ALLESYA yang dari tadi berjalan di bahu jalan sebaik habis waktu pejabat itu berhenti seketika. Dia menanggalkan kasut tumit tingginya apabila terasa tumit kakinya sakit mungkin kerana melecet entah berapa jam dia berjalan seorang diri di bahu jalan itu.
Dada langit yang sudah bertukar warna gelap itu dipandang. Nasib baik, malam ini suaminya itu tidak berada di rumah kerana ada temu janji makan malam dengan client.
Tapi, Allesya sempat memberitahu suaminya melalui mesej dengan mengatakan dia keluar berliburan dengan Soffiyya malam ni.
Walaupun sebenarnya tidak pun. Dari balik pejabat tadi, Allesya masih tidak pulang ke rumah suaminya itu. Cukuplah, malam ini dia ingin bersendirian.
Dia sendiri tidak pasti suaminya itu membenarkan atau tidak kerana telefonnya kehabisan bateri.
“Maafkan saya, Danish,” sebutnya perlahan.
“Allahuakhbar! Allahuakhbar..,” kedengaran azan berkumandang dari sebuah surau berdekatan membuatkan Allesya menoleh pandangannya ke sebuah penempatan kecil yang terletak di hujung Bandar Kuala Lumpur.
Kaki Allesya melangkah perlahan-lahan menuju penempatan itu.
DANISH yang baru selesai berjumpa dengan clientnya di sebuah restoran itu terus melangkah menghampiri keretanya yang diparkir di hadapan restoran.
Malam ini, Danish yang memandu keretanya sendiri kerana Jack mempunyai urusan lain.
Sebelum dia membuka pintu keretanya itu, Danish mengeluarkan telefonnya terlebih dahulu lantas membuat panggilan telefon dengan isterinya. Dia tidak sempat membalas mesej isterinya tadi.
Sementara menunggu panggilannya dijawab, Danish membuka pintu keretanya lalu melangkah masuk ke dalam perut kereta. Masih menunggu panggilannya untuk dijawab.
Ringing…
“The number you have called can’t be reached. Please try again,”
Danish mengerutkan dahinya lalu sekali lagi mencuba.
“The number you have called can’t be reached. Please try again,”
Danish lekas mematikan panggilan itu.
Jam yang sudah
menunjukkan waktu tengah malam itu dipandang di skrin telefon. Mungkin isterinya itu sudah pulang dan tidur. Danish terus menghidupkan enjin keretanya.
Dia perlu segera pulang ke rumah.
ALLESYA yang baru melangkah masuk ke dalam rumah suaminya itu terus memandang ke arah suaminya yang dari tadi menunggu kepulangannya di ruang tamu. Danish yang cuba mengawal kesabarannya itu terus bangun berdiri.
“Where have you been, Allesya?,” soal Danish tegas ingin tahu.
“Kan saya bagitahu tadi saya keluar dengan Soffiyya,” Allesya menjawab basa-basi lalu kakinya ingin diatur menuju ke bilik namun terhenti apabila suaminya itu kembali bersuara.
“Sampai bila awak nak tipu saya, Allesya?,” soal Danish lagi.
Allesya terus menoleh memandang suaminya.
“Eh aku sumpah malas nak layan kau tau tak? Aku penat, aku nak rehat!,” Allesya mula memberontak kasar lalu terus mengatur langkah menuju ke bilik.
Namun belum sempat tangannya membuka pintu bilik, tangannya direntap kasar oleh Danish.
“Kenapa kurang ajar sangat ni?,” soal Danish lagi dengan tegas.
“Lepaskan tangan aku lah!,” Allesya cuba melepaskan tangannya namun tidak berjaya apabila suaminya itu makin mengeratkan genggaman di tangannya.
Allesya tergelak sinis.
“Apa yang kau nak sebenarnya ni?,”
“Allesya, jaga percakapan tu!,” tegas Danish menegur isterinya itu.
“Asal? Kau fikir bila kau jadi suami aku, aku kena hormat kau? Perkahwinan kita ni hanya atas kertas, jadi tolong jangan nak berangan sangat!,” tegas Allesya lalu terus melepaskan tangannya dan dia berjaya.
Kelihatan Danish hanya diam kerana tidak menyangka isterinya itu akan menganggap perkahwinan mereka hanya atas kertas sedangkan dia tulus mencintai isterinya dari dahulu lagi.
Apa yang membuatkan isterinya itu berubah?
“Oh ya lagi satu, dari dahulu sebenarnya aku nak tanya. Kenapa kau tak balas dendam je dekat aku dulu? Aku yang buli kau dulu kan? Apalagi kau tunggu? Aku dah depan mata kau,” Allesya menyoal sinis dan sengaja mencabar kesabaran suaminya itu.
“Ke kau masih tergila-gilakan aku sebab tu kau rampas aku dari Shah kan!,” tuduh Allesya geram. Mendengar itu, Danish terus menampar pipi kanan isterinya.
“Jangan nak kurang ajar sangat mulut tu! I’m still your husband and you need to respect!,” tegas Danish mengingatkan.
Allesya yang mendengar itu terasa kosong.
“Haven’t you hurt me enough, Danish? Why don’t you just stick a knife in my heart and get it over with?,” soal Allesya yang sudah diselubungi perasaan sebak, perit sakit pipinya itu tidak mampu menandingi sakit hatinya.
Kakinya itu terus diatur melangkah masuk ke dalam bilik. Terpejam sekejap mata Danish dibuatnya apabila pintu biliknya itu dihempas kuat oleh Allesya.
Tapak tangan kanannya yang sudah menampar pipi isterinya itu dipandang.
Am I so evil?
KEESOKKAN PAGINYA,
Danish yang kelihatan lebih tegap dan maskulin dengan berpakaian formal Vest Suit Slim Fit Tuxedo Waistcoat Coat berwarna coklat jenis ‘weathered expresso’ serta berkemeja putih di dalam lalu dikemaskan dengan tali leher bercorak ‘stripe coklat putih senget’ dan seluar slack mengikut warna vestnya digayakan itu terus melangkah keluar dari biliknya.
Kotnya yang juga warna sama seperti vestnya itu disangkut ke lengannya. Kakinya di atur menuju ke ruang meja makan.
Namun, kosong.
Dapurnya juga kelihatan kemas menandakan isterinya itu tidak memasak ‘sarapan pagi’ untuknya.
“Still nak merajuk lagi ke?,” soal Danish hairan.
Sudah menjadi kebiasaan untuknya sarapan pagi, kalau tak penyakit gastriknya akan kembali sejak dia menjalani pembedahan appendix tahun lepas.
Akhirnya, Danish menyangkut kotnya di kerusi meja makan.
Kedua-dua lengan kemeja putihnya itu dilipat sehingga ke siku sambil kaki diatur melangkah ke ruang dapurnya. Danish sedikitpun tidak kelihatan kekok memegang alat dapur apatah lagi hanya untuk menyiapkan sarapan pagi.
Tapi, ‘English Breakfast’ jelah mampu.
Baginya, itu mudah sahaja.
Jadi, dia tidak akan kebulur atau kelaparan kalau isterinya itu masih dalam mood merajuk sampai sarapan pagi untuk suami sendiri pun tak nak buat.
Danish sendiri tidak pasti sampai bila isterinya itu ingin merajuk dengannya.
ALLESYA yang sudah bersiap untuk ke pejabat itu terus mengatur langkah keluar dari biliknya sebaik pintu bilik dikutup rapat. Dia mengerling waktu di jam tangannya.
Jam sudah menunjukkan hampir pukul 9 pagi.
Dia pasti suaminya itu sudah ke pejabat awal pagi tadi. Dia sengaja bangun lambat untuk tidak berselisih dengan suaminya. Nanti boleh buat moodnya barai lagi.
Allesya memandang ke arah dapurnya yang kelihatan kemas dan bersih menandakan dapurnya itu tidak disentuh oleh sesiapa.
Jadi, suaminya itu tidak bersarapan.
Lantaklah. Mana tahu dia dah breakfast dekat luar entah-entah dengan Isha. Allesya membuat spekulasi sendiri lalu terus melangkah keluar dari rumah. Sejak dia bertemu dengan Shah semalam, moodnya terus barai.
ALLESYA yang baru selesai menghadiri mesyuarat bersama dengan ahli-ahli kewangan syarikat yang diketuai oleh Encik Isa sebagai Ketua Eksekutif Kewangan itu terus dihampiri oleh setiausaha suaminya, Nur Fasha.
“Kenapa Fasha?,” soal Allesya khuatir melihat Fasha turun naik mengawal pernafasan sebaik menghampirinya yang baru melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu.
“Puan Danielle, Tuan Danish..,” Fasha masih cuba mengawal pernafasannya.
Berkerut dahi Allesya dibuatnya apabila nama suaminya disebut.
“Kenapa?,” Allesya sudah risau.
“Tuan Danish sakit gastrik dekat atas, Tuan Danish minta saya panggilkan Puan Danielle,” akhirnya Fasha dapat memberitahu tujuan asalnya menemui isteri majikannya itu.
Allesya yang mendengar itu terkejut terus dia menyerahkan fail dokumen yang dipegang olenya itu kepada Fasha dan meminta letakkan fail itu di dalam biliknya.
Fasha hanya turuti lalu memandang langkah laju yang diatur oleh Allesya menuju ke ruang lif.
Fasha tersenyum.
“Dengan aku sekali terjebak lah,” Fasha menggelengkan kepalanya lalu melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Allesya untuk meletakkan fail itu di atas meja seperti yang diminta.
“Danish?,” panggil Allesya sebaik dia menguak pintu bilik pejabat suaminya itu. Dia mencari kelibat suaminya di ruang sekeliling bilik itu dan matanya terarah ke sosok tubuh suaminya yang terbaring di atas sofa.
Terus cepat Allesya menutup pintu itu rapat lalu kakinya cepat diatur menghampiri suaminya yang sedang menutup mata agar dapat menahan kesakitan.
“Awak..,” panggil Allesya yang sudah duduk melutut di sisi sofa. Dahi suaminya yang sedang berkerut menahan kesakitan itu dipegang lembut.
“Danish..,” panggil lembut Allesya agar suaminya itu membuka mata.
Mendengar namanya dipanggil, Danish membuka mata. Matanya memandang wajah jelita isterinya itu yang jelas terpancar kerisauan.
“Sakit..,” Danish menekan perutnya yang membuatkan Allesya makin risau. Tidak semena-mena air matanya jatuh membasahi pipi kerana tidak sanggup melihat keadaan suaminya yang sedang menahan kesakitan.
“Awak dah tahu ada gastrik ni kenapa tak makan tadi?,” luah Allesya diselangi dengan tangisan sambil bahu suaminya itu ditampar lembut yang membuatkan Danish lekas memandang isterinya yang sedang menangis itu.
“Dah awak tak buat sarapan untuk saya, mana saya nak makan?,” jawab Danish selamba sengaja ingin membuatkan Allesya makin rasa bersalah.
Allesya yang mendengar itu makin membuatkan tangisannya menjadi teresak-esak. Sungguh, dia rasa bersalah.
Danish yang tidak sanggup mendengar tangisan Allesya itu terus menukar posisi baring ke posisi duduk lalu kedua-dua rahang muka isterinya itu dipegang lembut dan jari jemarinya lekas menyeka air mata isterinya.
“Awak ni menangis pun cantik,” puji Danish dengan senyuman namun bagi Allesya, suaminya itu sengaja ingin mengusiknya.
Orang tengah menangis ni!
“Awak ni!,” Allesya geram.
“Dah-dah. Awak kalau menangis macam ni bukan boleh hilang gastrik saya ni. Awak pergi ambil maggi cup ke dekat pantry tu at least perut saya tak meragam,” pinta Danish lembut. Allesya yang mendengar itu mengerutkan dahinya.
“Takkan awak nak makan maggi pula?,”
“Pastu awak nak masak untuk saya ke dekat pantry tu?,” soal Danish kembali.
“Dekat pantry tu mana ada dapur!,” geram Allesya dibuatnya.
“Dah tu? Ambil je maggi untuk saya. Cepatlah, sayang… Sakit sangat ni,” Danish merungut manja sambil sengaja perut itu ditekan-tekan agar lakonannya itu berjaya.
“Yelah-yelah, kejap,” Allesya akur dengan permintaan suaminya itu lalu dia bangun berdiri dan melangkah keluar dari bilik untuk menuju ke ruang pantry di tingkat 13 itu.
Melihat isterinya itu sudah keluar, Danish tersenyum lebar sampai ke telinga.
Yes! Rancangannya bersama dengan Fasha itu menjadi!
Terus dia mencapai telefonnya dan ucapan terima kasih dihantar melalui mesej di aplikasi ‘whatsapp’.
Fasha yang baru menuju ke ruang lif itu tersenyum melihat mesej majikan itu dan dibalas dengan ucapan ‘sama-sama’.
“ALLESYA?,” soal Shah sebaik memasuki ruang pantry itu. Allesya yang sedang menunggu air panas ‘coway’ itu masuk ke dalam maggi cup terus berpaling ke arah suara itu.
“Buat apa dekat sini? Haik pepagi makan maggi?,” soal Shah kehairanan sebaik menghampiri Allesya. Allesya yang memandang abang iparnya itu hanya tersenyum tawar.
“Danish gastrik,” ringkas sahaja Allesya menjawab.
“Kat rumah tak breakfast ke?,” soalnya lagi ingin tahu.
Allesya hanya diam apabila malas ingin menjawab pertanyaan abang iparnya.
“Auchh,” Allesya yang tidak perasan air panas itu sudah memenuhi ruang ‘cup’ itu terus mengadu kesakitan yang membuatkan maggi cup itu terlepas dari genggamannya.
Terpanar Allesya dibuatnya melihat maggi itu tumpah di lantai.
“Ya Allah, Allesya,” Shah terkejut lalu terus tangan Allesya yang melecur itu terus dibawa ke singki dan air paip yang agak diingin itu dicurahkan ke tangan sekurang-kurangnya dapat melegakan.
“Sakit… Sakit,” gadu Allesya menahan kesakitan apabila tangannya yang melecur itu digosok perlahan dengan air paip.
“Kenapa cuai sangat ni? Kan dah melecur dah kulit ni,” bebel Shah yang masih menggosok perlahan tangan Allesya dengan air paip.
Allesya hanya mampu menahan kesakitan dengan mengetap bibirnya.
Sungguh sakit.
“Allesya?,” suara garau Danish dibelakang itu terus membuatkan Allesya dan Shah lekas berpaling ke belakang.
Allesya yang membalas pandangan suaminya itu terus menarik tangannya yang berada digenggaman Shah.
Share this novel