Lama Keith merenung anak mata lelaki dihadapannya. Pistol dalam baju tuxedonya digenggam semakin kuat . Lawak karut apakah ini. Tak mungkin dia masih hidup. Dengan biji matanya sendiri dia melihat Faiq dikebumikan.Jadi sangat mustahil untuk dia duduk depan matanya sekarang. Tak kan ni salah satu daripada rancangan Rayyan?
"Mr Keith?" panggilan lelaki itu mengembalikan Keith ke alam realiti.
Pistol yang digenggam dalam bajunya dilepas. Kemudian cepat-cepat Keith berpura-pura batuk.
"I'm sorry" balasnya laju sambil mengukir senyuman plastik. File atas meja hadapannya dicapai, helaian pertama diselak.
The G&G High School
Name: Ardan Lee (PRINCIPAL)
Keith menarik nafas dalam. Tak guna punya Rayyan. Patutlah dia suruh aku dengan Hanz handle manusia ni.
"Wey, apasal orang ni macam muka Faiq wey. Hantu Faiq ke?" bisik Hanz kepada Keith perlahan.
"Entah, aku manalah tahu" balas Keith juga dalam keadaan berbisik.
File di tangannya dibaca lagi.
Age : 29 years old
Kening Keith mula berkerut. Kenapa banyak sangat persamaan lelaki ini dengan Faiq? Andaikata Faiq masih hidup. Dia juga berusia 29 tahun . Suara, umur, muka, semuanya hampir sama. Hanya nama mereka sahaja yang berbeza.
Adakah ini satu kebetulan?
Keith mengeluh panjang. Lelaki bernama Ardan yang duduk dihadapannya dipandang semula.
"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?"
Ardan tersenyum manis. Kepala digeleng. "Saya rasa tak, sebelum sebelum ni saya hanya berurusan dengan Mr Rayyan sahaja" jawapan Ardan membuatkan Keith kecewa. Entah mengapa dia berharap lelaki itu adalah Faiq.
Jangan mengarutlah. Faiq dah lama meninggal. Kau kena terima kenyataan tu.
"Okay mari kita mulakan..."
Habis sahaja mesyuarat selama 2 jam setengah itu, Ardan menghulurkan tangan. "Saya harap kita dapat berjumpa lagi selepas ni"
Lama Keith melihat tangan Ardan sebelum tangan itu disambut.
"Harapnya begitu..." tangan dilepas . Kemudian Ardan menghulur tangannya ke Hanz pula. Hanz menyambut salaman itu dengan senyuman.
Sesudah itu Ardan terus mengemas sedikit filenya, badan ditunduk. "Saya pergi dulu ya.." pintanya sopan.
Keith mengangguk. Namun matanya masih tidak lepas memandang lelaki itu. Selama mesyuarat tadi pun dia tidak beberapa fokus. Matanya asyik mencuri-curi pandang wajah Ardan.
"Faiq..." panggilan Keith menyebabkan langkah Ardan yang sudah berada di pintu utama terberhenti.
Ardan memusing kepalanya 90 darjah. Keningnya berkerut. "Saya? nama saya Ardan Lee"
"Tak, maksud aku kau ada kembar ke? nama Faiq?" tanya Keith membetulkan ayatnya semula.
Ardan senyum lagi. Kepala digeleng. "Tak ada, saya anak tunggal. Saya pergi dulu" pintu ditolak keluar.
Sebaik sahaja Ardan keluar Hanz terus pandang Keith. "Wey? seriuslah tu bukan Faiq? Apahal sama doh muka dia. Bukan setakat muka je. Suara pun sama wey, umur pun sama cuma nama diaorang je lain"
"Jangan tanya aku, aku tengah bodoh sekarang ni" Keith terus bangun daripada kerusi.
"Kau nak pergi mana" tanya Hanz melihat Keith yang sudah melangkah ke arah pintu.
"Aku nak tanya Rayyan. Ayam tu mesti tahu sesuatu" palang pintu ditolak , laju kakinya melangkah kearah lift. Dia harus berjumpa dengan Rayyan segera. Dia yakin Rayyan tahu sesuatu.
Tanpa mengetuk pintu ,Keith terus sahaja menerjah masuk ke dalam bilik Rayyan.
"Wow, kemanakah adab anda pergi? tengah bercuti dekat Paris ke?" perli Rayyan yang sedang duduk dimeja kerjanya mendatar.
Kerusi depan meja kerja Rayyan terus ditarik dan diduduk. "Siapa Ardan?" tanya Keith serius.
"Ouh kau dah jumpa dengan dia ke" Rayyan pandang semula skrin laptopnya seperti tiada apa apa berlaku.
"Ayyan aku tanya ni, siapa Ardan?" tanya Keith lagi tapi kalini lebih kedengaran tegas.
"Kenapa?" Rayyan tersengih senget. Muka Keith dipandang sekilas."Kau nak kata Ardan tu Faiq kan?" soal Rayyan kepada Keith.
"Betul ke?" Keith tayang muka terkejut.
"Taklah gila! Sesuka je kau. Ardan tu Ardan lah. Faiq tu Faiq. Faiq dah 2 tahun meninggal. Setakat ni tak pernah lagi aku tengok orang mati hidup semula" balas Rayyan mendatar.
"Iya ke ni? kau ni bukan boleh percaya sangat. Otak bukan betul pun kadang-kadang. Cakap je dah mati tengok-tengok dia sorok tah dekat mana mana nanti orang tu" kata Keith kepada Rayyan.
"Woi woi baik sikit eh. Faiq memang dah meninggal. Aku masih waras tau. Takkan lah aku nak hidupkan semula orang dah mati" balas Rayyan tak mahu kalah.
"Habis tu Ardan tu ada kena mengena dengan Faiq ke? Kenapa muka diaorang sama? suara pun umur pun sama. Hanz pun terkejut tau tadi" soal Keith semula.
"Kebetulan je tu. Masa aku mula mula jumpa dia dulu pun aku terkejut jugak. Aku ingatkan aku dah gila sebab nampak Faiq. Rupanya dia bukan Faiq. Well manusia kan memang ada kembar sekurang-kurangnya 6 orang. Mungkin Ardan salah satu daripada kembar Faiq" jelas Rayyan.
"Kau jumpa dia dekat mana?"
"Dekat Jepun tahun lepas. Masa aku pergi lawat syarikat dekat sana"
"Habis tu kenapa tiba-tiba kau offer dia kerja dengan kau?"
Rayyan tersenyum. "Sebab muka dia macam Faiq... entah, aku tiba-tiba rasa nak tolong dia. Lagipun dia tengah tak ada duit masa tu. So aku offer dia kerja dengan aku" jawab Rayyan jujur.
"Dalam banyak banyak benda kenapa kau suruh dia bina sekolah dan jadi pengetua dekat sekolah tu?" soal Keith lagi.
"Untuk masa depan..." balas Rayyan mendatar.
"Hah?" dahi Keith berkerut seribu.
"Kau budak budak mana nak faham... Dahlah, kau ni banyak tanya lah. Aku nak buat kerja pun tak senang" dalih Rayyan.
"Oi ayam, kita sebaya tahu tak" marah Keith tak puas hati.
"Sebaya tak bermakna otak kita sama. Sudah jelas lagi bersuluh aku lebih genius daripada kau" tawa Rayyan terletus.
"Lantak kau lah" kata Keith sebelum menjeling Rayyan.
Bam!
Tiba-tiba pintu bilik Rayyan dibuka sekali lagi secara kasar sebelum Luiz masuk dengan selamba.
"Ini lagi sekor adab dah hilang entah kemana. Masuk bilik orang memang tak reti nak ketuk dulu ke?" bebel Rayyan sambil memusingkan biji matanya.
"Mana?" soal Luiz kepada Rayyan tiba-tiba.
"Mana apa? " tanya Rayyan semula.
"Mana adab aku pergi?" jawab Luiz sebelum dia tergelak kuat.
Rayyan menayang jari tengahnya kearah Luiz sebelum menyambung semula kerjanya.
"Kau cari aku ke?" tanya Keith kepada Luiz yang sudah duduk di sofa yang ada dalam bilik Rayyan.
"Iyalah, takkan aku nak cari adab aku pulak dekat sini. Orang dalam bilik ni pun bukannya ada adab sangat" selamba Luiz mengutuk.
"Eh babi kau nak apa ni?" pintas Rayyan tak puas hati. Datang bilik orang cari masalah pulak, sudahlah kerjanya sedang bertimbun.
"Nak cari adab akulah, kau ada nampak tak? aku rasa tercicir dalam bilik kau" jawab Luiz selamba.
Rayyan hanya mengabaikan sahaja kata-kata Luiz. Makin lama makin sial pulak perangai dia ni. Ikut perangai siapa tah.
Keith pula sudah terkekek-kekek ditempatnya. Dulu Rayyan selalu sakat Ray, sekarang Luiz pulak sakat Rayyan. Padan muka. Biar dia rasa macam mana perasaaan orang lain.
"Kenapa cari aku?" potong Keith laju apabila ternampak muka Rayyan macam nak maki Luiz. Karang tak pasal pasal ada yang mati dekat sini.
Luiz tegakkan badannya memandang Keith. "Kau orang berdua ingat Khai tak?"
Rayyan terus memandang Luiz. "Khai yang pernah selamatkan bini aku dua tahun lepas tu ke?" soalnya dengan kening yang berkerut.
Luiz angguk kepala.
"Ingat, kenapa?" balas Keith pula.
"Sofia isteri Haider, dah mati. Khai bunuh" jawab Luiz cukup tenang dan mendatar.
"Hah!?" kata Keith dan Rayyan serentak. Masing-masing tayang muka terkejut.
"Iya , sisa sisa grup Haider yang kau belum musnahkan pun dia dah bunuh kesemuanya sekali" terang Luiz mendatar.
"Bila?" tanya Rayyan laju.
"Entah aku dapat tahu pun daripada Bella, tunang aku kata semua grup Haider dah musnah, Sofia pun dah mati. Mati sebab apa aku tak tahu. Tapi yang aku pasti pembunuhnya Khai" terang Luiz.
"Khai yang sama pernah selamatkan bini aku dulu?" soal Rayyan semula tidak percaya.
"Katanya macam tu . Tak tahulah aku. Sebab tu aku nak tanya korang ni. Korang kenal ke siapa lelaki tu? Dia kawan korang ke? Kenapa dia macam tolong kita senyap senyap?"
Keith dan Rayyan menggeleng. "Sampai sekarang aku masih tak kenal siapa dia , apa motif dia selamatkan bini aku pun aku tak tahu. Tapi bini aku kata Si Khai tu kenal Lucas. Sebab dia ada mention pasal Lucas dekat bini aku" kata Rayyan.
"Haha entah entah tu Lucas. Kau kata dia kena tanam hidup hidup kan? Ada orang gali balik kubur dia sebelum dia mati ke?" Luiz cuba buat jenaka.
Keith dan Rayyan memandang antara satu sama lain. "Macam mana kalau betul?" soal Rayyan kepada Keith mendatar.
"Woi! aku gurau jelah. Janganlah ambik serius sangat" potong Luiz laju.
Keith menongkat dagunya. "Tak tak ni bukan gurauan. Macam mana kalau apa yang kau kata tu betul. Khai tu sebenarnya Lucas . Kemungkinan untuk benda tu jadi ada" celah Keith pula.
"Aku harap tak...." guman Rayyan perlahan.
"Tapi ada kemungkinan. Memang betul kita tanam dia . Tapi macam mana kalau dulu 'Tyler' yang psycho tu sempat gali balik kubur Lucas sebelum dia mati?" kata Keith.
Luiz sudah redha di sofa. Seriously? Aku gurau je tadi.
"Kita bukan tahu pun. Sama macam Faiq. Masa kita palsukan kematian Faiq yang first , mungkin macam tu jugak Tyler palsukan kematian Lucas" teka Keith lagi.
"Lain, Faiq tu kita letak mayat betul, cuma orang tak dapat cam sebab muka mayat tu hancur. Beza dengan kes Lucas aku memang nampak dengan mata kepala aku sendiri yang tu dia" balas Rayyan mendatar.
Keith terdiam. Betul jugak apa kata Rayyan, masa awal-awal dulu orang yang tak tahu rancangan Rayyan anggap Faiq dah mati. Padahal mayat yang kena tanam tu bukannya mayat Faiq pun. Orang tak perasan sebab muka mayat tu hancur jadi senang untuk memperdayakan orang lain.
Otak Keith ligat berfikir. Ada sesuatu yang tak kena.
"Lagipun muka dengan suara Khai jauh beza sangat dengan Lucas. So aku tak rasa tu Lucas, Maybe memang betul dia ada jasa dekat Lucas dan niat dia memang nak tolong kita" sambung Rayyan lagi sebelum dia meneruskan kerjanya semula.
"Entah, yang kau ambik serius kenapa? aku gurau je tadi" celah Luiz pula.
"Tapi kan Ayyan pasal mayat tu..."
"Mayat?" pintas Rayyan laju.
"Kau kata kematian Faiq orang percaya sebab mayat tu hancur kan" sambung Keith.
"Then?" balas Rayyan.
Luiz hanya diam di sofa. Dia seperti sudah dapat agak apa yang akan keluar dari mulut Keith.
"Mayat Avery pun kita tak dapat cam sebab mayat dia terbakar. Jadi macam mana kalau..." kata kata Keith menyebabkan Rayyan yang sedang menaip terdiam. Kemudian dia menoleh kearah Keith yang duduk di hadapannya.
"Keith... cukuplah. Belajar terima kenyataan. Avery dah mati. Dah dua tahun dia pergi tinggalkan kita semua. Lupakan dia, itu untuk kebaikan kau juga" pintas Rayyan sebelum dia kembali menaip semula.
Keith menghela nafas panjang. Wajahnya berubah kecewa sebelum dia terus bangun dan mengatur langkah keluar dari bilik Rayyan.
Luiz hanya memerhatikan sahaja Keith yang sudah melangkah pergi, kemudian dia menoleh pula ke arah Rayyan yang berada di meja kerja.
"Boleh aku tahu kenapa kau buat keputusan untuk diam kan diri? Dan kenapa mesti kau rahsiakan semua ni daripada dia orang yang lain?" soal Luiz kepada Rayyan.
Rayyan sedikit mengeluh. "Ini bukan keputusan aku. Ni permintaan adik aku, aku cuba untuk hormat permintaan dia. Lagipun dah dua tahun tak jadi apa apa kan" balas Rayyan mendatar.
"Kalau tak jadi apa apa kenapa kau masih suruh aku dengan Bella teruskan misi kita orang?" soal Luiz lagi. Sebelah keningnya dinaikkan.
Rayyan menoleh ke arah Luiz. "Untuk masa depan..." kata Rayyan kepada Luiz.
"Masa depan apa hah? Bukannya aku tak perasan masa depan yang kau prepare ni bukan untuk kesenangan korang semua kan. Tapi untuk anak anak korang. Sebab apa? sebab kalau ikut naluri hati kau, sebenarnya kau tak yakin yang kita semua boleh survive dengan musuh korang kali ni kan? Mati tu bila-bila je Rayyan. Semua orang akan mati. Jadi kenapa kita nak kena musnahkan kebahagian sekarang kalau dah tahu masa depan kita tetap sama" bebel Luiz panjang lebar. Kemudian dia bangun dari duduknya sebelum melangkah kearah pintu bilik.
"Kau fikir rancangan Av ni selesaikan masalah ke? Kau rasa Av bahagia ke dengan hidup dia? Kita semua tahu yang dia cintakan Keith. Jadi kau rasa Keith dengan Av bahagia ke sekarang? " soal Luiz tanpa menoleh. "Memang betul aku dengan Bella bukan sesiapa dalam keluarga kau. Tapi sekurang-kurangnya kitaorang tak pernah menyesal dengan keputusan hidup yang pernah kitaorang buat. Harap tak terlambat untuk kau menyesal dengan keputusan kau ni" pintu ditolak dan Luiz terus melangkah keluar meninggalkan Rayyan sendiri.
"Lagi-lagi aku, Pikir aku bahagia ke jauh jauh dengan tunang aku?" bebel Luiz sendiri sebaik sahaja sudah menjauh dari bilik Rayyan. Tong sampah sebelahnya ditendang sampai terjatuh. "Shit lah. Bila aku nak jumpa dengan Bella ni! Dah dekat 3 minggu dia dekat sana. Arghh! Serabut lah kepala!"
Share this novel