Bab 13

Action Series 25520

Satu sniper putih yang berada dalam almari kaca biliknya diambil sebelum dihulurkan kepada Bella.

"You tahu guna?" soal Avery mendatar.

Bella menayang senyuman mengejek.

"Of course" jawabnya penuh yakin.

"Good, so here the plan..."

Zariq melangkah perlahan dengan penuh berhati-hati ke arah abang kembarnya. Kakinya juga tidak berbunyi ketika menjejek ke lantai.

"Done, budak budak ni dah selamat" kata Zariq sebelum menunjukkan thumb up kepada Zen dan Hanz yang sedang sama sama menyorok di belakang salah satu tembok pokok hiasan.

"Mana kau letak diorang?" soal Zen secara berbisik.

"Dalam peti ais. Konfirm takkan kantoi" jawab Zariq tanpa rasa serba salah. Kemudian dia tersengih.

"Kepala babi kau letak diorang dalam peti ais. Elak tak mati dekat tangan pembunuh tu, kita semua dah mati dekat tangan Louis je nanti" balas Zen geram sebelum memukul perlahan bahu adiknya.

"Aku gurau jelah, aku dah masukkan diorang dalam bilik kebal" balas Zariq sebelum tersengih.

Zen hanya memusingkan bola matanya.

"Jadi itu ke Eres?" soal Hanz yang sedari tadi hanya mendiamkan dirinya disisi mereka berdua.

"Aku rasa ya, kau tak nampak ke muka diorang sama?" jawab Zariq perlahan.

"Sama? Dengan siapa?" soal Hanz semula. Dahinya jelas berkerut.

"Dengan si bodoh tu" balas Zariq sebelum jari telunjuknya menunding ke arah Elrick yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam ruangan itu bersama Keith.

"Abang! Apa semua ni bang! Apa yang abang dah buat ni" jelas muka Elrick tampak terkejut.

"Kau diam! Mana Avery? Mana perempuan tu" soal lelaki itu dingin.

Keith yang juga baru sampai bersama Elrick itu terus mendapatkan ketuanya.

"Ray! Kau okay tak ni? Mana kembar? Mana Hanz? Anak anak kau? Diaorang selamat kan?" soal Keith sedikit cemas. Kepala lelaki itu ada sedikit mengalir darah pada bahagian kiri dahi. Khayra pula berada di sebelah Ray.

Manakala Xavier berada paling hampir dengan lelaki yang dipanggil abang oleh Elrick tadi. Senang kata Xavier sedang dipegang dan dijadikan tebusan oleh lelaki itu dengan kepala diacukan pistol. Itu juga adalah antara sebab mereka semua tidak melawan saat ini. Nyawa Xavier menjadi kepentingan utama.

"Aku okay... Anak anak aku pun okay. Cuma kembar dengan Hanz aku tak tahu diorang dekat mana sekarang ni" balas Ray mendatar dan cukup tenang. Dia nak gelabah? Tunggu lagi 10 tahunlah. Ikutkan hati Louis memang dah mengelitas nak bunuh si bodoh tu sekarang. Tetapi dia ditahan keras oleh Ray.

"Jawab soalan aku lah sial!" tengking lelaki itu tiba tiba.

Mata mereka semua terus tertumpu kearahnya.

"Abang jangan macam ni. Kita boleh bincang. Apa yang dah jadi? Abang nak apa?" soal Elrick bingung.

"Kau diam Rick sebelum aku tembak lelaki ni dengan kau kau sekali" jawabnya dingin.

"Pergh apasal dia ni? Gila ke apa adik sendiri pun nak tembak" bisik Zariq perlahan. Mereka bertiga masih lagi berada di tempat persembunyiannya.

"Nama dia siapa? Dia abang Mr Elrick ke?" soal Hanz juga dalam keadaan berbisik.

"Kau takpayah nak Mr Mr sangatlah. Geli aku dengar" celah Zariq laju.

"Dia tetap business partner Rayyan walau hakikatnya aku pun jijik nak panggil dia Mr" balas Hanz semula.

"Ouh kau, dah pandai eh nak jijik jijik.... " kata Zariq pula.

"Nama dia Enver, Enver Risay" celah Zen mendatar.

"Mana kau tahu?" soal Zariq mendatar.

"Faiq sempat bagi tahu aku sebelum dia mati" jawab Zen mendatar.

"Risay? Black Rose?" soal Hanz pula.

"Hah?"

"Tak, maksud nama Risay tu Black Rose... " balas Hanz kepada Zariq yang jelas nampak kebingungan.

"Ouh jadi sahlah dia ni Eres... Aku dah agak dah si poyo tu ada kena mengena dengan Eres. Kalau tak apahal Av tiba-tiba ajak dia datang sini. Sini tak sesuai untuk manusia poyo dan tak hensem okay. Sini tempat pembunuh pembunuh elite yang kacak je" kata Zariq perlahan.

"Tapi aku bukan..." celah Hanz.

Serentak Zariq dan Zen memandang Hanz dengan mata yang dikecilkan.

"Mana satu yang bukan? Muka kau kacak apa" kata Zen.

"Pembunuh Elite... " balas Hanz perlahan.

"Kau memang kaki kencing an? Dah berapa banyak kau bunuh orang masa kau duduk dengan Si Tyler bodoh tu" celah Zariq pula.

"1049 orang" jawab Hanz dengan nada yang sungguh perlahan. Hanya celah celah gigi sahaja kedengaran. Kedengaran serba salah pun ya.

"Manusia normal tak bunuh orang Hanz. Dan pembunuh biasa takkan membunuh sampai cecah beribu orang" balas Zen mendatar.

"Fuhyo kau dah boleh challenge record Faiq..." celah Zariq pula.

Hanz pantas menoleh ke arah muka Zariq. Sebelah keningnya diangkat.

"Faiq?"

"Yelah, record kau hampir sama dengan Faiq. Tapi untuk pengetahuan kau, Faiq yang paling sikit pernah membunuh antara kitaorang" jawab Zariq tanpa disoal.

"Ray?" soal Hanz bingung. Rasanya ketua mereka itu yang paling payah membunuh.

"Kau lupa dia ada Louis? Dia tu yang kedua paling banyak membunuh tahu tak. Tembak orang macam tembak monyet je... Kalau kau nak tahu dulu dia lagi ganas berbanding sekarang. Kitaorang ni pun nampak macam monyet je dekat mata dia" kata Zariq sambil memusingkan bola matanya.

"Kedua? Habis tu siapa yang pertama?"

Serentak Zariq dan Zen menunding jari mereka kehadapan.

"Budak tu" jawab mereka berdua senada.

Hanz melihat manusia yang dimaksudkan oleh mereka berdua itu.

"What a fucking bullshit mess you made here" kata Avery cukup dingin. Dia melangkah tanpa ragu ragu ke arah tengah ruang tamu rumah.

"Avery," automatik wajah Enver berubah suka apabila melihat gadis itu.

"Hah kau nak apa?" soal Avery tanpa rasa gentar. Kedua tangannya disilang paras dada.

"Kenapa kau suka lari lari dari aku? Kau dah bencikan aku ke? Kenapa kau bawak adik aku duduk dengan kau? Kau sengaja nak sakitkan hati aku ke? Kau sengaja nak jeleskan aku kan? Dulu pun kau suka jeleskan aku dengan lelaki bodoh tu" jawab Enver sambil menunding ke arah Keith.

Keith yang berada di sebelah Ray jelas terkedu. Apa kena mengena dengan aku babi!

"Eh jap sumpah aku blur... Dia ni apahal siak? Gila ke apa? Av pernah jumpa dia ke" soal Zariq perlahan.

"Stalker? Maybe?" jawab Zen.

"Tapi mana Luiz dengan Bella takda pun diorang?" soal Hanz tiba-tiba.

"Eh aah lah mana pelanduk dua serupa kau tu? Kenapa dia takda dengan Keith?" soal Zariq pula. Matanya sibuk tercari cari kelibat Luiz.

"Cari siapa?" tegur satu suara tiba tiba.

"Mak takod!" kata Zariq yang hampir terjerit kuat. Kepala abang kembarnya dipeluk rapat akibat terlampau terkejut. Kemudian cepat cepat dia melepaskan semula.

"Eh babi! Jumpa orang tu bagi salam babi. Kalau aku mati sakit jantung tadi macam mana?" marah Zariq geram.

"Kalau mati tanamlah" jawab Luiz mudah.

"Ey kau ni elak aku..."

"Dah dah jangan gaduh" tegur Zen tegas.

"Mana tunang kau?" soal Hanz mendatar kepada Luiz.

Luiz memandang Hanz sekilas atas bawah. Setelah pasti abangnya itu tidak cedera barulah dia memandang ke arah lain.

"Dia ada dekat bilik star gazing tadi, tengah konfirmkan something. Kejap lagi dia turun" jawab Luiz mendatar dan dingin.

"Maksud kau?" soal Zariq pula.

Luiz menunjukkan airpod yang dipakai ditelinga kanannya.

"Bella, nampak apa apa tak?" soal Luiz perlahan.

"Ada tiga heli dekat laman. Lebih kurang 25 orang lengkap bersenjata, maybe ni plan escape diorang. "

"Takpa yang tu kita jadikan umpan."

"1 lagi heli berhampiran depan gate rumah. Jauh sikit dia parking" jawab Bella lagi.

"Berapa orang?"

"Already dead"

"Good girl" kata Luiz sambil tersenyum manis.

"Hehe dua minit lagi i turun" jawab Bella.

"Take care my love"

"Love you too"

Zariq dan Zen hanya diam mendengar perbualan mereka.

"Kadang kadang aku risau kalau tengok laki bini jenis psycho ni... Takut anak keluar nanti sebijik macam Joker dengan Harley Quin" kata Zariq selamba.

Luiz hanya mengabaikan sahaja kata kata Zariq. Siapa je nak melayan dia? Monyet?

"Korang stay sini elok elok, jangan sampai kantoi" kata Luiz mendatar , namun ayatnya itu lebih menuju kepada Hanz berbanding dua ekor monyet dihadapannya ini.

"Kau nak pergi mana?" soal Zen.

"Protect client aku" jawab Luiz mudah.

Baru sahaja dia hendak melangkah pergi tiba tiba tangannya dicuit dari belakang.

"Hati hati" bisik Hanz perlahan.

Luiz hanya mengangguk kecil tanpa menoleh. Kemudian dia terus pergi kearah Keith dengan lebih dekat, memudahkan kerjanya untuk melindungi lelaki itu.

"First of all... I don't know you, Secondly, do i fucking know you? Third, i don't give a fuck who you are" jawab Avery berani.

Air muka Enver berubah bengis.

"Sialan punya perempuan! Lepas apa yang aku dah buat dekat kau! Ini yang kau balas dekat aku?" ngamuk Enver kuat. Habis barang barang yang berhampiran dengannya ditendang.

"Abang!" Jerit Elrick. Muka keliru ditayang sebelum wajah Avery dipandang bersilih ganti

Avery tergelak kecil.

"Kau buat apa dekat aku? Aku kenal kau pun tak?" provok Avery lagi.

Xavier yang berada di tangan Enver hanya pasrah rambutnya dicengkam dan digoyang goyangkan.

Mereka yang lain hanya mampu menahan gelak melihatnya. Apa si bodoh ni tengah buat? Mereka semua tahu dalam poket belakang seluar Xavier ada terselit dua pucuk pistol. Boleh je andaikata dia nak ambik pistol tu dan tembak kepala Si Enver tu sekarang. Tetapi sanggup dia jadi patung bodoh sampai rambut dah berserabai teruk.

"Aku tak faham betul cara korang even dah bertahun aku duduk dekat sini" kata Hanz mendatar.

"Jadi bodoh sekali sekala apa salahnya kan. Hahaha" balas Zariq.

Mereka bertiga juga sudah perasan akan dua pistol yang berada dalam kocek Xavier. Memandangkan mereka berada di sebelah sisi kedudukan Enver.

Bang! Bang! Bang!

Habis berkecai pasu bunga hiasan yang mencecah ribuan dollar itu ditembak Enver.

Avery masih lagi dengan muka selamba dia. Tidak gentar langsung digertak oleh lelaki itu. Asalkan ahli keluarganya tidak dalam bahaya, dia tidak akan gentar berdepan dengan musuh musuhnya.

"Av, he is not the real one" kata Bella menggunakan airpod tiba tiba.

"Konfirm?"

"Yes, dekat area leher dia ada pakai topeng muka realistik jenis silicon" jawab Bella yakin.

Avery mengeluh panjang mendengar ayat Bella.

"Sial, betul patutlah suara dia macam lain sikit" kata Avery perlahan. Tangannya sudah naik memegang kepala sendiri.

Tiba tiba ada dua orang lelaki yang lengkap bersenjata masuk ke dalam rumah mereka.

Mereka berdua terus menuju ke arah Elrick sebelum menangkap lelaki itu dengan pantas.

"Woi! Apa ni sial! Kau nak bawak aku pergi mana?" soal Elrick yang meronta ronta perlahan.

Mereka yang lain hanya diam tidak membantu. Nak tolong ke? Hurmmm.

Setelah Elrick dibawa pergi, lelaki yang berlakon sebagai Enver itu tersenyum senget.

"Kau suka dia kan? Harini jugak aku bunuh dia! Takda siapa pun boleh dapatkan kau selain aku!" katanya kuat.

"Hello stupid bitch, dia yang kau maksudkan tu adik kau sendiri tahu tak" balas Avery selamba.

"He is not the real one! Kill him Xavier" arah Avery dingin.

Dengar sahaja arahan Avery, dengan pantas Xavier membawa keluar pistol yang berada dalam kocek seluarnya.

Manakala Luiz pula keluar dari tempat persembunyiannya dan melindungi Keith.

Bang!

BANG!

Ting!

Xavier jelas terkejut melihat lelaki itu sempat melepaskan tembakannya terlebih dahulu ke arah Luiz dan Keith. Namun belum sempat pelurunya itu mengena pada Luiz satu peluru sniper pula bertembung dengan peluru Enver dari arah atas. Dua peluru itu terpelanting jauh.

Tanpa buang masa Xavier terus melepaskan tembakannya pula.

Bang! Bang! Bang!

Tiga tiga tepat di kepala lelaki itu sebelum lelaki itu jatuh menyembah bumi.

Manakala Zariq, Zen dan Hanz sudah terkedu di tempat persembunyian mereka. Gila hebat apa yang mereka baru saksikan tadi. Rugi tak bawak popcorn.

Masing masing terus memandang atas melihat dari arah mana sniper itu datang.

Namun kelibat Bella tidak kelihatan.

"Wey kau tengok ni" panggil Zariq kepada abangnya dan juga Hanz.

Peluru pistol biasa yang sudah terbelah dua itu dikutip. Manakala peluru sniper menghentam lantai mozek rumah.

"Gila babi ah perempuan tu aku rasa kita pun tak pernah dapat aim peluru yang ada dekat udara secara melintang" puji Zariq dengan mukanya yang jelas terkejut.

"Yup, aku rasa sebab ni lah Rayyan upah diorang berdua. Diorang ada kelebihan apa yang kita takda" jawab Zen pula. Hanz disebelah hanya mengangguk setuju. Dia juga kagum melihat kejadian tadi.

Tiba tiba terdengar bunyi sniper dilepaskan lagi.

BANG! BANG! BANG! BANG!

Kemudian diikuti dengan bunyi letupan yang kuat. Di bahagian luar rumah.

"Wey apa tengah jadi dekat luar!" tanya Zariq cemas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience