"Wey! Kau nak pergi mana ni!" Luiz menghalang laluan Keith yang sudah melangkah ke arah pintu rumah. Nafasnya termengah mengah akibat mengejar lelaki itu tadi.
"Tepi" dingin suara Keith berkata.
"Wey, kau dah salah faham ni. Sabar lah! Bagi aku terangkan dulu. Tadi yang kau dengar tu bu..."
"Aku kata tepi! Tepilah! Kau pekak ke?" Badan Luiz ditolak jatuh ke lantai.
Pantas Luiz bangun semula sebelum tangan Keith ditarik kuat.
"Wey jangan macam ni! Kau dengar lah dulu apa aku nak cakap!" Nada suara Luiz sudah naik seoktaf.
Keith menepis tangan Luiz kasar. Wajahnya yang dingin itu memandang tajam muka Luiz bagaikan boleh tembus hingga ke dalam.
"Jangan halang akulah sial!"
"Woi woi woi! Apahal ni?" Tegur Rayyan yang baru melangkah ke arah mereka berdua. Zariq berada di sebelahnya.
Melihat sahaja Rayyan dan Zariq datang, Keith pantas berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga. Pintu rumah dibuka sebelum dia terus keluar dari rumah agam itu.
"Eh? Apahal dia tu?" Tanya Rayyan yang kebingungan melihat Keith.
"Rayyan apa aku nak buat ni? Keith dah salah faham. Aku cuba terangkan tapi dia taknak dengar" kata Luiz kepada Rayyan.
"Pasal apa?" Tanya Rayyan semula.
"Aku tak ada masa nak cerita. Tapi aku kena kejar dia sekarang" Luiz ingin pergi namun tangannya ditarik semula oleh Rayyan.
"Tak pasal apa ni? Pehal korang macam kelam kabut je"
"Keith salah dengar. Dia ingatkan adik kau terima lamaran Lucas tapi sebenarnya dia tengah nak tolak lamaran Lucas. Bukan terima. Cuma Keith tak dengar sampai part habis" tangan Rayyan yang memegang sudah terlepas.
The hell? Apa yang tengah jadi ni? Lamaran apa pulak ni? Aku baru tak masuk dua bab dah macam ni jadi.
Zariq masih membatu di sebelah Rayyan.
"Aku kena kejar dia!"
Luiz pantas mencapai kunci kereta Ferrari hitam miliknya yang tergantung pada dinding sebelah pintu.
Namun baru sahaja dia ingin melangkah keluar Rayyan pula mencapai kunci kereta Lamborghini miliknya.
"Jom aku join kau. Kawan aku tu kalau bebal dia dah datang bukan calang calang. Zariq jaga rumah!" Sempat Rayyan berpesan sebelum dia terus keluar bersama dengan Luiz.
Zariq hanya memerhatikan sahaja mereka berdua yang sudah menaiki kereta masing masing.
Enjin kereta berderum sebelum masing masing mula meninggalkan kawasan rumah.
"Aku dah kata dah cinta tu complicated. Korang taknak dengar" kata Zariq sendiri.
Baru sahaja dia ingin melangkah pergi tiba-tiba kakinya terpijakkan sesuatu. Zariq memandang kad hitam yang melekat di kakinya.
Kad itu diambil sebelum dibelek.
-First attempt-
(E)
Dahi Zariq berkerut membaca tulisan berukiran emas itu.
Jadah? Siapa main kad uno ni?
"Zariq! Keith mana!" Tanya Bella yang baru sahaja keluar dari dalam perut lift. Avery pula berada di belakang gadis itu. Wajah masing masing tampak serabut.
"Hah?" Zariq pandang Bella dan Avery bersilih ganti sebelum tangannya menunjuk ke arah pintu rumah.
"Semua dah pergi" kata Zariq mendatar.
"Semua? Siapa semua?" Tanya Avery pula. Mereka berdua sudah melangkah mendekati jejaka itu.
"Keith, Luiz dengan Ra-"
Belum sempat Zariq habis berkata Bella sudah merampas kad hitam yang berada di tangannya.
"Fuck! Mana kau jumpa kad ni? Bila kau jumpa?" Tanya Bella kepada Zariq. Mukanya jelas kelihatan cuak.
"Ah? Aaa baru je kejap. Dekat lantai depan pintu"
Avery melihat kad hitam yang kini sudah berada di tangan Bella. Matanya terbuntang luas.
"Eriyan! Ni kad Eriyan"
"Hah!?" Zariq sudah dua kali ganda blur.
"Bella jom kita check CCTV" pantas Avery menarik tangan Bella sebelum mereka berdua melangkah ke arah lift rumah dengan tergesa-gesa.
Sekali lagi Zariq ditinggalkan keseorangan. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Apahal orang dalam rumah ni semua takleh nak relax?
Pintu bilik kawalan dibuka sebelum Avery dan Bella masuk ke dalam.
"Kenapa Keith tak dengar apa yang i cakap sampai habis?" Tanya Avery kepada Bella sambil mata fokus melihat monitor yang tergantung di hadapannya. Jari runcingnya pantas menekan nekan papan kekunci. Satu persatu file yang tertera di skrin dibaca.
"Manalah i tahu. Dia tiba tiba terus pergi lepas dengar you cakap I Love you dekat Lucas. I tak sempat nak halang" balas Bella yang juga sedang membantu mencari rakaman CCTV di bahagian luar rumah.
Mata masing masing fokus melihat 9 monitor yang menunjukkan tayangan beberapa minit lepas sehingga lah dua hari kelmarin.
Semua kamera menayang bahagian pintu masuk rumah sahaja. Selang beberapa minit satu kelibat yang mencurigakan tertangkap di skrin monitor.
"Av! Tu!" Jari Bella menunjuk pada salah satu skrin yang tertayang di hadapan.
Seorang lelaki memakai hoodie menutup muka mencangkung di hadapan pintu rumah mereka sebelum membaling kad hitam yang mereka lihat tadi melalui lubang bawah pintu.
Lelaki itu kemudian bangun sebelum wajahnya sengaja memandang ke arah kamera. Mulutnya tersengih sebelum dua jarinya membuat bentuk mini love.
Video itu diberhentikan. Wajah lelaki di sebalik hoodie hitam yang dipakai itu ditenung lama.
"Eriyan" kata Avery perlahan. Sah lelaki itu Eriyan. Kad hitam tadi diambil sebelum dibaca semula.
First attempt?
Apa maksud dia?
"Ni ke Eriyan?" Tanya Bella mencelah.
"Ya tak silap lagi. Dialah Eriyan Rafael" jawab Avery ringkas.
Bella melihat semula skrin monitor di hadapannya. Dahinya berkerut. Eh?
Rayyan menekan padel minyak kereta sehingga habis. Kereta Buggati Chiron hitam hadapannya dikejar. Di sebelahnya pula ada sebuah kereta Ferrari hitam yang juga sama laju dengan kelajuan keretanya.
Pin! Pin! Pin!
Cermin kereta diturunkan ke bawah.
"Woi kau nak mampus ke bawak kereta laju laju?!" Marah Rayyan dari tingkap keretanya.
Keith tidak mendengar malah semakin dia nampak Rayyan dan Luiz mengejarnya semakin laju keretanya membelah jalan raya. Meninggalkan mereka berdua di belakang. Habis semua kereta dipotong dan dicilok.
"Fuck!" Stereng kereta dihentak.
Rayyan perlahankan sedikit kelajuan keretanya cukup hanya membontoti kereta Keith di hadapan. Kereta Ferrari Luiz pula berada di sebelah kereta Lamborghini Rayyan.
Nasib jam sudah mencecah 12 malam. Tak banyak kereta yang ada di highway itu saat ini.
Telefon Rayyan berbunyi nyaring. Matanya melirik laju pada skrin tv kereta.
LUIZ is CALLING.....
Butang hijau pada stereng keretanya ditekan.
"Wey macam mana nak suruh dia berhenti ni?" Suara Luiz kedengaran di speaker kereta.
"Kereta kau boleh cecah sampai berapa?" Tanya Rayyan semula.
"349km/j" jawab Luiz.
Rayyan melihat meter keretanya.
"Kereta aku boleh cecah sampai 350km/j je. Masalahnya kereta yang Keith pakai boleh cecah sampai 490km/j. Macam mana kita nak halang dia?" Soal Rayyan semula.
"Cuba kita tembak cermin kereta dia, tak boleh ke?" Cadang Luiz.
"Kepala hotak kau! Nak suruh dia accident ke? Kereta dia tengah laju tu. Kalau kena tayar mampus dengan kita kita sekali ikut masuk kubur"
"Ah shit lah" balas Luiz. Mereka tahu mereka telah tersilap memilih kereta. Tahu tadi ambik kereta paling laju.
"Takpe kita follow dia rapat" kata Rayyan kembali. Padel minyak ditekan lagi.
Meter sudah mula melepasi angka 190km/j.
"Apasal dia badmood sangat ni wey. Tak faham lah aku" tanya Rayyan kepada Luiz yang berada di hujung talian.
"Adik kau ah, cakap tak habis. Yang si bebal tu pun satu. Jenis tak nak dengar sampai habis. Elok lah tu diaorang berdua. Sama sama bangang" bicara Luiz kesal. Kereta hadapannya dipotong. Sesekali cermin kereta belakang dipandang.
"Alaaa bodoh" balas Rayyan sebelum gear kereta ditukar. Kemudian padel minyak ditekan makin laju.
Pin! Pin! Pin!
Berkali kali Rayyan menekan hon keretanya.
"Eh sial ni, berani dia palaukan aku" Rayyan memotong segala kereta yang menghalang laluannya. Kini dia betul betul berada di belakang kereta Keith.
Luiz pula berada di belakang kereta Rayyan.
"RAYYAN!!! Brek kereta kau sekarang!!" Jerit Luiz tiba tiba.
Akibat terkejut dengan jeritan Luiz, Rayyan serta merta menekan breknya secara mengejut. Sterengnya hilang kawalan akibat tekanan daya yang terhasil. Kereta Luiz dan kereta Rayyan terpusing ke arah berlawanan sebelum akhirnya mereka menghentam pembahagi jalan raya.
Kepala Rayyan terhantuk pada stereng keretanya agak kuat. Dahinya mula mengalirkan cecair merah. Luiz pula sudah tidak sedarkan diri di dalam keretanya.
Kereta Luiz remuk teruk di bahagian depan. Asap tebal mula keluar dari enjin kereta. Manakala kereta Rayyan hanya kemek di bahagian belakang.
BUUUUMMMMM!!
Sekali lagi bunyi pelanggaran kedengaran tetapi kalini lebih kuat berbanding kereta Rayyan dan Luiz tadi.
Rayyan yang masih dalam kesakitan itu cuba menoleh ke arah depan.
"KEITHHHH!!!!"
Telefon pada tangan Ray serta merta terlepas ke bawah apabila dia menerima panggilan daripada pihak hospital.
"Abang! Kenapa ni?" Soal Khayra panik melihat suaminya yang sudah terduduk atas lantai bilik mereka. Wajah pucat suaminya dipegang lembut.
"Ra-Rayyan, Keith dengan Luiz accident.... diaorang tengah kritikal" kata Ray sedikit tergagap.
"Astaghfirullahalazim..." Khayra menekup mulutnya.
Share this novel