Bab 8

Action Series 25520

Rayyan mencampak Elrick ke sofa ruang tamu, di belakangnya ada kembar dan juga Keith yang baru sahaja naik dari tingkat bawah. Kemudian mereka semua mengambil tempat atas sofa.

"El! Apa dah jadi ni?" Avery yang melihat kekasih hatinya itu terus mendapatkan Elrick. Badan Elrick jelas menggigil-gigil.

"Av, lipas... Pilas li? Lipas" kata Elrick yang masih lagi dalam keadaan trauma. Avery yang mendengar hampir hampir sahaja tergelak melihat Elrick. Pasti Rayyan dan yang lain membuli Elrick sampai sebegini rupa.

"Dia demam tu, tadi aku bawak jalan jalan keliling rumah" kata Rayyan tiba-tiba mencelah. Muka selamba ditayang.

"Aah tengah jalan jalan tiba-tiba dia kata demam pulak" Keith pula menyokong.

Si kembar hanya diam memerhati kebohongan dua makhluk sial itu.

"Jom, jom saya bawak awak masuk bilik" kata Avery sebelum dia terus membawa Elrick melangkah ke arah lift rumah.

"Mana Louis?" soal Keith kepada Hanz yang sedang tekun melihat tv.

"Dia dekat atas dengan bini dia" jawab Hanz mendatar.

"Dengan bini aku sekali eh?" soal Rayyan pula.

Hanz mengangguk kecil.

"Okaylah gais aku naik dulu. Cau" kata Rayyan sebelum dia terus melangkah pergi ke arah lift rumah.

Mereka yang lain hanya memerhati dari ekor mata sehingga Rayyan hilang dari pandangan.

"Hanz, apasal aku tengok Av macam tak marah je kitaorang buli pakwe dia" kata Zariq kepada Hanz.

Hanz hanya mengangkat kedua bahunya.

"Entah, aku pun tak tahulah" jawab Hanz mendatar.

"Yang kau pulak nak pergi mana?" soal Zen melihat ke arah Keith yang sudah bangun daripada sofa.

"Aku nak ambik angin kejap" kata Keith sebelum dia terus melangkah ke arah pintu utama.

Kereta lamborghini hitamnya dituju. Pintu kereta dibuka sebelum dia memboloskan badan masuk ke dalam.

Enjin kereta dihidupkan sebelum laju kereta itu meninggalkan kawasan kediaman Mikayla.

Dari balkoni atas, Avery hanya memerhatikan sahaja kereta Keith yang sudah keluar daripada pagar rumah utama.

Nafasnya dikeluh panjang sebelum dia masuk semula ke dalam.

Keith memandu keretanya laju ke arah satu tempat. Dan tempat itu adalah dimana berlakunya kejadian anak buah Rayyan disuntik dengan dadah.

PSEK singkatan bagi Private School Emerald Kids.

Sampai sahaja di private school itu, Keith memakir keretanya betul betul di sebelah pintu masuk yang kini sudah penuh dengan kertas tape kuning larangan polis. Merata rata bentuk manusia yang dilukis menggunakan kapur putih di atas tanah.

Pasti itu lukisan tubuh tubuh pengawal Alicia dan Rachel yang mati semasa kejadian.

Pintu kereta dibuka sebelum Keith melangkah keluar. Kakinya mengatur langkah ke arah tempat kejadian itu dengan lebih dekat.

"Siapa yang berani sangat buat benda ni?" soal Keith sendiri. Kedua tangannya elok terletak di dalam kocek seluar. Matanya tajam merenung kesan kesan darah yang ada di tanah.

"Kan? Siapa agak agaknya yang buat semua ni..." sahut satu suara.

Dengan pantas Keith menarik pistol hitam yang terselit di kocek seluarnya sebelum diacu tepat ke arah suara tadi.

"Siapa kau!" soal Keith serius. Tajam matanya merenung gadis yang berdiri di sebelah. Entah sejak bila dia ada di situ. Tiba-tiba sahaja muncul.

"Hi, we meet again. Remember me? My name is Bella" kata gadis yang memakai hoodie hitam menutupi kepalanya itu.

"Apa kau buat dekat sini?" soal Keith dingin.

"Doing my job, obviously" balas gadis itu semula. Dia kemudian mencangkung di sebelah Keith.

"Wah! Such a scary scene" katanya teruja.

Dahi Keith berkerut memandang Bella.

"Siapa yang suruh kau datang sini? Rayyan ke yang upah kau?" soal Keith mendatar. Pistol tadi sudah disimpan semula ke dalam kocek seluar.

"Hurm hmm.." angguk Bella perlahan.

"Kenapa? Dia upah kau untuk apa?" soal Keith lagi.

Gadis itu tersenyum sinis.

"Sorry, its Client secret" jawabnya bersama gelakan kecil.

Keith hanya diam memerhati.

Bella kemudian melangkah masuk daripada garisan tape kuning polis dengan selamba. Habis ke semua tempat kejadian itu dipijak tanpa rasa serba salah.

"Hurmm... Where is it, where is it" katanya sendiri. Dia seperti sedang mencari sesuatu.

"Kau cari apa ni?" tanya Keith yang sudah hairan melihat perbuatan gadis itu.

"Clue..." jawabnya sepatah.

"Clue?"

"Thanks sebab ulang..." kata Bella mendatar.

"Clue apa?" soal Keith semula.

"Clue for the next victim..." jawab Bella sebelum dia mencangkung. Ada satu huruf berbentuk M tertulis betul betul sebelah salah satu lukisan kapur di atas tanah. Bibir Bella tercorak senyuman sinis.

"Maksud kau?"

"Benda ni takkan berakhir dekat sini. Musuh korang adalah seorang pembunuh psychopath. Selalunya dia membunuh dengan tujuan yang kukuh dan meninggalkan clue clue untuk pembunuhan seterusnya" terang Bella.

"Maksud kau dia sebenarnya nak bunuh dua kembar tu tapi tak berjaya?"

"Mungkin ya mungkin tidak,"

"Target dia Avery? Adik Rayyan?"

"Mungkin ya mungkin juga tidak..." jawab Bella lagi.

"Kau tahu ke siapa musuh kitaorang sekarang ni?"

Bella bangun daripada mencangkung sebelum dia berpusing merenung wajah Keith. Atau lebih tepat ke arah lelaki di belakang Keith.

"Berapa lama lagi kau nak duduk dalam gelap tu?" soal Bella tiba-tiba.

Keith dengan pantas menoleh ke arah belakang.

"Hahaha, cekap jugak eh kau ni..." kata Rayyan yang datang entah dari mana.

"Eh, bila masa kau ikut aku?" soal Keith dengan kening yang sudah berkerut.

"Magik kan?" balas Rayyan sebelum dia tergelak kuat.

Gadis bernama Bella itu melangkah ke arah Rayyan. Satu sampul surat bersaiz sedang dihulurkan kepada lelaki itu.

"Ni apa yang kau nak..."

Sampul surat itu bertukar tangan.

"So? Jumpa tak?" soal Rayyan semula.

"Tak, aku pun tak tahulah macam mana dia buat kerja tapi yang pasti yang serang anak buah kau tu orang dia. Bukan dia. Dia takda datang pun tempat ni masa kejadian berlaku" jelas Bella.

Keith pula sudah bingung seperti kera bodoh di tempatnya. Apa benda diorang berbual ni?.

"Orait thanks. Yang lagi satu aku minta tu kau dah cari?" soal Rayyan semula.

"Belum. Masih tak jumpa... Nanti kalau dah jumpa aku bagi tahu kau"

"Tu je?" soal Rayyan kembali.

"Ouh yah, your hacker. Tell him to careful"

"Faiq?" tanya Keith mendatar.

"Muhammad Faiq right? Nama dia?"

Rayyan dan Keith serentak mengangguk.

"Watch him. I think he is the next. Kalau dia tak dapat bunuh anak sedara kau. Aku rasa dia akan start daripada orang orang terdekat kau" kata Bella mendatar

"Orait, thanks Bella... " ucap Rayyan.

"Anytime" balasnya sebelum dia melangkah pergi.

"Hey Bella!" panggil Rayyan semula.

Gadis itu menoleh sedikit.

"Mana Luiz? Dia tak ikut ke?" soal Rayyan kuat.

Bella tidak membalas. Hanya pandangan sayu sahaja yang diberikan kepada Rayyan sebelum dia hilang seperti angin.

'Babi punya flight'

"Siapa Luiz?" soal Keith kepada Rayyan.

"Hurmm... Family jauh kita, mungkin" balas Rayyan semula.

Makin berkerut dahi Keith.

"Haha kau tak payah tahulah..." Rayyan sudah melangkah ke arah kereta lamborghini Keith.

"Hah? Kau naik kereta aku ke tadi?" soal Keith tidak percaya.

"Aah, kau je yang tak perasan aku duduk seat belakang"

"Apa bangang kau ni nak sorok sorok bagai " Keith turut melangkah ke arah keretanya.

"Saja, baru nampak gempak sikit" Rayyan tergelak halus.

"Apa ni?" soal Keith sebaik sahaja mereka berdua sudah masuk ke dalam kereta.

Rayyan tidak membalas. Sampul coklat itu terus sahaja dibuka sebelum dikeluarkan isi di dalamnya.

Helaian kertas putih yang memaparkan maklumat seseorang itu dibaca dengan teliti.

"Hurmm... Elrick Raihan Bin Elias. 28 tahun. Duduk Sweden. Berasal dari  Malaysia... "

"Apa kaitan dia dengan Av? Macam mana diorang boleh jumpa?" soal Keith mendatar.

Kertas itu dibaca lagi.

Selang beberapa minit kedua-dua mata mereka terbeliak.

"Wey, kau perasan tak apa yang aku perasan?" soal Keith mendatar.

"Aku rasa aku perasan jugak. Tapi boleh tak kalau aku nak buat buat tak perasan" balas Rayyan semula.

"Bodohlah kau!" kepala Rayyan diketuk.

"Wey! apasal aku boleh tak cam muka dia?" tanya Rayyan kuat.

"Biasalah, masa tu kan kita budak budak lagi. Muka pun dah lain. Dah besar muka pun berubah" kata Keith.

"Jap tapi apasal dia macam tak kata apa apa pun pasal hal ni. Dia pun buat macam pura pura tak kenal kita je" tanya Rayyan mendatar.

"Entahlah. Tapi dah kalau Av rapat dengan dia. Aku rasa Av mesti tahu"

Kertas putih itu dibaca semula.

"Aish! Entahlah lantaklah si bodoh ni! Aduh malas aku nak peduli lagi!" ngamuk Rayyan tiba tiba. Tertekan dengan kenyataan yang baru diterimanya itu.

Keith pula hanya mengeluh panjang. Tak sangka pula Elrick itu adalah lelaki yang pernah menyelamatkan Avery ketika 18 tahun lepas. Dimana kejadian Clara menculik seluruh keluarga itu.

Avery yang pada masa itu berada di negara Russia telah diculik berasingan. Mereka yang lain tidak dapat menjejak keberadaan gadis itu. Malah selepas Rayyan dan Ray diselamatkan juga Avery masih lagi menjadi tahanan kepada anak Clara.

Mereka semua tidak tahu keberadaan gadis itu. Rayyan yang pada masa itu masih lagi dirawat di hospital bersama abangnya juga tidak tahu mengenai perkara ini.

Faiq, Xavier, dan Keith yang bertungkus-lumus menjejak Avery. Namun ketiga tiga mereka tetap juga gagal. Dan Elrick, kebetulan menjadi saksi kejadian penculikan Avery, telah membantu gadis itu untuk bebas daripada anak Clara. Malah Elrick juga pernah berjumpa dengan mereka semua semasa memulangkan Avery.

Sejak dari itu Avery dan Elrick kekal berhubungan melalui telefon bimbit.

Kertas putih itu dicampak ke dashboard.

"Apasal dia ni baik! Argh tak tahulah aku! Serabut kepala otak aku!" kata Rayyan sambil meraup mukanya kasar.

Nasib tadi dia tidak memukul Elrick sampai mati. Tetapi dia sudah membuli lelaki itu sehingga hampir separuh gila.

Keith hanya menggelengkan kepala. Inilah padanya kalau tidak siasat dahulu sebelum bertindak.

Kertas yang dibaling oleh Rayyan itu dicapai dan dibaca semula.

"Rayyan... Tapi nama dekat kad hitam musuh tu dia tulis Eres kan?" soal Keith mendatar.

"Ye Eres! Takkan Eresah pulak. Eren Attack on Titan jauh sekali" kata Rayyan mula merepek.

"Benda kau ni!" marah Keith.

"Argh entahlah! Serabut kepala aku! Serabut!" jerit Rayyan kuat.

"Beb..." panggil Keith mendatar.

"Ey nak apa lagi!" jawab Rayyan sebelum muka Keith ditenung bagai nak telan.

"Aku tahu kau tengah serabut sekarang ni, tapi cuba kau tengok semula" kertas tadi dihulurkan kembali kepada Rayyan.

"Elrick Raihan Bin Elias.. ER depan nama dia. Nama bapak dia kalau kau ambik depan dengan belakang jadi..."

"ERES!" jerit Rayyan sedikit kuat. Matanya sudah membulat besar merenung kertas itu dan Keith bersilih ganti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience