BAB 14

Romance Completed 21483

Terjaga Megat Danish dibuatnya apabila mendengar azan yang berkumandang di telefonnya itu.

Dengan masih separuh sedar, dia mencapai telefonnya lalu dimatikan seruan azan itu lalu telefon itu kembali diletakkan di rak kecil yang bersebelahan dengan katilnya.

Megat Danish mengalihkan pandangannya ke ‘sliding door’ yang memisahkan ruang balkoni dengan ruang biliknya.

Berkerut dahi Megat Danish apabila melihat dada langit yang mula gelap lalu dia memandang ke jam dindingnya.

What the heck?
Pukul 7:15 malam?!

Terus dia menyelak selimut yang menyelubungi dirinya itu kasar lalu bangun berdiri dari katilnya itu.

Dia lupa bahawa Allesya Danielle masih di rumahnya kerana selepas sahaja dirinya mandi membersihkan diri, dia terus tidur merehatkan dirinya.

“Allesya?,” panggilnya sebaik sudah menuruni tangga. Dia mencari kelibat Allesya Danielle di rumahnya namun tiada.

Dia mengatur langkahnya menuju ke ruang dapur namun masih tidak nampak kelibat Allesya Danielle.

“Takkan dah balik?,” berkerut dahi Megat Danish dibuatnya sambil dia bercekak pinggang. Dia mengingati kembali kejadian petang yang berlaku tadi lalu dia melepaskan keluhan kecilnya.

Megat Danish mula menghampiri peti ais dan mula mengeluarkan kotak minuman jus oren lalu dicapai gelas yang di susun kemas di atas meja makan.

Dituang jus oren ke dalam gelasnya lalu diteguk jus oren itu perlahan.

Baru dia ingin meneguk untuk kali kedua, terhenti tingkahnya apabila melihat sticker note yang melekat di tudung saji. Dicapai sticker note itu lalu dibaca.

‘Tuan Danish, daging salai masak lemak saya dah masak khas untuk Tuan Danish. Nasi saya dah masak juga nanti ambil je dekat rice cooker. Nanti Tuan Danish jangan lupa panaskan lauk dekat microwave tau. Enjoy the food!,’ –Allesya Danielle –

Megat Danish yang membaca itu tersenyum sinis.

“Pikir aku budak-budak ke? Aku tahulah nak buat apa, rumah aku kan?,” rungut Megat Danish lalu dia mengukirkan senyuman lebarnya.

Dibuka tudung saji itu dan melihat lauk yang dimasak oleh Allesya Danielle terus senyumannya makin dilebarkan.

Segera dia membawa mangkuk lauk itu dan dibawa masuk ke dalam microwave. Dipanaskan lauk itu dengan suhu sederhana selama 20-30 saat.

Sambil itu, dia membuka suis kipas di ruang dapurnya itu lalu dia mencapai pinggan dan diceduk nasi ke pinggannya.

Pinggan diletakkan di atas meja lalu dia menghampiri microwave dan dikeluarkan lauk itu dengan menggunakan sarung tangan tebal.

Dibawa lauk itu ke atas meja makan sambil dia mengukirkan senyuman lebarnya apabila bau lauk itu menusuk hidungnya.

Diletakkan semula sarung tangan itu lalu dicuci kedua-dua tangannya. Sudu dan garfu dicapai dan dia melangkah laju menghampiri meja makannya. Mula duduk di atas kerusi dan sedia untuk menikmati lauk itu.

Namun baru sahaja dia ingin merasai lauk itu kedengaran loceng rumahnya ditekan berkali-kali yang membuatkan dirinya mengerutkan dahi.

‘Siapa pulak datang malam-malam ni? Kacau betul lah,’ terpaksa dia bangun berdiri dan digagahi juga langkahnya menuju pintu rumahnya dan masih kedengaran juga loceng rumahnya ditekan berkali-kali.

Eh, tak sabar betul lah!

“Who’s that?,” soal Megat Danish geram lalu terus dibuka pintu rumahnya itu dan terkejut melihat wajah dihadapannya itu.

“Kau ni kan!,” Terus kasut kulit yang terdapat dalam rak kasut itu Megat Danish baling ke arah wajah kawan baiknya itu mujur sahaja Ian Hazim sempat menangkapnya sambil ketawa kecil.

“Yang kau tekan loceng rumah aku banyak kali kenapa?! Bukannya kau tak tahu password rumah aku kan! Haishh, kau ni!,” geram Megat Danish dibuatnya lalu terus dia mengatur langkahnya menuju ke ruang makan.

Ian Hazim yang ketawa kecil itu terus menutup pintu rumah itu dan kembali menyimpan kasut kulit itu ke dalam rak kasut. Lalu mengikuti langkah kawan baiknya itu menuju ke ruang makan.

Berkerut dahi Ian Hazim dibuatnya apabila hidungnya mengesan bau enak lauk.

“Wey, Danish! Kau masak apa sampai bau pun dah sedap macam ni?,” riangnya bertanya sebaik tiba di ruang dapur.

“Bukan aku yang masak,” jawab Megat Danish ringkas sambil mencuci tangannya di ruang singki lalu mengatur langkah ke meja makan.

“Habistu siapa yang masak? Kau beli kat kedai mana?,” soal Ian Hazim sambil dia mengatur langkah menuju ke ruang meja makan.

Ian Hazim ternganga riang melihat lauk daging salai masak lemak yang terhidang di atas meja makan itu.

“Pergh, lauk favourite kita ni!,” Ian Hazim sudah mula duduk di kerusi dan memandang lauk itu yang juga merupakan lauk kegemarannya.

Megat Danish yang sedang mencedok kuah ke nasinya itu terus memandang kawan baiknya yang berada dihadapan itu.

“Kau kalau nak makan, kau ambil nasi sendiri eh. Ni bukan kedai,” sengaja Megat Danish memerli sinis kawan baiknya itu.

Ian Hazim yang mendengar itu mencebik kecil lalu terpaksa dia bangun berdiri dan mencapai pinggan lalu menuang nasi ke pinggannya.

“Oh anyway lauk tu kau beli ke?,” soalnya sekali lagi sambil berjalan menghampiri meja makan.

Megat Danish yang baru sekali menyua nasi ke dalam mulutnya itu hanya menggelengkan kepalanya yang membuatkan Ian Hazim mengerutkan dahinya.

“Dah tu?,” soalnya ingin tahu sambil sudah duduk di kerusi dan ingin mencedok kuah ke nasi.

Megat Danish yang mendengar itu terus memandang kawan baiknya yang duduk di hadapannya itu.

“Allesya yang masakkan untuk aku,” ujar Megat Danish selamba.

Ian Hazim yang sedang mengunyah itu terus tersedak perlahan. Megat Danish tersenyum kecil kerana reaksi itu yang ditunggu olehnya. Namun mati senyumannya apabila gelasnya yang sudah diisi dengan jus oren itu disambar oleh Ian Hazim.

Haish, tak guna betul!

Malas Megat Danish ingin bertekak dengan kawan baiknya itu terus dia menyambung suapannya. Hatinya sudah berbakul-bakul memuji masakkan Allesya Danielle yang membuatkannya mengukir senyuman perlahan-lahan.

“Bila dia datang rumah kau ni? Asal aku tak tahu apa-apa?,” geram Ian Hazim dibuatnya sebaik dia melegakan tekaknya itu. Megat Danish yang mendengar itu terus mengangkat pandangannya dan membalas pandangan Ian Hazim.

“Tengahari tadi,” jawabnya ringkas.

“Oh kau hantar dia balik rumah ke?,”soal Ian Hazim ingin tahu sambil menyambung suapannya. Mendengar itu pertanyaan itu membuatkan Megat Danish terdiam sekejap.

“Kau ni dah kenapa macam kebulur sangat ni?,” Megat Danish mengerutkan dahinya apabila memandang cara makan Ian Hazim seperti orang kelaparan itu.

Ian Hazim hanya mampu tersengih seperti kerang busuk. Megat Danish mengukirkan senyuman kecilnya apabila dia berjaya mengalih perhatian kawan baiknya yang menanyakan soalan tadi.

Megat Danish sekali lagi menunduk kembali menjamah makanannya.

“Eh kau tak jawab lagi soalan aku, kau hantar dia balik rumah ke tadi?,” soalnya kembali membuatkan Megat Danish terhenti tingkahnya yang sedang menjamah makanan itu.

Dia mengangkat wajahnya memandang Ian Hazim.

Ian Hazim masih dengan menjamah makanannya manakala dirinya sendiri? Asyik terhenti sahaja tingkahnya untuk menjawab soalan kawan baiknya itu.

Dihembuskan keluhan kecilnya, sudah terbantut selera makan dibuatnya.

“Aku tak hantar dia balik rumah,” ringkas Megat Danish menjawab lalu terus dia angkat pinggannya dan punggung lalu beredar ke ruang singki meninggalkan Ian Hazim sendirian di meja makan.

Ian Hazim yang mendengar itu terus mengerutkan dahinya.

“Kau tak hantar dia balik rumah? Dah tu dia balik naik apa?,” soal Ian Hazim lagi penuh dengan tanda tanya.

Megat Danish yang sedang membasuh pinggan mangkuknya itu terus menoleh ke arah kawan baiknya itu.

“Kau ni kenapa? Banyak pulak kau tanya pasal dia? Confirm dia balik naik grab ke teksi ke sebab dia bukan budak kecil lagi!,” rungut Megat Danish yang sudah penat ingin menjawab pertanyaan kawan baiknya itu lalu dia membasuh kedua-dua tangannya.

“Okay, tak tak sekarang ni aku nak tanya kenapa kau tak hantar dia balik rumah? Tak gentleman langsung lah kau ni!,” sekali lagi Ian Hazim menyoal geram.

Megat Danish yang sudah membasuh kedua-dua tangannya itu terus mengelap tangannya dengan tuala kecil.

Dia memandang lama ke arah tuala itu.

Tuala ini yang menjadi punca dia bergaduh dengan Allesya Danielle tadi. Tak bukan gaduh tapi dirinya sendiri yang tidak sengaja menengking Allesya Danielle.

Diingati peristiwa tengahari tadi…

“Mana kau dapat towel ni?,” soalnya tegas.

“Dekat fridge..,” Tersentak dan terhenti tutur katanya apabila majikannya itu membaling tuala itu di wajahnya.

“Kau giller ke apa bagi towel dapur dekat aku?! Rosak muka aku, kau siap!,” tempelaknya penuh amarah lalu mengatur langkah keluar dari ruang dapur sempat dia melanggar bahu kiri Allesya Danielle kuat.

“Eh Megat Danish!,” teriak Ian Hazim itu membuatkan Megat Danish spontan menoleh ke arah kawan baiknya yang masih berada di ruang meja makan itu.

Terus dia merungut geram lalu berjalan menghampiri meja makan.

“Apa bende kau ni? Panggil nama aku kuat-kuat macam aku ni pekak sangat!,”

“Ha kau, aku dah banyak kali panggil nama kau. Kau yang mengelamun entah apa yang engkau fikirkan,” sindir Ian Hazim geram sambil mengangkat pinggan dan punggungnya lalu menuju ke ruang singki.

Megat Danish yang mendengar itu hanya mendiamkan diri lalu meneguk jus oren itu.

“Dah lah aku naik atas dulu aku nak solat maghrib kejap,” tutur Megat Danish sambil mengatur langkah keluar dari ruang dapur namun terhenti dia menoleh ke arah kawan baiknya yang baru selesai membasuh pinggan itu.

“Ian Hazim, kau dah solat belum?,” soal Megat Danish tegas.

Ian Hazim yang mengelap tangannya dengan tuala itu terus memandang Megat Danish.

“Aku dah solat dekat rumah tadi,” tipu Ian Hazim dengan yakin Megat Danish akan mempercayainya.

Tapi, dia tahu Megat Danish bukan seorang yang senang ditipu. Megat Danish tersenyum kecil.

“Eh mangkuk! Kau datang rumah aku tadi pun azan maghrib baru habis tau. Kau kalau nak menipu pun agak-agak eh,” sindir Megat Danish geram.

Ian Hazim selepas meneguk jus oren itu melepaskan keluhannya.

“Ye lah, aku solat dengan kau. Tapi, kau eh jadi imam pulak!,” tuturnya sambil menghampiri kawan baiknya.

Megat Danish mencebik.

Entah sejak bila aku pernah jadi makmum kepada Ian Hazim ni! Terus mereka berdua mendaki tangga menuju ke tingkat atas.

ALLESYA Danielle terus mengaminkan doanya sendiri lalu telapak kedua-dua tangannya ditekup ke wajahnya. Dilepaskan nafas lega dan tenangnya jiwanya menghadap IIahi.

Kini, wajah Megat Danish bermain di fikirannya.

“Ya Allah, sampai bila aku nak berpura-pura untuk tidak mengenalinya? Sampai bila?,” Allesya Danielle benar-benar buntu memikirkan hal itu.

Kejadian di hospital tempoh hari diingatinya..

Ian Hazim mengajaknya berbual di luar dan membuatkan
Megat Danish hanya terpaksa akur.

Mereka berdua melangkah keluar dari bilik itu.

“Kau nak cakap apa?,” soal Megat Danish sebaik pintu ditutup olehnya. Ian Hazim memandang ke arahnya.

“Apa sebenarnya yang kau nak plan ni, Danish?,” soalnya menahan geram.

“Apa kau merepek ni?,” Megat Danish mengerutkan dahinya.

“Aku tahu yang Allesya ni amnesia, dia tak ingat sikit pun pasal kau. Dan sekarang apa motif kau nak rapat dengan dia?,” soal tegas Ian Hazim nakkan jawapan.

Megat Danish makin mengerutkan dahinya.

Hairan dirinya melihat perubahan tingkah kawan baiknya itu.

“Kau ni dah kenapa? Motif apanya, Ian?,” geram Megat Danish dibuatnya dan dia cuba mengawal kemarahannya.
Ian Hazim membalas pandangan kawan baiknya itu.

Megat Danish yang membalas pandangan kawan baiknya itu terus menundukkan pandangannya ke bawah tanda dia memahami maksud pandangan itu.

Ian Hazim hanya mendiamkan diri menanti jawapan.

“Look, Ian. Buat masa ni situasi tak mengizinkan aku untuk balas dendam dekat dia se..,”

“Sebab kau masih cintakan dia, Danish. Itu sahaja. Aku bukan apa, Danish. Dengan keadaan dia macam tu, dia tak ingat sikit pun pasal kau dan aku rasa kau patut lupa kan jelah dendam kau dekat dia, okay?,” pesan Ian Hazim itu membuatkan Megat Danish terdiam sekejap.

Tak!

“Aku memang takkan lupakan apa yang dia dah buat dekat arwah tok wan aku! Kau tahukan apa yang dia dengan bekas tunang dia tak jadi tu buat dekat aku? Yang hampir sahaja musnahkan masa depan aku? Aku takkan senang-senang lupa apa yang perempuan tu buat dekat aku!,” tegas Megat Danish menuturkan kata-katanya sambil menahan sebak.

Ian Hazim juga terasa sebaknya.

Dia tahu apa yang pernah dirasakan Megat Danish lima tahun lepas ketika di zaman sekolah dahulu.

Kalau dia ditempat Megat Danish pun rasanya dia juga akan membuat tindakan yang sama seperti kawan baiknya itu.

Ian Hazim menghampiri kawan baiknya itu sambil mengusap lembut bahu kiri Megat Danish.

“Aku juga sama, Danish. Takkan lupakan apa yang dia dah buat dekat kau,” lembut Ian Hazim menuturkan kata-katanya.

Megat Danish yang sebak apabila mengingati kejadian yang berlaku 5 tahun lepas terus menyeka air matanya yang sudah bertakung di tubir matanya.

“Aku takkan lupa sampai bila-bila,” ujar Megat Danish sebak.

Mengingati kejadian itu membuatkan Allesya Danielle sekali lagi sebak. Air matanya yang bertakung di tubir mata akhirnya jatuh mengalir membasahi kedua-dua pipinya.

“Ya Allah,” teresak-esak Allesya Danielle mengenangkan nasibnya jika Megat Danish mengetahui yang dirinya tidak mengalami amnesia.

Apa yang berlaku dekat arwah Tok Wan dahulu dan apa yang berlaku di sekolah dia tak pernah lupakan!

Dan, apa yang dia buat dengan Megat Danish lima tahun lepas ketika di sekolah juga dia tidak pernah lupakan cuma dia tidak menyangka Megat Danish masih mengingati kejadian itu dan mahu membalas dendam kepadanya.

“Adakah ini sebab Danish tinggalkan aku dekat Arab dulu?
Ya Allah,” sekali lagi Allesya Danielle teresak-esak menangis mengenang nasibnya.

Ya Allah…

ADAM Lian mula melangkah menuju ke balkoni di ruang tamu kondominiumnya itu. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas palang balkoni sambil melepaskan keluhan beratnya.

“Mana lagi aku nak cari kau, Danielle?,”

“Kenapa susah sangat kau nak terima aku?,” Bergenang tubir matanya mengenang peristiwa Allesya Danielle melarikan diri daripadanya.

Hanya ditinggalkan untuknya sebentuk cincin tunang berserta surat memutuskan pertunangan.

Digenggam kuat palang balkoni itu.

Tak, aku tak boleh terima semua ni berlaku! Aku akan pastikan Allesya Danielle milik aku walau apa-apa pun cara!

Kau tunggu jelah Danielle, aku akan cari kau sampai jumpa!

Hatinya sudah nekad untuk mencari bekas tunangnya itu sampai jumpa.

SHAH Hazwan mula menuruni tangga dan berjalan menuju ke ruang meja makan. Sudah kelihatan keluarga angkatnya, Tan Sri Megat Idruz dan Puan Sri Misha sedang menjamu selera.

“Hurm, Shah. Makan,” Puan Sri Misha menegur anak angkatnya itu. Shah Hazwan menarik kerusi yang berhadapan dengan Puan Sri Misha.

Dan dilabuhkan punggungnya.

Matanya memandang lauk makan malam itu.

“Oh ya, daddy. Mulai esok, Shah dah ready nak kerja dekat daddy!,” tuturnya riang sambil memandang Tan Sri Megat Idruz. Tan Sri Megat Idruz yang mendengar itu hanya mendiamkan diri manakala Puan Sri Misha yang mendengar itu tersenyum lebar.

“Finally, Shah. Hope you will enjoy ur new job,” ujar Puan Sri Misha melepaskan keluhan lega. Mendengar itu membuatkan Shah Hazwan tersenyum.

“Thanks, mummy!,” ujar Shah Hazwan lalu memandang kembali ke arah Tan Sri Idruz.

Mati senyumannya apabila melihat reaksi biasa yang ditunjukkan oleh bapa angkatnya itu.

“Daddy?,” panggil Shah Hazwan dengan cuba mengukirkan senyuman kecilnya.

“Daddy marahkan Shah lagi ke? Okay, I’m truly sorry about that. I don’t mean that. I just little bit tired,” jujur Shah Hazwan memohon maaf.

Mendengar itu membuatkan Tan Sri Megat Idruz mengangkat pandangannya dan membalas pandangan anak angkatnya itu.

“I don’t mad at you. Daddy cuma kecewa dengan apa yang kamu dah buat. Tapi, bila daddy dengar Shah dah ready nak kerja dengan daddy, daddy happy and lega dengar,” tutur

Tan Sri Megat Idruz tersenyum kecil.

Mendengar itu membuatkan Shah Hazwan mengukirkan senyuman lebarnya.

“I’m truly sorry, dad. Shah tak sengaja,” mohon Shah Hazwan lagi.

“Okay, daddy maafkan but don’t do it again,” tegas Tan Sri Idruz mengingatkan. Shah Hazwan yang mendengar itu hanya mengangguk kecil.

“I’m promise to you!,” janji Shah Hazwan sambil mula mencedok nasi putih ke pinggannya.

Puan Sri Misha tersenyum kecil.

“Oh ya, daddy tadi I pergi rumah Danish and you know what I tak sangka perempuan yang Danish bawa balik rumah tu Allesya Danielle!,” teruja Puan Sri Misha menunjukkan kegembiraannya.

Tan Sri Megat Idruz yang mendengar itu terkejut manakala Shah Hazwan hanya mengerutkan dahinya.

Diangkat wajahnya memandang ibu angkatnya itu.

“Danish bawa balik perempuan?,” soal Tan Sri Megat Idruz sambil mengerutkan dahinya.

“Who’s Allesya Danielle?,” soal Shah Hazwan ingin tahu.
Mendengar itu membuatkan Puan Sri Misha melepaskan keluhan.

“Macam ni tadi I singgah kondo Danish and I macam pelik lah tetiba ada perempuan dalam rumah Danish, tu yang I marah dia tadi sebab Danish tak pernah buat macam ni end up I know yang perempuan tu Allesya Danielle. I apalagi happy lah dapat jumpa Danielle depan-depan. Ya Allah, kecantikan dia seiras betul dengan arwah Ariana dulu,” teruja Puan Sri Misha memberitahu.

Shah Hazwan mengerutkan dahinya. Nama itu pernah didengari ketika dahulu tapi dia tidak mampu mengingat wanita itu.

Manakala, Tan Sri Megat Idruz tersenyum kecil.

“Kan I dah bagitahu you yang Danielle betul-betul cantik and baik budi pekertinya bezakan character dia sekarang dengan yang dulu?,” kini Tan Sri Megat Idruz pula yang teruja.

“Beza sangat-sangat you, I kan dah lama berkenan dengan Danielle dari dulu,” Puan Sri Misha menggangukkan kepalanya mengakui kebenaran itu.

Shah Hazwan bersilih ganti melihat kedua orang tua angkatnya membicarakan tentang ‘Allesya Danielle’.

Namun, dia masih tidak mengingati gadis itu.

Allesya Danielle?

Korang rasa Shah ingat tak siapa Allesya Danielle? Kalau Shah ingat sekali pun korang fikir apa yang Shah akan buat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience