Bab 17

Action Series 25617

Tanah pekuburan itu penuh dengan sejumlah manusia. Masing masing berpakaian rasmi kumpulan mereka iaitu berwarna hitam. Kalau dulu pengebumian Faiq hanya ditangisi oleh 3 orang sahaja. Kini hampir semua menitiskan air mata mereka untuk rakan seperjuangan mereka yang telah tewas ditangan musuh.

Selesai sahaja membacakan talkin, seorang demi seorang ahli keluarga Mikayla menyiramkan air bunga di atas pusara Faiq.

Apabila tiba digiliran Rayyan, dia terkaku buat seketika sebelum bahunya disentuh lembut oleh Keith dari belakang.

Perlahan lahan Rayyan menyambut huluran jug air di tangan Keith.

"Faiq, aku harap kau tenang dekat sana, aku harap... Kau aman dekat sana... Walaupun aku tahu aku seorang pendosa, pembunuh yang kejam. Tapi aku tetap akan doakan kau, yang aku dah anggap sebagai ahli keluarga aku, adik aku sendiri" setitis air mata menitis dan mengalir atas pipinya sebelum pantas Rayyan menyeka air mata itu dengan kasar.

Selesai dia menyiram, kini tiba giliran Ray pula.

Apabila ketua mereka sudah memegang jug air yang berisi air bunga, kesemua anak buah yang hadir di majlis pengebumian Faiq memberikan perhatian penuh kepadanya.

"Faiq, dia bukan orang suruhan aku. Faiq juga bukan orang bawahan aku malah dia bukan anak buah aku...." Ray berhenti buat seketika. Masing masing menanti ayat seterusnya yang akan keluar dari mulut ketua mereka itu.

"... Tapi dia keluarga kami. Keluarga aku. Aku dah anggap Faiq sebagai adik aku. Dan harini aku kehilangan salah seorang adik yang paling aku sayang. Seorang adik yang paling banyak berjasa pada aku. Seorang adik yang ada ketika aku senang mahupun ketika aku susah.."

"... Dan aku taknak ada seorang pun ahli keluarga aku yang lain menjadi mangsa seterusnya..." tiba tiba mata Ray yang tadinya purple cair, bertukar menjadi merah. Suaranya juga kedengaran lebih dingin di hujung bicaranya.

"... Cari Haider. Cari Lucia. Cari Emiel. Tak kira sampai ke hujung lubang cacing sekalipun... "

Air bunga disiram atas pusara Faiq sebelum dia terus melangkah pergi dan diikuti oleh isterinya, Khayra.

Setelah itu mereka semua mula meninggalkan tapak pengebumian itu seorang demi seorang.

Yang tinggal hanyalah Keith, Avery, Bella, Luiz dan Rayyan.

Rayyan masih lagi statik seperti tadi. Merenung batu nisan yang tertuliskan nama Faiq.

"Kau tak salah Rayyan... Dah tertulis takdir dia untuk sampai ajal awal ..." bicara Keith lembut sebelum menepuk bahu Rayyan perlahan.

"Abang... Siapa yang bunuh Faiq?" soal Avery perlahan. Mata dan hidungnya merah akibat menangis tak henti henti. Nasib baik tidak terlalu nampak, selindung di sebalik cermin mata hitam yang dipakai.

"Haider..." jawab Rayyan sepatah. Sebelah tangannya masih lagi tidak lepas daripada memegang kepala batu nisan milik Faiq.

Wajah Avery serta merta berubah mendengar nama lelaki itu.

Bella dan Luiz juga turut perasan dengan perubahan wajah Avery.

"Siapa Haider?" soal Luiz mendatar. Kening sebelahnya berkerut sedikit.

Difikirannya masih penuh dengan tanda tanya yang tidak terjawab. Seperti siapakah Haider? Apa kaitan lelaki itu dengan keluarga mereka? Kenapa Avery nampak macam takut dengan lelaki itu? Apa hubungan Avery dengan Eres?

Tapi kebanyakkannya Luiz hanya mendiamkan diri sahaja. Bukan hal dia untuk masuk campur urusan keluarga ini. Asalkan misi dia dan Bella tidak gagal. Itu sudah cukup baginya.

"Lelaki yang akan mati dekat tangan aku" jawab Rayyan dingin. Tangannya menggengam erat sehingga menggigil. Mukanya jelas tampak marah.

"Rayyan..." panggil Keith perlahan. Dia risau kalau lelaki itu terlalu mengikut perasaan sehingga membuat perkara bodoh.

"Aku akan dapatkan balik isteri dan anak aku... Tak kira apa jadi sekalipun" kata Rayyan lagi.

"Abang, please jangan bertindak sendiri. Kitaorang ada. Kita boleh selesaikan masalah ni sama sama. Kami semua boleh bantu abang untuk dapatkan Kak Lucia balik... " celah Avery pula.

Gelakan sinis terlepas daripada mulut Rayyan. Serta merta semua terdiam. Mungkin mereka tidak dapat meneka apa yang ada atau sedang bermain difikiran Rayyan. Tetapi yang mereka yakin, Rayyan yang berada di hadapan mereka ini tidak sama dengan Rayyan yang pernah mereka kenal.

        

         "Bodoh!" marah Haider.

Prang!

Habis berkecai pasu bunga yang tadinya elok terletak atas meja.

Kesemua anak buahnya menundukkan pandangan mereka. Tidak berani untuk bertentang mata dengan Haider yang seperti kerasukan syaitan itu.

"Aku tak suruh kau bunuh lelaki tu!" kata Haider lagi.

Masing masing diam.

"Siapa yang korang bunuh tu?" soal Haider.

"Faiq. Hacker dalam kumpulan mereka" jawab salah seorang yang ada disitu.

Lucia yang turut ada di dalam bilik itu hanya memasang telinga. Ingatannya terimbas kembali tentang peristiwa tadi.

Faiq dah mati. Faiq mati kerana cuba menyelamatkan dia. Sepatutnya peluru itu disasarkan kearahnya. Namun Faiq yang terlebih dahulu melihat sniper itu mengorbankan dirinya daripada Lucia ditembak.

"Bukan ke sepatutnya dia dah mati?"

"Rayyan pernah memalsukan kematian Faiq untuk menutupi identitinya daripada kita"

"Bodoh! Rosak rancangan aku!" kata Haider angkuh.

Lucia hanya diam. Dalam hati masih lagi berdoa agar anaknya selamat dan tidak ditangkap oleh anak buah Haider. Tetapi dia sendiri tidak tahu tentang hal itu. Sedar sedar sahaja daripada pengsan dirinya sudah berada disuatu tempat yang sangat asing. Dan hanya lelaki itu sahaja yang dikenalinya, itupun sebab Rayyan pernah membuka cerita tentang ahli keluarga Mikayla beberapa bulan selepas mereka berkhawin.

Haider memandang Lucia dengan renungan tajam.

"Kau dengar sini perempuan. Yang sepatutnya mati tu kau! Kau cukup beruntung sebab si bodoh tu berkorban nyawa untuk kau" kata Haider cukup angkuh.

Lucia tersengih sinis. Sempat dia meludah tepat pada muka Haider.

"Kalau macam tu kenapa aku hidup lagi... Yang bodoh tu kau! Dasar ahli keluarga sial!" maki Lucia berani.

Haider mengetap giginya geram sebelum mengesat air liur yang terkena pada mukanya tadi.

"Kurung perempuan ni, jangan bagi dia minum setitis air sekalipun" arah Haider kepada salah seorang orang suruhannya. Kemudian dia berlalu pergi.

"Bodoh pengecut!" Marah Lucia sambil memandang bayang Haider yang semakin jauh dari pandangan.

Dua orang lelaki berbadan tegap membawa Lucia pergi seperti mana yang diarahkan mereka.

       "Beb..." tegur Zariq kepada abang kembarnya. Mereka berdua dan Hanz baru sahaja selesai berlatih di ruangan bawah tanah. Sudah 2 minggu berlalu sejak daripada majlis pengebumian arwah Faiq.

Masing masing hanya menyibukkan diri sendiri. Rayyan dan Ray pula sudah dua minggu cuba menjejak keberadaan Lucia dan anaknya Emiel, namun masih tidak dijumpai.

Xavier pula sibuk menguruskan hal syarikat yang tergendala sementara ketua mereka sibuk. Keith dan Luiz pula entah kemana. Asyik asyik menghilang. Sejak akhir akhir ni makin susah untuk melihat mereka di rumah. Entah apa yang dia orang tengah buat pun tak tahulah.

"Hmm?" sahut Zen tanpa menoleh.

"Aku macam tak sangka yang Faiq dah takda... Betul ke dia dah tinggalkan kita semua wey? Ke ni salah satu rancangan daripada Rayyan lagi?" bicara Zariq sayu.

"Tolong terima kenyataan Riq... Budak tu dah aman dekat sana. Sekarang kita kena fokus dan fikir cara macam mana nak dapatkan Lucia dan Emiel semula" balas Zen mendatar.

Zariq menghela nafas perlahan.

"Faiq... Dah lama ke dia kerja dengan keluarga ni?" celah Hanz yang sedari tadi hanya mendengar.

Dua kembar itu mengangguk lemah.

"Cukup lama untuk kitaorang anggap dia sebahagian daripada keluarga ni..." balas Zariq perlahan. Wajahnya bertukar sayu.

Zen pula hanya mengiyakan kata adik kembarnya itu.

"Dia takda keluarga lain ke?" soal Hanz semula.

"Tak ada. Masa mula mula Ray bawak dia masuk sini pun dia dah nak kena masuk penjara sebab hack sistem kerajaan Dubai..." balas Zen mendatar. Badannya disandarkan pada salah satu sofa yang ada di dalam bilik latihan itu.

"Macam mana dengan korang semua? Dah dua tahun aku tinggal sini. Aku tak pernah pun nampak korang jumpa ahli keluarga korang" soal Hanz lagi.

Zariq hanya menghela nafas panjang.

"Kitaorang ada keluarga..." celah Zen.

"Tapi..." mereka terdiam di pertengahan ayat.

"Tapi apa?" soal Hanz lagi.

"Kau tahu kan pekerjaan kita orang ni merbahaya. Jadi kitaorang semua cuma hantar kan duit belanja je tiap bulan. Tu pun secara senyap senyap supaya tak ada musuh yang dapat mengesan ahli keluarga kita orang semua" jawab Zen bagi pihak adiknya.

"Ouh... Kiranya diorang semua hidup lagi lah?"

Mereka serentak menganggukkan kepalanya.

"Kecuali Keith..." balas Zariq.

"Keith? Kenapa? Dia dah takda keluarga ke?" soal Hanz mendatar.

Zen dan Zariq sedikit teragak agak untuk membuka mulut. Masing masing sudah memandang wajah masing masing.

"Dah alang alang kau jadi sebahagian keluarga ni. Aku rasa tak salah untuk kau tahu kebenaran..." kata Zen.

Zariq mengangguk.

"Kebenaran? Pasal apa?"

"Berbanding dengan kitaorang yang lain, cuma Faiq dengan Keith sahaja yang dibawa masuk sendiri oleh salah seorang ahli Mikayla dalam keluarga ni. Yang lain kitaorang sendiri yang nak join" terang Zariq mendatar.

"Faiq dijemput oleh Ray, dan Keith dijemput masuk oleh Rayyan. Tapi berbeza dengan Faiq, masa tu Ray tarik dia masuk sebab Ray nampak kelebihan Faiq sebagai Hacker yang handal. Tapi Keith tak" jelas Zen pula.

Zariq menyokong kata kata abangnya itu.

"Keith masuk keluarga ni sebab Rayyan nak selamatkan dia daripada ayah dia" sambung Zariq lagi.

"Ayah dia? Kenapa?" soal Hanz bersama kerutan dahi.

"Ayah dia dulu kaki pukul, kaki mabuk, kaki perempuan. Kalau kau nak tahu masa Rayyan jumpa Keith dekat Us dulu, keadaan dia masa tu hampir nazak sebab kena pukul dengan bapak dia" terang Zariq jujur.

"Jadi Rayyan selamatkan dia dengan cara tarik dia masuk dalam keluarga ni?" soal Hanz lagi.

Mereka berdua serentak mengangguk.

"Dan korang semua berlatih menjadi pembunuh elit daripada kecik lah?" soal Hanz lagi.

Mereka mengangguk lagi.

"Tapi kenapa anak kembar Ray sekolah dekat sekolah biasa? Ray taknak teruskan legasi keluarga dia ni ke?"

Dua kembar itu serentak membuat muka bingung.

"Maksud kau?" soal Zariq mendatar.

"Yelah, keturunan, pangkat dan kumpulan Mafia dia ni? Diorang memang nak hapuskan ke? Tak nak turunkan ke anak anak diorang?" soal Hanz lagi.

Zariq dan Zen tergelak besar mendengar bicara Hanz. Kini tiba giliran lelaki itu pula membuat muka bingung.

"Tulah kau... Busy 24 jam hadap laptop, hadap kerja. Sampaikan apa apa yang jadi dekat dalam rumah ni pun kau tak tahu" jawab Zariq.

"Hah?"

"Jom ikut aku" kata Zen sebelum dia bangun daripada tempat duduknya dan terus melangkah ke arah lift rumah. Zariq dan hanz hanya mengekor dari belakang.

Masuk sahaja ke dalam lift, butang tingkat - 3 ditekan.

"Nak pergi mana?" soal Hanz yang jelas tidak tahu menahu.

"Ikut je"

Sampai di tingkat - 3 pintu lift itu terbuka luas. Mereka bertiga melangkah keluar.

"Mak aih tempat apa ni? " bicara Hanz melihat seluruh tingkat 3 bawah tanah itu. Jujur katakan inilah pertama kali dia menjejakkan kakinya di tingkat - 3. Tingkat itu seperti tempat latihan tetapi lebih kepada....

Kebudak budakkan.

Penuh decoration yang comel comel. Namun di sebalik kecomelan itu di setiap sudut dinding penuh digantung dengan senjata senjata yang berbahaya. Ini kah yang di namakan dengan dangerous but cute?

"Hi Av, Hi anak anak buah uncle yang comel" tegur Zariq kepada Avery, Rachel dan Alicia yang sedang... Err minum petang? Apa kejadah minum petang dalam bilik ni. Dah tak ada tempat lain agaknya.

"Yow..." tegur Avery manakala Bella yang berada dibelakangnya hanya menundukkan sedikit kepalanya tanda menghormati.

"Uncle kembar! Uncle kembar buat apa dekat sini?" soal Alicia teruja. Rachel pula seperti biasa hanya tersenyum malu malu kucing disebelah kakak kembarnya.

Zariq menarik lengan Hanz sedikit kebelakang.

"Sekarang kau tengok betul betul, disebalik topeng kecomelan diorang ada wajah sebenar keluarga Mikayla" bisik Zariq kepada Hanz perlahan.

Hanz masih lagi bingung ditempatnya.

Zen melangkah dengan lebih dekat kearah dua kembar itu. Kedua tangannya sudah menyeluk masuk dalam poket seluar.

"Takda, uncle datang saja nak melawat..."

Kcak!

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, tangan yang tadinya berada dalam poket dibawa keluar bersama dua pucuk pistol semi auto yang dihalakan tepat kearah Rachel dan Alicia.

Namun sepantas kilat pistol tadi dirampas oleh kedua kanak kanak kecil itu sebelum ditanggalkan magazine pistol itu dari badannya. Manakala pistol yang dipegang Rachel pula ditarik safety pistolnya dan dihala tepat kearah muka Zen tanpa sedikitpun rasa gentar.

Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Hanya memerlukan beberapa saat sahaja.

"Just joking guys..." kata Zen sambil mengangkat tangannya separas dada. Mulutnya tersengih.

Dua kanak kanak itu juga kembali tersenyum lebar. Pistol tadi dipulangkan semula kepada tuan asalnya.

"Ish uncle Zen ni... Suka buat macam tu tau" kata Alicia sambil memuncungkan bibirnya.

"Aah, betul..." kata Rachel pula dengan nada perlahan. Wajah tegangnya tadi sudah bertukar malu malu semula.

Zariq menepuk nepuk bahu Hanz yang sudah melopong melihat aksi tadi.

"Takpayah terkejut sangat. Tengoklah siapa yang ajar diorang"

"Siapa?" soal Hanz masih lagi dalam keadaan terkejut.

"Dua orang si gila tu" kata Zariq sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah Bella dan Avery yang sedang tersenyum bangga.

"Gila..." kata Hanz perlahan.

Mereka semua mula mengambil tempat. Namun baru sahaja Zariq ingin membuka mulutnya, lift ditingkat itu berbunyi.

Ting!

Mereka semua menoleh kearah pintu lift.

Ray dan Rayyan melangkah keluar dengan muka yang jelas tampak dingin dan tegang.

"We found her..." kata Rayyan mendatar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience