hanya diam. Malas nak berbetah dengan jejaka itu.

Kemudian wajah Rayyan dipandang dengan dahi yang berkerut.

"Macam mana kau tahu aku dekat sini?"

"Well aku kan bijak..." jawab Rayyan mendatar.

Keith hanya menjulingkan matanya.

"Tak payah sedih sedih lah bro... Bunga bukan sekor" kata Rayyan.

"Sekuntum bebal..."

"Hah bunga bukan sekuntum" Rayyan membetulkan ayatnya semula.

"Tapi bunga yang ni memang sekuntum je. Kalau boleh jangan lepaskan" sambung Rayyan lagi.

"Dia dah taknak aku lah bro. Malas lah aku nak buat drama sinetron rebut rebut awek" kata Keith mendatar.

"Hensem tapi bodoh...dimanakah akal fikiran yang diberikan oleh allah swt, kalau tidak menggunakannya dengan betul" kata Rayyan sambil meniru suara sajat.

Keith masih lagi dengan muka yang bekerut.

"Kau pergi google balik apa ayat adik aku tadi" sambung Rayyan sebelum dia pergi meninggalkan Keith sendirian.

Keith terpinga pinga ditempatnya.

Apahal pulak sampai nak kena google? Ayat apa? Yang mana satu? Banyak Avery cakap dekat dia tadi.

"Woi Ayyan..." panggil Keith ke arah Rayyan yang sudah berada di hadapan pintu lift.

"Jangan jadi bebal! Anak buah aku kena bijak" jerit Rayyan tanpa menoleh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience