DUA TAHUN KEMUDIAN...
KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT
“Walid and Ummi thank you tau sebab selama ni jaga Allesya dari pertama kali Allesya dekat bumi Arab ni sampailah Allesya dah habis belajar. And, I got great experience working with you, Walid. Terima kasih bagi peluang dekat Allesya,” ujar Allesya Danielle sambil perasaan sebak mula menyelubungi dirinya.
Dibalas satu-satu pandangan dari keluarga Sheikh Malek Al-Attas itu.
“Kamu dah menjadi sebahagian daripada keluarga kami, Allesya. Ummi bersyukur sebab ingatan kamu kembali pulih sebelum kamu balik ke Malaysia,” tutur Sharifah Qhalidah itu dengan senyuman ikhlasnya.
“Betul tu, Allesya. Nanti Walid sekeluarga balik Malaysia melawat Allesya dekat sana ataupun mana tahu Soffiyya dapat jodoh orang Malaysia,” usik Sheikh Malek Al-Attas.
“Eh, walid ni. Soffiyya pulak kena,” ujar Soffiyya geram namun Sheikh Malek Al-Attas hanya mampu tersenyum begitu juga dengan Sharifah Qhalidah.
Allesya turut tersenyum.
Keluarga inilah yang banyak membantunya. Pelbagai kenangan yang tercipta bersama mereka. Lalu pandangannya dikalihkan ke arah Sharifah Soffiyya, sahabatnya.
Lekas, dipeluk tubuh sahabatnya itu seerat-eratnya.
“Terima kasih, Soffiyya sebab dah banyak bantu aku. Kau ada susah dan senang aku. Kau bagi aku semangat and kau bagi aku harapan sampailah sekarang. Kau berusaha untuk pulihkan ingatan aku. Thank you, sahabat. Aku takkan lupakan jasa baik kau sekeluarga,” air mata Allesya Danielle tumpah membasahi pipinya.
Sharifah Soffiyya juga begitu.
Berat hatinya untuk melepaskan Allesya Danielle pulang ke tanah airnya.
“Tak masalah lah wey, aku suka tau berkawan dengan kau. Dari first time aku jumpa kau aku tahu kau ni baik orangnya. Lebih-lebih lagi masa kau nak selamatkan aku dari kemalangan dua tahun lepas sampai kau hilang ingatan kau. Aku hargai nilai pergorbanan kau. Aku hargai nilai persahabatan kita. Kalau boleh, aku tak nak lepaskan kau balik Malaysia. Tapi, kau ada family. Aku faham,” ujar Sharifah Soffiyya sebak menyelubungi dirinya sambil mengeratkan lagi pelukannya.
Kedua-dua mereka teresak-esak menangis dalam pelukan dalam tempoh lama. Sheikh Malek Al-Attas dan Sharifah Qhalidah juga terasa sebak melihat persahabatan anak mereka itu.
Dia akui kehadiran Allesya Danielle ke dalam keluarganya banyak rahmat Allah datang menyinari keluarganya terutama pada anak perempuannya, Sharifah Soffiyya.
Mereka perlahan-lahan melepaskan pelukan. Allesya Danielle dah tertunduk malu apabila Sharifah Soffiyya mengelapkan air matanya.
“Kau ni menangis pun cantiklah, aku ni..,” rungut Sharifah Soffiyya itu membuatkan Allesya Danielle tergelak kecil.
Allesya Danielle memandang separuh wajah sahabatnya yang ditutupi cadar hitam itu.
Sungguh, dia akan merindui wajah sahabatnya itu.
“Ha, gelak pun kau. Dah-dah jangan nak menangis. Kau buatkan aku lagi berat nak lepaskan kau balik Malaysia tahu tak? Dah sampai Malaysia jangan lupa inform aku, okay?,” pesan Sharifah Soffiyya perlahan-lahan mengukirkan senyuman di balik cadar itu.
Allesya Danielle tersenyum.
“Allesya, it’s your flight time,” beritahu Sheikh Malek Al-Attas sambil mengerling jam tangannya. Allesya memandang ke arah Sheikh Malek Al-Attas itu lalu dianggukkan kepalanya.
Dia perlu gerak ke balai pelepasan sekarang.
Terus dihampiri Sharifah Qhalidah lalu disalam dan dikucup tangan kanannya. Dipeluk seketika tubuh tinggi lampai seorang ibu yang sudah beranak dua itu. Lalu dilepaskan pelukan itu.
“Apa-apa masalah dekat sana, just let ours know okay?,”
“Okay, ummi! Kirim salam Allesya dekat abang Fahad,” pesan Allesya Danielle lalu dikalihkan pandangannya ke arah Sheikh Malek Al-Attas.
“Walid, Allesya gerak dulu,” pamit Allesya Danielle sopan. Sheikh Malek Al-Attas hanya menganggukkan kepalanya
dengan mengukirkan senyumannya.
“Soffiyya, aku gerak dulu. Jangan rindu aku tau,” usik Allesya Danielle sambil tersenyum.
“Kau tu! Jangan rindu aku!,” balas Sharifah Soffiyya sambil menahan sebak. Allesya Danielle lekas menolak troli beg bagasinya menuju ke balai pelepasan.
Sebelum melepasi balai pelepasan itu, sempat dia membalas lambaian terakhir buat keluarga Sheikh Malek Al-Attas itu. Dari jauh, jelas kelihatan mereka turut sedih dan terasa berat untuk melepaskan Allesya Danielle pulang ke tanah air.
Perasaan rindu dan khuatir tentang keadaan Allesya Danielle itu bercampur baur menyesakkan fikiran mereka.
“TERIMA Kasih, Pak Cik!,” ramah Allesya Danielle sebaik
pemandu teksi itu membantunya mengeluarkan beberapa beg bagasi dari dalam bonet belakang kereta itu.
Pak cik itu hanya menganggukkan kepalanya sambil mengukirkan senyuman lalu kembali masuk ke dalam teksi.
Allesya Danielle menghampiri rumahnya yang sudah bertahun-tahun lama dia tidak menjejaki kakinya ke dalam rumah. Rumah dihadapannya itu terlalu banyak kenangan indah dia bersama dengan ibunya, Puan Ariana.
Namun, dia ingat lagi.
Setelah kematian ibunya, ayahnya telah membawa seorang wanita agak berumur namun masih kelihatan muda bersama dengan seorang anak perempuan yang baru berusia 13 tahun.
Dia diberitahu bahawa ayahnya sudah lama berkahwin dengan wanita itu sebelum ayahnya menikahi ibunya namun tidak diketahui oleh ibunya sehinggalah maut menjemput arwah ibunya itu.
Sampai hati, ayah.
Pada saat itu, aku sangat membenci ayah sampailah sekarang aku berdiri dihadapan rumahnya kebencian itu masih tersisa lagi.
Namun, dia dikhabarkan ayahnya separuh strok dan mempunyai penyakit jantung hampir tiga tahun dan wanita itu masih menjaga ayah sampai sekarang.
“Danielle?,” panggil seorang wanita yang sudah kelihatan agak berusia yang berada di hadapan pintu rumah membuatkan Allesya Danielle sedar dari lamunannya.
Dipandang wanita itu yang kini menghampirinya.
“Kenapa kamu balik tak bagitahu ibu?,” soalnya ramah. Allesya Danielle hanya mendiamkan diri tidak menjawab.
Ibu? Aku hanya mempunyai seorang ibu.
“Ayah ada? Danielle nak jumpa dengan ayah bukan mak cik,” tutur Allesya Danielle lalu menjinjit beg bagasinya masuk ke dalam rumahnya.
Puan Intan agak terasa kecil dengan pertuturan anak tirinya itu. Walaupun sudah bertahun-tahun, anak tirinya itu masih belum menerimanya sebagai ibu tirinya.
“Ayah? Ayah?,” panggil Allesya Danielle sambil mencari kelibat ayahnya di dalam rumah apabila ibu tirinya itu hanya mendiamkan diri.
“Allesya?,” panggil perlahan Encik Emir Azman yang terbaring lesu di atas katil itu. Allesya Danielle yang mendengar itu terus menghampiri kamar utama yang dahulunya milik ayahnya itu.
Alangkah luluhnya hatinya melihat keadaan ayahnya itu.
Segera dia berlari mendapatkan ayahnya.
“Ya Allah. Ayah kenapa jadi sampai macam ni sekali?,” air mata Allesya Danielle sudah mengalir membasahi pipinya.
Sayu dia melihat keadaan ayahnya itu.
“Allesya…,” panggil Encik Emir Azman sambil dia perlahan-lahan mengangkat tangan kanannya dan mengusap perlahan pipi kanan anaknya itu.
Anaknya itu persis menyerupai kejelitaan arwah isterinya yang berketurunan cina-muslim.
“Ayah? Kenapa sampai macam ni sekali keadaan ayah?,” gadu Allesya Danielle sebak dan dadanya menjadi sesak.
Namun, sedikit tenang apabila tangan ayahnya itu mengusap lembut pipi kanannya. Air matanya masih tidak berhenti mengalir membasahi pipinya.
“Allesya, ayah… Rindukan kamu… Kemana kamu… Pergi? Kenapa… Tinggalkan… Ayah?,” luah Encik Emir Azman lemah sambil menahan kesakitan yang dialaminya itu.
Sungguh, dia merindukan anaknya itu. Allesya tidak menjawab malah hanya mampu menangis di hadapan ayahnya itu. Lama dirinya menangis sambil menatapi wajah tua ayahnya itu.
“Ayah..,” dipeluk tubuh Encik Emir Azman yang sedang berbaring itu erat. Encik Emir Azman tersenyum lemah apabila dia dapat berjumpa dengan anaknya itu.
Diusap rambut anaknya itu perlahan.
Sungguh, dia rindu melayan anaknya itu dengan manja.
ADAM Lian yang melangkah menghampiri keretanya itu terus menanggalkan topi keselamatan yang berwarna putih itu dan diserahkan kepada pembantu jurutera yang berjalan beriringan dengannya itu.
“Kalau ada apa-apa masalah bagitahu saya dengan kadar segera, saya tak nak perkara yang sama berulang lagi. Awak tahu kan, this project is really important for us?,” soal Adam Lian dengan tegasnya sambil dia memandang ke arah pembantu jurutera itu.
“Baiklah, Tuan Adam. I will and I will make sure this won’t be happen again,” akur pembantu jurutera itu. Adam Lian hanya tersenyum kecil lalu mengganguk kecil lalu terus melangkah masuk ke dalam keretanya yang berjenama Audi S3 yang berona putih itu.
Lalu kereta mewah itu mula meninggalkan perkarangan projek pembinaan itu dan memasuki ke laluan utama menuju ke pejabatnya.
Fokus pemanduannya terganggu apabila telefonnya mula berdering memintanya untuk menjawab panggilan itu.
Dicapai telefonnya dan matanya membaca nama panggilan di skrin telefonnya itu.
“Mama?,” Terus dia menjawab panggilan itu dan diletakkan kembali telefonnya lalu menyarungkan fon telinga tanpa wayar ke telinga kanannya.
“Yes, ma?,” jawab Adam Lian dengan ramah.
“Okay, ma. Adam after this memang nak on the way balik Melaka pun, cuma tadi ada problem dekat site. Ni, Adam nak balik office kejap lepas tu Adam on the way balik Melaka,” beritahu Adam Lian sambil matanya fokus pada pemanduannya.
“Alright, ma. See you,” ucap Adam Lian dengan senyumannya lalu terus mematikan panggilannya.
Had kelajuan keretanya itu dinaikkan, dia perlu segera balik ke Melaka sebelum senja dan menziarahi keluarganya.
ALLESYA Danielle melangkah keluar dari bilik tidur ayahnya itu dan melangkah memerhatikan setiap sudut rumah yang tidak pernah berubah sedikitpun itu dia mengukirkan senyumannya. Dia melangkah menuju ke bahagian bingkai gambar yang tergantung di dinding itu.
Gambar arwah ibunya itu masih kekal disitu dan tidak terusik sedikitpun. Ditatap wajah jelita arwah ibunya yang berketurunan Cina itu. Dilebarkan senyumannya yang masih terukir di bibirnya itu.
Namun, mati senyumannya apabila melihat bingkai gambar perkahwinan Encik Emir Azman dan Puan Intan, ibu tirinya itu.
Hatinya masih sakit dengan kelakuan ayahnya itu.
Malas dia ingin menatap gambar perkahwinan itu dia melangkah pula menuju ke ruang tamu utama yang dari tadi riuh mendengar bualan ibu tirinya dengan seseorang membuatkan dirinya tertanya-tanya.
Alangkah terkejutnya Allesya Danielle, apabila melihat sebuah pelamin indah berona putih itu di ruang tamunya. Dia mengerutkan dahinya seribu dia melangkah perlahan-lahan menuju ke pelamin itu.
“Danielle. Kamu dah bangun... Lama aunty tunggu kamu,” tegur Puan Maryam Crysteina itu lalu bangun berdiri menghampiri Allesya Danielle.
Allesya Danielle menoleh ke arah Puan Maryam yang merupakan kawan baik arwah ibunya itu.
Allesya Danielle mengukirkan senyumannya. Lalu diraih tangan kanan Puan Maryam dan dikucup seketika.
“How beautiful you are just like your mom," puji ikhlas Puan Maryam dengan senyuman manisnya itu. Allesya Danielle tersenyum biasa.
Dipandang ibu tirinya yang sedang mengubah sebuah hantaran itu membuatkannya hairan sekali lagi.
“Siapa yang kahwin sebenarnya?,” soal Allesya Danielle ingin tahu. Dipandang Puan Maryam dan ibu tirinya bersilih ganti. Mereka berdua hanya mendiamkan diri seketika.
“Intan, kamu tak bagitahu lagi ke pada Danielle yang pertunangan dia akan berlangsung dua hari lagi?,” soal Puan Maryam ingin tahu dipandang seketika Puan Intan itu dan Allesya Danielle yang agak terkejut mendengar khabar itu.
“Pertunangan? Dengan siapa?,” soal Allesya Danielle berdebar dan terkejut dan cemas. Tak sebenarnya perasaannya bercampur baur tidak mampu dapat dia jelaskan apa perasaannya sekarang.
Mereka berdua sekali lagi diam seketika namun baru sahaja Puan Maryam ingin bersuara untuk memberitahu tetiba sahaja kedengaran suara Adam Lian memberi salam.
“Asalamuailaikum,” Adam Lian menanggalkan kasut kulitnya itu dan melangkah masuk ke dalam rumah itu dan terhenti seketika langkahnya apabila dia mengangkat kepalanya dan membalas pandangan Allesya Danielle itu setelah sekian lama mereka tidak berjumpa.
“Adam?,” terhenti seketika debaran hatinya membalas pandangan Adam Lian itu.
Ya Allah, apa ni?
MEGAT Danish mengawal pernafasannya menahan regangan di otot perutnya sebaik dia melakukan senaman bangkit duduk di atas alat senaman bench jenis menurun itu. Kedua kakinya digantungkan ke atas roller agar dirinya tidak jatuh dari bench itu.
Seusai itu, dia bangun berdiri dan melangkah menuju ke alat senaman ‘treadmill’ yang digunakan untuk melakukan jalan atau lari setempat malah digunakan sebagai latihan kardio atau pembakaran lemak.
Dinaik ke atas dan ditekan punat mod larian sederhana.
Tubuh tegapnya itu diluruskan dan tegak, kedua-dua bahunya ke belakang dan dagu dinaikkan memandang lurus ke hadapan memandang langit biru di balik dinding kaca itu sebaik tali pinggang ‘treadmill’ itu mula bergerak perlahan-lahan ke kelajuan yang sederhana seperti yang ditetapkan dan kakinya mula berlari perlahan di atas tali pinggang itu.
Hilang seketika fokusnya apabila mendengar deringan telefonnya yang berada di atas meja yang berada disebelahnya itu.
Ditekan punat ‘jeda’ dan tali pinggang itu mula berhenti perlahan-lahan lalu terus dia menghampiri telefonnya itu.
Tanpa membaca nama panggilan dia menjawab panggilan itu dan ditukar mod panggilan ke pembesar suara.
“Ha apa kau nak?,” soal Megat Danish keruh sahaja lalu terus berjalan menghampiri treadmill itu dan kembali melakukan senaman lariannya itu.
“Macam tak suka je aku call kau ni,” sengaja Ian Hazim yang merupakan sahabat baiknya itu merungut.
Megat Danish yang masih berlari di atas tali pinggang ‘treadmill’ itu memandang ke arah telefonnya itu lalu dilepaskan keluhannya perlahan.
“Mana ada, kalau tak aku tak jawab call kau. Apa yang kau nak?,” geram Megat Danish dibuatnya melayan karenah sahabat baiknya itu.
Pandangannya kembali dilotarkan ke hadapan memandang ke arah langit. Lalu, kedengaran Ian Hazim tergelak kecil.
“Tak aku saja nak kacau kau tengah workout, bosan lah duduk dekat rumah. Nak ajak kau lepak sibuk je kau memanjang,” sekali lagi Ian Hazim merungut membuatkan
Megat Danish tersenyum kecil.
“Ajak lah Fasha keluar,” ringkas Megat Danish memberi cadangan.
“Eh kau ni, Fasha tu secretary kau kalau kau busy dia lagi busy nak settle kan kerja kau,” geram Ian Hazim dibuatnya apabila mendengar cadangan Megat Danish itu.
“Kau ni nanti aku free aku ajak lah lepak tak pun esok after lunch aku tak busy sangat kau lepak dekat office aku tapi jangan kacau Fasha nak buat kerja,” cadang Megat Danish membuatkan Ian Hazim mengerutkan dahinya.
“Apa hal pulak?,”
“Kau tahu tak Fasha tu always complain yang kau kalau datang office aku kacau dia tahulah tunang kau tapi you need to be professional in my office,” tegur Megat Danish agak tegas.
“Itu lah aku malas nak datang lepak dekat office kau tahu tak. Lepak lah kejap dekat luar office dekat lobi pun jadilah. Ke apa kata aku datang rumah kau,” cadang Ian Hazim teruja.
“Datanglah, tapi kau jangan kata bosan pulak sebab aku tak layan kau,” Megat Danish tersenyum sekejap. Ian Hazim mencebik geram dengan perangai sahabat baiknya itu.
“Dah ah, aku lepak sorang-sorang ah dalam rumah. Lagi best,” akhirnya Ian Hazim mengalah sambil dia membaringkan tubuhnya itu ke atas sofa di ruang tamu.
Megat Danish tertawa kecil.
“Ohh wey, aku nak tanya kau something ni?,”
Megat Danish mengerutkan dahinya.
“Apa dia?,” soal Megat Danish ingin tahu.
“Tapi kau jangan marah aku eh? Aku just nak tanya sebab aku kenal kau and aku tahu apa yang kau rasa,” dalih Ian Hazim membuatkan Megat Danish makin hairan.
“Apa dia yang kau nak tanya sebenarnya ni?,” soal Megat Danish geram apabila sahabat baiknya itu berhias-hias dengannya yang membuatkannya lagi tertanya-tanya.
“Kau tak teringin ke nak jumpa ‘Zaara’ tu balik?,” soalan Ian Hazim itu benar-benar membuatkan Megat Danish terdiam seketika. Ditekan punat berhenti lalu tali pinggang ‘treadmill’ itu perlahan-lahan berhenti.
“Aku bukan apa, Danish. Cara kau tinggalkan dia tu… Kalau aku jadi tempat dia pun aku terkilan tahu tak? At least kau sepatutnya bagi penjelasan dekat dia, bukannya tinggalkan dia macam tu je,” tegur Ian Hazim itu membuatkan Megat Danish yang masih di atas tali pinggang ‘treadmill’ itu mengukirkan senyuman sinis.
“Kau kenapa ni tiba-tiba pulak nak ungkit hal tu. Perkara tu dah dua tahun lepaslah aku pun tak nak ingatlah tentang perempuan tu,” tutur Megat Danish lalu terus turun dari tali pinggang ‘treadmill’ yang sudah berhenti itu.
Lalu berjalan menuju ke tuala kecilnya yang disangkut itu.
“Aku tahulah sebab kau tinggalkan perempuan tu ada sebab, kalau aku jadi kau pun mungkin aku akan bertindak macam kau tapi aku akan jelaskan dia bukannya tinggalkan dia macam tu je,” luah sebak Ian Hazim itu membuatkan Megat Danish tersenyum sinis sekali lagi.
“Perempuan yang pernah buli aku dulu yang pernah jadi punca kematian tok wan aku, kau rasa patut ke aku jelaskan dia dan menghadap muka dia untuk kali kedua,” ujar Megat Danish tegas itu membuatkan Ian Hazim terdiam.
Ya, dia tahu itu.
Tapi, bukan itu caranya.
“Dahlah aku sebenarnya tak nak bincang tentang perempuan tu. Aku pun tak nak kalau boleh jumpa dengan dia. Pertemuan aku dengan dia dekat Arab dua tahun lepas tu adalah satu kesilapan,” ujar Megat Danish lembut namun tekad.
Megat Danish berjalan menghampiri telefonnya itu.
“Walaupun perasaan cinta kau terhadap dia?,” soal Ian Hazim cuba menduga kawan baiknya itu. Megat Danish yang mendengar pertanyaan itu hanya mampu terdiam dan memandang lama di skrin telefonnya itu.
Cinta?
“Dahlah wey, aku nak rest kejap,” dalih Megat Danish lalu mencapai telefonnya itu. Ian Hazim melepaskan keluhan kecewa apabila Megat Danish mengelakkan diri dari menjawab pertanyaannya itu.
“Okay, nanti free jangan lupa inform aku,” pesan Ian Hazim.
“Okay. I will let you know. Bye,” Megat Danish segera mematikan panggilan itu.
Lalu dilepaskan keluhan leganya apabila dia berjaya mengelakkan dirinya dari menjawab pertanyaan sahabat baiknya itu.
Kakinya melangkah keluar dari bilik gymnasium miliknya itu. Ian Hazim yang masih berbaring di atas sofa itu melepaskan keluhan beratnya.
“Aku tahu kau masih cintakan dia, Danish,”
Next chapter on Monday tau. Thanks baca karya Rifi.
Share this novel