Bella, Luiz, Keith dan Avery duduk di kerusi ruang tamu. Keith masih tidak lepas memandang Avery daripada mula melangkah masuk rumah itu sehinggalah sekarang. Muka gadis itu jelas nampak tidak bermaya. Badannya yang sedikit kurus daripada kali terakhir mereka bersua muka. Lingkaran hitam bawah matanya yang jelas seperti sudah berhari hari gadis itu tidak tidur.
"Av, kenapa kau macam..." .
"Nampak macam tak sihat kan? Haha tak ada apa lah. Kadang kadang i memang tak cukup tidur, kerja syarikat banyak sangat, sebab tu nampak macam ni. Tak payah risau, minum air banyak banyak okaylah nanti" bohong Avery sambil menyentuh yentuh pipi wajahnya yang kelihatan sedikit cengkung.
"Baguslah tu, teruskan berbohong sampai hidung kau jadi panjang macam Pinocchio " pintas Luiz selamba yang duduk di sebelah Keith.
Avery menundukkan pandangan.
Keith pandang Luiz sebelum wajah Avery dipandang semula.
"Av, apa lagi yang kau sorokkan daripada aku?" Soal Keith dingin namun wajahnya masih lagi terlihat tenang.
Avery hanya diam malah wajah Keith juga tidak dilihat.
Keith pandang pula Bella yang berada di sebelah Avery.
"Bella, ceritalah dekat aku apa sebenarnya yang jadi. Kenapa korang berdua menyorok sampai dua tahun? Siapa musuh yang buru korang berdua? Kenapa kesihatan Av boleh teruk sampai macam ni sekali? Ceritalah dekat aku! Aku berhak tahu semua ni!" Soal Keith agak menengking.
"Keith, jangan marah Bella. Dia tak ada langsung kena mengena dalam hal ni" celah Avery laju. Matanya mula berkaca-kaca.
"Tak ada kena mengena? Dia sorok kau dari kitaorang hampir dua tahun!" Kata Keith dingin.
"Keith..." panggil Avery perlahan.
"Cakaplah Bella!"
Bella hanya tayang muka selamba. Tak ada nafsu langsung nak berborak dengan Keith. Masalah rumah tangga diaorang, lantak diaorang lah nak uruskan macam mana. Yang dia tahu misi dia cuma protect Av daripada musuh. Tu je.
"Oi, jangan nak salahkan bini aku eh. Sekali lagi kau tengking tengking dia. Aku sendiri akan sorok Av dari kau selama lamanya. Biar kau macam orang gila cari dia" ugut Luiz dingin kepada Keith.
"Fine. Aku minta maaf sebab tengking kau, " kata Keith mengalah.
Dia sedar dia sudah melampau batas menengking Bella. Jelas Bella tidak bersalah langsung dalam hal ni. Dia hanya mengikut arahan daripada Rayyan. Tapi hati Keith terlalu kesal dengan perbuatan dua orang gadis itu. Dua tahun mereka menghilang. Dan melihat daripada tubuh fizikal Avery, jelas ada sesuatu yang tak kena dengan gadis itu.
Avery tarik nafas dalam dalam sebelum wajah Keith dipandang.
"I insomnia, kesihatan i menurun bila i tak cukup tidur. Selera makan i hilang. Berat badan i merosot teruk. Kadang kadang sampaikan i berhalusinasi benda benda yang tak ada. Emosi i jadi tak menentu. Mood swings i jadi makin teruk. I mimpi ngeri tiap malam. Sebab tu kondisi badan i macam ni, jangan salahkan Bella. Selama dua tahun ni Bella yang jaga i, yang sentiasa ada dengan i" terang Avery perlahan. Matanya bergenang. "I minta maaf, i bukan sengaja hilangkan diri dari semua orang, i perlukan masa... lagipun i tak nak korang semua tengok keadaan i yang macam ni..."
Mata Keith membulat, jelas dia terkejut mendengar kenyataan Avery. Kenapa boleh sampai macam ni sekali?
"Sejak bila?" Tanya Keith perlahan. "Sejak bila kau jadi macam ni?"
"Sejak dua tahun lepas" jawab Avery mendatar.
"Sebab Elrick ke? Kau sakit macam ni sebab lelaki tu tinggalkan kau ke?" Teka Keith semula.
"Tak! Bukan sebab dia. Dia tak ada kena mengena langsung dalam hal ni" pintas Avery laju.
"Habis tu sebab apa? Apasal kau boleh sakit sampai macam ni sekali" Soal Keith lagi.
Avery terdiam. Dia sendiri tidak ada jawapan untuk soalan itu. Dia sendiri tak pasti kenapa kondisi badannya jadi macam ni.
"Xavier? Kau tak tanya dia kenapa kau jadi macam ni?"
"I dah tanya"
"Dia jawab apa?"
"Dia kata mungkin sebab i terlalu risau dengan bom yang ada dalam badan i. Sampaikan mengganggu kondisi mental i" jawab Avery mendatar.
"Jadi betul ke kau terlampau risau pasal bom tu?"
Avery menggeleng.
"Dia ada datang sini tengok kau?" Soal Keith lagi.
Avery menggeleng lagi. "Selama dua tahun ni cuma Luiz dengan Bella je yang jumpa i"
"Dah tu macam mana dia nak tahu semua tu! Kau nampak tak keadaan kau macam mana sekarang ni? Kau bukan setakat macam orang sakit tahu tak? Kau nampak teruk! Tak terurus langsung! Badan kau kurus, mata kau macam orang dah seminggu tak tidur. Pipi kau cengkung. Kenapa dia tak ambik peduli semua tu?!" Tengking Keith.
Bella dan Luiz hanya diam. Atau lebih tepat mereka memberi ruang untuk pasangan itu menyelesaikan masalah ini.
"Apa yang kau mimpi?" Tanya Keith semula. Nada suaranya mula kendur kembali.
Avery mengunci mulut. Kepalanya berpusing memandang arah lain. Tidak sanggup untuk dia menceritakan apa yang dia mimpi selama dua tahun ini sampaikan dia menghidap insomnia.
"Kau mimpi apa! Aku tanya ni jawab!" Tengking Keith.
"Jawab Av, tak guna you simpan semua ni sendiri" celah Bella mendatar.
"Satu persatu dari keluarga kita mati. Semuanya kena bunuh depan mata i. Ada pembelot dari dalam kalangan keluarga kita" empangan mata Avery pecah. Perlahan-lahan tangisannya mula kedengaran. Memorinya terimbas kembali mimpi mimpi ngeri yang menghantuinya selama ini.
Keith sedikit tersentak.
"Siapa? Siapa pembelot yang kau nampak dalam mimpi kau tu?"
"Hanz, Xavier, Zariq, Zen, Luiz, Abang Rayyan...." jawab Avery semula. "Semua dalam keluarga kita pembelot..."
Sekali lagi Keith terdiam. Mimpi Avery tak masuk akal. Mustahil untuk mereka semua membelot keluarga sendiri. Lagi lagi Rayyan. Dialah yang paling sayang Avery selain daripada dirinya sendiri. Mustahil untuk dia belot adik kesayangan dia.
Tapi dulu Avery pernah mimpi tentang kematian Faiq, dan itu benar benar terjadi.
Wajah Luiz dipandang.
"Kau pembelot ke?" Soal Keith serius.
"Kalau aku jadi pembelot, kau orang pertama aku bunuh dulu," jawab Luiz cukup tenang dan selamba.
"Hmm ada betul jugak, benda ni mustahil untuk berlaku sebab kalau kau belot Av maksudnya kau belot Rayyan jugak..." kata Keith sambil menyentuh dagunya.
"Macam mana dengan aku? Kau ada mimpi aku jadi pembelot?" Soal Keith kepada Avery semula. Tangan menunjuk pada dada sendiri.
"Tak ada, Abang Ray, Kak Lucia, Kak Khayra, Bella . I tak pernah mimpi diaorang jadi pembelot..." jawab Avery perlahan.
"Jadi cuma orang tertentu jelah kau selalu mimpi diaorang jadi pembelot?" Soal Keith.
Avery mengangguk lemah.
"Pelik..." komen Keith lagi kemudian dia memandang wajah Bella.
"Kau rasa sebab apa?"
"Kalau aku tahu dah lama aku selesaikan sendiri. Tak payah nak tunggu kau" balas Bella mendatar.
Mereka berempat kembali diam.
Otak Keith ligat memikirkan sesuatu. Kenapa cuma sesetengah daripada diaorang je yang Av mimpi jadi pembelot. Apa beza dia dengan yang 'pembelot' tu? Masalah utama kesihatan Avery merosot oleh kerana insomnia. Tapi insomnia tu jadi sebab dia selalu mimpi ngeri. Jadi apa sebab dia mimpi semua tu?
"Jap... kau kata kau berhalusinasi?" Soal Keith semula.
Avery diam. Kemudian dia memandang Bella seolah olah menyuruh gadis itu menerangkan.
"Kadang kadang dia perasan ada orang ceroboh masuk rumah ni nak bunuh dia, kadang kadang dia nampak ahli keluarga dia yang lain datang sini. Kadang kadang dia perasan ada orang tengah aim dia guna sniper sampaikan dia terkena anxiety attack . Macam-macam lagi, aku pun dah lupa. Kadang kadang sampaikan dia tak kenal aku siapa. Dia hampir nak bunuh aku beberapa kali" jelas Bella tenang dan mendatar.
Kening Keith berkerut sekali lagi. Teruk sangat dah tu halusinasi Avery. Kalau dah sampai tak kenal Bella. Sebab itu ke dia jauhkan diri dari semua orang?
"Ada sesuatu yang tak kena. Macam mana dengan Elrick? Korang berdua ada contact dengan dia?" Soal Keith lagi.
"Entahlah, aku rasa manusia tu dah pupus" jawab Bella dari pihak Avery.
Keith hanya diam. Jadi betullah kata Luiz semasa dalam kereta tadi, lelaki itu sudah tidak dapat dijejak.
Keith kemudian bangun dari duduknya.
"Nak pergi mana?" Soal Avery melihat lelaki itu yang sudah melangkah kearah pintu rumah utama.
"Aku nak call Xavier kejap" balas Keith mendatar. Pintu rumah ditolak kemudian dia melangkah kearah kereta Ferrari hitam milik Luiz . Badannya elok menyandar pada tepi pintu kereta itu.
Kemudian telefonnya dibawa keluar dari dalam kocek. Nombor Xavier pantas didail.
Selepas beberapa deringan panggilan itu diangkat oleh seseorang.
"Yes, apa benda yang boleh saya bantu wahai Keith kesayanganku yang paling sial"
Keith pandang skrin telefonnya. Dia salah call orang ke? Rasanya dia call Xavier tadi.
Eh betullah ni nombor Xavier. Apahal mamat ni pulak yang angkat. Telefon tadi dilekapkan ke telinga semula.
"Apahal kau main telefon Xavier ni Ayyan?" Tanya Keith dengan dahinya yang jelas berkerut seribu.
"Eh, biarlah aku nak main telefon siapa pun. Kalau aku nak main telefon bapak aku pun tak heran lah. Kau siapa nak halang aku?" balas Rayyan semula.
"Ayyan bapak kau dah tak ada" jawab Keith mendatar. Nafas dikeluh panjang.
"Sebab dia dah tak adalah aku cakap macam tu HAHAHAHAHAH. Hah ada apa call memalam buta ni? Menganggu orang jelah kau ni" kata Rayyan semula.
"Aku call Xavier, bukan kau " jawab Keith pasrah. "Xavier mana?"
"Kau sedap sedap dah lari rumah...pastu sibuk nak arah arah aku. Kau siapa? Bapak aku ke? Bapak aku pun tak ada nak arah arah aku lah!"
"Eh kau ni karang, nak cari gaduh dengan aku pulak ni apahal" kata Keith mula bengang.
"Ouh kau dah pandai nak marah aku pulak sekarang! Aku potong gaji kau bulan ni dengan bulan depan! Adios stupide!" Kemudian telefon itu dimatikan.
Keith memandang skrin telefonnya yang kini sudah berwarna hitam. The hell!? Apa masalah mamat ni? Hilang akal ke?
"Siapa call? Keith ke?" Tanya Ray kepada adiknya yang sedang gelak mengekek di sebelah.
"Aah" jawab Rayyan. Telefon Xavier dicampak atas katil.
"Haih kau ni, suka sangat menyakat orang" balas Ray semula.
"Aku malas nak keruhkan keadaan. Nanti Xavier dah sedar aku suruh dia call balik" kata Rayyan sebelum melihat kearah Xavier yang kini terbaring diatas katil tidak sedarkan diri.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya Hanz kepada Rayyan.
"Aah tadi dia elok je dengan kitaorang sebelum naik atas" sokong Zariq pula.
"Aku pun tak tahu, Lucia yang bagi tahu aku, dia kata nampak Xavier pengsan" jawab Rayyan.
"Aku tak rasa Xavier pengsan tanpa sebab. Sesuatu tengah jadi dekat family kita, dan ada sebab kenapa dia attack Xavier dulu" kata Ray mendatar sambil memandang katil milik Xavier.
Keith mengeluh panjang. Keningnya diurut perlahan. Apa sebenarnya yang jadi sekarang ni? Betul ke ni semua rancangan Elrick? Keadaan Avery sekarang ni ada kena mengena ke dengan lelaki itu? Elrick dan Eres...betul ke mereka adalah orang yang sama?
Terlalu banyak soalan soalan yang tak terjawab di fikirannya.
"Sejak bila semua ni jadi?" Soal Keith sambil memandang kearah langit.
"Dah call Xavier ke?" Tanya seseorang kepada Keith.
Keith memandang kearah Avery yang sedang melangkah kearahnya. Kemudian gadis itu turut menyandarkan badan di kereta Luiz.
"Dah, tapi Rayyan yang angkat pastu dia dah mati kan" jawab Keith mendatar. Dia kemudian kembali melihat langit.
"You nak tanya pasal apa?" Soal Avery mendatar.
"Hal syarikat" bohong Keith tenang.
"Ouh..." jawab Avery semula kemudian mereka berdua kembali diam. Masing masing hanya melayan perasaan.
Pulak tu bintang pada malam ni sangat cantik bertabur di atas langit. Cahaya bulan juga terang menyinar.
"I'm glad you're here" kata Avery tiba-tiba. Mulutnya mengukir senyuman manis.
Keith yang mendengar hanya menghela nafas panjang.
"Kau, tak marah aku lagi?" Soal Keith sambil memandang wajah gadis itu.
"Sejak bila i marah you?" Kening Avery berkerut.
"Ouh, kau tak marah rupanya. Aku ingatkan aku ada buat salah sampaikan kau nak putus dengan aku. Maknanya kau sengaja lah nak putus dengan aku? Sebab kau nak dekat Elrick?" Soal Keith semula. Nadanya sedikit memerli.
"Keith, sebenarnya i..."
"Aku dah masuk islam" pintas Keith laju.
Mata Avery terus membulat mendengar ayat lelaki itu.
"Sejak bila?"
"Sejak kau dah tak ada. Aku nak masuk agama kau, supaya doa aku sampai dekat kau. Tak pun tu cuma alasan untuk aku masuk agama islam. Entah, atau mungkin hidayah aku dah sampai, so that all" kata Keith mendatar.
Avery tergamam. Tak sangka akhirnya lelaki itu akan terbuka hati untuk menerima islam satu hari nanti. Memang benar selama ini dia duduk dalam keluarga yang beragama islam. Tapi tengoklah abang abangnya. Bunuh orang sana sini, apatah lagi dia, lebih kurang dua kali lima je perangai. Jadi dia tidak memaksa untuk Keith menerima agama itu memandangkan keluarganya sendiri agak terpesong.
"I'm glad to hear that, really..." bibir pucat Avery tersenyum manis. Entah mengapa dia terasa sangat bahagia saat ini.
Keith pandang Avery dengan muka serius.
"Kau ingat tak apa yang kau cakap dekat aku dua tahun lepas?" Soal Keith mendatar.
Angin malam yang bertiup membuatkan rambutnya terbuai buai seperti ombak.
"I cakap apa?"
"Kau kata kau nak kita putus sebab aku lain agama. Kita tak serasi" Keith jatuhkan kaki kirinya. Poket bajunya diraba. Ada satu pin bom besi yang berbentuk bulat. Pin itu dibawa keluar. Lama pin itu dipandang sebelum matanya beralih kepada Avery. Tak ada cincin, pin ni pun jadilah!
"Memang betul aku tak sweet macam Rayyan dengan Lucia atau macam Khayra dengan Ray. Tapi kalau kau dalam bahaya, aku akan pastikan aku orang pertama yang akan bantu kau. Kalau kau sunyi, aku akan pastikan aku orang pertama yang akan hiburkan kau. Kalau kau sedih, aku jugak orang pertama yang akan buat kau gelak. Susah senang kau aku nak aku yang ada dekat sebelah kau. Musuh kau jadi musuh aku. Keluarga kau jadi keluarga aku. Av, daripada dulu cinta aku tak pernah berubah. Walaupun kau jauh dari aku, tapi hati aku tak pernah berubah untuk kau" Keith diam sejenak. Mata Avery yang sudah berkaca-kaca itu dipandang lama sebelum akhirnya mulut Keith mengukir senyuman manis.
"Sudi tak kalau kau jadi isteri aku dunia akhirat?"
Empangan air mata Avery pecah apabila mendengar kalimat itu diungkapkan. Tangannya naik menekup mulut sendiri. Menahan agar tiada esakan keluar dari mulutnya.
"Tapi i bahaya...dalam badan i ada bom, kalau bom tu meletup" suara Avery mula bergetar.
"...aku rela ikut kau, " pintas Keith laju.
"Untuk kali kedua, sudi tak kau jadi teman sehidup semati aku?" Soal Keith lagi.
"Tapi Keith, i ramai musuh. Hidup kita akan sentiasa dikejar dengan bahaya..."
"Zoe Avery Mikayla sudi tak kau jadi isteri aku?" Soal Keith lagi.
Avery mengelap air matanya, kepala diangguk laju bersama senyuman.
"I sudi..."
Dari dalam rumah, Bella dan Luiz elok sedang mengintai mereka berdua daripada tadi.
"See? I dah kata dah Keith akan lamar Av" komen Bella sebelum tergelak. Bahu Luiz ditepuk-tepuk manja. "Bak duit 100" kata Bella sambil menghulurkan tangannya kearah Luiz.
"Tak adil ..." kata Luiz sebelum menghulurkan sekeping duit seratus kepada kekasih hatinya. Kesal kerana dia kalah dalam taruhan merepak yang dibuat dua minit lepas.
"Tak adil apanya... dia dah kalah...hek eleh..."
Luiz kemudian memandang gadis itu yang nampak gembira mencuri duit darinya.
"Kita bila?" Tanya Luiz mendatar.
"Bila apa?"
"Kita bila nak kahwin?"
"Nak kahwin sekarang ke?" Soal Bella semula.
"Nak? I on je" jawab Luiz semula mendatar.
Mereka memandang antara satu sama lain lama, sesaat selepas itu masing-masing tergelak kuat.
"Lain kali kita kahwin okay" kata Luiz sambil mengusap rambut Bella.
"You buat lagi sweet dari laki jambu tu tau" kata Bella selamba melabelkan Keith lelaki jambu.
"Nanti aku lamar kau guna seratus bunga mawar yang diperbuat daripada kulit manusia...sweet tak?" Soal Luiz sebelum tersenyum menyeringai.
"Eyyyy.. sweetnya suka! Suka! Suka! Sayang you!" Kata Bella teruja sambil mecium pipi lelaki itu berkali-kali.
Share this novel