Bab 7

Action Series 25520

"Weh tadi kan kau dengar tak Ray cakap apa?" bisik Zariq kepada abang kembarnya. Mata masih tidak lepas memandang Rayyan dan juga Keith yang sedang mengikat badan Elrick di satu tiang yang ada di tingkat itu.

"Dia cakap apa?" soal Zen kembali.

"Kan dia kata kalau dia jumpa Eres tu dia nak sunatkan kote dia 18 kali" kata Zariq mendatar.

"Dah tu?" soal Zen semula.

"Macam mana dia tahu Eres tu ada kote? Entah entah Eres tu perempuan" kata Zariq lagi.

"Dah tu takkan dia lesbien pulak nak dekat Av" balas Zen mendatar.

"Zaman sekarang wey. Zaman sekarang semua benda boleh jadi" kata Zariq semula.

"Kau berbual apa anjing meh sini tolong aku!" panggil Rayyan kepada mereka berdua.

Zen dan Zariq melangkah mendekati Rayyan dan juga Keith.

"Woi! Kau nak buat apa ni hah! Lepaskan aku!" kata Elrick kuat. Tangannya meronta ronta.

"Sabarlah. Kau yang nak sangat kenal kenal dengan keluarga aku kan? Aku nak bagi kau kenal lah ni. Okay aku kenalkan yang ni Keith" kata Rayyan sebelum menarik Keith ke hadapan. "Pesaing kau, nampak? Muka dia jauh lebih kacak berbanding kau yang muka tak original. Aku pun tak pastilah kenapa adik aku tu terhenggeh hengeh nak kat kau" kata Rayyan mendatar.

Dahi Elrick berkerut. Tak original? Habis tu kau pikir muka aku copy ori ke sial?

"Hah, yang ni pulak Si Kembar. Zariq dan Zen. Aku tahu kau mesti macam bodoh dan bebal sebab tak dapat bezakan diorang kan? Takpa. Kekalkan je kebodohan kau tu"

"Aku taknak kenal dengan korang lah!! Lepaskan aku!!" jerit Elrick kuat. Nada suaranya naik seoktaf.

"Kalau aku kata aku nak kenal dengan kau macam mana?" balas Rayyan sebelum tergelak menganjing.

"So kita nak buat apa dekat dia supaya dia kenal keluarga ni?" tanya Rayyan kepada kembar dan juga Keith. Kepalanya sudah menoleh kearah mereka bertiga.

"Bogelkan je dia..." kata Zen.

"Letak dalam oven 10 minit..." kata Zariq.

"Bom kan dia" kata Keith.

Mereka semua memandang ke arah Keith.

"Dendam betul kau sampai nak letupkan dia" kata Zariq mendatar.

Keith hanya menayang wajah bersahaja.

"Kau fikir kau boleh bunuh aku ke? Hahaha Avery takkan duduk diam kalau korang buat macam tu dekat aku lah!!" kata Elrick lagi.

"Woi kau ni ada kote ke takde kote? Apahal nak suruh perempuan backup kau. Memalukan betul" celah Zariq.

"Dahlah memalukan, menyebalkan. Menyusahkan. Menjengkelkan pulak tu" kata Zen pula.

Elrick terdiam.

"Sekarang aku nak tanya kau, kenapa tiba tiba je kau datang sibuk melekat dekat keluarga aku?" tanya Rayyan dingin. Matanya tajam merenung anak mata milik Elrick.

Elrick hanya diam tanpa sepatah kata.

"Aku tanya tu jawab, ke kau nak aku bogelkan kau betul betul dekat sini?" soal Rayyan lagi. Rahang Elrick dicengkam.

Pang!

"Jawablah! Mulut mana mulut" kata Zariq dingin.

Zen melangkah ke arah satu meja yang berada di sudut kanan. Satu kotak berwarna hitam dicapai sebelum dia melangkah semula ke arah Elrick.

"Baik kau cakap sebelum aku sumbat kala jengking ni dalam mulut kau" ugut Zen tenang.

Elrick masih lagi tidak mahu membuka mulut.

"I'm done, buang masa cakap dengan kau ni... Keith, bukak mulut dia" arah Rayyan mendatar.

Tanpa banyak bunyi Keith terus membuka luas mulut Elrick.

"Woi woi!! Mana lah aku tahu apa apa!! Av yang bawak aku datang sini!! Pastu tiba tiba keluarga korang jadi huru hara. Apasal nak salahkan aku pulak. Aku takda kena mengena pun dengan hal ni. Keluarga kau memang banyak musuh daripada dulu tahu tak. Kalau aku ni memang betul betul bermusuh dengan keluarga kau sekalipun, baik aku bunuh je terus Av tu, tak payah nak susah susah datang sini pastu kena ikat ikat kena ugut bagai" bebel Elrick panjang.

Mereka semua terdiam.

"Betul jugak apa dia kata tu" celah Keith mendatar.

"Alaa, tak best lah macam ni. Kenapa kau jadi watak baik. Habis tu aku nak buat apa sekarang?" soal Rayyan.

"Kepala hotak kau! Biarlah dia baik. Tak payah kita nak susah susah siasat dia" kata Keith sebelum memukul kepala Rayyan perlahan.

"Ah aku peduli apa. Kau baik ke kau jahat ke. Kau pikir aku percaya?" terus Rayyan membuka baju yang tersarung pada badan Elrick.

"Woi! Kau nak buat apa ni woi!!!" jerit Elrick yang berada dalam ketakutan.

"Wey Rayyan. Mengamuk Av nanti" celah Keith mendatar.

"Kisah pulak aku dia nak mengamuk ke tak" terus Rayyan mengambil kotak yang dipegang oleh Zen. Kotak itu dibuka sebelum dituang ke atas badan Elrick.

Menggigil gigil badan Elrick kerana ketakutan yang amat sangat.

"We... Y.. Wey... Jangan buat aku macam gini wey" rayu Elrick bersama linangan air mata.

"Shushh, jangan nangis. Binatang ni suka dekat orang cengeng macam kau" balas Rayyan selamba sebelum dia angkat kala jengking itu dan diletakkan pula di atas bahu Elrick. Kala jengking itu elok merayap rayap atas badan Elrick yang sudah tidak berbaju.

Zariq dan Zen hanya memandang tanpa simpati.

Keith pula daripada tadi menahan gelak tawanya. Padan muka kau. Kau rampas Av dari aku kan. Sekarang rasakan.

"Ayyan apa kata kita try letak ular pulak, macam seronok je buli dia ni" cadang Zariq sebelum dia terus berlari anak ke arah meja tadi.

"Wey!! Taknak lah wey" jerit Elrick.

"Diam, kalau tak aku letak kala jengking ni dalam mulut kau" ugut Rayyan mendatar.

Elrick terus menutup mulutnya rapat.

Zariq kembali semula dengan satu kotak yang lebih besar sedikit berbanding kotak yang abangnya ambil.

"Curah kat dia" kata Rayyan.

Zariq membuka kotak itu. Satu ular yang berwarna emas putih diangkat dengan berhati hati sebelum elok diletakkan di atas kepala Elrick.

"Alolololo comelnya dia. Cute" kata Rayyan.

"Wey tolong lah wey, jangan buat aku macam ni... Please..." rayu Elrick sambil menangis.

Keith dengan Zen sudah tergelak gelak di belakang. Kelakar pulak tengok muka Elrick yang riak tu merayu rayu macam ni.

"Cepat bagi tahu aku, kau ni jahat ke baik sebenarnya?" tanya Rayyan semula.

"Berapa kali aku nak cakap yang aku takda kena mengena dengan keluarga kau!" jawab Elrick kuat.

"Eh kau nak tengking aku pehal? Nak jadi derhaka?" dengan selamba kala
jengking tadi disumbat ke dalam mulut Elrick.

Ptuh!

Kala jengking itu jatuh ke lantai setelah diludah oleh Elrick. Air matanya mengalir lebat.

"Av!! Tolong El!!!" jerit Elrick kuat. Ular yang tadinya berada atas kepala sudah melilit ke leher.

"Jerit lah kau sampai mampus. Takda siapa yang dengar. Kau tahu tak ni tingkat bawah tanah? Kau pikir adik aku tu telinga superman ke?" balas Rayyan selamba.

"Wey kita buli buli dia ni Av tak marah ke?" tanya Zen mendatar. Kala jengking yang berada atas lantai dikutip semula sebelum dimasukkan ke dalam kotak.

"Sebab tu aku tak pukul dia. Kalau pukul nanti nampak kesan. Kita seksa je mental dia sampai dia gila" balas Rayyan selamba.

"Betul tu aku setuju, dahlah tak hensem. Pastu bila pandang aku nak buat muka kerek. Ey geram siak aku, dari haritu lagi" kata Zariq pula.

Keith hanya diam. Malas mahu masuk campur. Tapi kelakar jugak tengok Elrick diperlakukan sebegitu rupa oleh Rayyan.

Rayyan memandang muka Elrick kembali.

"Kau takut lipas?".

Elrick tidak menjawab. Angguk tidak geleng pun tidak. Kerana dua dua jawapan itu nampak berbahaya.

"Orang kata diam tanda setuju" celah Zariq tiba tiba.

Terbeliak mata Elrick melihat si kembar yang tersengih jahat di belakang Rayyan.

"Tulah aku pun setuju..." Rayyan melangkah ke arah meja tadi sebelum satu plastik jernih dicapai.

Dalam plastik itu penuh dengan lipas yang seperti nyawa nyawa ikan. Mungkin sebab tak dapat udara segar.

Kaki melangkah semula ke arah Elrick.

"Dengar sini Patrick... Aku ada beberapa soalan yang aku nak kau jawab. Dan aku cuma nak dengar jawapan yang aku nak dengar je. Kalau kau diam atau kau jawab jawapan yang salah. Aku sumbat lipas lipas ni dalam mulut kau" terang Rayyan.

"Bro jangan macam ni bro..." rayu Elrick perlahan. Ular emas putih tadi sudah elok berehat atas bahunya.

"Bro? Siapa abang kau? Aku taknak adik hodoh macam kau ni" jawab Rayyan semula. Mukanya berubah serius.

Keith, Zariq dan Zen hanya memerhati.

"Okay soalan pertama..."

Elrick menelan air liurnya yang terasa kesat.

"Siapa perdana menteri Malaysia yang pertama....."

"HAHAHAAHAHHAHA" tergelak kuat tiga jejaka di belakangnya. Sial betul Rayyan ni. Ingatkan dia nak tanya soalan serius.

"Tengku, tengku.. Abdul Rahman!" jawab Elrick. Walaupun soalan tu macam tak masuk akal dengan keadaannya sekarang dia tetap juga menjawab dengan laju. Tak sanggup wey nak makan lipas.

"Hmm bijak bijak..." kata Rayyan.

"Okay soalan kedua..."

"Kenapa siput babi jalan lambat"

"HAHAHAHAHAHA...." sekali lagi mereka bertiga gelak terbahak-bahak.

"Wey jangan buat aku macam ni wey..." rayu Elrick tersendu sendu.

"Bukan tu jawapan yang aku nak..." Rayyan sudah membuka ikatan plastik di tangannya.

"Okay okay!! Aku jawab! Sebab dia tengah fikir dia babi ke siput!" kata Elrick kuat.

"Hmm... Betul jugak.. Haish bila kau nak salah ni" kata Rayyan selamba.

Zen mengambil semula ular emas di atas bahu Elrick. Sempat dia mengusap usap kepala haiwan peliharaannya itu sebelum dimasukkan semula ke dalam kotak rumahnya.

"Okay soalan ketiga..."

"Berapa banyak soalan kau ni!" pintas Elrick dengan nada suara yang sudah naik seoktaf.

"Eh kau, ini permainan aku. Ikut suka aku lah nak letak berapa banyak soalan pun. Seribu soalan pun aku boleh tanya selagi kau tak telan lipas lipas ni... " balas Rayyan semula.

"Okay soalan keempat" kata Rayyan mendatar.

Dahi Elrick berkerut. Bukan baru dua soalan ke dia tanya. Apasal tiba tiba loncat soalan ke empat?

"Dimanakah soalan ketiga aku" sambung Rayyan.

"Hahahahaha kau ni memang babi lah" kata Zariq yang berada di sebelah abangnya.

Keith dan Zen apa kurangnya. Macam nak terkoyak mulut dia gelak tak henti henti.

Elrick sudah terbungkam. Apa benda sial semua ni.

"Hah cepat jawab, cepat" kata Rayyan lagi.

"Wey aku mana lah tahu mana soalan ketiga kau pergi" jawab Elrick sedikit tergagap.

"Deng salah... Tu bukan jawapan yang aku nak dengar" kata Rayyan.

"Hahaha kau memang sial Rayyan. Kau memang sial" celah Keith sambil tergelak gelak.

Rayyan membuka plastik di tangannya. Satu ekor lipas diambil.

"Cepat bukak mulut kau" arah Rayyan mendatar.

"Aku minta maaf!! Aku minta maaf !! Jangan buat macam ni wey!!! Aku geli!!" jerit Elrick kuat.

Nampak sahaja Elrick membuka mulut Rayyan terus sahaja masukkan lipas itu ke dalam mulut Elrick. Kemudian tangannya elok menekup mulut lelaki itu.

"Kunyah cepat" kata Rayyan cukup selamba.

Elrick menangis nangis apabila terasa lipas itu bergerak gerak di dalam mulutnya.

Bluwekk....

Elrick termuntah apabila mulutnya sudah tidak tahan loya digeletek oleh kaki lipas.

Terbatuk batuk jejaka itu mencari nafas.

"Soalan kelima..." sambung Rayyan.

"Wey tak habis lagi ke?" celah Zen.

"Biar jelah, padan muka dia, siapa suruh jeling aku haritu" kata Zariq pula.

"Hahahaha padan muka dia..." kata Keith pula.

Masing masing tidak mahu membantu Elrick yang sedang dibuli oleh Rayyan.

"Cukup lah wey..." kata Elrick perlahan.

"Soalan keenam..." sambung Rayyan tanpa mempedulikan rayuan Elrick.

"Kemana pergi soalan kelima aku?"

"Hahahahahaha Babi doh dia ni..." celah Keith sebelum menyambung gelaknya bersama si kembar.

"Cepat jawab..." kata Rayyan.

"Soalan kelima, tak jadi sebab yang lain sampuk cakap kau tadi" jawab Elrick perlahan.

"Hurmm... Okay boleh diterima".

"Bro kau nak buat sampai berapa soalan ni?" tanya Zen mendatar.

"Sampai dia trauma tengok muka aku" balas Rayyan selamba sebelum wajah Elrick dipandang semula. Senyumannya menyeringai.

Avery dan Louis melangkah masuk ke arah ruang tamu bersama sama. Louis terus mengambil tempat di sebelah Xavier.

"Mana yang lain? Mana Elrick?" tanya Avery sebaik sahaja dia melihat hanya Xavier, Hanz dan Lucia sahaja yang berada di ruang tamu.

"Rayyan bawak dia pergi tingkat bawah..." jawab Xavier mendatar.

"Dengan kembar dan Keith..." sambung Hanz.

"Av pergi lah tengok. Akak risau pulak kalau jadi apa apa dekat Si Elrick. Rayyan tu bukan boleh percaya perangai dia" kata Lucia pula.

Avery memandang wajah abangnya sebelum mulutnya terukir senyuman sinis. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Lucia bertentangan dengan Louis.

"Biar je... Biar dia rasa macam mana gilanya keluarga ni" jawab Avery sambil tersenyum ke arah mereka bertiga.

Louis dan Lucia tergelak kecil. Manakala Xavier dan Hanz hanya memandang Avery dengan dahi yang berkerut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience