BAB 11 (Today, 2nd April 2022)
“Kau buat apa dekat dia sampai dia tak sedarkan diri macam tu?,” tegas Ian Hazim menyoal kepada Megat Danish yang sedang duduk di kerusi menunggu itu.
Megat Danish terus mengangkat pandangannya ke atas membalas pandangan Ian Hazim.
“Kau nak salahkan aku?,” kening kiri Megat Danish dinaikkan.
Ian Hazim melepaskan keluhan kecilnya.
“Eh, Danish! Aku kenal kau lah, perkara ni takkan terjadi lah kalau kau tak buat apa-apa!,” tegas Ian Hazim melepaskan kegeramannya.
Megat Danish mengerutkan dahinya.
Terus dia bangun berdiri berhadapan dengan Ian Hazim.
“Apa masalah kau sekarang nak tuduh aku bukan-bukan?,” soal tegas Megat Danish sambil membalas pandangan Ian Hazim dengan perasaan bercampur baur.
Ian Hazim tersenyum sinis.
“Rupanya macam ni kau bila benci dan dendam menguasai diri kau?,”
Megat Danish yang mendengar itu terus mencengkam kolar t-shirt Ian Hazim yang membuatkan Nur Fasha yang berada tidak jauh dari mereka terus menghampiri mereka.
“Ya Allah, korang ni kenapa?,” hairan Nur Fasha dibuatnya. Risau jika mereka berdua memang ingin bertumbuk di hospital swasta ni. Tak pasal-pasal viral. Dahlah majikannya itu merupakan 'Public Figure'.
Megat Danish yang mendengar itu hanya mendiamkan diri.
Ian Hazim terus melepaskan cengkaman kawan baiknya di kolar bajunya.
“Aku tahu, Danish. Aku tahu jauh dari sudut hati kau, kau masih cintakan dia tapi aku mohon pada kau jangan pernah naik tangan dekat dia sebab benci dan dendam kau. Kau bukan sesiapa dan kau tak ada hak langsung. Ingat tu!,” pesan Ian Hazim tegas cuba mengingati kawan baiknya itu.
Nur Fasha yang mendengar itu mengerutkan dahi kehairanan.
“I balik dulu, Fasha. Nanti apa-apa you call I,” pesan Ian Hazim lembut kepada tunangnya itu.
Nur Fasha hanya menganggukkan kepalanya setelah itu Ian Hazim terus mengatur langkah meninggalkan mereka berdua di ruangan menunggu itu.
Megat Danish yang terkesan dengan kata-kata kawan baiknya itu terus duduk semula di kerusi menunggu itu sambil melepaskan keluhan beratnya.
Nur Fasha memandang wajah majikannya itu.Kelihatan kusut dan serabut wajah tampan majikannya itu tidak pernah dia melihat majikannya seperti ini.
Namun, dia masih ingin tahu tentang hubungan majikannya dengan Allesya Danielle sepertinya mereka berdua menyembunyikan sesuatu daripadanya termasuk tunangnya sendiri.
NUR Fasha yang duduk di atas kerusi yang bersebelahan dengan katil hospital itu terus mengalihkan pandangannya ke wajah Allesya Danielle yang masih kelihatan pucat namun berubah riak wajahnya apabila melihat kerutan di dahi Allesya Danielle.
“Danielle?,” panggilnya lalu pandangannya dihalakan ke jari kanan Allesya Danielle yang bergerak perlahan.
“Danielle?,” sekali lagi Nur Fasha memanggil rakan sekerjanya lalu mula bangun berdiri dan tersenyum lebar apabila melihat Allesya Danielle mula membuka kelopak mata perlahan-lahan.
Allesya Danielle mengecilkan pandangannya cuba mengenali figura wanita dihadapannya itu.
“Arghhh,” terus telapak tangan kanannya menyentuh kepalanya yang masih sakit.
“Danielle, are you okay?,” Nur Fasha khuatir.
Allesya Danielle cuba menahan kesakitan itu dan sekali lagi dia menghala pandangannya ke arah wanita disebelahnya sebaik mendengar suara itu.
“Fasha?,” Allesya Danielle tersenyum kecil.
“You okay ke tak ni?,” soal Nur Fasha sekali lagi.
“I’m okay,” Allesya Danielle menggangukkan kepalanya.
Nur Fasha yang mendengar itu melepaskan keluhan leganya lalu terus dia kembali duduk di atas kerusi.
Allesya Danielle melepaskan keluhan kecilnya kerana sekali lagi dia masuk ke dalam hospital.Dia tidak perlu bertanya punca dia dimasukkan ke dalam hospital.
“Tuan Danish tadi yang bawa you ke sini,” beritahu Nur Fasha membuatkan Allesya Danielle kembali memandang ke arahnya.
Tuan Danish?
Allesya Danielle mengimbas kembali kejadian yang telah berlaku di bilik pejabat majikannya itu. Memori yang terlintas fikirannya tadi entah kenapa lenyap begitu sahaja sedikitpun dia tidak mengenali majikannya itu.
“Danielle, are you okay?,” sekali lagi Nur Fasha bertanya apabila melihat kawan sekerjanya itu mendiamkan diri sahaja. Allesya Danielle membalas pandangan setiausaha majikannya itu.
“I’m okay cuma pening kepala je,” jawabnya ringkas.
Nur Fasha mengganguk kecil.
“Kalau you dah okay, alhamdulilah. I dah kena masuk office sebab waktu lunch dah nak habis,” Nur Fasha sudah bangun berdiri sambil tali beg tangannya disangkutkan ke bahu kirinya.
Allesya Danielle mengerutkan dahinya.
“Oh before lunch siapa yang jagakan I?,” soal Allesya Danielle kehairanan.
“Tuan Danish lah. I jaga you sekejap je tadi sebab I pergi lunch dulu lepastu baru datang jenguk you,” beritahunya bersahaja.
“I’m sorry, Fasha sebab susahkan you,”
“Eh mana ada susahkan, I yang nak datang jenguk you. Malam ni nak I temankan you tak?,” soal Nur Fasha prihatin.
Allesya Danielle diam sekejap.
“Tak apalah. Nanti I suruh kawan I temankan,” Allesya Danielle terpaksa menipu agar dia tidak menyusahkan setiausaha majikannya itu.
Nur Fasha hanya mengganguk kecil.
“Okay lah kalau cam tu I gerak dulu,” pamit Nur Fasha ramah. Allesya Danielle mengukirkan senyumannya lalu mengganguk kecil.
“Thank you, Fasha!,” ucapnya sebaik setiausaha majikannya itu sudah berada di pintu.
“No problem,” ucapnya lalu terus melangkah keluar dari bilik itu.
Allesya Danielle perlahan-lahan mematikan senyumannya.
“Siapa yang nak temankan aku malam ni? Aku mana pernah biasa duduk hospital sorang-sorang. Masa dekat Arab pun, Soffiyya lah yang temankan aku,” Allesya Danielle mula khuatir lalu pandangannya dihalakan ke sekeliling ruang bilik besar itu.
“Soffiyya,” hatinya menjerit memanggil nama kawan baiknya itu.
SOFFIYYA yang melangkah masuk ke beranda biliknya sambil memandang skrin telefonnya itu terus mengukirkan senyumannya.
Lekas, jarinya itu mendail nombor telefon kawan baiknya, Allesya Danielle lalu terus membuat panggilan.
Ditekap skrin telefonnya itu lalu menanti panggilannya dijawab.
“Dah kenapa Allesya tak angkat call aku ni?,” rungut
Sharifah Soffiyya geram.
Sekali lagi, dia membuat panggilan.
Megat Danish yang baru melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya bersama setiausahanya, Nur Fasha terus menghentikan langkahnya sebaik mendengar deringan telefon.
Terus mereka mencari deringan telefon itu.
Megat Danish terus melangkah menghampiri meja lalu mencapai telefon itu. Matanya membaca nama panggilan itu.
“Soffiyya?,”
“I think tu telefon Danielle, Tuan Danish,” beritahu Nur Fasha yakin.
Megat Danish biarkan panggilan itu dan dia memandang ke arah setiausahanya.
“You teman Allesya kan malam ni?,” soal Megat Danish inginkan kepastian.
“Oh tak, Tuan Danish. Danielle kata kawan dia temankan dia malam ni tapi..,” Nur Fasha memandang telefon Allesya Danielle yang berada di genggaman majikannya itu.
“How she will contact her friend sedangkan telefon dia dekat sini?,” Megat Danish seakan tahu apa yang membuatkan setiausahanya itu kehairanan.
Nur Fasha tersenyum kecil.
“It’s okay, I sendiri yang akan bagi telefon ni dekat dia nanti boleh dia contact kawan dia tu untuk temankan dia malam ni,” jelas Megat Danish sambil berjalan menuju ke meja pejabatnya.
Dicapai kot baju dan telefonnya di atas meja, gayanya seperti sudah mahu pulang ke rumah.
“Tuan Danish nak balik dah ke?,” soal Nur Fasha kehairanan.
Tidak menjadi kebiasaan majikannya itu pulang awal ke rumah.
“Office hour dah nak habis dah, Fasha. Dah you jangan biasa balik lambat, you tu tunang orang bahaya kat luar tu,” pesan Megat Danish sambil tersenyum lalu terus melangkah keluar dari bilik pejabatnya.
Nur Fasha tergelak kecil melihat perubahan majikannya itu. Terus fail projek yang dipegang olehnya itu diletakkan di atas meja pejabat majikannya itu lalu berjalan keluar dari bilik.
Tidak juga dia lupa untuk mengunci bilik majikannya.
Megat Danish yang baru melangkah masuk ke dalam keretanya itu terus sekali lagi memandang skrin telefon milik Allesya Danielle sebaik telefon itu berdering memintanya menjawab panggilan itu.
Lama Megat Danish memandang skrin telefon itu sebaik membaca nama panggilan itu.
“Nak jawab ke tak eh?,” Megat Danish sendiri khuatir.
“Jawab jelah,” lantas terus dia menjawab panggilan itu. Menanti agar Sharifah Soffiyya menegurnya dahulu.
“Allesya, kenapa lambat sangat jawab call aku ni?,” soal Sharifah Soffiyya kehairanan.
Diam.
“Allesya, dengar tak? Allesya?,” makin berkerut dahi Sharifah Soffiyya dibuatnya.
“I’m sorry, Allesya tertinggal phone,” jawab Megat Danish teragak-agak. Sharifah Soffiyya terkejut mendengar suara lelaki yang pernah didengari sebelumnya.
Dia lekas memandang skrin telefonnya melihat nama panggilan Allesya Danielle terpapar di skrin telefonnya.
Lalu dia kembali melekapkan telefon ke telinganya.
Tapi, suara macam Megat Danish? Tapi takkanlah.
“Boleh saya tahu ni siapa?,” soal Sharifah Soffiyya ingin tahu.
“Her boss, I’m really sorry Miss Soffiyya I had to go now. Thank you,” Megat Danish lekas mematikan panggilan itu lalu mula menghidupkan enjin keretanya.
Sharifah Soffiyya mula berdebar hebat apabila sekali lagi mendengar suara itu, dipandang lama skrin telefonnya itu.
“Danish?,” untuk sekian lamanya dia menyebut nama lelaki itu.
“Allah,” Sharifah Soffiyya jatuh duduk bersimpuh di beranda biliknya itu.
Ya Allah, sekiranya dirinya memang benar Megat Danish yang aku bayangkan, tolong Ya Allah jagakan sahabat ku dari kejahatan-kejahatan makhlukmu Ya Allah. Aku mohon.
8:45 MALAM
ALLESYA Danielle yang baru melangkah keluar dari tandas dibiliknya itu terus terkejut apabila tiba-tiba lampu biliknya terpadam yang membuatkan setiap genap ruang bilik itu menjadi gelap gelita.
Debaran di hati Allesya Danielle mula menjadi tidak keruan.
Tanpa boleh melihat apa-apa, dia mengapai kedua tangannya ke udara dan kakinya mula mengatur langkah perlahan-lahan menghampiri katil. Dia masih ingat lagi kedudukan katil itu.
Entah kenapa debaran ketakutan di dadanya makin laju.
Dia takut kan apa? Hantu ke? Jangan merepeklah, Allesya!
Langkahnya terhenti seketika apabila dia dapat rasakan sesuatu melintas dibelakangnya. Kakinya lekas kaku tidak mampu bergerak. Bibirnya perlahan-lahan mengucap agar dia mampu menyangkal apa yang terlintas di fikirannya.
Saat ini, matanya terpejam rapat. Dengan lafaz bismillah terus dia membuka kelopak matanya dan menjerit ketakutan Allesya Danielle dibuatnya apabila melihat wanita berambut panjang dan berjubah labuh berwarna putih duduk di atas sofa yang tidak jauh dari katilnya itu.
Segera Allesya Danielle berlari ke arah pintu belum sempat dia menyentuh tombol pintu bilik itu seseorang membuka pintu bilik itu dari luar.
Dengan rasa ketakutan menyelubungi dirinya terus dipeluk tubuh sasa itu di muka pintu bilik sambil mengadu ketakutan.
Megat Danish terkejut apabila menerima pelukan itu terus dipandang segenap ruang bilik itu yang gelap gelita membuatkannya kehairanan.
Megat Danish mengeratkan pelukannya sambil tangan kirinya mengusap lembut rambut ikal mayang itu agar ia mampu menenangkan Allesya Danielle yang menangis ketakutan.
Lalu sambil dipeluk itu, Megat Danish berjalan ke arah suis lampu.
Terus ditekan suis itu dan ruang bilik itu mula terang benderang membuatkan Allesya Danielle yang melekapkan kepalanya di dada entah siapa dipeluknya itu mengangkat kepalanya melihat ruang sekeliling.
Dipandang ruang sofa itu tiada sesiapa disana. Allesya Danielle mengerutkan dahinya.
“Yang kau duduk gelap gelita dalam bilik ni dah kenapa? Buang tebiat?,” soal tegas Megat Danish itu membuatkan Allesya Danielle segera memandang ke arah lelaki itu yang masih di dalam pelukannya itu.
Terkejut Allesya Danielle dibuatnya terus dia melepaskan pelukannya itu dan mengundurkan beberapa tapaknya ke belakang menjauhi majikannya itu.
Berona merah pipinya menahan malu sambil sempat dia mengutuk dirinya sendiri.
Eh kejap, tudung?!
Terus secepatnya dia berlari mendapatkan tudungnya yang disangkut di palang katilnya itu. Disarung cepat.
Megat Danish yang melihat tingkah pekerjanya itu melepaskan keluhan kecilnya lalu berjalan menghampiri Allesya Danielle.
“Mana kawan kau yang kau kata teman kau malam ni?,” sengaja Megat Danish menyoal.
Allesya Danielle memandang ke arah majikannya itu.
Tidak menjawab malah memandang majikannya yang kemas berpakaian polo t-shirt berwarna hitam. Di pergelangan tangan kanan pula tersarung jam tangan berjenama. Seluar jenis ‘Chinos’ berwarna biru gelap dan sepasang kasut kanvas sebagai pelengkap gaya kasual majikannya.
“Aku tahulah aku handsome malam ni tak payahlah pandang boss kau atas bawah,” tegurnya tegas membuatkan Allesya Danielle terus membalas pandangan majikannya itu.
Sekali lagi, Allesya Danielle diselubungi malu.
“Aku tanya kau kan tadi, mana kawan kau yang kau kata nak teman kau malam ni?,” Megat Danish mengulangi pertanyaannya sambil dia mula duduk di atas katil sambil kaki melunjur ke depan.
Allesya Danielle memandang majikannya yang tingkah bersahaja.
“Tuan Danish datang sini buat apa?,”
Mendengar pertanyaan itu membuatkan Megat Danish terus membalas pandangan pekerjanya itu.
Aku tanya kau, kau tanya aku balik?
“Nak pulangkan telefon kau,” Megat Danish terus menghulurkan telefon milik pekerjanya itu.
Allesya Danielle tersenyum kecil lalu menyambut huluran itu namun secepatnya telefon itu ditarik balik yang membuatkan Allesya Danielle semakin dekat dengan majikannya.
Tergamam Allesya Danielle dibuatnya.
“Your handbag inside my car so can you get it by yourself?,” soal Megat Danish perlahan sambil membalas tatapan Allesya Danielle.
Untuk sekian lama dia merindukan tatapan mata indah itu menatap wajahnya.
Allesya Danielle yang mula rasa tidak selesa itu terus mengambil telefonnya di genggaman majikannya itu membuatkan Megat Danish tersentak kecil.
“Boleh saya ambil handbag saya sekarang?,” soal Allesya Danielle teragak-agak.
Megat Danish yang mendengar itu terus bangun berdiri.
Dirinya pula diselubungi malu entahlah hatinya bercampur baur dengan perasaan cinta, rindu, benci dan dendam.
“Allesya Danielle, are you sure you not remember anything about me?,” soal Megat Danish inginkan kepastian. Allesya Danielle sekali lagi membalas pandangan majikannya itu.
Dia menggelengkan kepalanya perlahan.
“It’s okay, come. Follow me for a while,” ajak Megat Danish lalu terus melangkah keluar dari bilik itu sambil diikuti Allesya Danielle dari belakang.
Sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu, sempat Allesya Danielle memandang ke arah sofa lalu dia pandang tubuh belakang majikannya yang sudah ke depan itu.
Entah kenapa Allesya Danielle khuatir jika kejadian tadi berlaku.
Tak nak!
Allesya Danielle menyaingi langkah majikannya itu sehingga dia berjalan bersebelahan dengan majikannya itu.
Megat Danish terus memandang ke arah sebelahnya lalu dia mengukirkan senyuman kecilnya.
Sebaik tiba di keretanya, Megat Danish menekan punat kunci kereta lalu membuka pintu kereta bahagian penumpang yang bersebelahan dengan pemandu itu.
Allesya Danielle memandang sekejap kereta sport berjenama Audi R8 berwarna kelabu gelap itu.
“Nah,” dia menghulurkan sebuah beg tangan ke arah Allesya Danielle.
Allesya Danielle menyambut huluran itu.
“And this satu set baju kurung yang aku sempat belikan tadi
untuk kau pakai bila kau discharge nanti,” dihulurkan pula bag kertas yang mengandungi sepasang baju kurung yang dibeli tadi.
Allesya Danielle teragak-agak untuk menyambut huluran itu.
“Ambil lah,” ujar Megat Danish agar Allesya Danielle menyambut hulurannya.
“Tuan Danish..,” Allesya Danielle diselubungi dengan perasaan malunya. Dibalas sekejap pandangan majikannya itu.
Secepatnya Megat Danish meraih tangan kanan Allesya Danielle dan beg kertas itu bertukar tangan.
“Thank you, Tuan Danish,” ucap Allesya Danielle terharu. Megat Danish tersenyum kecil.
“Dah pergi masuk dah malam dah ni,” ujar Megat Danish lembut.
Allesya Danielle sudah teragak-agak untuk kembali melangkah masuk ke dalam hospital swasta itu. Kenapa dengan aku ni? Mengada-gada pula time ni!
Tak nak!
Buatnya perempuan berambut panjang tu muncul dekat sofa nanti macam mana?!
Alah! Tak nak!
“Allesya, are you okay?,” ujar Megat Danish kehairanan.
Allesya Danielle mematikan lamunannya lalu membalas pandangan majikannya itu.
Nak tak nak, Allesya Danielle menggangukkan kepalanya.
“Saya masuk dulu, Tuan Danish,” pamit Allesya Danielle lalu terus melangkah masuk ke dalam hospital itu dengan berat hati dan debaran jantungnya makin kencang ketakutan.
Ya Allah, lindungilah hamba ini. Hamba bermohon.
Berdoa Allesya Danielle sungguh-sungguh di dalam hatinya sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya itu.
Dipulas tombol pintu biliknya dengan lafaz bismillah lalu dia memandang segenap ruang biliknya itu dan langkahnya diatur melangkah masuk ke dalam biliknya.
Kakinya perlahan-lahan melangkah menghampiri katil.
Dahlah aku nak tidur awal, tapi aku belum solat isyak lagi!
Aduh, tadi aku dah ada wudhuk dah tapi dah batal bila bersentuhan dengan majikannya tadi. Allesya Danielle memandang muka pintu tandas itu.
Alah, takkan hospital mahal-mahal macam ni pun makhluk ghaib nak masuk? Alah, lemah terus setiap sendi tulangnya itu.
“Lain kali kalau nak ajak teman bagitahu,” terkejut Allesya Danielle dibuatnya apabila mendengar suara garau dibelakangnya.
Lekas, Allesya Danielle berpaling ke belakang memandang majikannya yang sudah berada di muka pintu bilik.
Today it's my birthday, so this gift for me to you guys! Harap korang semua suka dengan hadiah kecil Rifi ni. Doakan Rifi berjaya dunia dan akhirat tau.
Share this novel