Bab 20

Action Series 25520

29 TAHUN YANG LALU.

"Sayang, sayang kenal Haider kan?" soal Adrien kepada isterinya yang kini sedang sarat mengandung. Dua tangannya naik menekup lembut pipi isterinya itu.

Tiana mengangguk lemah bersama linangan air mata.

"Maafkan abang, sayang. Abang janji kita satu keluarga akan selamat. Abang janji" tangannya yang sedikit menggigil mengengam erat tangan isterinya. Cuba menyalurkan kekuatan sedangkan dia sangat memerlukan kekuatan itu saat ini.

"Abang nak sayang sorok dalam bilik ni. Jangan keluar selagi abang tak suruh keluar. Boleh sayang?" soal Adrien lembut.

"O..okay" balas Tiana sedikit tergagap. Rasa gerun yang mencengkam tangkai hatinya mula bersarang.

Bukannya dia tidak kenal siapa yang berada diruang tamu mereka. Haider Raies Mikayla. Iaitu abang kandung suaminya sendiri. Namun sifatnya yang terlalu ganas dan gila menyebabkan dia hilang tahta untuk mewarisi kumpulan Mikayla.

Haider bukan lawan mereka. Dia bukan manusia. Tidak. Bahkan gelaran syaitan juga tidak patut diberikan kepadanya. Kerana dia lebih kejam berbanding syaitan. Depan mata Tiana dia melihat Haider membunuh ibu bapanya sendiri. Darah daging sendiri diperlakukan seperti binatang.

Dibunuh dengan kejam dan tidak berhati perut. Berbeza sungguh dengan suaminya yang sangat baik dan penuh dengan sifat sifat kemanusiaan.

Setelah menutup dan mengunci pintu bilik itu Adrien melangkah kearah ruang tamu rumahnya. Perasaan gugupnya dihapus. Sampai sahaja di ruang tamu, mulutnya dipaksa mengukir senyuman.

"Adri..." sapa Haider ramah. Tangannya dihulur untuk bersalaman dengan Adrien. Adrien menyambut huluran itu.

"Haider... Buat apa kau dekat sini? Bukan ke kau dah duduk Spain?" soal Adrien bersama senyuman manis.

Mereka berdua mula mengambil tempat diatas sofa.

"Memang aku sepatutnya sekarang dekat Spain. Tapi aku ada terdengar gosip gosip sampah lalu dekat telinga aku" senyuman Haider memudar kini diganti pula dengan wajah yang dingin.

"Gosip? Pasal apa?"

"Ha~... Aku ada terdengar yang isteri kau mengandung lagi" kata Haider sambil tergelak sinis. "Betul ke?"

"Hahaha, mana ada. Kau pun tahu kan peraturan keluarga kita..."

"... Setiap keluarga Mikayla hanya boleh mempunyai 2 zuriat sahaja" kata mereka serentak.

"Tak payah risaulah. Aku ingat peraturan tu" sambung Adrien lagi.

"Iya? Jadi mana Tiana? Dah lama aku tak nampak dia. Where is she right now?" mata tajam Haider tepat merenung mata adiknya itu.

"Dia tak ada. Dia pergi kedai kejap. Kejap lagi balik lah tu" bohong Adrien .

"Jadi mana anak anak kau yang lain?" soal Haider semula.

Adrien menelan air liurnya. "Ada dalam bilik aku" jawabnya laju.

Tiba-tiba Haider bangun daripada kerusinya dan terus melangkah kearah bilik tidur Adrien.

"Kau nak pergi mana ni?" tangan Adrien naik menahan badan Haider.

"Move away" kata Haider mendatar..

Namun Adrien masih tidak bergerak.

"Kau nak buat apa ni? Anak anak aku tengah tidur. Nanti dia orang terjaga susah pulak Tiana takda"

"I said Move Away!" tengking Haider kuat.

Nak taknak Adrien terpaksa membiarkan Haider. Tombol pintu dipulas namun tidak terbuka .

"Kau kata anak anak kau dalam bilik ni... Jadi kenapa kau kunci?" soal Haider kepada Adrien.

"Bukak"

Adrien yang seperti dalam kesempitan itu. Perlahan lahan membuka pintu biliknya.

Haider melangkah masuk. Hanya ada dua budak kecil di dalam bilik itu. Seorang dalam katil bayi disudut kanan. Seorang lagi berbaring atas katil milik Adrien. Masing masing sedang nyenyak berdengkur.

Adrien menarik nafas lega.

"Kan aku dah kata bini aku keluar kejap. Takkanlah aku nak tipu kau"

Tajam mata Haider memerhatikan bilik itu.

Adrien sendiri tidak pasti dimanakah isterinya menyorok. Namun dia sangat berharap agar tidak terkantoi dengan Haider.

"Hahahaha, aku saja jelah ajak bergurau. Kau takut sangat kenapa?" bahu Adrien ditepuk beberapa kali.

Kaki Haider melangkah kearah Ray yang sedang nyenyak tidur di atas katil. Kepala budak kecil itu diusap kasar.

"Jadi anak yang berguna ya..." bisik Haider keras.

Adrien yang berada dibelakang Haider mula gugup. Sesekali matanya menjeling kearah pintu bilik air.

Dia yakin bayangan hitam yang melintas di dalam bilik airnya itu adalah milik Tiana.

"Adri..." panggil Haider.

Adrien menoleh laju.

"Y... ya?"

"Aku nak pinjam bilik air kejap..."

Membuntang luas biji mata Adrien melihat setiap langkah yang diambil oleh Haider menuju kearah bilik airnya.

"Along!" panggil Adrien sedikit kuat.

Haider tidak jadi hendak masuk kedalam. Namun tangannya sudah mencapai tombol pintu.

"Bilik air aku rosak. Tersumbat... Kalau kau dah tak tahan sangat, tumpang bilik yang dekat luar je" bicara Adrien laju.

Haider tersengih.

"Kau takut apa ni dik, ke memang ada benda yang kau cuba sorokkan daripada aku" tombol pintu dipulas. Daun pintu ditolak luas.

Senyuman Haider melebar.

"Well well well... Lama kita tak berjumpa. TI. A. NA" kata Haider kepada adik iparnya itu.

"Apa maksud kau tak boleh lebih dua?" soal Luiz mendatar.

Kini mereka bertiga berada di dalam lift untuk menuju ke tingkat 3.

"Memang. Benda tu memang dah jadi tradisi keluarga kitaorang. Setiap keluarga hanya boleh melahirkan dua zuriat sahaja" balas Avery.

"Sebab?" soal Keith yang jelas tidak faham tradisi mengarut yang diceritakan oleh Avery.

Avery angkat bahu. "Entah, i pun tak tahu kenapa"

"Habis tu Athanasia?" soal Keith semula.

"Kewujudan dia masih lagi belum diketahui oleh Haider. Sebab tu abang Louis tak pernah bawak Athy keluar rumah" Avery terdiam sejenak. Iya ke dia masih tak tahu kewujudan Athy? Kenapa Rayyan buru Haider tiba-tiba?

"Apa yang jadi bila Haider tahu mak kau tengah mengandungkan kau" celah Luiz semula.

"Dia..."

"Hahahaha aku tak sangka kau dah pandai tipu aku sekarang" gelak Haider kuat.

Lelaki itu memandang wajah pucat Adrien dan Tiana berselang seli.

"4 tahun lagi. Aku akan datang semula lawat kau. Ops. Bukan lawat kau. Tapi lawat anak kau yang dalam perut tu HAHAHAHA. Bye bye Tiana semoga anak tu lahir dengan selamat" Haider keluar daripada bilik itu. Meninggalkan Adrien dan Tiana yang masih lagi terkaku ditempat masing masing.

Musnah. Segalanya telah musnah. Kewujudan anak itu telahpun diketahui oleh Haider.

"Sayang... Apa kita nak buat ni" rintih Tiana sambil memegang perutnya yang berusia 9 bulan itu. Bila bila masa sahaja anak itu akan lahir. Tetapi...

Adrien mengetap gigi kuat. Tak guna! Dia takkan benarkan lelaki gila itu apa apakan anaknya yang berada dalam kandungan Tiana.

"Sa..sayang" panggil Tiana perlahan.

Adrien menoleh. Matanya membulat melihat kain yang dipakai Tiana kini sudah basah lencun.

"Ba...baby dah nak keluar..." kata Tiana pucat.

"Betul ke dia datang balik lepas 4 tahun?" soal Keith mengembalikan Avery ke alam realiti.

Avery hanya diam. Matanya hanya tertumpu pada lantai lift.

Ting!

Pintu lift terbuka. Mereka bertiga melangkah keluar.

"Av hati hati. Something wrong..." kata Bella yang bersambung pada earpiece telinganya.

"Hah?"

"I tak nampak langsung kelibat Rayyan. Sama ada dia sedang menyorok ataupun dia juga telah ditangkap musuh"

"You dekat mana? Mungkin dia dah jumpa dengan akak Lucia"

Serentak Luiz dan Keith menoleh kearah gadis itu.

"Hati hati, tingkat ni penuh perangkap... Ra" tiba tiba suara Bella terputus.

"Hello? Bella? Are you there?" soal Avery sedikit cemas.

"Kenapa? Ada apa apa jadi ke?" soal Keith.

"I rasa something happen dekat Bella dengan Abang Rayyan. Kita kena cari diorang sekarang jugak"

"Nak berpecah ke?" soal Keith.

"Jangan!" celah Luiz laju.

"Jangan berpecah, itu yang diorang nak sekarang ni. Kita jangan masuk perangkap diorang" sambungnya lagi.

"Habis tu nak mula cari dari mana?" soal Keith sambil melihat kehadapan. Tingkat 3 itu penuh dengan bilik bilik dan laluan yang nampak mengelirukan.

"Pelik kan..." kata Avery. "Kita dah masuk lebih kurang 10 minit. Satu manusia pun kita tak jumpa lagi"

"Yang dekat bawah tadi tu bukan manusia?" soal Luiz.

"Itu mayat. Tak dikira" balas Avery.

Luiz memutarkan bola matanya. Dasar perempuan.

"Betul jugak. Tipu lah kalau diorang tak tahu yang kita ceroboh masuk gedung ni" kata Keith pula.

"Unless..."

"Unless?" tanya Avery.

"Diaorang memang tengah perhatikan kita sekarang ni" jawab Luiz perlahan.

"BINGO!" satu suara melalui pembesar suara menyapa pendengaran mereka bertiga.

"Haider..." kata Avery. "Itu suara Haider"

"Matilah kita...." kata Keith perlahan.

Luiz memandangnya tajam. "Kau ni, boleh tak hidup tu positif sikit?"

"Yohooo dah kantoi... kita akan mati woo"

"Diamlah!" marah Avery.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience