Bab 51

Action Series 25520

Mata Avery tajam memerhati seseorang daripada skop snipernya itu. Seseorang yang bahaya selain daripada Eriyan. Ya, dia perlu bunuh lelaki itu harini. Atau mungkin peratus untuk menyelamatkan nyawa suaminya itu hanya tinggal 0%.

Eriyan masuk kedalam sebuah kereta berwarna hitam. Anak anak buahnya yang lain juga ikut sama.

Tak.

Lelaki itu tak ada dengannya sekarang.

Sniper putih itu diletakkan atas lantai. Kini posisi Avery sudah berubah. Badannya mula meniarap untuk menarget sasaran yang jauh.

Scope pada atas Snipernya juga sudah ditukar menjadi yang lebih panjang.

Makmal Eriyan.

Di pintu masuk markas yang hanya berjarakkan 6 kilometer daripada hotel ini, mata Avery menangkap wajah seseorang.

Lelaki tua yang menjadi tulang belakang Eriyan, seseorang yang patut mati hanya kerena bergaul dengan orang yang salah.

Tch!

Avery melihat jarak pada scope itu.

6 kilometer

Setakat ini dia tidak pernah menembak sejauh itu. Kemampuan Avery hanya takat 3000m.

Tapi memandangkan lelaki itu berada dekat dengan makmal Eriyan. Mungkin kesan letupan akan turut membunuhnya?

"Now Bella! On the switch right now!" Arah Avery sedikit kuat.

Mendengar sahaja arahan daripada Avery, Bella pantas menarik semua butang yang ada pada kotak yang sedang dipegang.

Wajah Rayyan jelas tampak terkejut melihat Bella. Atau lebih tepat melihat kotak yang sedang dipegang oleh Bella.

"Bom TPB..." gumannya perlahan.

Serentak itu satu bunyi letupan yang sangat kuat menyapa pendengaran mereka semua. Lantai hotel itu juga turut terasa gegaran seolah olah sedang berlakunya gempa bumi.

Avery melihat kembali melalui scope snipernya. Lelaki tua yang masih lagi bernafas beberapa saat sebentar tadi kini terlihat sudah terperlanting ketempat lain. Badannya tercucuk dengan sesuatu besi yang Avery pasti dia sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Mata dipejam rapat.

Aku minta maaf... tapi aku terpaksa.

"Apa yang kau buat ni! Kenapa Bom ni masih wujud! Ni Bom TPB kan?" Tanya Rayyan kuat sebelum bahu Bella ditarik menghadapnya.

"Auch! Sakitlah..." adu Bella.

Serta merta Rayyan melepaskan tangannya. Terlupa yang bahu gadis itu tercedera akibat ditembak peluru sebentar tadi.

"Explain to me Bella? Macam mana bom ni boleh wujud? Bangunan siapa yang korang letupkan tadi hah?" Soal Rayyan kembali. Nada suaranya mula mendatar tidak seperti tadi.

"Betul ni bom TPB..." jawapan selamba badak Bella menyebabkan mata Rayyan terbuntang luas.

Macam mana bom ni masih wujud? Dia tidak pernah memberi tahu kepada sesiapa tentang bom itu. Hanya dia sahaja yang tahu cara menghasilkan. Dia dan juga..

"Ya, Lucas sempat ajarkan benda ni pada Avery masa dia hidup..." jawab Bella tanpa disoal.

Rayyan menoleh ke arah adiknya yang berada di tingkap.

"Everyone shut up! I'm trying to focus right now!" kata Avery lagi. Entah siapa yang dia cari daripada tadi.

Matanya yang tajam seperti helang itu tidak berkelip memandang scope snipernya.

Mana dia? Mana dia?

Scope snipernya ditanggalkan sebelum ditukar kepada yang lebih pendek sedikit berbanding yang tadi.

Makmal kedua Eriyan dilihat. Avery pasti Eriyan akan membawa Keith ke arah makmal ini memandang dia sudah meletupkan makmal pertamanya.

Lama dia merenung sebelum mata Avery terkunci pada seorang wajah yang dicari daripada tadi.

Manusia kedua.

Doktor pakar otak. Orang kedua yang menjadi tulang belakang Eriyan selama ini.

Setelah pasti sasarannya telah jumpa, pegangan pada sniper putih itu dikemaskan.

Bang!

"Bull eye..." Snipernya dicampak ketepi. Avery melangkah semula kearah mereka yang lain.

"Apa kau buat ni dik! Bangunan siapa yang kau baru letupkan?" soal Rayyan kepada Avery.

"Bangunan makmal Eriyan.." jawab Avery mendatar.

"Hah?" celah Zariq yang berada sebelah Rayyan.

Luiz datang mendekati tunangnya. Bahu Bella yang berdarah itu diikat menggunakan kain meja yang sempat dia koyakkan tadi.

Khayra dan Lucia juga datang bersama dengan anak anak mereka.

"Apa ni? Apa yang tengah jadi?" Soal Hanz yang berada di sebelah Xavier. Jelas bingung dengan situasi mereka.

"Apa yang Av tengah cuba lakukan ni? Ni semua rancangan Av ke?" soal Ray mendatar.

Mereka semua merenung gadis itu tak berkelip.

"Av letupkan makmal utama Eriyan. Makmal tu yang hasilkan segala jenis dadah baru yang boleh merosakkan populasi dunia. Korang tahu tak Eriyan tengah cipta dadah apa?"

Mereka hanya diam.

"Dadah tu boleh brainwash manusia, hampir sama dengan dadah Tyler yang Rayyan kena dulu. Tapi dadah Eriyan lebih sempurna. Hasilnya dah ada. Kalau dadah tu dikeluarkan secara besar besarkan. Bukan setakat kita je kena tempias tapi satu dunia"

"Macam mana kau tahu?" Celah Rayyan.

"Sejak kita semua tahu siapa musuh kita. Av memang dah jalankan misi ni senyap senyap. Tapi keluarga kita kena intip dalam diam. Sebab tu Av minta tolong Alicia alihkan perhatian semua orang. Apa yang jadi selama ni semua rancangan Av. Av yang pasangkan bom tu pada makmal dia dan sekarang Av dah tahu semua kegiatan dia"

"Kegiatan dia? Apa dia nak dari Keith? Kenapa dia buat semua ni?" Celah Ray pula.

"Selain daripada dadah dia tu, Eriyan ada satu kumpulan yang dipanggil Dark Rules. Ahli kumpulan dia tu terdiri daripada doktor doktor yang sangat mahir dalam dunia gelap. Doktor pakar jantung, pakar otak, pakar bedah. Semuanya..."

"Kenapa?"

"Dia jadikan manusia sebagai tikus makmal. Sekarang dia tengah cuba buat eksperimen untuk pindahkan otak manusia. Dia cuba hasilkan satu eksperimen untuk ambil gen gen manusia yang genius untuk dipindahkan kepada manusia biasa"

"What the fuck...." kata Zariq.

"Dia ni psiko tahap apa sial" celah Luiz.

"Sebab tu ke dia nak Alicia?" Tanya Ray kembali.

Avery mengangguk.

"Tapi kenapa dia nak kau? Dan kenapa dia culik Keith sekarang ni?" Tanya Rayyan pula.

"Dia nak Av sebab dalam badan Av ada bom yang dia cuba untuk keluarkan. Dia nak bom dalam jantung Av ni. Atau pun dia memang betul betul sukakan Av. Av sendiri tak pasti"

"Keith?"

"Tu Av tak tahu, tapi Av pasti Keith akan dijadikan sebagai bahan eksperimen dia yang lain"

"Siapa yang kau bunuh tadi?"

"Sebahagian doktor yang menjadi tulang belakang Eriyan selama ni" jawab Avery mendatar.

"Eriyan perlu dihentikan harini jugak. Hanya harini sahaja peluang yang kita ada"

"Kenapa pulak harini je?"

"Eksperimen dia dah nak berjaya. Av takut dia dah meluaskan semua hasil ciptaan dia tu. Kalau kita lambat mungkin dia dah tak boleh nak dihentikan lagi"

"Jap... Macam mana kau tahu hasil ciptaan dia dah nak berjaya?"

Avery terdiam sebelum wajah mereka satu persatu dipandang.

"Dia dah try ciptaan dia pada kita"

Serentak mata mereka membulat besar.

"Apa maksud kau?" Tanya Xavier yang sedari tadi hanya mendiamkan dirinya.

"Khai, Khai salah satu hasil eksperimen dia. Perubahan perangai Khai yang kita tengok tu atas sebab Eksperimen Eriyan. Khai yang cuba bunuh Keith, Khai yang terbunuh Lucas kerana terlampau obses tu salah satu hasil ciptaan Eriyan...." jawab Avery perlahan.

"Sial... sial!" Jerkah Rayyan kuat. Lucia disebelahnya cuba menenangkan suaminya itu. Bahu Rayyan digosok.

"Bukan tu je, Sofia. Dia pun hasil eksperimen Eriyan"

"Sofia mak dia kan?" Tanya Luiz.

Avery angguk.

"Dan juga Haider..."

Sekali lagi mereka tergamam.

"Senang kata kita semua bermain atas tapak tangan Eriyan selama ni" kata Avery lagi. Wajahnya dingin sahaja menerangkan kenyataan itu satu persatu.

"Kenapa dia nak bom dalam jantung kau?" Tanya Hanz pula.

"Dia cuba selamatkan i. Pada dia i ni macam satu target yang dia perlu capai. Tapi semua eksperimen dia gagal. Semua manusia yang dia cuba semuanya berakhir dengan letupan. Dia fed up. Sebab bom dalam jantung i ni sebenarnya ada jangka hayat dia. Macam expired. Tak lama lagi bom ni akan meletup dengan sendiri. Sebab tu dia dah tukar tujuan dia"

"Av maksudnya kau, kau akan.." Zariq mati kata.

Lucia mengenggam tangan Rayyan erat. Selama ini hanya dia sahaja yang mengetahui perkara itu.

"Ya, jangka hayat i dah tak lama. I akan mati"

Bagaikan satu tamparan kepada mereka semua apabila mendengar ayat Avery.

Alicia dan Rachel menunduk memandang ke arah lain. Tangan Athanasia dan Emiel dipegang.

"I akan mati.... jadi sebelum i mati i nak selamatkan kita semua..." kata Avery mendatar.

Tiba tiba bahu Avery dipeluk oleh seseorang. Sangat erat. Seolah olah tidak ingin melepaskan gadis itu pergi.

"Kenapa mesti kau Av. Kenapa mesti kau..." cecair jernih jatuh pada pipi ketua mereka itu.

"Louis?" Dahi Avery berkerut.

"Kenapa mesti kau? Aku taknak kau mati" Ulang Louis lagi. Nada suaranya bergetar.

Avery terdiam sebelum wajah mereka yang lain dipandang.

Mata masing masing sudah berkaca kaca memandang kearahnya.

"Kenapa kora..."

"Kau dah tahu benda ni lama? Tapi kau diamkan je daripada aku?" Tanya Rayyan perlahan.

"Abang..."

"Aku ni keluarga kau Av!"

Rayyan mendakap bahu Avery dan juga Louis erat sebelum tubir matanya yang berair tadi mula mengalirkan mutiara jernih.

"Tapi..."

"Kau tahu benda ni sejak bila?" Tanya Xavier mendatar.

"Sejak bom tu dimasukkan dalam jantung i"

Hati mereka bagaikan terpukul mendengar jawapan Avery. Sungguh mereka tak sangka yang Avery menangunang beban itu sudah lama.

"Aku minta maaf Av" celah Luiz perlahan.

Wajah Luiz dipandang.

"Kenapa kau yang minta maaf pulak?" Tanya Hanz.

"Sebab manusia yang bertanggungjawab masukkan bom tu dalam badan Av, manusia yang bertanggungjawab pindahkan kedudukan jantung Rayyan. Manusia tu ialah ayah kandung aku sendiri. Harraz Marxel" jawab Luiz semula.

"Hah!?" Serentak kepala Rayyan menoleh memandang Luiz. Jelas dia terkejut mendengar kenyataan itu.

Mereka yang lain juga turut berbuat benda yang sama.

"Ya, Harraz Marxel ayah kandung aku. Dia punca korang semua jadi macam ni" mata Luiz dipandang tak berkelip.

"Apa maksud kau?"

"Dan Eriyan sebenarnya pernah dilatih oleh mama i" celah Bella pula.

Kalini bukan setakat mulut mereka yang ternganga. Otak mereka juga telah hilang dan lesap begitu sahaja.

"The fuck?" Dahi masing masing sudah berkerut.

"Kau ulang balik apa kau cakap tadi..." kata Louis kepada Bella.

"Eriyan tu dulu anak murid mama i. I dapat tahu sejak i masuk keluarga ni. Sejak i nampak muka dia haritu baru i ingat yang i pernah jumpa dia beberapa kali masa dekat Malaysia"

"Jadi sebab tu ke Eriyan tak pernah duduk dengan Haider dan Sofia?" Tanya Zariq mendatar.

"Iya, tapi Harraz bawak Eriyan lari balik ke France, jauh dari mama i. I rasa dia yang jadi idea dan tunggak utama Eriyan..." muka Rayyan dan Avery dipandang bersilih ganti.

Avery menghela nafas panjang. Sekarang semua kenyataan sudah terungkap. Kesemuanya telah terjawab.

"Sekarang kita dah takde masa. Av perlu hapuskan mereka semua harini jugak sebelum semuanya terlambat"

"Macam mana dengan Keith?" Soal Hanz.

"Av akan cuba selamatkan dia. Tapi jangan terlalu berharap... sebab Av takut Av tak mampu"

"Maksudnya, kau akan...." kata kata Zariq terhenti.

Avery tarik nafas panjang. Sebelum satu persatu wajah mereka dipandang lembut dengan mata yang jelas berkaca-kaca. Wajah sayu akak akak iparnya, wajah anak sedaranya, wajah Xavier, wajah Zariq, wajah Hanz, wajah Luiz, wajah Bella.

"Mulai harini, aku. Zoe Avery Mikayla. Bukan lagi sebahagian daripada keluarga korang. Aku bukan lagi sebahagian daripada keluarga Mikayla. Jangan bantu aku dalam peperangan kal..."

"Tak! Please! Jangan cakap macam tu!" Pintas Rayyan laju. Giginya diketap kuat.

"Av, kau adik aku! Tak kira apa apa pun yang jadi! Please, jangan cakap macam tu dik. Jangan abaikan aku dengan Louis. Jangan pernah kata kau bukan daripada keluarga Mikayla..." sambung Rayyan lagi.

"Av, aku tahu kau terpaksa buat semua ni. Beban ni kau terpaksa pikul daripada kau kecik. Tapi tolong jangan kata kau bukan sebahagian daripada keluarga Mikayla" kata Louis pula. Mata merahnya jelas tampak berair.

"Aku tahu kau perempuan yang kuat dan aku tahu kau terpaksa buat semua ni demi kiaorang..." celah Zariq.

"Kau taknak kitaorang ikut sebab kau takut bom dalam jantung kau meletup kan?" Kata Xavier.

"Tapi tolong jangan kata yang Av bukan sebahagian daripada keluarga Mikayla...." kata Lucia.

"Kami semua akan tetap tunggu Av balik semula. Kami semua akan tunggu Av..." Lucia kemam bibirnya yang mengigil. Air matanya jatuh lagi. Dia tahu perkara itu mustahil untuk berlaku.

"Av, Av tetap keluarga Mikayla. Walau apa pun yang jadi, Av tetap sebahagian keluarga ni..." badan Av dipeluk lembut oleh Khayra dan Lucia.

Bella dan Luiz masih lagi berada di tempatnya.

"Av.... Av minta maaf" satu persatu air mata keluar mengalir dari tubir matanya sebelum akhirnya air mata itu mengalir semakin laju. Pipi Avery sudah lencun.

Tipulah kalau dia kata dia tidak ada perasaan takut untuk menghadap kematian sendiri. Tetapi dia lagi takut untuk menjadi sebab utama ahli keluarganya yang lain turut terkorban. Dia terlalu sayangkan keluarganya itu.

"Av sayang korang semua. Av taknak korang turut terkorban sama...."

Masing masing ketap bibir sendiri. Hati mereka sakit. Sangat sakit untuk menelan kenyataan sakarang. Adakah keluarga mereka memang tidak layak untuk merasakan bahagia?

Pelukan dilepaskan.

Kini giliran Bella pula memeluk gadis itu.

"You dah buat yang terbaik..." bisik Bella sebelum bahu Avery ditepuk lembut.

"Ada musuh... " celah Alicia tiba tiba. Mukanya tampak panik.

"Ada musuh nak serang kita!" Jerit Rachel pula. Adiknya dipeluk masuk dalam dakapan.

Mereka yang lain terus memerhatikan keadaan sekeliling. Mata tajam mencari musuh yang dimaksudkan oleh kembar itu.

"All of you guard the door!" Arah Rayyan kepada sisa sisa anak buahnya yang masih lagi hidup dalam dewan itu.

"Rayyan..." panggil Lucia perlahan.

Ting!

Satu mesej masuk dalam telefon mereka semua.

-Oleh kerana korang semua dah bunuh mak bapak aku, aku akan bunuh dua orang penting dalam keluarga korang. Have fun (Smiley)- Eres-

Mata masing masing terbuntang luas baca mesej yang baru sahaja masuk itu. Bella dan Luiz pantas memeluk Alicia dan Rachel. Athanasia dan Emiel juga turut dilindungi.

"No! Not us! Protect our parents!" Jerit Rachel kuat. Tangan Luiz dipukul.

Serentak itu, Louis tiba tiba menolak badan Avery jatuh ke tepi sebelum cermin kaca hotel di sebelah kiri pecah dari dua arah.

Sniper!

Semuanya berlaku dengan pantas tanpa mereka sempat membuat apa apa. Avery yang sudah terjatuh atas lantai itu pantas memandang Louis.

Louis terduduk, sempat tangannya menyambut badan isterinya yang kini sudah berlumuran darah.

"LOUIS!"

"KHAYRA!"

"AKAK!"

"Kerana setiap perbuatan jahat yang dilakukan dalam dunia ini, pasti akan menerima balasan yang setimpal. Manusia takkan lari daripada membuat dosa"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience