“MACAM mana boleh jadi sampai seteruk macam ni, Shah?,” fail tebal terus di hempaskan di atas meja kayu jati itu.
Tersentak Shah Hazwan dan Megat Danish dibuatnya. Tiada seorang pun daripada mereka yang berani bertentang mata dengan Tan Sri Megat Idruz.
Nur Fasha yang juga duduk bersebelahan dengan Danish juga tersentak. Setiausaha Tan Sri, Puan Hamizah juga terkejut.
Mana tak mengamuk Tan Sri apabila mengetahui perkembangan saham syarikat makin menurun kebelakangan ini dan makin lagi menyakitkan hatinya beberapa projek yang sepatutnya milik mereka sudah berpindah milik hanya kerana prestasi syarikat kurang memuaskan untuk para klien.
Tan Sri mengurut dahinya.
Makin sakit kepalanya apabila memberi kepercayaan kepada Shah untuk menguruskan syarikat. Makin tak betul cara kepimpinan Shah.
Bagaimana dia mahu untuk menyerahkan harta dan kekayaannya kepada Shah? Danish angkat pandangannya memandang Shah yang duduk dihadapannya.
Baginya, itu bukan kesalahan Shah seratus peratus hal ini kerana krisis kewangan yang dihadapi oleh negara kerana konflik antara politik negara dan negara barat sana.
Sejak syarikat diuruskan oleh Shah atas permintaan Tan Sri sendiri, Danish ditugaskan untuk mengurus syarikat pelaburan di Kanada. Dan di sana juga, dia menghadapi krisis kewangan yang sama namun tidak terlalu teruk.
Masih boleh diuruskan.
Disini membuktikan kredibiliti Danish dalam menguruskan syarikat. Shah?
Sudah diberikan peluang namun tidak digunakan sebaik-baiknya. Mungkin jiwanya tidak sesuai dalam pengurusan syarikat? Entahlah.
Itu kalau Tan Sri tak nampak lagi kekurangan Shah tak tahulah nak cakap apa.
Tan Sri yang dari tadi berdiri dan berjalan ke hulur ke hilir akhirnya mendapat jalan penyelesaian untuk syarikat yang dibangunkan dari zaman mudanya itu.
Tan Sri mula duduk di kerusi kulit itu. Wajah anak-anaknya dipandang satu persatu.
Keluhan berat dilepaskan.
“I got one solution,” beritahunya tegas.
Shah dan Danish hanya diam dan mendengar.
“Both of you ingatkan Datuk Sri Ariff dan Datin Sri Sophea?,” soal Tan Sri memandang kedua-dua anaknya.
Terangkat pandangan Shah dibuatnya apabila mendengar nama kedua orang tua Nur Danisha. Danish hanya mendengar.
“Untuk betulkan balik apa yang berlaku nak tak nak kita kena minta bantuan mereka,” sambung Tan Sri lalu memandang ke arah anaknya, Danish yang masih menunduk.
Shah mengerutkan dahinya apabila melihat pandangan Tan Sri. Seperti ada sesuatu yang tidak masuk akal akan berlaku.
“Tapi mereka letakkan syarat..,” Tan Sri diam sekejap dan membalas pandangan Shah lalu kembali memandang Danish yang masih lagi menunduk sedikit pun tidak menunjukkan minat tentang perkara yang mereka bahaskan.
“Danish..,” akhirnya Tan Sri memanggil nama anaknya.
Danish lekas mengangkat pandangannya memandang Tan Sri.
“Pihak sana minta Danish berkahwin dengan Isha sebagai syarat,”
“What?!,” terkejut Shah dibuatnya. Danish juga terkejut sama.
“But I’m married daddy,” akhirnya Danish bersuara.
“I know…,”
“Then what for untuk Danish penuhi syarat mengarut tu?!,” Danish berdiri meluahkan rasa tidak puas hati.
Tan Sri memejamkan mata sekejap lalu dibuka kembali bersama dengan keluhan berat dilepaskan. Dia sudah mengagak begini reaksi anaknya, Danish.
“Tapi kalau ikutkan ini je cara dan jalan yang boleh selesaikan masalah ni,” Shah memberi pendapatnya walaupun sebenarnya dia juga terkejut tapi dia perlu fikir rasional untuk menyelamatkan syarikat.
“Apa kata kau yang kahwin dengan Isha tu lagipun kau yang timbulkan masalah ni kan? Bukan aku kena jadi pak sanggup macam ni!,” luah Danish bengang sambil dia menampar meja kayu itu.
Cukup membuat semua orang dalam bilik pejabat itu tersentak. Shah menjeling tidak berpuas hati sambil berpeluk tubuh.
“Tapi Danish..,”
“No, daddy! Danish sampai bila-bila pun takkan menduakan Allesya! No one can force me especially you, daddy! Cukup-cukuplah, setiap kali Shah buat masalah confirm Danish jadi jalan penyelesaiannya! I’m sick,” tegas Danish dengan pendiriannya.
Lalu terus dia mengatur langkah keluar dari bilik pejabat itu dengan rasa sakit hatinya.
Air mata yang ingin mengalir keluar dari tubir mata itu cepat dia sekat. Dia takkan menduakan Allesya walau bagaimana pun caranya.
Takkan!
“NONSENSE,” ujar Jack sebaik mendengar syarat yang diletakkan oleh Dato Sri Ariff dan Datin Sri Sophea itu.
Dipandang Fasha dengan kerutan di dahinya.
“Tapi kenapa tiba-tiba eh pihak sana buat syarat mengarut macam ni? Sebelum ni kalau minta bantuan sana pun diorang tak minta balasan pun,” hairan Jack dibuatnya.
Fasha memangku dagunya tanda juga dia memikirkan hal yang sama.
“Itulah…. Ha ke sebab dulu kan Tuan Danish tak jadi kahwin dengan Isha itu yang keluarga sana letakkan syarat mengarut macam tu sedangkan bukan diorang tak tahu yang Tuan Danish dah berkahwin,” jawab Fasha sekadar membuat andaian sendiri.
“Ni kalau Puan Allesya tahu ni, I tak tahulah macam mana nanti rumah tangga Tuan Danish silap-silap..,” Jack tidak dapat membayangkan.
“Tak,” Fasha cepat memotong bayangan Jack itu.
“Tuan Danish dah cakap tadi yang dia takkan menduakan Puan Allesya,”
“Kita tak tahu apa yang akan jadi nanti, Fasha,” Jack mula risau. Dapat dia bayangkan betapa runtuhnya mahligai cinta Danish dan Allesya.
“AKU dah bincang dengan daddy tadi,” Shah bersuara sebaik mendekati adiknya, Danish. Danish hanya mengerling sekejap wajah abangnya.
Angin kuat di bahagian rooftop syarikat itu sedikitpun tidak mampu menyejukkan rasa panas hatinya. Shah pandang Danish.
“Kau dengar tak ni?,” soal Shah sedikit tidak berpuas hati melihat reaksi Danish.
“Kau cakap jelah apa yang patut kau cakap,” Danish malas ingin bertengkar.
“Aku akan kahwin dengan Isha tapi dengan syarat,” keputusan Shah itu benar-benar membuatkan Danish agak terkejut.
Tidak pernah Shah begini. Danish pandang Shah lama apabila mendengar perkataan ‘syarat’.
“Syarat apa lagi yang kau nak daripada aku?,” Danish sedikit tidak puas hati.
“Saham kau dalam Megat Trading, serahkan kepada aku,” Shah memberitahu syarat yang dia inginkan daripada dahulu lagi. Danish tergelak sinis, sudah dia agak dengan permintaan daripada abangnya itu.
Dengan menyerahkan semua sahamnya kepada Shah secara automatiknya Shah akan menjadi pewaris takhta Megat Trading.
Jika dia menyerahkan sahamnya begitu sahaja, sedikitpun tidak berbaloi dengan usahanya dalam membangun syarikat selama ni.
“Mana satu kau yang nak lepaskan? Saham atau Allesya?,” Shah memberi pilihan kepada Danish. Danish membalas pandangan abangnya dengan pandangan tajam.
Begitu licik sekali cara Shah ingin menjeratnya.
Mendengar sahaja pilihan itu membuatkan Danish tersenyum sinis.
“Aku takkan lepaskan kedua-duanya sekali maupun saham atau Allesya. Kalau orang lain termasuk kau boleh lah pilih untuk lepaskan yang mana satu tapi tidak bagi aku. Aku bangunkan syarikat ni dengan daddy dari aku usia 17 tahun. Jadi, kau fikir aku akan lepaskan Allesya hanya semata-mata nak selesaikan masalah yang kau timbulkan?,” tegas Danish bersuara menyatakan pendiriannya.
Shah yang mendengar itu hanya diam tidak membalas. Dia sendiri tidak tahu apa yang dirancang oleh Danish, dia tidak dapat membaca gerak geri adiknya sendiri.
Yang pasti, Danish takkan lepaskan Allesya.
ALLESYA yang sedang menyua nasi ke dalam mulutnya menggunakan sudu itu memandang kepada Danish yang berada dihadapannya.
Suasana makan malam kali ini menjadi sepi dan sunyi dari tadi masing-masing mendiamkan diri.
Sudu yang berada digenggamannya itu dia genggam kuat.
Pagi tadi, dia menerima kehadiran Isha ke rumah. Isha menyatakan hasrat keluarganya yang menginginkan perkahwinan terjalin antara suaminya, Danish dan Isha demi menyelamatkan syarikat.
“I datang sini cuma nak bagitahu yang I akan kahwin dengan Danish . Akhirnya, pucuk pangkal I berkahwin juga dengan bekas tunang I yang dulu. Yelah dulu kan ada orang rampas dia daripada I, you kan orang yang rampas tunang I dulu?,” sengaja Isha memerli Allesya sambil menunding jari.
Matanya mengerling tajam kepada Allesya yang sedang berdiri.
Allesya yang mendengar itu hanya tersenyum kecil.
“Aku takkan percaya selagi bukan Danish sendiri yang bagitahu aku tentang hal itu,” tegas Allesya yang tetap dengan pendiriannya. Isha tersenyum nipis.
“You rasa Danish akan bagitahu you ke?,”
“As his wife, of course he need my permission first,” ujar Allesya tegas lagi. Mendengar itu membuatkan Isha terus bangun berdiri dan berhadapan dengan Allesya.
Dia membalas pandangan Allesya, jelas di tubir mata Allesya sudah bergenang air mata.
Isteri mana yang tidak luluh hatinya apabila dapat tahu suaminya ingin kahwin lagi?
Tapi itu sedikitpun tidak menghalang niat Isha.
“You confirm tak tahukan apa yang jadi dengan Megat Trading sekarang? Kalau I terangkan pun bukan you faham. So to make it short, I need to marry with him as condition for safe his company. Lagipun itu semua atas permintaan parents I, diorang yang nak sangat bermenantukan Megat Danish. As anak yang taat, I ikut jelah memandang itu memang dari dulu sepatutnya I dapat, betul tak?,” Isha menyoal sinis sambil mendekati Allesya.
Allesya diam tidak menjawab.
Kejadian pagi tadi masih segar di ingatannya, Allesya sekali lagi memandang Danish. Danish sedikitpun tidak memandangnya hanya fokus makan.
Hilang sudah selera makannya apabila mengenangkan kejadian tadi. Dan kini sudah hampir beberapa minit mereka makan malam dan masih juga Danish tidak mahu membincangkan tentang hal itu.
Jiwa Danish menjadi serba salah bukan dia tidak mahu memberitahu tentang apa yang berlaku cuma dia tidak ingin menyakitkan hati Allesya.
Tidak dapat dia bayangkan bagaimana reaksi Allesya nanti.
Sedar dirinya dipandang oleh sang isteri. Danish angkat pandangannya dan membalas pandangan Allesya lalu dia ukirkan senyumannya.
Sedikit lega, Allesya membalas senyumannya. Namun senyuman itu kelihatan tidak ikhlas seperti menyembunyikan sesuatu.
KEESOKKANNYA, Allesya menerima kehadiran ibu mertuanya, Puan Sri Misha di rumah. Allesya dapat rasakan tujuan sebenar ibu mertuanya itu datang menjenguknya.
Apalagi kalau bukan ingin membahas tentang rancangan perkahwinan Danish dan Isha.
Entahlah, Allesya sendiri tidak tahu ingin merespon apa? Patutkah dia mempertahankan perkahwinan mereka atau… Buntu Allesya dibuatnya.
Di saat dia membuat keputusan dia perlu memikirkan tentang kesan yang akan berlaku terutamanya Megat Trading.
Latte yang siap dihidangkan itu diletakkan di atas dulang begitu juga sepiring gulung kuih ketayap yang sempat dia buat untuk sarapan pagi dengan Danish tadi.
Kakinya diaturkan keluar dari ruang dapur dan memasuki ke ruangan tamu. Puan Sri Misha tersenyum melihat keberadaan menantunya itu.
Allesya hanya balas senyuman itu seikhlas yang dia boleh.
“Eh ada kuih ketayap la,” teruja Puan Sri Misha melihat ada sepiring gulung kuih ketayap pandan itu. Pasti sedap rasanya kalau itu dibuat oleh Allesya.
Allesya tersenyum dan hanya menghidangkan secawan latte dan kuih ketayap itu di atas meja kecil di ruang tamu.
“Confirm sedap ni, tak sabar nak rasa,”
“Jemput makan, mummy. Rasa dulu lepas tu baru comment. Mana tahu ada yang perlu Allesya improve,” ujar Allesya merendah diri.
Puan Sri angguk kepala lalu cepat dia capai kuih ketayap itu dan dimasukkan ke dalam mulutnya.
Allesya menanti.
“Ya allah, sedapnya! Perfect kena dengan tekak mummy,” teruja Puan Sri dibuatnya.
“Yeke mummy? Alhamdulilah,” Allesya tersenyum gembira.
Dia biarkan terlebih dahulu Puan Sri habiskan kuih ketayap itu dan barulah dia bersuara bertanya tentang tujuan Puan Sri datang ke sini walaupun sebenarnya Allesya sudah tahu.
“Anyway mummy datang sini kenapa? Ada something yang mummy nak bagitahu Allesya ke?,” soal Allesya ingin tahu. Dia masih duduk bersimpuh di bawah tanda menghormati ibu mertuanya yang duduk di sofa.
Puan Sri tersenyum kelat.
“Meh duduk sebelah mummy,” terus Puan Sri menepuk sebelah pehanya supaya Allesya duduk di sebelahnya. Allesya hanya menurut.
“Macam serius je mummy,” ujar Allesya lagi seakan-akan tidak sabar mengetahui tentang hal yang sudah meluluhkan hatinya dari semalam.
“You know kan yang daddy sayangkan sangat dengan Megat Trading?,” kias Puan Sri.
Allesya angguk.
“Sekarang, Megat Trading dalam krisis kewangan yang sangat teruk. Mummy pun tak faham sangat apa yang terjadi dekat company tu sebenarnya yang mummy tahu perkara itu terjadi disebabkan daddy percaya yang Shah mampu handle tapi makin teruk jadinya,”
Disebabkan Shah juga? Sampai bila semua masalah daripada Shah perlu Danish selesaikan?
Makin kecewa Allesya terhadap kredibiliti Shah dalam menguruskan syarikat.
“Okayyy..,” Allesya makin gemuruh dan gelisah.
“Dan yang boleh bantu daddy sekarang hanya Dato’ Sri Ariff dan Puan Sri Sophea je dan itu keluarga Isha. Allesya kenalkan? Ingat Isha?,” soal Puan Sri berhati-hati takut terguris hati Allesya.
Allesya hanya angguk.
“Diorang boleh bantu daddy tapi diorang letakkan syarat,”
“Syarat? Apa syaratnya mummy?,” Allesya menyoal.
Ya allah, luluhnya hati ini apabila berlakon buat tak tahu apa yang berlaku tapi hakikatnya sudah tahu sebenarnya.
Sakit.
Luluh.
Sedih.
Semua lah ada bercampur baur yang dirasakan sekarang.
“Diorang minta Danish kahwin dengan Isha,”
“Kenapa tak minta Shah je yang kahwin dengan Isha? Kenapa perlu suami Allesya juga?,” Allesya bersuara meluahkan apa yang dia rasakan.
“Mummy faham apa yang Allesya rasakan. I know, isteri mana je yang suka kalau suami dia nak kahwin dengan perempuan lain kan?,” Puan Sri cuba menyokong apa yang dirasakan oleh Allesya.
Bagi Allesya, Puan Sri hanya menyokong apa yang dia rasa dalam tempoh sekejap. Kejap lagi tengoklah Puan Sri akan memujuk Allesya untuk memberi keizinan.
Allesya tahu Puan Sri juga menginginkan Isha menjadi menantunya. Tapi kenapa perlu dengan menyakitkan hati Allesya?
Allah…
Allesya menangis. Hatinya benar-benar luluh.
“Macam ni la, Allesya. Mummy datang sebab nak minta Allesya setuju sahaja dengan rancangan tu. Danish kena kahwin dengan Isha kalau tak siapa yang nak selamatkan company daddy? Mummy minta sangat Allesya faham dengan situasi sekarang,” pujuk Puan Sri.
Kan dah kata tadi… Hancur hati Allesya dibuatnya.
Allesya yang sudah bergelinangan air mata itu memandang Puan Sri.
“Kalau mummy berada tempat Allesya, apa yang mummy akan buat?,” sengaja Allesya menyoal itu sekadar ingin menguji apa benar ibu mertuanya itu benar-benar memahami apa yang dia rasakan sekarang?
Atau sekadar lakonan semata-mata?
Puan Sri tersenyum kecil.
“Mummy akan setuju sebab melibatkan company,” jawab Puan Sri basa-basi.
“Macam-macam mummy yang Allesya lalui untuk dapatkan Danish. Allesya tunggu lama untuk dapatkan cinta Danish. Susah mummy… untuk Allesya yakinkan Danish yang Allesya betul-betul sayang dan cintakan dia. Dan sekarang mummy minta Allesya setuju macam tu je? Betul-betul ke yang mummy faham apa yang Allesya rasakan sekarang?,” dengan sebak di dada Allesya meluahkan perasaannya sekarang.
Bukan senang apa yang di lalui oleh Allesya untuk dapatkan Danish. Terdiam Puan Sri dibuatnya mendengar luahan dan tangisan Allesya itu.
Tapi nak tak nak dia perlu memujuk Allesya untuk bersetuju. Itu semua demi menyelamatkan Megat Trading.
Kedua-dua tangan Allesya, Puan Sri genggam erat.
“Mummy faham Allesya. I know your love story with Danish was hurtful but its such amazing story. But, please bantu daddy. Mummy kesian pada daddy. Daddy tak lalu makan tak cukup tido fikirkan company,”
“Kalau betul Allesya perlu menyerah sekarang lebih baik Allesya menyerah dari dahulu lagi, mummy. Tapi Allesya percaya yang kami berdua akan bahagia that why Allesya tetap bertahan sampai sekarang,” Allesya bersuara lagi masih dengan pendiriannya.
“Allesya tahu Danish takkan sekali-kali menduakan Allesya, mummy. Allesya tahu yang Danish tetap dengan pendiriannya, tapi kenapa Allesya yang perlu menyerah? Allesya akan bertahan,” soal Allesya lagi masih mempertahankan pendiriannya.
Puan Sri diam sekejap.
Kuatnya cinta mereka berdua.
“Allesya jangan jadi selfish, fikirlah sikit tentang company daddy. And mummy pasti yang Danish juga akan mempertahankan Megat Trading, Allesya tahukan macam mana susah Danish bangunkan company tu. Bayangkan kalau company tu bankrupt and Danish akan kecewa sangat-sangat. Sanggup ke Allesya nak tengok Danish menderita?,” Puan Sri tidak berputus asa dalam mempengaruhi Allesya.
“Mummy jadi saksi masa Danish depress macam mayat hidup dah masa tu, Allesya. Mampukah Allesya menanggung rasa bersalah kalau Allesya masih berkeras kepala?,” sekali lagi Puan Sri cuba mempengaruhi Allesya.
Allesya pejamkan matanya sekejap lalu dibuka kembali.
Ya allah apa yang aku harus buat? Sakitnya ya allah.
“Bagi mummy, Allesya mampu menjadi sumber kenyamanan untuk Danish tapi Allesya tak mampu jadi kekuatan untuk Danish,” sekali lagi Puan Sri masih tidak berputus asa membuatkan Allesya tersempit di tengah-tengah.
DANISH yang masih memandang graf penurunan saham syarikat di ipadnya itu terus mengarahkan masuk apabila mendengar ketukan di pintu pejabat.
Allesya yang mendengar arahan itu terus menolak pintu itu dan melangkah masuk ke dalam. Dia melihat mata Danish tidak lepas memandang ipad dari semalam lagi.
Sampaikan Allesya masuk ke dalam pun Danish masih tidak sedar. Dapat Allesya rasakan kerisauan yang menyelubungi suaminya itu.
Danish yang sibuk membuat analisis itu terhenti tingkahnya apabila hidungnya mencium bau wangian yang sering dipakai oleh Allesya.
Terus dia angkat pandangannya memandang gerangan yang masuk ke dalam biliknya.
Its Allesya!
Lebar senyuman Danish dibuatnya terus dia bangun berdiri dan menghampiri Allesya. Tubuh tinggi lampai Allesya itu dia peluk erat. Allesya membalas pelukan itu.
Sungguh dia terasa nyaman berada di dalam pelukan Danish.
“Love buat apa dekat sini?,” Danish lepaskan pelukan tapi kedua-dua tangannya masih memeluk pinggang Allesya. Allesya tersenyum.
“Saja nak ajak sayang pergi dating,”
“Dating? Sekarang?,” hairan Danish dibuatnya.
“Kalau boleh nak sekarang, kalau sayang tak busy la,” ujar Allesya.
“Kalau untuk love, I’m ready for spending time with you,”
TAMAN BOTANI SHAH ALAM, 9 MALAM
“LOVE berat tak sayang?,” soal Allesya sambil tangannya melingkar di leher Danish. Danish yang sedang mengendong Allesya itu menggelengkan kepalanya.
“Berat lagi kalau nak tinggalkan love,” tutur Danish dengan gelak tawa kecilnya.
“Kemain eh,” Allesya turut gelak.
Danish yang sedang mengendong sambil kakinya melangkah sekeliling kawasan Taman Botani Shah Alam itu tersenyum apabila sedar isterinya itu tidak lepas memandangnya.
“Jangan buat sayang nervous boleh tak?,” soal Danish sengaja mengusik.
Bukan dia tak suka dipandang lama oleh isterinya sendiri namun dadanya itu berdebar macam nak terkeluar dah.
“Apa yang love buat?,” Allesya sengaja buat tidak mengerti.
Danish tersenyum.
“Saja eh buat buat tak faham? Tak dengar jantung sayang ni macam nak terkeluar dah sebab dari tadi orang tu duk pandang I ni tak berkelip-kelip. Orang tu tak tahu eh yang dia pandang tak berkelip tu suami orang? The only one husband to Allesya Danielle,” tutur Danish panjang lebar itu membuatkan Allesya tergelak kecil.
“Thank you sayang for this lovely night. Kita spend masa sama-sama dan kita makin kenal satu sama lain. To me, this night takkan saya lupakan,” ujar Allesya dengan senyuman paling manis sekali.
“Me too,” jawab Danish sambil pandang Allesya sekejap lalu dia fokus dengan mengendong Allesya keliling taman botani itu.
“Sayang pun tak ingat sebenarnya apa yang membuatkan sayang tertarik dengan love sebab terlalu banyak yang menarik dalam diri Allesya Danielle,” tutur Danish yang membuatkan Allesya tersenyum lagi.
Makin berbunga-bunga hati Allesya dibuatnya.
Tiba-tiba, Danish menghentikan langkahnya dan dia menurunkan Allesya. Allesya hanya menurut dan pandangannya tidak lepas dari memandang suaminya itu.
Danish tersenyum lalu dia mencapai kedua-dua tangan Allesya. Dikucup lembut sekejap.
“Sayang akan tetap dengan love sampai bila-bila. No one can replace you in my heart, love. No one. Until my last breath,” Danish menegaskan kata-katanya satu persatu.
Mendengar itu sahaja membuatkan tubir mata Allesya bergenang air mata.
“I know,” sebak Allesya mengakui perkara itu. Tahan air matamu, Allesya. Tak aku tak boleh.
Akhirnya, Allesya menangis di hadapan suaminya sendiri.
Danish mengerutkan dahinya.
“Kenapa ni, love?,” khuatir Danish dibuatnya. Adakah dia ada tersalah cakap? Allesya menunduk sekejap untuk dia membalas genggaman Danish itu.
Dia eratkan. Lalu dia kembali membalas pandangan Danish.
“Kahwinlah dengan Isha,” Allesya akhirnya membuat keputusan. Danish sungguh terkejut apabila mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Allesya sendiri.
Allesya dah tahu? Tapi bagaimana?
Danish mula diselubungi dengan rasa bersalahnya.
“Maafkan saya, Danish,” Allesya mula bertukar panggilan. Danish faham disaat Allesya menukar panggilan bermakna hati Allesya benar-benar terluka.
Danish menggengam pula kedua-dua bahu Allesya lalu dia gelengkan kepalanya. Tubir mata Danish juga sudah mula bergenang air mata.
“Don’t ever ever asked me to do something nonsense, Allesya. Please,” rayu Danish.
Allesya menggelengkan kepalanya.
“Danish, I tak mampu nak buat apa-apa kecuali menjadi sumber kenyamanan untuk you. I tak ada kekuatan untuk you selamatkan company, Danish. I have nothing to make you stronger than..,” terhenti ucapan Allesya apabila jari telunjuk Danish di bibirnya.
Danish melangkah setapak mendekati Allesya.
“Who said this to you? Siapa yang pengaruh you untuk cakap macam ni? Tell me,” desak Danish ingin tahu.
Danish tahu sekali yang Allesya takkan mampu berfikir begitu sekali jika tiada siapa mempengaruhinya. Allesya yang dia kenal takkan menyerah begitu sahaja.
Allesya diam tidak menjawab dia hanya menundukkan pandangan ke bawah sekejap lalu membalas pandangan Danish semula.
Bukan dia tidak mahu beritahu cuma bila difikirkan balik, ada betul juga apa yang Puan Sri beritahunya pagi tadi.
“Allesya, listen here. I takkan lepaskan you dan I takkan lepaskan Megat Trading. I don’t want to lose both. I’m the one decide. No one can force me. Kenapa you cepat menyerah macam ni je, mana Allesya yang I kenal dulu yang pantang menyerah?,” Danish cuba membuatkan
Allesya berfikir semula.
Dia tidak mahu Allesya membuat keputusan terburu-buru begini lalu mendesaknya untuk berkahwin dengan Isha.
Allesya tersenyum lebar walaupun hatinya sudah separuh hancur untuk membuat keputusan.
“I tak pernah menyerah, Danish. I takkan menyerah dalam cinta kita. I akan terus dan tetap kekal dengan you walaupun you terpaksa kena kahwin dengan Isha. I setuju kalau itu sahaja cara nak selamatkan company you,” Allesya masih tetap dengan pendiriannya.
Danish tunduk wajahnya ke bawah dan menangis mendengar keputusan yang dibuat oleh Allesya itu.
Jujur mendengar tangisan Danish sungguh meluluhkan seluruh jiwanya. Telapak tangan kanan Allesya itu dinaik dan diusap lembut pipi Danish.
“Jangan menangis, Danish. You make it more hurt for me,” tutur Allesya sambil dia melangkah setapak makin mendekatkan jarak antara mereka.
Wajah Danish diangkat membalas pandangan mata Allesya yang dari tadi mengalir air mata tidak berhenti. ‘You make it more hurt for me’ makin membuatkan Danish rasa bersalah tidak terhingga dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Allesya.
“Kahwinlah dengan Isha, Danish. I akan okay juga nanti,”
“No, you tipu Allesya. You takkan okay,”
“I yakin I akan okay, Danish. Percaya pada I, I akan okay,” Allesya cuba menyakinkan Danish. Danish pejam mata sekejap, Allesya masih tetap dengan keputusannya.
Kalau itu yang dimahukan Allesya, dia akan turuti.
“Tapi you kena ingat satu perkara, Allesya. I takkan lepaskan you dan you tak boleh tinggalkan I. You tak boleh pergi mana mana tanpa keizinan I. You tak boleh tinggalkan I, Allesya. Tak boleh. You’re mine, Allesya. No one can replace you, Allesya. No one. You have to keep it on your mind,” tegas Danish mengingatkan Allesya.
Allesya dengan tangisan itu mengangguk.
“I will. I kan your love forever and the only one,”
Tubuh tinggi lampai Allesya itu Danish bawa erat masuk ke dalam pelukkannya.
“Yes, Allesya. The only one is you,” tutur Danish sebaik memeluk Allesya.
Air mata lelakinya akhirnya jatuh membasahi pipinya apabila melibatkan tentang Allesya.
Dia takkan lupa tentang pengorbanan Allesya.
“AKU tak fahamlah dengan kau ni, Allesya. Kau boleh biarkan Danish kahwin balik dengan bekas tunang dia dulu?,” bengang Soffiyya dibuatnya.
Allesya melepaskan keluhannya.
“Kan aku dah bagitahu kau banyak kali, Danish buat semua ni sebab nak selamatkan company dia je. No feelings involved,” tekan Allesya sekali lagi. Soffiyya masih tidak berpuas hati.
“Baguslah eh perempuan tu, dah rampas suami orang kemain grand lagi wedding dia nak buat? Aku tak faham lah apa yang perempuan tu fikir? Dia tak ada rasa malu ke apa?,” geram Soffiyya dibuatnya.
“Isha tu kan dari keluarga terhormat, dah memang patut pun dia nak wedding grand,” Allesya sebenarnya malas ingin membahas tentang perempuan tu.
Soffiyya makin panas hati dengan reaksi tenang sahabatnya itu.
AKHIRNYA, Isha dan Danish telah sah menjadi suami isteri. Jelas terpancar kegembiraan di wajah Isha apabila sah menjadi isteri kepada Danish.
Namun di wajah Danish hanya reaksi kosong dan hambar seakan-akan tidak suka dengan pernikahan itu.
Sebaik sahaja majlis akad nikah dan resepsi selesai, Danish ingin bersendirian. Dia tahu Allesya tidak menghadiri majlis itu. Isteri yang mana yang sanggup melihat?
Peduli apa orang lain kata baginya yang penting hati Allesya perlu dijaga walaupun sebenarnya hati lembut itu sudah terluka.
Isha sedikit terluka hatinya apabila Danish tidak mahu tidur bersama dengannya pada malam pertama mereka.
Danish tetap mengingatkan kepadanya berulang kali bahawa tiada yang mampu mengganti posisi Allesya.
“Aku dah agak kau kat sini,” tegur Shah sebaik sahaja menghampiri Allesya yang sedang berdiri menghadap tasik di kawasan perumahan elite itu.
Allesya yang dari tadi dalam kesedihan itu terus memandang ke arah sebelahnya. Sakit pula hatinya melihat Shah. Tapi kesedihannya lebih menguasai hatinya sekarang.
“Tak sangka aku akhirnya kau biarkan juga Danish kahwin dengan Isha,” Shah bersuara lagi yang mula membuatkan Allesya makin rimas.
Allesya pandang Shah.
“Kau nak apa sebenarnya?,” tegas suara Allesya menyoal.
Shah tergelak kecil lalu dia membalas pandangan Allesya.
“Aku sampai sekarang tak faham dengan kau. Dulu, kau cakap aku ni tamak serakah sebab nakkan harta dan cinta tapi tengok apa yang kau dah buat sekarang,”
“Kau jangan nak putar belitkan cerita boleh tak?,” geram Allesya dibuatnya.
“Kenapa kau biarkan Danish kahwin dengan Isha? Bukan ke dekat situ dah jelas siapa yang lebih tamak serakah yang nakkan harta dan cinta? Kau jawab dengan aku sekarang siapa yang mempunyai ciri-ciri yang kau cakap tu, aku atau Danish?!,” Shah makin mendekati Allesya sejujurnya dia bengang dengan keputusan yang dilakukan oleh Allesya.
Sekarang dia kehilangan kedua-duanya.
Harta dan cinta.
Allesya tersenyum sinis.
“Setidaknya Danish tu jujur dengan aku. Dia tak pernah serahkan aku pada sesiapa yang dia nak seperti mana yang kau buat aku dulu, Shah. Bukan sekali kau buat tapi dua kali, Shah. Aku takkan semudah-mudah lupa apa yang kau buat pada aku!,” sebak Allesya dibuatnya apabila mengenang kejadian itu.
Shah tergamam.
“Danish sendiri bagitahu aku yang dia tak nak kehilangan Megat Trading maupun aku. Walaupun dari luaran, Danish kelihatan serakah tapi aku tak ada pilihan selain cuba untuk fahami percaturannya,” Allesya kembali bersuara menjawab dengan tenang.
Mendengar itu makin membuatkan Shah tidak faham dengan pemikiran Allesya. Shah meraup wajahnya cuba menahan sabar dan barannya.
Dia perlu tenang dalam menghadapi Allesya.
“Kalau macam itu pemikiran kau, kenapa dulu kau tak suka aku dapat harta yang sepatutnya jadi hak milik aku? Aku ni yang paling berhak, kau tahu kan? Ke dekat mata kau yang aku tak sesuai langsung dapatkan Megat Trading?,” soal Shah ingin tahu.
Allesya diam sekejap.
“Aku tak pernah fikir kau seperti itu, Shah,” Allesya merendahkan nada suaranya.
“And then?,” soal lagi Shah masih ingin tahu.
“Its all about kredibiliti yang kau tunjukkan selama ni. Lagipun, Tan Sri sedikit pun tak melihat yang kau ni bersedia dan mampu mengambil alih Megat Trading. Danish yang lebih layak dapatkan Megat Trading bukannya kau, Shah,” akhirnya Allesya memberitahu sebab-sebab utama dia tidak bersetuju dengan cadangan Shah untuk mendapatkan syarikat.
Shah diam tidak membalas.
“AARGGGHHHH!,” Shah melepaskan jeritannya sambil dia mengetuk berkali-kali stereng keretanya.
Masih terngiang-ngiang apa yang dikatakan oleh Allesya kepadanya barusan tadi. Hatinya sakit apabila mengenangkan cara pemikiran Allesya.
Baginya, Allesya yang tidak mempercayai kebolehannya. Itu perihal harta. Manakala, prihal cintanya terhadap Allesya? Setiap pengorbanan yang dia lakukan selama ini tidak sedikit pun Allesya pandang dan hargai?
Dahulu, dia sanggup lepaskan Allesya kerana atas nasihat arwah ibunya dan untuk dapat Megat Trading juga sebenarnya.
Kerana mengutamakan arwah ibunya dahulu sekarang dia kehilangan kedua-duanya. Allesya berpaling kepadanya malah makin membenci satu sama lain.
Megat Trading jatuh ke tangan Danish.
Allahh…
Share this novel