“What’s going here?,” soal Danish agak tegas apabila melihat maggi cup yang diminta tadi bertaburan di atas lantai. Melihat Allesya hanya diam tidak menjawab, terus tangan Allesya yang melecur itu ditarik kasar oleh Danish.
“Awak, sakit!,” dengan perlahan Allesya mengadu sakit.
“Kau ni agak-agaklah, tangan isteri kau tu melecur kena air panas tadi,” tegur Shah cepat apabila mendengar Allesya mengadu sakit.
Danish yang dari tadi diselubungi dengan perasaan cemburu itu hanya diam lalu terus menarik tangan Allesya itu agar mengikutinya masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Dalam perjalanan, tidak berhenti bibir Allesya mengadu sakit.
Allesya terus menangis perlahan apabila tangannya yang melecur itu ditarik kasar oleh Danish. Makin sedih hati Allesya dibuatnya apabila Danish sedikitpun tidak rasa kasihan kepadanya.
Sakit tahu tak…
Allesya terus ditolak masuk ke dalam bilik pejabat yang membuatkan Allesya hampir sahaja hilang keseimbangan untuk berdiri tadi.
Danish terus menutup pintu biliknya dan dikunci menandakan dia tidak mahu sesiapa pun menganggu masanya dengan Allesya.
“Awak saja nak bagi saya cemburu ke apa?,” tegas Danish menyoal isterinya.
“Mana ada, tangan saya betul-betul melecur kena air panaslah tadi,” sebak Allesya apabila suaminya itu sedikitpun tidak mahu bertanya tentang keadaan tangannya yang diutamakan perasaan cemburu tu!
Menangis aku macam ni lah!
“Kalau ye pun tak boleh ke minta Shah panggil saya? Ni awak biarkan dia sentuh tangan awak tu, nasib baik saya yang nampak kalau staf lain? Awak tu isteri saya,” soal Danish yang sudah menurun nada suaranya sambil kakinya itu menghampiri isterinya.
Tangan isterinya yang melecur itu dipegang lembut.
Jelas kemerah-merahan kulit tangan isterinya itu yang membuatkannya turut merasai sakit melecur.
Perlahan-lahan dia mengusap tangan isterinya lalu dihembus perlahan.
“It’s hurt me too, Allesya,” ujar Danish sebak.
Allesya mula menangis perlahan.
“Please, next time be careful,” pesan suaminya itu didengar.
Lantas, Danish terus meminta Allesya duduk di atas sofa manakala dia menuju ke butang interkom di atas meja untuk meminta kepada setiausahanya agar membawa semangkuk air sejuk dan tuala kecil.
Fasha hanya menuruti dan meminta majikannya itu menunggu sebentar.
Danish yang mendengar itu terus melepaskan butang interkom lalu dia berjalan menghampiri isterinya yang berada di ruang sofa.
Lalu dia duduk disebelah isterinya, matanya tidak berhenti memandang isterinya yang sedang menutup mata.
I’m sorry. All this happen because of me.
Tangan isterinya yang kemerah-merahan akibat melecur tadi diraih lembut. Diusap perlahan yang membuatkan Allesya yang memejam matanya seketika itu membuka matanya dan memandang suaminya yang berada disebelahnya.
Allesya sedikit terkejut apabila melihat suaminya sudah mengalir air mata yang membuatkan tubuh belakangnya yang duduk bersandar tadi terus tegak.
“Awak kenapa ni?,” soal Allesya risau sambil jari jemari naik menyeka air mata suaminya itu.
Danish yang masih diselubungi perasaan sedih itu tersenyum kecil apabila membalas pandangan isterinya.
“I don’t know why, I can feel your pain and it’s hurt me so much,” ujar Danish sebak.
Allesya yang mendengar itu mula diselubungi perasaan sebak juga. Allahuakhbar.
“I’m okay,” ujar Allesya cuba untuk menafikan agar dia dapat menenagkan suaminya itu. Cepat Danish menggeleng.
“No, you’re not okay,” jawab Danish yang membuatkan air matanya itu mengalir membasahi pipinya semula.
Allesya tersenyum kecil, entah kenapa sejak kebelakangan ini, dia terharu dengan sikap prihatin suaminya.
Kedengaran kunci bilik pejabat itu dinyahaktifkan oleh seseorang. Hanya Fasha dan Jack sahaja yang mengetahui kata laluan kunci bilik pejabat itu.
Fasha yang sedang membawa sebuah mangkuk kecil yang mengandungi air sejuk dan sehelai tuala itu terus melangkah masuk dan menghampiri majikannya.
Allesya tergelak kecil apabila melihat suaminya itu cepat menyeka air mata mungkin malu jika dilihat oleh Fasha yang sedang meletakkan mangkuk dan sehelai tuala itu di
atas meja dihadapan sofa.
“Terima kasih, Fasha,” Allesya berterima kasih.
“Sama-sama, Puan Allesya,” Fasha tersenyum lebar.
“Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu,” pamit Fasha kepada Allesya dan Danish. Mereka berdua hanya membenarkan yang membuatkan Fasha terus melangkah keluar dari bilik pejabat majikannya itu.
Danish terus mencapai tuala putih itu lalu dibasahkan dengan air sejuk yang berada di dalam mangkuk kecil.
Diperah perlahan tuala putih itu dan cepat ditekap ke atas permukaan tangan isterinya yang melecur sambil itu mereka berdua terus duduk di atas sofa.
Allesya hanya memandang sahaja tingkah suaminya itu.
Danish yang dia kenali sebelum nikah sungguh jauh berbeza dengan Danish yang sekarang yang sudah menjadi suaminya yang sah.
Jujur, sejak mereka berdua berkahwin suaminya itu tidak pernah mengasarinya dan tidak pernah menengkingnya.
Hanya sekadar teguran tegas untuk mengingatkan agar kesalahan yang dilakukan tidak terulang. Itulah sikap Danish yang Allesya kagumi sejak berkahwin. Jadi, perkahwinan mereka ini bukan lah satu penyesalan bagi Allesya.
“Kalau melarat sangat kita periksa dengan doktor tau,” tutur Danish lembut lalu terus mengangkat pandangannya membalas pandangan sang isteri.
Allesya agak terkejut membalas pandangan itu.
Terukir sebuah senyuman di bibir Danish.
“Do you need more time to look at me, Allesya?,” soalnya perlahan dengan suara guraunya itu. Allesya yang mendengar usikan itu mula diselubungi malu.
Dikalihkan pandangannya ke kiri dan kanan.
Nak lari, sumpah! Baru Allesya nak bangun berdiri, Danish dah tarik tangannya semula agar kembali duduk di sofa.
“Awak nak apa?,” Allesya dah takut namun diselubungi ketawa kecil.
Danish turut ketawa kecil.
“Kenapa nak lari? Saya ni tak makan orang lah,”
“Mana awak tahu?,” cepat je mulut Allesya menyoal.
Eh kejap soalan apa yang aku tanya tadi?
Aduh, blank.
Eh serius soalan apa aku tanya tadi?
Danish yang mendengar soalan itu tersenyum.
Kalau Danish buka mulut sekalipun kejap lagi, Allesya sumpah diam tak nak menjawab kalau boleh. Nanti mulut dia ni main lepas cakap je.
Namun, dia masih membalas pandangan suaminya.
“I’m your husband, Allesya. Pandanglah sepuas hati awak, it’s halal,” ujarnya sambil tangan Allesya diusap lembut dan itu membuatkan Allesya lega.
Senyuman manisnya terukir di bibir.
“Saya tak nak awak rasa tak selesa bila dengan saya. Kalau bab tu saya takkan paksa dan saya takkan minta kalau awak belum ready,” lembut sahaja Danish berbicara sambil sekali lagi tangan Allesya yang melecur itu ditekap dengan tuala sejuk.
Allesya yang mendengar itu masih tersenyum.
“Terima kasih sebab memahami,” ucap Allesya ikhlas. Danish yang mendengar itu terus membalas pandangan isterinya sekejap.
“I will do anything just for my wife,” tutur Danish lembut sambil matanya mula jatuh memandang bibir isterinya. Allesya mengerutkan dahinya sekejap
“But.., I feel I want to taste your lips again. It’s sweet,” pintanya tiba-tiba sahaja. Allesya yang mendengar itu terpinga-pinga, cepat sahaja jari telunjuk Allesya naik ke bibirnya sendiri.
Lips? Dia nak buat apa?
Tak asal aku blur sangat hari ni? Aduh…
“Can I?,” soalnya meminta kepastian sambil mula mendekati Allesya.
Allesya yang masih membalas pandangan suaminya itu hanya mengganguk kecil. Cepat Danish mengukirkan senyuman lalu bibir sang isteri dipagut lembut.
Setelah itu, dahi luas Allesya itu dicium agak lama.
Allesya memejam matanya. Sungguh dia dapat rasakan kasih sayang seorang suami.
“It’s symbolic of my love and appreciation,” ujar Danish sebaik melepaskan ciuman di dahi itu.
Mendengar itu membuatkan Allesya mencelikkan kedua-dua matanya untuk membalas pandangan suaminya.
Terukir senyuman di bibir Allesya.
SHAH yang memeriksa salinan data kewangan syarikat bagi tahun lepas itu mengukirkan senyumannya. Kalau macam ni prestasi kewangan Megat Trading boleh lah aku guna sikit untuk skim pelaburan.
Takkan Danish seorang sahaja yang boleh buat pelaburan?
Sedangkan aku hanya berharap duit makan gaji. Lagipun aku guna sikit saja duit syarikat ni, nanti dapat hasil untung dari skim pelaburan tu aku bayarlah balik.
Skim pelaburan tu pun biasa sahaja tak adalah gah macam pelaburan Danish tu.
“Selepas itu bila aku dah berjaya dalam pelaburan tu, aku akan beli saham syarikat ni. Sekurang-kurangnya aku perlukan beberapa puluh juta. Aishh, kaya juga si Danish ni, payah betul nak beli saham lebih dari dia!,” rungut Shah geram.
ADAM Lian yang dari tadi fokus mendengar pembentangan dari stafnya itu terganggu apabila melihat bayangan Soffiyya berlegar-legar dalam ruang bilik mesyuarat.
Terus kedua-dua matanya cuba dipejam sekejap lalu dibuka kembali. Tetap bayangan Soffiyya masih ada lagi.
Eh kau buat apa dekat sini?
Hati kecilnya merungut geram.
Pembantu peribadinya yang baharu itu terus mengerutkan dahinya melihat keadaan Adam.
Amir yang sedang membentang tentang landskap projek baharu itu terus terhenti sekejap apabila melihat majikannya seperti terganggu sesuatu.
Tapi tak ada sesiapa pun dekat sini melainkan beberapa staf yang terlibat dalam pembentangan hari ini.
Ke…Astagfirullahalzim.
“Encik Adam, okay ke tak ni?,” lekas pembantu peribadinya bertanya.
Terus Adam pandang pembantu peribadinya itu.
“I’m okay. Just continue..,” Adam masih berkeras ingin mendengar pembentangan itu daripada Amir.
Nak tak nak, Amir meneruskan pembentangannya. Staf yang lain yang masih berada di dalam bilik mesyuarat itu kembali fokus ke arah Amir.
Adam pulak cuba fokus, bayangan Soffiyya itu dibiarkan sahaja. Namun…
“Soffiyya, stop!,” tetiba sahaja Adam menjerit geram. Terkejut terus semua orang yang dari tadi fokus mendengar pembentangan.
Semua mata memandang Adam.
Adam yang baru tersedar keterlanjuannya itu terus bangun berdiri. Sumpah, dia malu!
“Just continue tomorrow, Amir,” arah Adam kepada Amir.
Cepat sahaja Amir angguk kepalanya tanda menurut.
“Thira, please cancel all my appointment today. I’m not feeling well today,” beritahunya agak tegas.
Pembantu peribadinya, Thira hanya mengganguk. Adam terus memandang ruang bilik mesyuaratnya sekali lagi.
Bayangan Soffiyya sudah hilang. Tidak betah Adam nak duduk lama-lama dalam bilik mesyuarat.
Terus kakinya diangkat melangkah keluar sambil dahinya diurut kejap. Kalau macam ni tiap hari mahu boleh migraine si Adam.
AREESYA yang sedang duduk di ruang tamu bersama laptopnya di riba terus mengangkat pandangan ke arah pintu.
Kelihatan Adam yang sedang mengurut dahi itu melangkah masuk ke dalam rumah sebaik menutup kembali pintu.
Segera laptopnya itu diletakkan di atas meja yang berada di hadapannya lalu bangun berdiri. Menghampiri Adam.
Briefcase dan kot pejabat Adam dicapai perlahan dari genggaman Adam. Adam hanya membiarkan.
“Abang okay?,” soal Areesya agak risau apabila melihat keadaan Adam seperti itu.
Hanya dengan anggukan sahaja Adam mampu bagi sebagai jawapan. Tanpa banyak kata, Adam membuka langkah menghampiri ruang tangga.
Namun baru beberapa langkah, Adam terus jatuh rebah. Tidak sedarkan diri. Areesya terkejut terus briefcase dan kot pejabat Adam terlepas dari genggamannya.
Cepat kakinya berlari mendapatkan Adam. Dia cuba untuk menyedarkan Adam namun tiada sebarang reaksi daripada Adam.
Berkali-kali tapak tangan Areesya menyentuh dahi Adam.
Berkerut dahinya lalu dia menyentuh seluruh wajah dan tangan Adam.
Panas.
Share this novel