Warning?
Untuk pembaca My Insane Lover karya Tasya Evelyn. Anda tidak digalakkan membaca chapter ini dan seterusnya kerana mengandungi BIG spoiler. Stop baca sampai sini sahaja kalau tidak mahu tahu apa yang terjadi pada buku My Insane Lover.
"Hello hell pepol, whatsupp" tegur Rayyan sebelum menarik kerusi cafe di hadapan Bella. Lucia pula duduk bersebelahan dengan Rayyan.
"Hi..." kata Bella dan temannya serentak.
"Hi Hanz 2.0" kata Rayyan kepada jejaka yang berada di sebelah Bella.
Bella hanya tergelak halus mendengar bicara Rayyan sebelum diikuti pula dengan Lucia.
"Kepala bana kau" jawab Luiz berani dengan muka masam mencuka.
"Woah, sejenis member tak boleh nak chill" kata Rayyan selamba. Luiz menjulingkan matanya.
"Abang aku tak ikut ke?" soalnya semula.
"Hanz?" soal Lucia sepatah.
"Yelah, abang mana lagi aku ada selain dia"
"Ada dekat kubur tadi. Eh lagipun aku tak bagi tahu lagi dekat dia yang dia ada adik. Muka sebijik pulak tu... " Rayyan tenung muka Bella.
"Bella kalau Luiz mati kau ambik je si Hanz tu. Muka sama je. Copy paste. Cuma perangai beza sikit lah. Hanz macam malaikat. Tunang kau ni macam syaitan dari neraka ketujuh" kata Rayyan mendatar.
Serentak Luiz dan Bella menayang jari tengah ke arah Rayyan.
Rayyan tergelak kuat. Suka betul dapat menyakat keturunan Hanz. Abang adik sama je. Dua dua comel.
Eee geram!
"Hacker kau apa citer?" Tanya Bella mendatar.
"Alhamdulillah hidup lagi, aku sorok. Risau musuh cari dia. Aku harap yang nak bunuh Faiq tu percaya yang Faiq memang dah mati" kata Rayyan.
"Okay, back to the topic. Tujuan asal aku panggil korang berdua datang France sebab aku ada misi penting yang nak buat. Dan misi tu memerlukan korang berdua, especially Bella..." wajah gadis itu ditenung.
Bella dan Luiz tekun mendengar.
"Aku perlukan kau untuk bantu aku, bantu keluarga aku..." sambung Rayyan semula.
"Bahaya tak misi kau ni?" soal Bella senada.
"Kalau tak bahaya aku malas nak join. Bosan" sambung Luiz pula.
Lucia yang turut berada disitu hanya terdiam melihat dua pasangan gila itu. Orang lain kalau boleh nak jauh jauh daripada bahaya. Mereka berdua ni pulak macam suka suki je berkawan dengan ancaman bahaya.
"Sangat sangat bahaya. Kalau korang leka. Boleh mengakibatkan kehilangan nyawa" kata Rayyan serius.
"Cool~ aku join" celah Bella laju. Bibirnya tersenyum lebar sebelum kepala menoleh ke arah sebelah.
"Aku join" kata Luiz pula.
Rayyan tersenyum memandang isterinya. Begitu juga dengan Lucia. Tak sia sia dia berkenalan dengan mereka berdua. Setidak tidaknya dia ada bantuan lain yang kuat untuk melawan musuh mereka kali ini.
"So here the plan..."
Belum sempat Avery masuk ke dalam pintu bilik medic, tangannya ditarik lembut oleh seseorang dari belakang.
"Apa lagi El... Av penat ni" kata Avery lemah sahaja. Tiada mood dia hendak bersua muka dengan sesiapa saat ini. Kehilangan Faiq bagaikan memberi impak besar dalam hidupnya. Saat ini dia tidak boleh berdiam diri sahaja.
Rancangan
Dia perlu ada rancangan baru untuk melawan musuhnya. Jika tidak, kesemua mimpi yang dia alami sepanjang 2 bulan lepas mungkin akan menjadi realiti.
Patutkah dia meminta bantuan dari abang abangnya? Tidak. Dia tidak mahu keluarganya yang lain turut jadi mangsa gila lelaki itu.
"Av, El tahu Av risau. El pun risau. Tapi Av jangan macam ni. Masalah ni kita boleh selesaikan bersama" pujuk Elrick lembut.
"Selesai kan bersama?" sarkastik sungguh nada suara gadis kecil itu menyoal. Muka Elrick ditenung dengan mata yang tajam.
"Nak selesaikan macam mana? Hidupkan balik Faiq? Pulihkan balik dua kembar dalam bilik ni?" jari telunjuknya menunding ke arah pintu bilik medic.
"Nak selesaikan macam mana lagi El! Av suruh cari lelaki tu pun El kata El tak jumpa kan? So tell me right now. How you going to fix this fucking problem!" berombak laju dada Avery menuturkan setiap ayat itu.
"Av, apa yang you cakap ni?" Soal Elrick perlahan. Pegangan di tangan Avery masih tidak dilepaskan malah digenggam semakin erat.
Bibirnya kembali terkaku. Tidak tahu macam mana lagi ingin memujuk gadis kecil di hadapannya ini.
"Tak payah nak pegang tangan dia boleh kan?" celah satu suara ke arah mereka berdua.
Mendengar amaran keras dari Keith, Elrick pantas melepaskan tangan Avery.
Avery memandang Keith dan Rayyan yang melangkah semakin mendekat. Di belakang Rayyan pula ada seorang gadis yang bertoncang satu dan seorang lelaki yang berjalan rapat disebelahnya... Hanz? Tapi kenapa gaya Hanz berjalan nampak lain.
Aura disekeliling lelaki itu juga nampak lebih membunuh dan menyeramkan. Senang kata gadis bertoncang satu dan lelaki serupa Hanz itu ada aura pembunuh yang sangat kuat. Tak, dia yakin itu bukan Hanz.
Mereka berempat jalan semakin dekat.
"Apahal kau pandang pandang aku?" soal Rayyan kepada Elrick.
Automatik Elrick melarikan pandangannya. Masih trauma melihat muka Rayyan. Terngiang segar di kepala, dirinya dipaksa mengunyah haiwan bernama lipas beberapa hari yang lalu.
"Siapa?" tanya Avery sepatah.
"Hi, my name is Bella. Bella Lavender Rose. But you can call me Bella or Fredja... "Â kemudian dia menoleh ke arah Luiz.
"And this is my fiancee..."
"Luiz... My name is Luiz martin" sambung lelaki itu laju dan senada.
"Luiz?" berkerut dahi Avery memandang jejaka itu. Dia ni ada kena mengena dengan Hanz ke? Kenapa muka mereka macam copy paste.
"Yah, that my name..." kata Luiz mendatar. Muka dingin ditayang. Tiada langsung secalit senyuman, berbeza dengan Bella yang daripada tadi tidak berhenti dengan muka manisnya itu.
Avery memandang Rayyan seperti meminta penjelasan.
"Berkumpul dekat bilik meeting 1 sekarang. Ada benda aku nak cakap" arah Rayyan mendatar kepada Avery sebelum sempat dia menjeling tajam ke arah Elrick.
Kemudian mereka berempat mula mengatur langkah pergi.
Semua mata yang ada dalam bilik mesyuarat itu kini tertumpu pada Luiz dan Bella. Tidak kurang juga dengan Hanz. Daripada masuk bilik meeting itu lagi dia sudah terkejut dengan kehadiran lelaki yang serupa dengannya itu.
"Saya Zariq Karlens ada soalan!" jerit Zariq tiba-tiba sambil mengangkat tangan tinggi.
"Apa?" soal Rayyan yang sedang berdiri di hadapan sepatah.
"Lelaki ni bapak Hanz ke? Kenapa muka diorang sama? Lagi satu siapa perempuan sebelah dia tu? Kenapa cantik sangat" soal Zariq mendatar.
Pantas Luiz mengangkat jari tengahnya. Manakala Bella pula sudah tergelak gelak di sebelah lelaki itu.
"Abaikan muka dia, sekarang ni ada benda yang lebih penting aku nak cakap dekat korang semua" sambung Rayyan semula. Semua wajah yang berada dalam bilik itu dipandang satu persatu sebelum berakhir pada muka isteri tercintanya, Lucia.
Hanya Elrick sahaja yang tiada. Rayyan melarang lelaki itu untuk ikut turut serta dalam perbincangan ini.
Wajah Ray yang nampak sayu dipandang.
"Long, aku harap kau dapat bersabar atas apa yang jadi pada anak anak kau dan kehilangkan Faiq..."
Ray hanya diam tidak membalas.
Rayyan membetulkan suaranya sedikit.
"Aku memperkenalkan kepada korang semua. Dua orang ni ialah kawan aku. Bella Lavender Rose... Dan Luiz Martin..."
Zen memandang adik kembarnya. Begitu juga dengan Zariq yang serentak memandang abangnya.
"Rose!?" kata mereka berdua.
"Kau anak pembunuh elit Malaysia yang baru mati beberapa bulan lepas tu ke?" soal Zariq kuat dengan mata yang terbeliak besar.
Bella membuat simbol peace sambil mengenyitkan sebelah matanya.
"Woah...." kata Zariq dan Zen serentak.
"Apa kaitan diorang berdua dengan keluarga kita?" soal Avery mendatar.
"Mulai esok. Aku dan Lucia akan pergi Malaysia..." jawab Rayyan.
"Hah? Malaysia? Buat apa?" soal Khayra yang sememangnya tahu tentang kebencian Rayyan terhadap negara penuh undang undang itu.
"Hal business syarikat..." bohong Rayyan mendatar. Isterinya pula hanya diam mengiyakan.
"Dan aku mungkin akan pergi untuk beberapa bulan... Jadi.."
Bam!
Kuat meja meeting itu diketuk oleh seseorang.
"NO! ADIK TAK BENARKAN!" celah Avery memberontak secara tiba-tiba.
"Abang tak boleh jauh dari keluarga kita! Adik tak benarkan abang pergi ke Malaysia!"
Semua mata kini terarah pada gadis kecil itu.
"Kenapa?" soal Xavier yang dari tadi hanya diam memerhati. Dia dan kembar sememangnya sudah awal lagi mengetahui mengenai rancangan Rayyan.
Hanz pula dari tadi matanya masih tidak lepas memandang wajah lelaki yang serupa dengannya itu. Adakah itu doppelgangernya? Kenapa wajah mereka sangat serupa.
"No! You just can't! Jangan jauh dari kitaorang semua" bantah Avery kuat.
"Av aku pergi sebab hal kerja. Bukan pergi melancong..."
"Tetap tak boleh! Abang dah kaya! Tak perlu nak buat bisnes bisnes tu lagi. Kalau syarikat abang lingkup pun duit dalam bank abang tu ada beribu billion lagi!"
Mereka yang lain sudah memandang pelik.
"Ayat kau tak munasabah langsung sekarang ni. Bagi aku alasan untuk aku tetap dengar arahan kau dik."
Avery terdiam. Sememangnya dia tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menghalang Rayyan pergi. Tetapi kalau mengikut mimpi yang dialaminya selama ini, semua benda akan menjadi lebih teruk semasa akak iparnya dan Rayyan menjauh dari keluarga itu. Keadaan akan menjadi kucar kacir. Perkara buruk akan berlaku. Dan Avery sangat yakin tentang hal itu.
"Siapa nak jaga keluarga ni kalau abang dan akak pergi..." tanya Avery sayu. Suaranya sudah rendah tidak seperti tadi.
"Macam mana kalau musuh kita serang kitaorang semua masa abang dan akak pergi?" suara Avery semakin kendur. Tangannya mula menggigil. Adakah memang benar semua mimpinya akan menjadi realiti? Dia tidak boleh mengubah walau satu realiti pun?
"Adik..." panggil Rayyan mendatar.
Avery tidak menjawab. Pandangannya tertumpu pada lantai bilik.
"Adik!" panggil Rayyan lebih tegas.
Avery mengangkat wajahnya.
"Kita semua akan selamat... Kau tak perlu risau" kata Rayyan cukup tenang dan mendatar.
Pandangan Avery teralih kepada Keith. Mengikut mimpinya itu, Keith yang akan menjadi mangsa pertama selepas ketiadaan Rayyan.
Rayyan yang perasan dengan lirikan mata Avery hanya mengeluh panjang. Kenapalah kau sanggup patahkan hati lelaki tu kalau kau pun sebenarnya suka dekat dia.
"Tujuan aku memperkenalkan Bella dan Luiz kerana sepanjang aku dan Lucia pergi ke Malaysia. Diaorang berdua ni yang akan gantikan tempat aku dekat sini. As your..." jari telunjuk dihala ke arah Avery dan Keith.
"... Bodyguards" sambung Rayyan semula.
"Wooo...." kata Zariq dan Zen serentak sambil mengetuk-ngetuk meja meeting seperti dalam sidang parlimen.
"Hah!" kata Avery dan Keith serentak.
Manakala Khayra, Ray dan Hanz masih kekal diam.
Begitu juga dengan Xavier. Pada dua malam lepas Rayyan memang ada memberitahu tentang bodyguard yang akan menjaga Avery dan Keith sepanjang dia menyelesaikan misinya di Malaysia. Tapi tidak tersangka pula bodyguard itu adalah daripada keturunan Rose.
"Bella akan jadi bodyguard kau. Dan Luiz akan jadi bodyguard Keith..." sambung Rayyan lagi.
"Watahell... Kenapa sampai kena ada bodyguard ni? Aku ikut kau balik Malaysia tak boleh ke?" soal Keith semula.
"Tak boleh. Aku nak pergi dengan bini aku je. Nak sambung honeymoon lagi. Sorang anak mana cukup" balas Rayyan selamba.
Lucia pantas menumbuk lembut pinggang Rayyan. Tengah tengah serius pun sempat lagi dia nak bergurau.
"Macam mana dengan Emiel? Kau bawak dia ke?" soal Hanz pula.
"Tak. Anak aku, aku akan bagi orang lain jaga..." jawab Rayyan.
"Ada bantahan?" soal Rayyan sebelum meletakkan tangannya ke dalam kocek seluar.
Mereka semua hanya diam.
"I take that silence as a no. So that the deal. Mulai esok, Bella dan Luiz akan tinggal dalam rumah ni dengan korang semua. Layan diorang baik baik okay. Lagi lagi dengan si Luiz ni. Dia memang sejenis member tak boleh nak relax. Kalau rasa nak hilang kepala trylah buat dia sakit hati" kata Rayyan.
Bella tergelak halus mendengar ayat Rayyan manakala Luiz hanya menjulingkan matanya sahaja.
"Aku nak tanya sikit boleh tak? ..." celah Hanz tiba-tiba. Semua mata di dalam bilik itu tertumpu ke kepadanya.
Hanz memandang tepat ke dalam anak mata milik Luiz yang duduk dihadapan.
"Kau ni... Ada kena mengena dengan aku ke? Kenapa muka kau sama macam muka aku? Ke sebenarnya kita ni adik beradik yang terpisah?" soal Hanz mendatar.
Share this novel