Bab 34

Action Series 25520

Selangkah demi selangkah Rayyan menapak ke arah tingkat 1. Kakinya menuju ke arah satu bilik yang terletak paling hujung di tingkat itu. Dahulu bilik ini dihuni oleh seseorang, atau lebih tepat bilik itu dahulu dihuni oleh Elrick.

Pintu ditolak luas ke dalam.

Tiada yang berubah. Masih kekal sama seperti saat lelaki itu meninggalkan rumahnya ini.

Rayyan melangkah masuk.

"Nama sebenar Uncle Elrick ialah, Lucas"

Masih terngiang-ngiang suara dua kembar itu di cuping telinganya.

Gila.

Siapa je nak percaya yang Lucas hidup lagi. Lelaki tu sepatutnya dah mati. Dia sendiri melihat depan matanya mayat Lucas ditanam. Dengan tangannya sendiri memegang badan sejuk Lucas saat itu.

Tak dia pasti Elrick menipu budak budak ni. Dia sengaja cakap macam tu untuk memperdayakan mereka.

Tapi untuk apa?

Rayyan berjalan mendekati katil yang berada di tengah bilik itu. Kakinya mencangkung.

Hanya ada satu cara sahaja untuk membuktikan siapa identiti sebenar lelaki itu.

Rayyan membawa keluar satu kotak kecil yang melekat bawah katil. Dahulu dia pernah meletakkan kotak ini sebelum Elrick menggunakan bilik ini.

Kotak itu dibelek sebelum dibuka. Satu kad hitam kecil dibawa keluar.

Dia harus pastikan sendiri. Dia harus tahu siapa sebenarnya manusia bernama Elrick itu.

Laju kakinya melangkah ke arah bilik tidurnya. Laptop kerja yang berada di atas meja diambil sebelum dinyalakan. Kad itu dipasang masuk ke dalam laptop itu.

Satu file dokumen ditekan.

Berpuluh atau beratus file yang menunjukkan tarikh dan masa tertayang di skrin laptop.

Ya kotak kecil itu adalah salah satu alat yang digunakan untuk merekod suara.

Mouse ditolak keatas. File yang tertera tarikh paling awal ditekan. Itu adalah tarikh pertama kotak itu dihidupkan. Hari dimana Elrick menjejakkan kaki ke dalam bilik itu.

Satu rekod suara terbuka.

"Aaaaa..aaa. testing testing. Hahaha Rayyan seriuslah kau letak benda ni betul betul bawah katil aku? Haih bebal sungguh. Kau pikir aku tak tahu ke? Come on lah Rayyan, ni Lucas Natalie kut. Kau patut tengok muka kau tadi. Macam ayam tak berak seminggu kau tahu. Hahahahaha kalau lah kau tahu yang aku ni Lucas, agak agaknya kau pandang aku macam mana tadi? ....Rayyan kau, tak rindu aku ke?"

Rayyan menggigit bibir bawahnya.

File lain ditekan.

"Cantik wey bilik ni, tapi aku bosan lah duduk sini. Aku kalau boleh nak berborak dengan kau macam dulu. Tapi tulah, kau bodoh tak tahu aku siapa. Haih susahlah kawan aku ni. Iq tinggi tapi bebal"

Mata Rayyan mula kabur.

File lain ditekan pula.

"Rayyan, kau ni buat kerja apa sebenarnya. Membuli pekerja lain je tahu, kesian budak budak ni. Dulu kau buli aku, sekarang kau buli orang lain pulak. Tak berubah betul perangai. By the way anak kau comel. Ikut muka adik aku. Tapi aku confius haritu apa pasal dia pakai gaun. Hahahahaha mesti kau teringin nak anak perempuan kan sebab tu kau pilih kasih dengan Alicia"

Air matanya mengalir keluar.

File lain ditekan lagi.

"Rayyan, kalau kau dengar balik file ni satu hari nanti. Kau jangan salahkan diri sendiri. Aku tahu kau buat semua ni bersebab... Aku okay. Setakat dua tiga lipas apa lah sangat. Tapi bila aku jumpa kau lagi sekali kau jangan menangis kalau aku buat benda sama hahaha"

Tok! Tok!

"Uncle? Uncle sihat?"

"Eh Alicia, Rachael kenapa datang sini. Nanti yang lain nampak macam mana"

"Uncle sakit ke?"

"Tak lah tak sakit pun"

....

"Tapi badan uncle panas"

"Uncle demam sikit je ni"

"Ni mesti Uncle Rayyan buat kan?"

"Uncle Rayyan ni jahatlah!"

"Aip, jangan cakap macam tu. Uncle Rayyan buat macam ni sebab dia tak tahu siapa nama sebenar uncle"

"Nama sebenar uncle?"

"Aah, kalau Rayyan tahu nama sebenar uncle mesti dia dah datang sini jumpa uncle lepas tu melutut sambil nangis nangis. Hahaha percayalah"

"Kenapa pulak?"

"Sebab uncle sebenarnya kawan Uncle Rayyan. Kitaorang best friend tau. Auntie Lucia tu adik uncle"

"Auntie Lucia adik uncle?"

"Tapi daddy kata auntie dah tak ada keluarga lain"

"Iya, uncle sepatutnya dah mati masa uncle Rayyan dengan Auntie Lucia kecik kecik dulu. Sebab tu lah uncle tipu nama uncle"

"Habis tu siapa nama uncle yang sebenar?"

"Nama uncle? Nama uncle, Lucas. Lucas Natalie"

File itu dimatikan. Tangan Rayyan menggigil. Rambutnya diramas sehingga serabai.

"Kau memang sial Lucas. Kau memang sial" air matanya jatuh makin deras. Meja kerjanya itu ditumbuk kuat berkali- kali, melepaskan rasa kesal yang terbuku dihatinya.

"Rayyan!" Keith yang berada di muka pintu terus mendapatkan lelaki itu.

"Wey kau okay tak ni?" Baju Rayyan yang sudah penuh dengan darah itu dibelek.

"Kau buat apa dekat sini? Semua orang dekat bilik medic" muka Rayyan dipalingkan ke arahnya.

"Wey, kau kenapa?" Soal Keith perlahan.

"Keith" panggil Rayyan. Matanya dipejam rapat.

"Lucas hidup lagi..." katanya mendatar.

"Kau merepek apa ni Rayyan. Kepala kau ada terhantuk dekat mana-mana ke?"

"Tak Keith! Lucas hidup lagi. Faham tak! Dia hidup lagi! Dia tak mati pun! Masih bernyawa masih bernafas faham tak!" Bantah Rayyan. Tangan Keith ditepis ke tepi.

Mukanya diraup kasar.

"Apa benda yang aku dah buat ni bodoh" ujar Rayyan kesal.

Keith tergamam. Lucas hidup lagi? Habistu mayat siapa yang diaorang tanam 19 tahun lepas.

Keith melihat Rayyan kemudian matanya teralih pula pada skrin laptop yang berada di hadapan lelaki itu.

"Lucas hidup lagi? Jadi kenapa dia tak datang dekat kita?"

"Dia ada je dekat dekat dengan kita, cuma kita je yang terlalu bodoh sampaikan tak nampak kenyataan depan mata"

Kening mula bertaut. Hati Keith jadi tidak sedap. Jangan kata yang...

"Ya ! Elrick tu Lucas. Faham tak? Elrick yang datang rumah ni dua tahun lepas. Elrick yang kita layan macam sampah tu. Elrick yang kita anggap musuh tu sebenarnya kawan kita! Dia tu Lucas, kau faham tak!" Kata Rayyan kuat.

Keith terdiam. Otaknya buntu saat ini. Elrick tu Lucas? Jadi selama ni Avery ...

"Habistu Av tak tahu ke yang..." Keith terdiam semula. Tak, jangan kata yang sebenarnya Avery tahu siapa Elrick. Tapi oleh kerana dia dah telan dadah tu hari hari sampaikan dia sendiri lupa siapa lelaki itu.

Jadi Khai yang selamatkan Lucia daripada Haider tu kawan Lucas. Maknanya dia baik?

Lucas datang sini sebab dia dah dapat jangka yang Haider akan serang keluarga ni ke?

Tapi kenapa pulak Lucas bunuh Enver? Apa motif dia.

Dah tu siapa pulak Eres?

Keith mengusutkan rambutnya sendiri. Apa benda ni babi! Pening kepala aku.

Siapa yang buat cerita ni?! Nak suruh semua orang jadi gila ke? Kau nak gila, gila sorang soranglah!?

"Tak, benda ni takkan settel selagi kita tak dengar apa kenyataan yang sebenarnya. Kenapa semua ni jadi, siapa musuh yang tengah buru kita, apa motif dia, kita kena cari tahu" tangan Rayyan ditarik.

"Kita kena tanya Avery. Cuma dia je yang tahu semua ni" kata Keith lagi.

Pintu bilik dibuka kasar oleh seseorang. Khayra dan mereka yang berada dalam bilik terkejut mendengar. Serentak kepala memaling kearah pintu.

Ray laju menerpa ke arah isterinya sebelum muka dan badan Khayra di belek .

"Sayang! Sayang okay ke? Kepala ni kenapa? Apa yang dah jadi?" Habis satu badan Khayra disentuh dan diperiksa.

"Ray?"

Ray berhenti membelek, wajah sayu Khayra direnung redup. Kemudian tangannya naik menekap pada pipi isterinya itu.

"Ray?" Khayra terus memeluk suaminya itu erat. Tidak peduli dengan baju Ray yang kini sudah lencun dengan darah.

"Awak pergi mana. Keluarga ni perlukan awak" katanya perlahan.

Ray membalas pelukan Khayra. Sama sama melepaskan rasa beban yang mereka rasakan sekarang.

"Euwww daddy! Kenapa baju daddy penuh darah macam tu" tegur Alicia yang sedang memicit hidungnya. Rachel yang berdiri belakang Alicia menganggukkan kepala mengiakan kata kata kakak kembarnya.

Ray melepaskan pelukannya. Anak anaknya yang sudah menjauh darinya dipandang. Wajah Avery, Lucia dan anaknya turut dicari. Nafas lega dilepas. Syukur mereka tidak apa apa.

Kemudian matanya teralih pula kearah Xavier, Hanz, Zariq dan akhirnya tertumpu pada satu tubuh yang ditutupi kain putih di atas katil.

Kakinya langkah mendekat.

"Ray, Zen dah tak ada" kata Zariq cukup perlahan. Wajahnya menunduk pandang lantai.

Ray terus memeluk jejaka itu erat. Belakang badannya diusap perlahan.

"Aku minta maaf, aku gagal jadi ketua yang baik"

Zariq turut membalas pelukan itu sebelum air mata turun menemani.

"Aku minta maaf Zariq"

Makin deras air mata Zariq apabila mendengar kata maaf dari ketuanya itu. Mereka yang lain hanya memerhatikan dua jejaka itu.

"Ray," panggil Lucia di sisi.

Ray melepaskan pelukan sebelum wajah adik iparnya itu dipandang.

"Mana Rayyan?" Soalnya kembali.

"Mana Keith?" Celah Avery pula.

Baru sahaja Ray ingin membuka mulut pintu bilik itu terbuka sekali lagi. Keith dan Rayyan melangkah masuk. Keadaan Rayyan hampir serupa seperti Ray. Habis lencun dengan darah.

Keith ingin melangkah ke arah Avery namun pantas di halang oleh Rayyan.

"Jangan" kata Rayyan. "Jangan harini, harini aku dah cukup penat"

Mereka yang lain hanya pandang pelik ke arah dua jejaka itu.

Rayyan berjalan ke arah Lucia sebelum isterinya itu dipeluk erat bersama anaknya Emiel.

"Aku minta maaf sayang, aku minta maaf" bisik Rayyan perlahan di telinga Lucia. Cukup untuk mereka berdua sahaja yang mendengar, atau mungkin Bella juga sekali.

Mata Lucia mula berkaca. Dia faham apa maksud suaminya itu.

Leher Rayyan dipeluk erat. Sebelum bahunya dikucup lama. Belakang kepala Rayyan diusap perlahan.

"Tak apa Rayyan semua ni bukan salah awak" balasnya kembali.

Lama mereka berpelukan antara satu sama lain kalau tidak kerana Emiel yang mengadu sesak dipeluk dua makhluk itu mungkin mereka masih berpelukan sampai kiamat.

"So macam mana? Antara banyak banyak yang kau bunuh dekat atas tu, Criz dengan Fox ada terbunuh sekali tak?" Soal Luiz setelah lama dia mendiamkan diri.

"Criz dah mati. Tapi aku tak jumpa Fox" kata Rayyan.

"Aku dah agak dah. Sebab dia dekat bawah" jawab Luiz semula mendatar.

"Dia dekat bawah?" Soal Keith berkerut.

"Aah, dia ada dekat bawah. Tadi aku yang heret dia pergi ke depan"

"Tapi kau dah bunuh kan, so tak ada masalah" balas Rayyan mendatar.

"Siapa kata aku dah bunuh dia?" Balas Luiz semula.

Kini giliran Rayyan pula berkerut.

"Kan Louis suruh kau bunuh semua yang ada dekat bawah"

"Avery tak bagi" jawab Hanz mendatar.

Rayyan pandang wajah adiknya yang nampak sedikit pucat itu.

Nafas panjang dilepas.

"Tak apalah biar aku turun bawah kejap. Korang yang lain uruskan lah apa yang patut. Bawak Zen ke tempat yang sepatutnya. Mandikan dia. Lepas settel nanti kita solatkan dia sama sama. Keith jom ikut aku" katanya mendatar sahaja. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi Avery pantas menghalang jalan Rayyan.

"Abang, tolong jangan bunuh semua. Cukup hanya Fox. Yang lain tu tak bersalah" katanya perlahan. Mata Rayyan di pandang tak berkelip.

Rayyan tersenyum hambar sebelum bahu adiknya ditolak perlahan ke tepi.

"Tengoklah mood aku macam mana nanti" katanya sebelum keluar dari bilik itu. Keith mengikut dari belakang.

Tiba-tiba tangan Keith pula dicapai.

"Please jaga abang Rayyan" kata Avery sebelum perlahan -lahan tangan itu dilepas.

Keith menayang senyuman sebelum dia turut melangkah pergi.

"Wey, kau okay?" Tanya Keith yang berjalan di sebelah Rayyan. Mereka sama sama menuju ke arah tangga.

"Okay je, pehal pulak tak okay" jawab Rayyan mendatar.

"Ray kata dekat aku yang kau pengsan pagi tadi. Kenapa?"

"Tak ada apalah, biasalah dah tua banyak sakit" balas Rayyan tak ada mood.

"Tua kepala kau..." balas Keith perlahan.

Sampai sahaja di tingkat bawah, mereka terus menuju ke arah ruang tamu tempat di mana semua pembantu rumah dikumpulkan.

Rayyan tersengih sinis. Di tangannya ada selaras pistol yang dilengkapi silencer.

"Wey, Av kata jangan bunuh yang lain" kata Keith panik melihat muka setan Rayyan yang tersengih memandang ke arah sekumpulan manusia di hadapan mereka.

"Aku tahu lah bodoh, aku tak pekak lagi" balas Rayyan sebelum dia melangkah mendekati kumpulan manusia itu.

"Who's Fox?" Tanya Rayyan dingin.

Semua pembantu rumah yang sudah berikat tangan itu memandang antara satu sama lain.

"Kalau tak jawab semua aku bunuh" kata Rayyan selamba.

"Here!"

"Right here!"

"Beside me sir!"

Laju masing-masing menjawab, takut mendengar ugutan tak berakal Rayyan.

"Ouh kau" Rayyan melangkah mendekati lelaki yang dimaksudkan. Lelaki itu memakai baju chef berwarna hitam serta lengkap memakai apron.

Rayyan mencangkung separas lelaki itu.

"Oi, kau Fox?" Soalnya dingin sebelum menghala pistol ke bawah dagunya.

Fox mengangguk, mengigil. Matanya dilarikan ke arah lain. Tidak sanggup ingin menatap mata majikannya itu. Dia tahu dia sudah buat kesalahan yang besar.

"Hurmm, siapa yang bodoh sangat pergi upah kau eh? Aku ke?" Bebel Rayyan sendiri.

Fox tidak menjawab atau lebih tepat dia tidak faham bahasa yang Rayyan gunakan. Dia hanya mampu menahan rasa takut yang sudah menggunung dalam hatinya.

"Keith, kau cari tahu siapa bangsat ni, cari tahu sekali siapa tuan dia. Lepas dah tahu kaki bangsat mana yang dia jilat kau bunuh dia" kata Rayyan sebelum dia berdiri tegak semula.

Fox melepaskan nafas lega apabila melihat Rayyan tidak mengapa-apakan dia.

"Habistu yang lain?" Soal Keith semula.

"Apasal? Kau nak suruh aku bunuh yang lain jugak ke?" Soal Rayyan kembali.

"Eh, tak tak. Biar aku uruskan" laju Keith menjawab. Suasana ditingkat atas kembali terlayar di fikiran.

Rayyan ni kalau sekali dah menggila. Setan pun boleh tak kenal mana satu kaum kerabat dia.

"Tahu tak apa. Dahlah. Aku penat, aku nak rehat" namun baru sahaja dia ingin melangkah pergi kakinya berpatah semula ke arah Fox.

"Hahahahaha siapa kata aku lepaskan kau sial!" Kepala Fox di hentak ke lantai sebelum dipijak dengan kuat.

"Aku dah agak dah" kata Keith sebelum menggelengkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience