Daun pintu terbuka seketika Avery melangkah masuk. Kerusi di sebelah katil Lucia ditarik sebelum dilabuhkan punggungnya. Lembut tangan Avery menyentuh kulit pipi wanita yang sudah dianggap sebagai akak kandungnya itu.
Lucia masih lagi tidak sedarkan diri. Kata Xavier kondisinya agak parah. Oleh kerana kandungannya digugurkan secara paksa dan tidak mendapatkan rawatan awal , kemungkinan untuk dia mengandung lagi selepas ini sangatlah tipis.
"Akak, maafkan Av. Gara-gara Av akak jadi macam ni" tangan Lucia dicapai dan dilekapkan kedahinya.
"Av minta maaf kak. Semua ni salah Av" setitis demi setitis air matanya gugur. Hatinya sayu memikirkan Emiel yang masih lagi berada dalam genggaman musuh. Dengan keadaan Lucia lagi yang macam ni. Dan masalah itu semua berpunca daripada dirinya. Air mata Avery makin lebat.
"Av..."
Cepat -cepat Avery mengelap air matanya. Malulah kalau ada orang nampak dia menangis. Avery pusing kepala melihat gerangan yang menegurnya itu. Cepat cepat dia berpura-pura senyum.
"Kak Khayra... Eh, Abang Louis?" dahi Avery berkerut. Sejak bila abang Louis muncul? Abang Ray ada marah sesiapa ke?
Khayra jalan mendekati Avery. Tiba-tiba tangannya mengusap lembut belakang badan gadis itu.
"Akak tahu Av penat dengan semua ni. Akak faham. Tapi ni bukan salah Av. Ni bukan salah sesiapa. Kewujudan Av bukan satu kesilapan" sambil memeluk kata kata itu diucap lembut ditelinga Avery. Tipulah kalau kata dia tak dengar apa yang Avery cakap dekat Lucia tadi.
"Akak..." hanya itu yang dapat diucap sebelum tangisannya mula berlagu. Louis yang berada di sebelah turut mengusap kepala adiknya itu.
"Janganlah nangis, Sejak bila kau jadi cengeng ni?" Kata Louis mendatar. Avery menarik tangan Louis sebelum memeluk mereka berdua erat.
"Av taknak sesiapa mati disebabkan Av..." tangisnya lagi.
"Ajal maut tu ditangan tuhan, kalau kitaorang mati sekalipun bukan Av penyebabnya, itu takdir. Belajar terima takdir. Jangan salahkan diri sendiri hanya kerana seseorang itu sudah sampai masa ajal dia" nasihat Louis panjang.
Pelukan dilepas. Air mata dilap sehingga kering. Tak sangka Louis pandai nasihat orang. Dulu kemain perangai macam setan.
"Tapi..."
"Tak ada tapi tapi. Dah jangan nak nangis lagi. Hodoh muka" pintas Louis laju.
Khayra dan Avery tergelak.
"Abang dengan akak datang sini nak jumpa Av ke?" soal Avery semula.
"Iya, ada sesuatu yang abang nak tanya dekat Av"
Avery memandang Louis yang jauh lebih tinggi daripadanya itu. Terpaksa kepalanya didongak ke atas. Dasar tiang betul.
"Sejak bila Av kenal dengan Elrick?" tanya Louis serius. Kerusi di sebelahnya ditarik sebelum dia duduk bersebelahan dengan isterinya.
Dahi Avery berkerut. "Sejak yang anak Clara culik Av tu lah. Kan Av ada cerita dekat abang haritu. Kenapa?"
Louis saling berpandangan dengan Khayra.
"Masa Av balik Russia, kan Av ada cakap yang Enver masuk Universiti sama dengan Av kan?" kini giliran Khayra pula menyoal.
Avery angguk. "Aah betul. Kenapa ni?"
"Masa dia masuk Universiti tu perangai dia ada yang berubah tak dengan Enver yang Av kenal masa Av sakit?"
"Tak ada pulak. Kenapa?" soal Avery lagi. Hairan melihat soalan soalan abang dan akak iparnya.
"Jadi perangai dia berubah lepas Av dah habis belajar dekat Universiti tu?"
Avery angguk lagi. "Kenapa ni? cakap lah?"
Khayra dan Louis mengeluh panjang. "Ingat tak Av ada cerita dekat abang haritu pasal mimpi Av?"
Avery angguk lagi.
"Lepas daripada tu abang ada cerita dekat Khayra..."
"And then?" soal Avery.
Louis pandang Khayra seolah-olah menyuruh dia pula yang bersuara.
"Dalam mimpi Av tu ada seorang je kan lelaki?" tanya Khayra.
"Aah, Av nampak Enver dalam mimpi tu. Dia yang menyamar jadi Eres"
"Dekat situlah silapnya, Okay, akak tak adalah nak kata mimpi Av akan jadi realiti seratus peratus. Tapi Av tak rasa pelik ke? kenapa dalam mimpi Av , Av tak ada termimpi langsung pasal Elrick"
"Mungkin sebab Av baru cari dia lepas Av selalu dapat mimpi tu?" balas Avery pula.
"Mula-mula akak pun terfikir macam tu. Tapi akak tetap rasa ada sesuatu yang tak kena. Jadi akak suruh Louis cari maklumat pasal Elrick"
"And then?"
Louis menyeluk poket seluarnya. Satu kertas yang sudah sedikit renyuk dihulurkan kepada Avery.
"Cuba Av tengok ..." arah Khayra mendatar.
Surat itu bertukar tangan. Avery membuka lipatan kertas itu sebelum membaca dengan teliti. Perlahan-lahan matanya membulat besar. Hampir dia tidak percaya apa yang tertulis atas kertas itu.
DEATH CERTIFICATE
Name of deceased : Elrick Raihan Bin Elias
Date of death : 13 Jun 2005
Age of death: 14 years old
Place of death : Hospital Kola Scientific Center , Russian
Last seen alive seen by : Enver Risay (Brother)
_________________________________
CAUSE OF DEATH
a) Disease or condition leading to death : Heart failure
b) Other condition : Third-degree skin burns
File case as : Murdered
I certify that this death certificate is accurate
Signature: Wilson Mac Cannon
Qualification: Inspector in Fedral Law -Enforcement Russia
Date : 14 Jun 2005
"Apa ni ?" Avery hilang kata-kata. Wajah Louis dan Khayra dipandang semula. "Apa benda ni!" soalnya sedikit kuat. Kertas tadi dibaca semula. Elrick dah mati? Jadi dengan siapa yang selama ini kehulu hilir dengan dia? Siapa yang dia bawak masuk dalam rumah ni? Kalau betul Elrick sebenarnya dah mati. Jadi siapakah 'Elrick' yang menjadi kekasihnya selama sebulan yang lalu.
Avery tergamam. Kertas itu terlepas daripada tangannya. Mukanya ditekup dengan kedua tapak tangan. Kalau Elrick yang sebenarnya dah mati. Jangan cakap Elrick yang tinggal dalam rumah ni adalah musuhnya sendiri, Enver?!
"Dan kalau kita anggap 'Elrick' yang selama ni dengan kita sebenarnya Eres. Everything will makes sense after that..." tambah Khayra lagi.
Sekali lagi Avery terbungkam. Memang betul. Semua benda akan masuk akal kalau kita anggap 'Elrick' yang masih hidup ini adalah Eres. Ketika Rayyan dan Lucia balik ke Malaysia , Emiel diculik dan ketika anak kembar Ray dicucuk dengan dadah. Ya semuanya masuk akal! Sebab itu musuh mereka tahu masa yang sesuai untuk bertindak. Sebab dia memang tinggal serumah dengannya selama ini.
"Yang lain dah tahu?" soal Avery sedikit perlahan.
"Belum, benda ni pun Abang Louis baru dapatkan tadi" balas Khayra.
"Av..."
"Av!" Panggil Louis apabila melihat adiknya itu termenung lama.
"Av okay?" Louis mengusap sedikit bahu Avery sebelum dia memandang arah lain. Atau lebih tepat arah katil yang berada di sebelah Lucia.
"Yang tu, kenapa?" Tanya Louis sambil jari menunding ke arah Sofia. Wanita itu masih lagi tidak sedarkan diri. Mungkin kesan ubat penenang yang Xavier berikan masih belum hilang.
"Abang Ayyan korek biji mata dia,"
Louis tersengih sinis, hampir tergelak pun ya. Padan muka kau!
Selang beberapa saat, Avery bangun daripada duduknya, kemudian dia melangkah ke arah pintu bilik.
"Nak pergi mana?"
"Av nak cari Bella kejap" pintu automatik terbuka dan tertutup kembali setelah Avery keluar.
Louis dan Khayra saling memandang.
"Sayang, "
"Hmm?"
"Pergi tengok tengokkan Athy dengan kembar dekat bilik kejap" arah Louis tiba-tiba.
Walaupun pelik dengan arahan Louis, Khayra hanya menurut. Dia terus sahaja keluar daripada bilik medic itu tanpa banyak kata.
Louis pula hanya menghantar pemergian Khayra dengan ekor matanya. Sebaik sahaja pintu sudah tertutup, Louis pandang katil Sofia semula. Kemudian dia berjalan ke arah tempat dimana peralatan pembedahan disimpan. Satu pisau kecil diambil sebelum dia melangkah kearah katil Sofia.
Zap!
Pisau itu dicucuk tepat pada bantal betul betul sebelah mata Sofia. Sangat hampir, sehinggakan beberapa helai rambut Sofia ikut terpotong oleh pisau kecik itu.
"Lain kali, bila orang berborak. Jangan curi curi dengar. Sekali lagi kau buat macam ni ..." pisau tadi ditarik keluar dan diletakkan atas mata Sofia yang tidak berbalut.
"...Mata kau yang lagi satu ni, aku sendiri akan korek sampai hancur. Dengar sini baik baik eh, Walaupun suami kau dah mampus. Aku tetap tak akan maafkan apa yang dia pernah buat pada adik adik aku. Faham?" tawa Louis terletus sinis. Pisau tadi ditinggalkan. Tangannya dimasukkan kedalam kocek seluar sebelum dia melangkah pergi daripada bilik medic itu.
Louis keluar sahaja daripada bilik itu, Sofia terus membuka mata. Pisau atas mukanya diambil. Nafas ditarik dalam dalam.
"Tak sangka jumpa dengan dia, bukan ke Ray sepatutnya dah sembuh?" Monolognya sendiri. Peluh di dahinya dilap. Seram.
Tidak jadi Avery ingin masuk ke dalam bilik meeting apabila telinganya menangkap suara orang sedang bercakap dari dalam. Bilik itu diintai dari luar.
"Apa benda jelah yang diorang borak" kata Avery sambil menyandar pada dinding tepi.
"Jadi kau nak biar Av kahwin dengan Eres? Kau biar betul" itu suara milik Bella.
Terkejut dia apabila mendengar namanya disebut. Avery memasang telinganya dengan lebih teliti.
"Seriously? Kau tak kesian dekat Av ke?" suara Luiz pula membantah.
Avery sudah terkedu diluar. Rayyan suruh dia kahwin dengan Eres ke? Sanggup Rayyan biar dia hidup dengan musuh demi anaknya sendiri? Ini ke yang dia kata dia sayang aku tadi?
Pandangan Avery mula berkaca-kaca. Pintu bilik sebelahnya itu direnung semula.
"Memang nyawa anak aku penting..."
Mendengar sahaja jawapan daripada Rayyan, air mata Avery mula jatuh setitis demi setitis. Kakinya terus melangkah meninggalkan bilik itu laju.
Bella melihat kearah pintu. Dia ada salah dengar ke? Rasanya macam ada orang nak masuk tadi.
"Tapi nyawa adik aku lagi penting..." sambung Rayyan.
"Aku akan cari cara lain supaya diorang berdua selamat. Tapi andai kata perlu buat pilihan. Aku tetap akan selamatkan Av dulu berbanding anak aku sendiri"
"Why?" soal Luiz .
"Just because..." Ada sesuatu yang bermain difikiran Rayyan. Lambat-lambat mulutnya mengukir senyuman pahit.
"She already suffer too much" jawab Rayyan mendatar.
Laju Avery keluar dari dalam perut lift. Dia seperti tiada hala tuju, entah kemana kakinya membawa. Hatinya remuk. Pandangannya semakin kabur dengan air mata yang semakin lebat. Kata-kata mereka tadi kembali terulang tayang di cuping telinga. Dasar penipu! Dasar penipu! Tangisan Avery semakin menjadi-jadi.
Buk!
Bahu Avery terlanggar seseorang.
"Hey, hey kenapa ni?" tanya Keith lembut.
Makin merah muka Avery bila tahu yang dilanggarnya tadi adalah Keith. Dengan muka sememehnya. Entah entah ada hingus tengah meleleh ke sekarang ni. Argh malu gila. Serius kau memang salah timing Keith!
"Av kenapa ni? kenapa menangis? Hey, Talk to me..." Keith cuba memandang wajah Avery yang seakan ingin larikan diri.
"Kenapa ni?" soal Keith lagi buat kali ketiga.
Avery terus sahaja mendakap lelaki itu kuat. Keith yang masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga lambat-lambat membalas pelukan Avery. Belakang badan gadis itu diusap penuh kasih sayang.
"Shushhhh. Kenapa ni? siapa yang buat?" pujuk Keith lembut seperti memujuk budak 4 tahun.
Makin lah meleleh air mata Avery mendengar pujukan Keith.
"Do you still love me, Keith?" Tanya Avery bersama tangisannya.
Keith terdiam. Apa yang tengah jadi ni?
"Answer me please..." soal Avery sedikit merayu.
"I love you Av, always. And that will never change" pelukannya semakin dieratkan.
"But i'm dangerous..."
"Yes , that why i love you more than anyone else"
"What if i dissappear one day?"
"I will wait for you until you come back"
"Don't wait for me. But find me, search for me and take me home. Promise? "
"I promise"
"Promise me, one day you will come and save me?" gumannya sangat perlahan.
Dahi Keith berkerut. "Av, i promise. But why are you saying like this?"
Jeda. Masing masing tidak bersuara. Hanya bunyi degupan jantung kedengaran. Avery mengukir senyuman pahit sebelum pelukannya dilepaskan semula. Mata mereka bertentangkan lama.
"Just forget about it. Don't wait for me Keith... Because if one day I'm gone, then just consider I already dead, it'll be easier for you. Some people aren't meant for happy ending. And i one of those 'people'..."
Share this novel