Bab 12

Action Series 25520

Satu persatu kelongsong peluru yang jatuh ke atas lantai menghasilkan bunyi dentingan apabila logam itu menghentam pada permukaan lantai.

Bang! Bang! Bang!

Peluh yang mengalir di dahi hanya dibiarkan mengalir membasahi pipinya yang putih mulus. Matanya fokus tepat pada bintik merah yang berada betul betul ditengah kepala patung yang berjarakkan 50 meter di hadapan.

Setiap satu tembakan yang dihasilkan akan ada hanya satu sahaja tempat peluru itu akan berakhir. Iaitu di tengah tengah bintik merah pada kepala patung.

"Are you done?" soal satu figura yang berdiri di sudut sisi pintu bilik latihan tingkat bawah itu.

Pistol diturunkan. Kepalanya berpusing menghadap kearah empunya suara tadi.

"Kenapa?" soal Avery sambil mengelap sisa peluh yang berada di bahagian dagu dan pipinya. Air sejuk yang terletak di atas meja kecil dicapai dan diteguk haus sehingga separuh.

"We need to talk" kata Bella senada. Tangan yang tadi disilang paras dada kini dimasukkan pula ke dalam kocek seluarnya.

Kening Avery jelas bertaut. Wajah gadis kecil yang bertoncang separuh itu dipandang hairan.

"About what?" balas Avery semula.

"About your fake fucking Boyfriend" balas Bella selamba.

Avery tergelak halus. Pistol tadi disimpan semula dalam meja kaca yang tersusun pelbagai lagi jenis senjata api yang lain. Kemudian dia terus melangkah ke arah gadis itu dengan lebih dekat.

"Tak masalahnya sekarang ni aku nak mandi. Yang kau sibuk ikut aku masuk bilik air ni apahal?" Soal Keith dengan muka yang tidak puas hati. Matanya tajam menjeling Luiz yang hanya menayang wajah tidak bersalahnya.

"Tugas aku adalah untuk jaga kau 24 jam. Termasuklah masa kau mandi, makan, tidur... " kata Luiz mudah sahaja memberi jawapan.

"Dah tu takkan masa aku nak berak pun kau kena ikut sekali!" jerit Keith kuat. Nada suaranya juga sudah naik seoktaf. Merah padam muka dia menahan bengang melihat muka Luiz yang tidak berperasaan itu. Tak habis habis dengan arahan mengarut dia tu. Rimas tahu tak. Dah macam gay couple pun ya.

Berapa banyak sangat gaji yang Rayyan bagi untuk upah dia jadi bodyguard sampai nak masuk bilik air pun kena ikut.

Dasar gila.

"Apa salahnya. Aku boleh tolong cebokkan" balas Luiz selamba.

"KELUAR!" tengking Keith kuat. Jari telunjuknya sudah menunding kearah pintu bilik.

"Kalau aku taknak?" provok Luiz.

"EH BABI, KAU KELUAR DARI SINI SEKARANG SEBELUM AKU SUMBAT BOM DALAM MULUT KAU!" marah Keith lagi.

"Yelah yelah.... Sikit-sikit nak marah. Sikit sikit nak marah" sempat lagi Luiz membebel sebelum menutup pintu bilik air itu secara perlahan lahan.

Keith hanya mengelengkan kepalanya. Pasrah. Bala apa yang kau lekatkan dekat aku ni Rayyan?

Namun baru beberapa saat Luiz berlalu pergi pintu bilik air itu diketuk semula dari luar.

Tok tok tok.

Kening Keith kembali berkerut. Nak apa lagi mamat ni?

"Betul ke ni kau taknak aku tolong cebokkan?" tanya Luiz dari luar pintu bilik air.

"Kepala bapak kau!" marah Keith dingin.

"Hahaha bapak aku dah mati haha... " balas Luiz bersama gelakan yang tidak henti henti.

"DIAMLAH BABI!!"

"Apa sebab utama Rayyan pergi Malaysia?" soal Louis mendatar kepada Xavier yang sedang ralit memerhatikan tiub air yang bersambung pada dua tangan kecil anak kembar Ray.

Xavier tidak menjawab. Hanya sekilas sahaja matanya memandang mata merah Louis sebelum dia kembali memandang ke arah lain.

"Answer my question" kata Louis mendatar namun cukup tegas. Dia tahu lelaki ini tahu sesuatu dan dia sangat pasti Xavier tahu mengenai rancangan adiknya. Kata kata Rayyan tempoh hari asyik terulang tayang di fikirannya.

"Entah. Dia cuma kata dia busy hal syarikat" jawab Xavier ringkas sebelum dia kembali duduk di meja kerjanya.

Louis hanya mengekor dari belakang sebelum kerusi hadapan meja Xavier ditarik dan diduduk.

"Xavier, aku tahu kau tengah tipu aku. I know you too well..." kata Louis mendatar.

"... Sebelum aku cari tahu sendiri. Better kau yang bagi tahu" sambung Louis.

Xavier menghela nafas panjang. Cermin matanya dilepaskan. Pen ditangan diletakkan diantara celah fail kerjanya kemudian wajah Louis dipandang dengan tatapan tajam.

"Kau sendiri kenal adik kau macam mana... Kalau aku tak cakap apa apa pun aku yakin yang sebenarnya kau dah tahu apa sebab dia balik Malaysia... " jelas Xavier cukup mendatar dan tenang.

Louis tersenyum sinis, sangat sinis. Gelakan kecil terlepas dari mulutnya.

"Mana Ray?" soal Xavier mendatar.

"Biar dia rest, ada benda aku nak settelkan dulu... " kata Louis mendatar sebelum dia bangun dari tempat duduknya.

Xavier hanya memerhatikan lelaki itu yang sudah melangkah ke arah pintu keluar bilik medic.

"Elrick..." kata Xavier.

Langkah kaki Louis terhenti betul betul dihadapan pintu.

"Dia bukan musuh kita..." sambung Xavier mendatar.

"Aku tahu..." jawab Louis selamba sebelum dia terus melangkah pergi. Sempat lagi mulutnya menghadiahkan senyuman sinis kepada Xavier.

Xavier hanya menghembuskan nafas panjang. Pelipis matanya di urut perlahan.

Rayyan... Agak agak dia dah jumpa belum dengan lelaki tu. Apa yang tengah jadi dekat Malaysia sekarang ni? Kenapa tiada khabar langsung daripada mereka bertiga? Adakah Lucia dan Rayyan selamat?

"Jangan sampai gagal Rayyan. Nyawa ahli keluarga kau dalam taruhan..." kata Xavier sendiri.

Laci almarinya ditarik. Dua pucuk pistol dibawa keluar sebelum diperiksa isi peluru. Kemudian pistol itu disisipkan pada kocek seluar belakang. Jam tangan dilihat.

God, please save us.

"You tak rasa serba salah ke buat semua ni? Well after i look up his profile, I'm pretty sure dia takda kena mengena langsung dalam hal ni. Kalau ayah jahat anak tak semestinya jahat. Betul tak?" soal Bella mendatar. Avery yang sedang sibuk menyusun pelbagai jenis wayar bom di dalam satu kotak itu sedikit tersentak dengan pertanyaan Bella.

Lama dia terdiam sebelum mulutnya tersengih senget.

"Let we turn around that questions. If Luiz adalah Keith dan You adalah I. You sanggup tak buat apa yang i buat ni?" soal Avery mendatar.

"Maybe..." jawab Bella.

"... Even worst... I will burn this world just for him" sambungnya semula.

"Same for me..." kata Avery.

"... I sanggup bunuh sesiapa sahaja asalkan Keith selamat" jawab Avery mendatar. Kotak yang sudah siap terisikan Bom TPB itu ditutup semula.  Satu pen berwarna hitam dibawa keluar dari dalam poket seluarnya.

"Let me guess..." celah Bella laju.

Avery mengangkat sebelah keningnya.

"This pen is a fucking bomb right?"

Avery mengangguk sebelum tersenyum sinis.

"What is the most scariest thing in the world that could happen? When two crazy pyscho girl became a best friend ..." celah satu suara di muka pintu bilik mereka berdua.

"Luiz!" Bella terus sahaja mendapatkan lelaki itu sebelum mencium laju pipinya.

Nama sahaja duduk serumah. Tetapi jarang sekali untuk mereka berjumpa memandangkan rumah ini terlalu besar dan luas.

Lagipun Luiz ditugaskan untuk menjaga Keith 24 jam. Dan lelaki itu pula seboleh boleh ingin mengelak daripada bertembung dengan Avery.

"Hi wassup" tegur Avery kepada Luiz.

"Sup..." balas Luiz semula.

"Keith mana? Kenapa you sorang je ni?" tanya Avery hairan. Dua tiga harini melekat macam belangkas tiba-tiba ni datang seorang.

"Dia tengah mandi. Dia tak bagi i ikut so i datang sini kejap..." balas Luiz mendatar.

"Ouh..." balas Avery sepatah.

"Kalau nak meeting pun jangan depan pintulah, buat semak je" tegur satu suara tiba tiba.

Serentak Luiz dan Bella menjeling tajam kearah lelaki yang menegur mereka.

"Apa? Tak puas hati?" ejek Elrick sempat lagi dia menjulingkan matanya sebelum berjalan mendekati Avery.

Manakala Luiz dan Bella terus menghadiahkan kedua dua jari tengah mereka kepada Elrick.

"Good timing you came here. I baru je nak jumpa you" kata Avery sebaik sahaja Elrick datang dekat.

Pen hitam tadi dihulurkan kepada lelaki itu.

"... Nah... Hadiah untuk you"

"Untuk apa ni? Tiba tiba je bagi pen?" soal Elrick hairan. Pen itu disambut sebelum dibelek belek.

"Rayyan bagi, dia kata sebagai tanda you menjadi business partner dia" tipu Avery cukup tenang dan mendatar.

"Ouh, okay" dengar sahaja nama Rayyan, Elrick pantas sahaja menyimpan pen itu dalam poket bajunya.

"By the way you nak jumpa i ke?".

"Aah, start esok kan kita dah masuk pejabat. Mister Braun nak jumpa kita berdua pasal brand yang you baru launch dekat Japan"

"Ouh pasal tu... Tapi bukan ke.. " belum sempat Avery meneruskan ayatnya tiba tiba alarm rumah mereka berbunyi nyaring.

"SISTEM ALERT!! SISTEM ALERT!! CODE RED!! CODE RED!! EMERGENCY ACTION WILL BE TAKE! ALL THE LIFT TO THE UNDERGROUND WILL BE SHUT OFF IN 5 MINUTES! ALL THE FAMILY MEMBER PLEASE GET OUT SAFELY FROM THIS HOUSE IN 6 MINUTES"

"SISTEM ALERT!! SISTEM ALERT!!..."

"What. The. Fuck?" Kata Luiz satu persatu.

Lampu merah berkelip kelip diseluruh penjuru ruangan rumah agam itu.

"Zombie apocalypse?" Celah Bella pula namun dia masih lagi beriak tenang.

Tetapi tidak bagi Avery yang sudah terbuntang biji mata mendengar amaran sekuriti rumah agam itu.

Code Red bermaksud ada pembunuhan berlaku. Siapa yang mati!?

Laju kakinya melangkah keluar meninggalkan mereka yang lain.
Fikirannya hanya satu. Keith? Adakah lelaki itu selamat?

Sampai sahaja dihadapan bilik, pintu bilik Keith ditendang kuat oleh Avery sehingga terbuka luas. Cemas punya pasal sampaikan tombol pintu pun tidak dihiraukan.

"Keith! Are you o..." namun belum sempat dia menghabiskan kata katanya, Avery sudah terdiam saat melihat Keith yang baru sahaja hendak menyarungkan pakaiannya itu menoleh ke arahnya yang berada dihadapan pintu.

"I'm sorry! I didn't know!" jerit Avery kuat. Pintu bilik yang ditendang tadi pantas ditutup semula. Merah padam pipi Avery.

"Kan i dah kata dia tengah mandi yang you pergi terus terjah bilik orang tu dah kenapa..." celah Luiz yang baru sahaja datang bersama Bella.

"So amacam? Terliur tengok Abs dia?" nyakat Bella pula.

Satu jelingan maut diberikan kepada gadis itu.

Bella hanya tergelak halus.

Tiba-tiba pintu bilik Keith terbuka semula dari arah dalam. Lelaki itu sudah lengkap berbaju.

"Kenapa? Apa jadi ni? Siapa yang bunyikan alarm?" soal Keith yang sedikit termengah mengah. Rambutnya yang masih basah sehingga ada beberapa titisan air dihujung itu dibiarkan sahaja. Mungkin dia cepat cepat keluar dari dalam bilik air tadi. Tak sempat nak keringkan.

Yang lain hanya menayang muka biasa.

Tetapi tidak bagi Avery setelah dia melihat bentuk badan Keith sebentar tadi. Auch, sexy amat. Cepat cepat dia mengelengkan kepalanya beberapa kali.

"Kembar dengan Athy! Bella you dengan i kita pergi check diorang dulu. El you tolong pembantu rumah yang lain keluar dari sini, protect diorang semua, Keith dengan Luiz pergi check Kak Khayra. Kalau terserempak dengan Zen, Zariq dengan Hanz. Mintak tolong dengan diorang sekali" arah Avery laju sebelum dia terus berlari ke arah lift rumah. Bella pula hanya mengekorinya daripada belakang.

Dalam fikirannya masih lagi tidak tenang memikirkan siapakah yang mengaktifkan alarm rumah mereka ini. Betulkah ada pembunuhan berlaku? Siapa?

"Avery!!" jerit Bella.

Pantas gadis itu menoleh ketepi.

"Are you okay? Dah berapa kali i panggil you tak sahut" tanya Bella mendatar.

Avery mengangguk kecil. Terbuka sahaja lift itu di tingkat tiga mereka berdua terus melangkah keluar.

"Let's go..."

Bilik medic laju dituju.

"Xavier!" panggil Avery kuat. Namun tiada sahutan. Katil yang sepatutnya dihuni si kembar sudah kosong. Begitu juga dengan meja kerja Xavier. Tiada langsung kelibat mereka kelihatan.

Dimana mereka semua?

"Ray dah selamatkan maybe" celah Bella pula.

"Tak mungkin. Takkan diorang dah angkut kembar tu sebelum alarm berbunyi. Kalau tak mesti kita dah terserempak masa nak ke sini" balas Avery pula.

Tiba tiba telefonnya berbunyi. Pantas butang hijau diseretkan ketepi.

"Hello, abang dekat mana?" soal Avery laju.

"Avery ni abang Ray...(Diam!) Turun hall bawah cepat. Emergency ..." kata Ray mendatar sebelum talian itu terus termati.

Avery terdiam.

"Diorang dekat mana?" soal Bella sebaik sahaja gadis itu menyimpan telefonnya kembali.

"Dekat bawah... Tapi"

"Tapi?"

"Kenapa i dengar ada suara lain tadi" soal Avery sendiri. Dia seperti terdengar suara asing yang tidak pernah didengarnya sebentar tadi. Dan dia pasti itu bukan suara ahli keluarganya atau suara pembantu rumah mereka. Adakah orang itu punca alarm rumah mereka berbunyi?

"Hah?" soal Bella semula dengan dahinya yang berkerut seribu.

"Bella prepare for the worst. I think we got some company. Jom singgah bilik ambik senjata dulu" kata Avery sebelum dia terus melangkah semula ke arah lift dengan laju. Hatinya risau. Adakah semuanya okay?

Pintu lift tertutup. Tingkat 1 ditekan.

Wait a second.

Wajah Bella yang berada di sebelah dipandang.

"Bella harini berapa haribulan?" soal Avery cemas.

"2 haribulan. Why?" balas Bella mendatar.

Shit!

Macam mana dia boleh lupa. Mimpinya selama ini. Sebaik sahaja Rayyan pergi menjauh dari keluarganya itu. 2 haribulan. Tarikh dimana semuanya menjadi kucar kacir. Tarikh dimana menjadi titik mula keluarga Mikayla hancur.

Adakah hari ini?

Adakah mimpinya itu tetap akan menjadi kenyataan?

Kalau benar maka...

Abang Rayyan! Kak Lucia! Mereka juga sedang dalam bahaya saat ini.

Avery terduduk diatas lantai lift itu. Semua tenaganya seperti disedut keluar secara paksa.

"AV! What wrong with you?" soal Bella yang panik apabila melihat gadis itu yang tiba tiba sahaja melutut di sebelahnya.

"My family.... Bella... My family..." itu sahaja yang dapat diungkapkan keluar dari mulutnya. Hatinya bercampur baur. Marah, dendam, sedih, risau, semua bercampur menjadi satu.

"Get up!" kata Bella dingin.

"Don't ever kneel because of your enemy, you keturunan Mikayla. And what will you do if they mess with your family?" soal Bella dingin. Kedua bahu Avery dipegang erat.

"You. Kill. Them. Twice" kata Bella satu persatu sebelum mulutnya tersenyum sinis.

Bella mengangkat Avery secara paksa.

"So let's show them who is Zoe Avery Mikayla" kata Bella mendatar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience