Bab 42

Action Series 25595

Rayyan terdiam. Wajah Keith yang tampak serius itu direnung tak percaya.

"Kau tanya aku siapa? Kau jangan main main. Takkan kau tak kenal aku? Aku Rayyan lah" kata Rayyan lagi.

"Rayyan?" Dahi Keith makin berkerut.

"Keith, jangan main main wey" Rayyan seakan merayu. Suaranya mula kedengaran retak.

Luiz dan Avery hanya diam memerhati dari tepi.

"Sorry aku tak kenal korang semua. Boleh tak tinggalkan aku sorang sorang. Jangan ganggu aku"

"Wey!" Rayyan memegang palang katil. Wajah Keith ditenung tak percaya.

"Keith jangan berguraulah babi! Ni aku Rayyan, takkan kau tak kenal? Kita dah hidup bertahun kut sama sama. Takkan kau tak ingat!" Kata Rayyan lagi. Masih tak berputus asa.

Lama Keith merenung anak mata Rayyan. Namun wajahnya masih kekal beku.

"Aku tak kenal dan aku tak nak ambik tahu" mudah sahaja jawapan Keith sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Rayyan sudah mati kata. Wajah sayu adiknya dan Luiz dipandang bersilih ganti.

"Korang bergurau je kan? Korang sengaja nak prank aku kan?" Tanya Rayyan mendatar. Kemudian wajah Keith dipandang semula.

"Wey babi tak lawak lah sial. Sumpah tak lawak. Kau jangan sampai aku pukul kepala kau sampai kau hilang ingatan betul betul" ugut Rayyan. Mulutnya tergelak sinis.

Keith pandang semula ke arah mereka bertiga.

"Aku penatlah layan korang semua dari semalam! Aku kata aku tak kenal tu tak kenallah! Kenapa kau semua susah nak faham!" Tengking Keith tiba tiba.

"Wey Rayyan, jangan bagi dia tertekan. Dia baru lepas operate besar" Luiz memujuk Rayyan.

Rayyan menggenggam selimut katil sampai renyuk. Tangannya jelas tampak menggigil.

"Dia tertekan? Habis aku ni tak tertekan dia pura pura tak kenal aku macam ni" kata Rayyan semula.

"Abang, abang keluar dulu nanti Av cakap dekat dia"

"Tak payah! Kau semua keluar! Aku taknak jumpa sesiapa pun sekarang" celah Keith kembali.

Rayyan ketap gigi kuat. Mata tajam memandang lelaki yang terbaring di atas katil itu. Kaki melangkah semakin dekat sebelum wajahnya didekatkan sangat hampir dengan wajah Keith.

"Kau dengar sini bangsat. Kalau lagi sekali aku datang sini kau masih tak kenal aku. Jangan sampai aku paksa kau ingat semula dengan cara aku" ugut Rayyan dingin.

Keith telan air liur. Apahal mamat ni. Gila ke?

"Rayyan dah lah tu!" Luiz tarik bahu Rayyan menjauhi Keith.

"Doktor memang kata Keith ada masalah dengan memori dia. Dia baru lepas kena operate dekat otak! Faham lah dia sikit" marah Luiz.

Rayyan tepis tangan Luiz kasar.

"Kau ingat apa aku cakap tadi tu baik baik" jari telunjuk tepat di hala ke muka Keith sebelum dia melangkah ke arah pintu.

"Abang Ayyan..." panggil Avery di belakang.

"Aku datang nak jumpa kawan aku. Bukan lelaki bodoh yang tak kenal aku siapa" kata Rayyan mendatar sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik itu bersama Luiz.

Tutup sahaja pintu bilik itu Rayyan terus terduduk atas lantai hospital.

"Rayyan! Kau okay tak ni?" Tanya Luiz panik. Cepat cepat dia memegang bahu Rayyan.

Hanz, Zariq, dan Bella yang turut berada di luar terkejut melihat lelaki itu tiba-tiba terduduk.

"Rayyan!" Zariq membantu mengangkat Rayyan.

"Zariq, dia dah tak kenal aku," wajah Zariq dipandang tak percaya. "Dia tak kenal aku wey! Keith tak kenal aku!" Kata Rayyan kuat sambil mengoncang bahu Zariq.

Zariq menunduk pandang bawah.

"Bukan kau sorang je, Rayyan. Kitaorang semua dia tak kenal" kata Zariq perlahan.

Rayyan jelas terkejut mendengar ayat Zariq. Kemudian matanya teralih pula pada wajah Luiz di sebelahnya.

"Kau pun?" Tanya Rayyan mendatar.

Luiz hanya diam. Matanya dialih ke arah lain.

"Sial....sial...sial! SIAL!" Dinding sebelahnya ditumbuk berkali kali.

Mereka hanya mampu diam. Masing masing memendam perasaan yang kini bercampur baur.

"Sayang!" Lucia yang baru keluar bilik wad Rayyan terus mendapatkan lelaki itu.

"Awak tak apa apa ke? Kenapa ni?" Tanya Lucia lembut.

"Lucia, Keith dah tak kenal aku" kata Rayyan perlahan. Matanya berair.

Lucia pantas memeluk badan Rayyan erat. Dia juga mati kata. Entah apa lagi dugaan yang perlu mereka hadapi. Kehilangan Faiq dan Zen sudah cukup memberi impak dalam keluarganya. Ini ditambah pula dengan Keith yang kini sudah tidak mengenali mereka semua.

"You betul ke tak ingat siapa Abang Rayyan?" Tanya Avery perlahan sambil mata tidak lepas memandang wajah kacak Keith

"Perlu ke aku ingat dia? Dia siapa?" Tanya Keith semula. Terselit nada sarkastik di ayatnya.

Kemudian wajah Avery dipandang dengan jelingan mata.

"Korang semua ni keluarga mafia kan?" Tanya Keith mendatar.

"Macam mana you tahu? You dah ingat ke?" Tanya Avery jelas terkejut.

Keith tersengih sinis.

"Nurse yang rawat aku kata korang semua ni keluarga mafia. Keluarga pembunuh. Lelaki tadi tu mesti ketua korang kan? Ketua pembunuh" selamba Keith berkata tanpa memikirkan perasaan gadis yang berdiri di hadapannya itu.

"Keith..." Avery pandang tak percaya. Tubir matanya bergenang kembali.

"Aku tak sangka aku hidup dalam keluarga pembunuh" sambung Keith lagi.

"Keith!" Air mata Avery jatuh menitik.

"Kalau aku tahu yang aku sebenarnya salah sorang daripada keluarga mafia ni baik aku mati je tak bangun ban-"

"KEITH!" Tengking Avery kuat menyentak lelaki itu.

Keith pandang wajah Avery dengan pandangan tak puas hati.

"Aku cakap salah ke? Korang memang pembunuh kan?"

Makin laju air mata turun dari wajah Avery. Tak sangka yang ayat itu akan keluar dari mulut Keith. Tak sangka yang Keith sanggup menghina keluarganya.

"Memang betul kitaorang keluarga mafia..."

Keith tersengih makin sinis.

"Ya memang betul kitaorang ni pembunuh. You boleh hina i. You boleh hina keluarga i. You boleh hina semua orang... Tapi" Avery tarik nafas dalam dalam.

"I takkan benarkan you hina Abang Rayyan! Mungkin you dah lupa Keith. Tapi Abang Rayyan yang you hina tu dulu orang pertama yang selamatkan you. Abang Rayyan yang bagi rasa erti keluarga yang sebenar pada you. Masa you takde sesiapa dalam dunia ni, Abang Rayyan yang bagi you tujuan hidup yang baru. Abang Rayyan hampir mati selamatkan you. Abang Rayyan hampir mati hanya kerana nak selamatkan keluarga kita. Dia sanggup pertaruhkan semua yang dia ada hanya kerana kita! Dia jugak orang yang sanggup mati hanya kerana nak selamatkan you daripada musuh! Dia sanggup kena suntik dengan dadah hari hari gara gara taknak you kena benda yang sama. Dia hampir mati Keith! Dia manusia yang paling banyak berkorban dalam keluarga kita! Jadi i takkan benarkan you hina dia macam tu!" Menggigil suara Avery memberitahu kenyataan itu kepada Keith. Nafasnya ditarik laju.

Keith terdiam. Namun wajahnya masih kekal biasa.

"Kau fikir aku peduli ke? Benda tu tetap tak mengubah apa apa. Korang tetap keluarga pembunuh. Aku taknak tengok muka kau lagi. Keluar!" Dingin Keith berkata.

Sekali lagi Avery tergamam mendengar bicara lelaki itu sebelum bibirnya terkoyak senyuman senget. Air matanya diseka kasar.

"Memang betul kata Rayyan. You bukan lagi Keith yang i kenal. Keith yang i kenal takkan cakap macam ni..." habis sahaja dia berkata, Avery terus melangkah ke arah pintu bilik itu sebelum dia keluar tanpa menoleh kebelakang lagi.

Keith memandang pintu bilik wadnya yang kini sudah tertutup.

Satu persatu air matanya menitik jatuh.

"Memang betul aku tak ingat korang semua. Tapi kenapa aku rasa sakit dan sedih bila tengok muka korang?" Kata Keith perlahan.

Kepalanya dipegang.

"Kenapa aku rasa sedih?" Katanya lagi sebelum air matanya dikesat.

"Siapa korang?"

Laju Avery melangkah kearah kaunter jururawat yang terletak di hujung tingkat. Panggilan mereka yang lain diabaikan.

Bamm!

Kuat meja kaunter itu diketuk.

"Siapa yang sial sangat sampaikan tak reti nak jaga mulut sendiri?" Kata Avery dingin. Mata tajam mencerlung ke arah semua jururawat yang ada di kaunter itu.

Masing masing tak berani nak bukak mulut .

Avery mencapai pistolnya yang berada belakang kocek seluar sebelum dihala ke arah mereka semua.

"Siapa yang jaga Keith semalam! Siapa!" Jerkah Avery kuat.

"Wey tu apasal tu?" Soal Zariq yang baru sahaja menghantar Rayyan masuk bilik wadnya semula.

"Entah, tadi aku nampak dia keluar bilik. Macam marah, Bella dengan aku panggil pun dia buat bodoh je" jawab Hanz mendatar. Emiel pula elok sedang tidur atas pehanya.

Zariq pandang Bella yang hanya kaku di tempatnya dari tadi.

"Wey apahal tu? Kau taknak pergi tengok ke?" Tanya Zariq kepada Bella.

Bella tersenyum.

"Tak, kalau dia nak bunuh diaorang semua tu pun aku takkan halang" selamba Bella berkata.

Hanz dan Zariq sudah telan air liur masing- masing. Mereka tidak mengerti apa yang sedang berlaku.

"Luiz..." panggil Zariq pula. Luiz yang sedang berdiri sebelah Bella menoleh sesaat ke arah Zariq dan Hanz sebelum mulutnya tersengih.

"Hanz tutup telinga Emiel sekarang, nanti dia terkejut" arah Luiz tiba tiba.

"Hah?"

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

Hanz dengan Zariq sudah terkaku ditempatnya. Masing masing ternganga.

Pintu bilik Rayyan dibuka secara mengejut.

"Apahal ni?!" Tanya Ray panik setelah mendengar bunyi tembakan itu tadi. Lucia dan Rayyan juga menjengah kepalanya keluar.

Wajah mereka semua dipandang satu persatu.

"Entah adik kau! Menggila!" Kata Zariq kepada Ray laju, jelas mukanya tampak cuak.

"Av!" Panggil Ray kuat. Mata memandang adiknya yang sedang melangkah ke arah mereka yang lain dengan pandangan suci.

"Diaorang memang layak dibunuh. Jangan tanya kenapa" mudah sahaja Avery menjawab.

Yang lain sudah menepuk dahi sendiri. Manakala Bella sudah tergelak halus di tempatnya. Hanya dia seorang sahaja yang tahu kisah penuh memandang dari tadi dia mendengar setiap butir bicara mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience