"KEITH WATCH OUT!" jerit Avery kuat.
Tindakan refleks Keith menyebabkan kereta mereka terpusing sebanyak dua kali sebelum akhirnya menghentam penghadang jalan raya.
Kereta merah tadi terus menghilangkan diri sebaik sahaja Bella dan Luiz membalas beberapa tembakan.
Kereta yang dinaiki Avery dan Keith remuk akibat hentakan kuat di bahagian depan. Enjin kereta juga mula mengeluarkan asap tebal.
"Keith, you tak apa apa?" Soal Avery cemas. Badan Keith digoyang perlahan.
"Av... kenapa kau pusingkan stereng macam tu, kita boleh mati tahu tak?" Soal Keith sambil memegang kepalanya yang terasa sakit. Berpinar beb, macam baru kena hentak dengan batu.
"Cermin kereta i bukan bulletproof sebab tu i terpaksa elak... sorry" jawab Avery sebelum dia mencuba membuka pintu kereta.
"Fuck...time time nilah kau nak tersangkut," Avery menjeling bahagian depan keretanya sekilas. Namun asap tebal mula mengaburu penglihatannya. " Keith kita kena keluar cepat sebelum kereta ni meletup" kata Avery sambil menendang nendang pintu kereta yang sudah agak kemek. Tingkap kereta juga ditendang tetapi tidak berhasil. Sudah dua tahun berlalu sejak kekuatannya menghilang dimakan waktu. Mungkin juga kesan sampingan dadah yang menghuni dalam badannya.
Baru sahaja Keith hendak memecahkan cermin kereta tiba- tiba kepalanya terasa pening. Keith menutup matanya beberapa saat. Sakit dibahagian kepalanya mula terasa mencucuk cucuk. Pandangannya juga menjadi tidak stabil. Sisi kepalanya ditekan menggunakan tapak tangan cuba menghilangkan rasa sakit yang menyerang.
"Gosh, are you okay guys? Hidup lagi tak?" Soal Bella yang berada di luar bersama Luiz.
"Bella help me quick" arah Avery yang masih lagi berusaha menendang tingkap kereta.
Tanpa buang masa, Bella dan Luiz terus menendang cermin kereta dari luar sebelum menyeret Keith dan Avery keluar melalui lubang tingkap kereta. Kemudian mereka dipapah jauh daripada kereta yang sudah berasap itu.
"Keith are you okay?" Soal Avery panik melihat keadaan lelaki itu yang hanya separuh sedar dipapah oleh Luiz.
"Aku okay pening sikit" jawab Keith lemah. Matanya dibuka perlahan lahan. Wajah Avery dicari sebelum matanya terus membulat besar.
"The fuck okay! Av kepala kau berdarah!" Kata Keith kuat.
Bella yang sedang mencari peti kecemasan di belakang bonet kereta Luiz segera melangkah kearah gadis itu.
Kain pembalut dikeluarkan bersama alat alat untuk mencuci luka.
"Ouh ni, i terhantuk dekat cermin sebelah i masa kereta terpusing tadi" jawab Avery selamba sambil menyentuh sedikit kepalanya yang berdarah. Dia kemudian dengan penuh selamba mengesat darah yang mengalir dimukanya menggunakan lengan baju.
Bella mencuci luka Avery dengan penuh berhati hati. Setelah selesai mencuci, luka itu dibalut pula dengan kemas.
"Siapa yang serang kita semua tadi? Kereta diaorang tak ada no plat.. " Soal Luiz, satu botol air mineral dihulurkan kepada Keith.
Keith angkat bahu. "Entah aku tak sempat nak tengok muka diaorang, aku sibuk kawal stereng" jawab Keith sebelum menonggak air mineral yang diberikan oleh Luiz.
"I nampak muka diaorang tapi i tak kenal, tak pernah jumpa..." jawab Avery pula.
"Diaorang?" Dahi Bella berkerut.
"Aah, dalam kereta tadi tu ramai, lebih daripada seorang" jawab Avery semula.
Sesaat selepas itu, kereta yang tadinya berasap di bahu jalan mula mengeluarkan percikan api sebelum menghasilkan letupan yang kuat. Nasib mereka semua sudah jauh daripada kawasan kereta itu.
"So sekarang nak balik macam mana? Kereta aku ada dua seat je ni. Takkan korang nak duduk bumbung pulak kan " soal Luiz mendatar sambil melihat kearah Avery dan Keith secara bergilir.
"Kejap aku cuba call Hanz" kata Keith sebelum mengeluarkan telefon dalam poket seluarnya. Nombor Hanz didail.
Muka Luiz sedikit berubah apabila mendengar nama lelaki itu disebut namun cepat cepat dia beriak biasa semula.
"Macam takda orang lain..." bisik Luiz sebelum meneguk air ditangannya.
Rayyan yang baru sahaja ingin melangkah ke dalam lift terhenti apabila melihat dua anak saudaranya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Kaki terus melangkah kearah mereka.
"Hi anak buah uncle yang paling cute, buat apa tu" soal Rayyan sebaik sahaja mengambil tempat duduk ditengah tengah sofa antara Alicia dan Rachel. Rambut mereka digosok lembut.
"Tengah tengok tv lah, takkan lah tengah memasak pulak" balas Alicia mendatar.
"Amboi budak ni, sejak sejak dah besar pandai menjawab ye" balas Rayyan sebelum dia mencubit lembut pipi gebu milik Alicia.
Rayyan kemudian melihat kearah skrin tv dihadapannya.
Spongebob squarepants.
Anjai, cerita mengarut ni jugak yang korang tengok. Tv dekat rumah ni punyalah bermacam macam jenis siaran aku pasang. Kartun karut ni jugak yang korang pilih.
Rayyan tayang muka bosan. Kedua tangannya disilang ke dada sebelum badannya disandarkan pada sofa. Layan jelah dah alang alang tak ada kerja nak buat.
"Uncle, uncle rasa kan siapa yang jahat dalam cerita ni?" Soal Rachel tiba-tiba.
Kening Rayyan bertaut. Wajah Rachel dipandang sekilas. Ada yang jahat ke dalam cerita ni? Bukan ke ni cerita lawak bodoh span kuning ke? Sejak bila cerita kartun budak budak ni jadi genre criminal crime pulak?
"Eeeyyy...Mesti uncle tak tahu kan?" Kini giliran Alicia pula bertanya. Tepi perut Rayyan dicucuk-cucuk perlahan. "Kan, kan, kan, uncle tak tahu siapa yang jahat dalam cerita ni kan?"
"Ada yang jahat ke dalam cerita bodoh ni? Bukan ke cerita ni pasal span kuning tu buat burger ke?" Soal Rayyan semula sambil mengelak tangan kecil Alicia yang masih mencucuk pinggangnya.
Alicia dan Rachel serentak menggeleng. "Ada yang jahat dalam cerita ni"
"Siapa?"
"Cuba lah teka dulu " kata Rachel mendatar.
"Uncle dah teka, tapi otak uncle ni tak berfungsilah... " balas Rayyan semula.
"Eleh, uncle sebenarnya malas nak fikir kan?" Teka Alicia lagi.
Rayyan tayang muka bosan lagi. Skrin tv dihadapannya dipandang semula. Seriuslah ada yang jahat? Aku kena tipu dengan budak budak ke?
"Siapa yang jahat? Uncle tengok baik je semua haiwan biul ni "
"Ada yang jahat!" kata Alicia dan Rachel serentak.
Akhirnya Rayyan mengalah. Lantaklah siapa pun nak jadi jahat. Malas nak pikir.
"Rachel dengan Alic dekat sekolah okay? Ada masalah tak?" Rayyan cuba tukar topik.
"Okay je, " balas Alicia mendatar. Mata masih fokus pada skrin tv.
"Sekarang 8 tahun kan? Tengah belajar apa?"
"Dekat sekolah ke dekat rumah punya?" Soal Rachel pula.
"Errr kalau dekat sekolah tengah belajar pasal apa?"
"Biasa je, add math, kimia, fizik..." balas Alicia mendatar.
"Susah tak?" Soal Rayyan semula. Kepala kanak-kanak itu diusap manja. Dia sudah anggap Alicia dan Rachel seperti anak kandungnya sendiri.
"Tak susah pun, bosan" jawab Rachel pula.
Rayyan tergelak halus. Anjai bosan. Menangis budak budak yang ambik spm dekat Malaysia kalau dengar.
"Kenapa bosan?"
"Sebab tak ada kawan. Semua dekat sekolah tu semua dah besar. Alic nak kawan dengan orang sebaya Alic"
"Rachel? Alic kan ada Rachel"
"Alic nak kawan perempuan!"
"Nanti Uncle carikan kawan untuk Rachel dengan Alic okay" pujuk Rayyan.
"Rac tak kisah pun, Rac okay je kawan dengan akak Alic sorang" celah Rachel mendatar.
Rayyan hanya mampu tersenyum. Rachel memang agak pemalu sedikit berbanding akak kembarnya.
"Hurmm....Kalau dekat rumah tengah belajar dengan uncle mana satu?" Soal Rayyan lagi.
"Uncle Hanz," jawab mereka berdua serentak.
Sekali lagi kening Rayyan berkerut. Hanz? Aku suruh dia ajar apa eh dekat budak budak ni?
"Bukan haritu uncle suruh belajar dengan uncle Keith ke?"
"Dah habis dah... lepastu daddy suruh belajar dengan uncle Hanz pulak" jawab Alicia lancar.
Rayyan tersenyum bangga. Gila 8 tahun dah pakar buat bom. Dah habis belajar dengan Keith maknanya mereka sudah pandai membuat bom sendiri kerana tugas Keith adalah untuk mengajar mereka semua yang berkaitan dengan bom tangan.
"Dengan uncle Hanz belajar buat apa?" Soal Rayyan semula.
Alicia dan Rachel pandang Rayyan serentak.
"Cuba teka..."
"Buat anak?" Jawab Rayyan penuh selamba.
Pang!
Satu pukulan tepat mengena dibelakang kepala Rayyan.
"Suka sangat ajar budak budak ni benda tak elok kan" marah Lucia sambil bercekak pinggang dibelakang suaminya.
"Aduh, sakitlah sayang" Rayyan menggosok belakang kepalanya. Gila tak sakit. Dia hempuk guna besi kau tahu. Jangan tannya aku dari mana dia dapat besi tu. Sebab aku pun tak tahu.
Alicia dan Rachel elok menyambung menonton television semula seperti tiada apa apa berlaku.
"Yang awak ni tengah tak ada kerja ke? Diaorang yang lain sibuk nak selesaikan masalah. Awak dekat sini duduk senang layan spongebob" kata Lucia sambil berjalan kearah bahagian dapur sebelum hilang dari pandangan.
"Dah diaorang sibuk selesaikan masalah buat apa uncle nak selesaikan jugak, biar jelah diaorang yang buat. Betul tak?" Soal Rayyan kepada Rachel dan Alicia.
Mereka berdua mengangguk laju. "Dua chef dalam satu dapur takkan selesaikan masalah satu hidangan pelanggan" jawab Rachel.
Rayyan tersenyum kemenangan. Suka betul bila ada orang backup ni.
"Jadi Uncle Hanz ajar apa?" Soal Rayyan kembali pada topik asalnya semula.
Rachel rapatkan badannya kepada Rayyan.
"Psikologi manusia" bisik Rachel di telinga Rayyan perlahan.
Psikologi?
"Contohnya? Jap kenapa kena bisik?" Kata Rayyan juga dalam keadaan berbisik kepada Rachel.
Rachel jarakkan diri semula.
"Contohnya macam sekaranglah, Rachel bisik dekat Uncle, secara tak sedar uncle pun bisik dekat Rachel semula. Padahal tak ada benda pun yang perlu dibisikkan. Psikologi manusia" jawab Rachel tenang sambil menonton semula tv dihadapan.
Rayyan tersenyun hambar. Aku tengah kena tipu dengan budak budak ke ni?
"Uncle cepatlah teka siapa yang jahat dalam cerita ni" celah Alicia semula.
Rayyan pandang skrin lagi sekali.
"Err...Sandy?"
"Deng! Salah" jawab Alicia dengan Rachel serentak.
"Kenapa pulak salah?"
"Okay berikan hujah hujah anda, kenapa anda memilih sandy" balas Alicia semula.
Sial tiba tiba terasa macam tengah ambik exam.
"Sebab dia satu satunya hidupan darat, yang lain semua hidupan laut. Lagipun dia kaji benda benda yang tak sepatutnya. Kenapa dia perlu masuk dalam hidupan laut kalau betul apa yang dia buat tu tak salah? Dan alat alat kajian dia tu mesti kena test dulu. Uncle rasa mesti dia test dekat kawan kawan biul dia yang warna kuning dengan merah tu" jawab Rayyan panjang lebar.
Alicia angguk kepala beberapa kali.
"Deng, salah. Rachel silakan beri hujah kamu pula"
Rayyan tersenyum hambar. Sejak bila aku masuk mahkamah syariah pulak ni?
"Mengikut teori saya sendiri pula ialah, Sandy adalah salah satu unit bahagian yang ingin menyelamat kan hidupan laut di Bikini Bottoms. Dia dengan rela hati ingin selamatkan kawan kawan hidupan lautnya yang lain sebelum menjadi mangsa kekejaman yang seterusnya, sebab itulah dia rela duduk di bawah laut sedangkan dia tahu itu satu risiko besar untuk dia"
"Dia nak selamatkan siapa?" Soal Rayyan semula.
"Kawan kawan dia lah, Spongebob, Patrick..." jawab Rachel.
"Dari siapa?"
"Dari orang jahatlah"
"Siapa yang jahat?" Soal Rayyan.
"Encik Krab lah!"
"Kenapa Encik Krab jahat pulak?" Soal Rayyan semula.
"Dia jual daging makhluk dia sendiri" celah Alicia pula.
"Hah?" Rayyan mula bingung.
"Krabby patty, maksud dia adalah burger daging ketam. Sebab tulah dia sorang je ketam yang tinggal dekat bikini bottoms. Ketam yang lain dia bunuh dan dia dah jadikan burger. Sebab tu jugak dia suruh spongebob yang jadi tukang masak. Sebab dia terlalu naif dan percaya kan orang lain. Dia takkan pernah tuduh bos dia sendiri bunuh semua keturunan ketam. Kalau uncle tengok, kedai burger diaorang sebijik macam perangkap ketam. Jadi Sandy nak selamatkan kawan kawan dia yang lain sebelum diaorang jadi mangsa jugak, memandangkan daging ketam dah mula pupus" terang Rachel.
"Dan mengikut teori lain pula. Sandy dan Plankton sebenarnya adalah satu pasukan, mereka sama sama nak ungkapkan kejahatan Encik Krab. Sebab tu Plankton seboleh boleh nak curi resepi Encik Krab, untuk buktikan apa yang dia rasa selama ni betul. Tapi cara Plankton salah, kita terlalu nampak sangat apa niat dia, sebab tu kita anggap dia jahat. Sandy pulak buat secara senyap senyap, sampai satu masa bila semuanya dah terungkap barulah dia akan bertindak. Kenapa kita orang kata Plankton dengan Sandy tu berkawan, sebab tak pelik ke kenapa Planton ada komputar bijak tu? Tak rasa ke sebenarnya Sandy yang buatkan komputer tu untuk plankton?" Terang Alicia pula.
Rayyan terdiam lama. Skrin tv dihadapannya direnung semula. Ni ke akibat tengok kartun lama lama?
Budak budak naif pun boleh jadi gila.
"Kau nak pergi mana?" Soal Rayyan kepada Hanz apabila ternampak lelaki itu mengambil kunci kereta yang disangkut pada kotak kecil di tepi dinding.
"Aku nak pergi ambik Keith dengan Luiz kejap, kereta diaorang rosak" jawab Hanz yang sudah melangkah kearah pintu rumah utama.
"Aku nak ikut!" Rayyan cepat-cepat bangun daripada sofa, namun baru sahaja dia ingin melangkah pergi tangannya ditarik oleh tangan kecil Rachel dari belakang.
"Uncle, macam mana kalau uncle Elrick tu sebenarnya Plankton? Dan kita ni sebenarnya Spongebob dan Patrick?" Soal Rachel perlahan.
Rayyan pandang mereka berdua. Dia kemudian mecangkung dihadapan Alicia dan Rachel. Wajah kanak kanak itu direnung lembut.
"Kenapa korang cakap macam tu?" Soal Rayyan semula.
Alicia dan Rachel saling berpandangan antara satu sama lain.
"Uncle, uncle ingat tak dua tahun lepas uncle pernah buli Uncle Elrick sampai dia trauma dan sakit?" tanya Rachel.
"Ingat, kenapa?"
Rachel pandang kakak kembarnya yang seperti teragak agak ingin membuka mulut.
"Kenapa ni?" Soal Rayyan lagi. Wajah Alicia pula dipandang.
"Malam tu kitaorang ada datang bilik uncle Elrick" jawab Alicia perlahan.
"Uncle Elrick demam, jadi Rachel bagilah dia panadol..."
"Lepastu?" Soal Rayyan semula.
"Emmm... lepas tu ...."
"Lepas tu apa Rachel?"
"Lepastu Uncle Elrick peluk kitaorang berdua sambil cakap terima kasih. Uncle Elrick kata, jangan benci dekat Uncle Rayyan. Uncle Rayyan buli Uncle Elrick sebab dia tak tahu siapa sebenarnya Uncle Elrick. Nanti bila Uncle Rayyan dah tahu siapa Uncle Elrick mesti Uncle Rayyan peluk Uncle Elrick" jawab Alicia perlahan. Dia kemudian memandang anak mata Rayyan yang seperti terkejut mendengar ayatnya sebentar tadi.
"Uncle..."
"Uncle Elrick kata jangan bagi tahu dekat Uncle Rayyan...tapi kitaorang tak sanggup nak tengok uncle uncle yang lain buru Uncle Elrick lagi..."
"Ba...bagitahu pasal apa" suara Rayyan mula menggigil. Dia seperti sudah dapat agak apa yang akan keluar dari mulut kanak kanak kecil di hadapannya ini.
"Uncle Elrick kata, sebenarnya kitaorang ni anak buah dia jugak. Sebab Uncle Rayyan kahwin dengan adik Uncle Elrick. Lepas tu Uncle Elrick kata nama sebenar dia bukan Elrick tapi nama sebenar uncle Elrick ialah..."
"Lucas"
... Lucas"
Kata Alicia dan Rayyan serentak.
"Uncle Rayyan dah tahu ke?" Tanya Rachel kepada Rayyan.
"Lucas... Elrick tu Lucas?" Mata Rayyan mula bergenang.
"Lucas hidup lagi?" Rayyan menggelengkan kepalanya. "Tapi kenapa? Kenapa dia buat macam ni.... kenapa dia buat aku macam ni?" Rayyan memeluk lututnya kuat.
"Kenapa? Kenapa dia tak bagi tahu aku apa apa?"
"Uncle? Uncle okay tak? Uncle!" tanya Alicia dan Rachel serentak. Mereka panik melihat Rayyan yang mula bercakap sendiri.
"Sayang, awak kenapa?" Tanya Lucia yang baru sahaja melangkah kearah ruang tamu sambil membawa sepiring buah potong. Piring itu diletakkan atas meja sebelum dia terus memeluk badan suaminya yang jelas mengigil teruk .
"Kenapa ni?" Tanya Lucia lembut sambil mengusap belakang badan Rayyan.
"Sayang ....aku...aku... arghhhh!! " Rayyan memegang kepala yang terasa sakit secara tiba-tiba. Nafasnya juga menjadi tidak teratur. Jari telunjuknya digigit kuat sehingga mengalir darah. Namun sakit yang menyerang kepalanya tetap juga tidak hilang.
"Kenapa ni Rayyan! Awak kenapa!" Lucia mula panik melihat kondisi suaminya. Tangan Rayyan ditarik jauh dari mulut.
"Rayyan! Look at me! LOOK AT ME! What wrong with you!" Kedua pipi Rayyan dipaksa menghadap kearahnya.
Baru sahaja Rayyan ingin membuka mulut tiba-tiba matanya tertutup sebelum dia jatuh pengsan di pangkuan Lucia.
"Kenapa dengan Uncle Rayyan?" Tanya Lucia kepada si kembar pula.
"Tak tahulah auntie, Uncle Rayyan terus jadi macam ni bila kitaorang sebut nama sebenar Uncle Elrick..." jawab Alicia dan Rachel panik.
"Nama sebenar Uncle Elrick? Siapa nama sebenar dia?"
"Lucas Natalie"
Share this novel