TIGA BULAN KEMUDIAN…
TAN SRI Megat Idruz akhirnya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana serangan jantung. Berita duka itu benar-benar mengejutkan seluruh ahli keluarga Tan Sri.
Hal ini kerana, pagi tadi elok sahaja arwah sarapan pagi dengan keluarga.
Ajal di tangan tuhan. Bila-bila masa sahaja, Allah boleh tarik nikmat hidup pada seorang hamba yang dikehendakinya.
Luluh sungguh hati Danish melihat jenazah daddynya terbaring tertutup dengan kain putih.
Sungguh dia tidak menyangka kematian daddynya secepat ini. Puan Sri Misha apabila dapat tahu tentang hal itu terus pengsan dan tidak sedarkan diri.
Ahli keluarga dan sanak saudara yang mengenali arwah memenuhi rumah agam itu dengan bacaan yassin.
Shah?
Sejak secara sah, Megat Trading menjadi milik Danish terus meminta untuk menghilangkan diri sedikit pun tidak mahu berjumpa dengan arwah.
Danish menganggap Shah sangat tidak menghormati dan kurang ajar. Jika Shah hadirkan diri di pengebumian hari ni, Danish mengharamkan kakinya menjejak rumah agam itu.
Biarkan dia diluar hujan panas lagi mengharukan Danish takkan benarkan Shah melihat pengebumian arwah.
Tekaan Danish benar, Shah muncul kan diri.
“Apa yang kau buat dekat sini?,” soal Danish tidak berpuas hati.
Dia mendekati Shah.
“Daddy..,” Shah dapat melihat sekujur tubuh jenazah arwah di ruangan tamu. Cukup membuatkannya kesal dengan tindakannya.
“Baru sekarang kau nak ingat rumah keluarga kau? Mana kau selama ni?,” bahu Shah ditolak kuat sehingga terdorong Shah ke belakang.
Shah menolak kembali Danish sehingga Danish jatuh terduduk.
Cepat sahaja Allesya dapatkan Danish. Suasana menjadi riuh rendah sekejap.
“Aku datang cara baik, Danish! Bagi aku tengok arwah daddy untuk kali terakhir!,” geram Shah dibuatnya lalu terus dia berlari masuk ke dalam.
Dia memeluk tubuh arwah erat bersama dengan tangisannya.
“Maafkan Shah, daddy,” rayu Shah dalam tangisannya. Danish yang masih tidak berpuas hati cepat sahaja dia bangun berdiri dan menarik baju melayu Shah itu dan mengheret sehingga keluar dari pintu rumah.
“Aku takkan benarkan kau lihat arwah daddy! Kau tak layak kau tahu tak!,” Danish masih tetap dengan pendiriannya.
Terus dia mengarahkan dua orang pengawal keselamatan untuk mengeluarkan Shah.
Allesya yang melihat itu makin terkilan dan tidak pernah menyangka suaminya seperti itu. Pintu pagar setinggi 2 meter itu ditutup berkunci betul-betul tidak membenarkan Shah masuk ke dalam.
Jelas di luar tingkap, Allesya melihat Shah duduk melutut dalam tangisan. Tiada seorang pun di ruangan tamu itu mampu membantah keputusan Danish.
Esok pagi baru dibenarkan untuk dikebumikan.
Entah kenapa, Allesya risaukan tentang keadaan Shah diluar. Kini, sudah menginjak ke waktu malam dan cuaca juga mula mendung.
Kejap lagi pasti hujan.
Dan Danish masih ingin membiarkan Shah berada di luar?
Dimana rasa berperikemanusian Danish?
Sebaik sahaja, Allesya selesai mandi. Kedengaran hujan mula membasahi bumi. Dia berlari menuju ke balkoni bilik suaminya.
Dari sini sahaja jelas dia melihat Shah masih duduk melutut di hadapan pintu pagar rumah walaupun basah kuyup dengan hujan.
Sungguh dia merasakan kasihan kepada Shah.
“What you looking at, love?,” tegur Danish sebaik masuk ke dalam bilik. Dia menghampiri isterinya yang sedang melihat sesuatu daripada balkoni bilik.
Allesya membiarkan suaminya melihat apa yang dilihat olehnya.
Danish melihat abangnya masih teguh dan tetap duduk melutut menunggu pintu pagar dibuka untuknya namun sayang Danish masih tetap dengan pendiriannya.
Shah takkan dibenarkan untuk melihat arwah.
Danish menolak langsir pada sliding door itu sedikit kasar tanda tidak membenarkan Allesya melihat kembali.
Allesya tersentak kecil itu terus membalas pandangan suaminya.
“Kenapa you macam ni?,”
“You?,” agak terkejut Danish mendengar panggilan itu ditukar.
“Tak, I mean. Kenapa sayang sanggup buat macam ni pada Shah?,” Allesya yang sedar dengan keterlanjurannya itu cepat memperbetulkan panggilannya.
Danish mengangkat kening kirinya.
Apa maksud Allesya dengan menyoal seperti itu?
“You berpihak pada lelaki tak guna itu?,” Danish sedikit tercabar dan cemburu.
“Ni bukan tentang pada siapa I berpihak tapi cara you menghukum tu salah,” tegas Allesya menegur suaminya.
Danish sedikit bengang.
“You sepatutnya berpihak pada I, Allesya!,”
“You tahu tak dengan cara you ni buatkan Shah tak sempat jumpa arwah daddy untuk kali terakhir? Mana sikap berperikemanusiaan you, Danish?!,” geram Allesya dibuatnya.
“Kalau you nak bela sangat bekas kekasih you tak jadi tu per…,”
“Apa masalah you nak kaitkan perkara yang dah lepas?!,” suara Allesya mula meninggi tidak berpuas hati.
“You berperikemanusiaan sangat kan? Bukalah gate untuk dia,” dengan sinisnya Danish memerli Allesya lalu mengangkat kaki masuk ke dalam bilik mandi.
Allesya yang mendengar sinisan itu melepaskan keluhan kecewanya terhadap Danish.
ALHAMDULILAH, akhirnya arwah Tan Sri Megat Idruz selamat dikebumikan. Sejak pertengkaran tadi berlaku, Allesya tidak mahu mendekati Danish.
Kerana ego, Danish juga lakukan tingkah yang sama. Allesya sendiri hairan apa yang difikirkan oleh suaminya itu.
Ke mana Danish yang dia kenal dahulu? Sekarang Danish makin beremosi dalam membuat keputusan. Bayangkan betapa luluhnya hati Shah apabila tidak berpeluang menyambut jenazah masuk ke liang lahad.
Kemana fikiran rasional Megat Danish?
Makin kusut fikiran Allesya dibuatnya.
“Hmm..,” Areesya yang dari tadi duk memerhati kakaknya mengelamun di halaman rumah agam itu mula berdeham untuk mendapat perhatian.
Allesya memandang sebelahnya.
“Areesya rupanya. Kenapa tak tido lagi ni?,” soal Allesya hairan.
“Tak boleh nak tido,”
“Tak boleh nak tido sebab Jack tak bermalam dekat sini eh?,” sengaja Allesya mengusik adiknya itu.
Areesya tergelak kecil mendengar usikan kakaknya itu.
“Mana ada akak,” Areesya mula diselubungi rasa malu.
“Eleh..,”
Mereka berdiam sekejap. Areesya pandang kembali kakaknya yang bersambung mengelamun.
Apalah yang kakaknya fikirkan sangat tu?
“Akak okay?,” soal Areesya ingin tahu.
Mendengar soalan itu, membuatkan Allesya diam tidak menjawab tapi keluhan berat dilepaskan dari bibirnya.
Cukup membuatkan Areesya faham dengan jawapan itu. Areesya tidak mahu memaksa kakaknya untuk berkongsi cerita kalau tak selesa.
Lagipun dia tak adalah rapat sangat dengan Allesya.
“Nah!,” Areesya menyerahkan sebuah kotak hadiah yang sudah dibalut cantik. Allesya yang melihat kotak hadiah itu
mengerutkan dahinya.
“Hari ni birthday akak ke?,” hairan Allesya dibuatnya.
“Bukanlah, ni hadiah untuk hilangkan sedih dan masalah yang akak hadapi,” jelas Areesya yang membuatkan kakaknya itu terus mencapai kotak kecil itu.
“Terima kasih, adik,” itu kali pertama Areesya mendengar kakaknya memanggilnya adik.
Hatinya terusik dengan perasaan terharu.
“Kalau akak sedih ke nanti akak bukalah kotak hadiah ni. Macam-macam kenangan kita ada dekat dalam,” beritahu Areesya lagi.
“Okay nanti akak sedih ke apa akak akan bukak kotak ni nanti,”
“Akak nak tahu tak dulukan arwah ibu Areesya dulu selalu cakap pasal akak. Arwah dulu admire dengan apa yang akak berjaya capai. Banyak kali ibu pesan pada Areesya untuk jadikan akak ni sebagai inspirasi hidup. Dulu Areesya tak percaya pun benda tu sampailah satu hari Areesya jumpa diari dan album akak,”
Terkejut Allesya mendengar. Diari?
“Tapi akak jangan risau dan Areesya nak mohon maaf awal-awal sebab ter-baca diari akak. Yelah dulu kan
Areesya masih budak-budak tak fikir dan sekarang pun tak ingat apa yang akak tulis dalam tu,” sempat lagi Areesya mengaku silapnya.
Tak apa, Allesya suka orangnya jujur. Allesya melepaskan keluhan lega. Sebaik.
Areesya tergelak kecil.
“Tapi ada satu benda yang adik takkan lupa. Perasaan akak pada abang Danish masa zaman sekolah dahulu. Sweet juga eh akak dulu,” Areesya membuka mulut sengaja ingin mengusik kakaknya.
Perlahan-lahan kaki Areesya diatur berlari anak takut dikejar oleh kakaknya.
Allesya terkejut. Kantoi!
“Eyyyy adik kata tak ingat!,” terus Allesya mengejar adiknya itu.
“Abang Danish nak tahu tak sebenarnya dari dahulu lagi akak Allesya sukakan abang!,” teriak Areesya sekuat-kuatnya.
Allesya membesarkan biji matanya mendengar teriakan adiknya itu.
“Adik, malu la akak! Adik!,” Allesya tetap mengejar adiknya itu.
“Abang Danish ada lagi satu akak suka abang sebab abang comel, betul tak akak?!,” sekali lagi Areesya meneriak confirm satu rumah agam ni boleh dengar.
“Adik!,” Allesya malu mendengar teriakan itu. Dahlah dia dengan Danish sedang berperang dunia ketiga!
Danish yang dari tadi memerhati dari tingkat atas itu hanya memandang kosong.
DANISH yang barusan menyelesaikan kerjanya sedikit di bilik bawah tadi terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Dengan laptop dijinjit, pintu bilik itu dia tutup rapat dan berkunci.
Matanya memandang ruangan katil.
Hanya ada satu bantal.
Bantal lagi satu dan selimut tiada.
Jadi disini, Danish memahami Allesya masih marahkan kepadanya sehingga perlu tidur berasingan malam ini.
Mungkin tidur di bilik tetamu.
Entah kenapa kali ini hatinya keras dan tidak terasa apa-apa. Dia juga bengang dan hairan Allesya tetap berpihak pada Shah yang terang-terangan membuat silap.
Allahuakhbar…
Dia juga sedar silapnya kerana mengungkit kisah lama.
“Maafkan sayang, love,” Danish bernada kesal sambil dia meraup kedua-dua mukanya. Bukan dia tidak mahu memohon maaf akan tetapi untuk situasi sekarang dia perlu meninggikan egonya.
Allesya yang sepatutnya memohon maaf kepadanya.
Manakala Allesya yang sedang baring mengiring belah kanan sambil pipinya dialas dengan telapak tangan kanan itu lekas mengesat air matanya.
Sedih mengenangkan nasibnya hari ni. Tiada suami disisi hanya kerana pertengkaran kecil petang tadi.
“Kenapa you macam ni?,”
“You?,”
“Tak, I mean. Kenapa sayang sanggup buat macam ni pada Shah?,”
"You berpihak pada lelaki tak guna itu?,”
“Ni bukan tentang pada siapa I berpihak tapi cara you menghukum tu salah,”
“You sepatutnya berpihak pada I, Allesya!,”
“You tahu tak dengan cara you ni buatkan Shah tak sempat jumpa arwah daddy untuk kali terakhir? Mana sikap berperikemanusiaan you, Danish?,”
“Kalau you nak bela sangat bekas kekasih you tak jadi tu per…,”
“Apa masalah you nak kaitkan perkara yang dah lepas?!,”
“You berperikemanusiaan sangat kan? Bukalah gate untuk dia,”
Sungguh sakit hati Allesya dibuatnya apabila mengingati perkataan ‘bekas kekasih’ yang keluar dari mulut suaminya sendiri.
Jadi selama ni, Danish menganggap Shah begitu?
Sudahlah, Allesya.
Berhenti berfikir tentang itu walaupun menyakitkan hati.
“Tido, Allesya. Lupakan dan insha allah itu hanya mimpi buruk kau je tadi. Danish yang kau kenal tak macam tu,” Allesya memujuk dirinya sendiri lalu perlahan-lahan dia memejamkan matanya.
“Maafkan love sebab tak tidur dengan sayang hari ni,” tutur Allesya perlahan.
Air mata yang dari tadi mengalir membasahi pipi itu tidak diseka oleh Allesya malah dibiarkan kering.
ALLESYA yang baru pulang dari jogging itu mengerutkan dahinya apabila melihat kereta polis di hadapan rumah. Cepat kakinya melangkah menghampiri pintu pagar rumah agam arwah Tan Sri Megat Idruz itu.
Hatinya berdebar semacam. Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk, dia terkejut melihat adiknya, Areesya ditangkap polis.
Berlari terus kaki Allesya mendekati adiknya.
“Areesya..,” Allesya menyebut nama adiknya.
“Akak,” Areesya cuba menahan sebak namun dia tidak berjaya.
“Kenapa ni cik? Adik saya ada salah apa?,” soal Allesya ingin tahu.
“Puan, segala perbincangan sila buat di balai polis kami,” dengan tegas wanita berseragam polis itu bersuara.
Allesya makin hairan tentang apa kesalahan adiknya buat sehingga ditangkap dengan pihak polis.
“Allesya!,” panggil Danish sambil dia menghampiri Allesya.
“Sayang, adik I salah apa?,” soal Allesya pada Danish. Perasaan ingin tahunya itu makin membuak-buak.
“I will tell you later,” Danish hanya sekadar menjawab sambil kedua-dua bahu Allesya dipegang erat dan membawa tubuh Allesya ke tepi untuk tidak menghalang pergerakkan polis.
Sayu hati Allesya apabila melihat adiknya dibawa begitu sahaja masuk ke dalam kereta polis. Sempat Allesya membalas pandangan adiknya itu.
Jelas dimata adiknya itu menunjukkan rasa kesal akan sesuatu. Allesya masih hairan dan tertanya-tanya.
Di ruang tamu, semua ahli keluarga berkumpul. Allesya memandang setiap wajah yang berada di ruangan itu.
Kenapa semua orang macam dah tahu semua perkara?
Dipandang wajah Isha yang kelihatan tenang sahaja.
Wajah Shah dan Jack juga seperti tiada reaksi. Apa jadi dengan semua orang dalam rumah ni? Apa yang mereka tahu yang Allesya tak tahu?
Allah, kuatkan aku.
“Love, you duduk dulu,” Danish berlembut untuk mengajak isterinya duduk.
Allesya pandang suaminya sambil dia geleng kepala.
“No, I won’t sit here until you tell me the truth,” Allesya mula mendesak agar Danish memberitahunya. Danish mengangguk sekejap tanda dia akur.
“Aku betul-betul tak sangka, pembunuh arwah ibu aku dulu rupanya diantara kita,” sayu suara Shah mengungkapkan rasa kesalnya sekarang.
Allesya yang mendengar itu makin mengerutkan dahinya.
Pembunuh?
Isha yang turut mendengar itu mula duduk di sofa. Segar lagi ingatannya mengingat bagaimana dia melihat arwah berlumuran darah bersama dengan tangisan Shah.
“Ya Allah ibu! Jangan macam ni ibu, jangan tinggalkan
Shah!,” diselangi dengan tangisan dan ketakutan, Shah cuba menyedarkan ibunya.
Kedua-dua tangan Shah juga dipenuhi dengan darah.
Isha yang mendengar dan melihat itu terus mula mengalirkan air matanya.
Dapat dia rasakan sebak dan ketakutan Shah. Jelas kelihatan tubuh Shah menggeletar ketakutan.
“Abang..,” Isha memanggil lembut.
Shah terus mengangkat pandangan melihat Isha sekejap.
“Isha, ibu. Ibu ..,”
“Ibu tak tinggalkan abang kan? Ibu masih ada peluang untuk hidupkan?,” Shah masih tidak percaya apa yang berlaku, dia masih mengharapkan ibunya itu masih bernyawa.
Shah memandang wajah pucat ibunya.
“Ibu bangunlah..,” Shah masih berharap.
Peristiwa itu sampai sekarang dia masih ingat. Isha memandang Allesya yang masih buntu dan kehairanan tentang apa yang berlaku.
Dilihat juga Allesya masih mendesak agar Danish memberitahu hal sebenar.
“Okay okay fine, I will tell you. Tapi sebelum tu, I minta sangat sangat yang you bertenang dan terima kenyataan yang akan I bagitahu,” Danish masih lagi berhias.
“Dengan apa yang berlaku dekat adik I you masih berharap I tenang?,” sungguh Allesya tidak memahami apa yang difikirkan oleh suaminya.
“Kau nak sangat tahu kan, Allesya? Biar aku bagitahu kau!,” tegas Shah.
“Tak perlu, biar aku,” Danish cepat memotong.
Dia pandang kembali Allesya lalu kedua-dua tangan Allesya digenggam erat. Dia masih membalas pandangan isterinya itu.
“Areesya ditahan sebab terlibat dalam kes pembunuhan Puan Saidah,”
Allahuakhbar! Terkejut Allesya dibuatnya.
“Puan Saidah?,” Allesya ingat ingat lupa.
“Adik kaulah yang bunuh ibu aku, kau tahu tak?!,” baran Shah dibuatnya. Kakinya yang baru ingin menyerang Allesya, tidak jadi apabila ditahan oleh Jack yang berada di sebelahnya.
“Sabar boleh tak?!,” marah Jack. Danish pula secepatnya melindungi isterinya. Lalu dipandang tajam abangnya itu.
“Lepaskan aku lah!,” Shah memberontak lalu terlepas dari pelukan lengan Jack.
Shah perlu mengawal baran dan ketidakpuasan hatinya itu hanya karena Danish.
“Engkau ni aku fikir kau adik ipar aku tau! Kalau tak..,”
“Kalau tak apa?!,” Danish menghampiri abangnya itu.
Shah membalas pandangan Danish, dia tahu Danish tetap akan berpihak pada Allesya. Adiknya itu tidak akan mengerti perasaannya ketika ini.
Yelah sebab bukan mak dia yang mati! Shah akhirnya terus mengangkat kaki mendaki tangga dan masuk ke dalam biliknya. Allesya memejam matanya mendengar berita itu nak tak nak dia perlu menerima kenyataan.
Tak, Allesya kenal benar adiknya itu. Areesya takkan sesuka hati nak buat satu kesilapan apatah lagi sampai membunuh?
Dia tidak percaya dan takkan percaya!
MAHKAMAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Dalam sistem perundangan di Malaysia, Areesya Husna melalui beberapa peringkat perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati dilaksanakan.
Peringkat pertama ialah hukuman oleh Mahkamah Tinggi diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir sekali oleh Mahkamah Persekutuan.
Namun, kes pembunuhan yang dilakukan telah membuatkan ketiga-tiga peringkat mahkamah memutuskan keputusan bersalah terhadap tertuduh, Areesya Husna.
Dengan bukti yang kukuh yang diberikan sendiri oleh saksi maka satu rayuan pengampunan terhadap kesalahan yang dilakukan akan dikemukan kepada Yang di-Pertua Agong.
Setelah beberapa bulan menunggu keputusan itu diputuskan, Areesya Husna tidak mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertua Agong.
Oleh itu, keputusan yang diputuskan itu dianggap sebagai keputusan yang muktamad. Hukuman gantung sampai mati akan dikekalkan untuk tertuduh, Areesya Husna.
Mahkamah telah memerintahkan kepada Jabatan Penjara untuk menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah sebaik sahaja Areesya Husna mengakui lagi sekali bahawa pembunuhan itu dilakukan olehnya dengan niat untuk membunuh.
Dari tarikh mula jatuh hukuman oleh mahkamah tinggi,
Areesya Husna akan menjalani hukuman mati pada hujung tahun.
Hal ini kerana, pesalah masih diberikan peluang untuk menjalani proses perundangan dan rayuan untuk meringankan hukuman.
Namun, Lembaga Pengampunan menolak rayuan itu berdasarkan bukti-bukti kukuh yang ada.
Setelah menunggu arahan, akhirnya pihak penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati itu terhadap pesalah, Areesya Husna Binti Emir Azman.
Danish yang baru melangkah masuk ke dalam bilik tetamu yang menjadi malam terakhir arwah Areesya menginap disitu mula menghampiri isterinya yang masih tidur dari tadi.
Sejak kematian Areesya, Allesya banyak berdiam diri.
Tidur dalam tangisan dan mengigau menyebut nama Areesya berulang kali. Tiap masa dan hari, Danish melihat isterinya itu bergenang air mata.
“Areesya… Areesya,” masih dalam keadaan tidur, Areesya sekali lagi menyebut nama arwah adiknya itu. Danish mengeluh kecil. Sampai bila isterinya mahu seperti ini?
Allesya lekas berjaga dari mimpinya itu. Dia buka kedua-dua matanya. Lalu dia mula bangun duduk dan bersandar di kepala katil.
Dia pandang meja mekap yang menjadi tempat terakhir dia bergurau mesra dengan adiknya.
“Akak! Bangunlah kejap ajarkan Areesya macam mana nak mekap. Areesya nak juga cantik macam akak,” suara itu masih terngiang-ngiang di telinga Allesya.
Sebak Allesya dibuatnya apabila mengingati kejadian itu.
Bayangan Areesya masih menghantui fikirannya.
“Areesya..,” Allesya menangis.
Danish yang melihat itu terus melabuhkan punggungnya di birai katil, badannya menghadap isterinya. Kedua-dua tangan Allesya ingin dia raih namun cepat Allesya tepis lembut.
Tindakan Allesya itu sedikitpun tidak mengejutkan Danish. Itu sudah menjadi kebiasaan jika emosi dan mental Allesya belum stabil.
“I tak nak tengok muka you, you pergi!,” halau Allesya dengan tangisan.
“Allesya..,” Danish memanggil isterinya.
“Sampai hati you kan? You dah tahu semua ni dari awal lagi tapi kenapa you bagi lagi I kesempatan untuk ada memori dengan Areesya?!,” geram Allesya dibuatnya.
Bukannya dia tidak tahu, Danish membantu pihak polis untuk mendapatkan maklumat tentang Areesya.
Dari awal lagi, Danish sudah tahu siapa pembunuh Puan Saidah cuma Danish meminta bantuan polis untuk menangguhkan penangkapan ke atas Areesya.
Atas alasan ingin isterinya itu ada memori terakhir dengan Areesya. Namun, dia silap. Itu makin membuatkan isterinya rasa bersalah.
“Allesya, you sendiri tahu kan itu dari permintaan adik you. Bukannya dari I,” Danish cuba mengingatkan isterinya tentang hal itu. Arwah dahulu yang sendiri ingin mencipta kenangan dengan Allesya.
Danish hanya menurut.
“Tak, you kejam! You kejam pada I! Kalau you tak ikut permintaan arwah dulu, I takkan ada kenangan dengan dia!,” teriak Allesya masih dengan tangisan sambil kedua-dua tangannya naik memukul lengan dan dada Danish.
Danish hanya membiarkan sahaja Allesya melepaskan rasa amarahnya kalau itu membuatkan Allesya lega.
Dia sanggup menahan kesakitan.
Apabila lelah, Allesya berhenti dengan tingkahnya itu sambil menyambung menangis.
Danish yang tidak sanggup melihat keadaan isterinya itu akhirnya membawa Allesya ke dalam pelukannya.
Dieratkan dan telapak tangannya mengusap tubuh belakang isterinya dengan perlahan-lahan.
“I rindukan Areesya,”
“I know tapi bukan dengan cara macam ni, love,”
Danish harap itu mampu meredakan kesedihan Allesya.
Setelah Allesya sedikit reda, dia lepaskan pelukan daripada suaminya itu. Dia tundukkan wajahnya ke bawah yang membuatkan rambut Allesya menutupi sebahagian wajah.
Melihat itu membuatkan jari jemari Danish naik ke atas menyebak rambut ikal mayang Allesya ke belakang bahu.
Danish tersenyum nipis apabila melihat kecantikan isterinya. Jujur, Allesya masih tetap cantik walaupun sedang menangis.
Allesya mengangkat pandangannya untuk membalas pandangan Danish.
Danish ukir senyuman.
“Jom kita solat, kita sedekahkan yassin dan al fatihah untuk arwah,” ajak Danish lembut.
Mendengar ajakan lembut daripada sang suami membuatkan Allesya sedar dengan cara itu sahaja yang mampu mereka buat untuk membantu Areesya di alam kubur.
DANISH yang masih duduk menyiapkan kerjanya itu melepaskan keluhan berat. Sejak dia ditugaskan untuk mengambil alih syarikat, kerjanya makin banyak dan tanggungjawabnya juga makin besar.
Namun, Danish bukannya seorang yang mudah menyerah.
Entah bagaimana tangan kirinya menarik laci meja pejabatnya itu. Matanya dikecilkan apabila melihat sepucuk surat yang disampul dengan sampul berwarna coklat.
Dicapai sampul surat itu.
‘Ini dari siapa?,’ hairan Danish dibuatnya.
Cepat sahaja jari jemarinya membuka sampul surat itu dan dibaca terus isi kandungan surat.
‘Asalamuailaikum, abang. Surat ini daripada Areesya. Terlebih dahulu, Areesya nak minta maaf sebab dah masuk ceroboh bilik abang semata-mata nak bagi abang surat ni.
Areesya tahu dan yakin abang akan tolak untuk tidak membaca surat ni kalau Areesya bagi depan-depan. Areesya tahu juga yang abang cukup bencikan adik.
Boleh ke dalam surat ni Areesya gelarkan diri ‘adik’?
Adik berterima kasih sangat sangat sebab abang sudi penuhi permintaan adik untuk ada kenangan terakhir dengan kakak. Terima kasih juga abang sebab jadi suami yang terbaik untuk kakak. She’s lucky to have you.
Adik nak buat permohonan maaf tapi adik tahu bukan pada abang sepatutnya adik minta maaf tapi kepada abang Shah. Adik yang bunuh ibu pada abang Shah. Pasti abang hairan kan kenapa adik boleh terfikir sampai macam tu sekali. Adik buat semua ni sebab dendam abang. Dendam adik pada abang Shah.
Dulu, abang Shah pernah langgar arwah mak adik. Abang bayangkan masa tu adik dengan masih sambung belajar kena hadap masalah tu. Ni bukan langgar biasa abang tapi langgar lari.
Dari kemalangan itulah keadaan ibu makin teruk sehinggakan adik kena berhenti belajar dan akhirnya mak adik meninggal dunia juga.
Adik tak tahu nak buat apa dah abang lepas mak tak ada. Tapi nasib baik, adik masih ada kakak dan abang Danish.
Adik pun dah anggap abang macam abang sendiri dah walaupun hanya sekadar ‘abang ipar’. Lepas adik jumpa dan dapat tahu abang Shah yang langgar arwah mak dulu, adik cuma boleh fikir masa tu yang nyawa perlu dibalas nyawa.
Adik tak tahu kenapa adik boleh senekad itu, abang. Jujur abang, adik tak menyesal bunuh dia. Adik rasa puas sebab dendam adik terbalas. Biarlah abang shah tu rasa apa yang adik pernah rasa dulu. Kehilangan orang tersayang.
Akhir kata abang, terima kasih sebab bagi adik peluang ada kenangan dengan kakak. Abang jaga akak betul-betul tau, sayang dia dan cintakan dia. Bye, abang!
Asalamuailaikum!,’
Setelah baca, Danish melipat surat itu. Dari tadi dia cuba menahan air matanya dari jatuh membasahi pipi namun akhirnya dia tewas.
Dapat dia rasakan ketulusan hati arwah adik iparnya itu.
Tanda tanya terhadap Areesya Husna akhirnya terjawab juga.
Ini semua bermula dan berpunca pada abangnya, Shah.
Hanya kerana tindakan kurang bijak Shah, hampir satu persatu kehidupan orang lain hancur! Buku limanya itu digenggam.
Tok! Tok!
Pintu pejabatnya kedengaran diketuk oleh seseorang membuatkan cepat sahaja Danish menyeka air matanya dan surat itu dia sembunyikan di belakang fail tebal.
Terus Danish mengarahkan gerangan itu masuk ke dalam.
Jack?
Sejak kematian Areesya, baru kali ini Jack memunculkan diri di hadapannya. Namun, Danish pelik dengan pemakaian Jack hari ni yang hanya menyarung t-shirt hitam kosong dan seluar slack.
Pakaian yang tidak sepatutnya Jack pakai kalau hari bertugas sebagai pengawal peribadinya seangkatan orang kepercayaannya.
“How’s do you feel? Feeling better?,” soal Danish prihatin apabila Jack sudah berhenti dan berdiri tegak dihadapannya.
Jack tersenyum senipis-nipisnya lalu dia gelengkan kepalanya.
Jujur, dia masih belum okay.
Kehilangan Areesya benar-benar membuatkan separuh hidupnya tidak bermakna.
Danish hanya diam melihat reaksi itu.
“Tuan Danish..,” Jack bersuara lalu membalas pandangan majikannya itu.
“Yes?,” jawab Danish dengan senyumannya namun mati senyumannya apabila melihat Jack menyerahkan satu sampul surat. Dia kerutkan dahinya.
Surat apa pula ni?
Cepat sahaja Danish buka dan membaca surat itu.
“You nak berhenti?,” soal Danish inginkan kepastian sambil dia memandang Jack.
Jack angguk dan mula terasa sebak di dada dan air mata mula bergenang ditubir mata.
“Its hard for me, Tuan Danish. It's hard to be with you,” Jack mula menangis.
Danish mula bangun berdiri lalu dia menghampiri Jack. Kedua-dua bahu Jack dipegang erat.
“You know how much I love Areesya and more surprisingly you know everything about her but you never let me know!,” Jack menepis kedua-dua tangan majikannya dari memegang bahunya.
Mendengar alasan itu membuatkan Danish melepaskan keluhan kecewa.
“Don’t do this just because of Areesya,”
“Macam mana Tuan Danish sayangkan Puan Allesya macam tu juga sayang saya pada Areesya nanti Tuan Danish tahulah macam mana rasanya kehilangan orang yang kita sayang,” dengan sebak dia meluahkan juga apa yang dia rasa.
“Please, Jack. Don’t ever leave me alone. I need you here!,” pujuk Danish yang juga mula terasa ingin menangis.
Jack tidak boleh meninggalkannya.
“I’m sorry, Tuan Danish,”
“Don't do this, Jack. You know in this world, I only have my mom, Allesya and you, Jack. You guys the most important and precious person in my life. Please, I’m begging,” tutur Danish dengan tangisannya.
Jack menggelengkan kepalanya lalu dia menjauhkan dirinya pada Danish.
“I’m sorry, Tuan Danish. I'm sorry I can't protect you anymore after this,” Jack sekali lagi memohon maaf. Danish memejamkan matanya sekejap lalu dibuka kembali.
Air matanya dari tadi tidak berhenti mengalir.
“I had to go,” Jack menunduk sedikit tanda menghormati majikannya sebelum dia mengangkat kaki pergi keluar dari bilik pejabat itu.
Luluh hati Danish melihat langkah yang diatur oleh Jack yang makin jauh meninggalkannya.
Danish cuba memaut pada meja pejabatnya. Dia mula pening dan sakit kepala memikirkan kejadian yang banyak berlaku semenjak ini.
Ia seperti terlalu cepat untuk dia hadam.
Ini semua disebabkan Shah Hazwan!
Allahuakhbar.
maaflah korang kalau kebelakangan ni, bab rifi makin bermain dengan emosi :( Rifi yang tulis pun sedih apatah lagi yang membaca kan :( so drop your comment dekat bawah nanti Rifi reply
Share this novel