Bab 18

Action Series 25520

Lucia hanya memerhati ruangan sekeliling bilik kurungan yang ditempatkan sejak beberapa hari yang lalu. Masih sama. Tiada yang berubah.

Lantai yang sejuk. Baju yang dipenuhi dengan darah kering dirinya sendiri. Malah setiap gerakan yang dibuat pasti akan kedengaran bunyi geselan besi. Memandangkan kaki dan tangannya digari menggunakan rantai besi.

Nafas keluh dilepas panjang.

Sudahlah dipukul setiap hari. Malah dia juga dibiarkan kelaparan.

Matanya menunduk memandang seluar yang dipakai.

"Maafkan sayang sebab tak dapat nak selamatkan kandungan kita..." kata Lucia cukup sayu.

Dia tahu kandungan 2 minggunya itu sudah gugur sejak kali pertama perutnya disepak oleh Haider.

Bam!

Bunyi hentakan pintu itu menyentak Lucia daripada lamunannya sendiri.

Matanya tajam memandang figura yang sedang melangkah kearahnya.

"Mana anak kau, Emiel?" soal salah seorang orang suruhan Haider. Khai. Dari mana Lucia tahu nama dia Khai? Beberapa hari lalu dia ada terdengar orang suruhan Haider yang lain memanggilnya dengan nama sebegitu.

Soalan daripada jejaka itu membuatkan dahi Lucia jelas bergaris. Dalam tak sedar terselit juga perasaan lega. Jika mereka tidak menjumpai anaknya, mungkin anaknya sekarang selamat berada di tangan Rayyan dan yang lain.

"Mana aku tahu..." jawab Lucia lemah.

Lelaki itu hanya merenung Lucia lama. Tiada tanda tanda dia sedang marah ataupun kesal. Aneh. Sejak seminggu lepas orang suruhan Haider yang satu inilah yang paling memahami Lucia.

Dia juga tidak pernah mengasari gadis itu. Malah dia sering menyeludupkan makanan untuk Lucia, walaupun hanya sedikit. Mungkin terbit rasa kasihan melihat gadis itu dikurung dan diikat seperti binatang.

Lelaki itu melutut dihadapan Lucia. Jarak antara mereka semakin rapat.

"Aku boleh tolong kau keluar dari sini. Tapi dengan syarat kau sendiri perlu tolong diri kau" bisik lelaki itu sungguh perlahan di telinga Lucia.

Mata Lucia membulat. Jelas terkejut mendengar ayat lelaki itu. Adakah ini salah satu daripada perangkap Haider? Ataupun lelaki ini memang ikhlas untuk membantu dirinya.

"Kenapa?..." balas Lucia semula.

"..." lelaki itu tidak membalas. Hanya renungan lama yang diberikan.

Akhirnya Lucia pasrah. Lantaklah apa pun nak jadi. Yang penting dia perlu keluar daripada sini.

"5 saat, itu sahaja yang aku perlukan untuk inform suami aku tempat ni" sambung Lucia semula.

Lelaki itu mengangguk kepalanya sekali sebelum dia bangun daripada duduknya. Seluarnya yang sedikit berdebu ditepuk beberapa kali.

"Aku akan cuba dapatkan 5 saat itu untuk kau..." itu sahaja yang dibalas sebelum dia mula mengatur langkah ke arah pintu bilik.

"Kenapa kau nak bantu aku?" soal Lucia kepada lelaki itu.

Langkah kakinya terberhenti betul betul di hadapan pintu. Tangan yang memegang tombol pintu juga menjadi kaku.

"Lucas Natalie..."

Lucia jelas terkejut mendengar nama yang sudah lama tidak menyapa di halwa telinganya itu.

"Anggap sahajalah ini hutang aku dekat Lucas..." sambungnya lagi. Baru sahaja dia membuka pintu bilik, Lucia menahannya sekali lagi.

"Kau kenal abang aku?" soal Lucia perlahan.

"Mungkin ya... Mungkin juga tidak" sebaik sahaja habis berkata dia terus menghilangkan diri dibalik pintu.

Avery memerhatikan setiap orang yang berada di bilik meeting itu. Suasana cukup tegang. Tidak kurang juga dengan abangnya, Rayyan. Dia pasti disebalik muka tenangnya itu. Jangan sangka tiada buaya. Macam tiber, tapi takpelah.

"Jadi kau nak kata mesej yang berisi no location tu daripada Lucia?" soal Xavier mendatar.

Ray dan Rayyan mengangguk.

"Okay tapi macam mana pulak kalau kita semua kena tipu?" soal si kembar pula.

"Aku tak rasa benda ni main main. Sebab hanya bini aku je tahu hantar code location macam ni dan lepas aku check no location yang dia bagi tu. Tempat tu sangat mencurigakan dan aku yakin tu tempat persembunyian si anjing tu" balas Rayyan mendatar.

"Itu kitaorang tahu, but the problem is. Siapa yang hantar? Aku tak rasa diorang bagi pinjam phone dekat bini kau" kata Xavier lagi.

Mereka semua terdiam. Ada betulnya juga. Tiba tiba sahaja mereka mendapat mesej daripada orang yang tak dikenali.

"Ataupun... " celah Hanz tiba tiba. Masing masing memandang lelaki itu.

"Ada antara orang suruhan Haider yang nak bantu kita?" sambung Hanz semula.

"Hmm boleh jadi jugak..." balas Xavier bersetuju.

"Then kau nak percaya bulat bulat je macam tu? Macam mana kalau ni satu perangkap?" soal Zen kembali.

"Tak percaya bulat bulat kita percayalah petak petak. Kan senang" balas Rayyan pula.

Krik krik krik. Suasana tiba tiba bertukar menjadi hambar.

"Apahal semua diam? Betul lah apa yang aku cakap. Yang kau, apahal sejak akhir akhir ni macam orang mati katak? " soal Rayyan tiba tiba kepada Keith. Mereka yang lain terus memandang lelaki itu, termasuklah Avery.

Jelas sejak akhir akhir ni lelaki itu sudah banyak berubah berbanding dulu. Dia lebih banyak mendiamkan diri. Dan Luiz pula seolah olah Qarin-nya ikut kehulur hilir macam jin. Apa yang dibuatnya tak tahulah.

"Takda apa..." balas Keith mudah.

Tiba-tiba Avery bangun daripada kerusinya.

"Si ayam ni nak pergi mana pulak?" soal Rayyan kepada adiknya.

"Ambik angin" jawab Avery mudah sebelum melangkah keluar daripada bilik meeting diikuti dengan Bella di belakangnya. Sempat lagi Avery menghadiahkan jari tengahnya kepada Rayyan sebelum mereka berdua hilang dari pandangan.

Sesaat selepas itu Keith pula ikut berdiri.

"Yang kau pulak nak pergi mana?" giliran Ray pula menyoal .

"Makan angin" jawab Keith sebelum dia juga melangkah pergi. Dan seperti biasa Qarinnya itu ikut sekali dibelakang.

"Diorang nak pergi mana?" soal si kembar pula.

"Buat anak lah tu... " balas Rayyan cukup selamba.

Tiba tiba ada satu botol air menghinggap tepat pada mukanya.

"Ayam kau buat anak" marah Ray namun masih lagi tenang.

"Jadi macam mana sekarang ni? Apa plan kita nak selamatkan Lucia?" soal Xavier mengembalikan suasana itu menjadi serius semula.

Wajah Ray jelas tampak kusut. Malah lebih kusut daripada Rayyan. Seboleh boleh dia tidak mahu ada kejadian meragut nyawa. Cukuplah hanya Faiq sahaja yang pergi meninggalkan mereka. Tetapi dalam masa yang sama dia ada anak  dan isteri yang perlu dilindungi.

"Aku tak boleh tinggal anak bini aku sendirian dekat sini lagipun..."

"Lucia tu siapa?" celah Rayyan memotong percakapan abangnya.

"Bini kau lah. Takkan bini aku pulak" balas Ray.

"Dah tu biar aku yang selamatkan dia. Yang kau sibuk sibuk nak selamatkan bini orang tu dah kenapa?" balas Rayyan selamba sebelum dia bangun daripada tempat duduknya. Kaki sudah melangkah kearah pintu.

"Rayyan, bawak diorang. Diorang boleh bantu kau. Takkan kau nak terjah tempat tu sorang sorang" kata Ray semula. Mereka yang lain mengangguk.

"Tahu takpa. Kita orang boleh tolong. Betul tak Hanz?" tanya Zariq kepada lelaki itu.

Hanz mengangguk kepalanya laju.

Rayyan tersengih. Kepalanya berpusing semula memandang mereka yang lain.

"Kau rasa 4 ekor ayam tadi betul betul makan angin ke? Hahaha cukuplah aku tunjukkan kebodohan aku sekali je. Tunjuk lebih lebih takut jadi bodoh betul. Korang yang lain jaga rumah elok elok. Cau" katanya lagi sebelum menutup pintu rapat.

"Bella, you dah pastikan barang barang i semua lengkap?" soal Avery mendatar. Matanya fokus memandang hadapan. Laju keretanya itu meluncur diatas jalan raya. Meter juga sudah hampir mencecah 165km/j.

"Dah, you yakin ke nak buat semua ni sendiri?" soal Bella semula.

"Kenapa? You takut ke?" soalan berbalas soalan.

"Heh, takut? Kemonlah. Takda benda pun dalam dunia ni yang boleh buat i takut" balas Bella semula sambil tergelak kecil.

"Iya ke? Tapi i tahu satu benda yang you takut" kata Avery.

Bella berhenti gelak. Wajah tenang Avery pula direnung bersama kening yang dinaikkan sebelah.

"Apa dia?"

"You takut hilang Luiz. Betul tak?" teka Avery.

Bella tersenyum sinis.

"Dia pandai jaga diri..." balas Bella.

"Lagipun..."

"Lagipun?" soal Avery semula apabila gadis itu tidak menyambung percakapannya.

"Dia sentiasa dekat dengan i. Luiz dan i tak akan berjauh. Dimana i berada disitulah dia akan ada" balas Bella semula.

"But not for today..." kata Avery pula.

"Says who?" senyuman sinis Bella mengundang kerutan di dahi Avery.

"Huh?"

"Percayalah. Luiz dan i tak akan pernah berjauhan. Begitu juga dengan Keith. Dia takkan pernah biarkan you membahayakan diri sorang sorang" kata Bella lagi.

"Huh?" soal Avery yang masih keliru.

"Seriously? You tak perasan ke kereta ferrari hijau yang speed belakang kita daripada tadi?"

Serentak Avery melihat cermin belakang.

"What the hell... Dia ni dah kenapa!?" ujar Avery separa menjerit.

"Diorang ikut kita daripada tadi ke Bella?"

"Yup..." balas Bella selamba.

"Tak guna betul..." kata Avery perlahan. Minyak kereta ditekan dengan lebih kuat.

Namun masih sahaja kereta hijau dibelakangnya itu rapat mengekori mereka berdua.

"Ah shit!" stereng kereta dihentak geram.

"Just give up Av... You can't win. I still tak faham tho. He love you. You love him. Then kenapa korang tak bersama je? Kenapa masing masing taknak mengaku yang korang suka sama suka? Bukan ke itu lebih baik?" kata Bella mendatar.

"Jodoh i bukan dia" balas Avery mudah.

"Wow dah pandai ambik alih kerja tuhan pulak sekarang ni?" sakat Bella sambil ketawa.

"Diam Bella, sebelum i humban you keluar kereta ni" ugut Avery.

"Haha you win" Bella mengangkat kedua tangannya tanda mengalah.

~When it's hurt... But it's hurt so good... ~

Skrin telefon dikerling laju.

Abang paling bodoh is calling.

"Ish.. Nak apa lagi mamat ni" marah Avery sebelum mengangkat panggilan itu kasar.

"Hah nak apa?" soalnya tiada mood.

"Hello adik paling derhaka, kau dekat mana ni?" soal Rayyan dihujung panggilan.

"Makan angin..."

"Kedengaran macam bodoh tapi tak mengapa..."

Avery memutarkan bola matanya. Menjengkelkan betul lah abangnya yang satu ini.

"We need plan..." kata Rayyan mula serius.

"Plan? Plan apa pulak ni?" soal Avery pura pura tidak tahu. Minyak kereta ditekan makin laju. Sekali sekala dia memandang cermin belakang. Kereta Ferrari hijau dibelakangnya itu masih mengikutnya rapat. Jarum meter sudah mencecah ke 195km/j. Ni lagi sorang, tak reti reti nak faham bahasa.

Tiba tiba ada satu lagi kereta ferrari lain berwarna hitam yang memecut daripada belakang. Kereta itu memotong ferrari hijau dibelakang Avery.

Kereta hitam yang sudah berada di sebelah Avery itu menurunkan cermin kereta, menjelaskan lagi siapakah gerangan pemandunya.

"Plan untuk dapatkan semula bini aku" kata Rayyan sebelum mengenyitkan sebelah matanya kearah Avery.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience