BAB 23

Romance Completed 21483

“WELL done, Allesya. Kalau macam ni lah gaya awak berkerja saya rasa syarikat ni pasti sayang nak buang awak,” puji Ketua Eksekutif Kewangan, Encik Isa. Allesya Danielle tersenyum malu.

“Thank you, Tuan Isa. I will take that as compliment,” terukir luas senyuman Allesya Danielle.

Allesya Danielle lantas mengerutkan dahinya apabila namanya diteriak kuat kedengaran dari luar bilik pejabat itu. Encik Isa turut hairan mendengar riuh-rendah suasana
di luar bilik pejabatnya.

“Allesya!,” tempik kuat Puan Sri Misha sebaik menolak kasar pintu kaca bilik itu dan terus melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Ketua Eksekutif Kewangan itu.

Terus Allesya Danielle bangun berdiri dan berpaling ke belakang memandang ke wajah tegang Puan Sri Misha yang melangkah laju ke arahnya.

“Tuan Isa, I’m sorry I tak dapat nak halang Puan Sri masuk melulu macam ni,” beritahu setiausaha Encik Isa sebaik tiba di hadapan muka pintu pejabat.

Pang!

Satu penampar dilayangkan di pipi kanan Allesya Danielle yang membuatkan semua yang melihat dan mendengar itu terkejut dan terkaku apabila kejadian itu berlaku terlalu cepat.

“Mummy?,” Allesya Danielle mengerutkan dahinya sambil telapak tangannya menyentuh kawasan pipi yang ditampar. Puan Sri Misha tersenyum sinis sambil nafasnya turun naik menahan amarah.

Setiausaha Encik Isa yang masih berada di dalam bilik itu terkejut menyaksikan kejadian itu begitu juga dengan Ketua Eksekutif Kewangan itu.

Tidak pernah dia melihat isteri kepada Tan Sri Megat Idruz
berkelakuan seperti ini.

“Kau memang perempuan tak tahu malu kan? Kau dah tahu yang anak aku dah bertunang dan nak kahwin dah pun tapi kau still terhegeh-hegeh dekat dia!,” tuduh Puan Sri Misha geram.

Allesya Danielle mengerutkan dahinya mendengar tuduhan tidak berasas itu.

“Mummy..,”

“Stop calling me like that,” tegas Puan Sri Misha mengingatkan. Allesya Danielle terpaksa akur dan cuba menenangkan dirinya.

“Okay, Puan Sri. Macam ni lah, saya maafkan tindakan Puan Sri atas kelakuan Puan Sri tadi. Tapi, saya nak tegaskan dekat sini. Saya sendiri tak tahu apa-apa tentang keluarga Puan Sri lebih-lebih lagi tentang Tuan Danish,” tegas Allesya Danielle mempertahankan dirinya sendiri.

“Boleh saya katakan tindakan Puan Sri tadi sungguh melampau,” ujarnya agak kecewa.

“Did you think I care about that? Sekarang ni aku nak kau resign dan jauh daripada Danish!,”

“Mummy!,” tegas Megat Danish menegur ibunya sebaik melangkah masuk ke dalam bilik pejabat itu. Berjalan laju menghampiri Puan Sri Misha dan Allesya Danielle.

Dia membalas pandangan Allesya Danielle sekejap dan terus memandang ke arah ibunya.

“Apa yang mummy buat ni?,” soal Megat Danish kecewa.

“Okay, kalau itu Puan Sri nak saya turutkan kalau boleh sekarang saya nak resign juga!,” balas Allesya Danielle geram.

Sungguh, dia malu diperlakukan seperti itu.

“Allesya, stop it!,” tegas Megat Danish menegur.

Agak tersentak sedikit Allesya Danielle dibuatnya apabila mendengar teguran itu lalu dia membalas pandangan Megat Danish itu.

Sebak mula menyelubungi Allesya Danielle dan air matanya mula bertakung di tubir mata.
Pedih!

“MISHA, you ada fikir tak sebelum you nak buat sesuatu?,” tegas Tan Sri Megat Idruz menyoal isterinya. Puan Sri Misha yang duduk bersebelahan dengan suaminya itu hanya mendiamkan diri.

Tidak berani untuk dia menjawab.

“Danish dah buat keputusan yang terbaik untuk Danish sendiri, mummy. Mummy tak boleh halang Danish tahu tak?,” akhirnya Megat Danish yang duduk bertentangan itu meluahkan rasa kecewanya.

“Danish..,”

“No, Mummy. Danish masih tetap dengan keputusan Danish sendiri. Danish tak nak teruskan pertunangan dengan Isha lagi. Boleh tak mummy hormat keputusan Danish?,” nekad Megat Danish agak tegas.

Puan Sri Misha mengerutkan dahinya.

“Kenapa mummy tengok lately ni Danish dah berubah?,” soal Puan Sri Misha hairan.

“Mummy..,” kecewa Megat Danish dibuatnya mendengar soalan itu.

“Macam ni lah, daddy dah malas dah nak layan karenah Danish macam ni lagi. It’s up to you lah nak dengan sesiapa pun. Daddy dengan mummy tak ada hak nak halang Danish. You make your own decision, right? So proceed,” kata putus Tan Sri Megat Idruz membuatkan Megat Danish dan Puan Sri Misha terkejut.

Megat Danish agak terharu mendengar kata putus daripada ayah kandungnya itu.

“You, apa ni? You lupa ke kita dah buat..,”

“Misha, kita tak boleh nak buat apa-apa dah. Itu keputusan Danish sendiri. Biarkan dia teruskan dengan keputusan dia sendiri,” tegur Tan Sri Megat Idruz.

Puan Sri Misha mengeluh berat.

‘Perempuan ni memang betul-betul lah cabar kesabaran aku!,’ getus hati Puan Sri Misha yang menahan geram apabila dia tidak mampu bersuara mempertahankan untuk menjadikan Danisha sebagai menantunya.

ALLESYA Danielle yang berada di dalam bilik pejabatnya itu terus menekup wajahnya dia masih belum mengakhiri tangisannya.

Allesya Danielle yakin beritanya ditampar oleh Puan Sri Misha sedang berleluasa di syarikat berpengaruh ini.

“Kau memang perempuan tak tahu malu kan? Kau dah tahu yang anak aku dah bertunang dan nak kahwin dah pun tapi kau still terhegeh-hegeh dekat dia!,” tuduh Puan Sri Misha geram.

Allesya Danielle mengerutkan dahinya mendengar tuduhan tidak berasas itu.

“Mummy..,”

“Stop calling me like that,” tegas Puan Sri Misha mengingatkan.

Kata-kata itu sungguh memedihkan hatinya. Sungguh dia sudah menggangap Puan Sri Misha seperti ibunya sendiri memandangkan wanita itu baik kepadanya.

Allesya Danielle please lah sedar, kau bukan sesiapa lah. Lain kali jangan mudah berharap dengan orang yang baik dengan kau.

Lihatlah sendiri bagaimana Puan Sri Misha memalukan kau di hadapan semua orang!

“Kenapa lah aku kena hadap semua ni? Tindakan aku salah ke tinggalkan Adam? At least Adam… tak pernah sakitkan hati aku. Dia tak pernah biarkan orang lain sakitkan aku. Adam..,” akhirnya nama kawan baiknya itu disebut

“Adam..,” teresak-esak Allesya Danielle menangis seorang diri di dalam bilik pejabatnya itu sambil memanggil nama kawan baiknya dan turut pernah menjadi tunangnya.

Namun, Allesya sendiri yang melarikan diri jauh dari Adam Lian.

Satu peristiwa diimbas kembali…

Ketika itu usianya baru menginjak 17 tahun.

“Kau kena ingat satu perkara ni tau, aku takkan biarkan sesiapa pun sakitkan hati kau termasuklah aku sendiri,” ujar Adam Lian dengan kemeja sekolah yang beberapa butang tidak dikenakan sampai ke atas. Dibiarkan dadanya itu dilihat agar kelihatan ‘cool' kononnya.

Allesya Danielle yang berbaju kurung sekolah sambil berjalan beriringan dengan Adam Lian itu tergelak tidak percaya.

Adam Lian yang mendengar tawa Allesya Danielle itu terus mengerutkan dahinya kerana hairan adakah dia tersalah kata atau apa.

“Kau kenapa gelak? Eh aku serius tau,” beritahu Adam Lian sambil tali beg sandang yang disangkut di bahu kirinya diperbetulkan. Allesya Danielle meredakan tawanya lalu memandang ke arah Adam Lian.

“Ye aku tahulah. Kau sayangkan aku kan?,”

“Of course, gila tak sayang kau,” agak tegas Adam Lian lalu tersenyum. Begitu juga dengan Allesya Danielle yang tidak berhenti tersenyum.

Dalam perjalanan mereka itu, mereka hanya mendiamkan diri sekejap sehinggalah sudah tiba di kawasan perumahan Allesya Danielle.

Adam Lian mengerutkan dahinya apabila melihat sebuah kereta Mercedes benz berwarna hitam diparkir di hadapan rumah Allesya Danielle.

“Eh aku tengok sejak-sejak ni asal eh tok wan suka singgah rumah kau?,” hairan Adam Lian.

“Mana lah aku tahu! Aduh, orang tua ni. Aku tak sukalah dia asyik datang rumah aku je,” mengadu Allesya Danielle menahan geram.

“Asal orang tua tu? Kau tak suka dia? Aku tengok okay je dia tu tapi cam lain sikit ah,”

“Orang tua tu kan entahlah aku tak suka cara dia pandang aku macam orang tua gatal tahu tak?,” akhirnya Allesya Danielle membuka mulut memberitahu rasa ketidakselesaannya.

Adam Lian yang mendengar itu tersenyum kecil.

“Asal? Kau jangan eh nak perasan yang orang tua tu suka kau!,” sengaja Adam Lian respon begitu. Allesya Danielle yang mendengar itu menjeling geram. Kata nak melindungi aku lah konon, dasar punya Adam Lian!

“Dah lah aku nak masuk dulu!,” rajuk Allesya Danielle lalu melangkah menghampiri rumah kayu moden itu.

Adam Lian yang memandang langkah yang diaturkan oleh Allesya Danielle itu terus memandang ke arah kereta berjenama ketua kampung itu.

Dia dapat rasakan pengaduaan Allesya Danielle itu bukan main-main. Sungguh, dia nampak ketidakselesaan kawan baiknya itu bersama tok wan.

Jangan khuatir, Allesya.

Aku akan sentiasa dengan kau cuma maafkan aku kalau aku lambat selamatkan kau. Tapi aku akan cuba sedaya upaya aku. Jadi, kau jangan khuatir.

Tok! Tok!

Allesya Danielle agak tersentak mendengar ketukan di pintu bilik pejabatnya. Dia mengangkat pandangannya memandang ke arah pintu.

“Allesya..,” gerangan yang mengetuk pintu bilik itu akhirnya membuka pintu dari luar dan melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Allesya Danielle terbangun apabila melihat sosok tubuh Megat Danish yang kini menghampirinya.

Pipinya yang dibasahi air mata itu lekas dikesat laju.

“Tuan Danish nak apa?,” secepatnya Allesya Danielle menyoal sambil membalas pandangan Megat Danish yang kini sudah berada dihadapannya.

Megat Danish hanya mendiamkan diri sekejap dan membalas pandangan Allesya Danielle.

“Allesya stop pretending with me,” tutur Megat Danish lembut.

Allesya Danielle yang mendengar itu tersenyum kecil.

“Tuan Danish..,”

“I know, mummy saya dah sakitkan hati awak. Dah malukan awak..,” tutur kata Megat Danish itu sungguh meruntun jiwa Allesya Danielle. Sudah lama Megat Danish tidak menuturkan kata-kata lembut seperti itu.

“Tapi jujur saya katakan, saya betul-betul ikhlas nak jadikan awak isteri saya dari dulu lagi, Allesya. Dari dulu lagi cuma masa tidak mengizinkan. But now I think this is a right time for us,” sebak Megat Danish menuturkan kata itu.

Allesya Danielle yang mendengar itu seperti tidak percaya lalu dia tersenyum kecil.

“Awak lupa ke, Danish? Awak dah bertunang tau mana mungkin saya dengan awak,” agak tegas Allesya Danielle menegakkan kenyataan.

“Pertunangan tu ye memang atas kerelaan saya tapi masa tu sebab saya nak lupakan awak that why I engaged with Danisha,” jujur Megat Danish memberitahu.

“Then, teruskan pertunangan tu dan lupakan saya. That it’s!,”

“You know, I can’t!,” kini giliran Megat Danish bertegas.

Allesya Danielle terdiam sekejap dapat dia rasakan dirinya sudah diselubungi sebak.

“Allesya… I want with you together,” sekali lagi Megat Danish memujuk.

“Danish… please. Saya dah tak boleh dah hidup macam ni. Boleh tak awak teruskan hidup awak dan saya teruskan hidup saya?,” kata putus Allesya Danielle agak tegas.

Namun bukan itu hatinya meminta.

Megat Danish yang mendengar itu terus tertawa kecil.

“Okay, if that you want,” kata putus Megat Danish itu mengejutkan Allesya Danielle. Bukan jawapan itu yang ingin dia dengari, dia membalas pandangan Megat Danish yang mula berubah itu.

“Tapi kau kena ingat satu perkara lah jangan pernah salahkan aku kalau aku paksa kau buat semua tu!,” ugutnya penuh sinis.

Jujur, Allesya Danielle terkejut melihat perubahan Megat Danish itu.

“Danish..,”

“Kenapa? Terkejut aku berubah?,” soalnya sinis sambil melangkah mendekati Allesya Danielle.

Allesya Danielle seperti tidak percaya dan tidak mengenali lelaki di hadapannya sekarang. Jujur, Allesya Danielle takut.

PUAN Sri Misha yang melangkah masuk ke dalam kediaman suaminya itu terus dihampiri oleh Datin Sri Sophea yang sudah menunggu lama.

“How it is Misha? I know Danish masih nak teruskan pertunangan dengan Isha kan?,” soalnya dengan penuh harapan. Puan Sri Misha yang masih bengang itu memandang wajah kawan baiknya itu.

“I’m sorry, Sophea. Danish tetap dengan keputusan dia. Dia masih nak teruskan hubungan dia dengan perempuan tak tahu malu tu,” luah Puan Sri Misha dengan nada kecewanya.

Datin Sri Sophea yang mendengar itu agak terkejut dan kecewa.

“Idruz pun tak boleh nak buat apa. You tahukan Danish kalau nak yang tu dia akan pastikan dia dapat juga walau apa-apa pun cara. I know perkara ni akan jadi..,” ujar Puan Sri Misha kecewa.

“I geram betul lah dengan perempuan tak tahu malu tu! I tahulah yang Danish tu cintakan Isha takkanlah Danish boleh putuskan pertunangan macam tu je!,” bentak Datin Sri Sophea geram.

Puan Sri Misha melepaskan keluhan beratnya.

“How about Isha?,” soal Puan Sri Misha khuatir.

“I don’t know sebab after Danish putuskan pertunangan tu je Isha banyak diamkan diri,” beritahu Datin Sri Sophea agak risau.

Puan Sri Misha yang mendengar itu hanya mendiamkan diri kerana pelbagai rancangan yang ingin dia aturkan.

DANISHA yang masih duduk di birai katilnya itu terus menguak rambut panjangnya ke belakang. Dia masih tidak percaya bahawa Danish akan mengotakan janji dua tahun lepas.

Janji dia akan kembali kepada Allesya Danielle satu hari.

Kejadian pagi tadi dia ingati bermain di fikirannya…

“I’m really sorry, aunty. Danish memang tak boleh nak teruskan pertunangan ni lagi. But I really sure, Isha tahu kenapa I putuskan pertunangan ni,” beritahu Megat Danish kepada Datin Sri Sophea sambil cincin pertunangan di jari manis itu ditanggalkan dan diberi semula kepada keluarga belah perempuan.

Danisha yang menghampiri ruang tamu dengan senyuman itu terhenti langkahnya malah senyuman dibibirnya juga mati apabila mendengar kata putus itu.

“Abang..,” panggil Danisha dengan nada kecewanya sambil kakinya melangkah menghampiri Megat Danish dan ibunya, Datin Sri Sophea.

Megat Danish terus membalas pandangan Danisha yang sudah bergenang air mata di tubir mata itu lalu mula bangun berdiri.

Perasaan sebak mula menyelubungi dirinya.

“Isha tahukan perkara ni akan terjadi? You know why..,”

“Abang..,” Danisha masih lagi kecewa seakan tidak percaya perkara yang dia rasakan tidak akan terjadi akhirnya akan terjadi.

Megat Danish melangkah menghampiri Danisha lalu kedua-dua tangan Danisha diraih perlahan.

“I love her so much and you know that. Thank you, Isha sebab bagi abang peluang rasa bahagia dengan Isha walaupun sekejap,” tutur kata Megat Danish ikhlas.

Danisha yang mendengar itu menundukkan wajahnya ke bawah sambil menggelengkan kepalanya sekejap apabila akhirnya air matanya jatuh membasahi pipinya.

“Isha..,” panggil Megat Danish lembut.

Jujur dia juga tidak boleh melihat Danisha menangis seperti ini tapi dia perlu demi mendapatkan kembali cinta Allesya Danielle.

“Tapi Isha cintakan abang. Isha bahagia dengan abang selama dua tahun ni,” ujarnya diselangi dengan tangisannya sambil dia mengangkat pandangan membalas pandangan Megat Danish.

“Kan abang dah kata jangan jatuh cinta dengan abang selama kita bertunang ni. Because you know this will happen, right? You know our engagement..,”

“Siapa je tak jatuh cinta dengan abang? Isha pun ada hati dan perasaan lah abang!,” tutur Danisha mempertahankan dirinya sendiri sambil kedua-dua tangannya yang berada di genggaman Megat Danish itu dilepaskan kasar.

Dia sudah tidak peduli jika dia menangis di hadapan Megat Danish.

“Isha, please faham abang..,”

“Abang pun kena faham tentang hati dan perasaan Isha juga!,” bentak Danisha geram.

Megat Danish agak kecewa dengan kelakuan Danisha itu tidak seperti yang dia jangka kan.

“Aunty, Danish tetap dengan keputusan Danish. Danish nak putuskan pertunangan ni,” kata putus Megat Danish sambil memandang ke arah Datin Sri Sophea.

“Ibu..,” Danisha mengharapkan bantuan dari ibunya, Datin Sri Sophea.

“Isha please! Don’t be like childish. You know why abang putuskan pertunangan ni so jangan nak harapkan apa-apa daripada abang,” tegas Megat Danish yang masih dengan
keputusannya.

“Okay, fine! Kalau itu abang nak, dipersilakan. Isha dah tak peduli dah!,” kata putus Danisha penuh dengan emosi lalu terus melangkah pergi dari ruang tamu itu dan berlari mendaki tangga menuju ke ruang tingkat atas.

“Danish, aunty harap Danish boleh fikirkan balik tetang perkara ni,” pujuk Datin Sri Sophea.

“No, aunty. Danish tetap dengan keputusan Danish sendiri. I’m really sorry, I need to go,” nekad Megat Danish lalu terus meminta izin pergi.

Datin Sri Sophea hanya membiarkan dengan perasaan kecewanya.

“Argghhhhhhh!!,” teriakan Danisha di dalam bilik di ruang atas itu mengalih perhatian Datin Sri Sophea.

Datin Sri Sophea dengan rasa khuatir itu terus melangkah mendaki tangga ke ruang atas sambil memanggil nama anaknya itu. Cuba memulas tombol pintu bilik anak itu namun terkunci.

“Danisha?!,”

“Tolong lah ibu! Let me be alone!,” teriak Danisha dari dalam lalu dia meneruskan tangisannya yang teresak-esak. Danisha yang masih mengingati peristiwa itu terus diselubungi dengan perasaan sebaknya.

Sekali lagi, Danisha mengingati peristiwa pertama kali mereka berdua berjumpa di University of British Columbia, Canada.

Ya, Danisha merupakan pelajar junior di sana manakala Megat Danish merupakan pelajar senior kelas pertama yang agak terkenal.

Danisha yang sedang melangkah mengikuti pelajar junior yang lain untuk memasuki ke dalam dewan itu tersenyum bangga apabila di lehernya tersangkut kad pelajar junior University of British Columbia.

Akhirnya impian untuk belajar di universiti terkenal ini tercapai. Sekumpulan pelajar baharu itu termasuk Danisha mula berjalan memasuki ke dalam dewan orientasi.

Mereka disambut mesra oleh pelajar-pelajar senior yang telah ditugaskan.

Danisha hanya mengukirkan senyumannya dan membalas pandangan pelajar-pelajar senior yang menyambut mereka itu lalu matanya melihat dewan ikonik itu.

Mereka diminta untuk duduk di atas kerusi yang disediakan. Danisha hanya turuti.

“Hey, beautiful!,” tegur seorang wanita berkulit gelap dan berambut kerinting yang berada di kerusi yang bersebelahan denganya.

Danisha berpaling ke sebelahnya dan mengukirkan senyuman manisnya.

“Hey!,” balas Danisha riang.

“I’m Ghina from UK,” wanita itu mula mengeluarkan tangan kanannya untuk berjabat.

“I’m Danisha from Malaysia,” beritahu Danisha sambil membalas huluran tangan kanan itu dan mereka berjabat tangan sekejap.

“I thought you from here because you exactly like them,” Ghina memuji yang membuatkan Danisha tersenyum manis.

Ya, dia tahu dia tidak sedikitpun kelihatan seperti orang melayu Malaysia lebih ke arah genetik ayahnya yang merupakan warga Canada.

Namun jujur dia berbangga menjadi orang melayu dari Malaysia.

“I know because my father side from here and my mom Malaysian,” beritahu Danisha.

“Wah, it was interesting love story,” balasnya riang.

Perbualan mereka terhenti sekejap apabila majlis orientasi pelajar junior sudah bermula dengan ucapan pembuka majlis dari pengacara majlis dan beberapa pegawai tinggi universiti swasta ini.

Danisha begitu fokus mendengar ucapan itu namun matanya terarah seorang pelajar senior yang duduk satu barisan dengan para pegawai tertinggi universiti di atas dewan itu.

Seorang lelaki yang tinggi lampai, berkulit agak cerah dan segak berpakaian baju korporat universiti.

Dalam sibuk matanya memerhati lelaki itu tetiba lelaki itu bangun berdiri dan berjalan ke arah pengerusi majlis untuk memberi ucapan sepatah dua kata.

Kerana keasyikkannya memandang, dia tidak mendengar pengacara majlis menjemput lelaki itu untuk berucap.

Lelaki itu berdeham kecil sebelum memulakan ucapannya.

“Asalamuailaikum and good morning to..,” lelaki itu mula berucap dan agak mengejutkan Danisha kerana tidak menyangka lelaki itu merupakan penganut agama islam.
Danisha tersenyum kecil.

Lelaki itu mula mengangkat pandangan memandang wajah-wajah pelajar junior dan Danisha cuba untuk menangkap pandangan itu namun tidak berjaya.

“Firstly, let me introduce myself. I’m Megat Danish Bin Megat Idruz from Malaysia and I stand here as The President of the Student Representative Council for this session would like to welcome to all of you to the University of British Columbia!,” ucapnya dengan nada bersemangat yang mendapatkan tepukan gemuruh di seluruh dewan ikonik itu.

Danisha sedikitpun tidak bertepuk tangan kerana terkejut lelaki yang dari tadi diperhatikan itu merupakan orang Malaysia malah merupakan Yang Di-Pertua Agong Majlis Perwakilan Pelajar.

Sungguh membanggakan!

Danisha tersenyum manis apabila dia berjaya menangkap pandangan Megat Danish terarah ke arahnya walaupun sekejap sudah cukup membuatkan Danisha bahagia.

Matanya sungguh tidak teralih sedikitpun dari memandang Megat Danish. Namun sayang, lelaki itu sedikitpun tidak memandang ke arahnya semula.

Sudah berpunya atau tidak agaknya lelaki yang bernama Megat Danish itu? Danisha tertanya-tanya dan ingin sekali dia mengenali lebih mendalam tentang lelaki itu.

Sejak itu, Danisha memberanikan diri untuk mendekati Megat Danish walaupun pada permulaannya agak susah namun dengan usaha gigihnya dia berjaya.

Cuma dia dimaklumkan bahawa Megat Danish sudah berpunya namun wanita itu menghilangkan diri.

“Isha, abang cuma minta Isha jangan harapkan sangat hubungan kita ni lebih jauh and Isha tahu kan kenapa abang bertunang dengan Isha? Isha ingatkan syarat pertunangan kita apa?,” soal Megat Danish lembut.

Danisha mengganguk kecil.

Dia tahu kerana disebabkan wanita yang bernama Allesya Danielle itu muncul kembali dalam hidup Megat Danish membuatkan impiannya untuk menjadi isteri kepada Megat Danish musnah.

Namun, dia perlu mengingatkan dirinya sendiri tentang tujuan asal pertunangan itu. Dia sangkakan dia mampu membuatkan Megat Danish jatuh cinta dengannya namun tidak berjaya.

Perasaan cinta Megat Danish terhadap Allesya Danielle terlalu kuat dan pertunangan itu hanya sekadar untuk membahagiakan dirinya sekejap.

Megat Danish cintakan Allesya Danielle.

Danisha perlu redha tentang takdir yang tertulis untuknya.

Jujur dia juga mencintai Megat Danish dari dua tahun lepas namun cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.

Mencintai tidak semestinya untuk dimiliki malah memerlukan pergorbanan.

Itulah takdir yang tertulis untuk Nur Danisha.

Kalau korang lah kan akan menyebelahi pihak yang mana satu? Allesya ataupun Isha? Nak tengok teaser or any inquiries on my ig @rifiyasfas_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience