Sarapan pagi hanya sunyi sepi apabila ditambah dengan kehadiran ahli baru dalam rumah itu.
Masing-masing hanya mendiamkan diri sahaja.
Rayyan dengan Keith pula malas untuk membuka suara.
"Nanti El datang pejabat Abang Ray untuk jumpa dengan dia. Sekaligus boleh singgah bilik abang Ayyan nanti. Bincang pasal business tu" kata Avery yang duduk di sebelah Elrick.
"Okay," balas Elrick sepatah sebelum bibirnya mengukir senyuman kepada Avery.
Avery turut membalas senyuman itu.
Keith pula hanya mampu menghela nafas panjang melihat mereka berdua di hadapannya. Kalau dulu pasti Avery akan duduk di sebelah Keith. Tapi kalini tidak lagi.
"Takpayah, aku tak masuk pejabat Ray harini. Datang pejabat aku. Aku ada dekat sana" kata Rayyan dingin sebelum dia terus bangun dari kerusi. Mulutnya dikesat sedikit menggunakan kain napkin. Sempat dia menghadiahkan kucupan kepada anaknya, Emiel dan Lucia.
"Jaga Emiel elok elok tau sayang. I pergi kerja dulu. Bye" kata Rayyan lembut sebelum dia terus meninggalkan meja makan itu.
Sesaat selepas itu, Keith pula bangun dan melangkah pergi. Tak betah dia nak berlama dekat meja tu. Buat sakit mata je.
Mereka yang lain pula hanya memerhati sahaja dua jejaka itu sehingga hilang dari pandangan.
"Jom naik kereta aku, kita racing harini" pelawa Rayyan sebaik sahaja Keith ingin melangkah ke arah kereta Lambo hitamnya.
Keith tidak berkata banyak, dia terus sahaja melangkah di sebelah seat pemandu Ferrari merah Rayyan.
Laju kereta itu melunjur di jalan raya.
"Beb..." kata Rayyan memulakan bicara.
Keith yang sedang memandang ke luar tingkap menoleh ke arah Rayyan.
"Hmm apa dia?" jawab Keith.
"Aku nak tanya ni kau jangan terasa tau" kata Rayyan lagi.
"Apa dia?".
"Kau dengan adik aku apahal? Gaduh ke?" soal Rayyan mendatar.
"Entahlah..." jawab Keith malas sebelum pandangannya dibuang ke luar tingkap semula.
Rayyan menoleh ke arah Keith di sebelah sebelum dia memandang jalan raya semula.
"Aku tengok sejak dia balik semalam dia takda borak apa apa pun dekat kau. Sejak bila dia macam tu? Dingin semacam je" soal Rayyan lagi.
"Minggu lepas..." balas Keith.
"Tiba tiba je dia macam tu?" soal Rayyan.
"Aah..." balas Keith sepatah.
"Dia takda kata apa apa ke sebelum tu?".
Keith terdiam agak lama. Terimbas kembali apa kali terakhir ayat Avery kepadanya.
“Our religions are different, our relationship has no future. Before it's too late, before it gets too affectionate. let's break up. Even if i end up with someone else in the end, you're still the man that i truly love with all my heart. I'm so sorry Keith. But maybe we’re just meant for different people.”
Keith menghela nafas panjang. Tiba tiba rasa nak menangis pulak.
"Last tu dia ada call aku, dia kata kitaorang tak serasi bersama. Dia suruh aku pergi dari hidup dia. So aku pun macam okay jelah kan. Tak sangka pulak tiba tiba dia bawak Elrick... " kata Keith perlahan.
"Ouh kau dah tahu ke pasal Elrick tu..." kata Rayyan.
"Hmmm tengok dari cara diorang borak pun aku dah tahu. Aku bukannya bodoh. Lagipun kalau dia datang setakat nak jadi business partner kau, apasal Ray sampai bagi dia duduk rumah kita," jawab Keith mendatar.
"Pernah sakit~ tapi tak pernah sesakit ini~" nyanyi Rayyan tiba tiba.
Keith hanya menjelingkan matanya. Ada jugak yang kena campak ikut tingkap ni karang.
"Hmm... Kiranya kau dah tahu lah ni pasal dia? Tak perlulah aku nak pura pura jaga hati kau" balas Rayyan selamba.
"Tapi sebelum Avery kata macam tu dekat kau, korang ada gaduh ke?" soal Rayyan lagi.
"Takda pulak. Kenapa?".
"Aku rasa macam musykil lah. Dengan si Patrick tu sebenarnya" kata Rayyan mendatar.
"Elrick lah nama dia" kata Keith.
"Mampus tak layan..."
"Apa yang kau musykil dengan dia?" soal Keith semula.
Mereka berdua telahpun sampai di tempat parkir bangunan pejabat milik Rayyan.
"Jom kita naik bilik aku dulu" arah Rayyan mendatar.
Rayyan melangkah keluar dari perut lift bersama dengan Keith. Sudah hampir 3 bulan dia tidak melangkah pejabatnya ini. Hanya Hanz sahaja yang rajin ke sini. Rayyan pula, selalunya dia melepak di pejabat Ray sahaja. Senang sikit nak buat onar.
Kerusi berodanya diduduk. Keith pula duduk di kerusi hadapan meja kerjanya.
"Apa benda yang kau nak bagi tahu aku tu?" soal Keith, kening sebelahnya dinaikkan tinggi.
Rayyan tidak membalas, sebaliknya dia terus membuka satu laci di meja kerjanya itu menggunakan kunci berwarna emas. Satu keping gambar dibawa keluar sebelum dihulur kepada Keith.
"Cuba kau tengok tu gambar siapa?" soal Rayyan mendatar.
Keith melihat kepingan gambar itu lama. Ada tiga orang sedang tersenyum memandang kamera. Dua orang lelaki dan seorang perempuan.
"Gambar kau masa kecik? Ni Lucia kan?" soal Keith sambil menunjuk kepada gadis kecil yang berada di tengah.
Rayyan mengangguk.
"Yang tepi tu macam muka si Patrick tu kan?" soal Rayyan agak perlahan.
"Tapi ni bukan ke..."
"Lucas" potong Rayyan laju.
"Tu gambar Lucas masa dia hidup" sambung Rayyan pula.
"Motif kau tunjuk gambar ni?" tanya Keith dengan dahi yang berkerut. Gambar itu dihulur semula kepada Rayyan.
"Haih aku, entahlah, aku tak boleh nak move on dengan Lucas. Aku tak boleh nak tengok muka Elrick tu lama lama. Dia macam muka Lucas. Bila aku tanya bini aku malam tadi pun dia jawab benda yang sama tau" Rayyan meramas rambutnya.
"Kalau kau nak tahu, suara Lucas dengan Si Elrick tu pun hampir hampir sama tahu tak" sambung Rayyan lagi.
"So kau nak kata yang Elrick tu Lucas ke? Tapi dia dah meninggal bro. Kau kena terima kenyataan tu. Tiap tiap minggu kau lawat kubur dia kan" balas Keith.
"Tak... Aku bukan nak kata dia tu Lucas. Tapi... Kau tahu kan Lucas mati kena tanam hidup hidup?, itu apa yang Tyler cakap. Tapi macam mana kalau sebenarnya diorang gali balik kubur Lucas masa tu? Cuma kita je yang tak tahu? Haih aku -... " kata Rayyan sedikit perlahan.
"Apa kau merepek ni bro? Lucas dah takda lah. Dia dah mati" kata Keith sedikit tegas.
"Ya aku cakap kemungkinan je...Aku pun tak berharap si Patrick tu Lucas. Tapi... "
"Tapi apa? " soal Keith.
"Macam mana kalau satu hari nanti kita terpaksa bunuh Elrick? " tanya Rayyan sayu.
"Beb apahal sampai kena membunuh pulak ni? Dia okay je kan?" soal Keith keliru.
"Kau ingat tak kad hitam yang kita dapat masa jamuan dekat rumah Ray beberapa minggu lepas?" soal Rayyan mendatar, mukanya sudah berubah serius kembali.
"Ingat, tapi apa kena mengena"
"Kad tu kata apa? Dia dah dapat Av kan? Then tiba tiba mamat ni muncul. Kau expect apa? Takkan kau tak syak apa apa langsung. Aku yakin dialah Eres tu" kata Rayyan.
"Bro, nama dia Elrick, bukan Eres" balas Keith senada.
"We will see..."
Tok tok tok.
Mereka berdua pantas menoleh ke arah pintu.
Elrick sedang elok berdiri di pintu bilik itu dengan kedua tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar. Entah bila masa pintu itu terbuka. Langsung takda bunyi suara.
"Ouh kau rupanya Patrick. Masuk lah. Duduk sini" pelawa Rayyan sambil tangan menunjuk ke arah kerusi di sebelah Keith. Karakter Rayyan terus berubah formal.
Elrick masuk dan mula mengambil tempat di atas kerusi.
"So about our proposal business..."
"Nope, we're not gonna discuss about that right now. Benda tu kau discuss dengan orang kanan aku. Hanz. Harini aku nak discuss benda lain" potong Rayyan laju.
Tiba-tiba Rayyan mengacukan sepucuk pistol putih tepat ke arah kepala Elrick.
Tetapi lelaki itu hanya diam. Mukanya hanya selamba sahaja walaupun sudah diacu pistol oleh Rayyan.
"Wow, jarang aku tengok orang lain tak takut langsung bila kena acu pistol depan mata" kata Rayyan mendatar.
Elrick tersenyum nipis. Keith di sebelah pula hanya diam memerhati.
"Kenapa perlu bincang pakai pistol ni?" soal Elrick semula. Mulutnya tersenyum senget. Mukanya jelas tidak gentar dengan ugutan Rayyan.
Rayyan hanya tergelak halus sebelum kembali menyimpan pistol putihnya semula.
"Yup that right, aku saja je nak test kau tadi"
"Aku nak tanya..."
Muka Rayyan berubah dingin.
"Apa tujuan sebenar kau datang sini?" sambung Rayyan semula.
Elrick menoleh ke arah Keith di sebelah sebelum bibirnya tersenyum senget.
"Untuk rampas kekasih kau, mungkin" kata Elrick selamba.
Sementara itu diluar pejabat Rayyan, Avery sedang menyandar badan pada kereta Ferari pink miliknya sambil mata ralit melihat sebuah buku nota. Buku itu penuh tercatit pelbagai peristiwa peristiwa penting yang berlaku ketika dalam mimpinya.
"Rachel, dan Alicia mangsa pertama. Mati kerana dicampak dari bangunan tinggi. 28/11" Avery melihat skrin iPhone nya.
24 Nov.
Kalau ikut daripada mimpinya itu. Anak kembar Ray dan Khayra adalah yang akan menjadi titik mula bagi peristiwa hitam dalam hidupnya.
Helaian kertas itu diselak lagi. Seterusnya Faiq. Lelaki itu juga akan terima nasib yang seakan sama dengan anak kembar abangnya nanti.
Nafas di keluh kasar sebelum buku itu ditutup.
Mampukah dia untuk mengubah nasib mereka. Avery sendiri tidak pasti. Lebih baik dia berjaga jaga sebelum terlambat.
"Hi Av" tegur seseorang.
Avery mengangkat wajahnya.
"Er, Hi Keith" balas Avery kalut. Dia tidak sangka boleh terserempak dengan jejaka itu. Aka bekas kekasihnya.
"Tunggu Elrick ke?" soal Keith mendatar.
"Ah, aah ya tunggu dia" balas Avery laju. Buku tadi di simpan semula dalam kereta.
Keith melangkah semakin dekat.
"Av..." panggil Keith agak perlahan tetapi masih boleh didengar.
"Ya?"
"Av, boleh aku tanya sesuatu"
"Tanyalah, apa dia?"
"Betul ke Av nak kahwin dengan Elrick? Betul ke Av cintakan dia? Ke Av sengaja bawa dia sebab nak aku pergi dari hidup Av?" tanya Keith. Wajahnya masih kekal tenang. Namun nada suaranya sedikit bergetar semasa mengutarakan soalan itu tadi.
"Keith, sebenarnya..."
"Av you tunggu i ke?" celah seseorang.
Mereka berdua pantas menoleh ke arah Elrick yang baru melangkah keluar dari bangunan pejabat.
"Okaylah Keith, Elrick dah sampai dah tu. i gerak dulu" Avery terus sahaja masuk ke dalam keretanya semula.
Elrick pula berjalan ke arah tempat penumpang di sebelah.
"Stay away from my girl," bisik Elrick betul betul di telinga Keith sebelum dia membuka pintu kereta.
"Loser... " sambung Elrick lagi.
Keith hanya memerhati sahaja kereta sport itu memandu laju meninggalkan perkarangan pejabat milik Rayyan.
"Hurm... Dah tu nak aku nangis ke babi?" kata Keith mendatar sebelum dia juga melangkah pergi.
Share this novel