Prolog

Action Series 25520

>Pastikan anda sudah membaca buku ketiga iaitu My Insane Lover, paling kurang pun smapai latest bab. Kerana watak dalam buku ni ada campuran dengan watak buku Bella.

>Amaran, otak anda akan terbelit dan berpusing 180 darjah bila baca buku ni.

>Jangan muntah dan sediakan mental dengan betul sebelum membaca.

>Terlalu banyak plot twist yang akan menyebabkan anda cirit birit. Diingatkan supaya tidak meneruskan jika anda benci cerita plot twist bersepah.

>Cerita ni heavy conflict serupa penthouse

Thank you, enjoy the reading

_______________________________

Avery berlari dalam satu lorong yang agak gelap, tidak pasti di manakah dia berada sekarang. Yang pasti dia perlu melarikan diri daripada lelaki gila itu.

Pandangannya sedikit berbalam. Darah yang mengalir di dahi dibiarkan begitu saja.

Laju nafas ditarik masuk ke dalam paru paru. Liang roma juga tidak putus putus mengeluarkan air peluh.

Setelah Avery yakin dirinya sudah jauh dan tidak diekori lagi. Badannya disandarkan pada dinding lorong itu.

"Abang Rayyan, Kak Lucia... " bicara Avery separa berbisik. Satu satunya harapan dia sudah musnah. Kini mereka berdua juga telah tertangkap oleh lelaki gila itu.

Air mata yang mengalir di pipi, Avery kesat dengan kasar.

"Kenapa! Kenapa!" jerit Avery kesal. Dadanya ditumbuk beberapa kali. Kuat raungan dan esakan yang terlepas dari mulut kecilnya.

Tiba-tiba dirinya bagai tersedar sesuatu.

Keith.

Lelaki itu, dia masih lagi ada peluang untuk menyelamatkan lelaki itu.

Avery memulakan lariannya lagi sehingga dia tiba di hujung lorong yang bagaikan tiada penamat tadi.

Laju matanya meliar ke kiri dan ke kanan.

Dimanakah dia berada ketika ini?.

Tempat itu begitu asing dimata pandangannya.

Bangunan dan deretan kedai yang tersusun di sepanjang jalan terlihat sangat berbeza.

Avery yakin dia bukan di tanah France pada ketika ini.

"Excuse me, can i know where am i right now?" tegur Avery pada salah seorang wanita yang lalu di hadapannya.

Wanita itu agak terkejut melihat kepala Avery yang agak comot dengan luka luka kecil dan darah.

"Oh my God! Ben je in orde?"(are you okay) soal wanita itu, dia kelihatan panik melihat keadaan Avery.

"Dutch?" gumam Avery.

"I'm sorry can you speak english, i can't speak Dutch very well" balas Avery semula.

"Yes! Yes! I can speak english. Are you okay young lady? What happen to you?" soal wanita itu lagi. Jelas riak risau terhias diraut wajahnya.

"I'm fine, don't worry. But can i know where am i right now?"

"This is Amsterdam in Netherlands my dear"

Membulat besar mata Avery. Netherlands!?. Bagaimana dia boleh tersesat hingga ke negara itu.

"Thank you..." kata Avery. Dia menghadiahkan senyuman manis pada wanita tadi. Namun baru sahaja kakinya ingin melangkah pergi tangannya ditarik lembut.

"Are you sure you don't need a doctor? You look like in a lot of pain, i can take you to the hospital if you want" pelawa wanita itu.

Avery hanya tersenyum. Tidak sangka dia akan berjumpa dengan orang asing yang begitu baik melayannya.

"It's okay, i have to go now" balas Avery lembut.

"Take care..."

"I will..."

Avery melangkah terus ke arah salah satu belakang bangunan yang ada. Ada satu motor berkuasa tinggi terparkir elok di hadapan cafe bangunan sebelah.

Avery melangkah dekat. Entah siapa sangat yang bodoh pergi tinggal kunci dekat motor.

Tanpa berfikir panjang Avery pantas memakai helmet yang tergantung di side mirror. Enjin motor dihidupkan sebelum dia terus sahaja meninggalkan tempat itu. Kena tangkap? Nanti nanti jelah fikir.

Ada nyawa yang perlu dia selamatkan ketika ini. Dan itu lebih penting.

Hampir 4 jam Avery menunggang motor berkuasa tinggi itu.

Hanya satu sahaja tujuannya.

Dia perlu selamatkan Keith. Cukuplah sebelum ini dia telah gagal selamatkan ahli keluarganya yang lain. Dia tidak mahu sesiapa lagi menjadi mangsa atas kebodohan dirinya.

Motor itu berhenti betul betul di hadapan satu bangunan yang agak usang. Mengikut maklumat yang dia dapat Avery yakin di sinilah Keith dikurung.

Enjin motor dimatikan. Avery turun daripada motor sebelum kaki terus melangkah masuk tanpa rasa gentar.

Pintu utama bangunan itu disepak kuat hingga terbuka.

"Aku dah datang dah ni! Apa lagi yang kau nak! Pulangkan balik ahli keluarga aku!" jerit Avery kuat.

Ada satu lelaki yang muncul entah dari mana melangkah dekat kepada gadis bertoncang itu.

"Kau! Kau memang sial! Mana Keith! Mana ahli keluarga aku yang lain!" laju Avery menerpa ke arah lelaki itu.

"Woah woah, relax lah sayang. Kenapa you marah marah ni" lelaki itu hanya tersengih mengejek.

"Sayang kepala hotak kau! Aku kata mana keluarga aku!" jerkah Avery. Kuat tangannya mencengam koler baju lelaki itu.

"Ada, keluarga kau ada. Semua dah berkumpul dekat sini, kau je yang sampai lambat" kata lelaki itu semula. Dia kemudian menoleh ke arah belakang, tangannya menyeluk dalam poket seluar. Satu remote control diambil sebelum ditekan salah satu butang yang ada.

Serentak itu, bangunan yang tadinya agak suram dan gelap kini terus terang benderang. Terlihatlah segala isi dan mesin yang ada dalam ruang yang luas itu.

Tangan Avery terlepas ke bawah. Mulutnya sedikit ternganga.

Keith, Xavier, Zariq, abang abangnya, akak Iparnya, keluarganya. Mereka semua ada di situ.

Badan masing masing terikat dengan tali yang digantung pada satu palang dibahagian atas kepala. Mereka semua berdiri sebaris di atas satu papan besi yang bawahnya terdapat satu kolam yang sangat besar.

Di dalam kolam itu pula di isi penuh dengan ikan pemakan daging. Ikan piranha.

"No, no.. No.. No NO! What are you doing! That my family!" teriak Avery kuat. Otaknya bagai nak gila melihat ahli keluarnya sendiri diperlakukan seperti itu.

"Yah, that yours family. Not mine... " balas lelaki itu selamba sebelum tergelak kuat disisi Avery.

Avery terduduk di atas lantai. Tak sangka akhirnya dia dipermainkan oleh lelaki itu. Tak sangka ahli keluarganya diperlakukan seperti ini.

"Let them go... Please... Let them go" rayu Avery. Setitik demi setitik air matanya mengalir keluar. Tidak sanggup untuk dia mengangkat wajah melihat keadaan mereka.

"Hah? What are you saying just now? Let them go? Why should i?" soal Lelaki itu memerli.

"Fine! Aku akan ikut cakap kau, aku akan patuh dengan semua arahan kau. Aku akan kahwin dengan kau! Just let them go! Don't touch my family! Mereka semua takda kena mengena dalam hal ni!" balas Avery semula.

Lelaki itu tersenyum.

"If you say so, okay then..." satu walkie talkie dibawa keluar dari poket belakang.

"Turunkan diorang semua kecuali lelaki yang hujung tu" kata lelaki itu.

Avery jelas terkejut mendengar bicaranya. Pantas dia bangun semula. Tajam matanya merenung iris lelaki itu.

"Apa kau nak buat hah! Aku dah kata kan aku akan ikut kau! Aku akan kahwin dengan kau! Apa lagi yang kau nak! "

"Don't be stupid sayang , i know you still love him" rahang Avery dicengkam kuat memaksa untuk memandang ke arah Keith yang masih lagi berdiri atas papan besi. Mereka yang lain sudah dibawa turun sebentar tadi.

Mata Avery bertembung dengan anak mata milik Keith.

No.. No... No please no..

"Tengok guna mata kau macam mana kekasih kau mati"

Mata Avery membulat besar. Keith yang jelas nampak kesan luka luka diseluruh badan, hanya tersenyum ke arah gadis itu.

Bibirnya bergerak seperti berbicarakan sesuatu yang tidak kedengaran di halwa telinga.

Satu butang pada remote control ditekan. Serentak itu papan besi yang menangung beban, terturun ke bawah.

Ikan piranha yang sememangnya berenang renang didalam kolam besar itu laju menuju ke arah 'makanan' mereka.

20 saat.

20 saat yang paling kejam dalam hidup Avery apabila dipaksa melihat kekasih hatinya dimakan oleh ikan carnivore itu secara hidup hidup.

"Hahahahahahha! How do you feel sayang?" soal lelaki itu sambil tergelak kuat.

Avery terkaku. Kakinya yang menggigil teruk itu tidak dapat lagi menampung badan. Dia terjatuh ke bawah.

Sakit, sesak, sayu, sedih semua serentak terasa dalam dada saat ini. Perit sampaikan tidak terluah apa apa bicara dimulutnya.

Lelaki itu elok mencangkung disebelah Avery.

"Do you wanna know what he said just now?" soalnya sarkastik.

"He said 'I will always love you forever, my dear Av'..." kata lelaki itu dengan nada mengejek.

Avery hanya diam. Dia masih lagi tidak dapat berfikir dengan baik. Hanya air mata sahaja yang digunakan sebagai bicara.

Satu pistol dibawa keluar sebelum dihala tepat pada kepala gadis itu.

"I don't need a broken girl like you, goodbye my dear. Jangan risau, keluarga kau yang lain juga akan menyusul selepas ini" habis sahaja bicara, pemicu pistol ditarik tanpa rasa ragu-ragu.

Bang!

Avery terjaga daripada tidurnya. Jantungnya laju mengepam darah ke seluruh anggota badan. Nafasnya turun naik dengan pantas.

Habis basah baju tidur yang tersarung pada badan.

Mimpi tadi.

Mimpi tadi seakan realiti. Sakit pada badan akibat dipukul oleh lelaki lelaki durjana itu masih lagi terasa.

Avery menyentuh mukanya.

Basah.

Mata dan pipinya basah dengan air mata.

Perlahan lahan tangan merangkul erat tubuh sendiri.

"Abang.... Av takut"

AN: Cer komen ciked... Excited tak, nak tunggu buku yang ni.

Share this novel

Ain Yatim
2021-07-20 07:10:43 

firstly..tq miss author. secondly tak nak sad ending.. thirdly make all the character always crazy..n lastly.. tipu la tak exited sebab always tunggu kesinambungan buku ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience