"Hey, buat apa tu" tegur Avery sebelum mengambil tempat di sebelah Lucas.
"Ni hah, kerja si Rayyan. I tolong buatkan" Lucas toleh muka Avery sesaat sebelum dia pandang semula laptop di hadapannya.
"You buatkan kerja dia. You tahu tak dia tengah buat apa sekarang?" Tanya Avery mendatar.
"Hahaha tahu. Alah biarlah. You macam tak kenal perangai abang sendiri" Lucas tergelak.
"Sebab kenal tu lah rasa macam nak sepak. Kerja dia suruh orang lain buat. Apa kejadahnya. Dia buat apa? Pergi main sorok sorok dengan anak Abang Ray dekat bawah" bebel Avery.
Khai yang berada di hadapan meja Lucas turut tergelak mendengar ayat Avery. Sudah seminggu mereka berdua menetap di rumah agam itu. Itupun atas kehendak Si Rayyan.
"By the way Khai. Macam mana you boleh kenal dengan Abang Lucas" tanya Avery kepada Khai. Wajah kacak lelaki itu dipandang. Muka dia macam ada mix Asian sikit. Tidak seperti mereka yang lain.
Khai memandang Lucas untuk beberapa saat.
"Bagi tahu je" kata Lucas mendatar. Khai menghela nafas panjang sebelum wajah Avery dilihat semula.
"Masa aku kecik dulu Lucas pernah selamatkan aku daripada mati lemas" Khai mula bercerita.
"Mati lemas? Umur berapa?"
"Aah. Umur aku masa tu 14 tahun. Lepas daripada tu aku memang ikut je dia ke mana mana dia pergi"
Avery terdiam sebentar. 14 tahun?
"You sebaya eh?"
Khai angguk kepala.
Kiranya masatu baru sahaja kes Lucas dengan Abang Ayyan kena culik.
"Parents you?"
"Aku anak yatim piatu" jawab Khai ringkas.
"Macam mana you boleh lemas?" Tanya Avery lagi.
"Sebab aku cuba bunuh diri" Khai tayang wajah selamba.
"Ouh, sorry to hear that"
"Nah that okay. Cerita lama"
"Lepas daripada tu memang you jadi kawan dia jelah" tanya Avery lagi.
"Aah, Lucas pun masa tu tengah takde sesiapa. So kitaorang berdua daripada bawah usahakan syarikat FD. Tapi kebanyakkannya Lucas je yang usahakan. Aku tolong sikit sikit je. Aku tak pandai macam dia"
"Emo pulak budak ni" Lucas mencelah sebelum tergelak halus. Avery juga turut ikut tergelak.
"Thanks, sebab selamatkan Kak Lucia daripada Haider dulu. Time tu you undercover ke?" Tanya Avery lagi.
"Aah, dah setahun aku jadi kuli batak orang tua tu. Tu pun rancangan Lucas" balas Khai mendatar.
"Rancangan you?" Avery sudah memandang Lucas di sebelahnya.
"Ingat tak masa dulu you pernah cerita dekat i yang Khayra mengandung lagi?"
"Ingat"
"Sejak dari tu i dapat rasakan something akan happen dekat family you bila you cerita pasal Athanasia jadi anak ketiga Ray. Sebab tu i tanam spy awal awal" jawab Lucas mendatar.
"Seriuslah? Sumpah i terharu. Thanks Lucas..." Avery tayang senyuman manis.
"Takpe. Lagipun last last adik i sendiri yang i selamatkan" kata Lucas kembali.
Khai pandang Avery dan Lucas yang duduk di hadapannya sebelum matanya teralih pula pada pintu masuk bilik meeting. Tadi rasa macam ada orang lain nak masuk. Perasan dia je kut.
     "Tak, yang kita ni apasal duduk mengendap diaorang bertiga" tanya Luiz kepada Keith yang berada di sebelahnya. Tadi mereka hendak masuk ke dalam bilik itu. Tapi selepas Keith mendengar gelak tawa Avery dia tak jadi nak masuk. Terus mereka berdua jadi patung di luar pintu.
"Jomlah blah" Keith melangkah dahulu meninggalkan Luiz di belakang. Sempat Luiz mengintai sekejap apa yang Keith lihat daripada tadi.
Hmmm.
Dia kemudian cepat-cepat mengejar langkah Keith.
"Mesti kau jealous kan tengok diaorang?" Usik Luiz yang sudah berjalan di sebelah Keith.
"Mana ada" jawab Keith acuh tak acuh.
"Dah tu kenapa kau tak masuk? Kau kata nak buat kerja tadi" kata Luiz lagi.
"Takde mood"
Luiz senyum menyenget.
"Yelah tu. Eh sayang!"
Cup!
Dahi Bella dikucup. Bella yang baru berselisih dengan mereka terkedu sebentar sebelum mulut mula tersengih nakal.
"Satu mana cukup" kata Bella mendatar. Tangannya penuh memegang dua cawan air Starbucks. Baru lepas ambik dekat mall belakanglah tu.
Keith melihat air pada tangan Bella. Satu itu air kegemaran Avery. Satu lagi tu...
"Eh dia ni, orang bagi peha dia nak betis pulak" Luiz mencuit hujung hidung Bella. Sengaja dia bermanja dengan tunangnya itu. Ekor matanya mengintai reaksi Keith.
Keith yang melihat adegan manis itu terus meninggalkan mereka berdua jauh jauh. Kakinya melangkah laju ke depan.
Nak sweet sweet depan aku yang sendu ni. Sengajalah tu. Mentang mentang aku single. Bodohlah! Apasal semua orang nak sakitkan hati aku harini!
"Kenapa you sengaja buat macam tu tadi?" Tanya Bella sebaik sahaja Keith sudah menjauh daripada mereka berdua. Bella kenal sangat dengan perangai Luiz. Dia takkan tiba tiba mahu mencium Bella tanpa sebab.
"Hahaha saja. Biar hati dia panas" Luiz tersengih jahat sebelum tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.
"Ni Av nak ke?" Tanya Luiz, mulut menjuih ke arah dua cawan pada tangan Bella.
"Aah"
"Okay, elok elok bawak. Bye bye" kata Luiz yang sudah melangkah pergi. Bayang Keith yang semakin menjauh dikejar.
"Bye bye" guman Bella perlahan. Belakang badan Luiz dipandang lama sehinggalah lelaki itu hilang dari pandangan. Dia kemudian meneruskan langkahnya ke bilik meeting.
"Av, nah your Java Chip frapp" satu cawan dihulur kepada gadis itu.
"Thanks Bella" Avery mengambil air itu sebelum disedut haus.
"Satu lagi ni?" Soal Bella sambil menayang air Matcha Frape pada tangan kanannya.
"Masa you datang sini ada terserempak sesiapa tak?" Tanya Avery semula.
"Ada, tunang i. Luiz" jujur Bella.
"Keith?"
"Ada jugak tapi dia badmood" jawab Bella sebelum mengambil tempat di sebelah Avery. Air tadi sudah di letakkan depan gadis itu.
Avery pandang lama Matcha Frape yang Bella bawa sebelum air itu ditolak ke Lucas.
"You nak rasa?" Pelawa Avery.
"Matcha Frappe? Bukan you tak suka ke air perisa green tea" Lucas ambil air itu sebelum disedut. Tekaknya juga sedang haus sekarang. Dah alang alang orang bagi ni ambik jelah.
"Aah memang i tak suka pun air perisa Matcha"
"Dah tu? Ni favourite siapa" Lucas melihat resit yang tertampal pada tepi cawan. Ada add on choc chip, caramel drizzle upside down, whipped cream. Seolah olah ditempah mengikut kesukaan seseorang.
"Saje bawak lebih. You minumlah" tipu Avery mendatar.
Bella yang berada di sebelah gadis itu tersengih dalam diam. Bukannya dia tak tahu itu air kesukaan Keith. Tapi tadi dia terlupa hendak memberikan kepada lelaki itu. Masa terserempak tadi memang niat dia nak bagi, tapi terlupa terus lepas Luiz cium dahi dia.
     "Kau nak pergi mana ni?" Tanya Luiz kepada Keith yang sudah melangkah ke arah garaj kereta.
"Aku nak drive. Release tension. Kau nak ikut ke tak? Kalau tak aku pergi sorang" dingin, Keith menutur. Mukanya muram sahaja. Entah apa yang dia badmood sangat.
"Kau gila? Kalau jadi apa apa dekat kau aku yang kena nanti. Aku ikut" pintu pemandu dibuka sebelum Luiz memboloskan badannya ke dalam.
"Sukahati"
Enjin kereta dihidupkan. Keith terus sahaja menekan minyak meninggalkan kawasan rumah agam itu.
Laju kereta Buggati Chiron hitam itu membelah jalan raya. Meter sudah mencecah 180km/j namun Keith masih tidak menggurangkan kelajuan malah kaki makin menekan padel minyak.
"Wey, aku bukan nak kata apa ah. Tapi aku nak kahwin dulu sebelum aku mati" kata Luiz yang duduk di tempat penumpang sebelah. Takut dia melihat Keith membawa kereta bagaikan ada nyawa 10.
"Siapa suruh kau ikut aku" padel minyak makin ditekan.
"Wey! Wey! Wey! Slow lah sikit wey!" Kata Luiz yang semakin berdebar. Peha Keith ditepuk.
Keith mengabaikan kata kata Luiz.
"Wey babi! Kau kalau nak mati mati sorang! Aku nak hidup!" Jerit Luiz kuat. Matanya tak beralih dari melihat depan. Takut bukan kepalang. Seolah olah jika pandangannya beralih maka tamatlah riwayatnya pada saat itu juga.
Keith hampir tergelak melihat muka cuak Luiz. Tetapi gelaknya disorok. Mukanya dikawal sedatar mungkin. Padan muka kau! Dulu kau suka sakat aku kan. Sekarang kau rasa balasan.
Stereng diputar laju. Gear ditukar sebelum padel minyak ditekan lagi. Kereta itu berpusing membuat drift sebelum laju bergerak ke hadapan.
"Aku nak muntah bodoh! Perlahan lah sikit! Wey! Wey! Arghhhhh!"
      Keith sudah memberhentikan keretanya dibahu jalan. Tangannya disilang ke dada.
"Kau okay tak ni?" Tanya Keith kepada Luiz di sebelahnya.
"Bluweekkk" habis ke semua makanan yang dimakan tadi dimuntahkan semula.
Keith mengusap belakang badan Luiz.
"Sorry" kata Keith perlahan.
"Sorry kepala bapak kau!" Jawab Luiz yang sudah mengesat mulutnya. Botol air mineral dicapai sebelum mulutnya dikumur.
Keith tergelak.
Luiz menyandarkan badannya ke pintu kereta. Kepalanya terasa berpinar. Sumpah ini kali terakhir dia naik kereta dengan Keith. Lepas ni kau nak mampus, mampus sorang. Aku peduli apa!
"Sorry lah" pinta Keith lagi. Dia berdiri depan Luiz.
Luiz jeling Keith tajam. Wajahnya masam mencuka.
"Kau takut dengan Louis. Tapi kau buat aku macam ni. Kau jangan sampai aku punya setan pun keluar. Dia lagi gila dari Louis tau" kata Luiz memberi amaran.
Keith tersengih sehingga menampakkan baris giginya yang putih. Botol mineral yang telah kosong pada tangan Luiz diambil sebelum dicampak masuk ke tempat duduk pemandu.
"Sorry, lain kali aku tak buat lagi" kata Keith.
"Kau ni jealous tak bertempatlah" bebel Luiz.
"Bila masa aku jealous?" Nafi Keith laju.
"Habis kau bawak kereta macam orang hilang akal ni sebab apa? Bukan sebab jealous? Aku liku kepala kau tu karang" Luiz berpura pura ingin menghentak kepala Keith.
"Yelah. Fine. Aku mengaku aku jealous. Memang aku jealous. Macam mana aku tak jealous kalau girlfriend sendiri belikan air favourite kau dekat lelaki lain. Kalau ya pun dia suka sangat Lucas tu. Tak payahlah sampai bagi air favourite aku dekat dia" kata Keith perlahan. Mulutnya mencebik.
"Bila masa Av bagi air favourite kau dekat Lucas?" Tanya Luiz yang sudah berkerut.
"Tadi tu yang Bella pegang. Tu air favourite Av, yang lagi satu tu air favourite aku"
"Macam mana kau tahu dia nak bagi Lucas? Mana tahu dia nak bagi orang lain" kata Luiz lagi.
"Bella bukannya minum pun air macam tu. Dah tu takkan dia nak bagi Khai. Konfirm dia bagi Lucas. Dalam bilik tu ada diaorng bertiga je" balas Keith kembali.
Luiz hampir nak tergelak tetapi niatnya ditahan. Jealous teruk member ni. Patutlah orang kata cinta tu buta. Masalahnya sekarang ni dia bukan setakat buta je. Pakej dengan bangang, bebel, malah bodoh sekali.
"Eleh sukahati dialah nak bagi air tu dekat sesiapa pun. Tak semestinya kena dengan kau, betul tak. Kau dengan dia pun takde ikatan lagi" Luiz makin tambah api.
"Tapi haritu dia dah terima lamaran aku" kata Keith perlahan.
"Haritu kan dia pengaruh dadah. Kalau kau lamar dia sekarang kau rasa dia terima tak? Cuba kau try lagi sekali" cadang Luiz bagi semangat. Mulutnya tersengih memandang Keith.
"Tak, aku rasa kalau aku lamar dia lagi sekali dia akan tolak lamaran aku. Lagi lagi Lucas dah ada dekat rumah. Memang dia terus tak pandang aku lah jawabnya" kata Keith mendatar. Suaranya kedengaran pasrah.
Senyuman Luiz termati. Haih. Ini dah bukan bebal tahap biasa biasa dah ni. Ni dah tahap kronik kanser empat.
"Lantak kau lah" balas Luiz malas ambik peduli. Pintu tempat penumpang dibuka. Keith pula melangkah ke arah pintu bahagian pemandu.
"Jangan bawak laju macam tadi eh. Kalau tak aku sepak kau" ugut Luiz sebaik sahaja Keith menghidupkan enjin.
"Yelah..." kata Keith meleret.
     Avery membelek telefon bimbitnya. Maklumat syarikat yang dihantar oleh anak buahnya yang berada di Sweden dibaca. Sesekali dahinya berkerut. Apa benda lah yang diaorang buat dekat sana. Hal kecik pun tak boleh nak settel.
"Akak" tiba tiba pipi Avery dicucuk oleh jari kecil Alicia.
"Eh Alic, mana adik Rachel?" Tanya Avery sebelum matanya teralih pada pintu bilik. Bila masa pintu dia terbukak?
"Rachel dengan Uncle Hanz dekat bilik tingkat bawah" jawab Alicia mendatar sebelum dia duduk di atas peha Avery. Avery pula hanya membiarkan sahaja.
"Ouh, Alic cari akak ke?" Tanya Avery semula. Matanya memandang semula ke arah skrin telefon.
"Aah. Akak, adik nak tanya sesuatu boleh?" Soal Alicia mendatar.
"Tanyalah. Apa dia?" Avery sudah menutup telefon bimbitnya sebelum telefon itu diletakkan ke atas meja solek sebelah katil.
"Akak kenapa masa daddy, mummy, uncle uncle semua berkumpul dua minggu lepas adik dengar Uncle Lucas kata Uncle Eres takde buat apa apa dekat keluarga kita?"
"Betullah tu, kenapa?" Tanya Avery semula.
"Tapi bukan ke dia pernah cederakan Uncle Keith?" Balas Alicia.
"Bila?"
"Masa awal awal dulu sebelum Alic kena serang dengan Uncle Haider. Akak tak ingat ke?"
Kening Avery mula berkerut.
"Ouh yang tu, dari siapa Alic dengar cerita ni?"
"Dari papa"
"Papa Louis?"
Alicia angguk kepala.
"Taklah, sebenarnya semua tu orang suruhan Uncle Haider dengan Auntie Sofia. Diaorang sengaja guna nama Eres. Padahal Uncle Eriyan takde kena mengena pun dalam hal ni" jelas Avery.
"Ouh" Alicia kembali diam. Matanya menunduk pandang lantai.
"Kenapa Alic tiba tiba tanya akak macam ni?" Soal Avery kembali.
"Akak, kalau akak mati. Akak rela mati dengan orang yang akak sayang atau akak lebih rela mati sorang-sorang?"
The fuck!
Avery sedikit terkejut. Budak ni, kecik kecik dah cakap pasal cinta. Aku yang dah 30 tak kahwin kahwin lagi. Senyuman hambar terukir.
"Hahaha kenapa Alic cakap macam tu?" Avery cuba alih topik.
"Kalau kita ada peluang hidup sekejap dengan orang yang kita sayang ataupun balas dendam dekat musuh mana satu akak pilih?"
Again the fuck?
Dahi Avery sudah berkerut. Apahal budak ni tanya macam ni?
"Alic..."
Alicia tiba tiba turun daripada pangkuan Avery.
"Alic gurau je. Akak lupakan jelah apa yang Alic tanya tadi" Alicia terus melangkah ke arah pintu bilik.
"Alic!" Panggil Avery sedikit kuat.
Tangan Alicia yang sudah memegang pintu terberhenti seketika. Tetapi badan masih tidak berpusing.
"Apa yang Alic cuba sampaikan dekat akak? Akak tahu Alic tahu sesuatu kan?" Tanya Avery mendatar.
Alicia tersenyum. Akhirnya ada jugak manusia yang boleh pakai dalam rumah ni.
Alicia menoleh semula memandang Avery yang berada di katil.
"Akak kalau nak mati, mati sorang. Jangan jadikan Alic dengan adik adik Alic yang lain anak yatim piatu" dingin Alicia berkata dengan muka yang ditayang sesinis mungkin.
Share this novel