Bella dan Avery melangkah ke arah bilik meeting bersama sama.
"Betul ke Bella apa yang you cakap ni? I macam ragu ragu lah. Dia dahlah pernah tolong keluarga kita. Takkan kita tiba tiba nak tanya dia macam ni. Nanti dia cakap yang kita ni tuduh dia pulak" kata Avery mendatar.
"I tak suruh you percaya. Tapi i kata kemungkinan tu ada, 50 50. Sebab Eriyan..." Bella terdiam.
"Kenapa dengan Eriyan?" Soal Avery semula.
"Takde apa lah. Tapi i tak paksa you pun. Kalau you rasa memang betul Khai takde kena mengena dengan kemalangan ni abaikan jelah apa yang i cakap haritu" balas Bella kembali.
Mereka berdua sudah sampai di depan pintu bilik meeting.
"Macam mana ni?" Tanya Avery lagi. Mukanya jelas tampak gelisah.
"Shushhh, diam kejap" Bella tiba tiba meletakkan jarinya ke mulut Avery.
Dahi Avery berkerut. Kenapa ni?
Sesaat selepas itu Bella pandang semula muka Avery.
"Diaorang takde" kata Bella mendatar.
"Diaorang takde?" Tanya Avery semula.
Bella tolak pintu bilik meeting itu. Memang betul katanya tadi. Bilik itu kosong. Tiada sesiapa.
"Habis tu diaorang dekat mana?" Tanya Avery mendatar.
"Dekat bilik tidur takde eh?" Soal Bella kembali.
"Takde, Xavier kata bilik diaorang berdua kosong"
Aneh. Mana pulak dua manusia itu pergi.
"Taknak tengok dekat CCTV?" Cadang Bella kembali.
"Boleh jugak"
Mereka kemudian terus berjalan ke arah lift semula.
Luiz menolak kerusi roda Keith ke arah tingkat paling atas.
"Kau ingat tak ni tempat apa?" Tanya Luiz kepada Keith.
"Bilik star gazing?" Soal Keith semula, matanya membaca plat besi yang tertampal depan pintu bilik itu.
Luiz tarik nafas panjang. Nak bawak masuk ke tak eh?
"Aah, tempat ni banyak bagi kenangan pahit dekat kau" kata Luiz mendatar.
"Dah tu kenapa kau bawak aku pergi sini?"
"Kau nak ingat semula tak memori kau?" Tanya Luiz kembali.
Keith hanya diam menunduk. Dia sendiri tidak pasti. Perlukah dia ingat kembali memorinya dahulu. Kata Luiz memorinya banyak kenangan pahit berbanding manis.
Luiz buka pintu bilik itu sebelum kerusi roda Keith ditolak masuk ke dalam.
"Luiz..." panggil Hanz yang sememangnya berada dalam bilik itu. Lelaki itu bangun daripada sofa sebelum mata memandang kearah Luiz dan Keith.
"Hi" sapa Luzi ramah.
"Hanz kan nama kau?" Soal Keith pula.
Hanz angguk kepala.
"Abang kembar Luiz kan?" Selamba Keith bertanya.
Pap!
Pantas Luiz menutup mulut Keith kuat. Terbuntang matanya melihat muka selamba Keith yang seolah olah tiada dosa itu. Rasa macam nak pijak pun ada.
"Apa kau cakap tadi? Abang kembar?" Tanya Hanz yang jelas tampak terkejut.
Luiz senyum kekok, mulut Keith masih ditekup menggunakan tapak tangannya.
"Pfmmppt....mmmpppft" Keith cuba membuka suara.
"Diam bodoh diam" bisik Luiz ditelinga Keith perlahan. Dia kemudian memandang semula wajah Hanz di hadapannya.
"Haha takdelah. Dia ingatkan kau abang aku sebab muka kita kan sama" bohong Luiz tenang.
Mulut Keith dilepaskan.
"Ouh.." Hanz tersenyum hambar.
"Dalam rumah ni semua orang dah tahu Hanz abang kembar aku kecuali Hanz sorang. Dia je yang tak tahu lagi. Jadi kau jangan pecah rahsia" keras Luiz memberi amaran.
"Mana lah aku tahu" balas Keith juga dalam keadaan berbisik.
Luiz tolak kerusi roda Keith mendekati Hanz.
"Kau buat apa dekat sini sorang sorang?" Tanya Luiz kepada Hanz mendatar. Saja beramah mesra. Kadang kadang ada jugak mereka berborak sama sama.
"Ouh, aku..." Hanz terdiam sekejap.
Keith dan Luiz hanya memandang wajah sendu lelaki itu.
"Entahlah. Kadang kadang kalau aku rindu family aku, aku akan datang sini" sambung Hanz semula.
"Family kau?" Dahi Luiz dan Keith serentak berkerut.
"Aah family aku. Tapi aku tak kenal dia siapa. Cuma aku selalu termimpi yang aku ada keluarga, aku ada adik lelaki. Dalam mimpi tu dia selalu ajak aku berbual. Kadang kadang kitaorang main buai sama sama"
Luiz terkedu. Wajah Hanz direnung lama.
"Kau mimpi?" Tanya Luiz mendatar.
"Aah, tapi bila aku bangun tido mesti aku lupa muka dia macam mana. Entah betul ke tidak mimpi aku tu. Tapi aku selalu rasa yang dia betul betul wujud. Kadang kadang aku rasa macam rindu dia tiba tiba. Walaupun aku tak ingat langsung muka dia macam mana" kata Hanz perlahan.
Sekali lagi Luiz terdiam.
"Bila kau rindu dia, kau datang sini?" Giliran Keith pula menyoal.
"Aah, sebab dalam mimpi tu, aku dengan dia selalu tengok bintang sama sama. Tapi tulah tiap kali aku bangun tido aku akan lupa muka dia macam mana" jawab Hanz lagi.
Keith memandang Luiz yang berada di sebelahnya. Lelaki itu seolah olah terkaku seperti patung. Matanya tak berkelip memandang lantai.
"Luiz," Keith cuit sedikit tangan Luiz.
"Ah? Apa dia?" Tanya Luiz yang bagaikan baru tersedar dari lamunannya.
"Kau termenung tadi. Kau okay tak ni?" Kata Keith.
"Ouh takde apa lah"
"Korang berdua datang sini sebab nak tengok bintang jugak ke?" Tanya Hanz kembali.
"Taklah, kitaorang datang saja saja je. Aku nak suruh Keith ingat balik memori dia dulu" jawab Luiz.
"Ouh" Hanz pandang atap kaca di atas. Luiz dan Keith turut memandang ke atas. Bulan bersinar indah menerangi dada langit yang kelam.
"Cantikkan bulan malam ni?" Tanya Hanz mendatar.
'The moon is beautiful isn't it?'
Bagaikan ada satu renjatan elektrik. Suara itu terulang kembali di ingatan Keith.
Mata Keith terbeliak. Kepalanya pantas dipegang. Rambutnya diramas kuat seiring dengan rasa sakit yang mula menyerang.
Tadi tu, suara siapa?
Keith yakin pemilik suara itu adalah perempuan. Tapi siapa?
"Keith, kau okay tak ni?" Tanya Luiz panik melihat lelaki itu tiba tiba memegang kepala sendiri.
'Kau dengan adik aku apahal? Gaduh ke?'
Dahi Keith berkerut menahan sakit. Kepalanya terasa seperti disiat dua.
'Elelelele kau marah aku ke? Aku gurau jelah tadi.....ni aku datang nak teman kau lah ni'
Satu persatu peristiwa lama terulang kembali di kepala Keith.
Dada Keith turun naik dengan laju. Kepalanya mula terasa berpinar.
'Hi my soulmate till jannah! Apa khabar? Aku rindu gila doh dekat kau!'
Siapa mereka ni?
'Jom kita pergi jumpa kekasih kita'
Dada Keith terasa sesak. Nafasnya seolah olah tersekat dikerongkong.
"Keith! Kau okay tak ni?" Tanya Luiz cuak. Hanz datang mendekati lelaki itu.
"Wey kau okay tak ni?" Tanya Hanz pula.
Perlahan lahan mata Keith terarah pula pada telinga Luiz.
'Tu kenapa?'
'Kau pekak eh?'
'Suka hati kau je kata aku pekak!'
'Habis tak pekak apa?'
'Tuli'
'Annoying bodoh kau ni'
"Luiz...." panggil Keith perlahan. Tangannya menggigil memegang kerusi roda miliknya.
'Keith jangan melawan! Aku taknak kau kena dadah ni jugak! Benda ni takde penawar lagi. Aku taknak kau kena benda yang sama. Biar aku sorang je yang kena. Kau ikut je kata setan tu. Jangan risaukan aku. Aku okay, aku boleh hadap semua ni'
'Tapi Rayyan...'
'Aku okay! Jangan pedulikan aku!'
Air mata Keith bergenang sebelum matanya ditutup rapat serapat yang boleh.
'I don't love you anymore Keith'
"Keith kau okay tak ni?" Tanya Luiz risau.
"Hanz panggil Xavier!" Arah Luiz apabila tiada jawapan daripada lelaki itu.
Hanz terus sahaja berlari keluar dari bilik itu untuk memanggil Xavier.
'Siapa lagi keluarga aku kalau bukan korang'
Keith bukak mata perlahan lahan sebelum matanya terarah pada wajah Luiz yang jelas tampak gelisah memandangnya.
"I'm sorry...." kata Keith perlahan sebelum satu persatu air matanya jatuh menitik.
"Kau okay tak ni beb?" Tanya Luiz lagi.
Belum sempat Keith menjawab, matanya terus tertutup. Badannya terjatuh kedepan sebelum pantas ditangkap oleh Luiz.
"Keith! Keith!"
'Nama aku Rayyan, Rayyan Mikayla. Mulai harini kau jadi orang aku. Kau jadi sebahagian daripada keluarga aku. Selamat datang ke keluarga Mikayla, Keith Albert'
Alicia yang baru sahaja ingin melangkah kearah ruang tamu terkejut apabila mulutnya ditekup dari belakang.
"Arghh! Sakit sakit! Ni uncle lah sayang!" Jerit Rayyan kuat apabila kanak kanak kecil itu menggigit jarinya.
Alicia buka semula mulutnya sebelum badan pantas menoleh ke belakang.
"Padan muka! Siapa suruh buat macam tu" jawab Alicia dengan muka yang cemberut. Dia kemudian terus mengambil tempat di sofa depan tv ruang tamu.
Dahi Rayyan berkerut kerut menahan sakit dibahagian jarinya. Ini tak bengkak konfirm lembam esok. Dia gigit macam nak bagi putus dua sial!
"Sorrylah, uncle saje je gurau" kata Rayyan semula sebelum mengambil tempat di sebelah Alicia.
"Rachel mana?" Tanya Rayyan kembali.
"Ada dekat atas tengah belajar main piano" jawab Alicia mendatar. Remote tv dicapai sebelum tangan laju membuka siaran national geographic.
Rayyan pandang siaran tv di hadapannya. Jadah kau kecik kecik tengok nat geo!
"Alic tukar lah siaran kartun. Uncle nak tengok kartun" pinta Rayyan seolah olah dia pula yang berumur 8 tahun.
"Uncle, uncle tahu tak. Alic selalu nampak muka uncle dekat tv" kata Alicia tiba tiba.
"Eh iya ke?" Rayyan tayang muka teruja. Sejak bila pula muka dia masuk tv?
"Ada, kejap Alic tunjuk" remote tv ditekan tekan.
Rayyan melihat siaran yang tersiar dikaca tv.
Animal Planet Wild
"Nampak tu? Comel macam uncle kan?" Tanya Alicia sambil jari menunjuk pada seekor badak yang sedang bermain lumpur.
Rayyan toleh semula ke arah Alicia yang duduk di sebelahnya. Nak aku apa kan budak ni? Kalau aku lemaskan dia dekat kolam luar rumah agak agak Ray marah tak?
"Alic actually uncle nak tanya sesuatu" cepat cepat Rayyan ubah topik.
"Tanya apa?" Alicia memandang muka Rayyan.
Rayyan sedikit berkira kira ingin membuka mulut. Betul ke apa aku buat ni? Tanya pada budak umur 8 tahun?
"Pasal Uncle Eriyan" kata Rayyan mendatar.
"Ouh pasal Uncle tu kenapa?" Tanya Alicia kembali.
"Hmm Alic rasa Uncle Eriyan nak apa dari keluarga kita?" Tanya Rayyan tersasul. Padahal mulutnya ingin menanyakan soalan lain. Tiba tiba tertanya soalan lain.
Alicia mengodeh kocek seluarnya sebelum satu kad hitam dibawa keluar. Kad itu kemudian dihulurkan kepada Rayyan.
"First attempt [Failed] (E)" Rayyan membaca tulisan emas atas kad hitam itu. Dahinya berkerut.
"Tu, Uncle Eriyan bagi" kata Alicia mendatar.
"Apa maksud dia..." Rayyan terdiam. Kad itu dibaca semula. Failed? Apa yang gagal?
"Uncle rasa?" Alicia cuba bermain teka teki.
"Alic, Alic tahu semua ni dari siapa?" Tanya Rayyan kembali. Mukanya berubah serius.
"Alic dengan adik Rachel berfikir sendiri" jawab Alicia mudah.
"Fikir sendiri?"
Alicia angguk kepala laju.
"Jadi kalau ikut kepala Alic, siapa yang rancang kemalangan Uncle Keith haritu?" Tanya Rayyan mendatar.
Alicia tersenyum sinis.
"Yang tu Alic taknak jawab"
"Kenapa?"
"Entah" jawab Alicia semula. Kemudian dia tergelak kecil.
"Habis tu pasal Uncle Eriyan? Akak Bella suruh Uncle tanya Alic tentang Uncle Eriyan. Apa yang Alic tahu pasal dia?" Tanya Rayyan lagi.
"Uncle Eriyan, hmmmm" Alicia membuat gaya seperti seseorang sedang berfikir. Wajah Rayyan kemudian dipandang semula.
"Dia, orang yang cuba bantu kita tapi dengan cara yang salah" kata Alicia mendatar.
The fuck?
"Bantu kita? Apa maksud Alic?"
"Sekarang mungkin dia baik. Tapi orang baik tak semestinya akan sentiasa jadi baik. Kad ni..." kad hitam pada tangan Rayyan ditunjuk.
"Dia cuba bagi tahu kita tentang apa yang dia tengah buat"
Makin berkerut kerut dahi Rayyan mendengar bicara Alicia. Kau ni betul ke 8 tahun?
"Failed? Dia tengah buat apa?"
"Experiment" jawab Alicia ringkas.
Lagi sekali kepala Rayyan buntu. Apa benda ni sial!
"Hehehe, mesti uncle tak faham apa Alic tengah cakap sekarang ni kan?" Tanya Alicia semula sambil tergelak jahat.
"Memang tak faham" balas Rayyan semula.
"Takpe Alic tahu IQ uncle tak setinggi IQ Alic" perli Alicia selamba.
Again, the fuck!
Rayyan tayang muka cemberut. Ray anak kau ni mintak makan kaki ke apa?
Tiba tiba gadis kecil itu memegang kedua dua tangan Rayyan.
"Uncle, dalam rumah ni. Uncle jangan sesekali percaya dekat sesiapa pun. Janji dengan Alic" kata Alicia perlahan.
"Hah?"
"Alic taknak uncle pergi macam Uncle Faiq"
Share this novel