"Alic, kenapa uncle kena pura pura sedih lama sangat? Uncle geram betullah tak boleh nak pukul kepala Si Keith dengan Hanz. Dari haritu lagi, dahlah uncle kena buat kerja syarikat separuh mati. Masuk meeting tah pape tu. Arghhh stress uncle tahu tak" adu Rayyan sebaik sahaja dia keluar dari bilik kerjanya.
Alicia yang berada dalam dukungannya tergelak kecil. Memang itu rancangan daripada dia, menyuruh Rayyan berpura pura menjadi murung supaya semua perhatian keluarganya tertumpu hanya pada Rayyan sahaja.
"Alic dah settelkan part Alic. Lepas ni uncle dah tak payah nak pura pura baik lagi" balas Alicia sebelum dia tergelak lagi. Kelakar melihat perangai pakcik tiga sukunya ini.
"Hah bagus, jom kita pergi bilik Keith. Uncle dah gian nak pukul muka dia yang tak seberapa tu" kata Rayyan sebelum kaki laju melangkah ke arah bilik kerja Keith.
Bam!
Pintu bilik Keith dibuka kasar tanpa mengetuk. Ah... sudah dua bulan dia berpura pura sopan mengetuk pintu sebelum masuk. Anjing kesemuanya itu.
"Woi anak pungut! Kau jangan nak acah acah rajin lah" kata Rayyan tiba tiba.
Luiz dan Hanz yang berada dalam bilik itu jelas terkejut dengan perubahan perangai Rayyan. Dia ni dah gila ke lepas kena depression?
Alicia yang masih dalam dukungan Rayyan tergelak mengekek ngekek.
"Rayyan? Kau sihat ke tak ni?" Tanya Keith risau melihat karakter lelaki itu yang sudah bertukar sial semula. Selama dua bulan lelaki itu tidak pernah meninggikan suara. Memang sopan betul perangai dia. Ni tiba tiba bertukar jadi syaitan balik. Apa kes?
Luiz yang melihat hanya menahan sengih. Aku dah agak dah dia ni berlakon je. Takde maknanya dia nak kena depression lepas tu buat kerja syarikat tak pernah tinggal. Tu semua lakonan semata mata!
"Ah takde takde kau jangan nak banyak bunyi pulak. Sekarang ni aku nak kau ikut aku," kata Rayyan sebelum mengambil tempat di hadapan meja kerja Keith. Kakinya elok diletakkan selamba atas meja lelaki itu.
Ni dah sial sangat dah ni.
"Ikut kau pergi mana? Aku ada kerjalah. Kejap lagi ada meeting" balas Keith masih lagi dalam keadaan terkejut. Matanya tak berkelip memandang Rayyan. Kena sampuk ke apa dia ni?
"Ah takde takde. Tu kerja kau bukan kerja aku. Kisah apa aku, sekarang aku nak kau ikut aku" balas Rayyan semula.
"Luiz jom" ajak Rayyan kepada lelaki itu pula. Dia kemudian terus melangkah ke arah pintu bilik semula. Keith pula hanya pasrah sebelum dia dan Luiz juga turut mengekor langkah Rayyan.
"Kita nak pergi mana ni?" Tanya Keith sebaik sahaja masuk ke dalam kereta BMW X6 hitam milik Rayyan.
"Cari lalat" jawab Rayyan selamba sebelum enjin kereta dihidupkan. Laju kereta itu membelah jalan raya.
Selepas setengah jam pemanduan, kereta BMW X6 itu diparkir betul betul di hadapan satu bangunan setinggi 44 tingkat.
"Kita nak buat apa datang sini?" Keith menjengah kepala keluar. Papan tanda yang tergantung hadapan bangunan itu dibaca.
Tour Areva
"Jangan banyak bunyi, ikut je aku" balas Rayyan sebelum dia membongkok. Tangannya mencapai dua pistol putih yang berada bawa kerusi kereta. Pistol itu kemudian diselitkan ke belakang seluar. Ini sebagai langkah berjaga jaga.
Bonet belakang dibuka pula. Satu Guitar case disandangkan ke bahu. Alicia pula hanya mengekor sahaja pakciknya kemana mana dia pergi.
Luiz dan Keith juga sudah melangkah keluar kereta. Masing masing melihat bangunan pencakar langit di hadapan mereka yang setinggi 44 tingkat itu.
Seriuslah? Nak buat apa datang sini?
"Dah jom" ajak Rayyan sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam bangunan itu sambil memimpin tangan Alicia. Luiz dan Keith pula hanya mengekor.
Tingkat 40 ditekan.
Sampai sahaja tingkat itu Rayyan perlahan lahan melangkah ke arah kanan bangunan. Takut terkantoi. Semuanya dilakukan secara senyap senyap memandangkan mereka masuk secara haram dalam bangunan itu.
Sampai di satu sudut, Rayyan terus menurunkan guitar case nya sebelum isi di dalam kotak itu dikeluarkan.
Luiz hanya melihat Rayyan yang sibuk sedang memasang senapang jenis Sako TRG 42 itu. Tingkap dibuka sedikit. Muncung senapang itu dihulur keluar tingkap.
Setelah selesai senapang itu dipasang, wajahnya menoleh pula ke arah Alicia di sebelahnya.
"Dah siap," kata Rayyan mendatar.
Alicia terus berbaring secara meniarap. Matanya tajam melihat sasaran menggunakan skop senapang itu.
Keith masih lagi bingung daripada tadi. Diaorang ni tengah buat apa? Nak bunuh siapa pulak ni? Masalahnya kenapa budak kecik ni ikut sekali? Ray tak marah ke?
Lama Alicia menggunakan skop itu, dia seperti sedang mencari sesuatu. Mereka yang lain pula hanya setia menunggu di sebelah.
"Jumpa!" Kata Alicia sedikit teruja. Alicia bangun semula daripada meniarap. Kini giliran Rayyan pula menagmbil posisi tadi. Matanya tajam memerhati dimana skop itu difokuskan.
"Wey, korang dua buat apa ni? Sumpah aku dah makin bodoh tak faham tengok apa korang cuba buat dari tadi" kata Keith setelah lama dia memendam soalan itu dalam hatinya.
Alicia tergelak kecil.
"Kita tengah cari markas Uncle Eriyan" jawab Alicia perlahan.
Mata Keith membulat. Kau ni biar betul?
"Ni tengok ni" Rayyan menarik kepala Keith sebelum memaksa lelaki itu melihat skop senapang tadi.
"Macam mana korang semua boleh tahu markas dia dekat mana? Aku dengan Bella cari dekat dua bulan tak jumpa jumpa" Luiz pula mencelah.
"Hahaha itulah kau tak tahu, entah aku pun tak tahu" jawab Rayyan sebelum dia tergelak kuat.
"Wey betul ke ni tempat diaorang" tanya Keith yang sudah berdiri semula.
"Betul, nampak macam bangunan mewah an? Tak sangka tu markas diaorang" jawab Rayyan.
"Ini ke yang kau rancang dengan Alic selama dua bulan?" Tanya Luiz kepada Rayyan kembali.
"Aah" jawab Rayyan ringkas.
"Habis yang kau murung tu kau cuma berpura pura jelah selama ni?" Tanya Keith pula.
"Habis tu nak buat macam mana. Kalau tak, Ray dengan Khayra tahu apa anak diaorang tengah buat. Aku terpaksa alih perhatian semua orang dengan berpura pura murung. Well aku kan kesayangan semua orang" jawab Rayyan selamba.
Keith mengetuk kepala Rayyan perlahan.
"Kau tahu tak aku risaukan kau!" Marah Keith.
"Mestilah tahu, siapa je tak risaukan manusia kacak macam aku ni" jawab Rayyan masih lagi riak.
Alicia pula daripada tadi asyik menggelakkan pakciknya itu. Kelakar melihat perangai Rayyan. Sebab itulah Rayyan pakcik yang paling disayangi olehnya.
"Dah tu kenapa kita kena intip dari bangunan ni? Kenapa tak pergi dekat dekat je terus" Keith mencelah lagi.
"Kau percaya tak kalau aku kata IQ Eriyan setinggi IQ anak sedara aku ni?" Tanya Rayyan mendatar.
"Maksud kau?" Soal Keith masih lagi bingung.
"Kalau kita intip dari dekat. Sekelip mata dia akan tahu"
"Kalau dari sini?"
"Sekejap lagi dia akan tahu" jawab Rayyan selamba.
"Hah?" Berkerut dahi Keith memandang Rayyan dan Alicia bersilih ganti.
"Alic mana pistol daddy awak?" Soal Rayyan kepada kanak kanak itu pula.
Alicia mengeluarkan pistol hitam dari dalam jaket blouse yang dipakai sebelum pistol itu dihulurkan kepada Rayyan.
Rayyan membelek pistol yang terukir simbol R di bahagian pemegangnya itu.
"Okay kerja kita dah settel," kata Rayyan mendatar. Pistol itu diletakkan berdekatan dengan senapang tadi.
"Kau sengaja nak provok dia ke Rayyan?" Tanya Luiz mendatar.
"Bukan nak provok, aku cuma nak tahu apa yang dia tengah rancang dengan konco konco dia" balas Rayyan mendatar.
Keith masih lagi keliru di tempatnya. Otak aku boleh hilang kalau duduk dekat dekat dengan Si Rayyan dan Alicia ni tahu tak! Sorang terlalu bangang, sorang terlalu bijak.
"Dah jom, kita kena gerak sekarang," ajak Rayyan kembali.
"Senapang ni?" Tanya Keith sambil tangan menunjuk pada senapang yang terbiar di tingkap bangunan itu.
"Biar je, kejap lagi si psiko tu datang. Pandai pandai lah dia. Bukan ada peluru pun tu. Dah jom" kata Rayyan sebelum dia terus memimpin tangan Alicia.
"Siapa pisko yang Rayyan maksudkan ni?" Tanya Keith kepada Luiz yang berada di sebelahnya.
"Eriyan Rafael" jawab Luiz ringkas sebelum dia turut melangkah pergi.
Keluar sahaja mereka berempat dari bangunan setinggi 44 tingkat itu, seorang lelaki yang memakai hoodie hitam berselisih dengan mereka.
Lelaki itu tersenyum sinis sebelum topi yang dipakai dibetulkan sedikit.
Rayyan, Alicia, Keith dan Luiz masuk semula ke dalam kereta.
"Dia dah sampai" kata Alicia mendatar.
"Bagus"
"Siapa yang dah sampai?" Soal Keith yang berada di tempat duduk belakang.
"Musuh kita" jawab Luiz mendatar.
Enjin kereta dihidupkan sebelum laju kereta itu meninggalkan bangunan Tour Avera.
Topi hitam yang dipakai di kepala ditanggalkan. Hoodienya diselak kebelakang. Pistol hitam yang berukiran R itu diambil.
"Hahaha, bijaknya kau. Sesuai jadi lawan aku" kata lelaki itu sebelum tersenyum lebar. Mukanya yang agak kacak itu bertambah kacak dengan senyuman yang menghiasi wajahnya.
Telefon dalam kocek seluarnya dibawa keluar. Aplikasi mesej dibuka sebelum tangan laju menaip sesuatu.
Rayyan masuk semula kedalam bilik pejabatnya. Alicia yang berada di sisinya terus mendapatkan adik kembarnya yang berada di meja kerja Lucia.
"Awak pergi mana tadi?" Tanya Lucia kepada Rayyan. Pelik melihat wajah suaminya yang sudah tidak murung seperti dua bulan lalu.
"Tengok lalat terbang, kan Alic?" Tanya Rayyan sebelum dia mengambil tempat atas kerusi rodanya. Dengan selamba kakinya diletakkan atas meja. Iphonenya dibelek belek di tangan. Menunggu mesej dari seseorang.
Lucia yang melihat perangai Rayyan itu, hampir tercengang mulutnya. Dah kenapa dengan suaminya ini? Dua bulan perangainya menjadi sopan kini terus lesap semua kesopanan tu. Dah bertukar kembali kepada perangainya yang sial tak kena tempat dahulu.
Ting!
Serentak itu satu mesej masuk kepada semua ahli keluarganya.
- Third Attempt (Failed) -
Avery membaca mesej yang baru diterimanya itu sebelum nafas keluh dilepas panjang.
"You taknak bagi tahu diaorang ke?" Tanya Bella yang berada di sebelah gadis itu.
"Belum...belum sampai masa. Tunggu lagi dua percubaan. I masih tak tahu apa niat dia sekarang ni" kata Avery mendatar.
Share this novel