"Tengok, aku dah kata dah. Tak payah cakap, dah sial balik perangai dia" guman Ray perlahan sambil mata tajam melihat meja kerja adiknya yang kini tiada penghuni.
Jam tangannya dilihat.
5 minit lagi meeting syarikat akan berlangsung.
"Haih, Rayyan.... Rayyan tah bila kau nak berubah ni?" Kata Ray pasrah. Pintu bilik adiknya ditutup kembali.
Bella dan Luiz kini sedang makan semeja di salah satu restoren yang terkenal di France sambil mata sibuk memerhati Keith dan Avery yang berada di meja sebelah.
"Keith, i sebenarnya ada benda nak tanya pada you..." kata Avery memulakan perbualan. Wajahnya jelas tampak gelisah. Jari jemarinya sudah tidak senang duduk.
"Pasal apa?" Soal Keith kembali.
"Ermmm... pasal lamaran you dulu" kata Avery perlahan. Matanya menunduk pandang bawah. Keith pula masih menayang wajah beku.
"Kenapa dengan lamaran aku? Bukan kau dah terima lamaran arwah Lucas ke lepas daripada tu?" Jawab Keith dingin. Tangannya sibuk bermain main dengan straw minuman di hadapannya.
"Tak!" Laju Avery menjawab. Wajah kacak Keith dipandang semula.
"Mana ada i terima lamaran dia! You salah faham masa tu. I tengah cuba tolak lamaran dia...sebab..." Avery terdiam semula.
"Sebab apa?"
"Sebab i dah terima lamaran you" kata Avery perlahan.
Keith tersenyum namun cepat cepat dia menyorok senyumannya itu semula. Sebenarnya dia sudah tahu cerita yang sebenar. Luiz sudah menceritakan kepadanya. Sengaja dia ingin menyakat gadis pujaan hatinya ini.
"You nak kahwin dengan i tak?" Tanya Avery perlahan. Matanya dilarikan ke arah lain.
Keith tergelak halus melihat reaksi Avery yang seperti malu malu itu. Matanya yang bulat bundar itu sudah tidak senang duduk. Comel bodoh perempuan ni.
"Haritu aku lamar kau guna apa?" Tanya Keith semula.
"Pin bom" jawab Avery mendatar.
Keith tergelak lagi. Aduh bodohnya lamar orang guna pin bom. Jaket bajunya diraba sebelum satu kotak kecil berwarna hitam dibawa keluar. Kotak itu kemudian diletakkan betul betul di hadapan Avery.
"Kalini aku lamar guna cincin betul" kata Keith penuh menggoda. Sempat lagi matanya mengeyit sebelah pada Avery.
Bella dan Luiz masih lagi memerhatikan mereka daripada tadi. Masing masing tayang muka beku. Jealous tengok pasangan lain bahagia.
Avery jelas kelihatan terkejut melihat kotak cincin di hadapannya itu.
"You, tak bencikan i ke?" Tanya Avery semula.
"Kalau benci takdenya aku nak lamar kau. Kau nak kahwin dengan aku tak? Kalau taknak aku cari bini lain" Keith cuba bawa bergurau sebelum mulutnya tergelak kecil.
"Nak!" jawab Avery laju.
Keith tergelak lagi sebelum cincin dalam kotak itu dikeluarkan. Kemudian jari manis Avery dicapai sebelum perlahan lahan cincin itu dimasukkan ke dalam jari Avery.
Mata Avery berkaca kaca melihat cincin itu.
"Keith, i love you" kata Avery sambil memandang wajah Keith.
"I love you too, Av. Perasaan aku tak pernah berubah walaupun sesaat. Daripada dulu sampai sekarang" balas Keith penuh lembut.
"Dah dah! Nak bercium nanti lepas kahwin" laju Luiz mencelah antara mereka berdua.
"Tulah tu," sokong Bella pula. Sempat matanya menjeling keatas.
Avery dan Keith tergelak melihat wajah cemberut Bella dan Luiz. Bukannya mereka tak tahu yang pasangan itu juga asyik berjauhan kerananya. Masing masing terpaksa menjalankan misi masing masing.
Entah apa tah yang Rayyan arahkan untuk mereka. Sampai kini Keith masih tidak tahu. Apabila ditanya pasti Luiz dan Bella akan mengelak, tak pun mereka akan mengubah topik.
Selesai sahaja makan Keith terus meninggalkan Bella dan Avery. Katanya ada meeting yang perlu dia hadir petang nanti.
Kini hanya Bella dan Avery sahaja yang masih tidak beranjak dari tempat duduk mereka.
"Puas dah?" Soal Bella dingin. Wajahnya kembali serius tidak seperti ketika bersama dengan Luiz dan Keith sebentar tadi.
Avery melihat cincin yang berada pada jarinya itu. Cincin itu di sentuh lembut sebelum dipusing pusingkan.
"Puas, even if i die now. I tak kan menyesal" kata Avery perlahan. Bibirnya terkoyak senyuman hambar.
Bella lepas nafas panjang. Malas nak cakap banyak banyak. Gadis itu memang degil keras kepala sebijik macam abangnya Si Rayyan.
"Jom kita pergi jumpa Alic" kata Avery mendatar sebelum dia terus bangun daripada duduknya.
Rumah agam dituju.
Masuk sahaja ke dalam rumah, anak sedaranya itu elok sedang menonton television di ruang tamu utama.
Avery terus melangkah ke arah kanak kanak kecil itu sebelum mengambil tempat di sofa sebelahnya. Manakala Bella duduk di sebelah Avery.
"Semua yang akak suruh buat haritu Alic dah buat" kata Alicia mendatar.
"Semua tengah risaukan Uncle Rayyan. Dan Uncle Eriyan pulak dia dah dapat mesej yang akak cuba sampaikan pada dia. Dia tahu Alic cuba sampaikan mesej akak" sambungnya lagi.
Avery menyentuh rambut kanak kanak itu sebelum mulutnya tersenyum manis.
"Terima kasih Alic, maaf sebab susahkan Alic dengan adik Rachel" kata Avery perlahan.
Alicia toleh ke arah Avery.
"Akak takde cara lain ke?" Soal Alicia kembali. Wajahnya berubah sayu dan hampir menangis. Bibir bawahnya juga digigit sedikit agar air matanya yang bergenang itu tidak turun jatuh.
"Dulu Alic pernah kata dekat akak, kalau akak nak mati. Biar akak mati sorang. Akak tak jumpa cara lain Alic. Ni je cara yang akak jumpa" jawab Avery.
"Tapi... nanti kalau akak mati Alic yakin yang Uncle Keith akan sedih, Uncle Rayyan sedih, Alic sedih. Semua orang akan sedih kalau akak mati" tubir mata Alicia mula bergenang.
Avery cuba tahan tangisan. Bella pula daripada tadi hanya diam mendengar.
"Kita ada lagi masa. Masih ada lagi peluang untuk akak selamat"
"Tapi..."
"Shush...Alic jangan risau okay" kata Avery kembali.
Alicia terus memeluk Avery kuat.
"Akak please jangan mati. Alic taknak akak mati..." tangis Alicia dalam dakapan Avery.
"Kita masih ada masa Alic, kita masih ada peluang" balas Avery kembali, cuba memujuk kanak kanak itu.
Ting!
Serentak itu satu mesej masuk ke dalam telefon Bella dan Avery.
-Fourth attempt (FAILED)-
Namun mesej yang dapat pada Avery sedikit berbeza
-Fourth attempt (FAILED)
One more attempt then you will be mine, i will coming for you Av-
Avery membaca mesej itu sebelum satu persatu air matanya jatuh menitik.
"Masa, itu cuma satu perjudian untuk kita sekarang ni" kata Bella yang berada di sebelah Avery.
Makin erat Alicia memeluk badan Avery.
Air mata Avery yang menitis dipipi diseka kasar. Badan Alicia ditarik menjauhinya sebelum wajah gadis kecil itu dilihat kembali.
"Alic look at me"
Alicia masih lagi menangis tidak menghiraukan kata kata Avery.
"Alic! Look at me now! Look at me Alic! Alic janji dengan akak yang Alic takkan bagi tahu benda ni pada sesiapa pun. Janji dengan akak okay"
"Alic dengar tak ni!" Paksa Avery sedikit menekan.
Lambat lambat Alicia mengangguk kepala.
"Good" kepala Alicia dipeluk semula dalam dakapan sebelum umbun umbun gadis itu dicium lembut.
"I'm sorry Alic. Tapi akak terpaksa buat semua ni" bisik Avery perlahan. Avery terpaksa. Dia terdesak. Sebab mimpinya dulu perlahan lahan semakin dekat untuk menjadi realiti.
Rayyan yang sedang menyandarkan badannya di balik dinding hanya mengeluh perlahan.
Bukannya dia tak tahu cerita pasal adiknya itu. Tanpa Alicia dan Avery memberitahu perkara itu pun dia sudah tahu sendiri.
Apa yang Alicia pernah katakan kepadanya dahulu dia sudah faham. Eriyan sedang melakukan satu eksperimen untuk membuang bom dalam jantung Avery. Dan setiap mesej yang dihantar itu pula tak lain tak bukan hanyalah satu amaran dan satu peringatan yang tak lama lagi dia akan datang berjumpa dengan mereka semua jikalau kesemua eksperimennya itu gagal.
Itulah apa yang Rayyan lihat dalam markas Eriyan tempoh hari. Barang barang ubatan canggih, doktor doktor pakar dari dunia gelap, dan juga ....
Mesej pada telefonnya dibaca.
-Fourth attempt (FAILED) -
Nafas dilepas panjang. Psiko bodoh ni! Kalau aku takde anak bini yang nak kena jaga memang dah lama dia sendiri pergi serang markas si psiko ni.
Tetapi ini bukan masalah dia. Ini masalah antara Eriyan dan Avery. Ini bukan cerita dia, ini cerita mereka.
Telefon itu disimpan semula ke dalam kocek seluar.
"Ni semua salah Haider si babi tak sunat tu. Kalau dulu dia tak buat masalah ni, semua ni takkan jadilah sial! Anak bapak sama je. Tak habis habis menyusahkan!" Gumannya perlahan. Sempat lagi tangannya menumbuk dinding sebelahnya geram.
Pintu bilik dibuka perlahan. Alicia berjalan mendekati Rachel yang berada di atas katil sebelum adiknya itu dipeluk erat. Air matanya jatuh menitik satu persatu.
"Jangan menangis kak, semua ni kan takdir. Sekarang takdir mummy dengan daddy pun kita tak tahu. Entah kita semua ni dapat selamat atau tak? Kita sendiri tak tahu. Kita tak dapat nak jangka apa yang Uncle Eriyan fikirkan" kata Rachel mendatar.
"Akak takut keluarga kita akan musnah" kata Alicia perlahan.
"Akak benci mafia. Keluarga kita hidup macam ni semua sebab keturunan mafia. Akak nak hidup normal. Akak nak ada kehidupan normal dengan mummy dengan daddy Ray dengan daddy Louis. Akak taknak hidup dalam ketakutan macam ni" tangis Alicia dalam pelukan Rachel.
"Adik pun...." balas Rachel perlahan sebelum tangan mengusap lembut kepala Athanasia yang sedang tidur di katilnya.
Bella daripada tadi hanya melihat Avery yang menyusun segala jenis bom yang pernah dia cipta satu ketika dahulu. Penuh sampai berkotak kotak. Entah apa yang dia hendak buat dengan bom bom itu semua.
"Bella....i rasa dah sampai masa you jalankan misi kedua Ayyan" kata Avery mendatar tanpa menoleh ke arah gadis itu yang berdiri di belakangnya.
"Macam mana you tahu i ada misi lain selain protect you?" Tanya Bella kembali dengan muka yang jelas tampak terkejut.
Avery hanya membalas dengan senyuman hambar.
"You tahu ke apa yang Rayyan suruh i dengan Luiz buat?" Tanya Bella kembali.
"I tahu, i tahu dia suruh you jadi bodyguard i hanya sampai kita semua tahu siapa musuh kita sebenar" kata Avery kembali. Dia kemudian menoleh pula ke arah Bella yang dari tadi tidak lepas daripada merenung dirinya.
"Lepas kita dah dapat tahu, you akan bertukar jadi bodyguard Alicia dengan Rachel. Misi kedua yang Abang Rayyan bagi ialah protect keturunan keluarga i. Betul tak?" Tanya Avery perlahan.
Bella tersenyum. Tak sangka yang Avery akan tahu misi sebenarnya itu.
"Minggu depan ni aku nak semua orang kosongkan jadual masing-masing" kata Rayyan tiba tiba. Mereka semua yang berada di meja makan itu pantas memandang ke arahnya.
"Kenapa?" Tanya Ray mendatar.
"Aku nak buat majlis nikah untuk Avery dengan Keith" mendatar dan cukup senang lelaki itu membalas.
Tercengang mereka yang lain. Ada yang terbatuk batuk macam kena strok. Ada otak yang terus lari dari kepala. Ada yang seperti tertulis perkataan loading dekat dahi. Sudu jatuh ke pinggan. Mata masing masing terbeliak memandang jejaka itu.
"APA?!" Serentak mereka menjerit.
Share this novel