SOFFIYYA terus melangkah laju menghampiri bilik pesakit di hospital swasta itu. Bagai mahu gugur jantungnya apabila dimaklumkan oleh Allesya tentang keadaan Adam tadi.
Cepat pintu bilik itu ditolak dan melangkah masuk ke dalam. Areesya yang berada di dalam bilik itu terus bangun berdiri.
“Soffiyya..,”
“Macam mana dengan Adam? Doktor kata apa?,” soal Soffiyya bertubi-tubi. Jelas kelihatan kedua-dua mata Soffiyya menunjuk kerisauan tentang keadaan Adam.
Areesya yang mendengar itu tersenyum nipis.
“Abang Adam demam panas je tadi yang buatkan keadaan makin teruk sebab tekanan darah rendah. Tapi doktor kata, abang Adam akan okay. Akak jangan risau sangat tau,” sempat lagi Areesya menitip pesan.
Soffiyya yang mendengar itu melepaskan keluhan lega. Lalu pandangan matanya teralih ke arah Adam. Pucat sahaja wajah Adam apabila sakit.
Entah kenapa hatinya juga turut rasa sakit.
“Abang Adam dah sedar tadi ni tidur sekejap sebab effect ubat,” beritahu Areesya apabila dapat merasakan kerisauan di mata Soffiyya.
Soffiyya yang mendengar itu terus memandang Areesya yang sudah mencapai tali beg kecil disangkut ke bahu.
“Areesya nak pergi mana?,” berkerut dahi Soffiyya dibuatnya. Takkan lah Areesya nak tinggalkannya berdua sahaja dengan Adam?
“Oh nak solat kejap dekat surau, Areesya fikir kalau akak belum solat lagi, akak boleh solat lepas Areesya balik dari surau. So, kita gilir-gilir jaga abang Adam,” cadang Areesya.
“Tak apalah, Areesya pergi je. Akak tak boleh solat,” beritahu Soffiyya.
“Oh, kalau macam tu Areesya boleh lah lama sikit sebab nak mengaji kejap. Boleh ke? Akak okay je kan?,” soal Areesya inginkan kepastian.
Laju sahaja Soffiyya mengganguk.
“Akak okay je, pergilah nanti habis waktu pulak,”
“Okay, Areesya gerak dulu. Jaga abang Adam elok-elok,” sempat lagi Areesya sengaja mengusik Soffiyya sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik.
Setelah itu, Soffiyya terus melangkah menghampiri Adam.
Kerusi ditarik dan duduk. Kedua matanya tidak lepas memandang Adam.
Entah kenapa sudah bertahun-tahun, perasaannya terhadap Adam masih sama. Tidak berubah sedikitpun.
Buktinya dari dahulu lagi bukannya tak ada lelaki mahu mengenalinya cuma dia yang tak nak atas alasan masih belajar.
Sedangkan masih berharap cinta Adam.
Soffiyya tergelak kecil apabila mengenang tentang hal itu.
“Today was the day, Adam. The day I fall in love with you. Dari dahulu lagi saya selalu tunggu and tertanya-tanya how we met on that day. Kalau masa sekolah dulu, saya selalu curi-curi tengok awak. Nak tahu on 17 May tu awak happy ke tak, kalau awak happy so sepanjang hari tu pun saya akan happy juga. Bila saya dekat Arab pun saya akan usaha buat diri sendiri happy on that day. So it can make you happy too walaupun kita tak berjumpa,” Soffiyya berhenti seketika.
“It’s sound ridiculous, but that was I do,” sambung Soffiyya sambil tersenyum lebar.
Perlahan-lahan, senyumannya dikendurkan.
“Tapi saya tak sangka hari ni saya jumpa awak dalam keadaan awak macam ni. It’s hurt me, Adam. Lepas ni awak kena jaga diri awak. Don’t hurt yourself again,” pesannya dengan sebak mula menyelubungi dirinya.
Jujur, hatinya benar sakit dan sayu sahaja apabila melihat keadaan Adam seperti itu.
AREESYA yang baru sahaja melangkah keluar dari surau itu terus mengerling jam tangannya. Belum sampai pukul 5 lagipun ni mungkin sempat nak beli makanan dan minuman untuk Adam.
Mengikut gerak hatinya, Areesya membuka langkah ke kedai serbaneka yang terdapat di ruangan utama bahagian hadapan hospital swasta itu.
Agak jauh sedikit tapi jalan jelah.
Setelah membeli beberapa bungkus roti dan air mineral, Areesya bergerak ke kaunter bayaran. Sehelai not RM50 dikeluarkan dari beg duitnya dan diberikan kepada juruwang.
Makanan dan minumannya yang dibeli tadi dimasukkan ke dalam beg plastik. Setelah mendapat duit baki, Areesya lekas mencapai beg plastik itu.
“Thank you,” ucap juruwang itu ramah.
Areesya hanya mengganguk lalu kakinya melangkah keluar dari kedai itu. Kerana tekaknya terasa kering, Areesya berhenti sekejap dan dia mengeluarkan sebotol air mineral yang dibeli tadi.
Penutup botol itu dibuka dan diteguk sekejap.
Fuh, lega!
Tiba-tiba sahaja, tubuhnya dilanggar dari belakang yang membuatkan air botol mineral yang berada di genggamannya itu tumpah ke baju kurungnya. Basah sudah baju kurungnya itu.
Areesya masih dalam keadaan terkejut.
“Saya minta maaf, cik!,” ucap gerangan yang melanggar itu lalu terus berlalu pergi ke hadapan. Jelas kelihatan gerangan itu terburu-buru mengejar sesuatu. Areesya memandang sekali lagi baju kurungnya yang separuh basah itu di kawasan dada itu.
Dahlah baju kurungnya itu berwarna cerah. Boleh kelihatan kulit dadanya itu. Nak tutup pakai apa ni? Areesya sudah risau.
“Areesya?,” seseorang menegurnya yang membuatkan Areesya lekas mengangkat pandangannya ke atas.
“Jack?,” entah kenapa Areesya teruja.
Jack hanya mengukirkan senyumannya apabila melihat keterujaan Areesya.
“Awak buat apa dekat sini?,” soal Areesya.
“Bought some medicine for Puan Allesya,” beritahu Jack sambil mengangkat plastik kecil yang mengandungi beberapa ubat.
Berkerut dahi Areesya.
“Kenapa dengan kakak? Sakit ke?,” soal Areesya risau.
“Don’t worry, Areesya. She’s fine with Tuan Danish,” beritahu Jack. Areesya mengganguk perlahan.
Dalam dia mendiamkan diri sekejap terus berkerut dahi Areesya apabila Jack merapatinya. Sekaligus membuatkan Areesya mengundur ke belakang namun tidak menjadi apabila pinggangnya diraih lembut oleh Jack.
Makin berkerut dahi Areesya.
“Kenapa dengan awak ni?,”
Jack memandang kawasan dada Areesya yang terdedah kerana basah tadi lalu membalas pandangan Areesya.
“Everyone look at you, Areesya. Can you cover it at least?,” beritahunya. Mendengar itu terus membuatkan mata Areesya memandang sekeliling.
Ya, beberapa lelaki agak tua memandang ke arah mereka berdua. Areesya baru tersedar dan teringat tentang kawasan baju kurungnya yang basah itu.
Lekas pandangannya dikalihkan semula ke arah Jack.
“Awak,” Areesya seperti mahu menangis kerana tidak sanggup menahan malu. Terus Areesya menyembunyikan wajahnya rapat ke dada Jack.
Jack tergelak kecil.
“Awak janganlah gelak! Tak kelakar langsung!,” rungut Areesya sambil menarik hujung kot pejabat Jack seperti budak kecil sedang bersembunyi.
Jack perlahan-lahan meredakan gelaknya.
“Dah-dah, you can use my coat instead,” cadang Jack lalu cepat sahaja dia menanggalkan kot pejabatnya.
Areesya masih bersembunyi di dada bidang Jack itu.
Jack lekas menyarung kot pejabatnya itu ke tubuh Areesya.
Walaupun agak besar dan labuh ke bawah tapi tak apa sekurang-kurangnya dapat melindungi kawasan baju kurungnya yang basah tadi.
Areesya cuba menyesuaikan diri dengan kot pejabat milik Jack itu. Yang penting wangi.
“Thank you, Jack,” Areesya berterima kasih.
“Anything for you, Areesya,” ujarnya lembut.
“Oh, anyway what are you doing here?,” soal Jack ingin tahu.
“My brother was hospitalized,”
“Adam?,” agak terkejut Jack mendengar.
Areesya hanya mengganguk kecil. Tanpa berbicara, Jack terus mencapai beg plastik yang berada di genggaman Areesya. Areesya hanya membiarkan.
“Where’s his room? Let me send you there,” ujarnya.
“You want to see him?,” soal Areesya seperti tidak percaya.
“Why not?,” yakin Jack seolah-olah berani sedangkan kedengaran sedikit gentar.
Areesya tersenyum kecil lalu terus mengajak Jack berjalan beriringan menuju ke wad peribadi Adam yang berada di tingkat yang dikhususkan untuk di kalangan VIP.
Sebaik tiba di sana, Areesya mengukirkan senyumannya apabila melihat Soffiyya sedang memerah tuala kecil itu dan perlahan-lahan diletakkan di dahi Adam.
Sekurang-kurangnya boleh meredakan sedikit demam Adam. Jelas Soffiyya sungguh ikhlas menjaga Adam.
“Sorry, kak. Lambat sikit,” tegur Areesya apabila melihat Soffiyya masih belum menyedari kehadirannya di dalam bilik itu.
Khusyuk sangat jaga abang Adam, sampai tak sedar aku dah dekat sini. Untungnya, abang Adam.
Cepat Soffiyya kalih pandangannya ke arah Areesya.
“Bila sampai? Maaf akak tak perasan tadi,” lembut sahaja Soffiyya meminta maaf.
“Eh tak apa, kak,” Areesya terus berjalan menghampiri ke katil.
Melihat Adam masih tidak bangun lagi dari tidur membuatkannya sedikit hampa kerana Jack ingin berjumpa dengan Adam. Tapi tak mengapa, mungkin kuat sangat kesan ubat yang ditelan oleh Adam tadi.
“Oh kak, kenalkan Jack. Kawan Areesya,” cepat Areesya mengenalkan Jack kepada Soffiyya.
Jack yang berada di sebelah Areesya itu hanya menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat. Soffiyya juga begitu.
Di balik cadarnya, dia tersenyum lebar. Handsome kawan Areesya ni! Badan tegap, berkulit putih dan manis dengan senyuman. Ye yelah tu kawan. Entah-entah teman lelaki!
Eh kejap itu bukan ke pengawal peribadi Megat Danish? Tak kisahlah sesiapa pun Areesya inginkan yang pasti bukan suami orang.
ADAM yang sedang cuba membuka kedua-dua matanya itu berkelip-kelip apabila menerima sinaran lampu putih dari syiling atas.
Belum sempat dia ingin merungut, lampu putih itu sudah tertutup. Lampu kecil di atas rak yang bersebelahan dengan katilnya terbuka.
“Sorry, saya tak sengaja,” Soffiyya lekas memohon maaf apabila sudah membuka lampu kecil yang hanya memantul cahaya malap di sekitar kawasan katil.
Adam yang sudah membuka luas kedua matanya terus memandang Soffiyya yang berada di sebelah katilnya.
Sejak bila perempuan ni ada dekat sini?
Dia jaga aku ke? Eh mana Areesya ni?
Lekas kedua-dua matanya mencari kelibat Areesya di dalam bilik. Namun tiada.
“Areesya ke surau kejap katanya nak solat isyak,” beritahu Soffiyya apabila melihat reaksi Adam yang mencari-cari kelibat Areesya.
Adam kembali memandang Soffiyya. Matanya tidak lepas membalas pandangan Soffiyya.
Her eyes. Beautiful.
Wake up, Adam!
Cepat Adam sedar dari khayalannya.
“Kau buat apa dekat sini?,” soal Adam ingin tahu.
“Saya…,” entah kenapa lidah Soffiyya menjadi kelu apabila otaknya tidak mampu menyusun ayat.
Ke sebab panahan mata Adam masih tidak lepas memandangnya? Aduh!
“Nak jawab soalan senang tu pun payah ke?,” cepat sahaja Adam bersuara.
Soffiyya diam.
Adam mengalihkan pandangannya ke hadapan.
“Sekarang pukul berapa? Dah berapa lama aku tertidur?,” soalnya sambil mengalihkan pandangannya ke sekeliling ruangnya.
Di dalam biliknya itu hanya ada dia dan Soffiyya sahaja dengan lampu malap sebelah.
Mendengar soalan itu cepat sahaja Soffiyya mengerling jam tangannya.
“Err… Sekarang dah nak masuk pukul 9 suku dan awak dah tertidur hampir 6 jam?,” teragak-agak Soffiyya ingin memberitahu.
Entah kenapa apabila berhadapan dengan Adam sahaja terketar-ketar tulang lututnya. Jantung berdebar.
Lidah terkelu. Semua tak betul lah!
“What? 6 hour?,” Adam yang mendengar itu agak terkejut sambil dia kembali memandang Soffiyya.
Soffiyya hanya mengganguk. Yelah nak jawab apalagi kalau bukan hanya anggukan kepala? Adam mengurut belakang lehernya. Sungguh dia tidak menyangka dia tidur selama 6 jam, ke sebab dia demam panas?
Tapi lama sangat tu dia tidur. Ke normal je?
Haih entahlah!
“Awak nak apa-apa ke? Ke awak nak air?,” soal Soffiyya cuba mengawal kejanggalan di antara mereka berdua dengan suasana agak malap dalam bilik.
Adam menggeleng kepalanya tanda tidak mahu.
“Dahlah kau duduk je sana,” akhirnya Adam mempelawa Soffiyya agar duduk di atas sofa yang berada belah kiri katil.
Soffiyya hanya menurut lalu dia kembali duduk di atas sofa.
Baru sahaja dia ingin mencapai sebuah novel yang dibaca tadi, tidak menjadi apabila mengenangkan hanya lampu kecil terpasang dalam bilik.
Jadi dia perlu cahaya lampu terang untuk membaca novel.
Tanpa dia sedari, Adam memerhati tingkahnya dari tadi.
“Kalau nak pasang lampu, pasang jelah. Tadi aku cuma silau sebab baru terjaga,” beritahu Adam lembut. Soffiyya yang mendengar itu terus memandang ke arah Adam.
Di balik cadarnya, dia mengukirkan senyuman. Lalu dia bangun berdiri dan menuju ke arah suis lampu. Ditekan suis dan terus bilik itu diterangi dengan lampu putih.
“Terima kasih,” ucap Soffiyya lembut.
Adam hanya diam.
Tiada reaksi.
“HOW’s your hand?,” soal Danish sebaik berjalan menghampiri Allesya yang sedang duduk di sofa menghadap televisyen di ruang tamu.
Allesya mengangkat pandangannya.
“Better,” Allesya hanya jawab ringkas. Dibiarkan sahaja Danish duduk rapat bersebelahan dengannya.
Walaupun Allesya rasa kekok dan agak tidak selesa, dia cuba berlagak biasa. No reaction was shown.
Alat kawalan televisyen itu dicapai oleh Danish dan terus skrin tv gelap. Cepat Allesya pandang suaminya dengan pandangan sedikit tidak puas hati.
Yelah, best drama melayu tadi. Tup tup tak bagi aku tengok!
Belum sempat Allesya membuka mulut, tangannya yang melecur siang tadi diraih dan diusap lembut oleh Danish.
Nak pujuk aku ke apa sekarang ni? Baru sahaja Allesya ingin menarik kembali tangannya tidak menjadi apabila Danish bersuara.
“No objection is allowed, Allesya,” beritahunya tegas.
Allesya mengetap giginya menahan geram.
“What’s wrong with you, Megat Danish?,” terus nama penuh suaminya disebut.
Danish akhirnya pandang Allesya.
“Nothing, I just want be with you,” jawabnya ringkas.
Allesya hanya diam.
“Tonight, I want spend time together with you, know more about you and have deep conversation with you. Anything just with you,” suara Danish yang agak serak itu lembut sahaja kedengaran di cuping telinga Allesya.
Belum lagi dengan panahan mata Danish yang masih tidak teralih sedikitpun dari memandang Allesya.
“Bukan awak dah tahu ke semua tentang saya?,” soal Allesya menduga.
“Yes, I know everything about you from others. Bukan dari awak sendiri,” ujarnya.
“So what’s the difference? Sama je kan,” balas Allesya.
“It’s different, Allesya,” jawabnya lembut.
Sekali lagi, Allesya diam.
Tidak tahu ingin membalas apa.
"Can I ask you, Danish?," Allesya membuka mulut untuk bertanya. Dah alang-alang sang suami nak buat sesi perbualan malam ni.
Danish yang masih tidak berhenti memandang isterinya itu hanya mengangguk.
"Kenapa awak tak teruskan je dendam awak pada saya? Saya tak minta perkara itu berlaku cuma saya hairan," jujur Allesya memberitahu.
Danish yang mendengar itu tersenyum.
"It's all about love, Allesya,"
"Awak tahukan yang dari zaman sekolah lagi saya ni simpan perasaan pada awak, just on the first sight. You're an attractive, Allesya,"
"I will take as compliment, Danish," ujar Allesya.
"You deserve that," Danish masih tersenyum. Tangan Allesya yang masih diusap lembut oleh Danish itu dipandang.
Danish pula dari tadi tak teralih pandangannya dari memandang Allesya yang membuatkan Allesya sedikit malu.
“Can you stop stare on me?,” tegur Allesya.
“Kenapa nak stop? Awak tu isteri saya yang sah, hak saya yang mutlak,” ujarnya tak nak kalah. Allesya mengetap bibir menahan geram.
Sumpah, dalam hatinya itu dah berbakul-bakul mengata suaminya itu. Ya Allah, apa ni Allesya? Berdosa tahu?
“Dulu, susah betul nak tatap awak dekat-dekat macam ni sebab I know you’re not mine yet. I keep patience until I get you now,” ujarnya lembut yang makin membuatkan Allesya tertarik ingin tahu lagi.
Allesya hanya mampu menadah telinga.
“Your beauty always attract me, Allesya,” ujarnya lagi.
“I know all men will said that if see you on the first sight. But for me, your inside more beautiful than outside. I mean… Your heart. I don’t know why I always feel I can trust you just on the first sight,” beritahu Danish.
“What if I break your trust someday?,” entah kenapa soalan itu yang terpacul keluar dari mulut Allesya mungkin itu dari tadi yang ingin ditanya.
Danish yang mendengar itu mengukirkan senyuman lalu badannya yang disandar di kepala sofa tadi terus tegak.
“Trusting you is my decision, proving me wrong is your choice,” tegasnya seperti mengingatkan sang isteri.
Kepercayaan bukan mudah untuk didapat.
Allesya yang mendengar itu terus terangguk-angguk kepala.
As usual his words always precious.
Thanks guys! Dah baca sampai tahap ke sini! Korang lah saksi cinta tulus Danish pada Allesya. It's hard for Danish just to forget what his wife and Adam pernah buat dekat dia dahulu. It's hard, but Danish choose to love instead revenge.
Share this novel