Avery melangkah kearah motor bike milik Zariq yang terparkir di tempat letak kereta VVIP. Kain gownnya dikoyakkan sedikit sebelum dia terus menghidupkan enjin motor berkuasa tinggi itu.
Beg doremonnya disandang pada bahu kiri. Sempat dia mengambil beg itu dalam bilik sebelum turun ke bawah tadi.
Handle motor dipulas beberapa kali. Setelah pasti enjin superbikenya sudah panas, gear ditekan masuk sebelum laju motosikal itu meninggalkan kawasan Hotel Royal Mikayla.
Hanya satu sahaja tujuannya kini.
Eriyan perlu dihentikan dengan apa cara sekalipun.
Perasaan dendam pada lelaki itu kini membuak buak dalam hati Avery. Ingin sahaja dia mengoyakkan muka bodoh Eriyan menggunakan kuku jarinya. Sampai tahap itu bencinya terhadap lelaki itu.
Muka Eriyan tidaklah hodoh tapi ah lantaklah! Dia tetap hodoh!
Deruman enjin motor itu kuat mengaum. Meter sudah mencecah 180km/j. Laju Avery mencelah antara kereta kerata yang lain.
Dia perlu pantas. Suaminya, Keith masih berada dalam genggaman Eriyan. Kalau boleh dia tak mahu lelaki itu turut menjadi korban kegilaan Eriyan. Cukuplah hanya abangnya dan juga akak iparnya sahaja.
Tanpa sedar air mata Avery mengalir turun dalam helmet. Matanya berkaca kaca lagi.
Abang Ray...
Kak Khayra...
Motor dipandu dengan lebih laju. Perasaan lemah itu cuba diusir jauh jauh.
Setelah 20 minit dia menunggang motor itu, kini Avery telah sampai di depan makmal terakhir Eriyan. Satu satunya makmal yang tinggal. Yang lain sudah diletupkan oleh Avery.
Helmet dibuka kasar sebelum dicampak ketanah. Dua pucuk pistol dibawa keluar dari tali pengikat di kakinya.
Pintu utama makmal itu ditendang kuat sehingga terbuka secara paksa. Kuat bunyi hentaman bergema apabila kasut tumit tingginya itu menghentam permukaan pintu.
"Woi sial! Anak haram! Kau keluar sekarang!" Tengking Avery kuat.
Matanya tajam mencari susuk tubuh lelaki gila itu.
Kepalanya menoleh kekiri kanan. Makmal itu tidak terlalu besar. Dan makmal itu seolah olah satu hall tempat orang buat opera. Di bahagian tengah pula kosong sehingga boleh menampakkan tingkat tingkat di bahagian atas.
Pap! Pap! Pap!
"Hi Av, lajunya you datang sini. Majlis perkebumian dah settel ke?" Selamba Eriyan menganjing dari tempat duduknya.
Avery mencari arah punca suara itu. Kepalanya mendongak memandang atas.
Nampak sahaja susuk tubuh lelaki itu, Avery pantas mengacukan pistolnya kearah atas.
Bang! Bang! Bang!
Namun peluru itu dapat dielak Eriyan dengan mudah.
"Wushhh ganas" kata Eriyan lagi sebelum dia tergelak kuat.
"Kau memang sial! Kenapa kau bunuh abang aku!" Tengking Avery.
"Dah tu korang bunuh family aku boleh pulak. Fair and square lah kan?"
"Babi! Family kau yang cari pasal dengan family aku dululah sial!"
4 orang anak buah Eriyan datang mendekati gadis itu.
Bang! Bang! Bang! Bang!
Semua tepat dikepala. Serentak semua jatuh rebah ke lantai.
"Hahahaha marah sangat kau ni"
"Mana laki aku!"
"Laki kau? Siapa? Aku ke?"
"Kau jangan nak perasanlah setan bangsat! Mana laki aku!" Tanya Avery lagi.
Eriyan tersengih sebelum pistolnya dibawa keluar.
Bang!
Avery mengelak peluru itu dengan mudah.
Eriyan tergelak lagi.
"Hurm...hebat, hebat" kepalanya menoleh ke kanan.
"Dia ada...dekat situ" katanya sambil mulut menjuih kearah satu tempat yang gelap.
Avery menoleh kearah yang dimaksudkan Eriyan. Mata dikecilkan untuk melihat dengan lebih jelas.
Pap!
Serta merta lampu diruangan itu menyuluh menerangi isi yang ada di tempat itu.
Mata Avery terbuntang luas.
Kini mimpinya selama ini menjadi kenyataan.
Mimpi yang menghantui hidupnya siang dan malam.
Keith sedang berdiri di atas satu platfom yang bahagian bawahnya ada semacam satu kolam aquarium yang penuh dengan ikan pemakan daging.
Ikan piranha.
Avery tersengih halus.
Kali ini dia datang bersedia. Berterima kasih kepada mimpi ngeri yang terulang tayang dalam kepalanya tiap malam.
Kini Avery datang dengan langkah berjaga jaga.
"Mesti kau terkejutkan?" Tanya Eriyan yang berada di tingkat atas.
Beg doremon yang berada di belakang badan Avery ditanggalkan. Zip dibuka sehingga habis.
"Aah terkejut sangat" kata Avery sebelum tangannya membawa keluar 5 shuriken dari dalam beg doremon biru cair itu.
Kelima lima shuriken itu dibaling masuk kedalam aquarium yang penuh dengan ikan piranha itu.
"What are you doing?" Tanya Eriyan dingin.
"Lawan kebodohan kau" jawab Avery selamba.
Lima saat sahaja yang diperlukan. Kini ikan ikan itu semua sudah terapung menutupi permukaan atas.
Lima shuriken tadi mengandungi racun untuk mematikan ikan pemakan daging itu.
Jelas Eriyan terkejut melihat ikan ikannya yang kini sudah mati.
"Hahahahahahahahahahaha! Sebab tu lah aku sayang sangat dekat kau Av. Sebab kau bijak" kata Eriyan yang sudah tergelak persis orang gila.
Keith yang berada atas platfom itu hanya diam. Memang lah diam, dah kalau mulut dan tangannya terikat dengan seletip.
"Capture her..." arah Eriyan tiba tiba.
Serta merta 10 orang lelaki yang berbadan tegap datang menghampiri Avery.
Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!
Tanpa berkata banyak Avery sudah melepaskan tembakannya terlebih dahulu.
5 jatuh menyembah bumi. 5 lagi datang menyerang dengan pantas.
Tangan Avery disepak menyebabkan pistolnya terpelanting jauh.
Avery pantas membuat back flip sebelum tangan laju mencapai pisau rembo milik Rayyan yang terselit pada pinggangnya.
Satu persatu leher mereka dikelar dengan kejam tanpa belas ehsan.
Tak puas dengan itu kepala masing masing juga sempat disepak kuat oleh gadis kecil itu. Bunyi rahang patah jelas kedengaran.
Prak! Krek!
Dan pelbagai lagi bunyi bunyi tulang kedengaran apabila gadis itu membelasah mereka semua.
Setelah kesemuanya telah lunyai dikerjakan, Avery menoleh kearah Keith semula.
"Lepaskan dia sial..." dingin Avery mengugut kearah lelaki tua yang kini sedang mengacukan pistol pada kepala Keith.
Eriyan yang berada di atas hanya tersengih memandang mereka semua. Seolah olah sedang menonton satu pertunjukan.
Setapak demi setapak Avery melangkah semakin dekat
"Lepaskan dia Harraz Marxel! Jangan ganggu keluarga aku!" Tengking Avery semula.
Jelas lelaki itu terkejut kerana Avery mengetahui nama sebenarnya.
"Kau kenal aku?"Ā Dahi Harraz berkerut.
"Aku kenal anak anak kau. Tapi anak anak kau tak sebabi kau. Aku pun malu nak bagi tahu diorang yang bapak dia ni buat kerja keji macam ni" selamba Avery menjawab.
"Anak anak aku? Martin, Marcel?"
Harraz memandang Eriyan yang berada di atas.
"Kau kata anak anak aku dah mati!" Jerit Harraz tiba tiba.
Kini giliran dahi Avery pula berkerut.
"Apa maksud kau dah mati? Diorang hidup lagi dekat rumah aku"
Serentak wajah Avery dipandang semula.
"Diaorang hidup lagi? Martin dengan Marcel hidup lagi?"
"HAHAAHAHAHAHAHAHAHAAHHAHAHAHAHAHAHAHAAHHAHAHAH" Gelak Eriyan kuat dan bergema.
"Korang semua ni memang kelakar"
"Memang, memang anak anak kau hidup lagi. Tapi tak salahkan kalau kau tolong aku? Huhuhu aku kan anak angkat kau" balas Eriyan selamba.
"Sial kau Eriyan!" Marah Harraz.
Avery dan Keith sudah mati kata. Apa benda ni? Jadi selama ni Harraz ikut Eriyan sebab dia kena tipu dengan setan tu ke apa?
Perlahan lahan Avery melangkah kearah Harraz. Ikatan pada tangan Keith dilepaskan.
"Betul ke anak anak aku hidup lagi?" bahu Avery tiba tiba dipegang kuat oleh Harraz.
Keith yang sudah melepaskan dirinya itu pantas menarik Avery menjauh dari lelaki itu.
"Iya dia hidup lagi. Sihat walafiat mensial dekat rumah" jawab Avery yang berada dibelakang badan Keith.
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" kali kedua Eriyan melepaskan tawanya terbahak bahak. Entah apa yang kelakar sangat melihat orang lain merana.
Dasar psiko!
"VIE! FEI! Hapuskan dua orang bodoh tu kecuali perempuan tu sorang. Tu aku punya" kata Eriyan tiba tiba.
Entah dari mana datang dua lelaki yang elok menyandangkan sniper pada bahu mereka kearah mereka bertiga.
"Kalau kau nak tahu diaorang berdua ni lah yang bu..."
Belum sempat Eriyan menghabiskan kata katanya Avery terlebih dahulu sudah membaling shuriken di tangannya tepat pada dahi dua lelaki itu.
Boom! Boom!
Serta merta dua lelaki yang tadinya masih berjalan elok kini sudah meletup sehingga berkecai.
"Bagus, aku memang daripada tadi cari sialan yang dah bunuh abang aku ni" kata Avery dingin.
Eriyan terdiam sebelum wajah Avery dipandang semula.
"HAHAHAHAHAHAHAHA kau ni kelakar lah sayang" kata Eriyan kuat.
"Bunuh....abang aku?" Celah Keith perlahan.
"Av! Siapa yang mati! Rayyan?" Mata Keith jelas membulat memandang kearah isterinya itu.
Wajah Avery automatik berubah kendur. Matanya mula terasa kabur diselaputi air jernih.
"Abang Ray dengan Kak Khayra..." jawab Avery perlahan.
Serta merta tangan Keith pada bahu AveryĀ terlepas kebawah.
"Macam mana boleh..." Keith terdiam. Tidak sanggup dia hendak meneruskan ayatnya lagi.
Mata Keith tajam merenung benci kearah Eriyan.
"Eh bangsat! Kenapa kau sanggup buat semua ni hah? Apa masalah kau! Apa yang kau dendam sangat dekat kitaorang!" Tanya Keith kuat.
"Kenapa? Hurmmm kenapa eh agak agak kau? Hahahahahaha"
Eriyan membawa keluar telefonnya dari dalam kocek seluar. Berita berita tergempar yang menunjukkan makmalnya yang lain telah meletup terpapar disetiap muka depan news.
"Hahaha... aku betul betul tak sangka Av, yang kau sorang boleh melawan aku. Aku betul betul kagum kau boleh lawan helah aku" wajah gadis itu dipandang lama.
"Tapi sekarang aku dah tak perlukan kau..."
"Harraz, bunuh diorang berdua" arah Eriyan tiba tiba.
Mata Avery membulat apabila dia melihat lelaki tua itu seolah olah patuh dengan arahan Eriyan.
Sah otak Harraz dah kena brainwash dengan Eriyan!
Pantas Avery mengambil pistolnya yang terpelanting di atas lantai awal tadi sebelum diacu pada lelaki tua itu.
Im sorry Luiz, Hanz.
Bang!
Bang!
Serentak Harraz dan Avery melepaskan tembakan mereka. Harraz jatuh menyembah bumi.
Tangan Avery jelas tampak menggigil. Sesaat kemudian, pistolnya pula terlepas ke lantai.
"K-keith" panggil Avery, suaranya jelas bergetar.
"Keith apa you buat ni?" Keith yang sedang melindungi dirinya itu dipeluk. Avery kemudian melihat tapak tangannya sendiri yang terasa basah.
Darah!
"Ahhhhhhh!!! No!!! Keith, please not you too!!" Badan Keith dipeluk dengan lebih erat.
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH SEMUA MAMPUS, AKHIRNYA SEMUA MAMPUS. KALAU AKU TAK BOLEH DAPAT KAN KAU. TAKDE SESIAPAPUN BOLEH DAPAT KAU AV!"
"Keith...no no no no please" tangis Avery.
Keith terbatuk batuk menahan perit di dadanya.
Avery ketap gigi kuat sehingga terdengar bunyi geselan giginya.
"Kau memang sial, Eriyan!" Badan Keith perlahan lahan diletakkan atas lantai sebelum Avery pantas melangkah kearah sniper yang dibawa oleh anak buah Eriyan tadi.
Sniper itu dicapai sebelum laju dihala kearah Eriyan yang berada di tingkat atas.
Eriyan juga sedang mengacukan pistolnya kearah Avery.
"Jom kita mati sama sama sayang..."
Satu air mata jernih mengalir turun dari mata Avery.
Bang! Bang! Bang!
Bang!
Serentak Eriyan dan Avery melepaskan tembakan masing masing.
Eriyan hanya melepaskan satu tembakan.
Manakala Avery melepaskan 3 tembakan. Dua pada kaki lelaki itu. Satu pada perut.
Eriyan jatuh terduduk.
Huks!
Mulut Avery termuntah darah. Perlahan lahan matanya menunduk memandang dada sendiri.
Tembakan Eriyan tadi terkena betul betul dibahagian tengah perutnya. Di antara dua paru paru.
"Av!!!" Panggil Keith kuat.
Kaki Avery terjatuh melutut ke lantai yang sejuk itu.
Perlahan lahan Keith mengesot kearah isterinya yang berada tidak jauh daripada tempatnya berada.
Kepala Avery dipangku atas peha kaki.
"Av, kenapa kau buat semua ni?" Tanya Keith perlahan.
"Sebab....uhuks" mulutnya termuntah darah dengan lebih banyak. Darah itu mengalir turun ke leher.
"Nyawa i memang dah tak lama... i mati atau tak bom dalam jantung ni....tetap akan meletup" balas Avery lemah.
Keith pejam mata rapat. Pipinya sudah lencun dengan air mata.
Telinga dapat mendengar dengan jelas raungan dan jeritan Eriyan yang berada di tingkat atas.
"Az....Azka Fattan" panggil Avery perlahan.
"Ye sayang?" Sahut Keith lembut. Rambut Avery dihelus lembut, penuh kasih.
"Ingat tak dulu i pernah kata....the moon is beautiful isn't it...dekat you"
"Aku ingat..." balas Keith laju.
"Maksud ayat tu....aku cinta kan kau... ..." kata Avery perlahan. Nafasnya terdengar sakit untuk disedut masuk dalam peparu.
"Daripada dulu sampai sekarang i cinta kan you Keith..."
Perlahan lahan Keith mengangguk kepalanya. Dahi Avery dicium lama.
"Aku tahu Av, aku tahu...aku dah lama tahu maksud ayat tu..."
Avery tersengih kecil.
"And the sunset is beautiful isn't it?" BalasĀ Keith perlahan.
Bibir Avery mengukir senyuman halus. Ada satu mutiara jernih jatuh di pipinya yang putih mulus.
"I'm sorry Keith, i tahu i bukan isteri yang baik..."
"Shushh... Kau dah buat yang terbaik. Aku tak pernah jumpa perempuan setabah kau" bisik Keith lembut ditelinga Avery.
"I love you, Muhammad Azka Fattan... You satu satunya lelaki yang i cinta. Takde yang lain. I minta maaf sebab i dah banyak lukakan hati you..." bicara Avery lemah. Tangannya naik menyentuh dada Keith yang kini berlumuran darah. Bila bila masa sahaja maut akan menjemput mereka berdua saat ini.
Keith pejam mata rapat. Kepala Avery yang memangku pada pehanya itu dipeluk dengan lebih erat.
"Av, aku cintakan kau... " tangis Keith lagi. Dahi isterinya itu dicium lama buat kali kedua.
"I love you too, Keith" kata Avery perlahan.
"Daripada dulu i takut untuk mati sorang sorang..."
"Aku akan teman kau Av, aku akan teman kau sampai bila bila. Kalini aku takkan pernah lepaskan kau pergi jauh dari aku lagi..." pintas Keith kembali.
"Terima kasih Keith..." jawab Avery sangat lemah sebelum matanya tertutup rapat.
Sesaat selepas itu jantungnya berhenti berdetak sekaligus mengaktifkan bahaya yang selama ini dipikul sepanjang hidupnya.
Share this novel