BAB 44

Romance Completed 21483

SHAH yang sibuk menyiapkan kerja pejabatnya itu terus mengangkat pandangannya ke arah pintu pejabatnya apabila dikuak dari luar oleh seseorang.

Seseorang yang dia tidak ingin untuk berjumpa buat masa sekarang. Hatinya sakit apabila mengingati kejadian semalam.

“Keluar dari bilik aku sekarang,” tegas suaranya menghalau Allesya. Allesya yang mendengar hanya melangkah menghampiri meja pejabat Shah.

Pandangan tajam Shah itu hanya dibalas dengan pandangan sayunya. Meminta agar Shah memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan apa yang berlaku.

Shah membuat wajah tidak berpuas hati.

“Shah, bagi I peluang untuk jelaskan..,”

“Jelas apa lagi?!!,” pen yang dipegang olehnya itu dihentak kuat atas meja pejabatnya cukup membuatkan kedua-dua bahu Allesya tersentak.

Air matanya yang dari tadi berkumpul di tubir matanya akhirnya jatuh membasahi pipinya.

Shah mula bangun berdiri lalu dia melangkah laju menghampiri Allesya.

“Aku dah tak nak tengok muka kau lagi!,” lengan Allesya terus dia genggam kuat lalu dia tarik menuju ke pintu bilik pejabatnya. Allesya meronta untuk dilepaskan.

“You bagi I peluang untuk jelaskan! I dengan Danish..,”

“Cukuplah, Allesya! Aku tak nak dengar lagi! Sekarang ni kau keluar..,” Shah yang baru sahaja ingin membuka pintu pejabatnya itu terus tak menjadi apabila Allesya terus memeluk tubuhnya.

Erat.

Allesya menangis di pelukannya.

“I minta maaf. Jangan benci I, please!,” rayu Allesya lagi.

Shah yang mendengar itu terus melepaskan pelukan Allesya secara kasar sehingga membuatkan Allesya terundur ke belakang.

“Perempuan macam kau ni memang sepatutnya dari dahulu lagi aku benci. Lagipun apa je aku boleh harap dengan perempuan jijik macam kau ni? Kau tu pun bekas tokwan aku jelah!!,” tempelak Shah penuh amarah dan sinis.

Allesya yang mendengar itu terkilan. Hatinya bagai dicarik-carik kasar. Peristiwa hitam yang pernah berlaku pada dirinya itu benar-benar diungkit kembali oleh Shah.

“Sampainya hati..,”

“Kau fikir aku bodoh sangat ke nak pasang niat untuk kau jadikan isteri aku? Aku cuma gunakan perempuan jijik macam kau untuk dapatkan apa yang aku nak daripada Danish! Apa yang lurus bendul sangat kau ni!,” Shah yang meluahkan rasa amarahnya itu juga terkejut dengan kata-kata yang terkeluar dari mulutnya.

Apabila marah mula menguasai diri beginilah jadinya.
Allesya yang mendengar itu turut terkejut. Lama dia membalas pandangan Shah.

Sungguh dia tidak pernah menyangka begini sekali Shah memperlakukan dirinya. Hanya dengan satu kesalahfahaman sahaja cepat Shah menghukumnya.

Tangan kanannya digenggam kuat.
Cuba menahan sabar.

“Kalau kau rasa kau dikhianati sekarang tak cukup kalau nak dibandingkan dengan apa yang aku rasa masa kau serahkan aku macam tu je pada Danish dan tokwan kau dulu! Kau sama je macam dulu, Shah! Tak sedikitpun berubah!,” tempelak Allesya meluahkan segala yang terbuku dalam hati.

Sudah lama dia pendam, tapi sebabkan rasa cinta.

Dia biarkan rasa dendam lamanya itu jauh dari menguasai dirinya.

Shah yang mendengar itu sungguh tidak menyangka sejauh itu Allesya mengungkit kesilapannya dahulu. Tapi memang wajar Allesya mengungkit segalanya. Apa yang terjadi pada Allesya 5 tahun lepas pun kerana disebabkan dia.

Dia sendiri yang serahkan Allesya pada arwah tokwannya dahulu. Sedikitpun dia tidak menolong.

“Kau cuma fikir apa yang kau rasa, Shah! Sedangkan apa yang kau buat pada aku dulu tak cukup dan kau tak mampu ganti harga diri aku yang tergadai pada malam tu!,” Allesya mula menangis. Sungguh hatinya makin sakit dan kecewa.

Allesya memejamkan matanya cuba mengawal rasa amarahnya. Lalu dibuka kembali. Air matanya masih tidak berhenti mengalir membasahi pipinya.

Dia menepuk perlahan dada kirinya. Sakit.

Shah yang baru tersedar keterlanjuaan kata-katanya itu baru sahaja ingin bersuara untuk memohon maaf namun tidak sempat apabila Allesya terus melangkah keluar dari bilik pejabatnya.

Shah rasa terkilan.

SOFFIYYA terus melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Adam apabila dia diminta untuk menunggu Adam yang sedang berada di luar pejabat.

Ada beberapa tapak projek yang Adam perlu datang melawat untuk melihat sebarang perkembangan.

“Encik Adam minta Cik Soffiyya tunggu dalam bilik ni sampai Encik Adam sampai,” Thalia menyampaikan pesanan daripada majikannya itu.

Soffiyya yang mendengar itu hanya menganggukkan kepalanya lalu dia mengucapkan ucapan terima kasih.

Thalia hanya mengukirkan senyumannya lalu dia melangkah keluar dari bilik pejabat majikannya itu.

Lalu kedua-dua matanya mula meliar memandang ruang bilik itu. Modern and minimalist, konsep yang digunakan oleh Adam untuk bilik pejabatnya. Hanya menggunakan dua warna iaitu warna putih dan hitam.

Soffiyya mengukirkan senyumannya.

Dia melangkah menuju ke ruang sofa. Punggungnya dilabuhkan. Lalu jam tangannya dikerling, jam hampir menunjukkan pukul 11 pagi. Mungkin sebelum pukul 12, Adam akan sampai di pejabat. Harap-harapnya begitu lah.

Telefonnya dicapai lalu dibuka beberapa aplikasi media sosial untuk menghilangkan kebosanannya.

“FASHA nanti you nak turun dekat tingkat 10 kan?,” soal Danish sambil menutup fail yang sudah dia turunkan tandatangan.

Lalu fail itu dia serahkan kembali kepada Fasha.

“Ha ah, Tuan Danish. Kenapa?,” soal Fasha ingin tahu sambil dia menyambut huluran fail daripada majikannya itu.

Danish yang baru menutup pen hitamnya itu terus mengangkat pandangan memandang setiausahanya.

“I nak minta you bagitahu dekat wife I yang I nak keluar lunch dengan dia kejap lagi,” Danish mula menitipkan pesanan. Fasha yang mendengar itu mula tersenyum lebar.

“Amboi macam tak boleh hantar message dekat whatsapp,” usik Fasha.

Danish yang mendengar usikan itu mula tersenyum.

“My wife tu tertinggal telefon dekat rumah that why I minta tolong you alang-alang you ada urusan dekat tingkat 10 tu,” beritahu Danish cuba mengawal malu apabila diusik oleh setiausahanya sendiri itu.

“Oh patutlah. Kalau macam tu, Tuan Danish tak perlu risau pesanan Tuan Danish akan I sampaikan pada Puan Allesya dengan selamat,” teruja Fasha apabila mendapat tugasan kecil itu. Danish hanya tersenyum lebar.

Setelah itu, Fasha terus meminta izin keluar dan Danish hanya membenarkan lalu dia kembali menyambung kerjanya yang perlu dia siapkan sebelum dia bercuti selama seminggu untuk berbulan madu dengan isterinya di Pulau Perhentian.

Pelbagai aktiviti menarik yang Danish ingin lakukan bersama dengan isterinya apabila tiba di Pulau Perhentian nanti. Hatinya sungguh tidak sabar.

Bibirnya itu tidak berhenti mengukirkan senyuman.

“KALAU tak ada apa-apa masalah yang serius boleh je you teruskan,” tutur Adam kepada beberapa jurutera yang sedang berdiri dihadapannya. Turut ada diantara mereka satu lembaran kertas manjung sebuah pelan bangunan.

“Kalau Encik Adam dah kata macam tu, kami ikutkan jelah,” salah seorang daripada mereka bersuara sebagai wakil bersetuju dengan arahan Adam itu. Yang lain hanya mengangguk kecil tanda bersetuju.

Adam tersenyum sambil dia menggulung kertas manjung itu lalu dia serahkan kepada salah daripada mereka itu.

“Encik Adam alang-alang dah masuk waktu rehat ni, jomlah lunch sekali dengan kami,” ajak salah seorang daripada mereka itu.

“Ye tak ye juga kan, tak sedar langsung nak masuk waktu lunch dah,” salah seorang daripada mereka baru tersedar.

Adam juga baru tersedar.

Lantas itu terus membuatkan Adam teringat tentang Soffiyya yang sudah lama menunggu di bilik pejabatnya. Dia ingin sekali untuk makan tengahari dengan stafnya, namun kesian pulak pada Soffiyya tunggunya lama-lama.

“Lain kali jelah, ni I ada nak jumpa someone. Dia dah lama tunggu I,” beritahu Adam itu membuatkan mereka agak kecewa namun mereka tahu sekali tentang kesibukan majikannya itu. Mungkin lain kali sahaja.

“Girlfriend eh Encik Adam?,” usik salah seorang daripada mereka. Adam menyimpul senyuman kecilnya.

“Boleh dikira macam tu lah,” tutur Adam itu membuatkan mereka berseloroh suka.

“Tak lama lagi kita makan nasi minyak Encik Adamlah ni!,” mereka menjerit keriangan. Suka mengusik majikannya itu. Adam yang mendengar itu mula diselubungi perasaan malunya.

“Dah dah korang kalau nak mengusik nombor satu, pergilah lunch sekarang,” arah Adam lembut cuba mengawal perasaan malunya itu.

“Ha sebelum tu,” Adam secepatnya mengeluarkan dompetnya lalu dikeluarkan beberapa not RM100. Lantas, diserahkan kepada salah seorang daripada mereka.

“Eh Encik Adam banyak sangat ni!.” terkejut mereka apabila menerima duit itu.

“Ambik jelah, disebabkan I tak boleh join lunch dengan korang so lunch korang saya belanja. Tu ajak sekali staf yang lain. Banyak tu saya bagi,” pesan Adam lalu dia memasukkan kembali dompetnya ke dalam poket seluar.

“Terima kasih, Encik Adam!,” serentak mereka mengucapkan ucapan terima kasih kepada majikannya itu.

Adam hanya mengangguk kecil.

“Kalau tak ada apa-apa I gerak dulu,” akhirnya Adam meminta diri untuk pergi. Kakinya mula melangkah keluar dari tapak projek sambil topi keselamatan dia tanggalkan.

Sebaik tiba di keretanya, dia melangkah masuk.

Enjin keretanya dihidupkan. Lengan kirinya yang dibalut dengan kain kasa itu dipandang. Entah macam mana pagi tadi seorang buruh yang sedang mengangkut besi itu tidak sengaja melanggarnya.

Terus besi yang diangkut itu terkena lengannya.

Banyak juga darah mengalir keluar tapi secepatnya Adam dibantu oleh para pekerjanya untuk menutup luka itu. Mujur ada peti pertolongan cemas di sana.

Dia tidak menyalahkan seratus peratus kepada buruh itu, dia juga jelas cuai kerana tidak berhati-hati.

Keretanya itu mula bergerak keluar dari perkarangan parkir itu. Entah kenapa hatinya tidak sabar untuk berjumpa dengan Soffiyya. Teruja sebenarnya. Haha.

FASHA yang baru selesai urusannya bersama dengan pasukan pemasaran syarikat itu mula melangkah menuju ke ruang bilik Allesya.

Ingin dia sampaikan pesanan daripada majikannya.

Pintu bilik itu diketuk terlebih dahulu lalu dia menguak pintu itu sendiri. Berkerut dahi Fasha apabila matanya tidak melihat kelibat isteri majikannya itu di dalam bilik.

Eh kemana pula Puan Allesya pergi?
Atas meja pejabat pun bersih sahaja.

Fasha kembali menutup pintu bilik pejabat lalu dia mula menghampiri beberapa staff yang duduk berdekatan dengan ruangan bilik Allesya itu.

Sebaik mendapat berita itu secepatnya Fasha menuju ke ruang lif. Danish yang masih fokus menyiap kerjanya itu terkejut apabila pintu bilik pejabatnya diketuk agak kuat.

Belum sempat Danish bersuara untuk membenarkan gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu masuk, pintunya sudah dikuak dari luar.

Fasha?

“Kenapa ni?,” soal Danish khuatir melihat wajah cemas Fasha itu.

“Puan Allesya tak ada dalam bilik, staff dekat sana bagitahu yang Puan Allesya dengan menangis-nangis terus keluar entah ke mana. Almost 1 hour dah,” bagitahu Fasha itu membuatkan Danish terkejut.

Dah 1 jam baru nak bagitahu ke?

Itu pun diberitahu sebab setiausahanya yang datang bertanya kalau tidak sampai bila-bila dia tidak tahu!

Danish cuba mengawal amarahnya.

Jika sebelum ini, dia dapat tahu bagaimana keadaan Allesya hanya dengan memerhati melalui rakaman CCTV. Namun disebabkan Allesya tidak suka, Danish terpaksa menyahaktifkan fungsi CCTV di dalam bilik pejabat isterinya itu.

Tiba-tiba, telefonnya berbunyi.
Danish memandang skrin telefonnya itu.

My wife. Lekas, Danish jawab panggilan itu.

“Allesya?,” cepat nama isterinya itu disebut.

“Danish..,” panggil Allesya dengan tangisan teresak-esak itu betul-betul membuatkan Danish terus bangun berdiri.

Sungguh, hatinya risau tentang keadaan Allesya. Fasha juga terkejut.

“Awak kenapa ni? Awak dekat mana sekarang ni?,” soal Danish ingin tahu, sungguh hati dan telinganya itu tidak sanggup mendengar tangisan isterinya kerana Danish dapat menerima rasa kesakitan yang dialami oleh Allesya.

“Saya dekat rumah..,”

DANISH yang meluru masuk ke dalam rumahnya itu terus memanggil isterinya. Matanya meliar mencari kelibat isterinya. Terkejut Danish dibuatnya apabila melihat isterinya itu tidak sedarkan diri di atas sofa di ruang tamu.

Berlari dia mendapatkan Allesya.

“Ya Allah, Allesya..,” kepala isterinya yang terletak di kepala sofa itu terus digenggam lembut. Wajah pucat isterinya itu dipandang.

“Allesya bangun Allesya!,” Danish cuba untuk menyedarkan isterinya. Kedua-dua belah pipi isterinya itu ditepuk perlahan.

“Allesya bangun,” Danish mula menangis mengharapkan isterinya itu bangun. Allesya yang mendengar tangisan suaminya itu perlahan-lahan membuka matanya.

“Danish..,” Allesya memanggil lembut.

“Awak kenapa ni? Kenapa jadi sampai macam ni sekali? Siapa buat awak macam ni?,” bertalu-talu Danish menyoal isterinya sambil matanya memandang helaian tisu bersepah di ruang lantai lalu kembali membalas pandangan Allesya.

Allesya yang masih membalas pandangan suaminya itu mula mengalirkan air matanya sekali lagi.

Kenapa dia sedikitpun tidak menyedari tentang cinta Danish terhadapnya. Setiap masa dan setiap saat suaminya itu risau kepadanya. Kenapa dari dulu lagi dia tidak mempertahankan cinta tulus Danish?

“Jangan menangis lagi sayang. It’s hurt me,” Danish turut menangis.

Allesya yang mendengar itu terus memeluk tubuh tegap Danish. Erat.

“Danish, maafkan saya. Maafkan saya!,” Allesya memohon maaf sambil dia menangis teresak-esak. Dia sedar terhadap keterlanjuaannya dan dosanya sebagai isteri.

Sungguh dia menyesal apa yang telah dia lakukan di belakang Danish selama ni.

Danish yang menerima pelukan itu hanya membalas dengan erat.

“Nothing to be sorry, Allesya,” ucap Danish perlahan sekadar memujuk. Namun dia hanya biarkan Allesya menangis di bahunya jika itu mampu membuatkan isterinya lega.

Lepaskan segala tangisanmu, Allesya.

Aku akan selalu tetap mendengar dan akan selalu berada di sampingmu. Itu janji aku pada kau, Allesya.

ADAM yang baru melangkah masuk ke dalam pejabatnya itu mula menghampiri ruang meja pejabat setiausahanya. Tiada kelibat Thalia di situ.

Mungkin sudah keluar untuk makan tengahari. Hati Adam tertanya-tanya adakah Soffiyya masih menunggu di bilik pejabatnya?

Kakinya terus melangkah menghampiri pintu pejabatnya. Ditolak pintu itu dan melangkah masuk ke dalam. Kelibat Soffiyya dicari di ruangan biliknya.

Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya apabila melihat Soffiyya sudah terlelap di atas sofa.

Soffiyya yang terlelap dengan posisi duduk simpul sambil kepalanya dilentokkan di kepala sofa itu, Adam dekati. Punggungnya terus dilabuhkan di sebelah Soffiyya.

Pandangannya sedikitpun tidak lepas memandang kedua-dua mata Soffiyya yang terkutup rapat. Lalu pandangannya jatuh perlahan-lahan memandang pakaian Soffiyya.

Berjubah labuh berwarna putih, berpurdah dengan shawl putih, stokin hitam dipakai untuk menutup aurat kakinya dan handsock berwarna putih juga dipakai untuk menutup tangannya jika terselak. Pakaiannya serba putih.

Sungguh sempurna untuk dijadikan isteri yang solehah.

Lalu pandangannya naik kembali ke wajah Soffiyya yang ditutupi sebahagian dengan kain purdah yang juga berwarna putih. Kedua-dua kening Soffiyya lebat terbentuk cantik itu membuatkan Adam tersenyum.

“Soffiyya,” panggil Adam lembut.

Hanya dengan satu panggilan itu telah membuatkan Soffiyya terjaga. Soffiyya yang masih mamai itu mula memandang kawasan sekitarnya.

Dia masih di bilik Adam. Dia mula mengeliat dan dia mengurut kejap tulang lehernya yang mula rasa sakit.
Mungkin posisi tidurnya tidak betul.

“Mana Adam ni dari tadi tunggu tak muncul-muncul. Ke dia tak nak jumpa aku?,” Soffiyya mula membuat andaian sendiri sambil dia mengerling jam tangannya.

Jam sudah hampir menunjukkan pukul 1:30 petang.

Adam yang dari tadi memerhati dan mendengar itu mengangkat kening kirinya apabila Soffiyya masih belum sedar tentang kehadirannya.

Dia tak nampak ke aku?

Adam mula bangun berdiri yang membuatkan Soffiyya yang mengangkat pandangan itu terkejut. Adam?! Sejak bila Adam dekat sini? Soffiyya cemas terus bangun berdiri.

Dia berdiri berhadapan dengan Adam.

“Puas dah membuta dalam bilik aku?,” soal Adam diingin.

“Maaf saya terlelap,” Soffiyya sumpah tak tahu macam mana nak tutup malunya!

“Ada apa kau nak jumpa aku?,” Adam terus menyoal tujuan sebenar Soffiyya.

“Saya nak bincang sikit dengan awak tentang ‘kita’,” Soffiyya teragak-agak untuk memberitahu.

Adam yang mendengar itu terus mengerutkan dahinya.

“Kita?,”

“MY Love,” panggil Danish sebaik melangkah masuk ke ruang tamu sambil dia menatang dulang yang diisi sebuah mangkuk bubur dan satu gelas air suam.

Allesya yang duduk bersandar di kepala katil itu mengukirkan senyumannya.

Sejak kejadian yang berlaku tengahari tadi membuatkan Danish mula memberikannya gelaran ‘My Love’. Jujur dia mula menyukai gelaran yang diberikan oleh suaminya itu. Danish mula melangkah menghampiri Allesya.

Dulang itu diletakkan di atas rak kecil yang terletak di sebelah katil mereka.

“How’s your feeling?,” soal Danish sambil menatap wajah isterinya.

“Better,” Allesya masih mengukirkan senyumannya.
Danish turut mengukirkan senyumannya.

“Good! So to make you feel more better and better you have to taste my ‘bubur’,” ujar Danish sambil mengangkat mangkuk bubur dari dulang.

Allesya memandang bubur yang dimasak oleh suaminya itu. Bau je dah sedap!

“Nak suap boleh?,” Allesya bersuara manja.

“Mengada!,” sengaja Danish mengusik sedangkan dia memang ingin menyuap isterinya. Allesya hanya mencebik lalu cepat dia membuka mulut.

Danish yang melihat itu tersenyum lebar lalu cepat dia mengacau bubur dengan menggunakan sudu.

Bibir sudu itu mula terisi bubur lalu dia meniup sekejap dan disua ke dalam mulut isterinya. Allesya yang cuba merasai bubur itu terus dia menelan cepat.

Dahinya mula berkerut untuk menelan rasa bubur itu.

Melihat reaksi Allesya itu membuatkan Danish kehairanan.

“Kenapa, my love?,” soal Danish ingin tahu.

Risau jika isterinya itu tidak menyukai bubur yang dibuat olehnya tadi. Allesya tersenyum nipis lalu dia mencapai mangkuk bubur yang berada di genggaman Danish.

“Meh saya pula yang suap awak,” pelawa Allesya lalu bibir sudu yang sudah terisi dengan bubur itu disua ke mulut suaminya. Danish yang membuka mulutnya lalu dia tekaknya mula merasa bubur itu.

Terus berkerut dahi Danish dibuatnya.

Masin! Cepat sahaja Danish mencapai gelas air suam itu lalu diteguk sikit untuk melegakan tekaknya.

Allesya yang memandang itu tergelak kecil.

“Kenapa tak bagitahu rasa bubur ni masin, my love?,” Danish malu.

“Masin sikit je awak. Masih boleh ditelan,” ujar Allesya lalu beberapa suapan bubur dia suakan ke dalam mulutnya.

Tak adalah masin sangat sebab masih boleh ditelan.

Terukir senyuman Danish melihat isterinya masih ingin menelan bubur masinnya hanya untuk menjaga hatinya.

How incredible are you, Allesya!

“Tak apalah, kita makan sama-sama okay? Saya suap awak, awak suap saya,” pinta Allesya lembut dan Danish hanya mengikuti.

Mereka bergilir-gilir menyuap satu sama lain.

ADAM yang baru melangkah keluar dari kamar mandinya itu cepat menggosok rambut basahnya dengan tuala kering. Kakinya dia dekati ke katilnya.

Adam merengus geram apabila dia tidak berhenti memikirkan tentang Soffiyya daripada tadi!

“Kau buat aku terikat dengan kau, Soffiyya!,” luah Adam menahan geram.

“Saya cuma minta awak tolong saya kali ni je, Adam. Just meet my parents and my brother, After that, just declare what have you said to Harraz,” Soffiyya merayu.

Adam yang dari tadi berdiri itu mula duduk di sofa.

“Kenapa sampai nak kena libatkan aku ni? Cakap jelah dengan parents kau yang aku ni main-main je, tak serious pun,” pinta Adam sambil dia memandang Soffiyya yang masih berdiri itu.

“Adam..,” Soffiyya merayu sambil air matanya mula jatuh ke pipi. Adam merengus kecil lalu dia bangun berdiri. Berdiri berhadapan dengan Soffiyya.

“I’m still love Allesya and I still hope she can be with me,” ujar Adam itu benar membuatkan hati kecil Soffiyya itu bagai dirobek-robek.

Entah kenapa dia masih mengharapkan cinta Adam, sedangkan Adam sendiri masih mengharapkan Allesya membalas cintanya?

“Aku takkan tolong kau untuk kedua kalinya, Soffiyya. Aku nak kau yang declare sendiri pada parents kau yang kau tak nak bersama Harraz. Beranikan diri untuk bagitahu perasaan kau sebenarnya,” tegas Adam menegur Soffiyya.

“My feelings towards you was real, Adam,” akhirnya Soffiyya meluahkan rasanya.

Tergamam Adam mendengar.

Soffiyya sendiri terkejut dengan apa yang diluahkan. Setelah bertahun-tahun lamanya dia menyimpan perasaan terhadap Adam, akhirnya terluah.

Di hadapan lelaki yang dia cintai dari zaman sekolah.

“That why, I really need your help. Kalau saya buat apa yang awak suruh tu confirm-confirm umi dan walid saya akan paksa saya kahwin dengan Harraz. Saya tak nak!,” Soffiyya mula menangis. Dia menangis di hadapan Adam.

Dia betul-betul tidak sanggup membayangkan jika dia perlu berkahwin dengan Harraz! Dia takkan benarkan dirinya untuk merasai rasa perkahwinan tanpa rasa cinta itu.

“Saya lebih rela pendam perasaan cinta saya pada awak walaupun saya tahu awak takkan rasa apa yang saya rasa. Saya tahu tu dan saya dah biasa pendam perasaan tu dari zaman sekolah lagi,” Soffiyya akhirnya meluahkan apa yang dia ingin Adam tahu.

Adam kehilangan kata-katanya.

“Tapi saya betul-betul tak nak berkahwin dengan Harraz, please tolong saya Adam,” Soffiyya benar-benar merayu. Adam memejamkan matanya sekejap cuba menenangkan diri.

“I’m sorry, Soffiyya. I still with my decision and what I feel,”

“Aku akan tetap tunggu sampai Allesya balas cinta aku. Aku minta maaf,” kata putus Adam itu sekali lagi membuatkan Soffiyya putus harapan.

Sia-sia dia menunggu Adam dari tadi, tapi sedikitpun Adam tidak mahu membantunya. Kau pun kurang bijak Soffiyya! Cinta pada orang yang tak mencintai kau!

“Okay,” nak tak nak Soffiyya perlu terima dan menghormati keputusan Adam.

Dengan keadaan hati dan perasaan disakiti, dia sendiri tidak tahu dia mampu untuk berjalan atau tidak.

Tapi dia tidak mahu meraih simpati Adam, dia kuatkan juga kakinya untuk melangkah keluar dari bilik pejabat Adam.

Adam mengeluh perlahan apabila dia mengingati kejadian petang tadi. Dia yang sudah tidak mahu fikir lagi tentang Soffiyya. Hatinya akan rasa cepat rasa bersalah.

Adam yang sudah bangun berdiri itu terus menuju ke meja kecil yang berada di sebelah katilnya.

Tangannya yang baru ingin mencapai telefonnya tidak menjadi apabila matanya memandang sebuah harmonica yang dia jumpai di atas sofa sebaik Soffiyya melangkah keluar.

Alat muzik harmonica itu dia capai dan dia pandang lama.

Terukir namanya di badan alat muzik harmonica itu.

Ya, itu miliknya dari zaman persekolahan lagi.

Dia tidak menyangka Soffiyya masih menyimpan barang pemberiannya. Sengaja Adam memberi harmonica kesayangannya itu kepada Soffiyya sebagai tanda perkenalan mereka pada 15 tahun lepas.

Setelah dia mengenali Allesya, dia semakin renggang dengan Soffiyya. Tapi sedikitpun Adam tidak pernah lupa tentang Soffiyya, setiap gerak geri dan pencapaian Soffiyya di sekolah sentiasa dia perhati dari jauh.

Soffiyya berasal dari keluarga yang berada jadi susah untuk lelaki dari keluarga miskin sepertinya itu untuk mendekati Soffiyya. Akhirnya, dia hanya berkawan dengan Allesya yang sama setaraf dengannya.

“NAK saya tolong tak?,” soal Allesya sebaik tiba di ruang dapur. Danish yang masih sibuk mencuci periuk yang digunakan tadi itu terus menoleh ke arah isterinya.

“Kenapa keluar juga ni? Kan saya minta awak duduk rehat dalam bilik,” bebel Danish diselitkan kerisauannya terhadap keadaan isterinya.

Allesya yang sudah menghampiri suaminya itu hanya pekakkan telinga. Dia mencapai periuk yang berada di dalam singki itu.

“Saya ni bukannya sakit pun, masih boleh berdiri, berjalan dan buat kerja lagi!,” balas Allesya sambil tangannya itu cepat membasuh periuk dan sudip kayu yang digunakan.

Danish yang menahan geram itu terus mencubit pipi kanan Allesya.

“Degil betullah, my love sorang ni!,”

“Sakitlah!,” gadu Allesya manja lalu dia ketawa kecil.
Danish turut tertawa kecil dan matanya masih tidak lepas menatap wajah cantik isterinya itu.

Akhirnya, apa yang ingin dia rasa selama ni tercapai. Rasa bahagia bersama Allesya adalah merupakan impiannya dari zaman sekolah lagi.

“Saya tahulah cantik tapi tak perlu lah tenung saya macam tu,” ujar Allesya cuba menutup perasaan malunya.

Kini, dia sedang membersihkan ruang sekeliling singki.

“Why not? Perkara yang halal,” ujar Danish masih tidak mahu melepaskan tatapannya pada wajah isterinya. Allesya yang mendengar itu tersipu malu, dia perlu segera melangkah keluar dari ruang dapur.

Risau perkara lain yang dilakukan oleh Danish nanti.

Allesya masih tidak bersedia.

Setelah itu, Allesya cuba berlagak biasa. Kedua-dua tangannya yang basah itu dia lap dengan kain bersih. Dia melihat kain itu membuatkan dia teringat peristiwa dia tidak sengaja memberi kain lap tangan itu kepada Danish.

“Mana kau dapat towel ni?,” soalnya tegas.

“Dekat fridge..,” Tersentak dan terhenti tutur katanya apabila majikannya itu membaling tuala itu di wajahnya.

“Kau giller ke apa bagi towel dapur dekat aku?! Rosak muka aku, kau siap!,” tempelaknya penuh amarah lalu mengatur langkah keluar dari ruang dapur sempat dia melanggar bahu kiri Allesya Danielle kuat.

Allesya tertawa kecil teringat peristiwa itu.

“You still remember, my love?,” dengan suara garaunya Danish bertanya sambil kedua-dua tangannya melingkar di pinggang Allesya. Dagunya dia tongkat di bahu Allesya.

Allesya yang menerima pelukan daripada belakang itu terus menganggukkan kepalanya. “Kalau awak nak tahu masa tu awak dah rosakkan mood romantik kita tau!,” beritahu Allesya agak sebal.

Danish tertawa kecil.

“I know,”

“Tak apalah, perkara pun dah lepas. Yang penting, waktu kita sekarang. I feel happy being with you, my love. Do you feel my romantic?,” soal Danish lembut.

“Yes, I do. Especially your ‘bubur masin’.” usik Allesya lalu ingin lari dari pelukan suaminya itu tapi Danish seolah-olah dapat membaca pergerakkannya.

Badannya kini disandar lembut di pintu hadapan peti ais.

Danish mengunci kiri dan kanan Allesya. Allesya yang membalas pandangan suaminya itu mula tidak dapat menahan perasaan malunya.

Rasa nak sorok bawah selimut je sekarang ni! Sesiapa tolong halang apa yang berada di fikiran Danish sekarang!

“Awak jangan nak macam-macam eh!,” awal Allesya memberi amaran.

Danish menjongket kening kirinya.

“You’re mine, Allesya,”

“Ya saya tahu!,” geram Allesya dibuatnya. Danish betul rapat dengannya!

“Then?,” sengaja Danish ingin memberi banyak soalan kepada isterinya.

Dia ingin melihat isterinya itu kelihatan gugup apabila bersama dengannya sedangkan jantungnya yang macam nak pecah bila sedekat begini dengan Allesya!

Allesya yang membalas pandangan suaminya itu mula tersenyum.

“Then make it true, daddy,” ujar Allesya dengan suara lunaknya walaupun kelihatan gugup.

Kedua-dua tangan Allesya mula naik ke dada bidang Danish lalu terus memeluk leher Danish. Dapat Allesya rasa bulu roma di leher Danish mula berdiri tegak kerana sentuhan kecilnya.

Wangian yang melekat di tubuh Danish juga dapat dia hidu.

Danish cuba mengawal perasaan gugupnya juga.

Matanya masih membalas pandangan isterinya dan kadang-kadang turun ke bibir mungil isterinya.

Namun, dia perlu mengawal situasi yang menguji keimanan dengan baik. Bibir Danish mula mendekati telinga kanan Allesya yang membuatkan degupan jantung Allesya laju berdebar dan bulu romanya juga mula naik menegak.

Dapat dia rasakan hembusan nafas suaminya itu.

“You know I’m really want you tonight, but I’m really sorry I want to keep this activities for our honeymoon soon,” bisik Danish lembut lalu terus melepaskan pelukan Allesya di lehernya itu.

Dia menjauh sedikit lalu kakinya terus diangkat melangkah keluar dari ruang dapur menuju ke bilik.

Meninggalkan Allesya yang terkaku mendengar bisikannya itu mampu membuatkan Danish tertawa kecil.

Suka dia mengusik isterinya itu.

I’m really mean what I have said, Allesya Danielle!

What did you think guys? Okay ke chapter kali ni? Next chapter on Tuesday tau! (Selasa)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience