“Mana pulak Zaara pergi ni? Tak balik-balik dah pukul berapa ni?,” rungut kerisauan Soffiyya sambil berjalan dari kiri ke kanan di ruang tamu itu.
Dikerling jam rumahnya itu sudah menunjukkan pukul 11:45 malam.
“Tak pernah kau balik lewat macam ni! Dahlah kau tu baru sihat mana pula kau pergi ni, Cik Zaara? Dengan siapa kau keluar ni? Setahu aku, kau tak kenal sesiapa dekat sini kecuali..,” langkah Soffiyya berhenti di tengah-tengah ruang tamu itu dan cuba mengingati seseorang.
Megat Danish?
Kedengaran enjin kereta Audi R8 memasuki ke dalam perkarangan rumahnya segera Soffiyya berjalan laju menghampiri jendela rumahnya. Diselak sedikit langsir rumahnya itu dan memerhati sebuah kereta itu berhenti di hadapan rumahnya.
Betul lah diorang keluar berdua, ke mana lah Megat Danish ni bawa kawan aku sorang ni? Tapi, masalahnya dah kenapa Cik Zaara ni tak keluar-keluar dari kereta tu? Nanti nampak dek jiran sebelah kan boleh menimbulkan fitnah.
“Zaara, awak free tak esok?,” soal Megat Danish sebaik menghentikan keretanya di hadapan rumah.
Zaara terus menoleh memandang ke arah Megat Danish disebelahnya.
“Kenapa? Saya tak pasti saya free ke tak esok,” beritahu Zaara jujur.
Megat Danish melepaskan keluhannya perlahan.
“It’s okaylah. Nanti awak bagitahu saya eh bila awak free sebab tak cukuplah separuh hari je saya bawa awak jalan-jalan kalau boleh..,” belum sempat Megat Danish meneruskan kata-katanya secepatnya Zaara bersuara.
“Kalau boleh apa? Tak cukup awak bawa lari saya sampai ke Jeddah jauh sana kan dah sampai sini tengah malam. Haishhh,” rungut geram Zaara.
Megat Danish tertawa kecil.
“Okaylah sebelum awak keluar dari kereta saya ni saya nak bagitahu something,” tutur Megat Danish itu membuatkan Zaara mengerutkan dahinya.
“Apa dia?,” soal Zaara ingin tahu.
Megat Danish sudah tersenyum lebar.
“Sebenarnya, kamera saya yang jatuh masa first time kita jumpa tu bukan awak yang langgar tapi saya tak sengaja jatuh kamera saya sendiri sebab awaklah. Cantik sangat dari jauh boleh buat saya terpukau,” beritahunya sambil tergelak kecil.
Terkejut Zaara mendengarnya dan dia tertawa kecil.
“Oh lepas tu awak pura-pura salahkan saya eh? Eh, geramnya dengan awak ni!,”
“Tu je cara untuk saya kenal awak lagi rapat macam sekarang ni,” selamba Megat Danish mengakui. Zaara benar-benar tidak menyangka dengan tingkah Megat Danish itu.
“Dahlah saya masuk dulu. Soffiyya dah tunggu saya tu,” pamit Zaara sambil dia mencapai beberapa beg kertas yang mengandungi barang yang dibelikan oleh Megat Danish di pusat beli-belah tadi.
“Eh kejap. Saya ada lagi satu nak bagitahu awak,” ujar Megat Danish itu membuatkan Zaara tidak jadi keluar dari perut kereta itu.
Terus dipandang Megat Danish disebelahnya itu dengan kerutan di dahinya.
“Apa lagi yang awak nak bagitahu ni? Macam-macam lah awak ni,”
“Saya betul-betul serius dengan apa yang saya katakan pada awak tadi. Saya betul-betul dah jatuh cinta dengan awak and I really mean it. Saya tahu awak pun rasa perkara yang sama kan?,” soal Megat Danish serius yang membuatkan Zaara mengeluh kecil.
“You know me better, right? Yang saya lagi takut awak yang tinggalkan saya, awak yang lupakan saya. Biasalahkan lelaki kan, dekat negara barat sana confirm berlambak perempuan yang lagi cantik daripada saya,” sengaja Zaara meluahkan perasaan cemburunya untuk menguji Megat Danish.
“You’re the first and will be the last, okay? I really mean it. Kalau saya lupakan awak atau tinggalkan awak tolong ingatkan saya balik tentang semua kenangan kita tadi. Tapi, I’m pretty sure I will not forget about you or leave you for no reason okay?,” nekad dan jujur Megat Danish agar dia dapat menyakinkan Zaara tentang perasaannya.
Zaara yang mendengar itu terdiam dan perlahan-lahan tersenyum.
“Okay, starting from now I will remember all ours memories together and awak jangan pernah lupa apa yang awak dah janji dan pesan dekat saya!,” tegas Zaara.
“Saya janji,” lekas Megat Danish mengangkat tangannya ke atas separas bahunya.
“Okay lah, saya masuk dulu. Nanti saya free I will text and inform you,” pesan Zaara lembut lalu terus melangkah keluar dari perut kereta itu.
Megat Danish tersenyum gembira sambil menanti Zaara masuk ke dalam rumah dengan selamat baru dia menekan pedal minyaknya dan meninggalkan perkarangan rumah.
“OH, kau tak bagitahu aku pun eh kau keluar dengan Danish?,” tegur Soffiyya sambil dia menghampiri Zaara yang baru masuk ke dalam rumah itu. Zaara melepaskan cadar niqabnya itu lalu berjalan menghampiri ruang tamu.
“Phone aku habis battery kalau tak boleh je aku bagitahu kau, lagipun bukan aku yang nak keluar dengan dia. Dia yang datang cari kau dekat kolej then dia jumpa aku tanya fasal kau. So, dia bosan dia ajak aku keluar,” dalih Zaara lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Soffiyya mencebik kecil lalu duduk di sebelah Zaara.
“Zaara, kau tak pandai tipu tau. Aku tahu lah kau bukannya jenis jumpa stranger dan suka-suka kau nak ikut orang. Dahlah, Danish dah bagitahu aku dah semalam,” selamba Soffiyya menuturkan kata-katanya yang membuatkan Zaara mengerutkan dahinya.
Dipandang Soffiyya disebelahnya.
“Apa maksud kau? Aku tak faham?,”
“Apa yang kau tak fahamnya, Danish dah minta izin aku dah semalam nak bawa kau keluar so aku tahukan kau ni macam mana susah nak ajak keluar and aku pun saja jelah reka alasan yang parents aku nak jumpa aku,” jelas Soffiyya selamba membuatkan Zaara agak terkejut.
“Eh kau ni,” Zaara geram.
“Alah kata jelah suka. Kau suka kan keluar dengan Danish? Bagi je lah tahu,” usik Soffiyya.
“Apa kau ni? Takkan aku nak suka dengan crush kau pulak nanti kau label aku perampas pulak,” akui jujur Zaara sambil mula menanggalkan tudungnya.
Soffiyya yang mendengar itu terletus ketawa kecilnya.
“Dia bukan crush akulah. Yelah for the first time jumpa dengan dia tu memang lah siapa je tak berkenan dengan Danish, kan? Tapi, semalam kan aku keluar dengan dia. Dia terus terang lah dengan aku yang dia suka kau and dia ada bagitahu tak yang sebenarnya kamera tu dia yang jatuhkan bukan kau?,” soal Soffiyya ingin tahu.
Zaara terkejut sekali lagi.
“So, kau pun tahulah ni?,” soal Zaara tidak menyangka.
“Of course. Dia kata tu sebagai alasan untuk kenal kau lagi rapat so dia minta tolong aku untuk bagi kau keluar dengan dia. So, plan aku dengan Danish berjaya! Then, how’s your dating?,” soal Soffiyya sengaja mengusik ingin tahu.
“Aku fikir tadi dia confess dekat aku tadi tu dia main-main je tapi..,”
“Wey, Danish confess dekat kau?! Seriuslah?! Perghh..,” bahu kanan Zaara ditolak kasar. Zaara mengetap giginya menahan geram melihat tingkah laku sahabatnya itu.
Soffiyya teruja dengan senyuman lebarnya.
“Untunglah kau dapat kenal dengan Megat Danish bakal peneraju sebuah syarikat berpengaruh besar dekat Malaysia, Brunei dan Indonesia. Bukan tu je wey, tapi daddy dia ada satu lagi cawangan syarikat dekat sini juga tapi area Dubai lah,” beritahu Soffiyya itu membuatkan Zaara mengerutkan dahinya.
“Mana kau tahu ni?,” soal Zaara hairan dan ingin tahu.
“Come on, walid aku yang bagitahu. Sebelum Danish datang sini, dia ada berurusan dengan walid aku. Lagi kau terkejut kalau aku bagitahu ni, Megat Danish antara pelabur utama dalam perniagaan automobil Audi dekat Malaysia dan Arab Saudi. Gempak kan?,” beritahu Soffiyya dengan nada terujanya.
Zaara yang mendengar itu hanya mendiamkan diri dan agak terkejut mendengar kekayaan yang dimiliki oleh Megat Danish sekeluarga.
Berlegar-legar di mindanya mengingati peristiwa tadi yang mampu membuatkannya tersenyum.
“Huish, Zaara tersenyum lah!,” tegur Soffiyya itu membuatkan Zaara mematikan senyumannya dan segera memandang ke arah Soffiyya di sebelahnya itu.
Perlahan-lahan, Soffiyya meraih kedua-dua tangannya dan mengenggam kecil. Zaara mengerutkan dahinya.
“Kau kenapa ni?,”
“Zaara, aku happy tau tengok kau kembali tersenyum macam ni. Aku tahu Danish lelaki yang tulus ikhlas mencintai kau. Dia ambil berat fasal kau tahu tak? Always tanya dekat aku yang kau ni okay ke tak sampai aku suruh dia sendiri text dekat kau. Tapi, dia tak nak. Malu katanya. So, aku yakin Danish terbaik untuk kau dan masanya… Untuk kau kahwin!,” teruja Soffiyya.
“Eh kau ni, aku nak habis study aku dulu lah. Danish pun tengah struggle final projek dia tu biarlah kan kitorang habis study dulu lagipun dia stay dekat sini pun tak lama. Kita ada lagi setahun baru habis study dekat sini. Aku tak tahulah bila lagi dia nak jumpa aku,” ujar Zaara sambil melepaskan keluhan perlahan.
Soffiyya mengangguk kecil menandakan dia akui akan kebenaran tu.
“Alah, Zaara. Think positif okay? Kalau dia betul-betul sayangkan kau dia akan melawat kau dekat sini. So, kau tak perlu nak fikirkan perkara tu,” pesan lembut Soffiyya itu menenagkan hati Zaara sedikit demi sedikit.
Zaara mengukirkan senyuman nipisnya.
TIGA HARI BERLALU,
“ALHAMDULILAH, final assignment kita dah send hari ni! Fuh, happy and lega kita bertungkus-lumus siapkan assignment tu dalam tiga hari je wey! So, maknanya kita free lah kan esok?,” teruja Soffiyya sambil berjalan beriringan dengan Zaara.
Zaara tersenyum lebar sambil menganggukkan kepalanya.
“Apa kata kita keluar, kau nak pergi mana kau bagitahu je aku?,” soal Soffiyya teruja sambil mereka berdua melangkah keluar dari pintu utama universiti itu.
Zaara tidak menjawab hanya mendiamkan diri entah apa yang difikirkan di dalam fikirannya itu.
“Eh, Zaara! Kau kenapa ni?,” soal Soffiyya khuatir sambil menarik lengan Zaara berhadapan dengannya yang membuatkan langkah Zaara berhenti dan terpaksa berhadapan dengan sahabatnya itu. Zaara melepaskan keluhan beratnya.
“Aku tak tahulah wey, kenapa Danish lately ni diam je. Text aku pun dia tak balas, aku call lagi lah dia tak angkat. Aku ada buat salah ke?,” soal Zaara yang mula diselubungi sebak.
“Sebelum tu, kau dengan dia ada gaduh ke? Ke dia merajuk dengan kau?,” soal Soffiyya ingin tahu.
Hairan juga dibuatnya tidak pernah Megat Danish berkelakuan seperti itu.
Zaara menggelengkan kepalanya menafikan tekaan Soffiyya itu.
“Tak, sebelum ni dia okay je. Selalunya setiap pagi dia akan call aku tapi dah tiga hari wey dia tak call aku. Bila aku call masuk voicemail. Aku ada buat salah ke?,” soal Zaara sebak yang diselubungi dengan tanda tanya dan rasa bersalah.
“Tak apa macam ni, kau sekarang jangan nak rasa bersalah ke apa. Nanti aku tanya dekat walid sebab walid yang uruskan keluar masuk Danish dekat sini. So, dah jangan risau apa-apa. Ni kita balik rumah dulu,” ajak Soffiyya lembut sambil memeluk bahu Zaara lalu mereka melangkah keluar dari perkarangan universiti itu.
MEGAT DANISH yang berpakaian kemeja putih itu mula menarik keluar beg bagasinya dan diberikan langsung kepada pembantu upahannya itu untuk dimasukkan ke dalam kereta. Megat Danish mula berjalan menghampiri meja draftingnya itu.
Pelbagai pelan lukisan yang belum disiapkan itu digulung dan dimasukkan ke dalam ‘drawing storage tube’ yang berwarna hitam itu agar pelan lukisannya dilindungi dari kerosakan.
Lalu beberapa ‘drawing storage tube’ itu diletakkan di atas sofa dan mengarahkan pembantu upahannya untuk dimasukkan ke dalam kereta.
Manakala, peralatan-peralatan asas seperti set geometri, T-Square, ‘Rotring Technical Pen Set’, ‘sketch book’ dan ‘metal ruler’ diperkemaskan dan dimasukkan di dalam beg khasnya lalu langsung diberikan kepada pembantu upahannya itu.
Meja drafting miliknya itu dilipat kemas dan dibawa masuk ke dalam kereta.
Dikerling jam tangannya. Hanya ada setengah jam untuk mengemaskan sepenuhnya rumah yang disewa seketika olehnya itu.
Dia melangkah masuk kembali ke dalam rumahnya manakala pembantu rumahnya menanti di luar.
SOFFIYYA yang baru melangkah keluar dari tandas di dalam biliknya itu segera mencapai telefonnya yang berada di atas meja belajar. Terkejut Soffiyya dibuatnya apabila membaca notifikasi dari walidnya itu. Lekas, dibuka aplikasi ‘whatsapp’.
Ya Allah.
Segera dia melangkah keluar dari biliknya sambil meneriak memanggil Zaara. Zaara yang baru selesai menunaikan solat fardhu itu mengerutkan dahinya mendengar teriakan sahabatnya itu.
Dia yang masih bertelekung itu terus bangun berdiri dan menghampiri pintu biliknya.
Belum sempat dia memulas tombol pintunya, pintunya sudah dikuak dari luar.
“Kau kenapa ni?,” hairan Zaara dibuatnya.
“Danish..,” sebut Soffiyya perlahan sambil membalas pandangan Zaara.
KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT
ZAARA segera berlari masuk ke dalam ruangan lapangan terbang itu bersama esak tangisannya. Kedua-dua matanya mencari kelibat Megat Danish di ruangan itu.
Namun, tiada.
Ya Allah.
Zaara segera melangkah laju menghampiri papan digital yang menunjukkan jadual penerbangan hari ini. Dicari penerbangan yang menuju ke Kanada.
Tertera di situ penerbangan menuju ke Kanada baru sahaja 7 minit berlepas ke udara.
Ya Allah.
Sebak mula menyelubungi dirinya, dadanya menjadi sesak dan pernafasannya seperti sudah tidak mampu dikawal oleh dirinya sendiri.
Air matanya mengalir laju membasahi pipinya.
Soffiyya yang mencari kelibat sahabatnya itu terus berlari mendapatkan Zaara yang berada di ruangan papan digital itu.
“Zaara, macam mana? Dapat jumpa Danish tak?,” soal Soffiyya ingin tahu sebaik mendapatkan Zaara.
Zaara menggelengkan kepalanya lalu terus jatuh terduduk namun sempat Soffiyya menyambut tubuh Zaara itu dari jatuh terduduk di atas lantai lalu dibawa Zaara ke dalam pelukannya, dia tahu perasaan Zaara seperti disiat-siat.
“Kenapa dia tinggalkan aku, Soffiyya?! Kenapa?!,” Zaara memeluk erat tubuh Soffiyya itu dan melepaskan tangisannya di bahu Soffiyya.
Dipejam matanya kuat-kuat agar ini hanya sekadar mimpi namun tidak.
Sungguh, luluh hatinya.
Ya Allah.
Korang rasa Danish tinggalkan Zaara kenapa? Drop ur comment, inshaAllah Rifi akan reply. Next Chapter on Wednesday (Rabu) tau. Cam biasa 9 malam.
Share this novel